Setiap kisah dan cerita ini adalah hasil nukilan penulis sendiri dan koleksi cerpen yang terdapat di dalam simpanan yang ditulis oleh penulis lain. Setiap cerita adalah hak milik penulis dan sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Cerpen ini aadlah untuk koleksi simpanan dan bahan bacaan sahaja.

Wednesday 12 November 2014

Terima Kasih Kerana Meninggalkanku ~Muhammad Amirul bin Abdul Halim~

“Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
*****
“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
“Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”. Mendatar suara amir.
“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.
“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah”. 
“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”. 
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”
Air mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.
“Ish, tahulah. Mestilah Allah”
“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Amir lagi.
“Of course lah pencipta kita, Allah”
“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?”
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
“sedar dah..”
“Ape yang kau sedar?”
“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal amir lagi..
“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada Amir.
“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”
” Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Amir senyum.
“Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!
“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“InsyaAllah..”
*****
Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta


Sunday 13 July 2014

BIDADARI UNTUK DICINTAI ~CEMPAKA REMBULAN~

cempakarembulan89.blogspot.com

Erica Kim

Nafas aku tarik perlahan. Terasa segar bila udara pagi  merombos memasuki segenap ruang di dalam tubuh ku. Bunyi desiran angin yang bagaikan bersenandung, sesekali menyapa pendengaran. Tapak tangan aku tadah bila titisan dingin mula menyapa wajah.

            “Berdoa kepada Allah dan meminta kebaikan kepada-Nya saat turun hujan. Kerana saat itu termasuk waktu yang mustajab...”
           
Aku larik senyum setelah mendengar kata-kata itu. Tidak perlu menoleh kerana bayangnya tidak akan mampu aku lihat. Tetapi suara itu, lembutnya bagaikan sehelai sutera yang dihamparkan pada tapak tangan. Suara yang mampu memberikan aku ketenangan walau dengan hanya sepatah bicara.

            “Zara Adawiyah.” Aku tersenyum bila pendengaran aku cekap mendengar tawanya yang halus. Zara Adawiyah…Bermaksud puteri penawar. Dan sesungguhnya, dia bagaikan sang penawar yang tuhan turunkan kepada aku untuk menghilangkan setiap galau yang sering menyapa hati.

            “Tak nak masuk ke dalam?”

            “Tak apa. Awakkan ada untuk payungkan saya.”

            “Mana awak tahu?”

            Jelas nadanya bagaikan pelik setelah mendengar kata-kata aku. Tangan aku bawa menyentuh tubuhnya yang berada disisi aku. Setelah itu, aku tepuk perlahan.

            “Tuhan tak benarkan saya melihat melalui mata, tetapi tuhan bagi saya mendengar melalui telinga. Dan tuhan bagi saya tangan untuk menyentuh. Awak nak saya rasa bersalah Adawiyah?” Aku sentuh hidung bila rasa perit mula menyapa. Sedaya upaya aku tahan titisan air mata yang bagaikan mula berlumba mahu menyimbah pipi.  

            “Tak apa. Saya kan kuat.”

            “Saya tahu.” Aku gagau perlahan. Cuba memegang tangannya yang masih utuh memegang payung. Menahan tubuh aku dari disirami hujan. Sedangkan dia pula sudah lecun disimbah mutiara jernih itu

“Jom kita masuk. Nanti awak demam.”

Aku ketap bibir. Masih juga aku yang dia utamakan. Andai kata aku masih bernafas lama, entahkan mampu aku perolehi sahabat seperti dia. Yang pentingkan orang lain melebihi diri sendiri…Yang tidak pernah menjadikan agama sebagai penghalang perhubungan. Yang sentiasa memberikan aku keyakinan, bahawa ada sinar yang akan menanti.



Zara Adawiyah

Wajah putih bersih itu aku pandang tanpa berkelip. Dia antara ciptaan terindah yang pernah Allah hadirkan dihadapan aku. Alis matanya lentik. Hidungnya tidak terlalu mancung. Sempurna dihiasi bibir merah basah yang sentiasa murah dengan senyuman. Tetapi aku tahu, dalam sempurna ciptaan tuhan, akan juga diuji kita dengan sebarang bentuk kekurangan. Dia cantik…Sayangnya, kecantikan itu tidak mampu ditatap oleh tuan empunya diri.

“Awak cantik Erika.” Aku memuji ikhlas. Tidak guna aku menafi andai kata kebenaran terserlah di hadapan mata. Tidak salah aku memuji, asalkan tidak lah juga sampai aku memuja.

“Untuk orang buta macam saya, apa yang cantiknya Adawiyah?” Dia mengeluh kecil. Tangannya pula dibawa menyentuh mata sendiri.

Aku tarik nafas panjang setelah mendengar kata-kata itu. Silap memujikan aku? Tidak…Aku cuma mengatakan apa yang betul. Dia memang gadis yang rupawan.

“Melihat bukan hanya melalui mata. Macam awak kata, Allah masih berikan awak telinga untuk mendengar. Allah juga berikan tangan untuk awak menyentuh.”

“Tapi saya tak boleh tatap wajah orang yang saya sayang Adawiyah.” Dia tersenyum hambar.

Aku sentuh dan genggam tangannya erat. Kemudian aku bawa tangan itu menyentuh matanya sendiri. Bukan hanya dengan kata-kata kita boleh berbicara. Gerak tubuh juga mampu menyampaikan naluri rasa, asalkan kena dengan gaya.

“Pandangan mata ini…telah Allah tutup. Tapi Allah tak pernah tutup pandang kedua ini, untuk awak terus melihat… Melihat bukan hanya melalui mata Erika, tapi awak boleh melihat juga melalui hati.” Aku bawa pula tangannya menyentuh dada. Kali ini aku lihat bibirnya bergetar. Dia bagaikan cuba mengatakan sesuatu. Tetapi kemudian, yang lahir hanyalah senyuman manis yang kembali menghiasi wajahnya.

“Awak tahu Adawiyah…. Awak bagaikan pari-pari untuk saya.”

Tergelak kecil aku mendengar kata-kata itu. Pari-pari? Itu hadirnya melalui kisah dongeng. Pari-pari yang bisa melakukan apa sahaja untuk memenuhi permintaan anak kecil. Dan aku bukanlah sang pari-pari itu. Aku hanya manusia biasa yang entah bila Allah kembali menarikku untuk mengadapnya.

Entahkan mampu sampai esok untukku bernafas. Mungkin juga saatnya bakal tiba sebentar nanti… Tiada siapa boleh melawan takdir yang telah Allah atur dengan sususan yang begitu indah. Ada manis untuk kita senyum, ada pahit untuk kita beringat, ada juga masam untuk kita kenang.

“Adawiyah…” Lanjut suara itu memanggil perlahan namaku. Bagaikan ada sebuah pengharapan yang dipinta disebalik nada itu.

Ada apa Erika?”

“Boleh saya sentuh wajah awak? Saya nak rakam wajah awak, kemas dalam hati saya.”  

Naif kata-kata itu membuatkan aku tersenyum kecil. Sekali lagi tangannya aku sentuh. Kali ini aku daratkan tangan itu pada kedua belah pipiku.

“Apa ni?” Erika sudah berkerut dahi.

“Maaf Erika. Saya terlupa.” Aku tarik perlahan Niqab yang sekian lama menjadi penghalang si mata nakal yang ingin menjamah wajahku. Aku bukanlah wanita cantik. Hanya wanita biasa yang Allah anugerahkan kesempurnaan anggota sebagai seorang manusia.

Ada apa dekat muka awak?”

“Niqab…Purdah.” Aku lihat Erika terangguk. Gayanya bagaikan tahu sahaja apa yang sedang aku katakan.

“Awak tak panas?” Berkerut sedikit dahi itu ketika melontar pertanyaan.

“Saya dah biasa Erika. Mula-mula dulu mungkin panas. Tapi sekarang Allah bagi saya kedinginan.” Pernah aku dikatakan berlebihan ketika pertama kali menyarung Niqab diwajah. Tetapi kenyataannya hanya aku dan Dia sahaja yang mengetahui.

“Saya pernah pakai tudung.”

Terkelu seketika aku mendengar kata-kata Erika. Entah mengapa, sedikit bisikan jahat mula menghasut hati untuk menidakkan apa yang dikata. Seketika aku beristifar….

“Serius?” Aku bertanya meminta kepastian. Tidak mahu lagi meneka yang tidak-tidak.

“Yup. Dulu sebelum saya kemalangan, saya pernah jadi model sambilan. Ada sekali saya jadi model untuk tudung. Tapi sekali saja sebab saya tak tahan panas.” Tenang kata-kata itu meluncur dari bibir Erika.

Aku pula hanya mampu tersenyum. Itulah juga yang pernah aku rasai dulu. Aku pernah rasai bertapa panasnya lilitan itu menjerut leher. Aku juga pernah merasai bertapa rimasnya saat pakaian menutup aurat aku sarungkan ke tubuh.

Tetapi siapa sangka, pakaian yang dulu aku katakan rimas, sudah menjadi pakaian yang membuatkan aku selesa untuk bergerak. Pakaian yang membuatkan aku rasa dihormati sebagai seorang wanita.

“Adawiyah. Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya. Dah lebih dua bulan kan kita kenal?”

Kata-kata Erika mematikan lamunanku. Perlahan aku mengiyakan kata-katanya. Bilik yang aku huni, sentiasa bersilih ganti pesakit. Tiada yang kekal. Hanya dua bulan dahulu aku mula mendapat Erika sebagai teman sebilik. Teman yang pada mulanya dingin. Sepatah ditanya, sepatah lah juga dijawab. Ada kalanya sepi tanpa jawapan.

 Aku yang mendengar saat tangisan Erika pecah semasa mula-mula dia hilang penglihatan. Saban malam yang menyapa pendengaran, hanyalah tangisan pilunya yang sesekali diiringi rintihan kerana diduga dengan ujian sebesar itu. Hanya seminggu….Sebelum segalanya kembali pulih.

Ketabahan Erika kadang-kala mengangumkan aku. Walaupun sesekali terselit juga kata-katanya yang bagaikan menyesali takdir yang tersurat, tetapi aku tahu dia lebih kuat dari apa yang aku bayangkan.  

“Dia tak datang hari ni?”

Dia…Tidak mampu aku sembunyikan senyuman mendengar pertanyaan Erika. Dia suami aku. Suami yang sentiasa ada disaat aku perlukan dia. Suami yang tidak pernah kenal erti berputus asa… Suami yang mengajarkan aku erti sebuah ketabahan. Suami yang juga telah mengenalkan aku dengan sebuah kehidupan.

Dia juga suami yang telah aku nafikan haknya. Suami yang tidak dapat aku penuhi fitrahnya sebagai manusia. Suami yang tidak dapat aku layan selayaknya sebagai seorang isteri. Dan untuk semua khilaf itu, aku harapkan keampunan Allah. Sungguh…Bukan pernah aku sengaja…

“Sekejap lagi kot. Dia ada mesyuarat hari ini.”

“Beruntung awak dapat dia sebagai suami.” Selimut Erika tarik ke paras leher. Terus jam aku jengah. Sudah pukul tiga. Waktu yang selalu digunakan Erika untuk berehat. Setiap hari…Rutinnya masih sama. Kadang-kala aku terasa bagaikan dia tidak hilang penglihatan,

Setelah aku lihat Erika bagaikan sudah hanyut di dalam mimpi, pantas aku bangun dan bergerak ke arah bilik air yang terletak di penjuru bilik. Aku buka paip dan perlahan-lahan aku basahkan tangan.

Al-Quran yang lengkap dengan terjemahan aku buka. Tanpa dipinta, kolam mataku mula berair. Dalam bersedia, sungguh aku gementar. Kalaulah ini kali terakhir aku bisa menyentuh kitab suci itu…Kalaulah ini juga terakhir kali aku dapat mengalunkannya, aku pasrah…  
           
“Assalamualaikum sayang.” Terhenti pembacaanku setelah disapa satu suara garau. Aku angkat tangan, tanda menyuruhnya menanti. Sesudah itu aku tamatkan bacaan dan aku bawa kitab suci itu dan kupeluk erat.

            “Waalaikumusalam abang.” Aku tayang senyuman Tangan aku hulurkan kepadanya untuk bersalaman. Saat aku angkat kepala, sebuah kucupan menyapa dahiku.

            “Sihat hari ini?”

            Tangan kasar itu cekap sahaja menyapa dahiku, sebelum turun perlahan-lahan masuk dibalik tudung yang menutup auratku. Kali ini tangannya menyapa pula leherku.

            “Adawiyah demam ke?”

Gusar suara itu menyapa pendengaranku. Terharu yang menyapa membuatkan tubuh sasanya aku paut erat. Dia jelas tergamam melihat tingkahku. Lama…Barulah pelukanku kembali dibalas.

Setelah itu tangan aku bawa meraup kedua belah pipinya. Aku pejamkan mata. Aku sentuh mata yang tidak pernah sesaat lupa memancarkan sinar kasihnya buat aku. Perlahan-lahan turun menyentuh hidungnya yang mancung. Terhela nafasnya bermula disitu. Nafas yang telah Allah pinjamkan untuk aku untuk merasa nikmatnya dikasihani. Sedetik kemudian turun pula ke arah bibirnya. Bibir yang mula-mula mengajar aku untuk menyebut kalimah suci. Bibir yang tidak pernah culas mahu menyedarkan aku tentang hakikat sebuah kehidupan.

“Kenapa ni?” Resah suara itu menyapa pendengaran.

Perlahan-lahan mata aku buka. Aku pandang wajahnya penuh kasih. Bertapa beruntungnya aku mendapatkan dia sebagai seorang suami. Dan aku berdoa, wanita yang bakal Allah hadiahkan untuknya nanti juga, akan merasai selautan kasih seperti mana yang telah aku rasai.

“Adawiyah minta maaf untuk segala salah silap yang Adawiyah buat selama Adawiyah jadi isteri abang.” Merembas perlahan air mata membasahi segenap ruang wajahku. Puas aku menahan, tetapi murahnya ia keluar, tidak mampu untuk aku sekat.

“Setiap apa yang sayang buat, abang sentiasa ampunkan. Dah jangan cakap lagi benda-benda macam ni.”

Aku lihat matanya juga sudah mula bergenang dengan mutiara jernih. Kali ini dia pulak yang memeluk tubuhku erat.

“Tolong cari bidadari lain untuk abang cintai.” Aku berbisik perlahan di telinganya. Semakin murah air mataku mengalir, bila disapa esakan kecil yang tidak pernah sekalipun aku dengar selama aku menjadi bidadarinya…Dan aku harap, itu kali terakhir aku mendengarnya…Kerana…. aku hanya inginkan dia tersenyum….

Surat Cinta Untuk Disana : Jangan tanya saya bila siapnya….sy x ada jawapan untuk pertanyaan tu…Mungkin esok..mungkin lusa…atau mungkin x siap langsung sama seperti beberapa cerpen saya yang terbengkalai…. :) Cerpen ni saya ketuk saat otak sudah sesak dengan perkara santai. Rasa macam dah lama sangat tak menaip benda berat…. Benda yang boleh bagi kesedaran pada diri sendiri….Perkataan yang silap…ejaan yang salah dan penggunaan bahasa yang tak betul harap dimaafkan….sy x sempat mengedit….


Thursday 19 June 2014

SUAMIKU KEMBAR TIGA ~ szaza.blogspot.com~

 ''ALIF!,.ARIF!,.AKIF!,.keluar cepat! Mana korang nak sembunyi hah? Mama kira sampai sepuluh.Kalau tak keluar jugak,..siap!!!'' Puan Masriah melaung nama anak-anak kembar seirasnya yang terkenal dengan kenakalannya.Letih melayan tiga orang kembar ni.

''Satuu,..'' suasana masih sunyi.Tiada tanda-tanda mereka akan keluar.

''Dua,..'' Puan Masriah masih terus mengira.

''Tigaa,..okeylah!,..mama ubah fikiran.Mama kira sampai tiga ja.Kalau tak nak keluar jugak,tak apa.Mama tinggal ja.'' Puan Masriah mendapat satu akal.Dia terus menuju ke pintu depan dan berpura-pura menutup pintu dengan kuat.

    ''Mama!!!,.nak ikut!!,..'' serentak anak-anak kembarnya bersuara dan menuju ke pintu.Puan Masriah sudah bercekak pinggang menunggu ketiga orang anak kembarnya.

      ''Siapa yang sepahkan?? cepat!!,..kemas!!'' Puan Masriah tuding jari pada ruang tamu yang seakan dilanggar garuda itu.Sekejap tadi dia tinggalkan ruang tamu yang baru habis dikemas untuk ke dapur memasak makan tengahari mereka.Bila selesai masak dia ke ruang tamu untuk menyuruh tiga orang kembar itu mandi tapi alangkah terkejutnya dia bila melihat keadaan ruang tamu yang dah tak serupa ruang tamu itu.

    ''Alahh,.kena tipu lagi!,.kaulah Alif yang kemas.Aku nak pergi mandi,'' Akif cuba lepaskan diri.Arif dah berlari laju ke bilik.Tinggal Alif terkebil-kebil di depan mamanya yang sudah menyinga itu.

     ''Mana aci!!,.bukan Alif yang sepahkan semua ni.Arif dengan Akiflah ni!,'' Alif juga cuba mengelak dan ingin berlalu.

    ''Ehemm,..'' keras Puan Masriah berdehem.

     ''Ala,.mama!'' misi melarikan diri tak berjaya. Dua orang lagi sudah selamat di dalam bilik.Tinggallah Alif terperangkap seorang diri di hadapan mamanya.

      ''Mama tak adillah!,.mama pilih kasih! selalu Alif yang kena!'' sambil mengemas mulutnya terus membebel.Mengalahkan mak nenek budak Alif ni.Umur baru ja tujuh tahun kot.

     ''Sebab Alif abang,jadi Alif kena jadi contoh untuk adik-adik.Lain kali belajar hargai sama rumah yang mama dah kemas.Kalau Alif tengok adik-adik sepahkan tolong tegur.Jangan Alif sama naik minyak dengan mereka.Faham tu?'' Puan Masriah cuba berinteraksi dengan Ailf.Bukan tujuan dia nak pilih kasih dengan anak-anaknya tapi dia nak Alif bertanggungjawab sebagai abang.Walaupun mereka anak-anak kembar dan lahir pada hari yang sama tapi Alif lebih matang.Akif lebih manja diantara ketiganya manakala Arif lebih bersikap selamba dalam semua hal.

..............................................................

ENAM BELAS TAHUN KEMUDIAN

''Arif!,.kau jadi rocker,aku jadi ustaz,.kau Akif jadi skema.Cepat ubah stail! Siapa dapat dia menang!'' Alif mula mengeluarkan idea nakalnya.Mereka dalam misi untuk menawan hati seorang gadis di kolej mereka.Nur Aida Maisarah gadis yang baru masuk ke kolej mereka seminggu yang lepas.

Alif,Arif dan Akif hari-hari kerja mereka mengelirukan orang dengan wajah seiras mereka.Kadang-kadang mereka menukar identiti di antara mereka hingga kawan-kawan mereka sendiri terpedaya dengan mereka.Walaupun begitu mereka masih diminati ramai gadis-gadis di luar sana.Mereka pula tak pernah mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis tersebut.Senakal-nakal mereka pun mereka masih mengekalkan sifat-sifat baik dan nilai-nilai murni.Tak ada maknanya nak jadi boya darat,boya tembaga dan sebagainya.Senakal-nakal mereka,mereka hanya menguji gadis-gadis itu dengan samaran mereka.

''Banyak ensem kau punya muka,.kau ustaz? aku rocker? dah sahlah kau yang dapat! tengoklah Maisarah tu macam mana pakaian dia.Bertudung litup tentulah dia pilih ustaz,'' Arif membantah cadangan Alif.Akif mengangguk mengiakan.

''Akukan abang!!'' Alif sengeh sampai telinga.Setiap kali cadangannya dibantah hanya itulah ayat yang akan keluar dari bibirnya.

''Yalah tu,.kau ja yang menang!'' Arif mula tarik muka.Alif tepuk bahu Arif perlahan.

'' Yang kau nak emo sangat ni kenapa? Siapa yang terbaik dialah yang menang! Lagi pun jodoh,ajalkan di tangan Allah,'' lucu pula melihat wajah cemberut Arif.Alif dah lepaskan tawa.
     
''Okey!,.aku ikut ja cadangan kau.Baiklah kau ustaz.Aku jadi rocker yang jiwang! Amacam?'' Arif buat cadangan untuk diri sendiri sambil ketawa.Akif dah tepuk dahi.Ada ke rocker jiwang?.Bukan ke rock tu bermaksud batu ke?

''Hah! itu kau punya pasal.Kau pulak Akif, setuju ke tidak?'' soalan ditujukan pula untuk Akif yang hanya diam sejak tadi.

 ''Err,.skema erkk? Kenalah aku tempah cermin mata tebal.Barulah real!''  Akif jungkitkan kening berkali-kali pada kedua abangnya itu.

''Lantak kaulah,.nak tempah cermin mata tebal sepuluh inci pun.Tu bahagian kau.Yang penting watak ustaz tu aku yang punya! Alahai  Aida Maisrah! Tunggu tau abang ustaz Alif Asraf datang!''  Alif tersenyum sambil mengurut dagunya berkali-kali.Mindanya dah mula menerawang memikirkan wajah si jelita Aida Maisarah.Arif Naufal dan Akif Adham dah mula berpandangan sesama sendiri.Serentak keduanya menepuk bahu Alif dan keduanya berlari keluar dari bilik sambil ketawa.

''Woihhh!!,.kurang asam BOI  punya adik-adik!!'' Alif juga turut bangun dan keluar dari bilik mengikuti kedua orang adik kembarnya.

....................................................................................

''Aida!,.tunggulah!! Yang kau ni jalan sikit punya laju ke nak ke mana? Letih tau aku kejar kau dari tadi lagi,'' Nafisha memarahi rakan sebiliknya setelah dia berjaya mendekati Aida Maisarah.
             
''Hehe,.sorrylah.Mana aku tahu! Aku nak cepat ni.Aku dah janji nak jumpa Mahani di cafe,'' Aida Maisarah tergelak bila melihat wajah Nafisha yang sudah kemerahan itu.Mereka terus berjalan beriringan selepas itu sambil berbual kosong.Ketika mereka hendak membelok masuk ke cafe, Nafisha tiba-tiba menekan perutnya dan mengerutkan keningnya seakan sedang mengalami kesakitan yang amat sangat.

''Kau ni kenapa?'' Aida Maisarah bertanya cemas.

''Perut aku memulaslah.Kau tolong bawakan buku-buku aku ni kejap.Nanti korang tunggu aku di cafe.Kalau aku lambat kau tolong bawa masuk ke kelas ye.Kelas mula lagi setengah jamkan?'' sambil meminta tolong tu sempat lagi Nafisha menyoal.Aida Maisarah hanya tersenyum sambil menyambut huluran dari Nafisha.Buku-buku Nafisha sudah bertukar tangan.Terpaksa juga Aida Maisarah membawa buku-buku milik Nafisha dan milik dirinya sendiri walau beratnya yang amat.Kawan punya pasal.Bawa sajalah.

Aida Maisarah sampai juga di depan cafe.Dengan beban yang dibawa membuatkan Aida Maisarah sedikit sukar untuk mencari tempat duduk dan juga mencari di mana Mahani berada.Dalam keadaannya yang serba kusut itu Aida Maisarah ditegur oleh seseorang.

''Assalamualaikum saudari! Boleh saya bantu?'' seorang lelaki bercermin mata tebal.Memakai baju gaya ala-ala 60an menawarkan khidmat bantuan.Aida Maisarah terus mengukirkan senyuman.Pucuk dicita ulam yang mendatang.Peduli apa kenal ke tidak.Berat punya pasal ku relakan saja diri ini dibantu.Walau nampak skema tapi mamat ni handsome juga.Ada juga macam wajah Asraff Muslim pelakon yang dia minat sangat tu.

''Boleh sangat!!!'' lalu ke semua buku yang berada di dalam tangannya diserahkan pada lelaki yang menegurnya itu dan Aida Maisarah terus meninjau di dalam cafe tersebut mencari Mahani atau meja yang masih kosong.

''Cantikk!!'' hanya satu perkataan dan Aida Maisarah terus berlalu menuju ke meja kosong di sudut kanan cafe.Mahani yang berjanji untuk bertemu di cafe itu langsung tak nampak bayangnya lagi.Akif yang terpaksa menjadi kuli sukarela ni terpaksa juga menurut langkah Aida Maisarah dari belakang sedangkan Alif dan Arif yang terhendap-hendap di luar cafe sudah mengekek ketawakan Akif.

''Fuhh!!,.boleh tahan juga ya saudari ni.Banyak sangat buku saudari ni.Nak buat rujukan ke nak rendam saja dalam air.Buat minum!'' bengang punya pasal Akif dah tersasul.Dari watak skema terus bersikap kurang ajar.Ni Alif dan Arif yang punya pasal.Bila mereka lihat saja Aida Maisarah yang terkial-kial membawa buku yang banyak ni lantas  Akif di tolak untuk menjadi pelakon tambahan membantu si heroin dan menawarkan perkhidmatan.

''Ha'ah!,.molek jugak cadangan awak tu! Kenapa saya tak pernah terfikir nak buat macam tu! Apa kata sebelum saya yang buat lebih baik awak yang buat dulu.Kebetulan kita pun dah ada di cafe ni,order je air.Nanti saya boleh tolong rendamkan,'' bertemu sudah buku dengan ruas.Akif sudah tersengeh.Sebaik meletakkan buku-buku di atas meja di depan Aida Maisarah Akif terus menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan  Aida  Maisarah.

''Ehh,.ada saya pelawa awak duduk? tak adakan? sebelum boyfriend saya datang,lebih baik awak bangun! Saya bukannya apa,kesiankan awak tulah.Kalau boyfriend saya tu salah faham takut-takut nanti awak juga yang lebam sana lebam sini,'' selamba saja Aida Maisarah bersuara.

 ''Errkk,.'' Akif terus menjadi kelu lidah untuk bersuara.Biar betul perempuan ni? Dahlah mulut tak berinsuran.Siap main ugut-ugut lagi.Aku dah tolong dia, terima kasih pun tak ucap lagi.Malas memikirkan akibat seterusnya Akif terus bangun.Sekarang ni tiba giliran Arif pula membawa wataknya.Akif pasti Alif dan Arif sedang memerhati dan menilai mutu lakonannya.

''Sama-sama ya,.sebab saya dah tolong awak bawa buku tu tadi.Taklah berat sangat.Lain kali bolehlah tolong lagi,'' sebelum berlalu sempat Akif mengeluarkan ayat-ayat sindiran untuk Aida Maisarah.Aida Maisarah terkesima dan hanya melihat saja Akif berlalu pergi.
Cit! sempat lagi mamat skema ni nak perli aku.Ingatkan orang skema ni bendul.

.............................................................

                 
Akif keluar dari cafe dan mencari kedua abangnya Alif dan Arif.Bila dia menjumpai abang-abangnya dia terus menuju ke arah mereka yang sedang tersengeh padanya.Akif buat selamba saja.Tugasnya dah selesai.Memang dah sah-sah misinya sudah gagal.

       ''Sengih-sengih! Giliran korang pulak!'' Akif terus bersuara sebaik sampai kepada abang-abangnya itu.Alif dan Arif saling berpandangan.

         ''Arif! kau dulu!!,.aku last tak apa! selalunya yang last adalah yang terbaeekk!!,.'' Alif dah mula mengeluarkan arahan.Walhal dia sendiri rasa berdebar untuk berdepan dengan Aida Maisarah.Entah kenapa dirasakan Aida Maisarah terlalu istimewa.

        ''Aku dulu?'' Arif tuding jari telunjuk pada wajahnya sendiri.Tak percaya mereka berdua yang kena mulakan dulu.Bukan mereka tak tahu sebelum ni Alif yang terlebih angau tapi bila misi mengorat Aida Maisarah mereka yang kena dulu dia mula menjadi keliru.

''Pergi ja la! Aku percaya jodoh,ajal dan maut di tangan Allah.Good luck!'' sempat lagi Alif memberi kata-kata semangat.Arif pandang Akif.Akif angkat bahu.Dia sendiri tak faham kenapa Alif berubah fikiran.Sebelum ni dia yang beria-ia nakkan Aida Maisarah.

        ''Okey!,. kau jangan menyesal kalau aku yang dapat Aida Maisarah tu! Gigit jarilah kau! '' Arif bersuara angkuh lalu terus melangkah.Seperti tadi Alif dan Akif pula yang menjadi pemerhati di luar cafe.Nampaknya Aida Maisarah bukan berseorangan.Sudah ada dua orang perempuan yang menemaninya.

       Arif melangkah masuk ke cafe.Mindanya ligat berfikir untuk mencari idea bagaimana caranya untuk menegur Aida Maisarah.Teringat dia akan drama di tv atau film yang selalu di saksikan di dalam tv.Selalunya hero dan heroin akan berlanggar dan seterusnya berkenalan dan menjalinkan perhubungan,bercinta dan seterusnya berkahwin.Arif tersenyum di dalam hati.Langkahnya laju diatur ke arah meja Aida Maisarah dan rakan-rakannya.

        ''Oppss,.maaf! maaf!,.aku tersengaja!'' Arif yang sengaja melanggar kerusi yang diduduki Aida Maisarah bersuara.Cermin mata hitam yang dipakainya dibuang dan diselitkan di bajunya.Nampak macho dengan gayanya yang berjaket kulit hitam dan rambut yang  telah disisir gaya Asraff Muslim ketika membawa watak Edy Sham dalam drama Dari Mata Arisa,alah drama yang diadaptasi dari novel Kau Sayangku!

     ''Ehh,.kau lagi? Tapi,.'' Aida Maisarah dah mula confused.Tadi lelaki ini yang membantu dia membawa buku tapi yang tadi skema.Yang ni nampak macam ala-ala rocker sikit.Cepatnya dia tukar baju dan ubah stail dia.

          ''Hai!,.aku Arif Naufal! Kau?'' Arif mula memainkan peranannya.Mahani dan Nafisha  sudah terkebil-kebil memandang Arif.Handsomenya!!!

       ''Ada aku tanya nama kau?'' Aida Maisarah bersuara mengejek.Arif hanya tersengeh sambil menarik kerusi di sebelah Aida Maisarah dan duduk dengan selamba.Aida Maisarah terus  berdiri dan bercekak pinggang.

     ''Ada aku pelawa kau duduk?'' sekali lagi Aida Maisarah bersuara dan kali ini suaranya semakin lantang.Hiesyy,..bengang betul dengan mamat sorang ni.Ingat kalau muka dia handsome dia boleh duduk ikut suka hati dia saja.

     ''Tak!,.dan tak ada juga tanda amaran dilarang duduk di sini,'' Arif menjawab sambil  terus melebarkan senyumannya.Nafisha dan Mahani yang turut menjadi pemerhati masih merenung Arif tidak berkelip.Arif turut memandang mereka berdua dan mengukirkan senyuman untuk mereka.

        ''Hai!,.awak berdua,.nak tanya sikit boleh?'' Arif tujukan soalan untuk Nafisha dan Mahani.Keduanya tidak menjawab tapi kepala mereka dianggukkan berkali-kali sedangkan mata mereka masih terus menatap wajah Arif tanpa berkalih sedikit pun.Teruja!

          ''Kawan awak berdua ni pagi tadi sarapan apa ya?,.sarapan tebuan ke daging harimau?'' sebaik mendengar soalan dari Arif ,spontan Nafisha dan Mahani hamburkan tawa.Aida Maisarah sudah mendengus geram.

           ''Kau,.ishh,..aku punya suka la aku nak sarapan apa pun!,.kau siapa nak sibuk?'' Aida Maisarah lepaskan amarah di dada.

            ''Ehh,.ada aku tanya kau?,.tak ada punkan??'' Arif lepaskan tawa dan terus bangun.Malas nak cari gaduh dengan singa betina ni.Buatnya dia mengaum dalam cafe ni tak ke haru jadinya nanti.Arif terus beredar sambil bersiul riang.Aida Maisarah membentak geram.Wajah kedua orang sahabat baiknya yang turut sama mengetawakan dirinya terus   dipandang dengan  wajah yang merah menahan marah.

          ''Yang korang berdua ni kenapa? lucu sangat ke?'' Aida Maisarah duduk kembali di tempatnya sambil terus membulatkan matanya pada Nafisha dan Mahani.Tak guna punya kawan-kawan.Taulah mamat tu handsome pun.Aku juga yang jadi bahannya.Hee,..

            ''Yang kau ni kenapa Aida? Tiba-tiba saja dilanda ribut katrina? Aku tengok cuaca di luar tu cerah ja,'' Nafisha menyoal walau ketawanya masih belum reda.

        ''Ha'ah kan?,.angin tak ada,ribut tak ada tau-tau nak mengamuk?'' Mahani menyokong kata-kata Nafisha.

       ''Yang korang berdua ni kenapa pulak?,.aku taulah mamat tu handsome pun.Pandang macam nak terkeluar bijik mata.Aku cungkil baru tahu!!'' Aida Maisarah tak puas hati dengan dua  orang sahabat baiknya itu.

      ''Memang patut pun mamat tu tanya macam tu tadi.Kau sarapan apa pagi tadi?'' selamba badak ja Nafisya bertanya.Semakin membulatlah mata Aida Maisarah padanya.

        ''Aku makan sandwich ikan pirahna.Kenapa tanya? Kau nak cuba ke? Esok aku tolong buatkan untuk kau!'' Aida Maisarah membalas pertanyaan Nafisya sambil bangun dan berlalu.Hangin betul dengan kawan-kawannya itu.Cepat betul terpengaruh dengan orang luar.

      ''Patut la punnn!!,.'' serentak Nafisya dan Mahani bersuara sambil turut bangun dan mengikut Aida Maisarah dari belakang.Mereka menuju ke kelas.

...........................................................................

             Alif menapak perlahan ke arah Aida Maisarah.Tiba gilirannya pula untuk cuba memikat hati Aida Maisarah.Dari jauh Alif melihat Aida Maisarah berjalan laju menuju ke keretanya.Sambil berjalan minda Alif ligat merangka strategi dan dialog untuk menegur Aida Maisarah.Bila melihat Aida Maisarah sudah sampai ke keretanya dan mula mengeluarkan kunci kereta ,Alif mempercepatkan langkahnya.

         ''Aida!,.Aida Maisarahkan?'' Alif pura-pura bertanya sebaik dia menghampiri Aida Maisarah.Aida Maisarah menoleh.Lama dia terpaku pada wajah di hadapannya.Dipandangnya Alif dari atas ke bawah berulangkali.

            ''Awak lagi!,.awak nak apa sebenarnya ni?'' Aida Maisarah cuba berlembut.Kali pertama dia disindir oleh pemuda ini.Kali kedua dia diketawakan dan kali ketiga mereka terserempak tak tahu lagi apa yang bakal terjadi.Cop!!,.mungkin bukan terserempak! Aida Maisarah mula sangsi.Dipandang lagi wajah di hadapannya.

            ''Hai!,.saya Alif,.Alif  Asraf,saya nak berkenalan dengan awak.Boleh?'' Alif mengukirkan senyumannya.Mana tahu berjaya memikat hati gadis ayu di hadapannya ini.Tadi bila Akif dan Arif mencuba nasib ,gadis ini bertindak sedikit argresif.Mungkin cara dan dialog yang mereka gunakan tidak berjaya menarik hati gadis ini.

           ''Ulang sekali lagi!!,.apa nama awak tadi?'' Aida Maisarah semakin keliru.Kali pertama watak skema.Hari yang sama juga mereka berjumpa  selepas itu di tempat yang sama dengan watak yang berbeza.Kali ini entah watak apa pula.Tak ada gaya skema atau gaya rocker.Nampak santai dengan jeans dan t shirt.

         ''Alif,'' sepatah Alif menjawab.

         ''Bukan Arif?'' Aida Maisarah bertanya balas.

        ''Aku Arif!'' Arif dan Akif muncul tiba-tiba.Aida Maisarah terpegun.Otaknya mula bekerja keras untuk mencerna apa yang dilihat di depan mata.

        ''Aku Akif,.Akif Adham!'' Akif mula tersengeh nakal sambil meletakkan tangannya di atas bahu Alif dan Arif.Ketiga mereka tersenyum.Aida Maisarah binggung.Terasa diri dipermainkan.

        ''Korang bertiga ni nak apa sebenarnya ni?'' Aida Maisarah mula rasa tak sedap hati berhadapan dengan tiga orang lelaki yang bagaikan klon ini.

       ''Kami nak awak!!'' Arif bersuara sambil tersengeh nakal.Sekadar menguji dan mahu melihat reaksi Aida Maisarah yang sudah berubah wajah.Alif memandang Arif dengan wajah tak puas hati.Direct sangat kot!

        ''Gila!'' Aida Maisarah terus menekan alarm kereta dan meloloskan dirinya masuk ke perut kereta.Semakin dilayan mamat tiga ekor ni semakin biol otaknya.Sebaik pintu kereta ditutup Aida Maisarah meneruskan pemanduannya tanpa menoleh lagi.Hatinya sedang hangat membara.Ibarat air yang sedang mendidih dipermainkan oleh tiga orang klon handsome.Handsomelah sangat! Kalau dah handsome tapi perangai tak semenggah nak buat hapa! Aida Maisarah mendengus geram.

............................................................................


         ''Arif!,.agak-agak kau siapa yang akan dapat Aida Maisarah tu?'' Alif menyoal Arif ketika mereka bersama-sama membuat tugasan yang diberikan pensyarah mereka.Akif entah ke mana menghilang.

          ''Erm,.ketiga-tiga failed!'' Arif menjawab pantas.Alif mencebik.Tak puas hati dengan jawapan Arif.

         ''Kita buat plan B,.'' Alif bersuara.Arif menoleh kepada Alif.

        ''Sejak bila pula kita ada plan A,B ni? Aku tak tahu pun,.'' Arif bertanya ragu.

     ''Alahh,.plan pertama yang gagal tu kita anggap ja plan A,.'' Alif tersengeh.

      ''Apa pulak plan B kau'' Arif menunjukkan minat.Dihentikan segala kerjanya dan bersedia memberikan perhatian pada apa yang ingin Alif katakan.

        ''Plan B aku ni mudah ja.Kau dan Akif tarik diri.Biar aku sorang ja yang tackle Maisarah tu,'' Alif cakap selamba tanpa memandang wajah Arif.Matanya tertumpu di skrin laptop.

         ''Itu bukan plan B la bongok.Itu plan UDS!'' Arif bersuara kuat sambil menyambung kerjanya sebentar tadi.Alif mendonggak memandang Arif.Mindanya berputar ligat mencari maksud UDS.Apa erk?

       ''UDS? Apa tu?'' Alif tanya Arif.Tanpa memandang Alif,Arif menjawab.

        ''Adik beradik selfish,sepupu sepapat kembung perut!'' semakin biol Alif  bila mendengar jawapan Arif tu.Malas nak berfikir Alif menyambung kerjanya.Suasana sepi sejenak sehinggalah Akif muncul.

        ''Korang nak dengar berita terkini tak?'' Alif dan Arif buat tak peduli.Akif hairan melihat gelagat abangnya yang langsung tak memberi respon.Dia mendapat satu idea untuk mengenakan abang-abangnya.

          ''Korang tahu tak siapa yang ada di bawah sekarang ni?'' masih tiada respon.Akif sudah merasa pelik.Apa hal pulak ni? Macam bercakap dengan orang-orang pekak sedunia ja.Berlaku sesuatu yang aku tak tahu ke? Akif berbisik di dalam hati.

            ''Okey! Tak mau dengar sudah! Baik aku turun bawah dan berbual dengan Maisarah pun best daripada melayan dua orang pekak ni,'' Akif membuka pintu dan keluar dari bilik.Alif dan Arif saling berpandangan.Keduanya bangun dan menuju ke pintu bilik,berniat untuk mencari kebenaran dari kata-kata Akif tadi.Tombol pintu dipulas tapi pintu tak boleh dibuka seolah terkunci dari luar.

           ''Akiff!'' serentak keduanya melaung kuat.Akif yang memegang tombol pintu dari  luar sudah mengekek ketawa.Rasakan! Dia bersorak riang dalam hati sebelum melepaskan tombol pintu dan berlari turun ke bawah.
.............................................

               Arif dan Alif hanya memandang tetamu mereka tanpa berkelip sejak tadi.Pada mulanya mereka menyangka Akif hanya bergurau bila memberitahu Aida Maisarah ada di rumah mereka.Bila mereka menyaksikan sendiri akan kewujudan Aida Maisarah masing-masing saling memandang di antara satu sama lain sebelum terkelu lidah buat seketika.

          ''Alif!,.Arif!,.pasal apa ni? Macam tak pernah tengok perempuan! Dah macam nak terkeluar biji mata tu tengok Aida ni kenapa? Dah!,.salam Pak Ucu dengan Mak Ucu dulu!'' Puan Masriah bersuara dan mengejutkan Alif dan Arif.Keduanya terus tersipu-sipu disergah oleh Puan Masriah.Tulah!,.asyik renung anak dara orang tak hengat orang sekeliling.Kan dah kantoi!

            ''Dah besar panjang rupanya anak-anak Mas ni? Dah kerja?'' si tetamu yang diperkenalkan sebagai Mak Ucu bertanya.

           ''Masih belajar! Tahun akhir Mak Ucu! Di Kolej,.'' Alif menjawab bagi pihak adik-adiknya sambil menyalami Pak Ucu dan Mak Ucu.

             ''Belajar lagi la ni? Untung Mas,.ada 3 orang anak teruna ni.Ni,.yang mana satu Alif,Arif dan Akif ni? Mak Ucu ni ingat nama ja la.Rasanya last jumpa Mas sekeluarga masa  arwah Tok Wan meninggal.Budak-budak ni pun kecil lagi.Ni,.dah boleh jadi bapak budak  dah ni ha!,.'' Mak Ucu memerhatikan wajah-wajah kacak di depannya. Semuanya seiras,memang sukar nak membezakan ketiganya,nama pun nak sama.

            ''Yang sebelah Ieta tu Alif, ni pulak Arif,.yang tadi tu Akif,'' Masriah memperkenalkan anak-anak kembarnya kepada sepupunya, Masnieta dan suaminya Hamzah. Mereka dah lama terpisah,sejak anak-anak kembarnya masih kecil lagi. Masnieta mengikut suaminya yang bertugas di Sarawak,sekarang ni mereka pulang ke Semenanjung kembali dan akan menetap terus di sini. Mereka hanya punya seorang anak tunggal, Aida Maisarah yang muda dua tahun dari anak-anak kembarnya.

          ''Dengar kata lepas si kembar,kau mengandung lagi? Mana dia? Tak nampak pun!'' Masnieta masih menyoal. Alif,Arif dan Akif sudah saling bermain mata sambil mengerling Aida Maisarah. Tak sangka,rupanya gadis yang mereka cuba mengayat adalah saudara mereka sendiri.

        ''Betullah tu!,.Aina bersekolah asrama. Minggu depan baliklah tu. Nak cuti semester dah ni,'' Puan Maisarah menjawab sambil mengerling anak-anak terunanya. Macam dapat menangkap sesuatu di antara ketiganya.

        ''Kenapa tu Alif,Arif,Akif?,.Jangan nak kacau anak Mak Ucu pulak!'' Puan Masriah memberi amaran kepada anak-anaknya,ketiganya tersentak. Masrieta dan Hamzah sudah melepaskan tawa. Aida Maisarah pula mendapat idea untuk kenakan si kembar.

       ''Mereka dah kenakan Aida pun Mak Ngah. Baru tiga hari Aida masuk kolej,mereka dah berpakat kenakan Aida,'' dengan lurus bendulnya Aida Maisarah mengadu. Huh! Padan muka korang! Alif,Arif dan Akif sudah terkedu sambil memandang wajah Puan Masriah.

       ''Ya ke Aida? Mereka buat apa kat Aida?'' Puan Maisarah memandang tepat ke arah anak-anaknya.

       ''Macam-macam Mak Ngah!'' Aida Maisarah mencari peluang terus mengadu agar ketiganya dimarahi Puan Maisarah,

        '' Alaa,.ngorat sikit jer pun!'' selamba saja Arif menjawab.

        ''Nak ngorat anak dara Pak Ucu,kena bayar tol dulu,tak boleh ngorat free. Pak Ucu ada sorang ja anak dara tau!'' Hamzah bersuara sambil ketawa. Si kembar apa lagi,ketiganya turut tersenyum. Macam dapat green light ja.

      ''Apa papa ni! Ingat Aida ni tol ke?'' Aida Maisarah bernada rajuk. Semakin kuat ketawa Hamzah.

      ''Agak-agaknya Pak Ucu,kalau kami nak ngorat,selain kena bayar tol,apa lagi syaratnya Pak Ucu?'' dengan muka tak malu Arif terus menyoal. Alif dan Akif hanya memasang telinga untuk mendengar jawapan Hamzah.

       ''Amboi,amboi,amboi,.ada hati nak ngorat anak dara orang! Ingat sama diri awak tu pun masih disara lagi tau! Belajar pun tak habis lagi.'' Puan Maisarah mencelah sebelum sempat Hamzah menjawab soalan Arif. Arif hanya tersengeh.

       ''Arif tolong jadi wakil untuk abang Alif ja. Dia yang beria-ia sangat nak ngorat anak Pak Ucu ni. Kan Akif?'' Alif dah tersipu-sipu bercampur geram. Akif dan Arif buat high five sambil tergelak. Aida Maisarah memandang Alif,cuba berfikir sejenak watak mana yang Arif bawa hari tu.

       ''Ada pakatan rupanya? Macam nilah,Pak Ucu nak test dulu. Kalau boleh jadi iman solat maghrib nanti dan bacaan tajwidnya sempurna,tak payah nak ngorat dah. Pak Ucu bagi green light ja. Macam mana? Setuju Alif?'' sekali lagi Akif dan Alif buat high five. Alif dah tertunduk dan terus terkelu. Parah!

      ''Setuju ja la ustaz Alif!'' Alif menoleh ke arah Akif yang bersuara dan membuat isyarat kepada Akif. Kau jaga Akif! Kau jaga Arif! Hati Alif membentak di dalam. Tak guna betul adik-adik kembarnya. Nama dia seorang saja yang naik,sedangkan bukan dia seorang yang kenakan Aida Maisarah.

       ''Pak Ucu! Biar Aida yang jadi pengadil. Hari tu siapa yang kenakan dia dengan teruk. Okey Aida! Kau yang buat keputusan. Orang pertama yang tolong kau angkat buku tu Akif. Yang kenakan kau di depan kawan-kawan kau tu Arif dan aku orang last yang tegur kau hari tu. Kau nak pilih siapa untuk iman maghrib nanti. Kau saja yang buat keputusan!'' Alif cuba mencari helah dengan meminta bantuan Aida Maisarah.

       ''Oooo,..ini kerja korang ya? Mama ingatkan pergi kolej tu untuk belajar,rupanya dok kacau anak dara orang?'' Telinga Akif dan Arif ditarik. Alif cepat bangun dan melarikan diri. Nasib baik tangan Puan Masriah hanya ada dua ja. Alif dan tergelak melihat kedua orang adik kembarnya sudah menyeringai menahan sakit sambil kaki terjengket. Sudah pasti amat sakit. Aida Maisarah sudah menutup mulut menahan ketawa. Masnieta dan Hamzah turut ketawa melihat situasi itu.

        ''Mama!! Mana aci! Abang Alif pun sama,mama piatlah telinga dia sama. Kami cuma tolong dia ja. Dia yang nak sangat dengan Aida ni. Mama tak percaya,mama tengok dalam handphone dia, dia curi snap gambar Aida dalam tu,'' akhirnya Arif buka rahsia Alif. Alif mendongkol geram di dalam hati. Merah wajahnya menahan malu kepada Aida Maisarah,Pak Ucu dan Mak Ucu.

       ''Kau jangan Arif! Macam aku tak tau,kau pun sama!'' Alif memprotes kata-kata Arif. Puan Masriah melepaskan telinga  Arif dan Akif,keduanya mengosok telinga mereka yang sudah merah. Alif gelak melambak,bila melihat Puan Masriah menuju pula ke arahnya. Alif terus berlari menyelamatkan diri.

         ''Kejar mama,kejar!'' Arif dan Akif bersorak melihat Alif dan Puan Masriah mengelilingi sofa. Hamzah dan Masnieta ketawa sambil menekan perut. Aida Maisarah sudah merah wajah, melihat gelagat mereka dan turut ketawa sama.

      ''Dahlah,.mama dah letih. Minta maaflah Ieta,Hamzah!,.anak-anak aku ni,sejak kecik sampai dah besar panjang,perangai tak mau nak berubah jugak. Aida! Kalau mereka kenakan Aida lagi,jangan lupa bagitau Mak Ngah ya. Biar Mak Ngah kerjakan mereka cukup-cukup. Bilalah anak-anak ibu ni nak membesar dan jadi matang?'' Puan Maisarah mengaku kalah dan meminta maaf dengan gelagat mereka anak beranak. Hilang sabar dia dengan kelakuan anak-anaknya. Rupanya kenakalan mereka bersambung di kolej pula.
 
         ''Tak apalah Mas,terhibur aku tengok anak-anak kau ni. Agaknya kalau nak ambil buat menantu pun kena fikir seribu kali. Maunya tersilap orang nanti nahaslah. Kena pula kenakalan mereka ni berterusan sampai dah beranak cucu,teruk jugak nih!'' Masnieta bersuara sambil ketawa. Apa yang ada dalam fikirannya andai mereka menyamar dan menjadi menantunya. Dia terbayang kalau Alif yang jadi menantunya dan Arif menyamar jadi Alif. Mungkin dia juga bakal terkena. Mereka betul-betul seiras dan tak dapat nak dibezakan.

        ''Kau boleh ke bezakan mereka ni Mas? Macam mana nak cam mereka?'' Masnieta menyambung kata-katanya.

      ''Budak bertiga ni Ieta,bukan boleh diharap sangat. Kadang-kadang dengan aku pun mereka kenakan. Confused jugak aku,kalau mereka dah bersatu untuk kenakan aku. Tapi,nak cam mereka ni,kena cari barang-barang kesukaan mereka. Macam Alif suka kamera,ugut ja nak bakar kamera dia tu,menyahutlah nanti. Akif ni suka menulis dairy,kena tahulah dekat mana dia sorok dairy dia tu. Arif,.hmm..ugut saja nak buka rahsia dia zaman kecik,atau ugut nak heboh dalam facebook gerenti dia mengaku,'' Puan Maisarah bercerita sambil mengerling anak-anaknya. Serentak ketiga-tiga anaknya menutup muka dengan kedua tapak tangan.

        ''Apa mama ni! Adehh,..'' Arif bersuara sambil menyandar lemah di sofa.

        ''Macam menarik jer!'' Aida Maisarah bersuara nakal. Selepas ni bolehlah berpakat dengan Mak Ngah Mas untuk kenakan mereka bertiga ni pulak. Aida Maisarah berbisik di dalam hati.

...........................................................

5 Tahun Kemudian,..

        ''Alif! macam mana? Dah bersedia nak pegang tangan tok kadi?'' Encik  Hisham bertanya anak sulungnya Alif. Arif dan Akif sudah tersenyum memandang gelagat abang kembar mereka yang nampak agak mengelabah sejak tadi. Akhirnya Aida Maisarah memilih Alif sebagai suaminya. Mereka berdua akan mendoakan yang terbaik untuk Alif.

          ''Takutlah abah! nanti Tok Kadi soal macam-macam. Alif takut tak boleh jawab. Hari tu dahlah teruk kena interview di pejabat agama. Payah jugakkan abah nak jadi suami orang ni?'' Alif menyoal encik Hisham semula. Fikirannya melayang jauh. Dia seakan sudah berada di depan Tok Kadi sekarang ni dan cuba membayangkan dirinya disoal dengan pelbagai soalan yang membuatkan lidahnya kelu untuk menjawab.

        ''Tu baru nak akad nikah. Lepas dah jadi suami orang nanti lagi berat tanggungjawab yang Alif kena pikul,.'' Encik Hisham mengelus perlahan bahu anak sulungnya,cuba menenangkan hati Alif. Dia tahu perasaan Alif sekarang. Dia dulu pun berperasaan yang sama ketika hari akad nikahnya bersama isterinya Puan Masriah.

       ''Agaknya apa soalan yang akan disoal nanti abah?'' mendengar soalan Alif,Arif dan Akif sudah tersenyum nakal. Di minda masing-masing sudah terencana satu strategi untuk mengenakan Arif.

       ''Kalau kau takut aku boleh tolong gantikan!'' selamba Arif mencelah perbualan abah dan abangnya Alif.

        ''Arif ganti kau terima akad. Malam ni aku pulak gantikan kau first night,.'' Akif berkata sambil ketawa. Alif sudah mencerlungkan mata ke arah adik-adiknya. Encik Hisham mengelengkan kepala melihat gelagat ketiga anak kembarnya. Perkara serius macam ni pun boleh pulak dibuat main budak-budak ni.

         ''Woih,.mana boleh! Kalau aku yang akad,maknamya dah jadi isteri aku. Kau dan Alif pergi gigit jari jauh-jauh. Jangan nak kacau daun pulak,'' Arif bersuara lagi. Hati Alif sudah terbakar mendengar gurauan adik-adiknya.

        ''Korang ingat Aida Maisarah tu anak patung ke hapa,boleh ditolak ke tepi,ke tengah. Aku tengah gelabah giler ni,boleh lagi nak main-mainkan isu akad nikah ni. Lepas ni korang jangan pandai-pandai nak kenakan Aida dan menyamar jadi aku ya!'' Alif memberi amaran untuk adik-adiknya. Arif dan Akif semakin seronok pulak mengiat Alif.

         ''Akif! Kau terfikir tak apa yang aku fikir?'' Arif menjungkitkan keningnya kepada Akif sambil menjeling Alif. Ada la tu idea nakalnya.

          ''Sudah! jangan nak fikir yang bukan-bukan. Jom turun!'' Encik Hisham mengambil jalan mudah dengan mengajak mereka turun ke bawah. Kalau nak dibiarkan mereka bertiga terus berbual entah apa pula yang bakal terjadi. Dia sudah hafal benar dengan sikap ketiga orang anak kembarnya yang tak pernah berubah. Masih nakal walau sudah berumur 26 tahun. Masing-masing sudah memegang jawatan tinggi tapi fikiran mereka adakalanya seakan belum matang.

..........................................................

             ''Alif Asraf!''

           ''Saya!!!'' serentak Alif,Arif dan Akif bersuara bila tok Kadi mula mengengam tangan Alif untuk di akad nikahkan. Semua mata memandang mereka bertiga. Alif mengebam bibir menahan marah. Arif dan Akif berwajah selamba tanpa riak bersalah.

          ''Alif Asraf!''

          ''Saya!!!'' serentak lagi. Tok Kadi sudah mula keliru sama ada dia sedang berdepan dengan pengantin lelaki yang betul atau pun salah.

        ''Tunggu dulu! Jangan mulakan lagi. Saya ada syarat untuk ke tiga orang budak ni,.'' Aida Maisarah bersuara dari belakang. Dia sudah mula geram dengan si kembar.

         ''Budak???'' Alif,Arif dan Akif bersuara serentak dan saling berpandangan,akhir sekali wajah Aida Maisarah pula direnung tajam. Tak puas hati!

        ''Sebelum akad nikah dimulakan,  Aida nak kepala Arif dibotakkan dan Akif pula dicukur janggut dan semua misainya. Aida tak mahu dipermainkan mereka bertiga lagi.'' Aida Maisarah nekad. Alif sudah tersenyum dan menjungkitkan keningnya berkali-kali ke arah Arif dan Akif.

         ''Oh tidak!!,. Jom Akif! Blahh!'' Arif bangun ingin melarikan diri. Akif sekadar buang misai dan janggut sejemput boleh diterima lagi. Arif nak kena buang rambut. Dia bayangkan wajahnya tanpa rambut.Nooooo!!

         ''Alah! Aida ugut ja tu!'' dengan yakin Akif bersuara. Arif tak menghiraukan kata-kata Akif,dia sudah berlalu keluar dari masjid.

        ''Akif!!'' Akif menoleh. Spontan dia melompat bangun bila melihat Aida yang melaung namanya sudah memegang mesin pencukur. Terkocoh-kocoh dia berlari keluar. Gelagatnya mendapat perhatian orang ramai dan menjadi bahan tawa. Alif sudah tersenyum kemenangan melihat kedua orang adik kembarnya sudah keluar dari masjid. Majlis akad nikah berlangsung tanpa gangguan selepas itu. Dalam pada itu minda Aida Maisarah bekerja keras mencari idea untuk mengenakan adik-adik iparnya yang ternyata mempunyai rancangan untuk mengenakan dirinya. Dalam pengantin lelaki sibuk mengengam tangan Tok Kadi Aida Maisarah sempat menghantar mesej kepada seseorang.

 ............................................................

              ''Hahahahaha,.'' Alif tergelak besar bila pulang saja ke rumah dan bertemu dengan Arif dan Akif. Aida Maisarah yang berada di sebelahnya hanya menyembunyikan senyum. Itu semua kerja dia. Aida Maisarah menghantar mesej kepada sepupunya untuk menangkap Arif dan Akif dan melaksanakan kehendaknya seperti apa yang diminta sebelum akad nikah dimulakan. Sepupunya Khairun angkat geng dan memulakan arahan. Selepas kepala Arif dan Akif didogolkan mereka dilepaskan. Arif dan Akif terus pulang ke rumah sebaik dilepaskan.

           ''Ni bini kau punya pasallah!'' Arif merenung tajam ke arah Aida Maisarah yang sudah bersembunyi di belakang Alif sambil ketawa.

        ''Korang tu dah tua tahu tak? Tapi perangai tak nak berubah jugak. Aku terpaksa buat macam tu,kalau tak,kau dan Akif yang akan kenakan aku. Sebelum aku dikenakan korang,lebih baik aku kenakan korang dulu.'' dengan tawa yang masih bersisa Aida Maisarah membela diri. Alif sudah mengengam kejap tangan Aida Maisarah. Rasa terharu dengan apa yang Aida Maisarah dah buat,walau yang dikenakan itu adik-adik kembarnya yang selama ini sangat rapat dengan dirinya.

         ''Sudah! Sudah!,.Jangan nak salahkan menantu mama pulak! ini semua cadangan mama. Macam mama tak tahu,Arif dan Akif memang ada rancangan nak kenakan Aidakan?'' puan Maisarah yang terdengar riuh rendah suara anak-anaknya datang dan mencelah. Suasana memang riuh rendah dengan gelak tawa tetamu lain juga, Kelakar melihat wajah kembar seiras yang dah tak seiras lagi.

         ''Mama!,.mama tak kesian ke tengok anak mama yang handsome ni jadi dogol macam ni?'' Akif membantah keras. Dia pun tak menyangka,dia juga bakal didogolkan.

        ''Tak ada maknanya nak kesian. Selagi Arif dan Akif tak matang dan asyik nak kenakan Aida atau orang lain,mama nekad kepala korang takkan ada rambut lagi selepas ni,kecuali kalau korang berjanji dengan mama nak berubah,.'' puan Masriah tegas dengan keputusannya. Encik Hisham sudah tersenyum melihat gelagat anak-anak dan isterinya. Dia pun kadang-kadang turut keliru mana satu Alif,mana satu Arif dan Akif. Mereka pula akan menyahut semua nama yang dipanggil bila mereka berpakat untuk mengenakan orang lain. Cuma Alif saja yang sudah berubah sedikit sejak bertunang dengan Aida Maisarah. Agaknya Arif dan Akif juga perlu dikahwinkan segera kalau nak merekka segera berubah.

          ''Cepat cari jodoh Arif! Akif!,.mungkin bila Arif dan Akif dah kahwin nanti perangai mereka outomatik akan jadi matang!'' encik Hisham menyuarakan rasa hati. Wajah Arif dan Akif yang monyok berubah ceria.

        ''Kahwin abah?? Yahooo!!'' Arif dan Akif serentak menyoal encik Hisham dan bersorak gembira. Gelagat mereka sekali lagi mendapat perhatian para tetamu dan masing-masing menghamburkan tawa. Alahai si kembar!

Aida Maisarah: Suamiku kembar tiga. Moga adik-adik iparku akan cepat kahwin dan takkan kenakan aku lagi dengan kenakalan mereka. Kalau tak,aku akan kenakan mereka kembali dengan plan jahat yang paling setimpal. Hmm,.

******************************Tammat*********************




Tuesday 27 May 2014

Sucinya Cinta ~EiryzEilyz~

'Saya suke awak!'

Ayat itu bagaikan radio buruk yang berbunyi di dalam kepalanya berulang-ulang kali. Amni mengalih badannya ke sisi kanan. Bantal peluk didakap erat. Mata cuba dipejamnya.

'Kita kahwin!'

Amni tidak jadi melelapkan mata. Peristiwa petang tadi menerjah layar fikirannya.

'Amni, Amri cari kau.' beritahu Sue, kawan baiknya.
'Sebab?' tanya Amni sepatah. Sue mengjungkit bahu.
'Kat mana?' tanya Amni kemudiannya. Matanya masih memasukkan lebihan cup cake ke dalam beg kertas untuk dibawa pulang.
'Tempat biasa katanya,' beritahu Sue. Dia mengelap meja yang digunakan untuk mengbungkus tempahan cupcake daripada Haneyz Bakery, milik kakaknya.
'Okey.' tanpa perasaan Amni menjawab.
'Kau nak aku hantar?' tanya Sue, ingin kepastian. Dia sedia maklum, skuter kesayangan kawan baiknya rosak dan telah dihantar ke bengkel petang kelmarin.
'Sudah semestinya! Takkan kau taknak jumpa buah hati kau kot hehehe,' sakat Amni. Sue tersenyum manis.
'Eleh, macamla aku tak tahu.' sakat Amni lagi.

*****************************************************************************

'Kenalkan ni kawan aku, Irman. Irman, ni la Amni Arisha yang kau nak kenal sangat tu!' Amri berkata mesra. Amni mengjongket kening tanda tidak memahami. Dia rasa dia tidak salah dengar kan!
'Hai, apa khabar?' tangan disua, sebagai tanda salam perkenalan.
'Bukan muhrim. NO salam-salam,' Amni berterus-terang. Irman terkaku. Sue menyendol pinggangnya, Amri hanya tersengih. Irman menarik balik tangannya. Mukanya kelihatan memerah.
'Oh, maaf,' Fuh, direct terus! Telah Irman dalam hati.
'Awak Chinese ke?' Amni bertanya tanpa dapat ditahan-tahan. Irman tercengang. Amri menepuk dahi.
'Err...kita pergi makan eh! Aku belanja, Abang Irman bayar,' Amri bertindak sebagai penyelamat keadaan. Sungguh. Suasana kelihatan begitu canggung.
'Okey. Jumpa kedai hujung simpang tu.' ucap Amni sambil berlalu. Tangannya menarik tangan Sue yang masih lagi tersengih dapat berjumpa dengan si buah hati.

'Sorry la Abang Irman, Amni tu memang macam tu. Kayu sikit,' pujuk Amri. Risau jika Irman terasa hati dengan sikap Amni yang tidak makan saman.
'Takpe Am, abang faham. Sikap tu membuatkan abang lagi suke dia,' Irman berkata dengan penuh yakin. Amri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nampaknya Irman memang sudah angau dengan Amni.

'Saya suke awak.'
Hampir tersembur air sirap selasih yang sedang diminumnya.
'Kita kahwin.'
Brrrrrrrrrrusssshhhhhhhhh
Ha..kali ni memang dia menyembur habis air yang sedang diminumnya. Memang terkena tepat dimuka Irman. Dia kelihatan terkejut. Tidak menyangka sebegitu drastik reaksi gadis yang disayangi dalam diam itu.
Amri dan Sue juga begitu. Mereka memandang tepat kepada Irman.
'Saya nak balik,' Amni pamit tanpa maaf. Sue hanya memandang motosikalnya yang ditunggang Amni sehingga hilang dari pandangan sebelum dia tersedar sesuatu. Pantas dia menoleh ke arah Amri.
'Abang hantar Sue balik nanti,' beritahu Amri seakan memahami reaksi Sue.

******************************************************************************
'Deringan telefon mengganggu lena Amni. Tangannya mencapai telefon bimbit cap ayam yang berada di atas meja. Mulutnya menganga luas, menguap, sambil tangannya menekan button hijau tanpa melihat terlebih dahulu nama pemanggil.
'haho,'
'Assalamualaikum,' mulut yang ternganga luas segera ditutup. Dia lantas melarikan telefon ditelinganya sambil matanya melihat skrin handphone. Nombor telefon yang tidak dikenali. Dia meletakkan kembali telefon ditelinganya.
'Waalaikumsalam.' jawabnya perlahan.
'Sape ni?' tanyanya lagi tanpa menunggu bicara lanjut sipemanggil.
'Petang ni saya bawa family saya jumpa family awak eh,' sipemanggil tidak menjawab pertanyaan Amni sebaliknya memberikan kenyataan yang membuatkan Amni melempar handphone ke lantai. Dia lantas menyelubung seluruh tubuhnya dengan kain selimut. Tubuhnya menggeletar.

Amri, kau memang nak kena dengan aku! Jerit Amni dalam hati.

*******************************************************************************
'Bang Nod, Am mana?' tanya Amni sambil menongkat skuter pinknya.
'Ntah. Katanya nak jumpa buah hati tengah ari ni!' beritahu Anuar, pemilik bengkel kereta, Anuar Auto Sdn Bhd.
'Buah hati penamanya. Sue kan pergi kursus kat Perak,' serkap Amni. Dia tahu Amri ada didalam bengkel kereta itu. Dia faham sangat dengan gelagat Abang Anuar kalau menipu.
'Err.....,'Anuar tergagap sebentar. Dia melepaskan keluhan sambil jarinya menunjuk ke dalam bilik menyimpan peralatan. Amni segera menapak ke sana.

'Mohd Amri Bin Amran Bin Amsar, apa yang kau dah buat.' sergah Amni siap memanggil nama penuh Amri sekali dengan bapa dan datuknya. Amri menelan liur yang terasa kelat. Dia yang bersembunyi di dalam bilik menyimpan peralatan terpaksa berdepan dengan Amni.

'Apa yang dah aku buat?' tanya Amri sengaja buat tidak mengerti.
'Kau jangan nak buat tak tahu yer,' Amni menyerang balas. Mukanya merah. Amri menelan liur.
'Buat tak tahu ape? Aku tak faham.' Amri masih lagi membela dirinya.
'Yang kau pergi beri no telefon aku kat budak cina tu buat apa?' tanya Amni tanpa dapat ditahan-tahan.
'Bukan budak cina okey. Dia orang melayu jugak,' beritahu Amri tegas. Tahu sangat dengan perangai perkauman Amni gara-gara peristiwa 5 tahun lepas.
'So, jadi betulla kau yang bagi,' tanya Amni geram.
'Kalau aku bagi kenapa? Dah dia mati-mati suke kan kau, aku bagi jerla. Yang kau nak sentap apsal,' Amri tiba-tiba naik angin.
'Masalahnya, kau bagi no fon aku. NO TELEFON AKU!' Amni tidak mahu mengalah.
'Habis tu, takkan kau nak aku bagi no fon apek jual nombor depan tu,' kata Amri tidak mahu mengalah. Nada suaranya sedikit tinggi. Amni terdiam. Ini kali pertama Amri meninggikan suara. Mukanya merah seperti memendam perasaan yang teramat sangat. Amri mengeluh perlahan.
'Ikut aku,' Amri bangun perlahan. Tangannya mencapai pergelangan tangan Amni. Nasib baik berlapik.

*******************************************************************************
'Sekarang kau cakap kat aku, kenapa kau benci sangat Irman?' tanya Amri siap bercekap pinggang bagai.
'Yang kau bela sangat mamat tu apsal?' tanya Amni tak puas hati.
'Sebab dia kawan aku,' balas Amri geram.
'Aku bukan kawan baik kau ke?' tanya Amni, tidak mahu mengalah.
'Aish..susah betulla nak cakap dengan kau ni,' Amri berkata geram. Rambutnya yang sedia kusut, ditarik-tarik. Sudah gaya nak meroyan. Amni menarik nafas perlahan. Sebenarnya untuk menenangkan diri sendiri.
'Aku tak benci dia Am. Sebenarnya tak terlintas langsung di dalam hati aku ni nak membencinya. Tapi, aku takut. Takut sejarah lama akan berulang. Kau kan tahu siapa aku dulu. Aku tak layak untuk dirinya.' Amni meluahkan rasa yang terbuku dihatinya.

'Tapi, kau tak bagi dia peluang. Kau tak beri peluang untuk diri kau sendiri.' Amri berkata perlahan.
'Peluang untuk apa? Untuk disakiti lagi, untuk dijadikan tempat melampiaskan nafsu semata-mata,' hambur Amni. Air mata yang sedari tadi ditahan, mengalir bagaikan empangan pecah. Amri hilang kata-kata.
'Aku takut Am. Macamna dia tahu status aku dulu. Macamna kalau dia tahu aku pernah melahirkan zuriat yang sehingga kini aku tidak tahu dimana? Macamna kalau dia tahu aku ni pernah berkahwin? Aku seorang janda, Am! JANDA!' Amni mengongoi perlahan. Lututnya terasa lemah. Dia melereh ke bawah perlahan. Kakinya tidak mampu lagi menampung beban yang selama ini dia pendam seorang.

'Kenapa dengan status awak sebagai JANDA awak tidak layak untuk bahagia ke?' Amni terkesima. Bukan suara Amri yang berkata dihadapannya.
'Kenapa jika awak pernah melahirkan zuriat, awak hanya boleh derita saja ke?' Amni hilang kata-kata. Wajah insan yang berada dihadannya ditatap tanpa perasaan.
'Sebelum saya ajak awak nikah, saya dah tahu semunya tentang diri awak. Amri dah menceritakan segalanya. Saya terima awak seadanya sebab saya sayang awak kerana Allah. Saya ajak awak nikah sebab saya nak awak bahagia bersama saya,' Amni terkedu. Amri juga terdiam.
'Saya harap awak fikir dalam-dalam perasaan awak sebab saya tahu, jauh di sudut hati awak, awak juga mempunyai perasaan terhadap saya.' Irman menyeluk poket seluar dan mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna merah.
'Esok, jika awak memakai cincin ni, bermakna awak terima saya. Jika tak, awak simpanla dan saya takkan ganggu awak lagi. Esok saya tunggu awak di depan Haneyz Bakery,' Irman berlalu pergi sejurus meletakkan kotak baldu berwarna merah ditangan Amni. Amni menelan liur yang terasa payau. Air matanya kering begitu saja. Terkejut dengan pengakuan Irman sebentar tadi.
********************************************************************************
Keesokan harinya Amni sengaja tidak ke HB. Perasaan malu masih lagi menyelebungi dirinya. Mahu saja dia menempah nama ke planet marikh sekarang. Jauh dari semua orang dan yang paling utama, jauh dari Irman.

*******************************************************************************
'Tak sangka aku, aku yang bercinta bagai nak rak, kau yang bertunang dulu,' Sue mencubit pipi kawan baiknya. Tidak disangka, baliknya dari kursus membuat kek di Perak tempoh hari, dia terlepas 'drama' air mata kawan baiknya.
'Aku pun tak sangka aku boleh terima apek tu,' Amni berkata perlahan. Kesenggangan pada petang itu diisi dengan berjoging ditaman dihadapan rumah sewa mereka.
'Dia tahu 'perkara' itu?' tanya Sue perlahan. Matanya mencerlun kepada Amni. Amni mengangguk. Sebelum dia bersetuju menerima peminangan Irman, dia telah bertemu 4 mata untuk berbincang. Barulah dia tahu sebenarnya, Irman sudah lama mengikuti perkembangan dirinya sejak dia masih menuntut di sekolah menengah lagi.
'Dia 'stalker' kau?' jerit Sue risau.
'Maybe, but pada mulanya aku pun fikir macam tu. Tapi, selepas dengar penjelasan dia, aku boleh accept, so, as you know, now i'm getting married with my stalker,' Amni ketawa perlahan. Lucu dengan kata-katanya sendiri.
'Aku doakan kau bahagia,' Ucap Sue sambil tersengih.
'Thanks my friends,' Amni tersenyum bahagia.
'Tu, apek kau dah datang,' kata Sue sambil jarinya menuding ke arah 2 jejaka yang sedang berlari perlahan ke arah mereka.
'Amboi, sedap jer panggil tunang aku apek yer.' marah Amni. Tapi, marah-marah sayang je. Dia tahu Sue hanya bergurau.
'Bela nampak.......' protes Sue.
'Mestila,' akui Amni. Tapi kedua-dua sahabat baik tu hanya ketawa. Ternyata bahagia kian menghampiri. Amin. 

Sunday 11 May 2014

Seuntai Doa Buat Sahabat ~Mohd Kasim~

Ibu, rasanya semua dah siap kemas, InsyaAllah, bolehlah kita berangkat sekarang. Ayah pun dah tunggu dalam kereta tu”. Beritahu Rafiq pada orang tuanya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang dilekatkan di sudut bacaan, ditinggalkan sahaja, agar dapat memberi manfaat kepada penghuni yang baru.

Ditatapinya buat kali terakhir. Bilik A-32; bilik yang menyimpan seribu satu kenangan. Diuji dengan pelbagai dugaan semata-mata untuk menjadi seorang daie, untuk meneruskan amanah dan perjuangan Baginda. Namun, dia sedar. Hidayah milik Allah. Dia hanya mampu melakukan yang terdaya, dalam usaha mentarbiah ahli-ahli biliknya.

Lidahnya basah dengan dakwah. Namun, mungkin sahaja dia yang bersalah. Mungkin sahaja method dakwahnya tidak berkesan. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam dirinya. Hanya doa yang akan mengiringi mereka selepas ini. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.
Sudah 3 tahun Raqib menghuni bilik tersebut. Perasaan sayu bertandang di lubuk hatinya. Sedih. Kini, dia terpaksa meninggalkan bilik itu, kerana sudah tamat pengajian. Mungkin juga untuk selama-lamanya.

* Bertamu Sebuah Memori *

“Ayah, boleh tak, singgah surau? Raqib nak letak buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Dah lama rasanya buku ini bersama Raqib”. Pinta Raqib pada ayahnya.

Semoga ianya mampu membuka hati sesiapa sahaja yang membacanya, agar tidak pernah jemu dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dan islah sesama manusia. Tidak kira non-muslim atau muslim. Semoga bermanfaat. Itulah niat dan keikhlasan hatinya.

Dia teringat pesan Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda, “Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (hadis riwayat Tabrani)

Ayah tersenyum. Manis senyumannya. Dia memperlahankan kereta lalu membelok ke kiri menuju ke surau Al-Falah.

Raqib merenung sudut kiri di hadapan surau tersebut. Butir-butir kristal mula memenuhi kelopak matanya. Namun, ditahan juga, bak empangan yang menakung tadahan. Fikirannya mula terbang melewati episod-episod perjuangan bersama sahabat-sahabatnya. Di situlah tempat Raqib menjalinkan ukhwah bersama-sama sahabatnya. Banyak masanya dihabiskan di situ.

Semuanya terjalin kerana Allah. Daripada usrah, halaqoh, tazkirah, sehinggalah Majlis Ilmu, dan pelbagai lagi proses tarbiah dilakukan. Berat sekali hatinya untuk meninggalkan surau tersebut. Semuanya syabab yang dahagakan ilmu, yang sering meniti dibibir-bibir mereka dengan kalimah memuji kebesaran Rab.

Terlintas kata-kata gurunya sewaktu pengajian dulu.

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”(At-Taubah 9:18)

Sering sahaja mereka mengingatkan antara satu sama lain, tentang kelebihan solat berjemaah. Tidak dilupakan juga untuk mengejut sahabat-sahabat ke surau, terutamanya waktu Subuh. Zikir-zikir mengingati Allah juga tidak ketinggalan untuk mereka lafazkan sesama mereka. Solat dhuha, Solat tahajud. Semuanya dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, serta bimbingan sahabat-sahabat yang sentiasa memperingat antara satu sama lain. Penghayatan akidah juga ditekankan, agar hubungan mantap dengan Rab. Namun, segalanya hanya tinggal memori.

“Ya Allah, berilah kekuatan kepada sahabat-sahabatku, agar mereka sentiasa mampu mengingatiMu. Mungkin sahaja di sini, terdapat rakan-rakan yang mampu mengingatkan kami, satu sama lain. Namun, aku sedar, dugaan diluar lebih besar cabarannya. Teguhkan iman kami, supaya sentiasa berada dalam rahmat-Mu.” Bisiknya di dalamm hati.

Rafiq merenung jauh. Pandangannya melintasi perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan syuhada di dalam mengembangkan syiar Islam. Janggutnya mula dibasahi air mata yang bercucuran.

Raqib begitu risau akan sahabat-sahabat seperjuangannya. Mampukah mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, ketika mereka berada di dunia yang nyata, yang sudah semestinya penuh dengan pancaroba?

* Segalanya Berbeza *

“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.

Raqib mengerutkan dahinya. Istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Tidak dinafikan, di mana-mana sahaja surau, pasti hanya akan dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja. Adakah surau hanya menjadi tempat-tempat bagi hambaNya yang sudah berusia sahaja?

Segala bisikan syaitan tidak diendahkan. Raqib sentiasa perlu bermujahadah. Mungkin sahaja dia menjadi orang asing di dalam rumah Allah itu, kerana hanya dia sahaja anak muda didalamnya.

Sama juga keadaannya ketika waktu Subuh. Mampukah sahabat-sahabatku bermujahadah untuk berjemaah di surau? Mampukah mereka bangun tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi, semata-mata untuk melakukan tahajud seperti dahulu? Mampukah mereka meluangkan sedikit sahaja masa untuk melakukan solat Dhuha, seperti juga di kolej dahulu?

Raqib sentiasa husnuzzon dengan sahabat-sahabatnya. Dia tawaduk, menadah tangan mengharapkan rahmat Allah. Hari-hari yang dilalui penuh dengan muhasabah.

“Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan.”

“Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa”. Panjang munajatnya memohon kepada Allah.

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” (Az-Zukhruf 43:67)
“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.

Rafiq menarik nafas perlahan. Kedengaran hembusan kecil dari mulutnya. Kemudian istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.


Terima Kasih Kerana Meninggalkanku ~Aina Amidin~


“Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”

Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.

Kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. Ya Allah.. bantulah aku..

*******************************************************************************

“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.

“Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.

“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”. Mendatar suara amir.

“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.

“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah”. 

“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”. 

Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..

“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”Air mataku kembali berguguran.

“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.

“Ish, tahulah. Mestilah Allah”

“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Amir lagi.

“Of course lah pencipta kita, Allah”

“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?”

“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”

“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.

“sedar dah..”

“Ape yang kau sedar?”

“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”

“lagi?” soal amir lagi..

“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada Amir.

“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”

“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”

” Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”

Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.

“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Amir senyum.

“Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!

“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”

“InsyaAllah..”

*******************************************************************************

Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta