“Assalamualaikum
awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang
tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala
membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta
yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang
pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
Kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu
berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori
bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan.
tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada
cinta yang belum pasti. semakin ku cuba , ingatan tentang dia semakin
kuat. Ya Allah.. bantulah aku..
*******************************************************************************
“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu
begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami
benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di
beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau
dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk
kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
“Amir, kau pernah duduk kat situasi aku?
kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang
menanggung. sakit amir. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi
pipi.
“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah
kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”.
Mendatar suara amir.
“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia
sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.
“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah
buat benda-benda salah”.
“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara.
dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”.
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku
tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku
ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu
menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang
melanda diri..
“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau
sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg
kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari
nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan
memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”Air
mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya
ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu
apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk
menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah!
Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang
tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah
wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang
kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah
sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu
sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang
banyak memberikan segalanya kepada kita kan ?
Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala
nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir
mengingatkan.
“Ish, tahulah. Mestilah Allah”
“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen
untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Amir lagi.
“Of course lah pencipta kita, Allah”
“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau
ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni
yang sayang sangat kepada kau?”
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau
nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
“sedar dah..”
“Ape yang kau sedar?”
“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal amir lagi..
“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada
Amir.
“Kau sedar tak, Allah telah memberi
segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua
Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat
Allah ni”
” Habis tu
sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat
kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang
keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita
ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang
Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang
kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik..
Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak
menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan
pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti
selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat
baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA
mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada
bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat
Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah
beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi
kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya
Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”.
Amir senyum.
“Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi
Cinta-Nya aku akan cuba
lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!
“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah
melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai
kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan,
dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan
pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“InsyaAllah..”
*******************************************************************************
Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan
pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di
bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku
mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama
dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima
kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat.
Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti
kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang
Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan
kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk
kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan
SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol
Mohamad Juoi; Tentang Cinta
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT