Setiap kisah dan cerita ini adalah hasil nukilan penulis sendiri dan koleksi cerpen yang terdapat di dalam simpanan yang ditulis oleh penulis lain. Setiap cerita adalah hak milik penulis dan sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Cerpen ini aadlah untuk koleksi simpanan dan bahan bacaan sahaja.

Friday 11 September 2015

Rasa Yang Hilang ~Arissa Adelia~

arissaadelia.blogspot.my



"Mak, macam mana keadaan Arrys?"

"Macam mana boleh kena denggi berdarah ni?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut Razif Iqram. 

Dia cemas. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Keadaan di luar unit rawatan rapi itu sedikit huru-hara. Masing-masing menunggu dengan penuh harapan. Ada juga yang menangis kehilangan orang yang tersayang.

"Arrys dah demam tiga hari dah, dia tak bagi tahu...pergi klinik sorang-sorang dia je. Bila mak sampai rumah dia hari tu, nampak teruk sangat sampai muntah darah. Muka pucat lesi. Itu yang suruh Allyn terus hantar dia ke hospital. Sampai aje dia pitam, terus masuk emergency room..doktor kata dia kena denggi berdarah," Puan Rohayu teresak-esak.

Razif mengeluh kesal. Badannya tersandar di dinding hospital. Pintu bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) masih tertutup rapat. Tiada seorang pun dibenarkan masuk buat masa ini. Hatinya melonjak mahu melihat wajah kesayangannya selama ini. Wajah yang sudah lama ditinggalkan. Dia amat merindui wajah itu.

"Mak! Macam mana dengan Kak Ngah?" Adryana dan Afiq tiba sambil meluru mendapatkan Puan Rohayu. Mereka berpelukan sambil airmata berjujuran.

"Eh, kau buat apa kat sini?" Berang Afiq melihat Razif turut berada di situ. Leher Razif dicekaknya.

"Err..Afiq..tolong..Abang nak tengok Kak Ngah la Fiq. Please...dah lama..."

"Dah lama apa? Dah lama kau tak menyusahkan hidup dia? Eh, cukup-cukup la kau nak sakitkan hati dia. Jangan nak tambah beban dia lagi. Baik kau berambus dari sini sebelum aku belasah kau cukup-cukup!"

"Fiq...Mak yang call Abang Razif kau ni. Jangan biadap macam ni, hormat sikit."

"Mak, orang macam ni kita nak hormat?" Mata Afiq berkaca-kaca. Dia yang bersama Arrysa sepanjang lelaki itu tiada. Dia yang tengok semua penderitaan yang ditanggung oleh kakaknya disebabkan lelaki itu. Perlu ke dia hormat lagi?

"Mak..jangan termakan dengan kata-kata dia, jangan terbeli dengan wang ringgit dia..Fiq tak boleh lupa apa yang dia dah buat pada Kak Ngah dulu. Fiq benci lelaki tak bertanggungjawab macam dia ni!!!" Satu penumbuk hinggap ke muka Razif, bekas abang iparnya suatu ketika dulu. Puas!

Razif tidak membalas. Darah pekat mengalir di celah bibirnya. Dia faham marah Afiq padanya.

"Eh Razif! Manusia pegang pada janji, lembu pegang pada talinya. Kau ni...kau ni...bukan manusia bukan lembu, tahu tak! Cakap tak serupa bikin!!! Empat tahun...empat tahun baru kau nak muncul, buat apa!!!" berapi-api marah Afiq. Tak ada panggilan abang lagi buatnya. Hormat hilang terus.

"Sudah! Tak usah bertengkar kat sini. Malu orang tengok, Fiq. Kak Ngah kamu tengah sakit tu..nak bertumbuk ke apa, pergi kat luar sana!"Puan Rohayu mencelah. Kalau dibiarkan jadi kes besar pula kat situ.

"Mak, maafkan Razif...maafkan Razif! Benar kata Afiq, saya memang lelaki yang tak bertanggungjawab. Saya tinggalkan Arrys masa dia mengandung enam bulan. Saya tak berada di sisinya di saat dia amat perlukan saya..." Air mata deras mengalir dari kelopak mata Razif.

Puan Rohayu makin sebak. Sedih mengingatkan apa yang dilalui anaknya. Adryana memeluk bahunya erat. Walaupun marah dan kecewa dengan tindakan Razif sebelum ini, tidak tergamak pula mahu memarahinya ketika ini. Syukurlah Razif sudah sedar kesilapannya dulu.

"Waris Arrysa Izreen Maleeq! Ibu, ayah atau suami boleh masuk sebentar!" Laungan seorang jururawat mengejutkan mereka. Semua berpaling dan meluru ke arah jururawat itu.

"Saya..su..." kata-kata Razif terhenti di situ. Arrysa bukan lagi isterinya, mana mungkin dia boleh mengakui hubungan itu lagi. Afiq menjeling tajam. Nak rasa penumbuk lagi ke dia ni?

"Saya ibunya..ni bekas suami anak saya..boleh benarkan dia masuk?" ujar Puan Rohayu pula memohon pertimbangan.

Jururawat itu diam seketika kemudian mengangguk. Pintu bilik ICU tertutup semula.

~~~~~~~~~~~

"Mama, jom la main masak-masak!" rengek Nellysa lagi. Langkahnya mengikuti ke mana sahaja mamanya pergi. Ke dapur, ke ruang tamu semula dan ke bilik. Ayat itu sudah diulang berkali-kali. Muncung itiknya yang comel itu pun dah kelihatan. Hentakan kaki je belum lagi.

"Sayang...mama tak larat lar...cuba rasa ni, panas tak dahi mama?" Tangan kecil Nellysa diraih dan dibawa ke dahinya.

"A'ah..Panas lar mama...mama sakit ke?" Terkejut benar Nellysa. Tangannya bergerak memeriksa seluruh badan Arrysa.

"Hurmm...mama demam la sayang..." lemah suara Arrysa. Tekak rasa perit yang amat. Nak telan air liur sendiri pun sakit. Bibirnya juga sudah kering.

"Okay...mama tidur dulu. Bangun nanti mama sihat lar kan? Baru kita main masak-masak eh?" Arrysa tersenyum. Anak kecil itu manalah tahu apa erti sebenarnya sakit. Dia mengangguk perlahan.

"Yeayyy!" Nellysa terus berlari ke dapur. Ambil coklat lar tu, fikir Arrysa.

Dia cuba melelapkan matanya. Terasa urat sendi berdenyut-denyut. Lemah segala anggota badan. Dua kali sudah panadol ditelannya namun kepala masih terasa berpusing-pusing. Tekanan pada bola mata tak mampu ditahan. Beberapa kali juga dia muntah-muntah. Perut pun terasa sakit. Nasi lemak dan kuih yang dikirim pada Pak Mat jiran sebelah rumah pagi tadi juga tak disentuh. Tak ada selera langsung nak makan. Sudah lama dia tak demam teruk macam ni. Selalunya dengan panadol Acti-Fast pun dia sudah okay balik. Kali ni tidak.

"Mama..." Arrysa membuka matanya perlahan bila terasa sejuk dahinya.

"Nelly letak benda ni kat dahi mama ya. Biar mama sihat cepat eh," katanya sambil menempelCool Fever Pad ke dahi Arrysa.

"Kan hari tu mama letak benda ni kat dahi Nelly kan..kan..masa Nelly demam tu,"keletahnya buat Arrysa sebak.

"Thank you sayang...baiknya anak mama ni," Kolam airmatanya pecah. Rupanya ini yang diambil dari peti ais di dapur tadi. Tersentuh betul jiwanya. Ingin dipeluk dan dicium malaikat kecilnya itu semahunya tapi terasa lemah tak berdaya.

"Mama tidur ya. Nelly main sebelah mama ni je.." katanya lagi sambil tersenyum. Pipi mamanya dicium. Airmata yang mengalir dilap perlahan-lahan..Ya Allah, rintih Arrysa.

~~~~~~~~~~~

"Angah...mak datang ni. Dengar tak suara mak, Angah..." Puan Rohayu berbisik ke telinga anaknya sambil memegang erat jemari yang kaku itu. Perasaannya tertahan-tahan. Tidak sanggup melihat wayar berselirat di badan anaknya. Luluh hatinya melihat tubuh yang terbujur di atas katil itu.

"Mak tahu Angah kuat...kuatkan semangat ya..redha dan berserah pada Allah," Nafas anaknya berbunyi kuat. Dia tahu anaknya dengar setiap butir bicaranya. Airmata yang turun deras diseka cepat-cepat tidak mahu sampai menitis ke muka anaknya pula. Ditabahkan hati juga untuk memberi semangat pada Arrysa.

"Arrys..." jari- jemari itu digengam erat.

"Arrys...ini abang...abang nak mintak maaf...maafkan abang Arrys. Maafkan abang atas segalanya...Abang berdosa pada Arrys...please..don't leave me..please Arrys..I need you back!" Razif tak dapat menahan perasannya. Dia tak sanggup melihat keadaan Arrysa begitu.

"Ya Allah...Berikan kesempatan untuk aku menebus dosaku padanya..Pleaseeee...." Razif menangis semahunya. Kata-kata doktor tadi membuatkan dia lebih takut untuk menghadapi kehilangan wanita itu.

"Puan Arrysa sedang melalui fasa paling kritikal dalam tempoh 48 jam. Dalam tempoh tu apa saja boleh jadi. Darah Puan Arrysa dah mula bocor dan keluar dari pembuluh darah. Denggi berdarah boleh menjadi lebih teruk dan amat bahaya apabila ke tahap “dengue (haemorrhagic) shock Syndrome” (DSS)….di mana dia boleh kena sawan, darah menjadi cair dan pendarahan tidak dapat dihentikan. Kita doa dan harapkan keajaiban berlaku. Kuatkan semangat dan bersabar ya, kami akan cuba sedaya upaya namun kita serahkan segalanya pada Yang Maha Berkuasa."

Puan Rohayu turut teresak-esak di belakangnya. Apa yang dinamakan kekuatan mula terasa hilang.

Airmata Arrysa meleleh ke pipi. Walaupun matanya tak mampu dibuka, mulutnya tak terdaya bersuara namun dia dapat mendengar tangisan mereka. Dan suara itu..suara yang amat ditunggu-tunggu selama ini, suara Adam yang dirindui..suara Adam yang suatu ketika dulu sentiasa menyeru Hawanya.

Kenapa baru sekarang dia datang? Hatinya merintih.

~~~~~~~~~~~~~~~

Dia tak pernah lupa detik itu. Saat ijab dan kabul. Satu nota ringkas tertampal di cermin meja soleknya. Besar ikon smiley yang dilukis. Cute!

"PESANAN UNTUK LANGIT :

Boleh pinjamkan aku ruang legarmu itu seluas-luasnya,
Untuk aku coretkan wajah comel dia,
Dan aku janji
Seluruh senyum ini hanya milikmu. ~ RI "

Baru dia mahu tersenyum bahagia, tiba-tiba smileynya diconteng! Nota itu dikoyakkan!
"Abang, kenapa buat Arrys macam ni? Sampai hati abang..." Arrysa terjelepuk ke lantai sebaik sahaja lafaz cerai talak satu hinggap ke telinganya.

"Aku dah tak boleh hidup dengan kau lagi. Aku dah ada perempuan lain!" kasar jawapan Razif tanpa menghiraukan keadaan isterinya yang sudah sarat mengandung enam bulan.

Arrysa tak mampu menahan airmatanya lagi. Sepuluh tahun perkenalan mereka sejak di bangku sekolah sampai ke universiti dan usia perkahwinan yang masih setahun jagung berakhir begitu sahaja. Razif langsung tidak memikirkan keadaan dirinya dan bayi yang bakal dilahirkan.

"Kenapa abang...kenapa?? What's wrong with me? Why you do this to me? Don't you think about us?" tersekat-sekat suara Arrysa sambil memegang perutnya.

"Kalau kau tak mahu beban dengan anak itu nanti, gugurkan saja! Aku tak perduli!"

"Wh..What??Abanggg!!!" 
Razif terus masuk ke perut kereta dan meninggalkan Arrysa yang masih teresak-esak. Itulah kali terakhir dia melihat wajah lelaki itu. Tidak menduga sampai begitu sekali Razif boleh memutuskan ikatan dan pertalian darah yang bakal wujud.

"Kusangka nanas di tengah padang,
Rupanya pandan yang berduri,
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari."

"Iriss! Iriss! Be strong..Ingat Nelly..Nelly needs her mom back!" Satu suara berbisik ke telinganya. Suara Haris? Ya, hanya Haris yang memangilnya Iriss.
"And I need you too, my Iriss. Don't leave us, please.." suara itu bergema lagi.

Mimpikah aku? Arrysa terpinga-pinga.

"Angah sabar ya. Doa dalam hati banyak-banyak. Ingat Allah..Allah..kuatkan semangat ya. Mak tahu anak mak kuat..anak mak sabar..sabarlah ya. Redha dengan ujian ini," suara mak, Allyn, Adryana dan Afiq berselang seli. Cuma suara Along tak kedengaran. 

Seketika keadaan sunyi sepi. Gelap. Dia tercari-cari di mana cahaya akan muncul di sebalik kegelapan itu.

~~~~~~~~~~~~~~

"Mama, bangunnn!"

Tiba-tiba Arrysa terjaga. Suara Nellysa mengejutkannya. Jantungnya berdegup kencang. Terasa ibarat mati hidup semula. Alhamdulillah, dia belum sampai ke penghujung nafasnya. Allah masih bagi peluang untuknya. Tidak ke kamu sedar akan kebesaranNya? Badannya tak terdaya untuk bergerak. Terasa kaku. Sejuk yang amat dirasakan. Tak ada ke selimut lagi tebal? Direnung tangannya..banyak kesan lebam. Ya, mereka telah mengambil darahku setiap masa untuk diuji tetapi segala macam ujian ini lebih besar datangnya dari Yang Maha Kuasa. Tompok-tompok merah kelihatan di sekitar lengan. Berparut ke nanti?

Tik! Tik! Tiiikkkkkkkkkkk!

Arrysa terkejut. Terasa nak pitam. Dia menoleh ke arah jasad di atas katil tidak jauh di sebelahnya. Ya Allah, dia sudah kembali kepadaMu? Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un.. serentak mutiara itu gugur lagi. Darah merah mengalir ke atas cadar hospital yang putih bersih itu. Allah...Allah..darah? Airmataku?

"Ya Allah...ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya aku hanya insan kerdil lagi hina di sisiMu. Aku rasa sakit Ya Allah! Nafasku rasa sempit, tulang temulang rasa dipulas dan tercabut. Is this a reminder to me? Or is this the end of my life? Alangkah perit rasa kesakitan ini Ya Rabbi, tidak terjangkau akalku kesakitan Sakaratul MautMu. Tiada daya dan upaya melainkan hanya padaMu tempat aku bergantung Ya Allah.." Suasana subuh itu hening sekali.

~~~~~~~~~~~~

"The platlets are still going down...yesterday 80, today only 61. The lowest counted at 30," Arrysa berdebar mendengar perbualan doktor-doktor itu. Platlet darah siapa? Aku?

"If haemotocrit falls, give blood transfusion 10ml and then give crystalloid IV fluids at the rate of 10ml/kg..In case of severe bleeding, give fresh blood transfusion about 20ml/kg for two hours. Then crystalloid at 10ml/kg/hr or a short time (30-60 minutes) and later reduce the speed," kedengaran doktor pakar itu memberi cadangan apa yang patut dilakukan.

Arrysa hanya berserah padaNya. Hanya kalimah Allah..Allah.. yang mampu diucapkan buat masa ini. Cuba bertahan dengan sisa kekuatan yang dia sendiri tidak tahu masih ada lagi ke tidak. Jika hayatnya sampai setakat ini, dia redha dengan ketentuanNya itu.

Dua hari berada di Unit Rawatan Rapi dan segala usaha telah dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan,  akhirnya Arrysa dipindahkan ke wad untuk pemantauan. Demam telah reda sedikit dan ruam bintik-bintik merah penuh muncul di tangan dan kakinya. Sampel darah masih diambil setiap hari untuk menguji jumlah leukosit dan platlet dalam darah. Kedua- dua belah tangannya lebam kesan suntikan jarum. Kalau dulu tengok jarum suntikan aje dia dah kecut perut, sekarang dia dah lali dengan itu semua. Sekumpulan doktor pakar itu juga masih berulang alik ke katilnya bagi memastikan keadaan Arrysa benar-benar stabil.

~~~~~~~~~~~

"Mama!!!"

"Nellly!! Come to mama, meh." Rindunya dia pada malaikat kecilnya itu.

"Mama dah sihat? Eh, mama tak demam dah..Tok Wan! Acik! Mama tak demam dah!" Ceria sekali suaranya. Kalau boleh satu dunia dia nak bagitahu.

"Ermm...sikit lagi mama sihat lar. Mama rindu nak hug hug, mmuah mmuahh, main dengan Nelly..tidur dengan Nelly. Nelly tidur dengan Tok Wan ya? Nakal tak ni?"

"Tak nakal pun. Tok Wan tu tidur bunyi kuat. Krohhh krohhh!"

Semua yang ada tergelak melihat keletahnya.

"Shuuhh...jangan bagi tahu orang..nanti Tok Wan merajuk, macam mana?"

"Okay...shuuuhhhhh!" Dia pun buat juga. Tergelak Arrysa dan maknya.

Cukup sepuluh hari berkampung di hospital dan melalui saat-saat genting yang mencemaskan semua orang. Alhamdulillah, hari ini Arrysa dibenarkan untuk discaj walaupun catatan platletnya masih kurang tapi sudah agak stabil kata doktor. Dia masih perlu berehat dan melakukan rawatan susulan selepas ini.

"Arrys..." satu suara di muka pintu memanggilnya. Arrysa menoleh. Dia?

"Arrys..." setapak langkah maju ke hadapan.

"NO! Stop there!" Arrysa memberi arahan. Dia tak bersedia. Fikiran masih buntu.

"Mak, Angah tak kenal dia mak. Suruh dia pergi, mak!" Arrysa memalingkan kepalanya. Luka lama berdarah semula rasanya. Kenapa dia harus muncul semula dalam hidupnya?

"Arrys...please...abang nak minta maaf dengan Arrys. Abang tahu abang banyak dosa dengan Arrys. Berilah peluang untuk abang tebus semua kesalahan abang, sayang." Razif bersungguh-sungguh melafazkannya.

"Sayang? Who?" Pedih hati Arrysa mendengarnya.

"Mama, siapa uncle ni?" suara Nellysa mencelah tiba-tiba. Dia dari tadi tercengang melihat aksi mereka berdua. Kenapa mamanya dan lelaki itu menangis? Kenapa semua orang sedih.

"Nellysa, come here my lil munchkin..ni papa sayang...your papa.."

"Nelly! Mari sini dekat mama." Si kecil itu teragak-agak. Papa? Namun langkahnya terus menuju ke arah mamanya.

"Don't you dare to take my little angle from me!" Arrysa memberi amaran.

"Arrys...sampai bila Nelly tak tahu siapa papa dia. Dia kan anak abang juga..."

"Don't you remember? Or shall I remind you again? You don't want her, in fact you you did nothing to make sure she lives on this earth!"

"Arrys...abang perlukan Arrys, Nelly dalam hidup abang..please..give me one more chance!"

"Go! Pleaseeee...gooo!" lemah sahaja Arrysa menuturkannya. Nelly dipeluknya sekuat mungkin walaupun tenaga masih terbatas. Baru nak rasa aman dan tenang bila boleh keluar hospital tapi dikejutkan pula dengan drama begini.

"Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu?"

Sebaik sahaja kelibat Razif Iqram hilang dari pandangan, Puan Rohayu menghampirinya.

"Maafkan mak, Angah. Mak yang izinkan Razif datang ke sini. Dia kata dia dah sedar semua kesilapan dia dulu. Perempuan yang dia gila-gilakan dulu hanya nak kikis hartanya aje. Maafkanlah dia, Angah. Lagipun Nelly perlukan papa dia juga,"ujar Puan Rohayu sambil mengelap sisa airmatanya.

How i wish it was that easy...

Tiada sepatah kata pun terucap di bibir Arrysa hanya airmata sahaja berlinangan ke pipi. Demi Nellysa? Aku pula bagaimana? Kenapa cepat benar hati ini memaafkan walaupun hakikat sukar untuk melupakan apa yang telah berlaku.

"Mak, Angah boleh maafkan dia..tapi Angah tak kan pernah lupa..never...sebelum Nelly lahir, Angah anggap dia.. 'my other half"..belahan jiwa Angah, mak. Tapi dia pergi...dia tak nak Nelly or even me, mak. Mak tak ingat tu ke?"

I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?


~THE END~





Tuesday 12 May 2015

Dengarlah Sayang! ~Szaza Zaiman~

##Tinta penulis asal bolehla melayari blog beliau di SINI

           ''Abang,.awat yang monyok ja tu?'' aku bertanya suamiku yang baru masuk ke rumah. Wajahnya mendung seakan awan yang bakal menurunkan hujan. Dia juga seolah orang yang keletihan yang teramat sangat.

          ''Gaji dapat dakgi?'' aku bertanya lagi. Dia hanya tersenyum hambar dan menghampiriku yang sedang melayan anak kami yang berumur 12 tahun. Anak kami yang ke tiga ini dilahirkan sebagai anak 'istimewa'. Aku sedang menyuapkan dia makan. Kadang-kadang gelagatnya menghiburkan hatiku. Dialah penawarku saat aku dilanda kerungsingan memikirkan gelagat anak-anak yang lain. Allah kurniakan kami dengan empat orang anak lelaki dan dua anak perempuan. Anak sulungku Nur Aina sudah berusia 17 tahun. Sudah boleh membantuku dalam urusan mengemas dan memasak namun perlu disuruh terlebih dahulu. Bak kata orang macam paku dengan pemukul. Tak ketuk takkan masuk. Nur Aimi, anak 'istimewa' kami anak yang ke tiga. Mohamad Aiman anak yang ke dua kini sudah berusia 13 tahun dan sedang belajar di sekolah tahfiz. Mohamad Amran anak yang ke empat,Mohammad Aizat anak yang ke lima dan Mohamad Airie anak bongsu kami yang baru berusia enam tahun.

         ''Tak dapat lagi letew!'' dengan yakinnya aku berkata sambil tanganku terus menyuapkan Aimi makan. Suamiku Ahmad merebahkan tubuhnya di sebelah Aimi dan memejamkan matanya. Bibirnya langsung tak menyahut pertanyaanku. Hanya dengusan nafas yang kedengaran dari suaranya.

         ''Hari ni dah 7 hari bulankan? Pasai pa la bos abang ni selalu macam ni? Depa orang senang, takdak masalah duit tapi tergamak depa no, buat kat kita macam ni?'' aku mula membebel lagi. Ini bukan kali pertama bos suami aku ni culas dalam membayar gaji suamiku. Paling lama seminggu dia lambat membayar. Sakitnya hati tak terkata bila kami kekeringan duit langsung untuk membeli makanan dan sebagainya.

         ''Encik Azman pi shopping di Langkawi dengan keluarga dia petang kemarin. Habih semua pi. Dengar kata minggu depan baru balik kot!'' aku sudah ternganga mulut mendengar kata-kata suamiku. Seminggu lagi? Duit kami dah tak banyak yang tinggal. Duit dalam bank pun dah habis kami ambil setiap kali tak dapat gaji tepat pada masanya. Orang macam kami memang tak mampu nak menyimpan banyak-banyak. Baru mula nak menyimpan, anak-anak masuk hospital. Anak-anak nak bayar yuran dan sebagainya. Selebihnya digunakan untuk membeli makanan bila gaji tak dapat-dapat.

          ''Jenuhlah kita kali ni. Ubat Aimi pun dah nak habih, kemarin Aiman mesej suruh bank in duit, nak beli buku apa ntah,.'' aku berkata sayu. Terbayang wajah Aiman di ruangan mata. Anak ke duaku ini memang lain dari anak-anakku yang lain. Dia anak yang paling mendengar kata. Aiman yang pandai mengambil hatiku. Kalau dia ada di rumah dia akan membantuku tanpa disuruh. Walau pun dia lelaki tapi dia pandai berdikari. Sejak umurnya sepuluh tahun, dia sudah belajar membasuh pakaian sendiri. Kasut sekolahnya tak payah di suruh. Hari terakhir persekolahan dia sudah membasuhnya. Kalau hari dia rajin, kasut sekolah adik-adiknya akan dibasuh juga. Sejuk perut aku sebagai ibu. Aiman paling tak banyak kerenah. Ah! Rindunya aku pada Aiman! sihatkah dia? Baik-baikkah dia di sana? Tiba-tiba hatiku menjadi semakin sayu bila mengingati Aiman.

          ''Tak taulah! Siang malam kena reja. Tak ada cuti,tak ada EPF,tak ada SOCSO,tak ada jaminan masa depan. Gaji pula asyik lambat ja. Nak cari kerja lain macam tak patut pula. Mereka dah banyak memberi, takkan abang nak lari macam tu ja?'' aku terangguk-angguk macam burung belatuk. Benar sangat apa yang suamiku katakan. Sudah berbelas tahun suamiku bekerja dengan encik Azman.

           Kami tinggal di rumah ini selepas Aina dilahirkan. Sudah tujuh belas tahun kami tinggal di rumah perberian bos suamiku ini. Ketika kami masuk dulu,kami hanya cuci kaki ja. Semua perabot hingga peralatan memasak sudah lengkap di rumah ini. Ada dua buah katil dengan tilam tebal. Peti ais yang masih baru. Perabot serba lengkap. Dapur,periuk,belanga,pinggan-mangkuk semuanya lengkap.Malahan ada peti tv juga. Ya Allah! Besarnya rahmat yang Engkau anugerahkan untuk kemudahan kami di dunia ini. Dua tahun lepas encik Azman memberi pula sebuah motor untuk suamiku, dan Aina mengunakannya untuk berulang alik ke sekolah.

        Nikmat ini semua pemberian Allah untuk kami sekeluarga, namun segalanya itu takkan kekal lama. Yang baru akan tetap kusam dan tak diperlukan lagi. Semua peralatan yang diberi semakin lama semakin buruk dan rosak, lebih-lebih lagi rumah kami sering ditengelami air laut setiap kali air pasang besar.

       Kami terpaksa membeli perabot baru yang lebih murah, setakat yang kami mampu. Beberapa tahun di rumah ini kami hidup dengan selesa hinggalah selepas tsunami tahun 2004 rumah kami terkena ribut. Tsunami tak mematahkan semangat kami walau ada rasa trauma di dalam hati. Kami masih menetap di rumah ini dalam keadaan yang banyak kekurangan berbanding sebelum ini.

     Pertama kali bumbung rumah kami diterbangkan ribut seminggu selepas dilanda tsunami, encik Azman yang membantu kami mengupah tukang rumah membaikinya. Walau pun begitu bumbung rumah yang telah dibaiki semakin teruk selepas itu. Rumah kami mulai bocor. Entah di mana silapnya? Aku tak mahu berfikiran negatif. Aku anggap saja semua ini dugaan dari Allah untuk kami.
.....................................................................................

        Deringan telefon bimbit suamiku yang sedang dicas berbunyi kuat. Aku membiarkan saja ia berlagu tanpa memberi sebarang respon. Pada fikiranku kemungkinan panggilan daripada peraih ikan yang ingin bertanya tentang harga ikan atau sebagainya. Aku terus fokus pada rancangan di tv yang sedang aku tonton. Aimi yang sedang nyenyak tidur di sebelahku sesekali aku perhatikan juga.

   ‘’Makk! Ada orang call ayah tu!’’ Aina melaung dari dalam biliknya yang berada di hadapan ruang tamu. Aku hanya memandang sekilas pada telefon di belakangku tanpa sebarang niat untuk bangun dan menjawab panggilan.

   ‘’Hang keluar angkat sat! Mak segan nak jawab!’’ aku menjawab malas.

     Aina keluar dari bilik dengan wajah sebal. Dia menuju ke arah telefon bimbit suamiku dan menjawabnya. Aku tak pedulikan tindakannya. Aku terus fokus pada tv di hadapanku.

     ‘’Mak! Ada orang nak cakap dengan ayah!’’ Aina bersuara. Aku menoleh sekilas lalu.

     ‘’Memang la! Henpon ayahkan?’’ aku berbasa-basi tanpa memandang wajah Aina.

     ‘’Mak,.Aiman kemalangan! Dia kena langgar dengan lori masa nak lintas jalan depan sekolah dia!,.’’ Aina bersuara lagi. Aku tersentak dan menoleh pantas. Aku bangun dan menghampiri Aina. Telefon bimbit suamiku bertukar tangan.

      ’’Assalamualaikum! Sapa ni?’’ getar suaraku melawan rasa.

      ‘’Waalaikumusalam puan,.saya guru kelas Muhammad Aiman Bin Ahmad. Puan ni ibu kepada Aiman ka?’’ terdengar suara di hujung talian. Aku mengangguk lemah tanpa sedar perlakuanku takkan dapat dilihat oleh orang di sebelah sana.

    ‘’Ya!,.Aiman pasai pa cikgu?’’ aku bertanya lagi walau Aina sudah memberitahu tentang Aiman tadi. Aku ingin mendengar sendiri keadaan Aiman.

     ‘’Harap puan banyakkan bersabar ya! Maafkan kami puan,.Aiman dilanggar lori ketika melintas jalan di depan sekolah. Jenazahnya sudah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar,.’’ Suara di hujung talian kedengaran lagi. Jenazah? Apa maksudnya? Adakah Aiman,..Ya Allah! Aku ingin meraung saat ini, namun aku tak mampu bersuara. Hanya air mata yang  mewakili perasaanku.

     ‘’Maksud cikgu?’’ aku masih menyoal.

     ‘’Puan,.Aiman meninggal di tempat kejadian. Maafkan kami puan!’’ sebak suara di hujung talian namun aku di sini sudah kelu lidah untuk berkata-kata. Hanya air mataku yang terus mencurah laju. Terbayang saat akhir aku bertemu Aiman ketika dia pulang bercuti seminggu yang lalu dan suara Aiman yang menelifonku semalam masih terngiang-ngiang di telingaku.

    ‘’Mak,.nanti Aiman balik cuti lagi, Aiman nak makan laksa puas-puas. Laksa di kantin sekolah bukan tak sedap tapi yang mak masak lagi sedap! Nanti Aiman nak ajak ayah pi berkelah di Pulau Bunting. Kita pi sekali naa mak? Aiman tak sabaq nak balik rumah.’’

    Ya Allah! Kau dah ambil kembali anak kesayanganku Aiman. Dialah satu-satunya anakku yang paling mendengar cakap dan rajin membantuku walau tanpa disuruh.

   Ya Allah! Berikan aku kekuatan jiwa untuk menerima kenyataan ini dengan hati yang Redha. Bantu aku Ya Allah!

     Aku terus merintih sambil berdoa di dalam hati agar Allah beri aku kekuatan. Lututku sudah longlai untuk bangun. Aku memandang Aina di sisiku dengan air mata yang masih mengalir laju. Aku tak mampu untuk berkata-kata.

     ‘’Pasai pa ni?’’ terdengar suara orang bertanya. Aku menoleh lemah.

      ‘’Aiman kemalangan ayah! Kena langgar dengan lori. Cikgu dia telefon.’’ Aina memberitahu suamiku.

      ‘’Tak dak apa kot? Kena sikit ja kot?’’ Suamiku Ahmad masih tersenyum. Air mataku semakin galak mengalir.

      ‘’Aiman dah tak dak bang! Cikgu dia bagitau Imah,.Aiman mati di tempat kejadian,.’’ Aku bersuara dalam esak tangis yang semakin menjadi-jadi. Senyuman suamiku mati tiba-tiba. Aina turut kaku di sebelahku dan perlahan-lahan mengesat air matanya.

    ‘’Takkan kot? Hampa silap dengar kot?’’ suamiku menafikan kenyataanku. Aku tahu Aiman baik dengan semua orang dalam rumah ini. Dia juga paling rapat dengan suamiku dan Aina. Dia selalu mengikut suamiku ke masjid setiap kali dia pulang ke rumah. Setiap kali juga Aiman yang akan menjadi Iman ketika kami solat berjemaah di rumah.

    ‘’Abang pi cari reta,.kita pi tengok Aiman. Aina tolong kemas apa yang patut na? Mak dah kemas dah tadi. Adik-adik hang kecah balik. Ni Aimi mak tinggal kat hang. Hang tengok dia sat. Jangan bagi dia keluar rumah. Satgi dia pi tepi sungai pulak. Ayaq sungai tengah pasang la ni,. Jomlah abang kita bersiap!’’ aku paksakan diri bersuara pada suamiku dan Aina. Suamiku Ahmad masih kaku berdiri seolah tidak dapat menerima kenyataan kami sudah kehilangan Aiman. Aina juga turut diam. Yang kedengaran hanya esak tangisnya.

................................................................

      ‘’Aimi hilang mak! Aina tinggai dia sat ja. Aina pi bilik ayaq. Bila keluar, tengok Aimi dah tak dak. Kami dah cari Aimi keliling rumah tak jumpa. Lang Semah cakap tadi dia tengok Aimi dok tepi sungai tapi,.’’ Aku kaku lagi bila menerima perkhabaran dari Aina. Kami masih di hospital Alor Setar untuk menunggu bedah siasat Aiman selesai.

    ‘’Aina! Hang jangan kalut sangat. Pi minta tolong sapa-sapa pi cari Aimi sat. Kan mak dah pesan. Kalau nak tinggai dia kena suruh sapa-sapa tunggu sat atau pun kunci pintu tu. Hang tak kunci pintu ka? Am dengan Ijat balik dakgi? Pagi tadi depa kata nak pi Pulau Bunting. Adik Aerie hang pun tengok sama kot dia balik rumah. Tadi dia balik kecah rumah sat, dia pi pulak rumah mak ngah hang,.’’ Aku pura-pura bersuara tenang. Masalah nak membawa balik jenazah Aiman pun belum selesai lagi, Aimi pulak yang hilang. Kalau aku mengelabah saat ini takut darah tinggi aku datang semula. Kesian pula suami aku nanti.

    ‘’Orang kunci dah pintu tadi. Adik Aerie yang balik buka. Lepas tu dia hilang macam tu ja.’’ Aku dengar suara Aina yang sudah tertahan-tahan di hujung talian. Aku mengeluh lemah. Kepala aku berserabut dengan masalah anak-anak. Aina adakalanya menjadi seorang anak yang patuh tapi adakalanya langsung tak boleh menerima teguranku. Adakalanya aku juga letih untuk menjaga hati semua orang.

    ‘’Pi cari di rumah tok tengok kot dia ada di sana.’’ Aku mengarah Aina lagi. Apa lagi yang mampu aku buat. Kami belum boleh membawa jenazah Aiman pulang selagi semua urusan belum selesai. Aku hanya mampu berdoa agar anak-anakku dalam lindungan Allah.

      ‘’Satgi tok marah!’’ Aina bersuara lagi.

       ‘’Pi cari dulu. Kalau tok marah tahan dulu telinga. Kalau jadi apa-apa kat Aimi macam mana?’’ aku bersuara sambil beristighfar dalam hati. Ya Allah! Tolong lindungi Aimi anakku. Aku tak sengaja Ya Allah! Aku sekadar nak mengertak Aina agar pergi mencari Aimi. Bukan aku bermaksud nak mendoakan sesuatu terjadi terjadi kepada Aimi. Aku kesal dengan kelancaran lidahku.

       Wajah Aimi pula bermain dalam ingatanku. Aku cuba menahan air mata dari terus gugur. Aku cuba menjadi seorang ibu yang tabah. Suamiku Ahmad yang sibuk berurusan dengan pihak hospital belum aku maklumi dengan kehilangan Aimi. Aku tak mahu dia turut resah sepertiku. Aku tahu suamiku lebih cepat mengelabah bila berkaitan dengan anak-anak. Selama ini dia yang lebih memanjakan anak-anak berbanding aku.

   Sikap kami memang berbeza. Suamiku tak betah dan tak pandai untuk marah-marah terutama dengan anak-anak. Seringkali dia menurut apa saja kemahuan anak-anak walau dia tak mampu. Dia sanggup berhabis demi anak-anak. Aku pula lebih tegas kerana, bagi aku anak-anak tak perlu terlalu dimanjakan takut mereka semakin melampau. Mungkin cara aku salah? Aku tak pasti tapi setakat ini anak-anak kami lebih berdisplin. Cuma,.adakalanya saja mereka menjadi degil.

.............................................................

      Kami sampai di rumah pada pukul 3.00 petang. Halaman rumah kami sudah penuh dengan orang-orang kampung. Mungkin mereka sudah diberitahu dengan ketiadaan Aiman. Mereka mungkin sedang menanti jenazah Aiman dibawa pulang. Aku dan suami turun dari van jenazah dengan wajah sugul. Orang-orang kampung dan saudara mara membantu menurunkan jenazah Aiman dari van jenazah.

     ‘’Makkk! Aimiiii!!’’ Aina menangis sambil datang kepada kami. Aku panik dan terus kaku. Ingatanku kembali kepada Aimi dan apa yang diberitahu Aina kepadaku tadi. Apa telah terjadi dengan Aimi? Mindaku diserbu dengan perbagai persoalan.

         ‘’Aimi lemas mak! Pak lang dah bawa Aimi pi hospital. Pak lang baru call cakap Aimi dah tak dak!’’

    Ya Allah! Lututku terus longlai. Aku sudah tak mampu berdiri lagi. Aimi anakku! Air mataku yang belum kering sepenuhnya akibat kehilangan Aiman kembali bersambung dengan perkhabaran terbaru Aina. Ya Allah! Atas dosa apa hingga kami diuji begini? Anak-anak kami yang kau pinjamkan diambil seorang demi seorang. Mereka berdua penawar hati kami dikala  hati kami rawan. Mereka penguat semangat kami saat kami jatuh tersungkur dengan cobaan dunia ini.

    ‘’Abang,.Aimi bang!’’ aku menangis dan terus menangis. Aku paut lengan suamiku yang turut kaku di sebelahku.

      ‘’Hampa biaq! Orang bawa pi sekali tadi. Jangan dok tinggai!! Dah tau budak tu tak cerdik. O.K.U,.yang hampa pi tinggai buat apa?? Haa,.tengok apa dah jadi. Yang abang belum kebumi lagi. Adik pulak jatuh sungai!’’ entah siapa yang bersuara. Dalam ramai-ramai yang bertandang , masih ada yang bersuara sumbang ‘sudi’ memberi ‘çeramah FREE’.

      Aku malas untuk mencari suara siapa itu. Fikiran aku masih kusut dengan kehilangan anak-anakku. Tiada masa untuk aku ambil peduli dengan penilaian orang lain terhadap kami. Aku cuba pura-pura menjadi kuat dan terus memaut lengan suamiku untuk masuk ke rumah.

      ‘’Sabaqlah Imah,Mad,.dah habuan hampa. Nak buat macam mana. Allah lebih sayang depa dari kita. Tak pa la anak-anak hampa tunggu hampa kat pintu syurga.’’ Jiran sebelah rumah kami kak Senah pula memujuk.

      Dalam situasi begini kesabaran memang paling penting. Kekuatan dalaman juga adalah aspek utama yang harus kami ada. Hanya Allah yang tahu perasaan kami ketika ini. Walau kami nampak kuat tapi sebenarnya aku sendiri hampir tumbang dengan ujian ini. Demi anak-anak yang lain aku pura-pura menjadi tabah.

..............................................................

       Tubuh dua orang anak kesayanganku terbujur kaku di depanku saat ini. Kami meminta jenazah keduanya segera dikebumikan. Walau bagaimana pun kami meminta agar dikebumikan selepas Amran dan Aizat pulang. Kami sudah meminta pertolongan orang-orang kampung untuk mencari Amran dan Aizat di Pulau Bunting.

     Entah ke mana kedua orang anak-anakku itu pergi. Amran dan Aizat memang kaki pancing. Kalau musim bulan penuh mereka akan memancing ketam menyalin dan dijual kepada pemborong cina di Pekan Sungai Yan. Kalau air pasang penuh pula mereka akan memancing ketam batu dan dijual. Kadang-kadang mereka mengikut rakan-rakan yang lebih tua untuk memancing di Pulau Bunting. Bukan kami tak pernah melarang tapi yang namanya anak-anak ni,yang dilarang itulah yang selalu mereka buat.

       ‘’Hampa biaq!! Aku dah kata dah,.jangan dok bagi depa pi mengail. Awat! Hampa tak cukup duit ka,.sampai suruh anak-anak hampa buat reja?’’ aku dengar suara riuh rendah di luar rumah. Suamiku masuk ke rumah dalam keadaan tergopoh-gapah. Hati aku merusuh di dalam. Apa pula yang sedang berlaku? Beberapa orang kampung sudah berbisik-bisik sesama sendiri.

      ‘’Mad!,.polis suruh hang pi buat report dulu.’’ Aku dengar ada suara berkata kepada suamiku. Aku tercengang. Report apa pula? Aimi jatuh sungai tadi mereka belum report lagi ka? Atau nak report perihal pemandu lori yang langgar Aiman?

      ‘’Awat pulak kak Nah?’’ aku bertanya penuh keraguan kepada kakak iparku yang sudah mula menangis. Tadi kami sudah menangis berjemaah dengan kehilangan Aiman dan Aimi. Takkan belum habis lagi kesedihan mereka sedangkan aku sudah lama mengesat kering air mataku walau dalam hati masih ada sisa kesedihan itu.

    ‘’Abang! Awat pulak? Abang nak pi mana?’’ kak Nah yang ditanya hanya diam membisu. Aku bertanya pula suamiku yang terkocoh –kacah untuk keluar dari rumah. Suamiku langsung tidak menoleh ke arahku. Aku rasa hatiku sakit diperlakukan seperti itu. Dalam situasi sekarang, hatiku terlalu sensitif. Sudahlah kehilangan kedua orang anak sekaligus. Suami pula seolah tidak mengendahkan pertanyaanku. Dia marahkan akukah? Tapi kenapa?

      ‘’Sabaqlah Imah oii,..habuan hang la,..Allah sayang anak-anak hang.’’ Emak saudara suamiku tiba-tiba datang memelukku sambil menghamburkan tangis. Aku keliru saat ini. Kenapa mereka nak buat hati dan jiwaku terus tersentak? Kenapa mereka yang beria-ia menangisi pemergian anak-anakku?

     ‘’Allah sayang depa mak lang! Takpa,.Imah redha,.Imah ada lagi empat orang anak. Imah akan cuba bersabar dengan ujian ni mak lang. In sya Allah!’’ aku bersuara tenang. Cuba mengukirkan senyuman walau pun terasa begitu hambar.

     ‘’Empat orang apa Imah oii,.tu Amran dengan Ijat jatuh jambatan Pulau Bunting pulak dah. Awat yang hang biar depa pi? Tak tau hidup ka mati tu. Aku tak bagi Mad pi tadi,.takut dia terjun laut sama nak cari anak-anak dia tapi dia ketegaq nak pi jugak!’’ mendengar raungan mak lang, aku sudah terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. Apa maksud mak lang ni? Kenapa dia nak merapu sampai macam ni? Tidak! Takkan Allah nak rampas Amran dan Aizat jugak?!

      ‘’Apa yang mak lang dok merapu sangat ni?’’ aku menyuarakan apa yang aku rasa. Kak Nah kakak iparku pula yang meluru dan memeluk aku. Kemudian sanak saudara yang lain juga sudah meluru ke arah kami. Sekali lagi mereka menangis berjemaah.
.........................................................
      Di depan jenazah Aiman dan Aimi aku rebah dan tidak sedarkan diri selepas itu. Aku kalah dengan ujian kali ini. Dugaan ini terlalu berat untuk ku tanggung namun aku juga tiada pilihan untuk menolak suratan takdir.

     Kelmarin kami kebumikan Aiman dan Aimi, hari ini pula mayat Amran dan Aizat ditemui. Luluh hatiku melihat jenazah anak-anakku. Terasakan kehidupan ini sudah tiada ertinya lagi. Empat orang anakku yang paling mendengar cakap dan selalu memberi aku bahagia kini sudah diambil kembali dariku. Suamiku juga walau nampak berwajah tenang tapi aku tahu hatinya juga hancur dengan kehilangan anak-anak kami.

     ‘’Kita buat tahlil di surau sajalah malam ni. Minta tolong Long Dan buat apa yang patut. Abang bagi ja la duit kat Long. Imah letih sangat la abang. Imah rasa macam nak tidur ja macam tak nak bangun-bangun lagi dah,..’’ aku bersuara malas.

      Aku tiada mod untuk melakukan sebarang kerja rumah. Aku biarkan saja saudara mara yang melakukan semua kerja. Sesekali aku arahkan Aina membantu mereka.

      ‘’Jangan cakap sebarangan Imah! Kita ada agama!!’’ tegas suara suamiku. Aku terkejut kerana suamiku tidak pernah berlaku tegas sebelum ini.

      ‘’Apa kena mengena dengan agama pulak. Imah letihlah abang!’’ aku membentak keras. Entahlah! Hari ini jiwaku walang. Hati aku perit. Bila suamiku berkata begitu aku rasa tercabar seolah aku ni manusia yang tak reti nak bersyukur. Salahkah kalau aku nak berkeluh kesah?

    ‘’Sabaqlah! Kita ada lagi Aina dengan Aerie. Jangan biarkan depa terabai kerana Aiman,Aimi,Am dan Ijat dah tak dak,.’’ Suamiku memintas kata-kataku. Aku mendengus keras mendengar kata-katanya itu. Aina? Airie? Mereka selalu buat aku menangis. Tak seperti empat orang anak-anakku yang lain.

     Aina baik cuma dia langsung tak boleh ditegur. Setiap kali aku menegur kesalahannya, dia akan membentak dan merajuk. Selepas itu berhari-hari dia akan mogok suara denganku. Airie pula tak betah tinggal di rumah, mungkin dia kecil hati denganku kerana aku lebih memberi perhatian terhadap Aimi. Aku tak pasti dengan perasaan dan kehendak hatinya. Dengan mereka berdua air mataku lebih banyak mengalir. Inilah ujian Allah untukku saat ini. Yang selalu memberi aku kebahagiaan sudah diambil kembali. Allah tinggalkan untukku anak-anak yang banyak memberi cabaran untukku. Aku tak tahu sejauh mana aku mampu bertahan!?

      ‘’Tak sama bang!’’ aku menjawab perlahan.

       ‘’Awak ni,.dengar Aina nanti tentu dia kecik hati!’’ suamiku membalas sambil meninjau keadaan sekeliling. Risau agaknya kalau Aina ada berdekatan.

        ‘’Dahlah! Malas nak cakap dengan abang ni. Asyik nak menangkan anak-anak ja. Kalau anak-anak buat salah, bukannya abang nak tegur. Imah pun dah letih nak menegur terutama Aina tu.

    Pantang ditegur sikit,.muncungnya mengalahkan muncung cerek. Dah tu merajuk, dengan Imah pun tak mau nak bercakap. Tak reti nak minta maaf pulak tu. Aiman tu mana penah buat benda yang tak betoi. Aimi,.O.K.U dia pun dia dengar cakap,.’’ Air mataku sudah mula gugur sehabis aku meluahkan suara hatiku. Suamiku mendengus keras.

        ‘’Dahlah! Dengan anak-anak pun nak kecik hati. Ingatkan anak-anak yang tak cerdik,.rupanya mak budak lagi tak cerdik. Kita cuma ada Aina dengan Aerie ja la ni,.jagalah hati depa sama!’’

     ‘’Habih,.hati Imah ni sapa nak jaga?’’ aku membidas pantas.

       Suamiku tidak membalas kata-kataku, malahan dia terus berlalu meninggalkan aku terkebil-kebil seorang diri. Teruk sangat ka aku ni? Aku bersoal jawab di dalam hati.

...........................................................

     Hari-hari yang paling membosankan hidup aku sudah bermula. Tiada lagi Aimi untuk aku suapkan makanan. Tiada lagi Aiman untuk membantuku. Tiada lagi Amran dan Aizat yang sentiasa meriuhkan rumah ini. Yang tinggal hanyalah aku yang sering kesepian.

     Suamiku walau bekerja di sebelah rumah, dia lebih pendiam sejak akhir-akhir ini. Dia hanya masuk ke rumah bila nak mandi,makan,bersolat dan tidur. Di sebelah malam pula dia selalu sibukkan dirinya di masjid.

     Aina pula sedang sibuk belajar untuk mengambil SPM hujung tahun ini. Sesekali dia akan pergi tidur di rumah ibu mertuaku. Airie? Sebelum ini pun dia memang jarang balik ke rumah, apatah lagi sekarang. Sesekali ja dia balik bila memerlukan sesuatu.

    Aku hanya bertemankan radio dan tv saja sekarang ni. Aku juga sudah tiada mod untuk keluar bermasyarakat. Aku letih mendengar ucapan simpati mereka terhadapku. Orang kata ‘berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Mungkinkah simpati mereka hanya di depanku saja? Di belakangku mungkin lain pula bunyinya? Atau,..adakah aku yang berfikiran negatif?

Dengarlah Sayang!

Seorang aku yang sering kesepian,
Bertemankan resah dan gundah,
Tiada siapa yang memahami,
Coretan rasa yang terpatri di hati,
Robek dimamah duka dan kecewa,
Ingin melangkah pergi!
Namun kakiku telah dikunci mati,.
Tak berdaya melangkah!
Lantaran punya status sebagai isteri,

Dengarlah sayang rintihan hati ini!
Bisakah kau mengerti?
Betapa robek hati ini,
Dalam diammu aku dilukai,.
Seolah aku ini hanyalah ilusi,
Bagimu mungkin aku tak wujud lagi,.
Mungkinkah sudah ada benci!

Dengarlah sayang luahan hati ini,
Rasa kesepian ini seakan melumatkan jiwa ini,
Aku ingin lari!
Dari sengsara ini,
Tapi aku tak pasti,
Ke mana harus ku pergi,
Adakah insan lain akan menerima diri ini,

Dengarlah sayang suara hati yang terpendam,
Bagai rajuk yang begitu panjang,
Namun nak ku luahkan bagai terhalang,
Ibarat tertelan racun lalang,
Sakitnya bagai tercekik tulang,
Jiwaku walang!

      Aku terkesima mendengar sebuah puisi dalam satu rancangan radio. Puisi itu seolah kata hatiku saat ini. Aku sunyi. Aku sepi dan hatiku seolah dirobek. Aku ingin pergi dan lari dari rasa kesepian ini tapi aku tak pasti ke mana harus ku tuju? Sebagai isteri haruskah aku tinggalkan rumah ini dan pergi membawa sekeping hati yang terluka? Sebagai ibu, haruskah aku tinggalkan rumah ini dan menganggap aku sudah tidak punya siapa-siapa lagi?

.......................................................

SEBULAN KEMUDIAN,...

      Kesabaranku robek jua akhirnya. Sebulan lebih aku memendam duka kehilangan anak-anakku dan rasa kecewa kerana diriku seolah tidak dipedulikan lagi. Nanar hatiku melawan perasaan dengan kerenah suami dan anak-anak yang cuma tinggal dua orang ini. Hari-hari aku ‘makan hati berulamkan jantung’.

     Akhirnya hari ini aku selamat berada di daerah orang. Aku membuat keputusan terdesak ini bila merasakan diriku sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu sudah tidak dihargai lagi. Adakah aku terlalu mengikut kata hati? Aku keliru dengan suara hatiku. Yang pastinya kesabaranku yang semakin menipis hari demi hari kini sudah terkoyak rabak. Aku tak kuat untuk terus memendam rasa.

    Aku belum pasti lagi ke mana hala tujuku. Adakah aku harus ke rumah adik beradik? Kalau boleh aku tak mahu menyusahkan sesiapa. Aku hanya menurut gerak hati dan mengikut langkah kakiku. Kini aku tersadai di hentian bas ini.

    ‘’Assalamualaikum!’’ seseorang menyapaku dengan memberi salam. Aku menoleh dan cuba mengukirkan senyuman.

    ‘’Waalaikumusalam!’’ aku jawab lemah.

     ‘’Mak cik tak nak balik ke? Dah lewat ni. Kami pun nak tutup kedai dah,.’’ Dia menyoal soalan yang aku sendiri tiada jawapannya. Ke mana harusku pulang? Sedangkan aku sudah berada jauh dari kampung.

     ‘’Mak cik baru sampai, tak tau nak ke mana? Ada masjid tak dekat-dekat sini?’’ aku menjawab dan menyoal sekaligus.

      ‘’Masjid dua kilometer dari sini. Macam ni la mak cik, apa kata mak cik ikut ja saya balik ke rumah malam ni?’’ orang itu mengajukan lagi soalan yang buat aku penasaran untuk menjawab. Ya! Kerana dia seorang lelaki yang ku rasakan mungkin umurnya sebaya atau muda sedikit dariku.

    ‘’Tak pa la, lagi pun mak cik bukannya kenal pun encik ni sapa!’’ aku mengeleng sambil menolak pelawaannya.

     ‘’Kawasan ni ramai warga asing. Mak cik tak takut ke, kena rompak atau kena rogol ke? Atau pun lebih teruk lagi kalau mereka rompak, rogol dan lepas tu mereka bunuh mak cik’’ serius orang itu bersuara. Bulu tengkukku sudah mula meremang.

    ‘’Err,.takkan kot?’’ aku menyoal ragu.

      ‘’Malang tak berbau mak cik!’’ ujar orang itu sambil mengangkat bahu. Mungkin maksudnya terpulang samada aku nak percaya atau pun tidak? Tapi,.selamatkah kalau aku ikut dia pulang?

      ‘’Sebab malang tak berbaulah, mak cik tak berani ikut encik balik!’’ tenang aku berkata, sedangkan dalam hati aku bergetar sejuta rasa. Walau pun dia panggil aku mak cik tapi aku tetap seorang wanita dan dia tetap orang lelaki.

    Bila aku cakap macam tu aku lihat bibirnya mengukirkan senyuman. Dia mengangkat bahu sekali lagi dan ingin berlalu pergi. Aku memerhatikan dia menghampiri keretanya, kemudian dia berpusing kembali.

      ‘’Esok saya orang pertama yang akan beli surat khabar, mana tahu ada berita sensasi seorang wanita degil kena bunuh di sini?’’ dia melaung kuat. Ciss! Kurang asam. Kalau nak tinggalkan aku pun, doakanlah yang baik-baik!

       ‘’Tunggu! Mak cik ikut!’’ aku terkejut demi mendengar suaraku sendiri. Aku terdengar lelaki itu ketawa dan membuka pintu kereta di sebelah pemandu. Aku bergegas bangun dan menghampirinya.  \

      Sebaik aku meloloskan tubuhku dalam perut kereta, lelaki itu menutup pintu kereta dan mula berjalan ke sebelah sana dan turut meloloskan dirinya di tempat pemandu. Aku diam kaku di sebelahnya. Bila melihat dia mengenakan tali pinggang keledar, aku turut berbuat perkara yang sama.

     ‘’Mak cik dari mana sebenarnya ni?’’ dia bertanya sambil mula menghidupkan enjin kereta.

     ‘’Kedah!’’ sepatah aku menjawab.

      ‘’Jauh tu! Datang sini nak cari siapa?’’ aku mengeleng. Hati mula berkira sama ada untuk jujur atau sebaliknya.

      ‘’Tak tahu?’’ dia bertanya lagi.

       ‘’Err,.nak cari kerja!’’ itu saja yang mampu aku jawab.

       ‘’Nak kerja dengan saya?’’ dia ajukan lagi soalan. Aku menoleh pantas ke arahnya. Berminat dengan tawaran yang diberikan.

      ‘’Kerja apa?’’ aku soal dia pula.

     ‘’Terpulang! Sama ada jadi pembantu kedai atau pembantu rumah,.’’ Aku menjatuhkan kepala berkali-kali sambil minda mula berfikir. Mana yang lebih menarik di antara kedua tawaran kerja itu?

     ‘’Pembantu kedai tu termasuk memasak ka?’’ aku lontarkan lagi soalan. Kalau bab masak aku paling malas nak memasak dan aku tidaklah pandai mana untuk memasak. Lingkup bisnes orang nanti.

    ‘’Tak! Kami dah ada chef!’’ aku mengangguk lagi. Kalau bukan memasak tentu membasuh pinggan mangkuk? Huh! Maunya patah pinggan aku kalau asyik mengadap pinggan mangkuk setiap hari.

    ‘’Kalau pembantu rumah pula kerja apa?’’ aku lihat dia sudah tersenyum dengan soalanku yang ini.

    ‘’Tolong ibu saya jaga anak-anak saya yang nakal, mengemas rumah dan memasak!’’ dia jawab spontan dan menoleh ke arahku. Aku menarik nafas perlahan. Anak-anak? Tiba-tiba aku terbayangkan wajah anak-anakku. Wajah Aina,Airie dan empat wajah arwah anak-anakku. Lantas air mataku bergenang tanpa sedarku. Aku rindukan mereka semua!

    ‘’Kenapa?’’ dia menyoalku dengan wajah pelik.

     ‘’Kenapa tolong ibu encik? Kenapa bukan isteri? Sepatutnya isteri yang jaga anak-anakkan?’’ aku bertanya dia sambil bertanya diri sendiri di dalam hati. Aku pun apa kurangnya, seorang isteri yang lari dari rumah, tinggalkan suami dan anak-anak.

    ‘’Jom turun! Kita dah sampai!,.’’ soalan aku tidak berjawab. Dia mematikan enjin kereta dan mula menanggalkan tali pinggang keledar dan melangkah keluar. Aku memandang sekeliling perumahan itu. Hanya rumah teres setingkat biasa.

    ‘’Kenapa? Nak tidur dalam kereta pulak ke?’’ dia membuka pintu kereta dan menyoal lagi. Aku geleng dan mula melangkah keluar. Dia memberi aku laluan dan menekan alarm kereta selepas pintu kereta di tutup.

........................................................

        Seminggu aku bekerja di rumah ini sebagai pembantu rumah encik Amiruddin. Ibunya yang lumpuh dan tiga orang anak lelakinya yang lasak perlu aku jaga. Menurut Puan Zakiah iaitu emak kepada Encik Amiruddin, isteri encik Amiruddin sudah tiga tahun menghilangkan diri.

       Aku terkesan dan terdera perasaanku bila mengetahui isteri encik Amiruddin lari dari rumah kerana tidak sanggup menjaga ibunya yang sedang koma ketika itu. Apatah lagi terpaksa menguruskan rumah tangga dan tiga orang anak mereka yang masih kecil ketika itu.

       Encik Amiruddin juga seorang yang berkira soal wang ringgit. Walau pun kedai makannya maju dan berjaya tapi encik Amiruddin tidak suka berbelanja besar. Dia hanya membeli sebuah rumah teres sederhana untuk keluarganya sedangkan dia mampu membeli rumah yang lebih baik. Menurut Puan Zakiah,.anaknya encik Amiruddin menyimpan wang demi masa depan anak-anaknya dan encik Amiruddin juga tidak suka berhutang. Semua perabot di rumahnya adalah barang terpakai yang dibeli dengan harga murah.

     Aku rasa terpukul mendengar cerita Puan Zakiah. Aku juga seorang isteri yang lari dari rumah. Cuma bezanya aku lari dari rumah bukan kerana tidak sanggup menjaga ibu mertua yang lumpuh atau tidak sanggup hidup dalam serba kekurangan.

    Aku sudah biasa hidup susah. Aku lari dari rumah kerana terlalu tertekan bila terasa diri aku diabaikan. Aku mengaku, aku terlalu ikutkan perasaan. Suami aku seorang yang baik. Ya! Dia memang tak mampu nak beri aku kesenangan tapi bukan itu masalah utamanya!

     Entahlah! Kadang-kadang aku sendiri tidak faham dengan diriku. Apa mahuku sebenarnya? Aku cuma kehilangan anak dan dengan teganya aku buang suami dan dua orang lagi anak-anakku yang mungkin masih memerlukan aku?! Kadang-kadang aku jadi keliru dengan kehidupan ini.

       ‘’Rohimah!!!’’ aku tersedar dari igauanku di siang hari dengan laungan suara itu.

        ‘’Siapa ni??’’ suaranya masih lantang. Surat khabar di tangan dibaling ke wajahku. Kelu lidahku dan bergetar tubuhku.

     Aku tunduk dan mengutip surat khabar yang berselerakan di lantai. Aku membuka helaian demi helaian namun aku tak pasti apa yang aku cari.

    ‘’Ini!!!,.gambar siapa ni??’’ semakin kuat suaranya. Mengigil juga tubuhku bila surat khabar itu ditonyoh kasar ke wajahku. Aku ingin menangis kerana sepanjang aku hidup berumah tangga bersama suamiku aku tidak pernah diherdik sekasar ini.

       Aku meneliti gambar yang terpampang di depan mata. Pedih mataku bila melihat gambarku dan membaca tajuknya. Aku baca isi kandungannya di dalam hati. Air mataku gugur tanpa sedarku. Sakitnya hati membaca kandungan ceritanya seolah hatiku ini sedang ditikam lumat.

LARI DARI RUMAH

Yan, Kedah,. Seorang suri rumah yang hilang seminggu yang lalu dirayu pulang. Menurut suaminya Ahmad Bin Bahar andainya isterinya Rohimah Bt Saidin tidak pulang selepas seminggu selepas berita ini disiarkan maka akan jatuh talak tiga ke atasnya kerana sudah menjadi isteri nusyuk. Rohimah yang kononnya ingin berziarah ke rumah saudara mara untuk menghilangkan tekanan telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan oleh ahli keluarganya.

        Tanpa menghabiskan bacaanku, air mataku berguguran lagi. Sakitnya tak dapat aku bayangkan. Kenapa suami yang aku kenali dengan sikap yang pendiam dan penyayang itu tergamak memalukan aku sebegini rupa? Tidakkah mereka sedar dengan menyiarkan gambar dan nama penuhku mereka sedang mengaibkan aku? Aku juga punya harga diri. Takkan semudah itu talak digugurkan? Baru seminggu aku menghilangkan diri, takkan mereka tidak boleh memahami diriku? Aku pasti bila sampai waktunya nanti hatiku akan sejuk kembali dan akan pulang ke pangkuan mereka. Kenapa aku langsung tidak diberi peluang?

     ‘’Kau boleh bungkus kain baju kau dan nyah dari rumah ini! Aku tak suka simpan isteri nusyuk macam kau dalam rumah ini! BERAMBUS!!’’ kejamnya kata-kata yang keluar dari mulut encik Amiruddin. Tidak layakkah aku diberi peluang??

       ‘’Encik Amir,takkan,...’’

        ‘’Keluar!!!!’’

     Mengigil tubuhku mendengar tengkingan itu. Air mata yang laju berjuraian, aku kesat rakus. Lelaki semuanya sama! Suara hatiku bertempik di dalam. Dalam sakit hati aku menyimpan dendam buat insan bergelar lelaki. Aku perlu kuat kerana inilah pilihanku! Hatiku memujuk diriku.

......................................................

      Sekali lagi aku berkelana di jalanan. Semua kedai di kaki lima aku masuki untuk memohon pekerjaan. Bila tiada kerja kosong, aku memasuki pula butik-butik besar. Mana tahu kalau rezeki memihak padaku namun pencarianku hampa.

     Bila kaki sudah letih melangkah aku singgah untuk makan di sebuah gerai makan. Baki wang yang ada dalam beg tanganku cuma rm50 saja. Aku gelisah, kalau hari ini aku tak dapat kerja, nak balik Kedah pun aku tak mampu. Wang sekarang nilainya rendah tapi harga barang semakin tinggi. Rm50 hanya boleh makan tiga kali saja di bandar besar seperti ini. Itu pun terpaksa makan ala kadar.

     ‘’Aku dengar kata Datin Robiah sedang cari pembantu untuk jaga anak dia. Dah dapat ke?’’ suara seseorang di belakangku menarik minatku.

     ‘’Huh! Anak dia tu panas baran! Berapa orang dah pembantu rumah mereka lari. Tak sanggup nak uruskan dia. Lumpuh dengan sihat sama ja. Harapkan muka ja kacak tapi perangai,.hurmm,.hampeh!!’’ aku memasang telinga mendengar perbualan mereka. Macam ada peluang ja aku nak mencelah.

    ‘’Tapi anak dia tu cutekan? Geram aku tengok,.tapi tu la,..’’ aku menoleh ke belakang melihat tiga orang wanita anggun yang sedang makan di meja belakangku. Siapa mereka ini dan kenapa mereka singgah makan di gerai seperti ini?

     Aku cepat-cepat habiskan makananku. Aku perlu rebut peluang ini. Kalau hari ini aku tak dapat kerja, esok aku pasti akan jadi rakyat yang kebuluran di Negara sendiri. Ahh,..mudahan rezeki masih memihak kepadaku.

     ‘’Assalamualaikum! Tumpang tanya boleh?’’ sebagai orang Islam salam mesti didahulukan. Aku cuba menjadi seramah mungkin. Tiga wanita anggun di depanku memandang aku atas dan bawah silih berganti.

      ‘’Hmm,.nak tanya apa?’’ bila aku cuba menjadi ramah, wanita di depanku ini pula berwajah cemberut bila menyoalku kembali. Lantak koranglah!

      ‘’Tadi saya dengar, ada orang nak cari pembantu rumah, boleh saya mohon bekerja?,.’’ Aku mengubah nada suaraku. Tidak mahu diketawakan bila bercakap dalam loghat Kedah aku yang pekat di tengah bandar besar ini.

      ‘’Kerja? Pembantu rumah? Siapa yang cakap?’’ aku terkesima dengan soalan salah seorang dari mereka. Dia tersenyum sinis kepadaku. Hampeh betul! Mereka ni sengaja nak mainkan aku ke?

     ‘’Laa,..tadi rumah Datin Robiah?’’ soalanku ajukan lagi.

      ‘’Kau? Nak jaga anak Datin Robiah tu?’’’wanita itu mencebik.

     ‘’Kenapa? Anak dia tu raksaksa ka?’’ aku cuba berseloroh. Membuntang mata mereka bertiga.

    ‘’Kau call jer la Datin bagitau kau dah dapat orang yang dia nak tu. Aku gerenti mesti tak sampai sejam mak cik ni give-up,.’’ Dengan yakinnya wanita berblaus merah jambu dan seluar slack hitam di tepiku bersuara.

     ‘’Aku takut bukan mak cik ni yang give-up tapi anak Datin tu yang reject dia karang. Kau bukan tak tahu taste encik Danial tu?’’ mereka terus berbual sesama mereka seolah aku ni halimunan. Aku tak kisah apa pun mereka nak kutuk aku, tapi aku harap aku akan dapat kerja ni.

       ‘’Call aje la,.kerja kau pun selesai. Bukan senang nak handle peel Datin tu. Aku pun kadang-kadang macam nak berhenti kerja ja. Tak tahan dengan mulut Datin yang macam laser tu. Patutlah anak dia tu perangai macam tu. Like mother like son!’’ mereka ketawa ceria. Amboih! Kalau bab mengutuk orang, sukanya mereka!

.....................................................

      Aku pandang encik Danial di atas kerusi roda dengan wajah pegun. Aku sangkakan anak Datin yang aku perlu jaga tu baby lagi, rupanya usianya dah 35 tahun tapi wajahnya macam orang yang baru berusia 25 tahun. Dia amalkan petua awet muda kot?

     ‘’Saya nak kena keluar negara seminggu, jadi saya harap semuanya awak akan selesaikan dengan sempurna. Sediakan makan minum Danial, mengemas rumah dan tolong dia mandi,.’’ Aku terlopong seketika mendengar penjelasan Datin. Aku perhatikan wajah encik Danial yang beku tu. Wajahnya langsung tak beriak.

     ‘’Encik Danial bukannya baby Datin nak kena mandikan dia?’’ aku mencelah laju.

     ‘’Habis tu? Awak nak suruh saya yang mandikan?’’ Datin Robiah menyoal aku kembali.

     ‘’Bukan macam tu Datin. Bukan mahram saya. Kalau suami saya lain la.’’ Aku jawab dengan berani sambil menjeling encik Danial sepintas lalu. Wajahnya masih beku tak beriak.

      ‘’Awak nak suruh saya nikahkan awak dengan Danial pulak ke?’’ soal Datin lagi. Aku pandang wajah Datin. Pening aku nak bagi jawapan. Takkan Datin tak faham dengan aurat ni?

      ‘’Dak aih!,.aurat ni Datin bukan boleh dibuat main! Lagi pun,..’’ aku tak tahu macam mana nak jelaskan status aku. Kalau aku bagitau aku ni isteri orang yang lari dari rumah,kena halau pulak karang?

     ‘’Jangan banyak bagi alasan! Saya dah ambil awak bekerja, lagi pun saya dah tak ada masa NAK CARI PEKERJA BARU. Kalau awak nak tarik diri, tunggu saya balik seminggu lagi!’’ Datin Robiah berkata tegas. Aku terlopong lagi. Mudahnya Datin ni buat keputusan. Tak tahu ke semuanya ini adalah dosa? Siapa yang tanggung dosa tu? Dah pastilah aku! Padan muka aku! Tak ada penyakit cari penyakit!!

...........................................................................
       ‘’Keluar!!’’ tengkingan pertama yang aku terima dari encik Danial. Tak payah cakap banyak, aku hanya menurut perintah.

       Aku menuju ke ruang tamu dan mula mengemas. Hari ini hari pertama aku mula bekerja dan Datin baru keluar dari rumah untuk ke KLIA. Seminggu aku akan ditinggalkan berdua di rumah ini. Nasib baik encik Danial tu lumpuh, kalau tidak,tentu bakal ada pencegah maksiat yang akan menyerbu rumah ini. Haih! Minta dijauhkan Allah! Aku tak rela untuk terus diuji lagi.

       ‘’Mak cik! Buat sarapan untuk aku. Aku lapar!’’ suara di belakangku buat aku menoleh spontan. Aku terkaku seketika melihat encik Danial sedang berdiri tegak dan merenung tajam ke arahku. Mana kerusi roda dia?

       ‘’Hah?’’ ayat blurr plus blank aku pun terus keluar.

        ‘’Kau pekak ke mak cik? Aku nak makan sarapan! Faham? Nanti siap,panggil aku dalam bilik,..’’ encik Danial berlalu pergi. Kakinya melangkah laju masuk ke bilik. Fius mindaku seolah terkeluar dan hilang entah ke mana menyaksikan ‘panorama’di depan mata.

      Dalam keadaan separuh biol, aku menuju ke dapur. Otakku berputar ligat berfikir tentang apa yang aku lihat sebentar tadi. Tiba-tiba bulu tengkukku meremang. Aku mula terfikirkan yang bukan-bukan. Kalau encik Danial tak lumpuh seperti apa yang aku fikir,.ini maknanya,...arghhhhh,..kami sedang bersekedudukankahhh????????????

      Aku keliru! Adakah ini dikira dosa? Ya Allah! Apa yang sedang berlaku ni? Kenapa aku ditinggalkan berdua dengan lelaki yang BUKAN MAHRAM aku ni? Apa yang harus aku buat? Keluar dari rumah ini? Tapi,.ke mana hala tujuku? Wang yang ada padaku cuma tinggal seciput. Nak makan pun tak lepas.

      ‘’Aku lupa nak bagitau. Kawan aku nak datang sekejap lagi. Nanti kau tolong buka pintu dan suruh dia terus masuk dalam bilik aku. Kami ada projek sikit nak buat. Kau jangan gatal nak ganggu kami! Sarapan tu buat lebih,untuk dua orang makan. Faham?’’ aku terkejut mendengar suara yang tiba-tiba menerjah gegendang telingaku. Aku terus kaku dan memasang telinga mendengar arahannya. Minda aku blur lagi. Kawan nak datang? Masuk bilik? Nak buat projek?? Apakah?

      ‘’Baik tuan!,.err,.kawan tuan tu lelaki ka perempuan? Macam mana muka dia? Kang silap orang pulak saya bagi masuk?’’ aku soal dia dengan penuh keraguan. Takut silap soal kena tengking pulak.

    ‘’Mak cik ingat aku ni apa? Lelaki!,.ada misai,.kulit hitam manis, hidung tinggi, rambut kerinting tapi BUKAN NEGRO! Faham? Satu lagi,.tak payah nak bertuan-tuan sangat! Aku bukannya tua mana pun. Panggil aku Danny atau kalau mak cik nak hormat aku lebih sikit,..boleh panggil aku bos Danny atau encik Danny! Faham?’’ aku angguk lagi. Encik Danial berlalu lagi. Aku skodeng dia dari jauh. Bukan kata lumpuh, capek pun tak. Gaya dia jalan macam model adalah. Huh! Konpirasi apakah ini??

...............................................................

      Aku mulakan kerjaku menyiapkan sarapan untuk encik Danial dan kawannya itu. Aku keluarkan roti sandwich. Empat biji telur, setin kecil sardin, segengam cabai kering, lima biji cili padi, dua ulas bawang merah.

     Aku kisar dulu cabai kering kemudian aku tumis bawang dan masukkan sardin dan sedikit jus asam jawa. Sesuaikan rasanya dan biarkan cabai masak. Selepas sardin siap aku lenyekkan dan sapukan di atas roti sandwich. Cili padi aku cincang kecil dan tabur di atas roti yang telah disapu sardin tadi.

     Aku pukul empat biji telur di dalam bekas. Selepas roti ditangkupkan aku rejam ke dalam telur yang telah dipukul dan sebatikan di kedua-dua bahagian. Panaskan kuali dan masukkan sesudu minyak zaitun. Goreng roti telur tadi dan masak hingga garing. Bila masak ke semuanya aku potong menjadi enam bahagian. Taraaaa,.siap, sandwich sardin ‘bertelur’aku!

    Aku hidangkan sarapan tadi dan siapkan pula dua gelas jus fresh oren. Ehemm,.air segera yang aku keluarkan dalam peti ais. Sesuailah kalau dimakan dengan sandwich sardin ‘bertelur’plus berapi aku,.kikihh

    Aku tinggalkan makanan yang aku hidang di atas meja makan di dapur dan aku bergegas ke bilik encik Danial untuk memanggilnya makan. Sebaik aku menapak beberapa langkah, dia sudah munculkan diri. Macam tau-tau saja aku nak pergi cari dia.

    ‘’Dah siap?’’ aku angguk laju mendengar soalannya.

       Encik Danial melangkah ke meja makan dan aku mengikutnya perlahan. Dalam hati berdebar sangat kerana ini kali pertama aku memasak di rumah ini. Itu pun dengan resepi hentam kromo aku. Pssttt,..aku sengaja masukkan cili padi tu sebab dia tengking aku tadi. Padam muka dia! Dan padam muka aku kalau dia reject sandwich tu dan suruh aku masak lain.Huhuhu,..

     ‘’Mak cik masak apa ni?’’ encik Danial soal aku sambil belek sandwich sardin ciptaan aku tu.

    ‘’Ini resepi terbaru saya encik Danial. Namanya sadwich sardin ‘bertelur’,.’’ Aku menjawab sambil tundukkan wajah. Sabar menunggu respon encik Danial seterusnya. Bila suasana terus sepi, aku panggungkan kepala dan melihat tindakan encik Danial seterusnya. Dia ambil sepotong dan masukkan semuanya ke dalam mulut. Dia terus diam sambil mengunyah.

    ‘’Hmm,.nama ja sandwich bertelur tapi saya ni dah nak berasap kepala,.’’ Ayat yang keluar setelah selesai dia menelan. Aku menundukkan wajah kembali. Tubuh dah mengigil takut kena marah.

     ‘’But,.i like it!’’ aku tercengang sebentar. Dia cakap apa? Bahasa apa dia guna tu? Nak kata loghat Kedah,.rasanya bukan. Loghat Kelantan lagilah bukan.

      ‘’Apa encik?’’ aku soal dia balik. Kononnya aku tak dengar, padahal tak faham.

       ‘’Mak cik ni pekak badak ke?’’ encik Danial soal aku kembali.

       ‘’Laa,.apa kena mengena dengan badak pulak? Kesian kat badak tu encik,.dia tak ada kena mengena pun dalam ini cerita,.kenapa dia pulak yang pekak?’’ lurus bendul pulak aku ni. Aku tengok wajah encik Danial dah bertukar merah.

     ‘’Bodoh macam keldai!!’’ dia tengking aku.

      ‘’Keldai pulak yang kena? Mak cik tau mak cik ni bodoh,.tapi jangan salahkan keldai pulak! Kesian dia,..’’ tenang aku menjawab.

        ‘’Arghhhhh,.’’ Encik Danial terpekik sambil membuntangkan matanya kepadaku. Seluruh wajahnya sudah bertukar menjadi merah. Nasib baik tak bertukar jadi hijau, kalau bertukar jadi hijau, dah sah keturunan hulk.

        ‘’Awat encik Danial? Pedas sangat ke sandwich mak cik ni?’’ aku menjadi kalut tiba-tiba. Tak pasal-pasal terpekik macam orang sasau. Macam orang tension ja!

     ‘’Pergi buat kerja awaklah! Orang nak makan pun tak senang!’’ akhirnya dia halau aku dan menarik kerusi lantas terus makan tanpa pandang aku lagi.

    Bila dah kena halau, aku pun tak tunggu lagi. Aku berlalu pergi dari ruang dapur dan menuju ke ruang tamu, menyambung kerja aku yang belum bermula pun tadi. Sebentar kemudian tetamu yang ditunggu encik Danial pun tiba. Aku menyuruhnya ke ruangan dapur.

    Bila aku selesai mengemas aku menuju ke bilik air pula. Aku dengar suara kawan encik Danila gelak terbahak-bahak ketika aku melewati ruang dapur. Entah apa yang seronok sangat tu? Aku cuba memasang telinga di sebalik dinding.

      ‘’Hahaha,..kelakar giler orang gaji kau.’’ Habis gelak, ayat itu yang diungkapkannya.

       ‘’Banyak kau punya kelakar! Sakit jiwa aku layan dia. Ayat dia macam bodoh-bodoh alang tapi macam nak kenakan aku pun ada jugak. Ni sandwich ni,.nama pun dah tak menahan. Kau tau apa dia bagi nama resepi dia ni?’’ aku intai mereka berdua. Aku nampak kawan encik Danial mengangguk laju sambil mengunyah sandwich.

     ‘’Sandwich sardin bertelur,..’’ encil Danial bersuara. Tersembur air yang baru diteguk oleh kawannya, dan kawan encik Danial sambung gelak. Ishhh,..lawak sangat ka nama resepi baru aku tu? Aku malas nak sekodeng lagi. Kena tangkap dengan encik Danial karang, naya ja. Aku meneruskan niatku dan berlalu ke bilik air.

...........................................................

         Seminggu berlalu dengan begitu lambat sekali ku rasakan. Ini semua gara-gara encik Danial dan kawannya itu. Nama kawan dia tu Sandy, Aku pun pelik bin ajaib. Tengok muka memang melayu tulin tapi nama entah apa-apa. Dia panggil encik Danial dengan nama Danny, dia pulak encik Danial panggil Sandy. Macam ni dah kot perangai orang bandar, suka guna nama glamour? Err,..glamour ke nama tu?

       Selepas aku kenakan mereka dengan roti sandwich bertelur tu, mereka pulak buat keputusan untuk kenakan aku. Agaknyalah sebab selepas kejadian tu mereka dera aku cukup-cukup. Bukan dera fizikal pun, tapi mereka dera batin aku ni. Ada ke patut mereka suruh aku ikut arahan mereka makan produk yang baru mereka hasilkan.

      Alkisahnya aku ni macam barang exprimen mereka la, untuk produk kecantikan mereka yang terbaru. Encik Danial dan kawan-kawan dia membuka sebuah syarikat kosmestik dan sekarang mereka sedang berusaha mengeluarkan produk baru yang mampu mengubah wajah seseorang muda sepuluh tahun dari usia sebenar. Aku yang dah masuk ke usia 40-an ni mereka nak ubah hingga wajah aku nampak baru berusia 30-an. Huh! Agak-agaklah!!

   Yang paling tak menahan tu mereka berdua paksa aku berdiet. Aku cuma dibenarkan makan tiga kali sehari ja. Itu pun makan buah-buahan dan sayur yang direbus. Waktu pagi pula sarapan aku hanya oat campur susu rendah lemak. Mereka dah bawa aku untuk test darah. Doktor cakap darah aku banyak kolestrol dan toksin sebab tu aku nampak lebih tua dari usia sebenar. Mereka kata wajah aku macam wanita berumur 60 tahun. Huhuhu,..kejam!

      ‘’Mak cik tahu tak kenapa aku tak membantah bila mama nak ambil mak cik sebagai pembantu aku?’’ soalan encik Danial kepadaku selepas dia meminta aku menjadi ‘barang experimen’ mereka. Aku hanya mengeleng saja sebab aku tak boleh baca pun apa yang dia fikir. Aku bukan ada kuasa psikik pun. Huh!

      ‘’Sebab,.antara ramai-ramai pembantu yang mama cari mak cik sorang ja paling hodoh dan paling tua,.’’ aku nyaris mengalirkan air mata bila dia cakap macam tu. Kalau nak direct pun agak-agaklah. Orang gaji pun ada hati dan perasaan jugak!

     ‘’Alhamdullilah! Mak cik bersyukur dengan apa yang mak cik punya. Biarlah hodoh rupa. Kalau cantik rupa, akhlak hodoh tak guna jugak,.’’ Tetiba ja aku buat ayat sentap tu. Encik Danial sudah merenung tajam ke arahku. Sebaliknya kawan encik Danial, dia mengangkat ibu jarinya padaku.

         ‘’Dengar saja,.kalau tak jawab tak boleh ke?’’ encik Danial marah aku. Aku buat aksi zip mulut dan terus diam. Encik Sandy gelak berlambak. Suka la tu aku kena marah?

     ‘’Pergi masak!! Nasi goreng kampung dua,.mak cik jangan nak cuba curi-curi makan. Aku dah pasang CCTV di dapur tu. Curi makan nanti aku pasang CCTV sampai ke bilik air,.’’ Aku terus kaku mendengar ugutan encik Danial. Betul ke ada CCTV di dapur atau dia sekadar gertak aku ja?

     Aku angguk dan terus berlalu. Senang hati aku sebab mulut dah kena zip jadi aku tak payah buat dialog lagi. Tapikan,.hati aku belum kena zipkan? Yeahoo,.aku boleh membebel dalam hati! Entah apa hati aku dok melalut. Ini semua encik Danial dan kawannya yang punya pasal! Semuanya tak boleh. Nasib baik mereka tak dengar suara hati aku ni!

....................................................

ENAM BULAN KEMUDIAN,..

       Hati aku sudah sejuk dari rasa dendam dan kemarahan. Aku tiba-tiba rasa rindu pada kampung halaman. Aku ingin pulang! Sepanjang enam bulan ni Datin Robiah tak pernah bayar gaji aku. Dia cakap aku makan FREE di rumahnya. Menginap dan guna air Free di rumahnya jadi semuanya kira tolak gaji yang sepatutnya dia bayar untuk aku. Hampeh! Orang kaya kedekut binti haji Tangkai Jering rupanya.

     Nasib baik encik Danial dan kawan-kawannya nak bayar aku. Dalam diam tanpa pengetahuan Datin Robiah mereka bayar aku sebulan seribu ringgit. Rupanya selama ini encik Danial tipu Datin Robiah dan berpura-pura menjadi lumpuh kerana selalu dikongkong oleh Datin Robiah.

     Encik Danial dan kawan-kawannya buka syarikat kosmestik tu pun tanpa pengetahuan Datin Robiah. Kalau Datin Robiah ada di rumah, encik Danial jadi orang paling baik dalam dunia. Bak kata pepatah pijak semut pun tak mati. Suara dia pun payah nak dengar. Datin soal dia,..boleh pulak dia buat derk. Aku soal dia pula kadang-kadang dia jeling aku. Kadang-kadang dia beliakkan mata padaku, tapi lebih banyak dia berwajah beku bila ada Datin di depannya ketika aku yang menyoal.

    ‘’Encik Danial nak mandi sekarang?’’ aku soal dia dengan selamba, suatu hari di depan Datin. Selalunya dia akan beliakkan matanya kepadaku dan aku pula buat muka beku kepadanya.

    ‘’Encik Danial nak makan? Nak mak cik suapkan?’’ soalan ni selalunya aku kena jeling dengan dia.

     ‘’Datin! Encik Danial ni baikkan? Tak jemu ka dia atas kerusi roda tu? Kesian encik Danialkan? Agaknya boleh sembuh tak penyakit yang macam ni? Saya penah dengar orang cakap kalau lumpuh macam ni, kalau bawa pi urut boleh sembuh,.’’ Aku cuba tunjuk pandai suatu hari. Bila Datin pandang encik Danial. Dia tayang wajah beku. Bila Datin kalih arah lain, dia tunjuk penumbuk kat aku. Aku tayang wajah selamba ja!

    ‘’Mak cik nak cuti berapa minggu? Nanti aku boleh minta tolong Sandy atau Sheril hantarkan!’’ suara di sebelahku mematikan lamunanku. Sekarang ni Datin sedang bercuti di Eropah jadi encik Danial kembali berkuasa dalam rumah ni. Dia nak bercuti di Langkawi jadi aku ambil kesempatan mohon cuti.

     ‘’Sheril tu lelaki atau perempuan encik Danial?’’ soalan dia berbalas soalan dariku. Encik Danial ni ada empat orang kawan tapi yang dua orang ni memang nama pelik sikit. Sheril tu kadang-kadang datang dengan gaya perempuan. Kadang-kadang dia pakai baju lelaki dan nampak macam lelaki tulin. Nak soal banyak aku tak berani.

   ‘’Jangan banyak tanya boleh?’’ hadoi! Kena lagi.

   ‘’Bila mak cik nak balik ni?’’ dia soal aku lagi.

     ‘’Malam ni!’’ aku terus jawab tapi dalam minda dok fikir, di mana aku nak landing nanti. Nak terus balik Yan atau singgah di rumah saudara mara dulu? Aku pun pening untuk buat keputusan.

     ‘’Kita balik sekali naik flight. Kami nak turun di Alor setar. Mak cik nak balik mana? Nanti boleh balik KL sekali, takut pecah pulak rahsia kami nanti,..’’ aku tergaman lama di depan encik Danial. Maksud dia nak suruh aku naik kapal terbang ka? Aku gayat!

     ‘’Naik kapal terbang ka? Tak mau! Mak cik takut!!’’ laju aku membalas.

      ‘’Tak ada impian nak pergi haji ke?’’ aku angguk laju. Kalau pergi Haji, aku teringin sangat.

     ‘’Nak pergi dengan apa? Naik bas? Teksi?’’ dia tanya aku dengan senyuman sinis. Aku geleng kepala dan otakku terus mencerna ayat-ayatnya. Hampeh! Dia perli aku rupanya!

    ‘’Dah!!,.Jangan banyak songeh. Nanti aku suruh Sheril ambil tiket flight untuk mak cik sekali.’’ Aku terlopong selepas di tinggalkan. Bila tersedar aku terus bangun untuk ke bilik dan mengemas beg pakaian. Jantung aku berdetup kuat. Apa pula penerimaan orang kampung nanti? Tentu aku akan dikutuk teruk? Atau tak payah balik Yan dulu. Mungkin aku harus singgah dulu rumah kak Fatin untuk korek info mengenai suamiku dan anak-anak?

...........................................................

         Kali pertama aku naik kapal terbang rasa macam perut aku melambung-lambung. Jantung aku bagai nak terkeluar. Hati aku asyik dupdap, dupdap ketakutan. Encik Danial pula pergi bersama empat kawan orangnya. Sheril mengayakan pakaian wanita pulak kali ni. Encik Danial pula siap bertopi dan memakai misai dan jambang palsu. Rambutnya pun diwarnakan menjadi perang.

       Sandy pula seolah mak nyah. Sebelum ni aku tengok elok ja dia bercakap tapi sekarang dah jadi lembik macam sotong. Sandy asyik berkepit dengan Alvin, macam couple pulak dan Sheril berkepit dengan encik Danial. Aku tak faham betul dengan perangai mereka berlima ni. Adakah mereka sedang menyamar dari dikenali oleh orang-orang Datin Robiah?

      Seorang lagi kawan encik Danial bernama Mirza tapi aku dengar encik Danial panggil dia Mir dan Sandy panggil Za. Aku pernah tersasul dengan memanggil namanya encik Zaza,.hihi

     ‘’Kenapa ni mak cik? Muka dah macam mayat hidup,..’’ encik Danial menyoal aku. Kebetulan aku duduk di sebelahnya. Sheril di sebelah kirinya.

     Aku geleng kepala perlahan. Bila kapal terbang mula meluncur naik tadi perut aku mual. Rasa macam nak muntah. Kepala aku macam kembang semacam ja. Akukan gayat, jadi ini merupakan pengalaman paling ngeri dalam hidup aku.

      ‘’Mak cik! Aku tanya ni,.kenapa diam? Mak cik dah jadi bisu ke?’’’ encik Danial menyoal lagi. Aku malas betul nak bersuara jadi aku buat aksi zip mulut. Lepas tu aku sandarkan badan dan pejamkan mata. Pura-pura tidur agar encik Danial takkan paksa aku bercakap.

      ‘’Kata nak pergi Mekah,.KLIA dengan Alor Setar tu sekejap ja sampai. Takkan takut sampai pucat muka?’’ dia bersuara lagi. Aku pura-pura mengeluarkan suara dengkuran. Ah! Lantak kau la nak fikir apa pun, yang penting kau tak kacau aku!

      Aku dengar suara dia ketawa disusuli suara Sheril. Mereka berbual rancak selepas itu, Aku cuba memasang telinga walau kepalaku masih pening. Aku teringin sangat nak tahu rahsia mereka.

     ‘’Sampai bila kau nak berlakon macam ni? Aku pun nak kahwin. Kalau kau tak mau kahwin itu HAK kau,.’’ Itu suara Sheril. Aku kenal walau dia bersuara kasar macam lelaki. Sheril boleh meniru suara orang. Aku pernah dengar dia meniru suara seorang pelakon dan Sheril juga boleh menyanyi dengan baik walau lagu itu lagu artis perempuan.

      ‘’Alah,.selesai projek kita ni,.kita stoplah.’’ Suara encik Danial.

      ‘’Mak aku dah bising tau! Kalau tunang aku tau aku pakai macam ni, maunya dia putuskan pertunangan kami,.’’ Aku dengar encik Danial ketawa.

      ‘’Susah apa,.mak cik sebelah kita ni kan ada. Tunang kau lari, kau ajaklah mak cik ni kahwin!’’ sekali lagi aku dengar encik Danial ketawa. Aku rasa kerusi sebelah aku ni dah bergegar.

      ‘’Kau ajalah yang ambil mak cik tu. Memang sesuailah dengan kau!’’ aku buka sikit mata untuk melihat reaksi encik Danial.

        ‘’Oii mak cik,.pura-pura tidur ke?’’ terkejut aku bila encik Danial terlihat gelagat aku. Aku mengalihkan wajahku pantas ke arah lain dan pura-pura berdengkur kembali. Aku terasa bahu aku dicuit kasar. Jangan layan! Jangan layan! Aku berbisik dalam hati.

      ‘’Tak baik tau mak cik jadi kura-kura dalam perahu!’’ suara encik Danial berbisik perlahan. Aku membuka mata dan berganjak sedikit. Minda sudah mula mencerna ayat-ayatnya tadi dan bibirku sudah tidak sabar untuk berkata-kata.

      ‘’Awat encik Danial suka sangat salahkan haiwan yang tak berdosa? Nak cakap mak cik pekak, badak yang kena. Nak kata mak cik bodoh, keldai yang dapat nama. Ni nak tuduh mak cik berpura-pura, kura-kura pulak yang kena?’’ selamba ja aku bersuara. Terbeliak mata encik Danial.

       ‘’Diam!’’ sepatah katanya terus membuatkan aku tersandar kembali dan beralih ke arah lain, tapi telingaku masih dapat mendengar Sheril yang sedang mengekek ketawa.

       ‘’Suka?!’’ Sheril pun kena marah.

        Aku dah malas nak pasang telinga lagi. Aku terus pejam mata dan terlelap. Bila aku sedar, kami dah sampai Alor Setar. Hati aku berlagu sedih lagi. Takut, semuanya ada. Plan aku sekarang nak tuju ke rumah kak Fatin di Batu Enam, Simpang Empat, Alor Setar. Mana tahu aku boleh dapat maklumat dari kak Fatin. Lantaklah kalau dia bakal smash aku dengan ayat-ayat power lagi pedih pun. Dah memang salah aku! Terima sajalah kenyataan!!

...............................................................

       ‘’Ya Allah,.adik Imah oii,.hang lari pi mana? Hang tau dak adik Mad dok cari hang merata ceruk? Tapi,..tu la orang laki,.lama mana sangat depa nak cari,..’’ selepas kami berbalas pelukan kak Fatin terus buat ayat sentap tapi selepas itu nada suaranya berubah sedih.

      ‘’Awat kak? Takkan laki Imah nikah lain dah? Baru enam bulan kot Imah takdak!’’ aku serkap jarang. Kak Fatin terus duduk atas sofa sambil tarik tangan aku untuk duduk sebelah dia.

      ‘’Hang lambat seminggu ja. Adik Mad baru seminggu kawen dengan Chaq,..’’ aku terus terkedu. Serkap jarang aku mengena rupanya.

       ‘’Chaq mana?’’ aku inginkan kepastian. Otak aku tak dapat menangkap lagi maksud kak Fatin.

      ‘’Chaq kita la,.Chaq mana lagi. Adik beradik kita anak mak ngah sorang ja kita pangge Chaq pun!’’ aku terbayang wajah sepupu aku tu. Dah empat tahun dia jadi ibu tunggal anak empat. Aku tahu, dia memang dah lama dok berkenan kat suami aku tu. Masa kami kahwin, dia selalu puji laki aku tu hensem.

     ‘’Hang buat lawak dengan aku ka kak?’’ aku tak mahu terima kenyataan ini. Chaq jadi madu aku? Oh! Tidakkk!!

      ‘’Chaq kata adik Mad dah cerai hang dengan talak tiga,..betoi ka? Aku tak pecaya adik Mad sanggup bagi talak tiga kat hang,..’’ aku terdiam lagi. Isi kandungan surat khabar yang aku baca dulu terimbas kembali dalam mindaku. Air mataku bergenang tanpa sedarku. Dadaku jadi sebak tiba-tiba. Aku dah bukan isteri dia lagi? Jatuhkah talak itu? Mudah sangatkah melafazkan talak? Hatiku berteka-teki.

         ‘’Aku pun tak tau la kak, apa status aku la ni?’’ aku sebak dan air mata meluncur tanpa pintaku. Perlahan kak Fatin mengusap bahuku.

        ‘’Yang hang gatai lari dari rumah, sapa suruh? Adik Mad tu dah cukup baik sangat dah,.hang nak apa lagi?’’ aku menarik nafas dalam. Kak fatin pun tak faham perasaan aku rupanya. Macam dia tak tau betapa aku tertekan selepas kehilangan empat orang anakku itu.

        ‘’Hang tak mau pi jumpa depa ka? Tanya status hang. Berdosa besar hang dok buat reja macam ni. Dah jatuh nusyuk dah. Kita jadi bini orang ni, keluar rumah selangkah tanpa izin laki pun dah berdosa sangat dah,.’’ Aku mengeluh lagi. Nak menyesal pun dah tak guna. Masa aku ambil keputusan nak lari hari tu, mana aku terfikir akan alami situasi macam ni. Langsung tak fikir! Aku Cuma ingat masa tu, aku nak lepas diri dari tekanan saja. Tak tahu pula, lagi berat dugaan yang terpaksa aku hadapi.

      ‘’Hang rehat dulu, petang ni, aku teman hang pi rumah Chaq. Bukannya jauh mana pun. Adik Mad mai dok sini lepas kawen dengan Chaq. Aina dengan Aierie tak mau ikut. Adik Mad pun la ni dok tolong Chaq jaga kedai dia,.’’ Aku pandang kak Fatin dengan perasaan tak percaya.

     ‘’Habih tu Aina dengan Aerie dok dengan sapa kak?’’ pertanyaanku buat kak Fatin melepaskan nafas yang panjang.

      ‘’Aina dok dengan mertua hang. Aerie, Kak Wan nak bela,.’’ Jawapan kak Fatin buat aku menjatuhkan kepala berkali-kali. Air mata aku gugur lagi. Semuanya salah aku! Kerana aku, keluarga aku berpecah belah. Kami semua terpisah. Ya Allah! Apa yang harus aku buat? Ampunkanlah dosaku Ya Allah!

...................................................
   
      ‘’Imah nak tebus talak bang! Abang pun dah nikah dengan Chaq. Abang cakap ja berapa Imah kena bayar?’’ seolah aku ni berduit sangat mendengar ayat yang telah aku tuturkan. Sejak aku datang tadi bekas suamiku ini berwajah muram. Chaq pula dah macam cacing kepanasan. Asyik menjeling kami berdua silih berganti. Kak Fatin pula cakap tak nak masuk campur.

    ‘’Alang-alang nak bayar rm10,000 la. Baru berbaloi, lagi pun bukan salah abang Mad, hang yang gatai lari dari rumah. Tak reti nak hargai langsung pemberian Allah!’’ Chaq bersuara kasar. Saja nak menempah nahas Chaq ni. Aku cabai mulut dia tu, baru dia tau. Aku membebel dalam hati.

    ‘’Habih! Yang dia dah bagi talak tiga kat aku teruih tu apa?’’ aku membela diri.

     ‘’Abang tak ada niat pun. Depa suruh, depa kata untuk gertak Imah ja, suruh Imah balik. Abang ikut ja cakap depa!’’ aku mendengus kasar mendengar jawapan bekas suamiku ini.

     ‘’Huh! Dengar sangat cakap orang! Macam tu la perangai abangkan? Dengan Imah ni semua tak boleh. Tak boleh ka bersabar sikit? Kot ya pun nak bagi talak, tunggulah cukup setahun ka,.ni bukan setakat bagi talak tiga, baru enam bulan dah nikah lain,..’’ aku bersuara sinis. Hati aku usah cakaplah. Berapi-api di dalam, lebih-lebih lagi bila tengok Chaq asyik menghimpit bekas suamiku ini. Macam nak menunjuk ja, dia dah berjaya ambil bekas suami aku tu. Huh!,.perangai macam budak-budak tak cukup sedet!

    ‘’Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tanggunglah sendiri!’’ Chaq mencelah lagi.

      ‘’Tak boleh kurang sikit ka? Seribu sudahlah, lagi pun aku bukannya ada duit sebanyak tu. Aku baru reja enam bulan ja pun. Aku pun nak guna duit jugak!’’ aku cuba meminta mereka bertolak ansur. Ingat lagi aku ketika ayah aku bercerai dengan mak tiri aku dulu. Mak tiri aku cuma perlu bayar rm1,000 ja kat ayah aku.

      ‘’Takdak sepuluh ribu, aku nak suruh abang Mad gantung hang tak bertali!’’ kepala aku sudah berasap mendengar ayat Chaq.

     ‘’Tengkorok hang! Sejak bila hang belajar jadi batu api ni? Takpa! Takpa!,..hang ingat aku ni lekeh sangat?’’ keegoanku mula terusik. Chaq seolah nak menghina aku. Itu yang aku rasa saat ni. Tak apa, aku ada encik Danial! Setakat bekas suami aku ni, apalah sangat! Hatiku berkata bongkak. Sakit hati punya pasal.

       ‘’Tak payah bayarlah! Abang halalkan,.nanti kita pi pejabat agama selesaikan hal ni. Semakin lama tertangguh, semakin banyak dosa yang kita kena tanggung!’’ bekas suamiku menjawab tenang. Chaq dah mencebik tak puas hati. Aku urut dada kerana tak perlu bayar.

      ‘’Mana boleh! Wajib bayar!! Kecualilah kalau dia minta cerai taklik. Tapi cerai taklik, kalau abang yang bersalah. Ni salah dia! Dia yang nak bercerai!’’ lantang suara Chaq. Aku mengetap bibir. Geram!

      ‘’Kalau ikut hukum,.sepatutnya aku dah kena cerai taklik sebab abang Mad dah tulih dalam surat habaq hari tu,..kalau aku tak balik seminggu dari berita itu disiarkan akan jatuh talak tiga,..jadi,..’’ aku tak meneruskan percakapanku sebab aku pun sedang keliru. Aku pun bukan pandai sangat bab hukum ni.

     ‘’Tapi abang tak ada niat pun nak jatuhkan talak!’’ suamiku mencelah. Aku pandang kak Fatin. Dia angkat bahu. Aku pandang Chaq. Dia menjeling tajam. Hiesyyy!!,.

         ‘’Hampa pi pejabat agamalah! Tanya orang yang lebih arif. Kalau dok bertengkaq di sini sampai bila pun tak selesai!’’ kak Fatin bersuara akhirnya. Aku pula sudah nekad, kalau perlu aku bayar, aku akan pinjam duit dari encik Danial. Aku sanggup jadi hamba abdi encik Danial dan kawan-kawannya selepas ini dari aku digantung tak bertali.

      ‘’Aku harap hang kena tebus talak. Jangan lupa haaa,..sedia sepuluh ribu!’’ Chaq sengaja mencari pasal dengan aku. Dia berkata sambil melebarkan senyuman. Ek eleh,.nak istihar dia dah menang letew? Macam aku tak tahu!

...........................................................

        Éncik Danial telefon aku hari kami mengambil keputusan untuk ke pejabat agama. Kami terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana mereka mendapat tahu Datin Robiah akan pulang keesokan harinya. Aku minta cuti aku ditambah tapi dia tak mengizinkannya takut rahsia mereka bakal terbongkar sebelum waktunya.
     Dia datang untuk berjumpa aku di rumah kak Fatin. Aku tiada pilihan melainkan menceritakan masalah aku kepadanya. Akhirnya encik Danial beralah dan mengizinkan aku menambah cuti dengan syarat dia turut serta. Aku pula yang ditimpa perasaan serba salah. Aku takut sangat kalau orang salah faham dengan kami.

    ‘’Mak cik jangan cuba nak halau aku balik! Aku rasa lagi selamat aku ikut mak cik daripada aku balik ke Kuala Lumpur tanpa mak cik. Nanti mama tu akan syak yang bukan-bukan pula,.’’ Macam tahu-tahu saja suara hati aku yang tak senang dengan kehadirannya.

    ‘’Encik Danial ni sesekali pentingkan diri juga naa? Encik ada terfikir tak apa keluarga mak cik akan fikir kalau encik Danial ikut saja ke mana mak cik pergi?’’ aku tuduh dia dan soal dia sekaligus. Wajah encik Danial berubah riak.

     ‘’Biarlah! Apa aku peduli, apa yang orang lain fikir!’’ mudahnya dia berkata-kata.

     ‘’Encik Danial baliklah dulu. Cakap ja kat Datin, mak cik ambik cuti,.’’ Aku cuba memujuk. Encik Danial mengeleng pantas.

     ‘’Mak cik tu barang experimen kami tau! Ni,.aku tak ada ni,mak cik makan sebarangan tak?’’ aku mengelabah mendengar soalannya. Jujurnya aku melantak semacam saja di rumah kak Fatin. Lepas gian kata orang. Aku makan laksa, nasi berlaukkan rendang ayam, ulam dan sambal belacan, semuanya aku bedal.

     ‘’Errr,..’’’aku tersengeh. Dia membeliakkan matanya padaku.

      ‘’Makan apa??’’ encik Danial kuatkan suara.

       ‘’Alahh,..makan sikit ja.’’ Aku cuba mencari helah.
      ‘’Senaraikan!!’’ dia mengarah kasar.

       ‘’Err,.nasi,laksa,rendang ayam,ulam,kuih-muih,.’’

     ‘’Banyakkk tuuu,..gaji bulan depan potong 100%!’’ aku belum habis senaraikan makanan yang aku makan, encik Danial sudah mencelah. Terkelu lidahku seketika. Baru bercadang nak pinjam duit dari dia, gaji dah kena potong. Huhuhu,..

     ‘’Encikkk,..kalau mak cik kena bayar kat suami mak cik nanti boleh pinjam duit sikit tak? Contohnya kalau kena bayar rm10,000 mak cik nak pinjam rm5,000,.lepas tu lima bulan tak bayar gaji pun tak apa. Encik kira potong gaji la. Boleh?’’ aku soal dia dalam rasa gementar. Maunya dia melenting nanti.

       ‘’Kenapa pulak kena bayar? Nak cerai, cerai ajalah!’’ dia pandang aku tak berkedip. Aku pun serba salah sebab keputusannya belum lagi kami dapat.

      ‘’Mak cik cakap kalau,..sebab belum pasti lagi macam mana,..’’

      ‘’Mak cik ingat lima ribu tu macam lima ringgit?’’ aku geleng kepala. Memanglahkan,.siapa yang nak percaya dengan perempuan tua yang hodoh lagi miskin macam aku ni? Lima ribu tu bukannya sikit.

      ‘’Macam ni la mak cik. Aku boleh tolong mak cik dengan syarat balik KL nanti mak cik pulak tolong aku!’’ dia buat tawaran itu padaku. Agaknya apa pertolongan yang perlu aku beri lagi? Sebelum ni pun mereka main paksa ja aku makan produk kesihatan dan kecantikan mereka tu.

      ‘’Tolong apa?’’ aku soalnya penuh kesangsian.
       ‘’Belum tau lagi. Tunggulah sampai masanya nanti aku bagitau,..’’

...........................................................

            Hari pertama kami pergi pejabat agama proses perceraian kami masih belum selesai sebab terjadi kes yang tak diduga. Encik Danial berkeras nak ikut sekali dan Chaq juga tak mahu berenggang dengan abang Mad dia tu. Menyampah aku tengok! Masalahnya bermula bila aku merayu denda yang terpaksa aku bayar dikurangkan. Aku terpaksa membayar denda kerana aku yang bersalah meninggalkan suami manakala menurut ustaz yang mengendalikan kes kami, bekas suamiku tak bersalah kerana dia memang tak berniat untuk melepaskan talak, sementelah lagi semua itu bukan kerja dia. Adik beradik dia yang menyiarkan berita itu.

       Bila rayuanku diterima Chaq pula campur tangan, katanya kalau abang Mad dia tu berlembut dengan aku, dia akan minta cerai. Bila bekas suami aku tu cuba berbincang tiba-tiba dia jadi histeria dan mengamuk.

      ‘’Ceraikan Chaq! Ceraikan Chaq! Ceraikan Chaq!’’ Chaq menjerit-jerit agar dirinya diceraikan. Kesian aku tengok bekas suami aku yang terpingga-pingga bila isteri barunya meroyan dalam pejabat agama. Kes kami pun baru nak bermula, dia gatai nak buat pasal pulak.

      Akhirnya kes kami ditangguhkan dan kami dinasihatkan agar balik berbincang terlebih dahulu. Kami diminta untuk tampil semula minggu depan.

       Encik Danial mengajak aku balik ke Kuala Lumpur dan berjanji akan menemani aku datang semula ke Kedah untuk menyelesaikan kes kami. Aku mushkil dengan kebaikkan encik Danial ni, namun aku tiada pilihan. Kami pulang menaiki kapal terbang dan bergegas ke salon untuk mengubah imej encik Danial semula sebaik kami mendarat di KLIA.

      Bila malam menjelang baru Datin Robiah sampai di rumah. Aku yang terlalu penat berlari ke sana sini memohon bantuan encik Sandy agar membungkuskan makanan untuk makan malam Datin dan encik Danial. Nasib baiklah encik Sandy ni memahami keadaan aku dan membantu aku membeli makanan. Namun begitu, aku melopong bila bekas makanan di buka.

     ‘’Apa ni?’’ aku menyoal resah.

     ‘’Sushi!’’ dia jawab selamba.

      ‘’Hah??’’ aku macam nak meraung ja.

      ‘’Kenapa?’’ dia tanya sambil buat muka pelik.

      ‘’Mak cik nak demam!’’ aku bawa makanan masuk dan mula menyelongkar peti ais. Hampeh! Yang tinggal cuma makanan ringan dalam peti ais.

     ‘’Awak masak apa malam ni Imah?’’ aku mula mengelabah mendengar suara Datin.

     ‘’Belum masak Datin! Barang dapur dah habis,.’’ Aku berterus terang.

     ‘’Kenapa tak pergi beli?’’ Soalan terus diajukan.

      ‘’Errr,..tadi encik Danial ajak keluar ambil angin. Dia cakap dia boring duduk di rumah ja, sebab tu saya pergi temankan dia. Lupa pulak barang dapur dah habis’’ aku tayang gigi sehabis berkata-kata. Sengaja aku kaitkan nama encik Danial. Baru padam muka dia!

     ‘’Betul ni? Alhamdullillah! Macam mana awak buat sampai Danial dah nak keluar rumah ni? Sebelum ni dia malu nak keluar dari rumah ni dalam keadaan dia macam tu,..’’ Datin Robiah nampak teruja dengan kenyataan aku.

      ‘’Ooo,.saya berleter dekat dia hari-hari,..saya cakap kat encik Danial, dunia ni luas, rugi kalau asyik memerap dalam rumah ja,..’’ aku main auta ja.

     ‘’Datin lapar ka? Ni ada sushi, tadi encik Sandy bawa,..’’ aku tunjukkan sushi yang masih dalam bekas kepada Datin. Mungkin dia betul-betul lapar. Mana tahukan?

      ‘’Sandy mana?’’ Datin menyoal.Dahinya berkerut sikit, mungkin sedang mengimbas wajah encik Sandy.

     ‘’Kawan encik Danial la,..yang hitam-hitam manis tu,..’’ Datin terdiam. Wajahnya nampak pelik.

       ‘’Mak cik! Tadi ada tak kawan Sheril datang bawa sushi yang aku pesan tu?’’ encik Danial datang ke dapur sambil memusing sendiri tayar kerusi rodanya.

      ‘’Siapa Sandy tu Danial? Mama kenal ke?’’ soalan diajukan pula pada encik Danial. Aku sudah mula mengelabah.

      ‘’Eh,.mama tak kenal rasanya. Tu kawan Sheril. Haa,.kawan Sheril!’’ suara encik Danial menjadi kalut. Aku lagilah kalut. Mana aku tahu Datin tak kenal Sandy sebab Sandy tu kawan encik Danial, aku fikir tentu Datin kenal dengan dia.

     ‘’Ni kenapa order sushi. Danial masih suka makan pedas lagi ke?’’ aku perhatikan wajah encik Danial. Ingin mendengar apa jawapannya sebab sepanjang aku masak di rumah ini, aku selalu gunakan cili padi. Masakan aku semuanya yang pedas. Datin Robiah pula jarang makan di rumah. Kalau dia tak keluar negara, dia asyik sibuk ja. Kalau balik rumah pun untuk berehat. Makan selalu di luar.
      ‘’Sushi mana pedas mama! Biasa ajakan?’’ dia jawab soalan Datin dengan wajah tenang. Aku tak pernah makan sushi. Mana aku tahu bagaimana rasanya.

        ‘’Ni banyak wasabi?’’ Datin menyoal lagi. Aku menjenguk ke dalam bungkusan sushi. Wasabi tu pedas ka? Aku tertanya-tanya di dalam hati.

      ‘’Boleh buangkan? Atau suruh mak cik ja yang makan! Mak cikkan suka makan pedas,..’’ dia jawab sambil pandang aku. Aku kerut dahi. Wasabi pun aku tak pernah rasa. Aku ni anak Malaysia, bukan anak Jepun! Aku membentak di dalam hati.

      ‘’Imah pernah makan sushi?’’ Datin buat muka pelik sambil merenung aku. Aku geleng pantas.

      ‘’Habis tu pernah makan wasabi?’’ aku geleng lagi.

      ‘’Tak pernah makan? Habis tu ni boleh makan ke tidak?’’ soalan Datin yang ini, aku tiada jawapan. Tak tahu sama ada nak angguk atau geleng.

      ‘’Boleh ke tak, wasabi tu mak cik kena habiskan!’’ suara tegas encik Danial berbunyi lagi. Aku memang tak puas hati dengan perangai dia yang ini. Nak makan pun kena paksa ka? Jangan-jangan dia sengaja nak kenakan aku dan suruh encik Sandy belikan sushi ni? Aku mula meneka dalam hati.

     ‘’Baguslah awak kerja di sini Imah. Nampaknya Danial sudah banyak berubah sejak awak bekerja di sini. Dulu Danial tak suka cakap banyak. Sepatah ja, itu pun puas saya nak ajak berbual.’’ Ayat-ayat Datin Robiah buat aku tersenyum sumbing. Tak cakap banyak? Sekali dia melenting boleh terbang semangat aku ni!

    ‘’Kalau macam tu encik Danial la yang kena habiskan wasabi ni sebab saya tak suka makan makanan Jepun. Selera saya makanan ori Malaysia ja. Lagi pun,....’’ aku tak habiskan ayat aku. Saja buat ayat tergantung. Kedua beranak yang berada di hadapanku seolah sedang menanti ayat seterusnya.

    ‘’Lagi pun apa?’’ encik Danial melenting lagi bila aku terus diam.

    ‘’Saya tak lalu nak makan benda pelik-pelik ni,.’’ Aku jawab dengan tenang. Err,.tenang di luar ja, dalam hati macam nak cili ja mulut encik Danial ni. Sikit-sikit nak kuatkan suara dia. Terbang semangat aku tau!

    ‘’Apa yang peliknya?’’ dia soal aku lagi. Memang payah bercakap dengan orang bandar yang suka makan makanan antarabangsa ni. Aku ni perut orang kampung, bukan perut orang bandar. Orang bandar semua mereka nak cuba. Tengoklah rancangan makan-makan di tv yang banyak tu. Semua makanan, hos rancangan tu bedal semacam ja.

    ‘’Jom! Temankan aku makan. Sementara aku tengah baik ni,..’’ dia senyum penuh bermakna. Datin sudah pandang kami berdua silih berganti.

     ‘’Encik Danial makanlah dengan Datin. Mak cik nak solat Isyak, lepas tu nak tidur. Encik Danial tak apalah,..tak perlu solat. Encik Danial boleh tongkat langit,..’’ aku menuturkan ayat terakhir dengan suara perlahan sambil berlalu pergi. Aku tak berani nak menoleh langsung. Mesti wajah Datin dengan wajah encik Danial berubah dengan kata-kata akhirku andai mereka mendengar.

     ‘’Mak cik ingat,.mak cik solat,.dah boleh masuk SYURGA la??’’ lantang suara encik Danial. Aku melangkah semakin laju. Nahaslah aku lepas ni. Kalau encik Danial dengar tentu Datin pun dengar apa yang aku kata. Pepatah dah tulis,.lidah itu lebih tajam dari pedang tapi sebagai manusia kita selalu tak pandai nak menjaga lidahkan? Hurmmm,..

............................................

        Aku lakukan apa yang aku kata. Solat maghrib tadi, aku solat diakhir waktu, tu pun laju macam apa lagi, sebab asyik fikir Datin nak balik dan rumah belum dikemas. Almaklumlah, kami baru balik bercuti. Tergopoh-gapah pula balik. Letih badan pun masih bersisa lagi.

     Selesai solat aku luangkan masa membaca Al-Quran. Sejak balik dari kampung, hati aku nekad untuk betul-betul bertaubat dan memohon keampunan dari Allah atas segala dosaku. Semuanya kerana aku! Keluarga aku menderita kerana aku! Anak-anakku hidup terpisah kerana salahku.

     Balik kampung baru ni, aku belum berkesempatan untuk berjumpa dengan anak-anak. Aku ajak jugak encik Danial balik Yan tapi aku tak berani nak bersemuka dengan orang-orang kampung. Kami tak berhenti singgah pun.

     Mulai hari ni aku berjanji untuk lakukan amal ibadah dengan sebaiknya. Aku nak bangun buat Tahajjud, aku nak lakukan solat sunat Dhuha. Aku nak luangkan masa lebih lama di atas sejadah dengan solat-solat sunat dan Zikrullah. Aku tahu berkemungkinan semua itu takkan dapat mensucikan dosaku tapi aku akan berusaha melakukan segalanya dengan sebaik-baiknya, selebihnya aku hanya perlu bertawakkal.

    Aku mula membuka Al-Quran dan membaca surah Al-Waqi’ah dan membaca juga terjemahannya. Hati menjadi sebak tiba-tiba.

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

56. Al-Waqi’ah (Hari Kiamat)
[1]Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]Serta buah-buahan yang banyak,
[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]Serta naungan dari asap hitam,
[44]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? “
[49]Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
[51]“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58](Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61](Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66](Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “
[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran,-
[76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[88]Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]Dan jika ia dari puak kanan,
[91]Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
[92]Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]Serta bakaran api neraka.
[95]Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

       Ya Allah! Betapa azabnya menjadi puak dipihak kiri itu dan betapa beruntungnya orang-orang yang menjadi puak dipihak kanan itu. Di manakah tempatku? Di puak pihak kanan atau puak pihak kiri? Bantulah aku Ya Allah kerana Engkau yang lebih tahu setiap kelemahan yang ada dalam diriku ini. Bimbinglah aku Ya Allah, dalam mencari RedhaMU.

      Aku berdoa di dalam hati. Insaf dengan setiap kesalahan yang telah aku lakukan. Aku tahu, hari-hari aku melakukan dosa dalam sedar dan tanpa sedarku. Dalam solat pun aku sering melakukan dosa. Entah betul atau tidak bacaan dalam solatku. Kadang-kadang hati aku merusuh juga kerana tidak pasti dengan setiap amal ibadatku.Ya Allah! Bantulah hambaMU ini!

        ‘’Mak cik!!,.buat apa tu?’’ pintu bilikku terbuka luas. Aku yang masih bertelekung hanya memandang encik Danial di depan pintu tanpa kata. Air mata yang masih bersisa aku lap perlahan dengan telapak tangan.

      ‘’Kau menangis ke mak cik? Baca Quran pun menangis? Tentu kau banyak dosakan?’’ soalan encik Danial buat aku terasa tapi aku tak mahu dia terus-terusan mengutuk aku. Aku mesti membalas setiap percakapannya.

    ‘’Hari-hari mak cik buat dosa encik Danial! Setiap kali solat mak cik buat dosa. Setiap patah kata mak cik pun mungkin ada dosa di dalamnya. Encik Danial beruntunglah! Tak pernah buat dosa. Tak solat pun encik Danial boleh hidup dengan tenang. Setiap kali puasa encik Danial dengan Datin akan bercuti ke luar negera kerana tak mahu berpuasa. Untunglah encik Danial kerana langsung tak ada dosa!’’ aku buat ayat-ayat sindiran yang maha pedas lagi berapi tu. Wajah encik Danial bertukar merah.

    ‘’Orang yang paling kaya dalam dunia adalah orang yang langsung tak punya hutang walau dalam dompet duit dia hanya ada duit syiling seposen tapi manusia yang paling kaya di Akhirat adalah hamba Allah yang paling banyak amalannya di atas dunia,.’’ Aku sambung berkata-kata tanpa memberi peluang encik Danial menengkingku seperti selalu.

     ‘’Di atas dunia ni, orang-orang kaya boleh mendabik dada dengan harta yang mereka ada. Boleh buli orang miskin sesuka hati. Mak cik tak kesah kalau dibuli dan terus dibuli kerana mak cik tahu semua ini adalah KIFARAH dari Allah untuk mak cik, untuk menyucikan dosa-dosa mak cik. Biarlah Allah bayar cash di dunia asalkan mak cik bersabar setiap kali dibuli, In sha Allah! Mak cik akan bahagia di Akhirat sana!’’ aku lihat bibir encik Danial terkumat-kamit. Aku terus sambung hujahku.

   ‘’Harta kita di dunia ini sebenarnya hanyalah pinjaman semata-mata. Bukan harta saja, tapi nyawa kita, keluarga kita, sahabat,rakan taulan kita semua itu hanyalah pinjaman. Tiada yang kita punya melainkan semuanya Allah yang punya!’’ aku terus-terusan bersuara tanpa menghiraukan reaksi yang encik Danial tunjukkan.

     ‘’Duit yang ada dalam bank atau dompet encik Danial, yang ada nama encik Danial pun bukan encik Danial yang punya, tapi sebaliknya duit yang encik Danial sedekahkan itulah baru milik encik Danial,.’’ Kali ini encik Danial mengerutkan dahinya. Mungkin tak faham dengan ayat aku tu agaknya?

    ‘’Duit sedekah itulah yang bakal menolong encik Danial di Akhirat nanti, sedangkan duit dalam bank tu mungkin bakal lupus, bakal dicuri, mungkin juga akan habis kerana sikap berfoya-foya encik Danial.’’ Aku teruskan lagi berkata-kata bila melihat encik Danial langsung tak berani bersuara. Bila ‘kucing’diam, ‘tikus’pun jadi semakin berani.

      ‘’Dah habis dah? Kalau dah habis keluar sekarang! Aku ada kerja untuk mak cik. Jangan gatai nak membantah!’’ Cehh!,.ingatkan dah insaf dah. Ada hati lagi nak buli aku?! Aku bangun dan tanggalkan telekung bila encik Danial sudah memusingkan kerusi rodanya untuk berlalu. Hmm,..aku lupa nak cakap tadi, menipu ibu sendiri tu pun ‘bukan dosa’,.almaklumlah, encik Danialkan tak pernah rasa dia berbuat dosa. Huhuhu,..

...............................................................

       ‘’Habiskan sushi tu! Membazir saja kalau tak habis. Aku dan mama dah makan. Masih berbaki lagi tu,..’’ sebaik aku mengadap encik Danial, dialog ini yang keluar dari bibirnya.

      ‘’Kalau encik Danial nak larang mak cik dari makan, makcik mungkin akan buat tapi kalau encik Danial nak paksa mak cik makan benda yang mak cik tak boleh makan dan tak selera nak makan,.maaflah! mak cik tetap takkan makan. Encik Danial nak cincang lumat pun cincanglah!’’ tiba-tiba aku jadi berani bersuara, semata-mata kerana encik Danial suruh aku makan sushi. Wajah dan telinga encik Danial dah merah macam udang kena bakar.

      ‘’Mak cik dah berani melawan sekarangkan?’’ dia tengking aku.

       ‘’Mana berani!’’ aku berkata sambil tersenyum hambar.

       ‘’Melawan! Aku potong gaji!’’ aku tersedar satu perkara bila encik Danial berkata begitu.

       ‘’Encik!,.pinjaman yang encik janji tu macam mana? Mak cik tak kesah kalau encik tak bayar gaji terus pun, yang penting mak cik tak mau terus tanggung dosa,.selagi kes kami tak selesai, mak cik rasa macam sedang duduk atas bara api,..’’ entah kenapa aku buat ayat macam tu. Aku pun tak pasti apa status aku sekarang ni. Aku keliru!

       ‘’Hmm,.ingatkan mak cik ni baik sangat! Kalau buat ayat tu macam mak cik ni la paling warak dalam dunia. Rupanya mak cik ni isteri nusyuk yang lari dari rumah,.ishh,.ishhh,..’’ encik Danial bersuara sinis. Aku sudah tertunduk menahan sebak.

       ‘’Encik tak tau apa yang mak cik tanggung!’’ aku bersuara dalam sedu. Kaki sudah bersedia untuk melangkah masuk ke bilik. Takkan aku nak tunjuk, aku ni terlalu lemah di depan encik Danial? Tak! Aku harus kuat!!

         ‘’Nak ke mana tu? Ingatkan kebal sangat. Tadi sedap ja kutuk orang. Baru kena sikit dah nak cabut lari?’’ encik Danial ketawa kuat. Huh! Aku yang memendam rasa sakit hati.

       ‘’Sekurang-kurangnya mak cik ni sedar, mak cik banyak dosa! Encik Danial tu bila nak sedar dari mimpi yang panjang? Mungkin encik Danial ingat, hidup ini hanya sekali, jadi boleh enjoy puas-puas. Padahal, yang sekali tu mati,.hidup ni dua kali, sekali di dunia dan dimatikan, kemudian dihidupkan kembali di Akhirat yang kekal abadi!’’ aku pulang paku buah keras. Air mata, aku kesat hingga kering. Aku cuba menjadi wanita yang ego.

     ‘’Tak habis-habis lagi nak kutuk aku?’’ suaranya dikuatkan kembali. Aku pun malas nak bertekak soal hukum ni. Aku bukannya terror sangat, Cuma masa di kampung setiap pagi aku melangut tengok Tanyalah Ustaz di tv9,.jadi aku belajar sikit-sikit dari apa yang aku dengar.

      ‘’Bukan nak kutuk, sekadar nak mengingatkan sesama Islam. Kitakan saudara sesama Islam. Mak cik takut kalau mak cik tak tegur, nanti di akhirat encik Danial dengan Datin akan sekat mak cik dan salahkan mak cik pulak. Sekurang-kurangnya kalau mak cik tegur, kemudian encik dan Datin tak buat mak cik dah ada jawapan untuk lepaskan diri,.’’ Aku berkata selamba. Merah sekali lagi wajah encik Danial.

     ‘’Mak cik ingat,.mak cik dah baik sangat sebab mak cik solat?’’ encik Danial menyoal lagi. Aku menarik nafas sambil duduk di atas sofa. Lenguh, sebab lama berdiri mengadap encik Boss ni.

     ‘’Tak! Mak cik pun banyak dosa! Mak cik tahu dan sedar mak cik pun tak baik. Encik Danial macam mana pulak? Encik Danial rasa encik Danial dah baik?’’ soalan aku membuatkan encik Danial membeliakkan matanya. Macam nak terkam aku dan bagi penumbuk sulung kat aku ja. Aku menanti respon encik Danial. Sesekali bertelagah pendapat dengan majikan sendiri ni, macam best pulak!

    ‘’Kau rasa?’’ dua patah perkataan yang dikeluarkan dari bibirnya seakan menanti jawapan maut dari aku.

     ‘’Mak cik tak rasa apa-apa pun! Mak cik bukannya akan rugi apa-apa pun kalau encik Danial ni baik ka jahat. Allah bukan nak menilai manusia dengan darjat kita atas dunia ni. Mak cik pernah dengar seorang ustaz ni cakap, manusia akan masuk Syurga dengan Rahmat Allah, bukan dengan amalannya. Manusia ni ramai yang riak. Hanya Allah saja yang tahu isi hatinya! Maksudnya..orang yang solat dan melakukan banyak amalan pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi yang langsung tak ada amalan. Encik Danial fikirlah sendiri!’’ aku sudahkan ayatku dan bangun dari sofa. Lagi banyak aku bercakap, lagi benci encik Danial kepada aku nanti. Terpulanglah, sama ada dia boleh terima atau tidak cakapku ini.

    ‘’Mak cik! Aku nak pinjam Quran yang mak cik baca tadi!’’ aku tergaman dan berhenti melangkah. Aku menoleh ke arah encik Danial. Dia pandang sekilas kepada aku dan menoleh pantas ke arah lain. Aku tersenyum tanpa sedar. Dalam hati mengucap syukur kepada Allah.

    ‘’Daripada pinjam Al-Quran mak cik,.lebih baik encik manfaatkan apa yang encik ada. Buat apa ada komputer besar gedabak. Ada line internet laju berdezup kalau encik Danial hanya gunakan untuk kerja-kerja dunia ja. Cuba encik masuk you tube dan buka bab-bab agama. Semua surah ada dalam you tube kalau encik nak baca atau belajar membaca. Terjemahannya pun ada dalam internet.’’ Aku berkata yakin sebab bekas suami aku dan anak-anak aku pun selalu rujuk dalam internet.

     ‘’Macam mana tu?’’ aku mengeleng dengan soalannya ini. Mengeleng bukan sebab tak tahu, tapi hairan mendengar soalannya.

     ‘’Jangan malukan diri sendiri di depan mak cik encik Danial!’’ kata-kataku buat wajah encik Danial berubah lagi.

........................................................................
          Aku bangun bersolat Tahajud tepat pukul 3.00 pagi. Selepas bersolat aku beristighfar 100x,.aku tahu, aku banyak dosa! Aku berdoa panjang pagi ini, mohon keampunan dari Allah.

      Ya Allah! Ampunkanlah hambaMU yang lemah lagi hina ini! Bantulah aku Ya Allah, agar aku menjadi hambaMU yang beriman dan bertaqwa. Peliharalah akhlak dan imanku. Peliharalah hati dan mindaku dari melakukan dosa. Peliharalah jiwaku dari sebarang maksiat. Peliharalah lidahku dari mengeluarkan kata-kata kesat. Sesungguhnya, aku ini hambaMU yang lemah. Aku ini hambaMU yang sering kalah.

     Ya Allah! Berikanlah HidayahMu buat Datin dan encik Danial. Berikanlah mereka kesedaran tentang kewujudanMU. Berikanlah mereka kesedaran tentang dunia yang sementara ini. Berikan mereka kesedaran tentang azab seksa kubur dan azab di akhirat kelak.

   Ya Allah! Aku mohon kepadaMU agar kau peliharalah kedua orang anakku walau di mana saja mereka berada. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Bukakanlah pintu hati mereka agar mereka sentiasa mengingatiMU melebihi segalanya yang indah di dunia ini. Terangkanlah hati mereka dalam mempelajari ilmu agamaMU. Aku merayu kepadaMU Ya Allah! Bantulah aku kerana aku tak mampu menjadi seorang ibu yang terbaik untuk mereka.

      Air mataku sudah berguguran ketika aku melafazkan doa buat anak-anakku. Aku mengaminkan doaku dengan linangan air mata. Andai anak-anakku tahu betapa aku terlalu menyayangi mereka namun aku tak berdaya untuk mengungkapkannya. Aku kalah dengan keegoanku sebagai seorang ibu. Aku kalah namun aku ingin berserah kepada Allah kerana dia lebih mengetahui dan memahami isi hatiku ini.

    Aku teruskan malamku dengan membaca Al-Quran selepas itu. Aku mencuba membacanya dengan sebaik mungkin walau aku tak pasti betul atau salah bacaannya. Aku mencuba seperti apa yang aku hajatkan. Semoga Allah beri aku Hidayah dan terangkan hatiku juga. Bukan senang nak menjadi orang baik kerana Iblis sentiasa berusaha mengoda kita kiri dan kanan, depan dan belakang.

.........................................................

      Usai solat subuh, aku menuju ke ruang tamu. Dah berbulan aku tak melepak depan tv diawal pagi macam ni. Di rumahku, selepas subuh aku akan buka tv. Layan rancangan Bismillah di tv3, lepas tu aku tukar ke siaran tv9,layan pula rancangan Mukadimah hingga pukul 7.00 pagi. Kemudian diikuti dengan rancangan Tanyalah Ustaz. Selalunya kalau di rumah, sarapan pagi bukan aku yang sediakan. Bertuahnya aku mempunyai seorang suami yang bertimbang rasa.

     Sarapan pagi kami jarang dimasak, malahan suamiku akan beli dari kedai berdekatan. Selalunya kuih muih,bihun atau mee goreng,nasi lemak dan sebagainya. Setiap pagi aku hanya mengadap tv dan makan bersama suami di depan tv sambil menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Bila ingat balik gelagat bekas suamiku yang tak banyak kerenah, hatiku menjadi sayu. Manusia seperti aku selalu tak reti nak menghargai. Dah kehilangan baru nak menyesal. Apakan daya, masa takkan dapat diundur kembali.

     Bila ingat bekas suami pasti wajah anak-anak turut bertandang dalam ingatan. Ya Allah! Hanya engkau yang tahu betapa aku merindui mereka semua. Moga mereka bahagia!

     ‘’Assalamualaikum!’’ aku baru duduk atas sofa selepas menghidupkan tv, sudah kedengaran suara lelaki memberi salam diikuti pintu yang terbuka luas. Aku mengurut dada kerana terkejut.

      ‘’Waalaikumusalam!’’ aku menjawab salam dengan suara yang perlahan sambil mataku memandang hairan encik Danial yang sedang menutup pintu dan melangkah ke arahku. Dia duduk di sofa bertentangan denganku. Aku masih ralit memandangnya tak berkelip. Handsome betul encik Danial berbaju melayu dan bersongkok. Dia dari mana agaknya? Selalunya, selagi matahari belum meninggi jangan harap dia nak bangun.

     ‘’Kenapa mak cik pandang aku macam tu? Takkan dah fall in love kat aku kot?’’ aku terkebil-kebil mendengar soalannya yang antara dengar dan tidak itu. Tak faham pun ya jugak.

     ‘’Awal encik hari ni? Mai dari mana?’’ tetiba ja keluar loghat Kedah aku.

      ‘’Ingat mak cik sorang ja nak masuk SYURGA? Aku pun nak masuk syurga jugak!’’ dia kata sambil tersenyum. Manis saja senyuman dia pagi ni. Tenang ja jiwa aku ni melihatnya.

     ‘’Alhamdullilah! Syukur kepada Allah yang Maha Mengetahui segalanya!’’ aku raupkan kedua tapak tangan ke muka.

     ‘’Mak cik,.Terima kasih!’’ aku blurr,.tetiba ja dia ucap terima kasih.
      ‘’Untuk?’’ aku soal laju.

      ‘’Kutuk aku semalam’’ aku tercengang. Ini kali pertama ada orang ucap terima kasih sebab aku kutuk dia.

       ‘’Tak munasabah!’’ aku suarakan keraguanku. Encik Danial tergelak.

        ‘’Aku cari apa yang mak cik suruh cari dalam internet semalam. Memang banyak pengajaran yang aku dapat. Selama ni aku jahil dalam agama. Aku menipu mama kerana tak mahu dikongkong mama.

     Aku kedekut dan berkira soal wang. Aku hina orang, tengking orang sesuka hati. Dan paling perit setiap kali aku hina dan herdik orang aku rasa seronok. Bila mak cik kutuk aku semalam, baru aku tahu perasaan orang yang aku selalu hina. Dulu, aku tak pernah jumpa orang yang direct macam mak cik. Kawan-kawan aku pun tak pernah kutuk aku macam mak cik kutuk aku.

     Selalunya orang yang aku jumpa hanya memuji aku. Mereka cakap aku baik dan sebagainya. Mereka,...’’

     ‘’Sat,sat,.sapa kata depa selalu puji. Masa mak cik jumpa pekerja-pekerja Datin di gerai makan hari tu, depa kutuk encik Danial kaw-kaw punya.’’ Tengah rancak encik Danial bercerita, aku mencelah. Berubah riak wajah dia tiba-tiba, tapi sekejap saja dia tersenyum kembali.

      ‘’Tulah maksud aku, mereka memuji di depan tapi mengutuk di belakang. Mak cik pulak tak makan saman. Kutuk aku depan-depan walau aku ugut nak potong gaji. Itu bezanya mak cik dengan mereka,..’’ kembang hati aku mendengar kata-katanya. Suara ustazah yang sedang bercakap di tv dalam rancangan Mukadimah tengelam terus.

      ‘’Encik nak minum? Mak cik buatkan,.tapi sarapan mak cik belum siapkan lagi. Ingat encik Danial tak bangun lagi. Mak cik nak tengok Tanyalah Ustaz!’’ aku bertanya sekadar nak mengelak dari terus berbahas isu kutuk mengutuk tu. Aku tahu, aku keterlaluan dalam berkata-kata semalam, namun bila penerimaannya adalah positif, itu sudah lebih memadai.

     Tak sangka betulkan, ada orang kena direct macam tu baru nak berubah? Ada juga orang kena pujuk dan kena bercakap penuh hemah. Ada juga manusia yang langsung tak reti nak berubah, walau berbagai cara kita lakukan. Semuanya terpulang kepada Allah kerana Hidayah itu milik Allah!

    ‘’Boleh jugak! Milo panas ya mak cik,..’’ dia meminta sambil bibirnya melebarkan senyuman. Hiesy,..macam tak percaya ja melihat encik Danial asyik tersenyum ja pagi ni.

    ‘’Tak payah tambah gula la naa? Tengok senyuman encik pagi ni,..dah manis sangat dah,..’’ aku sekadar berseloroh dan disambut oleh encik Danial dengan gelak tawanya. Alhamdulillah!

    ‘’Amboi! Sempat lagi mak cik nak sindir aku?!’’ dalam ketawanya encik Danial, keluar juga ayat prasangka tu,..huhu.

     ‘’Alaa,..melawak ja pun,..bukannya niat nak sindir,.’’ Aku menjawab balas sambil menuju ke ruang dapur. Dalam perjalanan ke dapur, aku intai juga pintu bilik Datin. Agaknya Datin dah bangun ke belum? Hurmm,..

.....................................................
           Pagi ni mod encik Danial berubah 100%. Aku tak sangka encik Danial yang garang tu pun boleh berubah. Kalau aku tahu, aku boleh jinakkan dia dengan ayat sentap, sejak mula lagi aku dah buat. Hihihi,..

        ‘’Petang ni mak cik teman aku pergi shoping. Aku nak beli hadiah untuk mama, nanti mak cik tolong pilihkan!’’ aku yang sedang menyiram bunga di halaman menoleh pantas demi mendengar suara encik Danial. Sejak pagi tadi encik Danial tak gunakan kerusi rodanya, walau ada Datin di dalam rumah. Cuma, Datin ja yang belum bangun dan belum melihat perubahan encik Danial pagi ni.

      ‘’Kerusi roda encik mana?’’ sengaja aku bertanya untuk melihat reaksinya.

       ‘’Aku dah buang dalam Sungai Klang pagi tadi,.’’ Encik Danial menuturkan ayatnya dengan selamba. Aku merenung matanya, untuk mencari kesahihannya.

     ‘’Kenapa? Tak percaya?’’ dia tiru dialog iklan yang dah lama aku tak dengar di tv.

      ‘’Tak takut pecah rahsia ke atau encik Danial lupa Datin ada di rumah pagi ni?’’ aku tanya mushkil.

       ‘’Aku tak mahu tipu mama lagi! Aku nak ajak mama berhijrah. Hati kami dah terlalu kelam dengan dosa. Mungkin Allah hantar mak cik untuk sedarkan kami. Mungkin ini hikmahnya kenapa Allah izinkan mak cik lari dari rumah. Untuk hantar mak cik kepada kami,..’’ dia mengungkapkannya dengan tenang. Aku terkelu seketika. Aku tahu setiap kejadian tu ada hikmahnya, namun aku masih berharap, kalau masa dapat diputar kembali, aku nak kembali kepada bekas suami dan anak-anakku.

       ‘’Kenapa mak cik diam? Semalam bukan main lagi mak cik ajak aku berbahas?’’ dia ketawa diakhir hayatnya. Aku tersenyum hambar. Tubuh aku ja ada di depan dia tapi hati aku dah sampai di kampung halaman, macam mana aku nak berbahas dengan dia. Otak jem tetiba ja.

       ‘’Datin dah bangun ka belum? Encik tak takut Datin terkejut ka? Mendadak sangat ni, semalam masih berkerusi roda,.macam ajaib sangat,.tup-tup pagi ni, dah boleh jalan?’’ aku bertanya encik Danial sambil tersenyum. Encik Danial tergelak sambil memandang ke atas balkoni banglo mewah ini. Ketawanya mati dan wajahnya berubah. Aku turut memandang ke arah yang sama.

    ‘’Assalamualaikum Mama! Good Morning,.how are you today?’’ encik Danial menyapa Datin yang sedang memerhatikan kami dari atas balkoni. Aku kecut perut tak semena-mena. Encik Danial buat-buat ceria, sebab ada getar dalam suaranya. Dia pun takut Datin mengamuk agaknya?

      Wajah Datin Robiah nampak tenang. Aku tak pasti apa yang difikirkannya. Kalau aku di tempat Datin, tentu aku akan gembira melihat encik Danial boleh berjalan. Tapi,.

       ‘’Agaknya mama marah tak, kalau dia tahu aku tipu dia selama ni?’’ encik Danial menyoal aku perlahan. Aku angkat bahu, tanda aku tak tahu. Memang tak dapat membaca riak wajah Datin.

     ‘’Kalau mama marah,.mak cik tolong back up aku!’’ encik Danial bersuara lagi. Aku geleng kepala.

     ‘’Please!!’’ dia seakan merayuku. Masalahnya aku tak faham apa yang dia kata dan aku geleng lagi. Berkali-kali.

     ‘’Tolonglah mak cik,..kali ni ja, nanti aku bagi pinjam duit yang mak cik nak tu. Kalau tak,..aku cancel kang!’’ dia ugut aku pulak dah.

     ‘’Tolong cakap melayu boleh dak? Mak cik ni bahasa omputih ni, sepatah haram pun mak cik tak paham!’’ aku luahkan jugak kebenaran tu. Encik Danial tersengeh.
   
    ‘’Mana ada aku speaking pun! Takkan dua tiga patah perkataan pun mak cik tak faham?’’ aku geleng laju. Yes, no, alright tu aku tahulah! Aku berbisik di dalam hati.

    ‘’Bahagian mana yang mak cik tak paham?’’ aku berfikir seketika sebelum menjawab.

    ‘’Bekap tu apa dia?’’ lurus aku menjawab.

    ‘’Oh! Maksudnya, mak cik kena jadi peguam bela aku!’’ aku pandang wajah encik Danial. Pening aku, sampai nak jadi peguam bela dia pulak dah?

     ‘’Laa,.mak cik mana penah ambik kursus undang-undang ni. Macam mana nak jadi peguam bela pulak?’’ aku menjawab dengan suara yang mengelabah. Tak lojik betullah permintaan encik Danial ni!

     ‘’Susah betullah nak cakap dengan mak cik ni!’’ encik Danial meramas rambutnya sendiri. Mati akal agaknya nak berdepan dengan pembantu rumah yang tak berpelajaran macam aku ni?

    ‘’Danial!’’ kami menoleh serentak bila mendengar suara Datin yang melaung encik Danial di muka pintu. Aku mengelabah lagi. Encik Danial pandang aku dengan wajah meraih simpati. Layu saja wajahnya. Aku angkat bahu. Tujuanku untuk memberitahu encik Danial, sendiri buat! Sendiri tanggung!

      ‘’Mama,.’’ Perlahan suara encik Danial sambil terus berdiri kaku. Aku sudah bersedia untuk melarikan diri.

      ‘’Álhamdulillah!,.akhirnya Danial nak jadi diri Danial yang sebenar!’’ Datin menghampiri encik Danial sambil tersenyum. Diraihnya tubuh encik Danial dalam pelukannya. Aku bergegas untuk menutup paip air dan ingin meninggalkan mereka berdua.

      ‘’Imah!,.hari ini tak payah masak ya! Nanti saya belanja, kita makan di luar.’’ Langkahku terhenti, seketika cuma aku mengangguk laju. Aku teruskan niatku dan pergi menutup paip air dan masuk ke dalam rumah. Aku biarkan Datin Robiah dan Encik Danial menyelesaikan masalah mereka berdua. Akukan orang luar, mana boleh masuk campur urusan majikanku.

.........................................................

        Datin Robiah menepati janjinya untuk membawa aku makan di luar. Kami bukan pergi bertiga, malahan empat orang rakan encik Danial dan pekerja-pekarja Datin Robiah turut diundang. Datin dan encik Danial membawa aku ke sebuah restoran mewah yang tak pernah aku masuk sebelum ni. Yang bestnya Datin hadiahkan aku dengan sehelai jubah yang penuh dengan labuci. Cantik sangat, macam tak sesuai saja dipakai oleh pembantu rumah macam aku ni. Selain tu Datin juga memberi aku sehelai selendang sutera yang lembut buatannya. Amboih! Melawa sakanlah aku hari ni!

       Sebenarnya,.aku pun terfikir juga, bila Datin nak bawa aku ke restoran mewah ni, tentu dia akan malu kalau aku mengikut mereka dengan berpakaian ala-ala kampung aku tu? Sebab tu aku terima pemberian Datin dengan senang hati. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!

       ‘’Lama jugak kau bertahankan mak cik? Sebelum ni dua tiga hari ja pembantu encik Danial tu bertahan!’’ seorang pekerja Datin yang aku jumpa di gerai makan tempoh hari menyapaku. Kebetulan aku ditempatkan bersama mereka dalam restoran ini. Akukan hanya pekerja Datin dan encik Danial, tentulah tempat aku bersama pekerja juga.

       ‘’Alhamdulillah! Rezeki mak cik kot?!’’ aku menjawab dengan tenang. Aku cuba maniskan wajah dengan senyuman, walau pun mereka macam nak tak nak ja makan semeja dengan aku. Huhuhu,..

     ‘’Datin bayar gaji mak cik berapa?’’ pekerja yang lain pula bertanya. Aku belum berkesempatan untuk berkenalan pun dengan pekerja-pekerja Datin ni. Nak berkenalan macam mana, agaknya mereka pun tak teringin nak kenal perempuan kampung yang tua lagi hodoh macam aku ni.

      ‘’Tak! Datin tak bayar. Encik Danial yang bayar,seribu sebulan,.’’ Aku jujur dalam berkata-kata. Itulah hakikatnya. Aku tengok mereka sudah melopong, macam tak percaya dengan kata-kataku.

       ‘’Betul?’’ orang pertama yang menyapaku tadi menyoal lagi. Aku jatuhkan kepala berkali-kali.

      ‘’Encik Danial dengan Datin tu bermulut laser,.macam mana mak cik boleh bertahan?’’ soalan demi soalan diajukan untuk aku. Macam aku ni orang ternama yang kena temuduga dengan wartawan saja. Hahaha,.

      ‘’Err,.Kalau Datin tu mulut laser,.mak cik rasa mak cik ni lagi bermulut laser dari Datin,.nak bukti ka?’’ aku menjawab sambil tersenyum. Pekerja tadi mengerutkan keningnya dan saling berpandangan dengan kawan-kawannya yang lain.

       ‘’Ya! Buktikan,.’’ Pekerja yang lain pula berkata. Yang lain, mengangguk mengiakan. Mereka ni memang sengaja nak cari nahas betul? Aku bertanya di dalam hati.

        ‘’Macam awak dan kawan-kawan awak ni,.rasanya semuanya orang Islamkan?’’ mereka mengangguk serentak mendengar soalanku.

      ‘’Islam itu indah dan Islam itu mudah,.kenapa dipermudahkan? Bukankah dalam Islam semua wanita kena menutup aurat? Kenapa tak tutup aurat seperti yang disyariatkan?’’ aku bertanya selamba. Dan pastinya wajah semua pekerja-pekerja Datin sedang berbahang dengan soalanku ini.

    ‘’Eh! Kubur asing-asinglah,.yang mak cik nak menyibuk sangat, kenapa? Kami punya pasallah nak tutup aurat atau pun tak! Mak cik tak ada hak tau, nak tegur-tegur kami! Mak cik tu siapa nak tegur kami?’’ berbahang suasana dalam restoran yang berhawa dingin ni dengan soalan demi soalan dari pekerja Datin kepadaku. Aku masih tersenyum dan beriak tenang. Aku dah dapat agak reaksi begini yang bakal aku terima.

      ‘’Mak cik siapa? Manusia macam awak jugaklah! Cuma mak cik tak mau la syiok sendiri,.kitakan saudara sesama Islam. Walau pun kita masih belum saling mengenali tapi mak cik rasa,.mak cik bertanggungjawab menegur.

    Mak cik cuma takut kita bertemu semula di akhirat dan dipersalahkan oleh cik-cik semua ja. Mak cik tak rugi pun, kalau cik-cik semua tak tutup aurat tapi cik-cik semua yang rugi dan paling rugi adalah suami-suami cik, ayah-ayah cik dan abang-abang atau adik lelaki cik sebab dosa cik-cik semua mereka yang tanggung!’’ selamba saja ayat-ayat yang keluar dari bibirku. Aku tak nafikan, cara teguran aku mungkin salah dan tak kena masa. Aku cuma nak buktikan apa yang mereka nak saja!

    ‘’Dahlah!! Jangan nak tunjuk alim sangat! Mak cik ingat,.mak cik pakai tudung, mak cik baik sangatlah? Mulut busuk macam longkang!’’ huh! Berapi ayat yang dikeluarkan dari bibir gadis yang anggun lagi menawan dengan kebaya moden yang sendat di tepi aku ni. Muka dia tak payah tanyalah!

     ‘’Betullah! Bila masa mak cik mengaku, mak cik ni baik? Yang tahu hati budi kita ni hanya Allah saja!’’ aku bersuara lagi sambil mengalihkan pandangan aku ke arah meja Datin dan encik Danial. Kebetulan encik Danial memandang ke arah kami dan dia melemparkan senyuman. Aku membalas senyumannya sambil menganggukkan kepala.

..................................................

        Selepas insiden tadi, pekerja-pekerja Datin tak layan aku lagi. Mereka buat hal mereka dan berbual sesama mereka saja. Aku ni macam makhluk asing ja. Tersingkir dan disingkirkan terus. Bila makanan dihidangkan pula, aku macam nak menangis pulak namun aku berpura-pura selamba.

       Aku memandang saja pekerja-pekerja Datin makan dengan berselera. Mereka langsung tak pelawa aku, kalau pelawa pun memang aku tak boleh makan makanan tu. Aku ni alah dengan makanan laut. Kalau makan ikan pun, aku cuma makan ikan kembung dan ikan bilis saja. Ikan-ikan yang kecil saja jadi pilihan aku.
 
      Empat puluh tahun aku membesar di perkampungan nelayan, aku dah magli dengan makanan laut. Lebih-lebih lagi sekarang. Makanan yang boleh mengakibatkan gatal seperti udang, sotong dan ketam tu tak bagi pun tak apa, memang aku tak boleh nak makan!

      ‘’Kenapa tengok saja? Tak makan ke?’’ encik Danial datang ke meja kami dan menegurku. Aku mengeleng pantas sambil memerhatikan lauk pauk di meja kami. Ikan bawal hitam masak stim, stimbot dan tom yam makanan laut serta nasi putih. Bukan selera aku pun.

       ‘’Mak cik dah empat puluh tahun tinggal di kampung nelayan encik, dah cemuih makan semua ni. Lagi pun, takkan encik Danial lupa kot, dah hampir tujuh bulan mak cik kena dera dengan encik Danial, makan sayur dengan buah ja?’’ aku menjawab pertanyaan encik Danial sambil memandang wajahnya. Bibir aku ukirkan dengan senyuman.

      ‘’Mengada-ngada!!’’ aku dengar pekerja Datin bersuara sambil menjeling tajam ke arahku. Ah! Jelinglah sampai juling pun. Ada aku kesah?!

      ‘’Jom! Kita dating kat sana!’’ encik Danial mencuit lenganku perlahan. Aku jungkitkan kening kepadanya. Keliru sangat dengan tindakan encik Danial terhadapku. Aku memang tak faham bahasa omputih tapi ayat dating tu, aku selalu sangat dengar.

       ‘’Bangun!’’ dia mula bertegas bila aku tidak berganjak dari tempat duduk.

        ‘’Nak pi mana?’’ ragu-ragu aku menyoal. Pekerja Datin sudah mula berbisik sesama sendiri. Aku macam nak menangis dengan perlakuan encik Danial ni. Tak suka bila dia buat perangai prihatin macam ni. Tentu bakal kena kutuk nanti?!

     ‘’Ikut sajalah!’’ dia berkata lagi sambil terus melangkah. Aku bangun dan mengikut encik Danial dari belakang. Dia mengajak aku duduk di meja yang jauh dari meja orang lain.

     Datin yang memerhatikan gelagat kami, buat tak kisah saja. Kawan-kawan encik Danial pula macam ramah sangat melayan Datin berbual. Sebenarnya,.semua kawan-kawan encik Danial adalah lelaki. Hari ini baru aku tahu, nama sebenar Sheril ialah Shahril Afandi, Sandy pula berketurunan India Muslim. Namanya dalam kad pengenalan Shahrin Shah, Alvin pun baru masuk Islam beberapa minggu yang lalu. Namanya Alvin Tan Abdullah. Encik Mirza tetap encik Mirza, tak ada perubahan dalam dirinya yang aku lihat hari ini. Dia masih macam hari pertama aku kenal dia.

     ‘’Nak makan apa? Order ja,..’’ aku tersenyum simpul mendengar pelawaan encik Danial. Yess! Akhirnya, aku boleh makan apa yang aku nak!

      ‘’Boleh ka?’’ Saja nak test encik Danial aku menyoal dengan soalan cepumas tu.

     ‘’Order la dulu, tengok apa yang mak cik nak order!’’ aku kerut kening mendengar jawapannya. Macam ada yang tak kena ja, ni boleh ka tak? Riak wajahku yang ceria tadi bertukar serta merta namun aku tak mahu mengalah.

      ‘’Mak cik nak,.chiken cop,.lepas tu nak makan spagetti sup pedas,.ermm,.’’ aku hilang idea,.sebenarnya makanan yang aku sebut tu seumur hidup ni aku tak pernah makan pun lagi. Aku tengok dalam rancangan makan-makan tu, macam sedap saja, jadi aku cuba nasib la. Mana tau kot-kot boleh rasa.

      ‘’Ambil kesempatan nampak? Tak payah nak mengada! Sia-sia saja aku suruh mak cik berdiet enam bulan setengah ni. Bagi kami satu salad buah-buahan. Dua dada ayam grill, yang satu tu tanpa perisa, satu lagi super spicy, roti and sup cendawan pedas. Minum,.fresh orange dua!’’ encil Danial membuat order kepada pelayan yang sedang berdiri di tepi meja kami. Encik Danial ni memanglahkan? Tadi, dia suruh aku order, alih-alih dia yang buat keputusan. Nasib baik aku ni pembantu rumah ja, tak boleh nak membantah. Kalau tak, maunya aku merajuk! Hahaha,..

       ‘’Awat yang encik Danial baik sangat hari ni? Ada apa-apa yang tak kena ka?’’ aku menyoal encik Danial selepas pelayan yang mengambil order kami berlalu pergi. Encik Danial jungkitkan kening sambil menyandar di kerusi dan berpeluk tubuh. Matanya meratah wajahku. Haih! Aku sekeh jugak dia ni,.gelagat macam nak goda aku ja tapi,..ni kes tak masuk di akal,.okey!

      ‘’Sebelum ni aku jahat sangat ke?’’ dia tanya aku kembali.

      ‘’Bukannya jahat! Cenge ja mengalahkan singa lepas beranak!’’ mulut takdak insuran aku pun terus bertindak.

     ‘’Amboi! Tak reti nak berlapik cakap dengan bos pun? Aku cancel makanan tadi baru tau! Macam mana hujung minggu ni, jadi balik kampung? Aku nak ajak mama sekali, pergi cari sea food fresh!’’ aku angguk kepala dan tersenyum bila encik Danial mengubah topik perbualan kami. Aku tak tahu, apa yang encik Danial dah cerita kat Datin. Nampak macam ada perubahan dengan layanan Datin kepada aku sejak pagi tadi.

       ‘’Nak tanya sikit boleh tak?’’ aku ajukan soalan. Tak berani nak terus tanya takut kena ambush dengan renungan tajam orang depan aku ni.

       ‘’Nak tanya apa?’’ encik Danial soal aku kembali sambil melatakkan tangan di atas meja. Aku mula menyandarkan badan di kerusi dan meletakkan tangan di bawah meja.

     ‘’Mod Datin tu macam okey saja. Dia tak marah langsung ka?’’ encik Danial tersenyum dan meraup mukanya tiba-tiba, seolah mengaminkan sesuatu.

       ‘’Tak! Helah aku tak menjadi pun. Mama dah tahu aku tipu dia dari mula lagi. Doktor yang aku upah tu kawan mama sejak universiti. Mama sengaja pura-pura tak tahu. Kalau mak cik nak tahu semua rancangan aku dia tahu. Apa yang berlaku dalam rumah tu semua dalam tangan mama. Mana aku pergi mama upah spy untuk ikut aku. Kadang-kadang mama sendiri yang ikut aku termasuk kita balik Kedah baru-baru ni.

      Mama dah selamatkan aku dari melakukan maksiat. Tak payahlah aku cerita lebih-lebih, nanti teruk mak cik kutuk aku,..’’ dia mengakhirinya ceritanya sambil menyandar kembali di kerusi. Wajahnya nampak mendung, seolah sedang memikirkan sesuatu.

      ‘’Tak payah nak cerita aib sendiri kat orang! Lagi pun Allah dah tutup aib kita rapat-rapat buat apa nak hebohkan? Yang penting, kalau dah tau benda tu berdosa,.segeralah bertaubat dan jangan buat lagi!’’ aku cuba menenangkan hatinya. Dalam hati, aku berkata sendiri,.’aku pun banyak jugak aib!’.

      ‘’Kau tolong aku ya mak cik? Aku pun nak masuk Syurga jugak’’ encik Danial berkata lagi sambil tersenyum. Matanya dikenyitkan. Tergaman aku. Sejak bila boss aku ni jadi nakal sangat ni?

     ‘’Mak cik pun kureng Ilmu,.nak belajar Ilmu agama ni, encik Danial kena cari orang yang lebih arif,.lagi pun mak cik ni bukan mahram encik Danial pun. Bukannya boleh ajar direct macam tu! Err,.tadi encik cakap nak bawa Datin pergi Yan sama ya? Nak cari siput apa?’’ aku pulak mencuba mengubah topik kami.

     ‘’Sea food la,.udang,ketam, sotong,.’’ Encik Danial menjawab tenang. Minda aku jadi keliru.

     ‘’Tadi kata nak cari siput? Apa kena mengena dengan udang, sotong dan ketam pulak? Siput, siput la,.macam lala, siput retak seribu, mentarang, siput biji nangka atau pun siput yang orang dah bela la ni,.siput kemudi atau siput sudu. Kalau di pulau siput dia lagi besar, siput mata lembu dengan siput susu dara,.’’ Aku sebut beberapa jenis siput yang aku tahu. Encik Danial tercengang pada mulanya, kemudian dia tergelak galak. Aku yang penasaran.

       ‘’Bukan S.I.P.U.T la mak cik tapi S.E.A .F.O.O.D,.yang bermaksud makanan laut!’’ encik Danial terus ketawa. Dia siap mengeja lagi. Wajah aku berbahang sebab dah salah faham. Tu la,.aku dah bagi amaran, jangan cakap omputih dengan aku! Ketegaq! (degil) Aku membebel dalam hati. Malu tak terkata!

      ‘’Ceh!,.sapa suruh cakap omputih! Mak cik dah habaq dah jangan cakap bahasa orang asing tu. Belajarlah cintai bahasa sendiri! Sekarang ni,.orang melayu ramai yang dah lupa diri! Mentang-mentanglah dah boleh kuasai bahasa asing sampai lupa bahasa sendiri?! Tengok gambar hindustan, gambar cina tu, kadang-kadang mak cik macam nak tabik kat depa. Walau depa ambik pelakon asing tapi dialog tetap guna bahasa depa.

     Pemimpin Cina dan Indonesia contohnya, kalau buat sidang akhbar, walau ada ramai wartawan asing mereka tetap guna bahasa depa. Bukan macam pemimpin kita, guna BI,..sampaikan mak cik dan pak cik, tok dan tok wan yang dok di kampung, ternganga depan tv,.tak paham sepatah haram pun!’’ aku cuba kawal keadaan dengan menyalahkan orang-orang yang berlagak pandai ni,.yea! Mereka memang sebenar-benarnya sudah pandai,.tapi itulah hakikatnya zaman moden di Malaysia hari ini!

     ‘’Yalah mak cik! Tak menjawab,tak boleh ke? Kadang-kadang mak cik ni,.macam tak berapa cerdik pun ya jugak,.tapi, bila mak cik tunjuk terror, kalah profesor!’’ encik Danial mengangkat kedua belah tangan sebagai tanda menyerah kalah dan pamerkan senyuman. Aku pula sudah telan air liur bila makanan yang kami order sudah diletakkan di atas meja. Nyum,nyummm,..

     ‘’Cakaplah apa pun encik! Yang penting kita makan dulu,..’’ aku terus terkam air jus oren dan menyedutnya perlahan. Ah! Segar rasa tekak! Tak tunggu lama garfu dan pisau terus dicapai tapi,..

       ‘’Mak cik guna tanganlah! Leceh betoi makan macam orang putih ni,.nak bergarfu dan berpisau bagai,..’’ lepas habis berkata-kata, aku terus menyiat isi dada ayam grill milik aku dengan jari jemariku. Siat dan masukkan ke mulut. Hmmm,..sedapnya!

      ‘’Ya Allah mak cik!,..’’ encik Danial sudah tergelak melihat gelagatku sambil kepalanya digelengkan berkali-kali. Lantaklah! Ada aku kesah!? Kihkih,..

..........................................................................
SETAHUN KEMUDIAN,..
       BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Al-Ikhlas

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] “Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”.

        Aku baca terjemahan surah Al-Ikhlas berkali-kali. Bersyukur sangat sebab aku dilahirkan dalam Agama Islam. Satu-satunya agama yang mengajak kita ke arah kebenaran. Allah itu SATU! Tiada dua atau pun tiga! “Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”. Kenapa ada banyak agama di dunia ini?? Semuanya ini bermula sejak zaman Nabi Adam lagi.

        Asalnya kejadian Nabi Adam adalah di dalam Syurga, kemudian dijadikan Hawa sebagai peneman tapi bila Allah menyuruh Semua kehidupan sujud kepada Nabi Adam, Iblis engkar kerana sifat sombongnya. Kata iblis, aku dijadikan dari api sedangkan Nabi Adam dijadikan dari tanah. Selepas itu iblis terus berusaha untuk menyesatkan Nabi Adam dan Hawa agar mereka akan dihalau dari Syurga.

     Iblis akhirnya berjaya membuatkan Nabi Adam dan Hawa dihalau dari Syurga dengan tipu dayanya. Dan iblis juga turut dikeluarkan dari Syurga. Sejak itu iblis terus bernekad untuk mengoda anak-anak Nabi Adam dan Hawa. Hingga ke hari ini iblis masih menjalankan misinya.

     Aku mengeluh perlahan. Dulu,.di kampung sesekali aku akan layan filem bukan melayu. Aku sekadar mencari jawapan dari terjemahan Al-Quran yang aku baca. Orang-orang kafir di Akhirat nanti akan menjadi bahan bakar api neraka. Masya- Allah! Mereka yang Allah jadikan dengan rupa yang cantik dan menawan hanya akan menjadi bahan bakar api neraka? Aku mendapat jawapannya bila menonton filem-filem mereka yang sangat bercanggah dengan kejadian Allah.

        ‘’Mak cik!’’ aku yang masih bertelekung menoleh pantas ke arah pintu bilik. Sejak akhir-akhir ini encik Danial semakin bebas masuk keluar bilik aku. Rimas aku dengan kerenahnya. Aku tahu, aku sudah menjadi ibu tunggal sekarang ni tapi janganlah buat aku macamlah aku ni tak punya harga diri! Nak marah, ini rumah dia,.tapi kalau dibiarkan, nanti dia ingat aku suka pulak dengan perangai dia yang tak semenggah ni. Aku tutup aurat tak apalah, Kena masa dia masuk tu aku tak pakai tudung macam mana? Mungkin salah aku, sebab kadang-kadang aku lupa nak kunci pintu, tapi takkan aku nak kunci pintu setiap kali aku masuk ke bilik kot?

       ‘’Nak apa encik Danial?’’ aku menyoalnya yang nampak pelik malam ni. Aku terus bangun berdiri bila dia semakin menghampiri. Mengigil aku dengan senyumannya yang nampak pelik dari biasa.

      ‘’Kenapa ni encik Danial? Dah buang tebiat ka apa?’’ aku macam nak mengamuk saja. Hati ni dah dupdap,dupdap ketakutan. Eh! Datin keluar ka hingga encik Danial berani masuk ke bilik aku ni? Maghrib tadi ada ja Datin di rumah! Aku menyoal diri sendiri di dalam hati.

      ‘’Saya nak awak Imah! Saya dah lama sukakan awak!’’ aku mati akal dengan gurauan encik Danial kali ini. Minda aku tiba-tiba blurr tapi sebentar kemudian aku perhatikan setiap sudut bilik. Mana tahu kalau bilik aku sudah dipasang kamera tersembunyi tanpa pengetahuan aku dan encik Danial hanya nak menguji aku?

     ‘’Encik Danial dok mengarut apa ni?’’ aku sudah mula berang. Suara aku dikuatkan sikit tapi tetap ada getar yang tak mampu aku sembunyikan.

     ‘’Saya serius Imah! Saya nak awak!’’ air mataku hampir mengalir bila encik Danial menutup pintu dan menguncinya. Aku istighfar perlahan. Aku sangkakan encik Danial sudah bertaubat dengan sifat berfoya-foyanya sebelum ini. Tapi,..takkan aku pula bakal dijadikan mangsa. Aku tahu wajah dan tubuh aku sudah berubah akibat mengamalkan diet dan mengambil produk kecantikan mereka. Ini tak bermakna tubuh aku boleh digunakan sesuka hati? Ishh,.apa yang aku fikir ni?

     ‘’Mengucap encik Danial! Istighfar banyak-banyak! Ingat Allah encik Danial. Kita ni bukan mahram!! Jangan dok pikiaq nak buat benda tak elok. Kita dok dalam satu bilik ni pun dah kira berdosa sangat dah! Mak cik tak mahu tanggung dosa. Dosa mak cik yang lepas pun belum tentu Allah ampunkan lagi. Inikan pula nak tambah dosa baru,..’’ aku sudah membebl kepada encik Danial. Tubuh aku gementar.

      Pintu bilik diketuk bertalu-talu dari luar diikuti suara Datin yang melaung namaku. Aku panik! Tentu Datin akan salah faham dengan kami. Ya Allah! Jangan KAU aibkan aku! Aku tak bersalah!
Dalam hati sedang berdoa tapi kakiku terus melangkah laju untuk memulas tombol pintu. Encik Danial cuba menghalang. Aku terus tudingkan jari telunjuk agar dia jangan menghampiri aku.

      ‘’Datin,..’’ sebaik pintu bilik terkuak, aku seru nama Datin disusuli dengan linangan air mata di pipiku. Tubuhku gementar. Jantungku masih berlari dengan laju. Tiba-tiba suasana gelap gelita. Ada tangan yang memegang tubuhku dan membawa aku entah ke mana. Dari jauh, aku nampak api lilin.

         ‘’Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan mak cik Rohimah! Allah selamatkan kamu!! Susprize!!’’ suara orang ramai menyanyikan lagu membuatkan kakiku terus kaku. Mindaku bergerak pantas untuk mencari tarikh hari ini. Ya Allah! Hari lahir aku rupanya!

      ‘’Selamat hari jadi mak cik!’’ lampu dinyalakan semula. Kek hari jadi yang telah dinyalakan lilin di atasnya disuakan kepadaku. Aku meniup api lilin dengan linangan air mata. Terharu sangat kerana sepanjang 41 tahun aku hidup, belum pernah sekali pun hari lahir aku diraikan.

     ‘’Happy Birthday Imah! Ini hadiah hari jadi dari saya dan Danial,..’’ Datin yang berada di sebelahku sudah memeluk dan mengeselkan pipinya di pipiku, kiri dan kanan sambil menghulurkan sesuatu kepadaku.

      ‘’Apa ni Datin?’’ aku bertanya resah. Macam buku kecil tapi aku pasti ini bukan buku sebab bila aku buka, ada nama dan gambarku di dalamnya. Kemudian ada sesuatu pula terselit di dalamnya. Aku keliru!

     ‘’Pasport awak! Kita bertiga pergi buat umrah bulan Ramadhan nanti. Boleh? Kalau tak boleh pun kena boleh jugak sebab saya dah daftar nama awak sekali!’’ air mataku terus berlinangan. Ya Allah! Apakah ini? Kenapa majikanku terlalu baik denganku? Kebaikan apakah yang telah aku lakukan?

    ‘’Ya Allah,..apa semua ni Datin?’’ aku menyoal sambil mengesat perlahan air mata yang tidak mahu berhenti dari mengalir. Aku tak percaya dengan apa yang aku terima sekarang. Aku bersyukur bila Datin dan encik Danial tak marah-marah aku lagi tapi bila mereka mengajak aku melakukan umrah, aku rasa ini sudah diluar jangkaanku. Payah nak jumpa majikan yang bersifat mulia seperti ini, walau mungkin ada ramai diluar sana.

      ‘’Ini sekadar ucapan terima kasih kami untuk awak Imah! Kita sama-samalah mencari Redha Allah dan membersihkan hati kita dari segala dosa. Tanpa awak, mungkin kami masih bergelumang dosa Imah,..’’ kata-kata Datin buat aku malu sendiri. Siapalah aku ini,.hanya insan biasa saja. Aku tak layak pun nak terima penghargaan sebegini.

      ‘’Salah tu Datin! Hidayah itu MILIK ALLAH! Saya ni hanya perantara yang dihantar Allah saja!’’ aku perbetulakan ayat-ayat Datin. Sesungguhnya semua yang terjadi dengan izin Allah!

      ‘’Harap mak cik dah tak gayat lagi?’’ suara encik Danial buat aku senyap seketika, namun kemudian, mindaku terus berkerja.

     ‘’Dengan izin Allah segalanya mungkin! Tak mustahil terjadi!’’ yakin aku berkata. Semangat berkobar-kobar nak tengok Tanah Suci Mekah sudah membara dalam jiwa.

       ‘’Dengan nama Allah! Sudikah kau jadi isteriku?’’ tak semena-mena encik Danial mengungkapkan ayat itu. Aku diam. Adakah ini ayat untuk menguji hatiku?

      ‘’Izinkan aku menjadi mahrammu di Tanah Suci nanti?!’’ aku terkesima lagi. Aku pandang wajah Datin. Dia menganggukkan kepala berkali-kali. Aku hitung umur aku dengan umur encik Danial. Aku tua lima tahun darinya dan aku ni ibu tunggal yang pernah melahirkan enam orang anak. Oh! Takkan mungkin!

      ‘’Aih! Jangan nak megarut sangat! Benda ni bukan boleh nak buat main!!’’ aku malu dengan kenyataan ini. Aku anggap saja encik Danial sedang bergurau. Siapalah aku ini!

     ‘’Demi Allah! Saya dah mula sukakan awak! Saya bukan main-main Imah.’’ Encik Danial berwajah serius. Arghhh! Bila cerita ni nak habis ni?? Aku sudah mula bengang!

       ‘’Kalau awak risau tentang umur kita, awak mungkin sudah sedia maklum Rasullullah pun berkahwin dengan Saidatina Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Saidatina Siti Khadijah sudah berusia 45 tahun. Aku dah 36 tahun dan awak baru 41,.tak jauh bezanya, bahkan awak baru tua lima tahun ja dan aku yakin awak masih mampu beri aku zuriat,..’’ wajah aku sudah berbahang mendengar ungkapan encik Danial yang ini. Aku cuba menghitung lagi usia Rasullullah dengan usia Saidatina Siti Khadijah di dalam hati. Dua puluh tahun? Tapi mereka tetap bahagia dengan izin Allah!

      ‘’Itu Kekasih Allah! Mana boleh dibandingkan dengan encik Danial. Saidatina Khadijah pula satu-satunya isteri yang tak pernah dimadukan Rasullullah. Kalau encik Danial berani berjanji, saya takkan dimadukan sampai mati, saya sudi pertimbangkan,..’’ ceh! Tetiba aku nak jadi samseng yang berlagak jaguh, sedangkan aku sedar, aku ni hanya orang kampung yang tak layak untuk beri syarat pun.

      ‘’Alaa,..saya baru bercadang untuk madukan awak dengan klon Dato Siti!,..’’ aku ternganga. Ada ka klon Dato Siti?

    ‘’Siapa?’’ soalan aku buat Datin, encik Danial dan empat orang kawannya yang turut ada bersama kami ketika ini ketawa. Aku yang terpinga-pinga.

     ‘’Tawaran saya ni,.kira awak terima la ni? Tak apa minggu depan kita mula buat persiapan. Kita akad nikah dulu. Lepas balik umrah baru kita bersanding. Okey tak?’’ keputusan encik Danial buat Datin menjatuhkan kepalanya.

        ‘’Hah??’’ ini respon aku!

..................................................................
14 Saaban 1436 bersamaan 1Jun 2015,.

      Aku selamat diijabkabulkan dengan majikanku encik Danial. Kita hanya merancang namun Allah jua penentu segalanya. Kita pernah kehilangan dan Allah pasti bayar kembali apa yang telah hilang itu. Mungkin, adakalanya kita tak dapat di dunia, tapi di Akhirat pasti ada ganjarannya kalau kita bersabar.

         Sekarang,.hati aku sudah tidak sabar untuk berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah. Datin Robiah bukan saja bagi aku hadiah untuk pergi Umrah malahan Datin beri aku anaknya kepadaku. Hai! Senangnya dalam hati! Kalau semua majikan, berhati murah macam ni, kan best! Hihihi,..amacam majikan di luar saja. Apakah hadiah anda yang terindah untuk pekerja-pekerja anda yang sudah banyak berbakti untuk syarikat anda selama ini? Rasanya sanggupkah berkorban macam Datin Robiah ni? Peace!!

         ‘’Dah kemas ke pakaian yang nak bawa nanti? Pasport jangan tertinggal pulak!’’ encik Boss aku datang menyapa, mengingatkan aku tentang persiapan kami untuk ke Tanah Suci nanti. Aku ni kalau sudah teruja memang mudah lupa.

       ‘’Okey boss! Rasanya semuanya ada!’’ aku berkata yakin. Wajah encik boss yang semakin berseri aku perhatikan. Kembang hati aku bila dapat bersuamikan majikan aku yang hensem ni. Tentu Chaq lagi jeles dengan aku! Bekas suami aku tak payah tanyalah. Kalau dia cemburu pun, masa bukan boleh diundur semula! Anak-anak aku? Hmm,.duit denda rm10,000 yang aku bayar tu dengar kata bekas suamiku masukkan dalam akaun bank anak-anakku seorang separuh. Mengamuk sakan Chaq sampai nak mohon cerai. Teruk betul perangai Chaq tu! Kononnya,.sebab masa mereka nikah dulu, suami dia a.k.a bekas suami aku tu tak bayar duit hantaran, hanya beri duit mas kahwin saja.

       Semua cerita ini aku dengar dari kak Fatin. Aku ingat bila hari kami bersanding nanti, aku nak minta izin dari encik boss nak jemput semua saudara mara aku dan semua saudara mara bekas suami aku. Agaknya mereka nak datang tak? Huhuhu,.tetiba hati aku berdebar-debar bila memikirkan semua itu. Tanah Suci pun belum sampai lagi, aku sudah mula berangan atas pelamin. Haih! Hampeh betul!

     ‘’Oii mak cik! Berangan ke? Abang panggil pun tak dengar!’’ aku tersenyum dengan pertanyaan encik boss. Walau pun, dia sudah tak ber’aku’ dan ber’kau’ dengan aku tapi, adakalanya dia masih memanggil mak cik kepadaku. Aku pula,..memang tak la, kalau nak suruh aku panggil abang kat dia.

       ‘’Encik boss! Bukan berangan la! Teruja ja,.badan ja kat sini tapi hati dah nampak Mekah dah ni,..’’ aku menjawab sambil mengulum senyum. Ala,..kelentong sikit ja,..tapi betul! Aku memang dah tak sabar nak pergi SANA!

       ‘’Hurmm,.menjawab saja!!’’ dia sudah menjeling geram.

      ‘’Opkoslah!’’ ceh!,.aku teringin pulak nak cakap omputih. Betoi ka salah belakang kira haa!

...............................................................

Dengarlah Sayang!
Suara hatiku yang adakalanya dilambung resah dan gelisah,
Adakalanya dilambung derita yang tak sudah!
Adakalanya diusik rindu yang membadai.
Adakalanya dilanda bahagia yang tak terkata!

Dengarlah Sayang!
Kisah suka dukaku ini,
Adakalanya aku tersalah menghitung,.
Adakalanya aku tersalah langkah,.
Adakalanya aku tersadung masalah!
Namun! Allah tahu segalanya!
Setiap perancangan,.DIAlah penentunya!