Setiap kisah dan cerita ini adalah hasil nukilan penulis sendiri dan koleksi cerpen yang terdapat di dalam simpanan yang ditulis oleh penulis lain. Setiap cerita adalah hak milik penulis dan sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Cerpen ini aadlah untuk koleksi simpanan dan bahan bacaan sahaja.

Sunday 26 February 2012

Hanya Kerana Dia ~ Eiyna Na~


Melissa merenung dari luar tingkap, memerhati gelagat manusia dengan pelbagai ragam dalam menjalani kehidupan mereka,puluhan manusia ini yang berada dalam komuter untuk menuju ke destinasi masing-masing manarik perhatian Melissa.

Fikirannya tiba-tiba terhenti apabilamendengar pengumuman bahawa komuter yang dinaikinya akan berhenti di stesen KL Sentral dalam beberapa minit lagi.

“Ida!. Aku nak jumpa kau kejap,sekarang.aku tunggu kau kat tempat biasa”. Bagitahu Melissa sebaik saja ganggang telefon diangkat oleh Rohaida,kawan baiknya sejak dari kampus lagi

.”ok ,tapi nape suara kau cam sedih je ni Lisa?kau nangia sebab Joe lagi ya?”
Balas Ida dengan perasaan belas simpati mengenangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh Lisa.

“Aku ada hal penting nak tanya pendapat kau,apa-apa jumpa kau kejap lagi,aku dalam komuter sekarang,dalam perjalanan kesana”.

Dengan perasaan bercampur sedih.Melissa terus mematikan telefon sebelum sempat Ida membalas percakapannya.Wajannya diraup,nafasnya ditarik sebelum pandangannya kembali melihat di luar tingkap.

Ingatan Melissa kembali melayang mengenangkan konflik yang melanda rumah tangganya dan ia sedang berperang hebat dengan perasaannya sendiri tentang pemasalahan yang dialaminya dengan suaminya Johan. Beban yang ditanggungnya kini sudah tidak dapat dipikulnya lagi kerana baginya masalah ini sudah tidak mempunyai jalan penyelesaiannya lagi

“Kamu ada masalah apa sebenarnya dengan si Joe tu Lisa? Umi tengok lain macam je sekarang”
Lembut tutur kata ibu mertuanya apabila melihat kekusutan pada rauk wajah menantunya itu.

“tak ada apa-apa masalah pun umi,saya dengan abang Johan ok je,kat mana la umi dengar cerita mengarut ni, apa umi tengok saya dengan abang Johan tak bahagia macam suami isterilain ke umi? Balas Melissa sambil ketawa.Lakonan kegembiraan yang dibuatnya adalah demi menjaga hati ibu mertua kesayangannya.

“Tak lah,umi cuma tanya je,kamu ni kalau ada masalah bukan nak bagitahu umi pun,pendam je”.Jawab mertuanya dengan perasaan ragu-ragu.

Kasih sayangnya terhadap menantunya itu sangat tinggi seperti dia menyayangi Johan,anaknya itu.Baginya,Melissa merupakan seorang wanita yang baik,lemah lembut dan dia yakin bahawa Melissa mampu menyayangi Johan sebagaimana dia menyayangi anak tungglnya itu.
Terhenti ingatan Melissa tentang perbualan dengan ibu mertuanya apabila mendengar pengumuman bahawa komuter yang dinaikinya telah sampai ke destinasi kedua.

Dalam menangisi kesedihannya itu,Ingatan Melissa kembali melayang mengingati saat percintaanya dengan Johan ketika menuntut di sebuah universiti.

“Hello sayang,ayang kat mana ni?abang dah sampai depan kolej ayang ni,cepat sikit tau”
Bagitahu Johan dengan suara menggoda sebaik sahaja mendengar suara buah hatinya itu di dalam talian.

“Dah siap dah ni,kejap lagi ayang turun”.

Balas Melissa sambil tersenyum sebelum mematikan telefon yang dihadiahi oleh Johan kepadanya.Sayangnya kepada Johan sudah tidak ditandingi lagi.Mereka dikatakan sebagai pasangan yang sangat sepadan,sampaikan terdapat mata-mata yang tidak senang hati dengan kemesraan mereka berdua.Percintaan mereka sudah diketahui oleh kedua-dua buah keluarga,
Ketika itu Melissa menuntut pada pada tahun akhir manakala Johan pula berada di hujung semester.

“sorry ayang lambat”bagitahu Melissa sambil tersenyum.
Dipandangnya Johan pada hari itu sangat menarik perhatiannya.

“Tak apa,abang pun baru je sampai,rindu la kat ayang,dah dua hari,ni baru dapat jumpa ayang,ayang ni sibuk sangat dengan kerja sampai nak jumpa abang pun tak sempat”.
Balas Johan sambil tanganya mencuit hidung mancung milik Lisa. Melissa berlalu sambil tersenyum.

“Kita nak pergi mana ni bang?”Tanya Melissa sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Honda city milik Johan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Johan adalah antara lelaki yang menjadi kegilaan ramai perempuan,gayanya yang berstyle mampu menarik pandangan si gadis-gadis.Kekayaan keluarganya juga menjadi faktor dia digilai ramai.Melissa merasa amat bertuah kerana Johan mimilihnya sebagai teman wanita.

“Abang ikut je ayang nak pergi mana”balas johan sambil tersenyum memandang kekasihnya itu.
“Kita pergi jalan-jalan kat sekitar putrajaya jela bang,ayan dah lama tak pergi sana ”,
Bagitahu Melissa sementara kereta milik Johan telah pun memecut meninggalkan perkarangan kolej itu untuk menuju ke putrajaya.

“Lisa tetap nak kahwin dengan abang joe,dia pun dah melamar Lisa.Lagipun keluarga dia dah setuju,cuma nak tunggu persetujuan dari mak je lagi’’.

Bagitahu Lisa kepada emaknya ketika mereka sedang duduk berbincang di ruang tamu rumahnya.

‘’Keluarga abang Joe sanggup nak tanggung semua perbelanjaan perkahwinan kami”. Tekad Lisa apabila hasratnya untuk berkahwin pada masa itu ditentang sepenuhnya oleh ibunya.

Ibunya tidak mahu Lisa terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin,lagipun kedua-dua mereka masih lagi belajar dan tanggungjawab akan menjadi lebih barat lagi jika mereka mempunyai anak.

“Jangan berdegil Lisa,dengar cakap mak.Mak cuma nak kan yang terbaik untuk kamu.Mak tak nak nanti kamu menyesal dengan keputusan kamu ni”.

Berkeras emak Lisa apabila kelihatan anak gadisnya itu bersungguh-sungguh mahu berkahwin dengan teman lelakinya itu.

“Kenapa mak tak setuju Lisa kahwin dengan abang Joe?Kami dah janji nak hidup bahagia bersama”.

Rintih Lisa apabila melihat kekerasan emaknya.Sejak kematian ayahnya,ibunyalah yang menjaganya dan adik-beradik yang lain.

“Siapa cakap mak tak setuju?mak setuju,cuma mak tak nak perkahwinan kamu dengan Johan berlangsung dalam masa yang terdekat ni,biarlah kamu dan Johan habis belajar dulu,ada pekerjaan stabil,baru boleh fikir pasal kahwin”.

Tegas emak Lisa

“Mak bukan apa,mak cuma tak nak nanti kahwin tak sampai tiga empat bulan dah timbul masalah.Kamu kena kenal hati budi masing-masing dulu,jangan terburu-buru.Kalau ada jodoh tak kan kemana”sambung emak Lisa lagi,kali ini dia benar-benar kecewa dengan sikap Lisa yang begitu berkeras mahu berkahwin.Dia bukan tidak suka dengan Johan,tapi biarlah mereka menamatkan pembelajaran dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan

“Mak ayang dah setuju dengan rancangan kita nak kahwin dalam masa terdekat ni?tentang perbelanjaan ayang jangan risau,semuanya ditanggung oleh keluarga abang”.

Jelas Johan sambil mendekati Melissa.Petang itu mereka sedang berjalan-jalan menikmati angin petang di dalam kampus mereka.

Melissa dengan wajah murung memandang kearah Johan sambil menggeleng kepalanya.Johan yang mengerti maksud itu menarik Lisa untuk duduk di bangku berdekatan.

“Mak cakap apa”?tanya Johan yang masih lagi risau mengenai perkara itu.

“Mak suruh tunggu kita tamat belajar dulu.Mak risau tentang masa depan kita kalau kita terburu-buru nak kahwin tanpa apa-apa persediaan”.Jelas Melissa dengan perasaan kecewa.

Susah la macam ni yang?abang dah rancang kita akan kahwin pada bulan depan”balas Johari untuk mendapat keyakinan dari Lisa.

“Bulan depan tu terlalu cepat la bang,tak ke Nampak tergopoh-gapah sangat?”balas Melissa yabg agak terkejut dengan kata-kata-Johari sebentar tadi.

“Mak pun tak bagi kata setuju lagi,macam mana kita nak kahwin?,kita tunggu sampai kita tamat belaja dulu la,setuju tak?balas Melissa lagi.

“Ayang dah tak sayang kat abang ke?tanya Johari sekadar untuk menduga Melissa.

“Ehh abang ni…..,mesti la sayang”balas Melissa.

“Kalau macam tu jom kita gi jumpa tok kadi sekarang”bisik Johan di telinga Melissa,sambil tangannya memaut lengan buah hatinya itu.Kegembiraan dan kemesraan mereka disaksikan oleh pohon-pohon hijau sekitar taman itu.

Ingtan Melissa tentang Johan terhenti apabila terdengar pengumuman baahwa komuterv yang dinaikinya bakal tiba di perhentian yang ingin ditujuinya.

Kisah cintanya dengan Johan selalu berlegar diingatannya. Melissa melihat jam di tangannya,jam sudah menunjukkan pukul 4:46 ,maknanya dia tidak terlewat untuk berjumpa dengan Ida,petang,dia berjanji hendak berjumpa pada pukul 5 petang.

Melissa mengambil tempat duduk sebaik saja masuk ke dalam restoran itu.Melissa sudah bertekad untuk memeruskan rancangannya itu.Dia akan meminta cerai daripada Johan.mengenangkan sikap suaminya itu,air mata Melissa tidak putus-putus berhenti.

“thanks Ida sebab sudi jumpa dengan aku?bagitahu Melissa.

“Kau ada masalah apa dengan Johan?”Tanya Ida apabila melihat ada keruhan di wajah sahabat baiknya itu.

“Aku dah tak tahan hidup camni,aku nak mintak cerai dengan Johan.”.

Luah Melissa.Dia betul-betul bertekad mahukan pengakhiran hubungannya dengan Johan. “Aku cadangkan kau jangan bertindak terburu-buru,lebih baik kau jumpa dengan Johan dulu bincang tentang masalah kau dengan dia ni”.

Nasihat Ida.dia mahukan yang terbaik untuk Melissa.

“Kau takkan faham,aku tak boleh nak jumpa dengan Johan tu lagi.
Rintih Melissa.

“Tak pun kau pergi jumpa emak kau,tanya pendapat dia,lepas tu kau pergi jumpa dengan mak mertua kau pula,orang tua ni makan garam dulu dari kita,mesti dia arif soal-soal camni”
Nasiaht Ida

“Aku tak nak,aku malu,dulu aku yang beria-ia sangat nak kahwin dengan Johan,padahal mak aku berkeras tak bagi.sekarang aku menyesal”Rintih Melissa.

“Dahla tu,hal yang dah lepas,tak guna nak kenang kembali,hal pun dah berlaku,kau perlu tabah Lisa,aku tahu kau seorang perempuan yang kuat”.

Pujuk ida dalam menenangkan hati kawan baiknya itu.

“Aku betul-betul tak sangka yang perangai sebenar Johan macam tu,aku ingatkan dia tu baik,tapi talam dua muka”

Rintih Melissa sambil bahunya kejap memeluk Ida,memangisi nasib dirinya yang menyesal kerana tidak mengenal Johan secara mendalam sebelum berkahwin dengannya.

Melissa melangkah longlai menuju ke kaunter untuk mengambil ubat.Petang tadi dia tiba-tiba terasa dunianya gelap gelita lantas mengadu kepada Ida untuk menghantarnya ke hospital.Anaknya yang berumur 4 tahun itu diletakkan di rumah pengasuhnya.

“Macam mana keadaan kau,ok tak?aku dah telefon mak kau dan keluarga mertua kau.kejap lagi sampai la mereka”.

Bagitahu Ida yang sudahpun menelefon emak Melissa,supaya masalah Melissa mendapat jalan penyelesaiannya.

“Kenapa kau telefon mereka?”balas Melissa dengan nada marah.Belum sempat lagi Ida membalas pertanyaan Melissa.kedengaarn suara orang memanggil nama Melissa.Melissa terkejut dengan kedatangan emaknya bersama keluarga mertuanya.

Melissa terus mendapatkan mereka dan menyalami tangan kedua-dua mereka.

“Kenapa dengan Lisa sebenarnya?Lisa ada masalah dengan Johan tapi kenapa tak bagitahu umi?.
Tanya emak mertuanya sambil tangannya memimpin Melissa agar duduk di bangku.

“Ida dah ceritakan semuanya pada umijd umi sekarang nak tahu dari mulut Lisa sendiri tentang Johan.”
Sambung mertuanya lagi,Melissa manangis di bahu mertuanya itu,emaknya hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa,emaknya sedih mengenangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh Melissa selama ini.Kekecewaan seorang ibu apabila melihat kesedihan yang terpaksa ditnaggung oleh anaknya

“Lisa dah tak tahan sangat umi,Lisa nak minta cerai dari abang Johan”
Luah Lisa.

“Kenapa sayang?tak kan tak ada jalan penyelesaian?”
Pujuk mertuanya.

“Lisa dah tak sanggup umi,dah tak sanggup nak hadapi kecurangan abang Johan kt belakang Lisa.Selepas dua bulan perkahwinan kami,baru Lisa tahu perangai sebenat abang Johan.Dia berlaku curang dengan rakan sekampus kami,abang Johan gagal menamatkan pengajiannya disebabakan sikapnya yang gemar bermadu kasih dengan perempuan-perempuan lain di kampus.Saya tak tahan dikhianati”.

Cerita Melissa tentang perangai sebenar Johan kepada mertuanya dan ibunya. Dengan suara yang teresak,Melissa menyambung lagi dengan menyatakan bahawa dia sudah tawar hati terhadap Johan,perkara yang palin menyedihkan adalah dia terpaksa memandu kereta sendiri untuk menuju ke hospital untuk melahirkan anak pertama mereka.

“Melissa sudah tekad bahawa dia tidak akan menerima Johan lagi”.Tanya mertuanya.

“Umi tak boleh nak paksa kamu terima Johan semula,kamu dah cukup terseksa menaggung derita bersama Johan.Umi tak boleh nak bagi apa-apa keputusan, semuanya di tangan kamu,kamu buatlah apa yang kamu rasa terbaik,jangan fikirkan tentang umi.Tp fikirkan soal masa depan kamu yang akan datang.

“Saya dah berkeras minta abang Johan ceraikan saya,tapi dia tidak mahu kerana dia masih sayngkan saya.Tapi hati saya sudah tawar untuk terima dia kembali setelah apa yang dia buat pada saya.Masa saya melahirkan anak pertama kami,abang Johan tak ada di sisi saya,dia pun tak pernah menjenguk saya mahupun anak ketika saya berada dalam pantang”
Rintih Melissa kepada emak dan mertuanya.Melissa tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis meratapi nasib malangnya itu.

“Ayang betul-betul nak kan penceraian ni?ayang dah tak sayang kat abang lagi?”meraju Johan dengan wajah yang kalut untuk menahan Melissa daripada keluar dari rumah milik mereka. Petang kelmarin,Johan mendapat panggilan dari uminya yang memarahinya tentang kelakuannya terhadap Melissa.Jelas uminya bahawa dia adalah leleki yang rugi kerana telah mensia-sia kan isteri sebaik Melissa.

Pada masa yang sama fikiran Johan sedang serabut akibat ditipu oleh perempuan yang menyebabkan duitnya lesap ribuan ringgit.

“Ya bang,Lisa betul-betul mahukan penceraian ni,abang jangan cakap tentang kasih,tentang sayang kalau abang sendiri tak tahu apa erti kasih dan sayang sebenarnya.
Kasih ke tandanya tu apabila seorang suami berlaku curang dengan perempaun lain sedangakan isterinya di rumah sedang bergadai nyawa mahu melahirkan zuriat?Adakah tu tanda kasih abang pada Lisa?”Tegas Lisa sambil tangannya bersedia untuk mengambil anaknya yang sedang bermain di ruang tamu

.”Sayang,abang menyesal dengan perbuatan abang selama ni,abang minta maaf.abang merayu pada sayanga,tolong la maafkan abang,jangan tinggalkan abang.Abang baru sedar yang saayng penting dalam hidup abang.Jangan tingglkan abang ya sayang?”
Rintih Johan bersama air mata lelakinya yang tidak dapat disekat.mengenangkan tindakan nekad Lisa yang mahu keluar dari rumah tersebut.

“Abang tak perlu minta maaf dengan Lisa,Lisa dah pun maafkan abang.Abang perlu minta maaf dengan Allah.”Ucap Lisa.

“sayang…sayang tak kan tinggal kan bang kan …..sayang….. rintih Johan bersama sendu. “Tak bang,Lisa tetap akan pergi.Lisa akan failkan surat penceraian.Abang,Lisa mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sepanjang kita hidup bersama.Lisa tahu Lisa bukan seorang isteri yang baik,yang boleh membahagiakan abang,Lisa minta maaf bang”.

Ucap Lisa sambil tangannya mencapai tangan Johan,disalami tangan suaminya itu untuk kali terakhirnya.

“Pergilah bang,mencari cintamu yang sejati,semoga kau menemui cinta sejatimu itu.Aku sudah tidak dapat lagi hidup bertemankan bayang-bayangmu.Sekaliku terluka,pedihnya akan kurasa selama-lamanya.”.

Rintih Melissa di dalam hati.

“sayang……….jangan tinggalkan abang”.

Rayu Johan seolah-olah tidak mahu melepaskan isterinya itu pergi Johan akhirnya terduduk layu apabila kelibat isterinya itu sudah tidak kelihatan dari pandangan matanya.

Tuesday 14 February 2012

Dia Untukku ~Zalina Shamlina~

Aku hanya terdiam selepas mendengar setiap butir bicara yg diluahkan ibu ku. seperti tidak percaya dengan apa yang baru aku dengari.
” Alah.. bukan kau tak kenal dia. Masa kecik dulu kan kau selalu bermain, bergaduh dengan dia.” Bersahaja ibu meluahkan kata-kata.
” Itu masa kecik Ibu…Imah pun dah tak ingat rupa dia. Kalau berselisih pun entah Ima kenal entah tidak. Ibu tak bolehlah buat macam ni, kenalah minta persetujuan Imah dulu.” Tidak tergambar perasaan aku tika itu. Marah, geram sedih semuanya menjadi satu . ” Buat apa nak tanya kau, kalau ditanya pasal kahwin ada saja kau mengelak. Ni dah ada orang yang berkenan, terima sajalah. Boy tu pun baik budaknya. Kenapa kau dah ada teman lelaki ke dekat Bandar tu?” Leteran dan pertanyaan Ibu tidak aku endahkan. Aku terus berlalu meninggalkan ibu di ruang tamu. Hati ku masih membengkak bila memikirkan sikap ibu yang sering membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Memang diantara adik beradik yang lain akulah yang paling keras kepala. Sering saja aku bantah setiap apa yang ditentukan untuk ku. Tapi kali ini agak sukar untuk aku membantah kerana keputusan yang ku buat akan melibatkan ikatan persaudaraan. Memanglah Boy bukan orang lain bagi ku, dia merupakan anak saudara Pak Usu. Memang aku akui, rapat dengan Boy pada zaman kanak-kanak, tapi semuanya berubah selepas Boy mengikut orang tuanya ke Brunai. Sejak itu aku tidak pernah lagi bertemu atau mengetahui khabar Boy. Tapi kini, selepas sembilan belas tahun nama itu muncul kembali dipendengaran ku.
” What?! Kau dah nak bertunang ??? Dengan siapa? Macam mana aku boleh tak tahu yang kau dah ada boyfriend?” Hampir tersembur air milo yang diminum Zira bila mendengar berita yang amat mengejutkannya itu. Mana tidaknya aku adalah teman serumahnya, hampir semua perkara yang berkaitan dengan ku dia tahu. Zira juga tahu yang aku tidak pernah mempunyai teman istimewa selepas pernah dikecewakan Rafi, lima tahun lalu.
” Denagn anak saudara Pak Usu aku, Mak aku dah terima pun pinangan tu, aku tak tahu nak buat apa. Tak tahu alasan apa yang aku patut beri pada mak dan keluarga Pak Usu aku tu.” Aku melepaskan keluhan berat. Memang aku buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Aku tersepit dalam masalah ini.
” Bila?”
” Dua bulan lagi..”
” Dua bulan lagi!?Kau kenal lelaki tu?” Zira inginkan kepastian.
” Masa kecil memang aku kenal, tapi sekarang ni aku dah tak kenal dia dah.”
” Ha?! Eh kau ni, boleh pulak macam tu! Kejap kenal, kejap tak kenal.”
Aku hanya tersenyum pahit, malas hendak mengingatkan zaman kanak-kanak ku.
” Malaslah aku nak cerita. Apa pun yang aku lakukan, mak aku tetap akan teruskan majlis pertunangan tu.”
” Itulah kau, kalau kau terima dulu cinta si Shahrul tu, taklah jadi macam ni. Shahrul tu separuh nyawa sukakan kau tau.”
” Sekarang ni semua tu dah tak penting, Shahrul ke Shah Rukh Khan ke, tunang tetap tunang!” Aku hanya berserah.
Aku agak gementar pagi ini kerana aku bakal mendapat bos baru yang menggantikan tempat Encik Zaki. Agak sukar untuk bertugas dengan orang yang baru dikenali. Sudah lima tahun aku menjadi setiausaha kepada Encik Zaki, tapi mulai hari ini tempat Encik Zaki akan digantikan dengan seseorang yang masih lagi misteri. Lampu interkom di sisi meja berkelip-kelip, pantas aku menjawab.
” Shimah, masuk bilik saya sekarang.” Suara garau Encik Khairul Pengurus Awana Holdings di hujung talian memberi arahan.
” Ok bos.” Pantas aku menghayunkan langkah menuju ke bilik Encik Khairul yang berada tidak jauh dari meja kerja ku.
Tuk! Tuk! Tuk!
” Masuk!”
Tonbol pintu ku pulas bila terdengar penghuni bilik itu memberi keizinan. Aku meneruskan langkah menghampiri meja Encik Khairul. Pandangan ku tertumpu pada susuk tubuh seorang lelaki tinggi lampai yang sedang berdiri membelakangiku. aku berdiri betul-betul bersebelahan lelaki itu.
” Shimah kenalkan Encik Hakimi bin Nordin, pembantu pengurus yang menggantikan tempat Encik Zaki. Encik Hakimi kenalkan Cik Nor Hashimah setiausaha awak.” Encik Khairul perkenalkan lelaki itu pada ku.
Aku dan Hakimi bertentangan. Tajam pandangan mata Hakimi memandang tepat ke anak mata ku. Aku seperti terpanah. Di dalam hati….Hensomenya dia…!!!
” Hai, saya Hakimi.” Hakimi menghulurkan tangannya tanda salam perkenalan.
Aku teragak-agak untuk menyambutnya.
” Er…Saya Shimah.”
Hakimi mengukirkan senyuman setelah huluran tangannya ku sambut. Tanpa sedar agak lama tangan kami bersatu. Aku seperti terpukau.Jantung ku berdegup kencang. Entah kenapa aku berasa begitu, aku sendiri tidak pasti.
” Ehem..Ehem..!”
Tersentak aku bila mendengar deheman keras Encik Khairul. Pantas aku menarik tanganku. Aku dan Hakimi kembali menumpukan perhatian pada Encik Khairul
” Awak berdua kenal ke?” Pertanyaan Encik Khairul membuatkan aku dan Hakimi berpandangan sekali lagi untuk mendapatkan jawapan.
” Tidak.” Serentak jawapan dari kami. Encik Khairul hanya tersenyum memandang kami.
” Ok, tak apa. Nanti boleh kenal-kenal ya. Shimah nanti awak tolong berikan Encik Hakimi fail-fail penting syarikat dan fail projek dengan syarikat Kejora Holdings. Awak bantu-bantulah Encik Hakimi apa-apa yang patut ya.” Encik Khairul memeberikan arahan.
Aku mengiringi Hakimi dan Encik Khairul ke ruangan pekerja untuk memperkenalkan Hakimi pada pekerja-pekerja Awana Holdings. Seorang demi seorang diperkenalkan. Ada juga mata-mata yang tidak berkelip melihat Hakimi. Tidak terkecuali juga kaum hawa yang berbisik-bisik sesama mereka. Aku hanya memandang gelagat mereka dengan senyuman. Faham benar aku dengan situasi itu.
Agak ramai pelanggan di restoran mamak yang terletak berhampiran dengan rumah sewa ku. Tiba-tiba saja Zira teringin hendak makan maggi goring pada waktu malam begini. Ikutkan hati malas aku hendak melayan karenah Zira, tetapi bila dipujuk-pujuk akhirnya aku akur. Aku hanya memerhatikan Zira yang begitu berselera menikmati hidangan makan malamnya itu. Ish, gelojoh betul.
” Kau tak nak makan ke Imah? Sedap tau.” Susah payah Zira menuturkan kata-kata kerana mulutnya masih penuh dengan meggi goreng.
” Tak naklah, aku tak lapar. Kau tu makan perlahan-perlahan sikit nanti tercekik baru tahu!” Aku mengingatkan kawan ku itu. Zira hanya tersenyum dan meneruskan suapan ke mulut.
” Assalamualaikum.” Suara itu tiba-tiba muncul. Serentak aku dan Zira mencari pemilik suara itu. Tersentak aku bila terpandang seseorang yang aku kenali sedang berdiri di depan ku sambil melemparkan senyuman. Sekali lagi perasaan yang ganjil itu muncul kembali setiap kali aku terpandang wajah itu.
” Hai Shimah, tak sangka saya jumpa awak dekat sini.”
” Er..Encik Hakimi…Encik buat apa dekat sini?” Teragak-agak aku melahirkan pertanyaan.
” Boleh saya duduk?” Kerusi kosong di depan ku sudah pun berpenghuni. Bersahaja perlakuan lelaki di depan ku ini.
Adoi, banyak-banyak kerusi dekat sini, kerusi dekat depan aku ni juga yang kau berkenankan…Aku semakin gelisah.
” Awak tak jawab pun salam saya, berdosa tau.”
” Saya jawab dalam hati je, Encik Hakimi.”
” Oh, ye ke? Patutlah saya tak dengar.” Hakimi hanya tersenyum.
Berderau darah ku setiap kali melihat senyuman itu.
Tiba-tiba ku rasakan ada tendangan perlahan pada kaki ku. Aku memandang Zira yang duduk di sebelah ku. Terangkat kening Zira, aku tahu apa persoalan yang bermain di fikirannya.
” Encik Hakimi, kenalkan bestfriend saya, Zira. Zira ni bos aku Encik Hakimi.”
Zira dan Encik Hakimi bersalaman. Sempat juga Zira menjeling sambil tersenyum pada ku. Entah apalah perkara yang difikirkan.
” Alamak, Imah handphone aku tertinggal dalam keretalah. Aku pergi ambil sekejap.” Zira berlalu meninggalkan aku dan Hakimi. Walaupun sudah hampir sebulan aku berkerja dengan Hakimi, tapi aku masih tidak dapat menyesuaikan diri bila berdua dengan dia. Tidak tahu kenapa. Puas aku cuba mencari jawapan tetapi hampa. Tapi ada satu perkara yang aku perasan sejak Hakimi mula hadir di Awana Holdings. Setiap pagi aku tidak sabar untuk ke pejabat. Waktu lapan jam di pejabat terasa terlalu singkat. Bila tamat waktu berkerja aku seperti tdak sabar menunggu hari esok untuk kembali semula ke Awana Holdings.
” Awak tinggal dekat mana Shimah?” Aku kembali ke alam nyata bila mendengar soalan Hakimi itu.
” Dekat taman perumahan depan sana tu.” Aku menunding jari ke arah taman perumahan yang ku maksudkan.
” Oh, hati-hati ya, keluar rumah malam-malam macam ni bahaya. Saya tak mahu jadi apa-apa dekat awak.” Aku tidak tahu apa makna kata-kata itu, tapi bagi ku ia cukup bermakna. Dia risaukan keselamatan aku????
” Tak ada apa-apalah Encik Haikal, lagi pun bukannya kami jalan kaki, kami naik kereta kan .”
” Tidak kesahlah awak naik kereta atau naik kuda, bahaya ada di mana-mana Shimah..” Lenbut saja suara Hakimi memberi nasihat. Aku hanya mengangguk, ada kebenaran pada kata-kata itu. Dari jauh aku nampak Zira sudah berjalan menuju ke arah kami.
” Oklah Shimah, saya pergi dulu.” Hakimi beredar meninggalkan aku tetapi langkah itu tiba-tiba terhenti. Aku lihat Hakimi kembali merapati tempat duduk ku.
” Lupa pulak saya, esok pagi saya tak masuk office, saya terus ke tapak projek. Tapi masa lunch saya ada meeting dengan wakil syarikat Pesona, awak ikut saya ya. Nanti saya datang jemput awak dekat office.”
Aku terfikirkan sesuatu. Tak kan aku nak naik satu kereta dengan dia? Lebih baik kalau ku pergi sendiri.
” Tak apalah Encik Haikal, saya bole pergi sendiri. Enck Haikal bagi tahu saya di mana lokasinya.” Aku perasan wajah Haikal sedikit berubah. Aku salah cakap ke?
” Ok, esok saya bagi tahu awak.”
Pertemuan tidak sengaja aku dan Haikal berakhir di situ. Aku hanya menghantar Haikal dengan pandangan mataku.
“Woi, sudah-sudahlah tenung tu. Kau nak ikut dia ke? Ish, hensomenya bos kau. Kalau akulah dapat bos hensome macam tu…tak siap kerja aku sebab menatap muka dia.” Hendak tergelak aku mendengarkan kata-kata Zira.
Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Aku cukup gelisah hari ini. Sudahlah aku tidak dapat melihat wajah itu pagi ini, panggilan telefon darinya juga tiada. Aku seperti berkira-kira untuk menghubungi Haikal. Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi. Pantas telefon ku capai dan menjawab panggilan itu tanpa sempat melihat gerangan si pemanggil.
” Hello bos.” Memang panggilan itulah yang ku nantikan.
” Bos apa pulak? Ibu ni.” Aku melepaskan keluhan bila mendengar suara di hujung talian. Bukan tidak gembira mendengar suara Ibu, cuma aku amat mengharapkan panggilan itu dari……Haikal.
” Oh ibu, ingatkan bos Imah tadi. Ada apa ibu?” Hambar sahaja suara ku kerana dapat mengagak butir bicara ibu, pastinya mengenai hari pertunangan tanpa relaku yang akan berlangsung dua minggu lagi.
” Ibu nak bagi tahu ni, tadi Pak Usu kau telefon, dia cakap pihak lelaki nak cepatkan majlis perunangan tu.”
Jantung ku seperti hendak putus bila mendengarkan berita yang tidak ku duga itu. Tempoh dua minggu yang tinggal itu pun sudah cukup singkat bagi ku inikan pula mereka hendak cepatkan lagi tarikhnya.
” Bila? Kan tinggal dua minggu je lagi, nak cepatkan macam mana lagi? Sabarlah sikit.” Meluat pula aku dengan permintaan melampau pihak mereka.
” Ahad ni! Imah balik ya hari sabtu nanti. Ibu pun dah siapkan semuanya, Imah tinggal hulurkan jari saja.”
” Ahad??!” Aku sedikit menjerit. Aku perasan ada beberapa mata yang memandang ke arah ku. Aku seperti ingin menjerit sekuat-kuatnya waktu ini. Meluap-luap perasaan benci ku pada lelaki yang bernama Boy itu yang bakal menyeksakan hari-hari ku kelak.
” Tengoklah Ibu, kalau Imah tak banyak kerja, Imah baliklah ya. Tapi kalau Imah tak balik, ibu pinjamkan je lah jari ibu untuk disarungkan cincin tu..”
” Bertuah betullah budak ini! Ibu tak kira, yang ibu tahu hari sabtu Imah dah ada depan mata ibu.”
Hilang mood aku untuk berkerja saat ini. Jika aku mampu melambatkan peralihan masa ingin saja aku hadirkan hari Ahad yang di maksudkan ibu itu pada tiga tahun akan datang.
Tersentak aku bila mendengarkan jeritan deringan telefon di atas meja ku. Pantas ganggang ku capai.
” Hello, Awana Holgings. Selamat pagi.” Lemah saja suara ku.
” Hello, dah tengah hari sekarang ni Shimah..” Tersentak aku bila mendengarkan suara dihujung talian. Hakimi.
” Eh, err..maaf Encik Hakimi.” Malunya aku!!
“Shimah, awak turun sekarang.” Talian terus dimatikan tanpa sempat aku berkata apa-apa. Gemeruh pula ku rasa tiba-tiba. Serius saja nada suara Hakimi sebebtar tadi. Tanpa melengah lagi aku terus mencapai buku catatan temu janji Hakimi dan melangkah pantas menuju ke pintu lif.
Suasana di dalam kereta yang ku naiki ini senyap sunyi. Radio juga tidak dipasang. Dari ekor mata aku dapat melihat Hakimi memberi tumpuan pada pemanduannya walaupun matanya tersembunyi di balik kaca mata hitam yang dipakainya.
” Kenapa awak diam?”
” Ha?” Tersentak aku mendengarkan suara itu.
” Saya tengok awak macam ada masalah.”
Aku menoleh mencari wajah lelaki itu. Hakimi sudah menatap wajah ku. Walau pun aku tidak dapat melihat anak mata milik Hakimi tapi aku pasti dia sedang merenung ku.
“Apa masalah awak? Pasal kerja atau peribadi?” Dia terus menyoal ku. Cermin mata hitam ditanggalkan. Cepat-cepat aku larikan anak mata ku dari terus terikat dengan renungan Haikal. Mulut ku seperti terkunci. Tidak tahu apa jawapan yang perlu ku berikan. Sudahnya aku hanya menggelengkan kepala.
” Kalau tak ada apa-apa, janganlah buat muka macam orang bermasalah, kita nak jumpa orang penting ni. Cuba senyum sikit.” Bersahaja kata-kata dari lelaki ini.
Cermin di sisi kereta ku curi pandang. Ok je muka aku ni, Ish!
Aku hanya mengikut langkah Hakimi dari belakang. Segan pula aku hendak briringan dengannya di dalam hotel mewah ini. Langkah Hakimi terhenti pada meja bulat yang terletak di ruangan yang agak terasing dari meja-meja yang lain. Ku lihat tiada sesiapa yang menunggu kami di situ. Pasti orang penting itu belum sampai lagi.Hm…sekali lagi aku perlu duduk berdua dengan Hakimi di ruangan yang agak romantik ini. Kenapalah perlu adakan perbincangan di tempat-tempat begini?
” Hey, Kimi. Baru sampai ke?”
” yup…so?”
” oh, ok.”
Lelaki yang menegur Hakimi berlalu pergi. Aik, meeting apa ni? Macam tu je? Aku memandang Hakimi. Dia hanya tersenyum.
” Awak macam tak selesa je?” Mungkin Haikal perasan kegelisahan aku.
” Tak adalah, Er… Encik Haikal, mana orang yang Encik nak jumpa tu?”
Ada dekat depan saya.”
Aku menoleh ke belakang, ke kiri dan kekanan. Tiada sesiapa di persekitaran meja kami. Hanya aku! Aku?
” Happy birthday Shimah.”
Aku teramat amat terkejut. Hakimi sudah menghulurkan tiga kuntum bunga ros merah pada ku. Aku terpaku, tidak tahu mahu berbuat apa. Beberapa saat kemudia datang seorang pelayan membawa sebiji kek kecil yang dihias cantik dengan nyalaan lilin.
Aku hanya memandang wajah Haikal. Tidak sangka dia tahu hari ini adalah hari jadi ku. Dan dia melakukan semua ini….untuk aku.
” Encik Hakimi, untuk saya ke semua ini?” Aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.
” Ya, Nor Hashimah. Untuk awak, semua ini untuk awak.”
” Tapi kenapa Encik Hakimi susah-susah macam ni, ucapan selamt hari lahir itu sudah bermakna buat saya.”
” Saya buat semua ini sebab awak banyak tolong saya sejak hari pertama saya jejakkan kaki di Awana Holding.”
Terharu sungguh aku dengan kata-kata itu.
” Memang tugas saya Encik Hakimi.”
” tapi ada perkara yang lebih penting hendak saya katakana pada awak.”
Berdebar jantung ku saat ini. Berbagai-bagai andaian yang bermain di minda ku.
” Saya ada buat silap apa-apa ke Encik Hakimi? Saya minta maaf jika ada tugas yang diberikan pada saya tidak saya sempurnakan dengan baik. Encik Hakimi tolong jangan pecat saya.” Aku rasa seperti ingin menangis saat ini.
” Eh, bukan macam tu Shimah. Apa yang saya nak katakana tiada kaitan dengan kerja awak.”
Aku hanya diam membisu. Sedikit lega dengan apa yang diberitahu Hakimi. Aku hanya menantikan patah patah perkataan selanjutnya yang bakal di luahkan Hakimi.
” Tapi sebelum tu, awak tak sudi ke terima pemberian saya ini. Tiuplah lilin tu,” Hakimi sekali lagi menghulurkan kuntuman Ros merah itu pada ku. Aku menyambut huluran Ros merah itu, tapi aku sedikit teragak-agak untuk meniup lilin yang semakin cair Malunya…
” Saya dah buat apa yang Encik suruh, cakaplah apa yang Encik nak cakapkan tadi.” Bukan mendesak, cuma aku tidak sabar hendak mengetahui perkara itu.
Aku lihat Hakimi menarik nafas panjang. Dia kelihatan gemuruh tapi masih dapat dikawal.
” Shimah….sebenarnya, sejak hari pertama saya melihat awak…hati saya mula terusik. Saya tidak tahu kenapa, tapi saya dapat rasakan yang saya…sudah mula sayangkan awak. Er…bukan sayang, lebih tepat lagi…saya cintakan awak.”
Aku tidak mampu berkata apa-apa. Nafas ku seperti terhenti bila mendengarkan ungkapan cinta darinya. Aku hanya tertunduk kerana tidak mampu melawan pandangan mata Hakimi.
” Maaf jika apa yang saya katakan ini membuat awak tidak selesa, Cuma saya tidak mahu kehilangan insan yang saya cintai. Saya dapat keyakinan ini pun setelah saya tahu tiada sesiapa yang yang istimewa di hati awak. Shimah….”
Aku mengangkat muka bila mendengar nama ku di panggil. Aku memandang Hakimi.
” Sudi tak awak menjadi peneman yang sah di sepanjang hidup saya?”
Ya Allah, apa yang harus aku lakukan. Aku juga sebenarnya sangat mencintai lelaki ini. Tapi bagaiman lelaki yang menjadi pilihan ibu ku Ya Allah. Aku dapat melihat keikhlasan dan kesungguhan pada kata-kata itu.
” Encik Hakimi, sebenarnya saya…..” Sukar untuk aku meneruskan bicara.
” Shimah, awak tak perlu jawab sekarang. Awak fikirlah dulu..saya akan sabar menanti jawapan itu.”
Tapi aku tidak sanggup membiarkan Hakimi menantikan jawapan dari ku. Tidak kiralah bila pun waktunya untuk aku memberikan jawapan itu. Yang pasti jawapan aku akan menyakitkannya. Biarlah Hakimi sakit sekarang, dari dia terus mengharap.
Aku tarik nafas dalam-dalam, mengumpul kekuatan untuk meneruskan kata-kata ku.
” Sebenarnya saya akan ditunangkan pada hari Ahad ini.” Lancar setiap perkataan yang terucap di bibir ku. Tapi entah kenapa hati ku terasa pedih seperti disiat-siat. Aku juga sangat mencintainya dalam diam. Memang itulah perkataan cinta dari Hakimi yang sangat aku harapkan. Tapi sayang seribu kali sayang kerana bila perkataan keramat itu diluahkan Hakimi aku tidak dapat menyambutnya dengan perasaan yang sangat gembira malah aku terpaksa menolaknya walau hati ini tidak merelakannya.
” Awak akan ditunangkan? Saya tak faham.” Hakimi seperti tidak berpuas hati dengan jawapan ku.
” Saya akan di tunangkan dengan pilihan Ibu saya. Bertunang dengan orang yang saya tidak kenal, jauh sekali saya cinta.”
” Kalau awak tidak cintakan dia, kenapa awak terima? Awak boleh menolak kalau awak mahu.” Hakimi masih tidak berpuas hati.
” Saya tidak berdaya melukakan hati ibu dan saudara yang lain.”
Hakimi mengangguk-nganggukkan kepalanya. Mungkin dia fahan situasi ku.
” Saya nak tanya awak, saya harap awak boleh jawab dengan jujur.” Masih ada lagi soalan dari Hakimi. Aku hanya mengangguk.
Ada atau tidak walau sedikit perasaan cinta awak pada saya?”
Lidah ku kelu.
” Penting ke jawapan saya Encik Hakimi?”
” Please…Saya perlukan jawapan itu.”
” Secara jujurnya…..memang saya…berperasaan begitu pada Encik Haikal. Tapi saya sedar yang saya perlu buang perasaan itu jauh-jauh.”
Aku nampak Hakimi melepaskan keluhan berat sambil menggeling-gelengkan kepalanya.
” Mungkin saya yang lewat hadir dalam hidup awak. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu yang awak juga mencintai saya. Perasaan itu sudah cukup membahagiakan saya.”
Baris kata itu menjerat ku sebenarnya. Ingin saja aku memberitahu Ibu untuk batalkan segala yang telah dirancang. Tapi apakan daya ku.
Sanak saudara mula memenuhi ruangan rumah ibu. Zira setia berada di sisi ku. Hanya dia saja teman yang mengetahui mengenai majlis pertunangan ini, dan seorang lagi…insan yang aku cintai.. Hakimi. Tapi sayang aku bukannya akan ditunangkan dengan Hakimi sebaliknya dengan Boy! Lelaki yang aku paling benci dalam dunia ini.
” Rombongan pihak lelaki dah sampai.” Zira berbisik di telinga ku.
Rasanya lebih baik tidak sampai daripada sampai. Aku tidak tahu bagaimana perasaan aku saat ini. Tuhan bantulah hambamu ini. Ku lihat Zira sedang terjengah-jengah keadaan di ruang tamu. Sesekali dia memandang ke arah ku dengan pandangan yang pelik.
” Aku macam pernah tengoklah tunang kau tu. Eh, tapi dia ke tunang kau. Orang lain kot.” Zira seperti berteka teki.
” Kau cakap apa ni? Hey bakal tunang!” Aku membetulkan ayat Zira.
” Alah, sama je. Tadi aku macam nampak…..” Kata-kata Zirah tergantung di situ kerana Ibu sudah pun masuk ke dalam bilik bersama dengan Mak Usu.
” Pihak lelaki nak sarungkan cincin, Imah.” Ibu berkata lembut. Ceria saja ku lihat wajah itu.
” Cantiknya…Patutlah Boy tak nak tunggu lama-lama.” Sempat juga Mak Usu mengusikku. Aku hanya memaksa senyuman di bibir.
Tanpa rela cincin emas tanda ikatan pertunangan ku dengan Boy tersarung sudah di jari manis ku. Sejuk dan menggigil tangan ku tika ini. Pipi ku di kucup beberapa kali oleh ibu dan Mak Usu, tidak ketinggalan juga ucapan tahniah dari Zira. Ibu membawa ku ke pelamin kecil yang di hias indah untuk menganbil gambar kenangan bersama dengan keluarga pihak lelaki. Aku seperti orang bodoh hanya menurut, aku hanya tertunduk sepanjang duduk di pelamin kecil itu. Malu bila banyak mata yang tertumpu pada ku.
” Mana Boy?” Aku dengar suara ibu mencari lelaki itu.
” Itu dia, Boy sini. Malu pulak dia…” Mak Usu memangil Boy.
Ceh, malu konon! Yang kau pinang aku yang tidak suka langsung dekat kau , kau tak malu pulak!
” Ha, duduk dekat sebelah Imah tu,” Entah kenapa tiba-tiba aku rasa berdebar untuk berpandangan dengan lelaki ini. Aku hanya mengehadkan pandanganku pada susuk tubuh lelaki yang siap berpakai baju melayu hijau pucuk pisang sedondon dengan ku,berdiri di depan ku. Setelah sembilan belas tahun, inilah kali pertama aku melihat Boy. Perlaha-lahan aku mendongak untuk melihat wajah dewasa Boy.
” Assalammualaikum, Nor Hashimah.”
Zap! Jantung ku seperti di rentap.Ya Allah aku amat berharap agar ini bukanlah hanya khayalan atau kesilapan mata ku yang memandang. Dan jika aku sedang bermimpi saat ini biarlah aku terus berada di dalam mimpi indah ini.
” Ha.. Hakimi?” Hanya nama itu yang mampu aku sebut walau pun teragak-agak. Lelaki di depan ku hanya tersenyum. Aku hampir pengsan melihat senyuman itu.
” Inilah Boy, dulu kau tengok dia masa kecik. Ni dah bujang mestilah lain.” Mungkin ibu perasan riak terkejut ku.
Selesai sudah semuanya. Tetamu dari rombongan pihak lelaki sudah pun pulang yng tinggal hanya ibu bapa Hakimi yang masih berbual-bual dengan ibu halaman rumah. Aku hanya memerhatikan mereka dari pintu rumah, mungkin mencari Hakimi. Tapi hampa, mungkin dia sudah pulang bersama rombongan tadi.
” Cantik awak hari ni.” Teguran itu mengejutkan ku. Entah dari mana Hakimi muncul, aku pun tidak pasti.
” Terima kasih, awak pun…segak hari ni.” Pujian ikhlas dari ku.
” Awak cintakan saya kan?” terkejut aku dengan soalan Hakimi.
” Mestilah!” ops, tiba-tiba aku terasa malu pula bila memberi jawapan sejujur itu. Semakin lebar senyuman Hakimi.
” Kalau macam tu kita Kahwin esoklah! Lamalah nak tunggu enam bulan….saya takut hati awak berubah.”
Tanpa sedar satu tamparan kecil hinggap di lengan Hakimi. Hakimi mengaduh kesakitan. Aku hanya ketawa kecil.
” Hati saya tak akan berubah…Saya akan setia pada awak sampai bila-bila, saya janji. Jangan awak pulak yang berubah sudah lah..” Aku sengaja menduga Hakimi
” Sumpah! Saya akan cintakan awak sampai akhir hayat saya.” Hakimi mengangkat tangannya bersumpah. Aku hanya tersenyum. Percaya dengan apa yang dijanjikan Hakimi. Bahagia sungguh aku rasakan saat ini. Tidak sangka Boy yang aku benci kini menjadi Hakimi insan yang sangat aku cintai. Aku memandang Ibu, Terasa seperti ingin memeluk wanita mulia itu dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan aku kebahagiaan ini.

Sunday 12 February 2012

Hati Ini Hanya Membisikkan Namamu ~Umi Kalsom~


Oleh : Umi Kalsom

“NAMA?” soalnya sambil memandang gadis di hadapannya.
“Suzana. Panggil Ana je!”
Matanya tidak beralih lagi dari wajah gadis itu. Segarit senyuman sinis dihadiahkan buat insan bernama Suzana itu.
“Kenapa nak kerja kat sini?” soalnya lagi.
Suzana pandang saja wajah pemuda yang sedang menemuduga dirinya di saat ini. ‘Muka kerek gila. Dah la pandang aku macam tak pernah tengok manusia sebelum ni. Baru keluar dari hutan tropika ke?’ desis Suzana.
“Hello….miss… kalau nak berangan, baik tak payah datang. Duduk rumah je, dua puluh empat jam boleh berangan dengan sewenang-wenangnya…” suara mamat sinis itu kedengaran. Berdesing telinga Suzana.
“Saya bukan berangan, tapi saya berfikir!” Eceh….boleh ke jawapan tu?! Ah, bedal ajelah Ana!
“Saya nak kerja kat sini sebab ada jawatan kosong, kebetulan saya pun tengah cuti semester jadi saya nak gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Daripada saya duduk berangan di rumah, baik saya datang bekerja. Dapat isi masa saya dengan benda yang berfaedah.”
Mamat itu memandangnya dengan tajam. Kalau ikutkan hati Suzana, hendak saja dijeling tajam pada mamat sinis tu, tapi dah dia interview aku.. buatnya aku tak dapat kerja, tak ke haru. Dia perlukan kerja. Tekadnya dalam hati.
Baik jangan cari pasal. Betul tu Ana…. cool sudah!
“Awak nak kerja kat sini ke?” soal mamat itu lagi dengan nada yang sinis.
Ek eleh… dah aku datang ni, memang aku nak kerja la. Apa susah sangat nak faham ni??? Bengangnya aku!!! Tidak henti-henti, Suzana membentak dalam hati.
“Ya… encik. Saya. Nak. Kerja.” sebutnya satu-satu. Lelaki itu masih seperti tadi. Masih dengan senyuman sinisnya.
***
“KAU belajar kat mana? Ambil kos apa?” soal Fiqa teman sekerja Ana. Hari ini merupakan hari pertama baginya bekerja di sini. Kerjanya tidak susah mana pun… jadi typist. Tak susah ke??? Juling jugaklah biji mata nak menghadap komputer tu.
“Aku study dekat sini je,” balas Ana ringkas sambil tersenyum. Fiqa sudah menjeling tidak puas hati.
“Kau belajar course apa?? Jurutaip,” balas Fiqa geram. Dari tadi pagi rasanya dia cuba untuk berkenal-kenalan dengan Ana dengan lebih rapat, tapi budak seorang ini perahsia sangat.
Ana ketawa kecil. “Aku belajar la, course apa pun… kenapa? Kalau kau tau aku belajar kat mana, ambil kursus apa… baru kau nak kawan dengan aku ke?? Tak penting pun… cukuplah kau tau yang aku ni Ana yang comel…” sambungnya sambil ketawa. Fiqa sekadar tersenyum.
‘Ana yang comel,’ tersentak langkah kakinya sebentar ketika melintasi ruangan itu. Comel ke dia tu??? Huh!!! tak sedap pun mata aku memandang.
Dipandang sekilas ke arah gadis berdua itu. Rancak sembang, tapi rancak juga buat kerja. Kalau nak kenakan si Ana tu pun tak boleh.. tak ada alasan nanti.
Senyuman sinis muncul kembali. Tak apa… nanti-nanti. Takkan tak ada hari untuk aku kan ???
“Fiqa….” suara garau itu menyentakkan Ana dan Fiqa. Serentak mereka mengangkat muka. Matanya berlaga. Senyum sinis tersungging di bibir.
“Alia mana?” soalnya apabila terpandang meja Alia yang kosong itu.
“Dia ikut encik Bakar ke Segambut.”
“Segambut???” dijeling lagi ke arah Ana.
Ana terus saja memandang skrin komputer. Renungan yang merimaskan itu tidak dipedulikan. Apahal jeling-jeling ni??? Sekeh baru padan dengan muka. Dah la asyik tersenyum sinis dengan aku.
“Oh… baru saya teringat. Semalam saya yang suruh Alia ikut Bakar ke Segambut.” Fiqa sekadar mengangguk mendengar jawapan bosnya itu.
“Ana…” dipanggil Ana pulak. Ana sudah mendengus kecil.
“Buatkan saya kopi!” Terus dia menuju masuk ke bilik yang tertulis nama ‘Tengku Faisal Tengku Zaid’.
Ana menjeling tajam. “Aku minta kerja typist. Tak sangka kena jadi tea lady pulakkan…” ujarnya sinis pada Fiqa.
“Buat jela… dia kan bos,” Fiqa memujuk.
“Bos…” sambung Ana malas sambil melangkah ke pantry.
***
PINTU ditutup perlahan. Rumah sunyi. Tak ada siapa-siapa ke? Lantas perlahan dia mengatur langkah ke tangga.
“Ana…” berdetak jantung Ana mendengar suara itu. Distatikkan langkah kakinya.
“Pergi mana? Keluar awal pagi, sekarang baru balik,” ucap mama lembut. Ana diam lagi.
“Ana bukan cuti semester ke sekarang ni? Ana pergi mana, keluar lama-lama ni?” soal mama lagi.
“Ana kerja ma…” perlahan suara Ana mengetuk gegendang mama. Jelas wajah itu mempamerkan riak terkejut.
“Kerja? Kenapa? Kalau papa tahu, mesti dia marah Ana…” luah mama yang sudah risau.
“Ana tak nak bergantung pada siapa-siapa ma… Ana bukan anak papa pun,” ujarnya lirih.
“Siapa cakap??? Ana ni… anak yang mama kandung… Ana anak mama dengan papa… kenapa Ana cakap macam ni?” soal mama lembut. Ana melemparkan pandangan tepat pada wajah mama. Pandangan mereka bertaut.
“Ana naik dulu mama…” Ana tidak sanggup melihat wajah mama yang sayu itu. Sememangnya ini semua kerana kesalahannya. Kalau diberi peluang, dia tidak akan melukakan hati papa dan mama. Maafkan Ana. Bukan ini yang Ana pinta, tapi… yang ini juga yang terjadi.
***
“PAPA… Su ingat nak tukar keretalah?” rengek Suraya pada papa. Ana diam saja sepanjang di meja makan.
“Kereta yang kamu pakai ni pun baru tukar kan … nak tukar apa lagi? Membazir duit je…” sampuk mama. Suraya sudah menarik muka masam.
“Yang awak risau sangat pasal duit tu kenapa? Saya yang nak belikan untuk anak saya… biarlah…” papa menyokong Suraya. Suraya kembali tersenyum lebar.
“Baik abang belikan untuk Ana je… bukan senang dia nak berulang-alik ke kolej, naik bas je,” mama merungut.
“Ma… Ana pergi dulu,” terus Ana mencium tangan mama dan berlalu dari situ. Suraya memandangnya dengan ekor mata sambil tersenyum sinis.
“Dia ke mana?” serius papa menyoal.
“Dia ke mana-mana je bang. Tak payah risau… dia lagi pandai jaga diri dari anak abang ni…” sindir mama. Tersirap darah Suraya. Mama ni kenapa suka sangat sokong si Ana tu??!!
***
Gadis yang bertudung ungu lembut itu diperhatikannya dari tadi. Tekunnya dia buat kerja! Tak ambil tahu hal keliling ke? Kerja apa sangat yang dia ada hari ni? Oh, terlupa.. aku dah longgokkan se-tan file untuk di recheck typing error. Tapi, macam ada yang tak kena la kalau tak ganggu hidup si Ana ni… kepala dah mula bertanduk. Sengih panjang sudah mula menghiasi bibir.
Interkom ditekan. “Ana… coffee please.”
Senyuman menghiasi bibir saat melihat wajah yang muncung itu bergerak menuju ke pantry. Puas hati aku!
Deringan telefon bimbit mematikan konsentrasinya. ‘Suraya’ tertera di skrin. Keluhan kecil dilepaskan. Rimas dengan anak kawan papa seorang ni.
“Hello,” jawabnya malas.
“Buat apa sayang?” soal orang di hujung sana manja.
“Kerjalah. Time office kan … macam tak tahu pulak!” balas Faisal mendatar. Sesungguhnya dia rimas!
“Yeke… baru ingat nak ajak keluar. Pergi shopping jom?” alahai minah ni… dah aku cakap kerja, diajak shopping pulak. Tak faham betul aku…
“I kerja la.. nak shopping macam mana? Next time jela…” balasnya malas.
“I got works to do… bye!” terus talian dimatikan.
Pintu diketuk. Tuk!Tuk!Tuk!
“Masuk,” wajah Ana menjengah bilik. Mukanya tidak semuncung tadi. Seperti biasa, Ana akan disajikan dengan senyuman sinis oleh jejaka di kerusi depannya itu.
Ada apa-apa lagi encik?” soal Ana malas.
“Tak ada apa dah!”
Mendengarkan jawapan itu Ana sudah mula melangkah ke pintu.
“Ana….” namanya dipanggil. Ana mendengus kecil. I bet, mesti dia cakap tak ada apa-apa, desisnya dalam hati.
Ana berkalih memandang muka Faisal. Faisal tersenyum sinis.
“Nothing…”
Ana sudah mengetap bibir. See… told ya! Meluat betul! Dengan perasaan geram Ana berpaling semula hendak melangkah ke pintu.
“Ana…” lagi sekali namanya dilaung.
Ada apa Tengku?” tekan Ana geram. Faisal tertawa.
“Nice clothes.” Ana terdiam. Dipandang ke arah baju kurung yang tersarung di tubuhnya. Baju berlatarkan putih dengan bunga-bunga ungu kecil. Dipadankan dengan tudung rona yang sama. Nice???
“Thanks…” ucap Ana tanpa segarit senyuman dan berlalu keluar dari bilik Faisal.
Membulat biji mata Faisal. Aku puji sikit punya ikhlas, ada ke jawab macam tu! Tak puji baru tau! Eleh, Faisal… macam la si Ana tu kempunan sangat nak dengar pujian dari kau. Berlagak macho je lebih.
Rasanya, sejak Ana kerja di sini mereka berdua memang tak pernah ada perbualan yang menyenangkan. Sama ada Ana memuncung panjang dan dia tersenyum sinis. Rasa macam tak sah pulak bila tak kenakan Ana. Motif, tak ada apa. Saja sebenarnya. Dia tersenyum sendiri.
Sementara itu, di luar bilik Faisal.
“Bos kau tu Fiqa… dah hilang skru kot. Tersenyum-senyum sendiri je aku tengok dari tadi…” ujar Ana pada Fiqa. Namun mata masih statik di skrin komputer. Keadaan senyap. Tiada balasan dari Fiqa.
“Fi…” Ana mengalihkan pandangan. Statik terus mulut daripada nak berkata-kata lebih lanjut. Patut senyap. Tak sempat nak reply or komen apa-apa, dah ada orang kat sebelah.
“Ana.” Dia dah panggil dah. Ana dengan berat hati mengalihkan wajah. Mata dilarikan ke arah lain. Tak nak tengok senyum sinis di bibir Faisal.
Ada nak kutuk-kutuk lagi ke?” aiseyman, sindir punya pedas. Tapi mana ada aku kutuk dia. Cakap dia hilang skru je kot. Termasuk dalam kategori kutuk ke? Ana mendiamkan diri. Malas nak layan mamat yang tengah senyum sinis bangga tepi Fiqa tu.
“Ana…” panggil Faisal lagi. Ana sekadar menggeleng. Nanti aku buka mulut lagi, makin melebar pula senyum sinis dia tu. Baik diam, itu yang terbaik.
Faisal pandang tidak berkutik. Eh, eh! Ana dah insaf. Dah tak balas-balas cakap aku. Takkan dah boring kot. Baru sebulan je. Masalahnya, aku boring kalau tak cari pasal dengan dia. Pelik betul. Datang ofis, semata-mata bersemangat nak cari pasal dengan si Ana ni. Bibirnya terus tersenyum.
***
“Kau buat apa kat sini???” kasar dia menyoal. Mata tu kalau boleh, nak buka seluas-luasnya. Macam nak terkeluar biji mata tengok si Ana duduk dalam pejabat ni.
Ana melemparkan pandangan ke arah lain. Malas nak layan orang gila kena sawan!
“Hei!!!” marahnya. “Aku tanya kan … tak reti-reti nak jawab!” geram dengan Ana yang bersikap selamba di hadapannya. Ana pandang Suraya atas bawah.
Aku tengah bersabar, dia datang cari hal. Karang, ada yang berlebam biji mata, jangan nak mengadu lebih-lebih kat papa kesayangan dia tu. Bisik Ana cuba menenangkan hatinya sendiri.
“Hei Ana!!!” sekali lagi naik suara Suraya.
Ana menggenggam tangannya kuat-kuat. Sabarlah duhai tangan. Walaupun kau teringin sangat nak merayap kat muka dia pun, jangan kat sini. Never! Sabar Ana…sabar separuh daripada iman.
Matanya mencerun memandang wajah Suraya. Tajam pandangan itu menikam. Sehingga kecut perut Suraya melihat wajah bengis itu.
“Sebelum apa-apa yang teruk jadi kat sini, aku nak kau hilang dari pandangan mata aku,” serius nada suara Ana. Suraya telan liur. Gulp! Tapi, mana boleh dia mengalah dengan si Ana ni… takkan sama sekali.
“Kau…” tangannya dah menuding ke wajah Ana.
“Su… Ana… kenapa ni?”
Dah muncul dah pak cik sibuk, desis Ana. Dilihatnya aksi Suraya terus berubah 360 darjah. Meliuk lentok. Manja semacam dengan Faisal. Pakwe dia kot. Malas aku nak layan.
“Dia ni lah…cari pasal dengan I,” adu Suraya. Ana sudah menjegilkan biji mata. Ewah-ewah. Sesedap mulut dia. Nak kena basuh dengan clorox agaknya. Tak pun petrol..eh, tak payah membazir. Clorox sudah. Murah sikit.
“Ana…” mendatar nada suara Faisal menyebut nama Ana. Meminta penjelasan.
“You kenapa nak tanya-tanya kat dia ni. Tak percaya cakap I?” Suraya dah merengek manja. Ana dah terasa geli-geleman yang amat. Aduh, ampun. Aku tak mengaku ni adik aku…. memalukan kaum je. Meliuk lintuk dengan laki, ingat bagus sangat lah tu. Diperhatikan tangan Suraya memeluk erat lengan Faisal. Dengan tubuh yang sudah bergesel-gesel dengan lelaki itu. Okey, ini sudah melampau! Macam orang tak reti hukum. Dah la dengan pakaian entah apa-apa. Dah tegur sampai sakit anak tekak, tak pernah si minah gedik ni tunjukkan tanda-tanda nak berubah. Kalau tak fikir adik.. aku malas nak layan. Tapi, dah ada perkongsian darah.. So, memang nak kena tegur juga.
“Kau lepaskan tangan dia sekarang!,” ucap Ana tegas. Tajam matanya menikam wajah Suraya. Suraya terkejut, Faisal lagi terkejut.
“Suka hati akulah!,” balas Suraya angkuh. “Ana, kenapa nak marah-marah ni!,” Faisal pun dah masuk campur dengan cubaan nak berlembut dengan Ana.
“Kau diam! Jangan nak masuk campur hal kami!,” sedas kata-kata yang dilemparkan kepada Faisal. Terkejut Faisal melihat reaksi Ana.
Ana bergerak menghampiri Suraya. Suraya dah kecut perut. Tapi diberanikan juga diri. Mana boleh kalah dengan Ana. “Kau nak lepas elok-elok, atau kau nak aku lempang kau kat sini?,” serius raut wajah Ana.
“Berani kau nak lempang aku. Aku takkan lepas,” Suraya masih lagi bermain dengan api. Wajah Ana yang merah padam menikam pandangan matanya. Jantung dah berdegup kencang. Takut!
PANG!!!! Tanpa menunggu, tangan Ana dah sedap landing atas pipi Suraya. Mata Suraya dah berkaca-kaca. Pedih.
“Ana!!!,” Faisal terkejut.
“Anak tak tau malu. Memalukan mama dengan papa je… tau nak keluar foya-foya dengan laki, menghabiskan harta mama dengan papa. Study semua entah ke mana. Sosial tak ingat hukum Allah! Kau ingat bagus sangatlah perangai macam tu!,” Ana menghamburkan segala kemarahan di situ. Dia tidak peduli dengan pandangan pelik yang diterima.
Mulut Suraya terkumat-kamit ingin mengucapkan sesuatu.
“Bagus lagi dari kau yang dah hilang dara!,” Ana terpana. Terkaku di situ. Suraya tersenyum puas. Sakit yang dirasa terasa ringan bila mana dapat sakitkan hati Ana. “Kau bertutup bagai macam ni, ingat baiklah. Aku yang terbuka sana-sini, kira jahatlah. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah buat kerja terkutuk tu… tak macam kau… Kotor!!!,” ucapnya tanpa perasaan.
“Kalau tak tahu apa-apa, baik kau jangan cakap!,” hanya itu yang diucapkan Ana. Sakit yang dahulu diungkit kembali. Luka yang hampir sembuh, ditoreh kembali. Ditahan air mata yang dah bertakung di tubir mata. Sakit! Ana terduduk di situ. Malu dan sakit!
Faisal terpinga-pinga dengan keadaan yang berlaku. Apa semua ni. Dia tak faham.
“Jom .. jangan dilayan perempuan gila ni!,” terus saja ditarik tangan Faisal keluar dari bangunan tersebut. Faisal masih lagi berpaling melihat Ana walaupun kakinya menonong mengikut langkah Suraya. Ana!
“Ana….,” bahu Ana disentuh lembut. Ana mengangkat muka. Wajah Fiqa terlayar di ruang mata. Habis lencun muka Ana dengan air mata. Fiqa pandang Ana dengan pandangan yang sayu.
“Aku kotor Fiqa!,” ucapnya pedih.
“Ana….,” seru Fiqa perlahan. “come…,” Ana diraih dalam pelukannya. Bergetar bahu Ana menahan tangisan. Biarpun tidak tahu mengenai kisah silam Ana, tapi dapat dirasakan bebanan yang ditanggung oleh Ana amat perit.
“Fiqa… aku kotor Fiqa tapi aku tak pernah rela… tak pernah aku terfikir nak buat benda terkutuk tu… aku tak pernah rela tangan yang tak halal tu sentuh aku… aku…,” dia menghambur segala yang berbuku di hati. Sakitnya menanggung penghinaan yang tak pernah lupus.
“Syhhh…kau tenangkan fikiran. Jangan fikir sangat,” ditepuk bahu Ana perlahan seolah ibu mendodoikan anaknya. Ana menangis tanpa henti.
******
“Siapa dia tu untuk you?,” soal Faisal ingin tahu. Suraya dah tayang muka tak puas hati. Dari tadi asyik sebut Ana! Ana! Ana! Bosan!
“Tak perlu tahu la… makan cukup!,” balasnya rimas. Dalam hati sedikit pun dia tak terasa terkilan sebab dah aibkan maruah kakak sendiri. Biar padan muka dia. Dia ingat selama ni, semuanya dia je yang lebih. Sekarang ni, aku dah buktikan aku yang lebih semuanya.
“I nak tahu juga!,” balasnya keras. Otak dah tak boleh berfikir melainkan kalau dia tahu lebih lanjut tentang Ana. Ana…
Suraya dah menjeling geram. Dihentakkan sudu dan garpu. Geram dengan Faisal yang tidak mengendahkannya. Dari keluar ofis sampai masuk restoran ni, mulutnya tak berhenti sesaat pun nak bertanya lebih-lebih pasal Ana. Dah la selalu mengelak je tiap kali aku nak jumpa dia, dah dapat jumpa, mulut tak henti-henti nak tanya pasal si Ana tu. Menyampah!
“Kakak saya! Puas!,” balasnya geram. Terbuntang biji mata Faisal.
“You malukan kakak you sendiri dalam ofis I?,” soal Faisal tidak percaya. Di wajah Suraya tidak terpalit sedikit pun rasa bersalah. Suraya mencebik.
“Dia tampar I, boleh pulak kan …,” balasnya selamba. Malasnya. rimasnya kalau apa-apa yang dibangkitkan berkait dengan Ana. Benci betul dengan perempuan tu.
“You yang cari pasal dengan dia kan ?,” Faisal mula membela Ana. Setahunya Ana bukanlah sengaja akan cari pasal dengan orang. Dah dekat dua bulan Ana berkerja di bawah pantauannya, dia amat memahami sikap gadis itu. Suraya semakin geram. Diketap bibirnya kuat-kuat.
“You pun nak jadi penyokong Ana pulak sekarang!,” pekiknya. Mukanya merah padam mengepung marah. Kenapa setiap yang berkaitan dengan dia akan ada hubung kait dengan Ana.
“Patutnya you buang je pekerja macam dia tu! Jijik I pandang dia…,” selamba sahaja dia menuturkan kata. Faisal dah mencerun pandangan pada Suraya.
“Jijik? You cakap jijik kat kakak sendiri!” Faisal tidak berpuas hati. Apa punya adik ni, kutuk pasal akak sendiri depan aku. Even dia tak ada la suka sangat nak ambil tahu pasal Ana tu…. tapi, takkan dia dapat terima kutukan pasal orang tu.
“You nak dengar cerita ke?” soal Suraya malas. “Cerita pasal staf you tu…merangkap anak kesayangan mama I!” ucapnya lagi dengan nada yang paling menyampah. Faisal mendiamkan diri. Tidak mahu bercakap lebih-lebih. Kalau nak cerita, cerita. Kalau tak nak sudah!
“Papa dengan mama memang sangat sayangkan Ana. Dia anak emas keluarga tau. Pandai, cantik, baik, sopan santun… dah segala-gala plus point memang akan ditujukan untuk dia pun…” Suraya sudah mencebik. Kenapa aku buka cerita yang memualkan tekak aku sendiri.
Faisal sekadar menadah telinga mendengar. Maknanya… Suzana Shahir. Suzana anak Dato’ Shahir. Anak kawan baik papa! Macam mana aku boleh tak kenal dia. Dan lagi satu… cantik ke dia?
“Ana memang budak smart. So, dapat offer oversea. Mama dengan papa tak bagi, sebab tak nak berpisah dengan dia. Semua yang mama dan papa fikir, pasal Ana je!!!! Semuanya Ana!Ana! Ana!” bentak Suraya.
Kes cemburu la ni, fikir Faisal. Sebenarnya umur Ana berapa ya sekarang? Tiba-tiba pula terfikir. Sebelum ini, tak pernah nak ambil tahu pasal detail Ana.
“Dia tu, anak yang tak reti nak jaga kepercayaan yang mama dan papa bagi pada dia, dah masuk universiti, buat onar dengan jantan mana entah! Sejak tu, baru papa sedar. Anak yang dia sanjung sangat tu, bukan boleh harap pun!”
Faisal dapat menangkap riak puas di wajah Suraya.
“You suka kalau kakak you dipulaukan dari keluarga?” soal Faisal sekadar berbasa-basi.
“Suka. Suka sangat! Kalau kena halau terus pun, I lagi suka,” ucapnya tanpa berselindung. Suraya tersenyum puas. Namun jawapan itu membuatkan riak wajah Faisal berubah. Suraya penuh dengan hasad dengki dengan kakak sendiri. Dia menghadiahkan senyuman hambar buat Suraya yang kelihatan ceria selepas mewar-warkan cerita sadis Ana.
*****
“Kenapa?” suara Faisal memenuhi ruang bilik itu. Rasanya baru cukup dua bulan Ana di sini, masih ada beberapa minggu kontraknya nak habis. Dilihatnya Ana tertunduk menekur lantai. Ana…
Ana dah berubah menjadi pendiam. Sejak seminggu yang lalu, Ana langsung tidak menyapanya. Sekadar menjawab yang perlu dan menjalankan segala yang disuruh. Dan hari ini, dia bagi notis 24 jam.
“Awak ada lagi a couple of weeks…” ucap Faisal. Ana perlahan-lahan angkat muka. Mata Faisal singgah di ruang matanya. Dia tidak punya kekuatan untuk melihat sesiapa pun. Kekuatan yang dia ada selama ini dah dirobohkan. Dia tidak kuat. Dia pengecut. Kisahnya yang sadis dah sampai ke telinga Faisal, bosnya sendiri. Dia malu. Dia cuba berlagak biasa dan orang sekeliling juga tidak berkata apa-apa. Tetapi, hatinya hanya tuhan saja yang mengerti. Malunya bertimpa-timpa.
“Saya tak mampu…” ucapnya lirih. Dia benar-benar tidak mampu!
“Kami ada sakitkan hati awak ke Ana…” Faisal masih lagi memujuk. Matanya tepat memandang ke anak mata Ana yang berkaca-kaca. Sayu sekali pandangan itu. Ana tertunduk sendiri.
“Saya tak boleh teruskan, walaupun untuk sehari…” ucap Ana lagi.
“Kenapa tak berhenti dari hari tu?” Faisal sudah mula menyoal dengan lagak pegawai FBI. Dia bangun dan bergerak menghampiri Ana.
Ana tertunduk lagi. Kenapa aku jadi macam ni? Mana hilangnya semangat yang aku bawa selama ni? Ana, wake up!
Faisal sedang elok bersandar di meja sambil membiarkan matanya singgah di laman wajah Ana. Cantik ke dia ni? Teringat pada kata-kata Suraya, Ana cantik. Matanya meneliti dari alis mata, mata, hidung, bibir. Cantik? Ana masih tidak menala pandangan ke wajahnya. Perlahan Faisal mengangkat tangan, dengan beraninya dia menarik keluar kaca mata yang terletak elok di wajah Ana.
Ana terkejut. “Apa ni encik?” marahnya. Matanya jelas menangkap wajah Faisal yang tersenyum nipis.
“Awak ni memang specky ke?” soalan Faisal dah terpesong jauh. Ana menjeling tajam. Aku datang nak hantar surat . That’s it! Ini dah lebih, suka-suka hati dia saja tarik-tarik speck aku.
Faisal tersenyum panjang. Wajah Ana dah kembali muncung. Muncung yang hilang dari minggu lepas. “Ana… jawablah,” Faisal bersuara lembut.
Kelu lidah Ana. Apasal mamat sarkastik ni jadi baik semacam hari ni.
“Ana…”
“Tak!” jawabnya keras.
Mata Faisal masih mendarat di wajah Ana. No wonder lah, adik awak cemburu sakan! I need to admit it. Dengan spek yang tebal macam Betty, sesiapa pun boleh nampak lain.
“Jom ikut saya!” ajak Faisal. Ana merenungnya tajam. Jawapan yang aku nak, belum dapat lagi.
“Saya tak nak ikut ke mana-mana. Saya nak tau, apa jawapan encik Faisal,” suaranya tegas. Faisal tersenyum nipis.
“Saya terima…jangan risau, tapi dengan syarat…” ucapnya meleret. Ana mengangkat kening bertanya. “Jom, pergi date,” selamba Faisal mengajak. Bulat biji mata Ana. Namun, sekejap cuma wajah yang serius itu bertukar sayu.
“Encik Faisal pun dah anggap saya murah sangat kan ! Kenapa sebagai syarat nak berhenti kerja, saya kena spend time saya dengan seorang lelaki.”
Faisal menjadi serba salah mendengar ucapan Ana, dia tidak bermaksud macam tu.
“Ana… sorry, saya tak bermaksud macam tu. Saya cuma nak treat awak, for the last time… please, jangan salah faham,” ucapnya bersungguh-sungguh. Dia tidaklah sekeji itu sehingga hendak menggunakan Ana untuk kepuasan diri sendiri. Ana merenung ke dalam anak mata Faisal, cuba mencari keikhlasan. Faisal mengangguk yakin.
*****
“Makan banyak sikit, saya belanja kan …” Faisal kelihatan ceria. Ana hanya mendiamkan diri. Menjawab bila perlu saja. Entah angin apa yang datang, beria nak belanja makan pula.
“Awak study dekat mana Ana? Ambil kos apa? Lagi berapa tahun study?” Faisal cuba beramah mesra dan terlebih-lebih mesra la pulak hari ni. Kenapa yang aku baik sangat dengan Ana hari ni? Entah lah… kesian pulak tengok muka dia yang monyok sejak seminggu lepas. Dan… rindu jugak nak tengok muncung dia, setiap kali aku cari pasal.
“Kolej area sini je…” bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Faisal, sepatah je dijawab. Faisal tersenyum cuma. Nak beramah mesra tak kena tempat kot aku ni.
“Hey, Fai…” Faisal angkat muka. Terus bibirnya mengukir senyuman. Terpampang wajah Reza di hadapannya. “Lama tak jumpa, sihat?,” soal Reza sambil bersalaman dengan Faisal.
“Kau sorang je ke?,” Reza mengangguk kecil. Pandangan Reza beralih pada gadis semeja dengan Faisal yang tertunduk memandang pinggan. “Tak nak kenalkan? Special friend ke?,” sempat Reza mengusik dengan senyuman manis. Namun saat pandangan matanya bertemu dengan mata gadis itu. Bibirnya terus kaku. Ana!
Lama mereka bertatapan sehingga Faisal berdehem kecil melihat aksi kedua insan yang pegun secara tiba-tiba di hadapannya. Reza kembali mengalih pandang pada wajah Faisal. Ana juga kembali tertunduk.
“Awek kau ke?” soal Reza bersahaja namun ia kedengaran sangat sinis di pendengaran Ana. Hatinya kembali pedih. Kenangan yang hendak dibuang semakin menyeksakan jiwanya. Kenapa setelah rahsianya terbongkar dan kini dia harus dipertemukan kembali dengan Reza pula? Hatinya makin sakit tetapi dia cuba bertahan.
Senyuman Faisal nyata tidak menyenangkan hati Reza. Wajahnya kembali merenung Ana yang lebih senang menghadap pinggannya. Begitu mudah gadis itu mendapatkan pengganti? Ah! Gadis seperti Ana… susah apa nak cari lelaki. Berikan saja sedikit ‘habuan’, pasti segalanya berjalan lancar. Macam Ana tak ada pengalaman sebelum ini. Kutuknya dalam hati. Bayangan peristiwa 5 tahun sudah kembali berlayar dalam mindanya. Perasaan marah dan geram berpadu buat insan yang bernama Suzana.
“Kau kenal Ana ke?” soalan Faisal dibiarkan sepi tanpa jawapan. Matanya tidak sudah-sudah berlayar di wajah Ana. Dia masih seperti dulu. Aku rindukan dia tapi… semuanya dah tak berguna lagi. Ana sudah menghancurkan kepercayaan yang diberi.
“Kau orang nak pergi mana lepas ni?” soal Reza dengan mood yang sengaja diceriakan.
Pandangan Faisal tertancap pada Ana yang membatukan diri di antara mereka. Sudahlah makanan di pinggan langsung tidak dijamah gadis itu.
“Ana…” belum sempat Faisal meneruskan kata Ana sudah lebih dulu memintasnya.
“Saya nak balik!” ucap Ana tegas. Bukan meminta izin tetapi memberi kenyataan. Faisal terpinga. Ana kelihatan angin secara tiba-tiba.
“Saya hantar.”
“Tak payah! Saya tahu jalan balik sendiri. Terima kasih Encik Faisal untuk makanan ni… dan terima kasih sebab sudi menggajikan saya selama tiga bulan ni. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Tanpa sedikit pun menoleh ke arah Reza, Ana begitu pantas mengaturkan langkahnya. Faisal terkedu sendiri. Reza berubah terus riak di wajahnya. Matanya menemani setiap langkah Ana hingga ke luar pintu restoran.
“What’s wrong with her? Kau bergaduh dengan dia ke?” sengaja Reza menyoal. Hatinya begitu membuak-buak untuk mengetahui status Ana dengan Faisal. Benarkah mereka kekasih seperti yang diandaikannya. Ah!!! Kenapa aku masih nak ambil tahu tentang perempuan itu.
Aku masih sayang… sahut hati Reza.
“Entahlah… Ana…” mata Faisal ikut sekali dengan langkah Ana yang sudah hilang dari pandangan mata. Kenapa? Hatinya menjadi tidak senang dengan reaksi Ana. Marahkah gadis itu?
Aku ingin sekali memujuk hati yang dingin itu… sambung hati Faisal.
****
WAJAHNYA disembamkan pada katil bercadar hijau pucuk pisang bercorak flora itu. Air mata yang ditahan sejak dari tadi, akhirnya tumpah juga membasahi pipi. Hatinya makin tertikam. Pandangan itu masih mendebarkan hatinya. Sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Masih sama!
“Kenapa Ana sanggup buat Reza macam ni?!” tengkingan itu masih segar dalam minda. Di saat itu, dia sendiri terasa hendak lenyap terus dari muka bumi ini. Dengan keadaan dirinya yang sudah tidak suci bercampur dengan tuduhan Reza yang meletakkan kesalahan di pundaknya, hanya membuatkan hatinya terluka. Hilang sudah kepercayaan lelaki itu ke atas dirinya.
“Ana tak tahu!”
“Tipulah Ana… takkan Ana tak tahu, sedangkan lelaki tu pun keluar dari bilik Ana.” Tuduhan Reza membuatkan Ana terasa sesak.
Air matanya mengalir terus. Dia benar-benar tidak tahu. Siapa lelaki itu? Kenapa dia begitu tega meragut kesucian diri aku? Apa dosa yang aku lakukan pada dia? Hati Ana sudah merintih pilu.
“Ana tak salah… Ana betul-betul tak tahu!” dalam pada dirinya masih terkesan dengan perbuatan tidak bermoral itu, dia masih hendak mempertahankan tentang kebenaran kejadian yang telah pun berlaku. Dia benar-benar tidak mengenali lelaki yang didakwa keluar dari biliknya.
“Ana dah hancurkan kepercayaan Reza! Jadi betullah selama ni apa yang Reza dengar tentang Ana…” luahan bibir Reza membuatkan Ana terkaku. Apa yang didengar oleh Reza tentang dirinya?
“Ana…” baru saja dia hendak membuka mulut untuk berbicara. Pantas lagi Reza memotong ayatnya.
“Biarlah semuanya berakhir di sini!”
“Reza!!!” tangisan Ana sudah makin lebat. Segalanya sudah berakhir? Segala impian cinta mereka sudah musnah? Seakan terbayang di ruang mata, lamaran Reza untuk menyunting dirinya menjadi suri hidup lelaki itu. Apakah semuanya… berakhir?
“Reza sayangkan Ana… sangat sayangkan Ana… tapi Ana…” dengan kata-kata itu, Reza sudah berlalu. Jauh melangkah meninggalkan Ana sendiri menghadapi kesepian hidup. Tomahan dan tuduhan menghiasi kehidupannya. Hancur luluh hati saat papa melayangkan tamparan hebat ke pipinya.
Detik itu, Ana sudah kehilangan segalanya. Kepercayaan. Harga diri. Insan yang disayangi sepenuh hati. Mujur dia masih ada mama yang sentiasa memberi sokongan moral padanya. Mama…
Usapan lembut di kepala membuatkan Ana tersentak. Wajahnya yang basah dengan air mata, dikalihkan dengan segera daripada terkesan pada pandangan mama.
“Kenapa Ana? Kenapa Ana menangis?” soalan mama yang bernada sayu itu membuatkan hati Ana semakin hiba. Dia tidak pernah berkongsi rasa luka yang pernah dialami selama ini. Dipendamkan saja semuanya menjadi debu dalam hati. Tidak pernah disangka, segala luka akan segar kembali. Membuatkan hatinya kembali merintih.
“Ana tak berguna mama…” ucapnya perlahan. Lemah terasa mencengkam seluruh badan. “Ana tak berguna sebab memalukan mama dan papa… Ana tak berguna sebab tak pandai jaga maruah keluarga. Ana tak berguna sebab tak pandai jaga kepercayaan insan yang sayangkan diri Ana… Ana ni anak yang tak berguna mama…” Ana terus berkata-kata tanpa noktah. Air mata mengalir seiring dengan bicara.
“Ana!” tegur mama tidak senang. “Mama percayakan anak mama… walau apapun yang telah terjadi, mama sentiasa percayakan Ana… anak mama tak bersalah!”
“Kenapa mama percayakan Ana?” dalam tangisan, Ana menyoal. Kenapa saat semua manusia membuangnya ke tepi, masih ada insan yang menerima dirinya. Mama!
“Mama kenal anak mama… lebih pada orang lain.” Cukup ayat itu. Cukup sebaris kata itu untuk meredakan hati Ana yang sudah dibanjiri pilu. Itu sudah cukup buat masa ini.
*****
SEAWAL pagi lagi Reza sudah terpacak di depan pejabat Faisal. Perasaan ingin tahu sudah tidak dapat dibendung. Dia ingin mengetahui segalanya tentang Ana. Langkah mula diatur memasuki ruang pejabat berlatar dinding berwarna biru itu. Tenangnya hanya di luaran. Sedangkan dalaman sudah berkecamuk. Semenjak bertentang mata dengan Ana, dia sudah tidak dapat mengawal debaran dalam hatinya. Dipisahkan dengan jarak masa yang lama nyata tidak mengubah perasaannya pada Ana walaupun gadis itu tidak menghargai cinta yang telah diberikan pada satu ketika dulu.
“Encik Faisal ada di dalam…” maklum Fiqa menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pemuda bernama Reza ini.
“Hah… mimpi apa kau, pagi-pagi dah datang ke sini?” teguran suara Faisal membuatkan Reza pantas berpaling. Wajah kacak Faisal ditatap lama sebelum hembusan nafas dilepaskan perlahan-lahan.
“Saja… nak ajak kau berbual.” Dalih Reza. Sedangkan agenda kedatangannya bukan itu.
Faisal ketawa. “Jomlah… aku nak pergi breakfast ni, join sekali?”
“Bolehlah…” akur Reza. Biarlah di mana pun, yang penting dia dapat mengumpulkan maklumat yang dia mahu.
“Err… Ana?” tersentak Reza mendengar nama yang meniti bibir Faisal. Matanya terus tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri berhadapan dengan Faisal. Raut wajah yang dahulu sering tersenyum riang, kini begitu serius di ruang matanya. Dan ada sesuatu yang pelik di wajah Ana. Specky? Lain pula raut wajah Ana dengan sepasang kaca mata berbingkai tebal itu. Sungguh aneh dan berbeza.
“Maaf Encik Faisal… ada barang saya yang tertinggal. Boleh saya minta izin nak kemaskan apa yang patut…” Ana bersuara. Sedikit pun dia tidak mengalihkan wajah pada insan yang turut berada di sisi Faisal.
Faisal sudah tersenyum riang. Hatinya sangat gembira dengan kehadiran Ana. Sangkanya, semalam adalah kali terakhir mereka bersua. Nampaknya tidak. Dia akan pastikan, tidak terlepas walau selangkah jejak Ana.
“Mestilah boleh… awak masih pekerja saya. Lepas ni, setiap kali cuti… awak boleh datang kerja dekat sini. Tempat tu, saya reserve untuk awak…” ceria nada Faisal menuturkan kata.
Dahi Ana berkerut. Nada Faisal itu hanya membuatkan dia terpinga. Apa yang sudah jadi dengan lelaki sarkastik ini?
“Tak perlu. Saya dah berhenti… lepas ni, tak mungkin saya datang kerja di sini lagi. Terima kasih.” Tegas dan serius Ana berkata. Tanpa menunggu lama, dia sudah berlalu ke mejanya. Mengemas apa yang patut.
“Ana…” ketukan di meja membuatkan pergerakan Ana terbantut. Wajah Faisal muncul lagi. Ana mengeluh.
Ada apa Encik Faisal? Jangan risaulah… saya takkan curi barang dalam office ni!” ucap Ana geram. Namun Faisal tersengih terus.
“Kalau awak curi… lagi bagus!” balasnya bersahaja.
Ana menjeling. Pelik pula pak cik seorang ni.
“Tak apalah Encik Faisal… saya masih ingat hukum dosa dan pahala.”
Jawapan dari bibir Ana membuatkan Reza mencebik. Hukum dosa dan pahala? Ana? Seakan tidak dapat diterima oleh akal warasnya.
******
“ANA tu macam mana?”
Pertanyaan Reza itu membuatkan suapan Faisal terhenti. Perlahan-lahan sudu diletakkan pada sisi pinggan. Bibirnya cuba untuk tersenyum nipis dengan soalan itu walaupun hati sudah dapat meneka, ada sesuatu yang tidak kena dengan nada yang digunakan oleh Reza.
“Ana… okey. Sangat okey…” jawapan yang sangat umum dibalas oleh Faisal.
“Okey?”
“Ya… okey. Kenapa? Kau nampak dia macam tak okey ke?” soal Faisal menduga. Riak Reza berubah kalut seketika.
“Tak adalah… aku cuma tanya. Kau dengan dia, macam mana? Dah okey?”
Faisal mengerutkan dahi. Tadi Reza bertanya sama ada Ana okey. Sekarang ini ditanya pula, adakah dia dan Ana okey. Pelik. “Kau sebenarnya tengah bercakap pasal apa?” soal Faisal terus. Malas hendak berteka-teki.
“Aku cakap pasal kau dan Ana. Bukan ke semalam kau berdating dengan dia. She’s not your girl?” sengaja Reza bersoal begitu. Serentak itu, hatinya sudah mula berdebar sendiri. Gusar pula hendak menghadapi jawapan dari bibir Faisal. Senyuman di bibir jejaka itu makin menambahkan gelisah dalam hati.
“Kau rasa dia girl aku…” Faisal tersenyum kecil. Bayangan wajah Ana sudah mula menghiasi ruang mindanya. Ana… “Aku pun rasa macam nak jadikan dia, teman hidup aku.”
Reza tergamam. Paluan jantung sudah tidak menentu. “Maksud kau?”
“Dia tak adalah nak layan lelaki ikut suka hati. Lagi-lagi aku… pandang sebelah mata pun dia tak sudi.”
“Sebab?” soal Reza yang sudah mula dihurungi dengan rasa pelik. Ana tak layan lelaki? Peliknya…
Faisal mengeluh. Mungkin sebab dia terlalu sinis atau Ana yang terlalu berhati-hati dek kerana pengalaman hidup yang pernah dilalui. Namun untuk menyatakan secara terperinci pada Reza, Faisal merasakan tidak patut begitu. Maruah diri Ana perlu dijaga. Dia bukanlah keji sehingga sanggup menjatuhkan maruah seorang gadis yang sudah sedia calar dengan sejarahnya yang tersendiri.
“Mungkin dia berjaga-jaga.”
“From what?”
Faisal tersenyum. Tenang. Nada Reza sudah seakan hendak memprovok Ana, sedangkan kenal gadis itu pun tidak. “Daripada lelaki-lelaki yang tak berguna… yang hanya tahu merosakkan hati wanita suci macam Ana…”
Reza terdiam. Faisal tersenyum.
Tanpa disedari, ada air mata yang sedang berlinangan di sudut yang tersorok daripada meja yang diduduki oleh dua jejaka itu.
*****
“KENAPA Ana…? Nampak tak tenang aje dari tadi. Ada masalah ke? Cuba cerita dengan mama…” lembut suara mama mencecah gegendang telinga Ana. Lantas dia mengeluh kecil. Tahu sangat apa harapan mama. Mama cuma mahu dia berkongsi suka dan duka dalam kehidupan bersama insan yang telah bersusah-payah melahirkan dirinya. Dia sedar! Namun terlalu sukar untuk dilakukan satu perkara itu. Berkongsi?! Bukan mudah bagi dirinya…
“Ana risaukan apa ni?” soal mama lagi apabila Ana masih berdiam tanpa memberi maklum balas. Wajah Ana yang mendung itu hanya mengalirkan rasa sayu dalam hatinya. Sebagai ibu, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tetapi Ana…
“Mama…” perlahan Ana bersuara. Mama sudah melirik senyuman ikhlas.
“Ya sayang…”
“Ana…” lidah Ana kelu. Dia masih teragak-agak untuk membuka pekung di dada.
Mama tersenyum. “Tak apa Ana… cerita bila Ana dah sedia. Mama boleh tunggu.”
Ucapan yang lembut itu membuatkan Ana terasa sayu. Tanpa menunggu sesaat pun, dia sudah lemaskan diri dalam pelukan mama. Dia benar-benar kasihkan wanita itu.
“Terima kasih mama sebab sentiasa percayakan Ana…” ucapnya dengan tangisan.
“Mama kenal anak mama…”
Ana tersenyum sayu. Ayat mama itu sudah cukup untuk mengubat parut di hatinya.
Namun di balik pintu bilik yang berwarna coklat itu, sudah ada wajah yang dipalit dengan rasa tidak puas hati. Suraya sudah mengepal jemarinya. Hatinya makin dihurung dengan amarah. Kenapa mama masih percayakan perempuan jalang seperti Ana?! Aku benci dia!
*****
MATANYA tidak mampu untuk dipejam. Fikirannya menerawang jauh. Mengimbau detik-detik manis yang pernah dirasai. Sesungguhnya semua itu masih utuh dalam fikirannya.
“Ana…” bibirnya mengalun lembut.
“Ya Reza… kenapa call? Dah tak boleh tunggu esok ke…” tawa Ana sudah mula meniti saluran gegendang. Serentak itu otak menafsir impuls bahagia yang dirasa. Detik itu. Saat itu. Segalanya masih segar terasa.
“Reza rindu…” ucapnya lagi. Matanya tertancap pada bingkai gambar yang masih setia menghiasi ruang mejanya. Gambar yang sama dan tidak berganti sama sekali. Wajah Ana yang diserikan dengan senyuman manis berlayar di ruang mata. Manis sungguh wajah itu. Ternyata masih tiada sebarang cacat cela di wajah itu melainkan penambahan cermin berbingkai tebal.
“Ana tak salah… Ana betul-betul tak tahu.”
“Kalau Ana tak salah… kenapa Ana biarkan lelaki tu ‘makan’ Ana? Reza kecewa dengan Ana…” ucapnya sendiri. Tanpa sedar, pipinya sudah mula berasa panas. Tangisan yang pernah diluahkan sebaik sahaja dia memutuskan perhubungan dengan Ana kini kembali lagi. Semuanya untuk Ana.
Bagaimana dia hendak berlagak biasa? Hatinya sudah cukup terseksa dengan keputusannya sendiri. Namun kejadian lima tahun sudah yang masih berbekas di hati seakan menghalang rasa hati.
“Reza…” panggilan serta ketukan di pintu bilik menyentakkan fikiran Reza. Pandangan sudah beralih. Wajah ibunya sudah terjengul di muka pintu.
“Dari balik tadi asyik terperap dalam bilik. Makan pun tak… kenapa ni?” soal ibunya yang sudah melangkah dan melabuhkan punggung di sisi.
Reza mengeluh kecil. “Ana…” ucapnya perlahan.
“Perempuan tu! Reza masih ingat lagi dengan perempuan tak tahu malu tu…!” ibu sudah mula marah. Bengang rasanya bila bibir anaknya masih mengalunkan nama perempuan seperti Ana. Perempuan tidak bermaruah! Bentak hatinya marah.
“Reza sayangkan Ana, bu…” nada Reza masih perlahan dan sayu. Kemarahan serta ketegangan suara ibu seakan tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.
“Reza sebut nama perempuan tu lagi dalam rumah ni… ibu tak redha Reza! Ibu tak redha!” marah ibu. Wajahnya yang lembut tadi, sudah berubah tegang. Sebaris nama itu sudah cukup untuk membuatkan darahnya mendidih.
“Reza nak kahwin dengan Ana!”
“Reza!!!” suara ibu sudah bergema di ruang bilik itu. “Reza sedar tak apa yang Reza cakap ni? Dia tu dah tak suci. Dia dah serahkan tubuh dia pada lelaki lain… Reza nak perempuan macam tu untuk dibuat bini?”
“Reza dah tak peduli semua tu… Reza sayangkan Ana… Reza nak Ana dengan Reza sentiasa. Reza dah tak sanggup kehilangan dia…” serentak dengan itu, air matanya mengalir dengan laju. Dia tidak menangis untuk meraih simpati ibu tetapi hatinya dengan sendiri menjadi sayu. Entah kenapa, dia tidak tahu.
Kehilangan Ana? Dia tidak sanggup untuk menghadapi perkara itu. Tidak untuk sekali lagi.
Ibu pula seakan kaku melihat tangisan anak terunanya. Tidak sama sekali dia menyangka, Reza masih mengharapkan kuntum bunga yang sudah tercemar itu. Tidak sama sekali dia menyangka, permintaan di luar fikiran ini akan disuarakan oleh anaknya.
“Ibu… Reza nak kahwin dengan Ana. Tolong bu…” rayu Reza.
Ibu terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya langsung tidak rela namun untuk menolak di hadapan Reza, lidahnya menjadi kelu tiba-tiba.
*****
BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.
“Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.
Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi bibir jejaka itu membuatkan wajahnya disimbah darah. Ya Allah!
Tanpa sebarang kata, Ana sudah meluru naik ke tingkat atas. Dikuncikan pintu biliknya, lantas badannya bersandar lemah di balik pintu. Tangannya dengan sendiri melurut pada rambut yang dilepaskan bebas. Mahkota yang dijaga rapi sudah menjadi tatapan mata lelaki itu. Ana malu. Lebih terasa malu apabila mata yang menatap dirinya seakan asyik sahaja melayan pemandangan di depan mata.
Bunyi mesej yang kedengaran membuatkan pandangan Ana beralih pada meja di dalam biliknya. Dicapai telefon bimbit yang berwarna putih itu. Tanpa sebarang rasa, dibuka peti masuk pesanan.
Namun, di saat mata meniti pesanan yang tertera… hatinya mulai berdebar kembali.
Indahnya wahai bidadari pujaan hati… -Faisal-
‘Bidadari pujaan hati.’ Ulang Ana sendiri. Dalam pada dia merasakan pelik dengan kehadiran Faisal di kediaman ini, hatinya turut menyelitkan satu rasa yang aneh. Sejak terdengar perbualan antara Faisal dan Reza di restoran tempoh hari, hatinya seakan dibuai oleh bayu indah. Dalam sedih, dia terasa gembira. Niat di hati untuk mengintai kekasih yang meninggalkan dirinya tapi tidak disangka… lain pula yang sudah bermula bertapak di hati.
“Ana… buka pintu ni nak…” suara mama kedengaran dari luar. Pantas sahaja Ana menyarungkan tudung yang tersangkut di penyidai. Pintu terkuak dan wajah mama yang tersenyum riang berlayar di mata. Di sisi mama, berdiri seorang lagi wanita yang anggun penampilannya. Juga tersenyum indah buat tatapan Ana.
“Kenalkan… auntie Fairuz.” Ana sudah menghulurkan tangan untuk bersalaman. “Ni anak sulung saya… Suzana.” Ceria suara mama memperkenalkan dua insan itu.
“Cantik sungguh… sopan.” Pujian spontan auntie Fairuz membuatkan Ana tersenyum hambar. Apa gunanya cantik dan sopan, kalau dia sudah kehilangan ‘sesuatu’ yang bermakna sebagai seorang wanita.
“Patutlah anak teruna I tu serba tak kena aje… asyik teringatkan bidadari nilah ya.” Usikan yang bersahaja itu membuatkan debaran Ana kembali. Anak teruna auntie Fairuz? Faisalkah?
“Ana… pergilah ke ruang tamu, papa dengan uncle Zaid tengah tunggu kamu.”
Arahan seterusnya membuatkan Ana terkaku. Mindanya seakan lambat sahaja hendak mencerna setiap patah yang diucapkan oleh bibir mama.
“Untuk apa ma?” soalnya tidak mahu berteka-teki dengan perasaan sendiri.
“Jomlah Ana… kita berkenal-kenalan,” auntie Fairuz sudah menarik lengan Ana untuk melangkah ke luar. Ana terkedu. Saat matanya kembali bertembung dengan mata Faisal, dia semakin hilang tumpuan. Tidak tentu arah dibuatnya dengan pandangan yang begitu mendamaikan jiwa.
*****
SEPI seketika di ruang makan apabila semuanya begitu khusyuk menjamu selera. Masing-masing begitu menikmati hidangan sehingga tidak perasan, ada satu jasad yang begitu resah menghadap rezeki di depan mata.
“Ana… makanlah. Kenapa asyik pandang pinggan aje dari tadi…” teguran uncle Zaid membuat Ana termalu sendiri. Senyuman nipis tersungging di bibir. Namun senyuman itu mati dengan sendiri saat matanya berlaga dengan pandangan tajam Suraya. Dia tahu kenapa. Tetapi sungguh… ini bukan rancangannya. Dia tidak pernah sekalipun merencanakan perkara ini.
“Maaf kalau saya terburu-buru…” Faisal sudah mula bersuara apabila Ana kekal membisu. Selesai sahaja makan, mereka ditinggalkan berdua di ruang makan ini. Biar berbincang dari hati ke hati kata auntie Fairuz dan mama. Papa dan uncle Zaid menyokong.
“Ana… jangan diam macam ni. Cakap aje apa yang terbuku dalam hati tu…” pujuk Faisal lagi.
Ana mengeluh kecil. Jelingan Suraya yang seakan mencemuh dirinya dalam diam. Ditambah dengan keadaan diri yang tidak sempurna membuatkan dia serba salah untuk menyatakan perkataan sudi terhadap lamaran yang dibawa oleh auntie Fairuz.
“Kenapa saya? Su kan ada… dia lebih layak.”
“Saya bukan minta cadangan… saya minta jawapan. Minta awak kongsikan rasa hati.”
“Encik Faisal… encik pun tahu kan pasal saya. Saya rasa tak layak…” balas Ana dengan nada yang rendah. Faisal tersenyum tenang.
“Ana… saya ikhlas.”
“Fikirkan lagi sekali…” ucap Ana seakan tidak yakin.
Faisal tersenyum terus. “Saya yakin dan saya tak rasa perlu berfikir beratus-ratus kali lagi. Awak setuju?”
Ana terdiam. Senyuman di bibir Faisal benar-benar mengoyahkan hati wanitanya. Senyuman itu sangat ikhlas sehingga mampu membuatkan bibirnya berkata ya tanpa ragu-ragu. Tetapi dia masih tidak bersuara. Masih mahu mengambil masa.
“Bagi saya masa…”
“Janji awak akan setuju?”
“Saya kena fikir dulu.”
“Setuju?”
“Encik Faisal!!!” tekan Ana geram. Bibirnya sudah diketap. Geram rasanya bila Faisal asyik mendesak. Tetapi senyuman di bibir lelaki itu lain pula riasnya. Lelaki itu kelihatan bahagia apabila wajahnya sudah masam dan memuncung. Argh!!! Dia memang tidak pernah berubah. Lelaki sarkastik yang selalu membuatkan Ana naik darah.
*****
“KALAU Ana tanya mama… setujulah jawabnya. Mama suka…” jawapan mama hanya melemahkan semangat Ana. Fikirnya hendak ditolak tetapi mama sudah berkenan pula.
“Tapi ma… Ana kan …” ayat Ana terhenti.
“Faisal dah cakap dengan mama… dia tahu semua pasal Ana.” Mama tersenyum. “Mama nampak dia ikhlas Ana… dia akan jaga Ana dengan baik.”
“Suraya sukakan dia mama…”
Mama yang baru hendak membuka mulut bersuara kelihatan terpempan mendengarkan ayat Ana. Lantas tanpa Ana sedari, dia telah membuka kisah yang memalukan dirinya di pejabat Faisal. Peristiwa yang telah membuka ruang pada Faisal mengetahui aib dirinya.
“Betul ke apa Ana cakap ni?” suara mama menjadi berang. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia berang. Sungguh biadap anaknya yang bernama Suraya itu. Sanggup mengaibkan maruah kakak sendiri. Mama menjadi kesal dengan sikap Suraya yang makin menjadi-jadi.
“Mungkin dia tak sengaja.” Ana bersuara perlahan. Bibirnya diketap laju. Kenapa pula mulut ini boleh terbuka tentang kisah itu dengan mama? Pasti sahaja Suraya bertambah benci dengan dirinya. Ah, sememangnya Suraya sentiasa bencikan dirinya!
“Ana bela budak tu! Ana pun sama dengan papa… bagi sangat muka dekat dia. Dia buat apa pun tak kisah. Itu yang naik lemak. Papa pun, manjakan sangat budak tu… mama dah tak boleh bersabar. Hari ni jugak mama nak selesaikan semuanya.”
“Mama…” Ana menjadi kaget apabila mama tiba-tiba bangun berdiri hendak keluar dari biliknya.
“Ana jangan halang mama… mama tak kira, yang mama tahu sekarang ni… Ana dengan Faisal akan berkahwin. Suraya ke… siapa ke, tak boleh jadi batu penghalang untuk perkara ni…” sebaik sahaja menuturkan ayat itu, mama sudah melangkah laju meninggalkan ruang bilik Ana. Sedangkan Ana… sudah terkedu. Mama sendiri sudah membuat keputusan untuknya.
*****
WAJAH Suraya mencuka. Papa yang duduk di sisinya kelihatan tegang senada dengan riak mama. Ana… huh! Betina itu masih wujud di antara mereka. Hatinya menjadi panas saat tangan mama melayang ke pipinya. Keadaan dirinya tidak ubah seperti diri Ana yang menerima penampar daripada papa lima tahun sudah. Tetapi yang membezakan mereka, dia tidak berbuat apa-apa kesalahan sedangkan Ana… memalukan keluarga aje! Bentaknya geram.
“Su memang keji kan , sanggup burukkan nama kakak Su depan orang lain.” Marah mama. Suraya mencebik.
“Su burukkan nama dia? Nama dia memang dah sedia buruk pun… tak perlu diburukkan lagi…”
“Suraya!!!” tengkingan mama membuatkan Suraya terdiam. Gerun hatinya menghadapi kemarahan mama kali ini.
“Yang awak ni marah-marah Su kenapa? Apa tak betul… si Ana tu, memang dah kotor pun!” ucap papa dengan sinis.
Wajah Ana sudah berubah riak. Kata-kata papa bagaikan sembilu yang menusuk ke hati. Biarpun benar dirinya kotor tetapi apa perlu papa berkata begitu? Hina sungguh dirinya pada pandangan papa. Kiranya, sepanjang kehadiran keluarga Faisal, papa cuba sedaya upaya mengawal diri untuk berlagak baik dengannya. Ah, sadis sungguh hidup ini! Tidak sangka Ana, papa juga pandai bertalam dua muka.
“Abang!!!” suara mama meninggi dan terkejut. “Abang tak patut cakap macam tu pada Ana… Ana bukan macam tu!”
“Habis… yang lima tahun lepas, kes pelajar kena buang kolej sebab bersekedudukan dengan lelaki dalam hostel, itu bukan si Ana ni ke?” suara papa pun meninggi sekali. Wajah papa dan mama tegang dan memerah.
“Saya percayakan anak saya. Dia bukan jenis perempuan yang senang-senang nak serahkan diri pada lelaki sembarangan. Anak abang ni kena aniaya orang… tapi kenapa abang tetap nak percayakan cakap orang lain? Kenapa abang tak nak percayakan Ana?”
Suraya tersenyum mengejek di kala wajah Ana berubah warna. Wajah yang keruh itu hanya menambahkan gula dalam senyumannya. Padan muka! Ada hati hendakkan si kacak Faisal… perempuan tak sedar diri! Kutuknya dalam hati.
“Apa pun yang awak cakap… takkan dapat mengubah kenyataan yang anak perempuan awak ni dah tak suci!!!” suara papa melantun kuat di ruang tamu itu. “Saya hairan betullah… apalah yang si Faisal nampak dekat dia ni, sampai datang ke rumah nak ajak kahwin… ke anak awak ni ada ‘hubungan’ dengan dia… maklumlah, dia kan berpengalaman.”
“Papa!!!” Ana tergamam. Tidak menyangka dia akan menaikkan suara pada papa. Tetapi, kata-kata papa sungguh melampau. Dia bukan perempuan murahan. Apa yang berlaku sebelum ini pun bukan salahnya. Dia tidak tahu! Dia cuma mangsa keadaan. Kenapa susah sangat papa nak percayakan sebarang kata dari bibirnya?
“Ana tahu Ana dah tak ada apa-apa… Ana tahu Ana ni jijik, kotor… perempuan tak bermaruah! Tapi… satu aje papa kena ingat, Ana bukan perempuan murahan yang nak senang-senang serahkan diri pada seorang laki. Mak dengan bapa Ana tak pernah mengajar Ana macam tu…” luah Ana dengan rasa geram. Air mata yang sedang bergenang ditahan. Dia tidak boleh menangis di kala ini.
“Eleh… cakap macam bagus aje…” sindir Suraya.
“Kau diam!!!” bentak Ana keras. Suraya terdiam. Wajah Ana yang tadinya kelihatan sugul, terus berubah seperti singa kelaparan.
“Ana!!!”
“Papa pun diam!!!” Ana membentak lagi. Kepalanya sudah kusut kembali. Emosi yang sudah berjaya dikawal sejak lima tahun dulu, muncul kembali. Perasaannya sangat tertekan di kala ini.
“Ana…” mama pula cuba bersuara. Reaksi Ana membimbangkan hatinya.
“Ana rasa macam nak mati… biar Ana mati aje mama. Biar Ana mati kalau itu yang dapat bahagiakan papa dan Su…” Ana sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Kudratnya sudah tidak ada. Pertuduhan papa tadi benar-benar melemahkan dirinya. Sampai hati papa…
*****
“KENAPA keluar dari rumah?” soalan itu dibiarkan sahaja tanpa jawapan. Ana terus melangkah ke arah perhentian bas berhampiran. Dia hendak membeli perkakas rumah. Tawar sudah hatinya dengan pertuduhan papa. Disebabkan itu, ini dirasakan keputusan yang terbaik. Keluar daripada rumah. Puas mama menghalang, tetapi dia sudah tidak bisa. Pedih hati dan telingannya dengan ucapan sinis papa dan Suraya. Mungkin papa tidak suka kerana Faisal melamar dirinya dan bukan Suraya.
“Ana… I’m talking to you!” suara Faisal di sisi membuatkan dia mengalihkan wajahnya ke sebelah.
“Baliklah… jangan cari saya.”
“Why???”
“Sebab…” Ana terdiam seketika. Panahan mata yang penuh dengan harapan itu membuatkan dia kelu.
“Kita kahwin Ana!” ucap Faisal tiba-tiba. Kebisuan Ana membuatkan jiwa mudanya terseksa. Dia tidak mahu menunggu lebih lama. Bimbang akan kehilangan Ana. Dia tidak sanggup begitu.
Sedangkan Ana sudah tergamam. Membulat matanya. “Hah!!!”
“Kahwin Ana… kita kahwin…” ulang Faisal lagi.
“Sa… saya…” bibir Ana bergetar sendiri.
“Say yes Ana… please. For me sayang… please… please…”
Ana terlopong melihat aksi Faisal yang seakan anak kecil meminta candy. Wajah lelaki itu comel sekali. Geli hati dibuatnya.
“Please…” tekan Faisal. Di kala itu Ana sudah melepaskan tawanya.
“I’ll take this as yes…” ucap Faisal dengan senyuman yang melebar.
Ana masih tertawa. “Saya belum cakap pun lagi…”
“Susah sangat ke nak cakap ya, saya sudi jadi isteri Faisal…” keluh Faisal perlahan.
Ana tersenyum kecil. Setelah beberapa hari memeruk rasa, akhirnya bibirnya berjaya tersenyum jua. Tidak sekali dia menyangka, Faisal akan berjaya membungakan senyuman di wajahnya.
“Give me a reason, why should I marry you?” soal Ana yang sudah berpeluk tubuh di hadapan Faisal. Faisal sudah tersenyum kembali.
“I’ll give you thousand reason why you shouldn’t reject me… but please, say yes first…” serentak itu tangan Faisal sudah mencabut bunga raya yang kembang elok pada pokok berhampiran mereka. Sungguh tidak beretika tetapi dalam keadaan darurat, halal aje.
“Be my wife… then I’ll be your love forever.” Bunga raya itu sudah disuakan pada Ana. Ana kembali ketawa.
“Apa ni? Melamar dengan bunga raya…”
“Kira okeylah, daripada tak ada apa-apa… cepat, cakap ya!”
“Tak naklah…” nada Ana seakan bergurau.
“Kenapa?” Faisal geram.
“Kuat mengarah. Sarkastik. Tak romantik. Tak bestlah jadi suami.”
“Ana…!!!” Faisal sudah mengetap bibir. Eeeiii… geram pula dengan si Ana ni. “Better you say yes… kalau tak, menangis siang malam nanti tak dapat kahwin dengan lelaki sekacak ni.”
Ana tersenyum terus. Tanpa kata jemarinya sudah mencapai bunga raya di pegangan Faisal. Serentak itu dia sudah mengalihkan wajahnya yang mulai merah dengan tindakannya sendiri. Did I just say yes?
“I love you Ana!!!” laung Faisal dengan teruja.
“Ana!!!”
Faisal dan Ana beralih serentak pada suara itu.
“Sampai hati Ana buat macam ni!”
Ana terkedu. Faisal pula yang menjadi pelik dengan situasi ini.
*****
“KENAPA baru sekarang?” soal Ana tanpa nada. Wajah Reza dengan pandangan penuh harapan di hadapannya kini seolah tidak memberikan sebarang makna.
“Sepatutnya lima tahun sudah Reza cakap benda ni dengan Ana… bukan sekarang!” sambung Ana lagi.
“Tapi, Reza sayangkan Ana… Ana pun sayangkan Reza kan? Kita kahwin sayang… Reza akan jaga Ana.”
Ana melepaskan tawa dengan rasa pedih. Permainan manusia apakah yang sedang menjerat dirinya? Dulu dia dibuang seperti sampah. Dicaci dan dihina dek kerana keadaan diri yang tidak suci. Tetapi apa yang sedang berlaku kini? Kenapa lelaki yang pernah tidak mempercayai dirinya pada satu ketika itu, kembali untuk menjalin kasih?
“Reza pernah tak percayakan Ana…”
“Itu dulu sayang… Reza akan sentiasa percayakan Ana. Percayalah.” Potong Reza dengan laju.
Mata Ana mengerling ke luar ruang makan. Tubuh Faisal yang sedang bersandar pada dinding putih itu direnung seketika. Matanya kembali bertaut dengan pandangan Reza yang sedang menanti jawabnya.
“Jangan kecewakan Reza… Reza tak sanggup kehilangan Ana.” Sambung Reza lagi tanpa bertangguh. Lirikan mata Ana pada Faisal yang sedang membelakangi mereka menggusarkan jiwanya. Bimbang jika jawapan tidak akan berpihak pada dirinya. Dia tidak sanggup.
“Ana…”
“Sayangkan Reza kan?” potong Reza lagi. Ana sudah mengeluh kecil. Seperti dia tidak kenal dengan perangai Reza… bila putih katanya, maka putihlah… tetapi hati Ana?
*****
SUDAH lama dia tidak ke sini. Lima tahun dulu, sinilah tempat tinggalnya setelah dibuang dari kolej. Pusat pemulihan akhlak yang banyak mengajar dirinya menjadi lebih insaf. Menyedarkan diri tentang singkatnya hidup ini. Terbuka pintu hatinya di kala mendengar bayan ustaz-ustaz tentang ujian dari Ilahi.
Setiap manusia akan diuji. Berat dan ringan, pasti sahaja ada ujiannya. Di kala dia terasa hendak melenyapkan diri dari atas muka bumi ini, adalah guru yang sanggup mencapai tangannya untuk terus tabah dan meneruskan jalan. Ada sahabat yang berkongsi pengalaman seakan dirinya. Ada mama yang sentiasa percayakan dirinya. Ada Allah yang sentiasa menerima taubat hamba-Nya. Ana bersyukur dengan semua ini biarpun pengalaman hidupnya tidak seindah mimpi.
“Ana… Suzana…” panggilan itu membuatkan Ana berkalih. Spontan bibirnya sudah tersenyum. Insan yang paling dikagumi, Umi Sarah sudah mendepakan tangan. Tanpa berfikir panjang, Ana sudah meluru ke dalam pelukan Umi Sarah.
“Anak umi, sihat?” Ana mengangguk. Tidak terkeluar suara di saat ini. Perasaan sebak menguasai hati. Air matanya menitis jua tanpa dapat ditahan.
“Sayang… kenapa menangis ni? Siapa yang buli anak umi? Cakap dengan umi sekarang?” soal Umi Sarah bertubi-tubi. Ana sudah tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala.
“Ana nak tidur sini… untuk beberapa hari. Boleh umi?” soal Ana teragak-agak.
Umi Sarah sudah tersenyum. “Mestilah boleh sayang… untuk anak umi ni, semua pun boleh.” Umi Sarah sudah menarik jemari Ana. Dipimpin tangan gadis itu sehingga ke dalam kawasan asrama yang dihuni oleh peserta pemulihan akhlak. Sama seperti Ana lima tahun sudah.
*****
“ANA buatlah solat istikarah… pilih mana yang terbaik. Pada pandangan umi, dua-dua juga nampak ikhlas…” nasihat Umi Sarah.
“Tapi Reza pernah tak percayakan Ana umi. Sepatutnya dia percayakan diri Ana lebih pada orang lain… tapi tak. Dia tinggalkan Ana terkontang-kanting seorang diri… Ana perlukan sokongan waktu tu umi…”
Umi Sarah tersenyum. “Manusia Ana… kita ni diuji bukan saja dari segi menerima musibah, kecelakaan, kematian… tapi perasaan itu sendiri pun satu ujian yang perlu dihadapi Ana. Keadaan Reza waktu tu… Ana pun tak tahu. Perasaan dia juga mungkin bercelaru. Fikiran logik manusia Ana… siapa yang mampu menghalang. Dia mungkin sayang… tapi untuk katakan itu, ada perkara yang menghalang. Musibah yang menimpa diri Ana.”
“Habis… Faisal?”
“Dia kelihatan seperti seorang anak muda yang sangat budiman…” Ana sudah tersenyum sendiri dengan ulasan Umi Sarah. “Amboi, senyum sampai ke telinga! Pasti sudah dicuri hati si gadis ni…” Ana tersipu dengan usikan Umi Sarah.
“Umi rasa… Ana ni sudah ada jawapan. Tapi kenapa masih hendak bertanya sayang?”
Ana mengeluh… “Ana risau. Bimbang kalau diri Ana akan mengecewakan orang lain. Dah penat rasanya bila fikirkan berapa hati yang dah Ana kecewakan hingga ke saat ini…” suara Ana makin mengendur.
Usapan lembut di bahu membuatkan dia menangkat kepala. Pandangan penuh kasih Umi Sarah bertaut dengannya. Senyuman yang sering mewarnai hidupnya di kala dilema masih inda terukir di bibir wanita itu. Ah, cekalnya Umi Sarah dalam melayari kehidupan ini meskipun dirinya pernah berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada diri aku pada suatu waktu itu. Tapi aku… bisikan hati Ana terus bergema.
“Berdoalah Ana… doa itulah senjata mukmin yang terbaik. Minta pada Dia yang mendengar. Dia akan mudahkan segalanya… Ana jangan bimbang, apa pun pilihan Ana… umi pasti itu adalah yang terbaik diaturkan oleh Dia.” Umi Sarah tersenyum lagi.
“Terima kasih umi… sebab sentiasa ada untuk Ana.” Ana terus memeluk Umi Sarah. Sebak keduanya.
*****
“KAMU ni kenapa hah? Mama betul-betul tak faham la dengan Su ni… apa yang Su tak puas hati sangat dengan kak Ana… anak mama tu, dah keluar dari rumah ni tau tak??? Semua ni sebab Su!” bentak mama sekuat hati. Hilang sudah sifat tenangnya yang cuba dibawa selama ini.
“Mama ni kenapa? Nak salahkan Su pulak! Memang patut pun perempuan tu keluar dari rumah ni… memalukan aje!” balas Suraya dengan kasar. Geram rasanya kerana asyik dimarahi kerana Ana. Ana sudah tidak ada di depan mata pun, mama masih hendak mencari Ana. Ana! Ana! Ana!
BOSAN!!! Jerit hatinya.
“Memang salah Su! Kalau bukan mulut Su yang kurang ajar ni… anak mama takkan keluar dari rumah ni tau…”
“Balik-balik Ana… habis, Su ni bukan anak mama… tolonglah mama… Su menyampah la mama asyik membebel pasal perempuan tak tahu malu tu dengan Su!” bentak Suraya.
PANG!!!
Suraya tergamam. Sekali lagi pipinya menjadi mangsa jemari mama. Merah wajah mama menahan marah.
“Mulut Su jangan celupar tau! Perempuan tak tahu malu yang Su sebut-sebut tu… kakak kandung Su. Anak mama dan papa… tolong hormat sikit!” tengking mama. Tertekan rasanya dengan mulut Suraya yang terlalu kurang ajar itu. Bagaimana harus dijelaskan pada anaknya yang seorang ini supaya lebih menghormati kakak kandungnya itu.
“Su benci dia!!!” jeritan Suraya memenuhi ruang tamu.
“Suraya!!!” suara mama ikut meninggi.
“Su benci Ana… Su benci dia!!! Mama dengan papa tak pernah nak sayangkan Su macam Ana… kenapa??? Bukan Ana seorang anak mama dengan papa… lepas dia dah conteng arang kat muka mama dan papa pun, mama masih nak sanjung perempuan tak tahu malu tu. Kenapa??? Su benci dia! Su benci dia… lepas dah macam-macam yang Su rancang, mama masih nak banggakan dia tu kenapa???” bentak Suraya seakan dirasuk.
“Apa yang Su cakap ni?”
“Su benci dia!!!” tanpa menjawab pertanyaan mama, Suraya terus melaungkan ayat benci itu sekuat hati.
“Apa yang Su buat pada Ana???” mama menjerkah. “Cakap pada mama Su!!!”
Mata Suraya sudah tajam merenung wajah mama yang senada dengannya. Matanya penuh dengan kebencian. Benci yang sudah lama bertapak di hati. Sejak dari dulu lagi. Benci yang akhirnya menapak dan membentuk dendam di hati buat insan yang dikatakan saudara kandung dirinya. Sungguh dia benci perempuan yang selalu merampas kebahagiaan dirinya itu.
“Su yang ‘rosakkan’ Ana! Cukup… puas hati mama!!!” suara Suraya melengking lagi.
“Suraya!!!”
PANG!!!
Mama terdiam. Suraya tergamam. Pipinya terasa pijar. Air matanya terus mengalir keluar sambil tangannya pada pipi yang terasa pedih. Matanya pula tidak berkedip jatuh pada pandangan yang mengerunkan hatinya. Papa!
“Ana…” tiba-tiba mama bersuara kembali. Tubuh Ana yang sudah terbaring di muka pintu membuatkan kakinya pantas melangkah ke situ.
*****
AIR mata mengalir tidak berhenti. Mengenangkan apa yang terjadi… tidak pernah dia bermimpi untuk mengetahui kebenaran itu kerana apa yang benar itu lebih memeritkan jiwanya. Sakit di hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Dia lebih rela jika tidak tahu akan kebenaran itu buat selama-lamanya.
“Apa salah aku? Kau cakap Su… apa salah aku?” air matanya laju mengalir di pipi. Wajah Suraya yang tertunduk sebagai pesalah itu dipandang dengan rasa sayu. Apakah dosa yang telah dilakukan sehingga dirinya menjadi mangsa kebencian adik sendiri?
“Kenapa kau sanggup buat macam tu? Kau bukan malukan aku aje Su… kau dah malukan keluarga kita… papa… mama… kenapa Su?” Ana bersuara lagi. Namun masih tiada balasan daripada Suraya.
Bibir Suraya seakan terkunci. Hilang sudah keghairahan ketika melontarkan kata sejak penampar sulung papa melayang ke muka. Dia sudah tidak berani hendak berkata apa-apa kerana kuasa besar yang menyokongnya selama ini sudah tidak ada. Dan semuanya kerana… kebodohannya sendiri. Kau memang bodoh Su! Hatinya mengejek.
“Kenapa Su…” mata Ana sudah hendak terkatup namun bibirnya masih melontarkan suara. “Kalau kau tak buat macam tu…” matanya sudah terkatup. “Reza takkan kecewa dengan aku…” kata Ana ternoktah. Dia sudah terlena. Tetapi dia tidak sedar, ada jiwa lain yang sudah mula merana.
*****
“AKU faham… dia pilih kau.” Tergamam Reza mendengar kata-kata dari bibir Faisal. Seakan tidak percaya. Separuh hatinya sudah melonjak gembira. Namun separuh lagi seakan kaku. Kenapa air muka Faisal pada ketika ini begitu membuatkan dia berasa bersalah?
“Dia cakap pada kau?” soal Reza.
Faisal menggeleng perlahan.
“Habis tu?”
“Aku terdengar… dia tak tahu pun aku dengar.” Sambung Faisal dengan suara yang semakin lemah. Selemah hatinya di kala ini. Hati ini sudah mula lemah. Merundum jatuh semangatnya ketika hendak melawat Ana tempoh hari. Tidak sekali dia menyangka… seminggu Ana pergi mencari jawapan namun kepulangannya membawa kepada perpisahan mutlak. Tetapi dia sedar, dirinya hanya insan baru dalam diri Ana. Mungkin tidak sepenting Reza. Mungkin tidak seistimewa mana.