Ibu, rasanya semua dah siap kemas,
InsyaAllah, bolehlah kita berangkat sekarang. Ayah pun dah tunggu dalam kereta
tu”. Beritahu Rafiq pada orang tuanya.
Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang
dilekatkan di sudut bacaan, ditinggalkan sahaja, agar dapat memberi manfaat
kepada penghuni yang baru.
Ditatapinya buat kali terakhir. Bilik A-32;
bilik yang menyimpan seribu satu kenangan. Diuji dengan pelbagai dugaan
semata-mata untuk menjadi seorang daie, untuk meneruskan amanah dan perjuangan
Baginda. Namun, dia sedar. Hidayah milik Allah. Dia hanya mampu melakukan yang
terdaya, dalam usaha mentarbiah ahli-ahli biliknya.
Lidahnya basah dengan dakwah. Namun,
mungkin sahaja dia yang bersalah. Mungkin sahaja method dakwahnya tidak
berkesan. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam dirinya. Hanya doa
yang akan mengiringi mereka selepas ini. Semoga mereka sentiasa dilindungi
Allah.
Sudah 3 tahun Raqib menghuni bilik
tersebut. Perasaan sayu bertandang di lubuk hatinya. Sedih. Kini, dia terpaksa
meninggalkan bilik itu, kerana sudah tamat pengajian. Mungkin juga untuk
selama-lamanya.
* Bertamu Sebuah Memori *
“Ayah, boleh tak, singgah surau? Raqib nak
letak buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Dah lama rasanya buku ini
bersama Raqib”. Pinta Raqib pada ayahnya.
Semoga ianya mampu membuka hati sesiapa
sahaja yang membacanya, agar tidak pernah jemu dalam usaha untuk menyebarkan
dakwah dan islah sesama manusia. Tidak kira non-muslim atau muslim. Semoga
bermanfaat. Itulah niat dan keikhlasan hatinya.
Dia teringat pesan Rasulullah S.A.W.
Baginda bersabda, “Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seseorang
lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari
matahari.” (hadis riwayat Tabrani)
Ayah tersenyum. Manis senyumannya. Dia
memperlahankan kereta lalu membelok ke kiri menuju ke surau Al-Falah.
Raqib merenung sudut kiri di hadapan surau
tersebut. Butir-butir kristal mula memenuhi kelopak matanya. Namun, ditahan
juga, bak empangan yang menakung tadahan. Fikirannya mula terbang melewati
episod-episod perjuangan bersama sahabat-sahabatnya. Di situlah tempat Raqib
menjalinkan ukhwah bersama-sama sahabatnya. Banyak masanya dihabiskan di situ.
Semuanya terjalin kerana Allah. Daripada
usrah, halaqoh, tazkirah, sehinggalah Majlis Ilmu, dan pelbagai lagi proses
tarbiah dilakukan. Berat sekali hatinya untuk meninggalkan surau tersebut.
Semuanya syabab yang dahagakan ilmu, yang sering meniti dibibir-bibir
mereka dengan kalimah memuji kebesaran Rab.
Terlintas kata-kata gurunya sewaktu
pengajian dulu.
“Hanyasanya yang layak memakmurkan
(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan
tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut)
maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat
petunjuk.”(At-Taubah 9:18)
Sering sahaja mereka mengingatkan antara
satu sama lain, tentang kelebihan solat berjemaah. Tidak dilupakan juga untuk
mengejut sahabat-sahabat ke surau, terutamanya waktu Subuh. Zikir-zikir
mengingati Allah juga tidak ketinggalan untuk mereka lafazkan sesama mereka.
Solat dhuha, Solat tahajud. Semuanya dilakukan semata-mata mencari keredhaan
Allah, serta bimbingan sahabat-sahabat yang sentiasa memperingat antara satu
sama lain. Penghayatan akidah juga ditekankan, agar hubungan mantap dengan Rab.
Namun, segalanya hanya tinggal memori.
“Ya Allah, berilah kekuatan kepada
sahabat-sahabatku, agar mereka sentiasa mampu mengingatiMu. Mungkin sahaja di
sini, terdapat rakan-rakan yang mampu mengingatkan kami, satu sama lain. Namun,
aku sedar, dugaan diluar lebih besar cabarannya. Teguhkan iman kami, supaya
sentiasa berada dalam rahmat-Mu.” Bisiknya di dalamm hati.
Rafiq merenung jauh. Pandangannya melintasi
perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan syuhada di dalam mengembangkan
syiar Islam. Janggutnya mula dibasahi air mata yang bercucuran.
Raqib begitu risau akan sahabat-sahabat
seperjuangannya. Mampukah mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, ketika
mereka berada di dunia yang nyata, yang sudah semestinya penuh dengan
pancaroba?
* Segalanya Berbeza *
“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku
hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.
Raqib mengerutkan dahinya. Istighfar
membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba
Allah.
Tidak dinafikan, di mana-mana sahaja surau,
pasti hanya akan dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja. Adakah surau hanya
menjadi tempat-tempat bagi hambaNya yang sudah berusia sahaja?
Segala bisikan syaitan tidak diendahkan.
Raqib sentiasa perlu bermujahadah. Mungkin sahaja dia menjadi orang asing di
dalam rumah Allah itu, kerana hanya dia sahaja anak muda didalamnya.
Sama juga keadaannya ketika waktu Subuh.
Mampukah sahabat-sahabatku bermujahadah untuk berjemaah di surau? Mampukah
mereka bangun tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi, semata-mata untuk
melakukan tahajud seperti dahulu? Mampukah mereka meluangkan sedikit sahaja
masa untuk melakukan solat Dhuha, seperti juga di kolej dahulu?
Raqib sentiasa husnuzzon dengan
sahabat-sahabatnya. Dia tawaduk, menadah tangan mengharapkan rahmat Allah.
Hari-hari yang dilalui penuh dengan muhasabah.
“Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini
merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu.
Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna,
bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa
nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan
aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas
keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis
kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan.”
“Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga
mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu
untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati
antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa
bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha
menjadi hambaMu yang bertaqwa”. Panjang munajatnya memohon kepada Allah.
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib:
setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali
orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” (Az-Zukhruf
43:67)
“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku
hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.
Rafiq menarik nafas perlahan. Kedengaran
hembusan kecil dari mulutnya. Kemudian istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap
ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT