Sirap selasih- selalunya orang kampung atau
orang – orang lebih berusia yang lebih menggemarinya. Orang bandar, budak –
budak selalunya tidak pandang akan satu bahan yang dinamakan ‘selasih’ ini....
anak katak!!! Ada
ke rupa macam anak katak?. Ok lah... macam berudu sikit – sikit.
Sirap bandung
bersoda – perghhhhh... dah lah sirap, bandung ,
bersoda dan warnanya pula...menawan kalbu!. Siapa yang tak terpikat?. Rasanya
memang terangkat. Tak ada pula orang panggil anak katak ke, anak lembu ke atau
anak tenggiling....
Aku?.......rasa-rasanya
aku ni sirap yang mana satu? Bacalah dulu kisah aku, dia dan si sirap lagi satu
ni ya?..
4.30 petang
Jalan Yadi Klang..
“Mana ada orang jual sirap macam tu?” bebel
Hanim. Wajahku hanya dipandang sekilas lalu. La.... bukannya aku suruh dia buat
kajian kat mana ada jual sirap tu. Bukannya susah sangat pun nak buat. Beli
sahaja bahan – bahan di kedai Abang Ikhwan tu... hmmm... Abang Ikhwan!. Sebut
sahaja nama, jantung aku sudah pun mengatur rentak mengikut lagu cinta. Lagu
cinta yang gembira!. Mana tidaknya... wajah yang tampan dan senyuman yang
manis, siapa yang tak terpikat?.
Dari jauh sudah kelihatan Abang Ikhwan
sedang sibuk melayan pelanggan yang sememangnya ramai itu. Salah seorang
daripadanya ‘sirap’ lagi satu tu!. Hmmm.... beli bawang dan ikan pun pakai
kasut tumit tinggi?. Lipstick merah dengan rambut yang ikal mengerbang.
“Amy ada lah” bisik Hanim.
“So?” soalku kembali. Mak aih.. berlagaknya
intonasiku waktu itu. Sungguh! Aku pun menyampah mendengarnya. Hanim memandang
wajahku lagi. Dia sedia maklum yang mood aku ni memang akan berputar 180 darjah
bila jumpa si ‘sirap’ lagi satu ni.....Amy!. bukan...bukan!!!.. bukan Amy
search mahupun amy mastura. Nama sebenarnya. Aminah binti Bedul tapi
sejak sekolah dia sudah menukar namanya ke Amy yang dia rasakan cukup glamour
pada waktu itu. Aku berjalan perlahan – lahan memandang wajah Abang Ikhwan. Itu
satu kemestian. Sebelum cari barang, mesti tengok tuan kedai dulu hehheee..
“Aaa.... Laila. Nak beli apa” soal Abang
Ikhwan dengan lembut. Waktu itu aku rasakan salji dan bunga sakura bergandingan
turun dari atas. Seperti bibit bahagia mula tumbuh mekar waktu itu sehinggalah
Amy sibuk meletak ikan bawal cerminnya di hadapanku.
“Abang Ikh.. kira
ya”
Amboi! Sejak bila pula nama Abang Ikhwan di diskaunkan?.hilang hujung
namanya. Aku terdengar Hanim ketawa. Hei... dia milikku tau!.
“Semua sekali RM21.00, Amy” pastik merah
itu dihulurkan.
“Ala ...
Amy terlupa bawa seringgit. Cukup – cukup RM20. Nanti Amy pulang, datang semula
ya?” kata Amy.
Amboi! Tak cukup
duit pun gembira?. Apa punya orang la...
“Ha... tak
payah.. ambil seringgit ni” Hanim menghulurkan wangnya
ke tangan Abang Ikhwan. Muka Amy berubah saat itu juga. Cayalah Hanim! Rasa
macam nak peluk dan julang dia sahaja pada waktu itu.
“Huh.. penyibuk!” Amy menghentak kakinya
dan terus pergi dari situ. Abang Ikhwan gelak sambil matanya menyorot ke arahku
yang konon – kononnya malu pada waktu itu. Malu????...iyalah tu!
Apabila hampir semua pelanggan sudah tiada,
Abang Ikhwan menghampiriku yang sedang sibuk memilih telur. Sebenarnya aku
kelam kabut pada waktu itu. Iyalah, tiba – tiba sang arjuna menghampiriku, apa
yang boleh aku buat selain daripada membelek sesuatu di hadapanku.
“Keliru ke nak beli telur mana satu?” aku
tahu Abang Ikhwan perli. Kalau dah tahu aku ni berdebar, janganlh sengaja di
usik!.
“Tak... Cuma hairan kenapa dalam telur ni
ada dua warna yang tak bercampur”kataku spontan. Hanim bantai gelak!.
“dah lama ke berfikir pasal benda ni?” soal
Abang Ikhwan lagi. Sayur sawi dibelek – beleknya. Eleh.... dia pun sama!.
“Hmmm....tak juga. Sejak dilantik jadi presiden
warna telur sedunia ni saja!” Hanim menyampuk. Rasa macam nak lontar sahaja
telur di tangan aku itu ke kepalanya yang jendul itu. Dah lah jendul.. disuak
pula rambutnya ke belakang!.
“Tak lama lagi puasa...” keluar pula ayat
lain dari mulut Abang Ikhwan.
“Hmmm... ya la” aku membelek pula kobis di
sebelah Abang Ikhwan. Dia senyum lagi. Setelah aku mengambil sawi, kobis dan
terung kakiku terus melangkah ke kaunter.
“Selasih ni untuk
Laila.. laila kan suka minum sirap selasih”
Aduhai!!!! Dia
ingat apa yang aku suka rupanya. Memang sedikit terkejut tetapi riak wajahku
tetap tenang seperti biasa.
“terima kasih.
Ingatkan abang suka yang ada soda, susu tu” perliku. Abang Ikhwan gelak. Dia
memicit sebentar hidungnya sebelum memandang semula wajahku . Hanim berdiri di
tepi dari tadi.
“Yang sirap bandung kasut tinggi , lipstick merah tu tak
sesuai kot. Tekak abang tak boleh masuk susu dan soda”
Abang ikhwan tahu maksudku. Senyuman paling
manis aku hadiahkan buatnya.dia berdehem kecil mengiringi langkahku pulang.
sepanjang perjalanan pulang, Hanim tidak habis – habis mengusik. Setibanya di
rumah, bungkusan itu ku serahkan ke tangan ibu. Tidak sampai 3 langkah aku menapak terdengar
jeritan ibu di dapur.
“Ibu suruh Laila
beli susu, ayam dan rempah kari bukannya sayur terung sawi, kobis dan terung!”
“Tapi Abang Ikhwan tak suka susu” jawabku
selamba. Aku mendapatkan ibu
di dapur.
“Apa Abang
Ikhwan?”
Mulutku terkunci.
Ibu yang sudah pun bercekak pinnggang menggetap bibir memandang tajam ke arahku.
“ayah yang nak susu bukannya Ikhwan!. Sebab
itulah ibu malas suruh Laila pergi kedai” bebel ibu tidak henti – henti.
Ayah hanya menggeleng kepala.
“Dah kahwin pun kan dengan Ikhwan tu. Apa masalah kamu ni?” soal Ayah.
Eleh... orang nak
ambil feel ngurat – ngurat pun nak marah. Penat je plan dengan Abang Ikhwan
buat – buat tak kenal... orang nak megimbau cinta dulu!.
best..kelakar sgt..hahahhahaha
ReplyDelete