Setiap kisah dan cerita ini adalah hasil nukilan penulis sendiri dan koleksi cerpen yang terdapat di dalam simpanan yang ditulis oleh penulis lain. Setiap cerita adalah hak milik penulis dan sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Cerpen ini aadlah untuk koleksi simpanan dan bahan bacaan sahaja.

Thursday 13 December 2012

COKLAT CINTA


(nama penulis tak dapat dikesan. tak dapat sumber)


Terkebil-kebil mataku membaca pamplet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.

Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus tidak!

 Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!

Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie's Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.

Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.

Lelaki itu .lelaki itu seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku .aku gemar bau itu.

`Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.'

"Yes??" soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.

Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku. "Saya nak join kelas ni."

Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas. "Kelas ni dah ditutup. I'm not teaching anymore."

Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.

"Huh?"

Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. "Saya takkan mengajar lagi."

"Mana boleh!" Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.

Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?

"Saya minta maaf, cik. Tapi kelas ni memang dah ditutup," ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.

"Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup.." bidasku kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.

Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummy itu

"Memang, tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar." Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.

"Jangan! Encik tak boleh pergi!!" Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.

Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?

"Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!

"Errr, encik kenapa kenapa tanya macam tu?" tanyaku, takut-takut.

Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan matanya. Dan

"Oh, mak!" Aku terjerit lagi. Tanganku elok sahaja memegang hujung baju kemejanya. Seakan-akan menariknya agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta aku melepaskan tangan dan mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan lagak seorang pesalah yang baru sahaja disergah polis.

"Err err..sorry." Dengan pipi yang kurasakan seakan membahang, aku memohon maaf. Ya Allah, malunya!

Tanpa disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba sahaja memusing tubuhnya dan menapak mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan wajah bersahaja yang kelihatan aneh lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja berundur ke belakang dan akhirnya melekat di kaunter. Tiada tempat lagi untuk lari.

Lelaki itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba meletakkan tangannya di sebelah kiri dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan tubuh tegapnya.

"Err encik encik " Tersekat-sekat suara yang keluar daripada kerongkongku.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit dan bersuara perlahan.

"Marry me."

Membuntang mataku. Dia dia baru sahaja mengajakku kahwin? Ehhhhhh???

"Huh?" Dan hanya itu sahaja yang mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!

Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu.

"Marry me and I'll teach you how to make chocolate."

Terkebil-kebil mataku menatap wajah lelaki itu. Kahwin coklat coklat kahwin Eh, mamat ni ingat aku dah terlampau terdesak sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia semata-mata kerana coklat?

Tanpa sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh lelaki itu. Sedikit tersorong ke belakang lelaki itu dengan tindakan luar dugaanku.

"Encik ingat saya ni apa? Saya bukan gila nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya bukannya kenal encik pun!" marahku penuh kegeraman.

Lelaki itu mengjungkit bahu.

"Well, it's just a suggestion. Macam saya cakap tadi, saya kena uruskan hal penting. And that perkara penting adalah hal kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin sebelum umur saya genap tiga puluh tahun, which means lagi sebulan. And the problem is saya tak ada calon isteri pun. Tadi saya ingat nak balik kampung untuk pujuk parents saya. Tapi now, you're here. So maybe perkahwinan ni boleh diteruskan." Panjang lebar penjelasannya. Sungguh bersahaja.

Melihat betapa selambanya dia menuturkan kata, dapat aku rasakan perasaan geram yang semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah yang boleh diajak kahwin kerana alasan yang remeh macam tu? Memang nak kena pelangkung betul mamat ni!

"But of course, itu bukan kahwin kontrak ke kahwin olok-olok ke. It's a real marriage. Sebab mungkin " Kata-katanya terhenti saat dia menghalakan pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang sukar kumengertikan.

"Cik adalah jodoh yang Allah hantar pada saya."

Aku terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa keras tiba-tiba. Hilang sudah perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang tersisa kini cuma perasaan tergamam yang terlampau. Dan juga perasaan segan yang tiba-tiba menggebu dalam diri. Aduh, apa dah jadi ni?

Aku tersengih dan kemudian pura-pura ketawa. "Hahaha Encik ni janganlah buat lawak macam ni."

"Siapa cakap saya buat lawak?" Lelaki itu membidas kembali. "Saya selalu percaya pada jodoh. Saya yakin bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang untuk jadi teman saya, isteri saya. Sekarang waktu saya tengah buntu tentang soal perkahwinan ni, cik muncul depan mata saya. So, yeah maybe you're the one for me."

Yakin sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan tiada langsung riak ragu-ragu. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni single and available lagi, aku pun percayakan pada jodoh tapi, takkanlah macam ni caranya aku jumpa jodoh aku? Dengan orang yang aku langsung tak kenal?

"Tapi..tapi saya tak kenal encik, encik pun tak kenal saya." Aku akhirnya menjawab, seakan memberikan alasan agar dia menarik balik kata-katanya tadi.

Lelaki itu tersenyum tiba-tiba. "Waktu parents saya kahwin pun, diorang tak kenal diri masing-masing. Lagipun, lepas kahwin kan kita boleh berkenalan lebih lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri saya, dan cik boleh cuba mengenali suami cik."

Lidahku kelu tanpa kata. Aku isteri dia? Dan dia suami aku? Ala, lembut sungguh nada dia berbicara. Aku pula yang terasa berdebar tiba-tiba.

"So, my future wife apa nama awak?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Aku tergamam buat seketika. Dan entah kenapa laju pula lidahku menjawab. "Hanis Nadiah."

Terbit senyuman di bibir bakal suamiku errk, alamak..kenapa aku boleh mengaku dia bakal suamiku?

"And your future husband is Alif Rifqi."

****

Okey, aku memang tidak betul. Aku kena masukkan diriku dalam Hospital Tanjung Rambutan, atau tak pun Hospital Tampoi. Macam mana aku boleh bersetuju dengan keputusan lelaki itu Alif Rifqi?

Ya, aku Hanis Nadiah baru sahaja menerima pinangan Rifqi. Tadi sewaktu ibu bapanya tiba ke rumah dan kemudian meminang bunga di taman iaitu aku, bersahaja sungguh aku bersetuju untuk menerima lelaki itu saat abah dan umi menyoal.

Dan yang lagi haru perkahwinan kami akan diadakan dua minggu lagi, serentak dengan ulang tahun Rifqi yang ke tiga puluh. Apa aku buat ni?? Aku cuma nak belajar macam mana nak buat coklat paling sedap kenapa pula boleh sampai ke tahap kahwin ni?

Umi, tolong Hanis, umi!!!

"Hanis, kenapa tak dijawab telefon tu?" Tiba-tiba suara umi hinggap di telinga.

Pantas aku menoleh ke arah umi yang tercegat di hadapan muka pintu. Umi dengar aku panggil dia ke tadi? Wah, hebatlah umi boleh dengar panggilan hati aku.

"Ya Allah, budak ni kenapa duk terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar bunyi telefon kamu tu?" tempelak umi tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya.

Segera aku mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang elok terletak di atas meja solek. Yang sedang riang mengalunkan ringtone
All the love in the world' nyanyian The Corrs. Aku tersengih pada umi sebelum cepat-cepat mengambil telefon itu.

Melalui hujung mata, dapat kulihat umi yang menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi. Pasti dia merasakan anak daranya yang seorang ini sudah terserlah tahap tidak betulnya.

"Helo," ujarku pada si pemanggil. Tidak bersemangat langsung.

"Helo, sayang "

Oh, mak! Siapa pula yang bersayang-sayang dengan aku ni?

"Siapa sayang awak?" marahku. Geram!

Jelas kedengaran bunyi ketawa lelaki di sebelah sana. Apa mamat ni gelak-gelak pula? Dia pun sama macam aku? Sudah tidak betul? Putus urat kat otak? Gila?

"Sayang ni takkanlah dah lupa saya kut. Tadi baru je jumpa parents saya," jawab lelaki itu di sebalik sisa tawanya.

Aku mengerutkan dahi. Jumpa parents dia? Aku cuma jumpa Ya Allah! Rifqi! Dia ni Rifqi.

"Err..Rifqi " balasku perlahan. Tangan kiriku sudah mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Haaa, tahu pun! Kenal pun bakal suami sendiri, kan?" sergah Rifqi dalam nada bergurau.

Spontan aku memuncungkan bibir. Dia ni pun agak-agaklah, takkanlah aku tak kenal bakal suami sendiri kut. Walaupun bakal suami itu bukanlah lelaki yang sangat kukenali, apatah lagi kucintai. Hmmm mampu ke aku jatuh cinta dengan dia ni nanti?

Pantas aku mengetuk kepala. Apa yang aku fikir ni? Cinta? Rifqi sendiri pun tidak pernah bercakap pasal cinta, kenapa pula aku yang fikir lebih-lebih?

"Hanis " panggilnya tiba-tiba. Lembut.

"Hmm.." jawabku, sekadar berbasi-basi.

"Thanks, tau."

Dahiku membentuk kerutan lagi. "Untuk apa?"

Terdengar di hujung telingaku helaan nafas Rifqi. Lelaki ini kenapa? Seperti tiba-tiba sahaja serius dan bermasalah? Isy, risau aku!

"Sebab sudi terima pinangan parents saya tadi."

Aku tergelak kecil. Rifqi Rifqi, sudah saya janji dengan awak, apa yang dirisaukan lagi? Ya, memang apa yang jadi antara kami sangatlah pelik bin ajaib dan aku sendiri pun sudah merasakan yang aku ini gila, tetapi aku bukan jenis manusia yang akan memungkiri janji sesuka hati saja.

"Kenapa awak gelak? Saya serius ni," ucap Rifqi, sedikit menempelak. Nampak sangat tidak berpuas hati denganku. Isy, bakal suamiku ini kuat merajuk juga rupa-rupanya.

"Awak ni kan saya dah janji dengan awak yang saya akan setuju? Kenapa? Awak ingat saya ubah fikiran, ke?" balasku bersahaja.

"Well awak kan setuju nak kahwin dengan saya sebab kelas coklat tu? Manalah saya tahu, kalau-kalau awak jumpa chocolaterie lain yang boleh ajar awak."

Aku terdiam. Entah kenapa, nada suara Rifqi kedengaran jauh sekali. Seakan menyimpan suatu rasa dalam suara itu. Perlahan aku menghela nafas. Otakku ligat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.

Okey, kenapa aku boleh fikir pasal hati dia pula ni? Tadi cinta sekarang hati? Apa dah jadi pada aku ni???

"Hanis, awak dengar tak ni?"

Tersentak aku mendengarkan suaranya yang sedikit kuat. Isy, tak reti-reti nak sabar ke cik abang oi? Saya tengah fikir macam mana nak senangkan hati awak ni.

"Rifqi, pasal kelas tu memang betul. Saya setuju sebab saya nak belajar buat coklat daripada awak. Tapi "

Kata-kataku terhenti. Tapi apa, ya? Kenapa aku boleh selamba saja bersetuju dengan kerja gila ni?

"Tapi apa, Hanis?"

"Tapi err, tapi maybe betul kut saya ni untuk awak!"

Fuh, terjawab juga akhirnya. Tapi apa aku jawab tadi? Saya untuk awak? I'm meant for you? Oh, my...malu kot!!!

Rifqi tertawa. Riang sekali. Sukalah tu sebab aku dah terlepas cakap macam tu.

"Awak tahu, Hanis bila kita dah kahwin nanti, saya akan ajar awak buat sejenis coklat paling special." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

"Coklat apa?" soalku penuh dengan perasaan teruja. Oh, akulah peminat fanatik coklat nombor satu di dunia ni!

"Coklat cinta," bisik Rifqi perlahan dan penuh kelembutan sebelum dia tiba-tiba sahaja mematikan telefon.

Mataku membuntang. Tubuhku pula seperti kaku. Rifqi cakap apa tadi. Coklat cinta?

*****

"Rapat lagi..rapat lagi.."

Spontan aku menjeling ke arah jurugambar yang sedang menggerak-gerakkan tangannya sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan Rifqi lebih rapat. Dia ni kan nak rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat dengan lelaki di sebelahku ini.

Tiba-tiba aku dapat merasakan tangan Rifqi yang melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit membulat. Lelaki itu hanya tersengih, mengangkat kening dan kemudian

"Oh, mak!" Aku terjerit saat dia selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya. Sedar-sedar sahaja wajahku sudah pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya kepala aku!

Pantas aku mengangkat wajah dan alamak, dia tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air liur. Dadaku mula berkocak hebat. Oh, wahai jantung tolonglah jangan jadi macam ni.

"Wah, bagus-bagus macam nilah yang kita nak. Okey, stay macam tu " Suara jurugambar tadi tiba-tiba singgah di hujung telinga.

Cepat-cepat aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!

"Shhh jangan bergerak. Kan abang tu baru je pesan?" bisik Rifqi tiba-tiba. Senyuman lebar tersungging di bibir nipisnya.

"Tapi "

"Hanis sayang jangan bergerak, okey?" tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku dengan pandangan yang sungguh lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni janganlah tengok saya macam tu, Encik Alif Rifqi oi ..

"Yalah..yalah, saya duk diam-diam. Saya ikut cakap abang photographer," ucapku akhirnya.

Makin lebar senyuman Rifqi.

"Good girl Puan Hanis "

Aku menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa dapat ditahan-tahan bibirku menguntum senyuman. Ya, dia sudah sah sebagai suamiku.

"Okey, stay macam tu ."

"Okey, kacau perlahan-lahan "

Aku mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan kirinya kemas memeluk pinggangku dari belakang. Tangan kanannya pula enak-enak sahaja memegang tanganku yang sedang mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami aku seorang ni macam mana aku nak masak coklat ni kalau dia asyik menempel macam ni?

"Rifqi "

"Abang."

Memuncung bibirku mendengar kata-katanya tadi. Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku memanggilnya 'abang'. Sejak hari pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk membiasakan diri dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin ni pun sudah ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?

"La, dia menyudu pulak dah. Tengok mulut tu isy, ada pulak yang kena kiss tengah-tengah dapur ni." Selamba Rifqi bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah mukaku yang hanya beberapa inci jauhnya daripada mukanya sendiri.

Spontan aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat dagu Rifqi dengan tindakanku itu.

"Aduh, sakitlah dagu abang!" Rifqi mengaduh, sedikit kuat.

Aku tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.

"Siapa suruh cakap macam tu? Kan dah kena penangan padu saya." Aku membalas, masih dengan riak berpuas hati. Haha, padan muka awak, Rifqi!

"Hanis. Bukan
saya' tapi Hanis', okey?" jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit tegas.

Aku mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih lagi menggosok dagunya. Isy, kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini. Perlahan aku melepaskan senduk di tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan sedikit, mahu menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menyentuh dagu itu, mengusap dengan penuh kelembutan.

"Sakit lagi ke?" soalku perlahan.

Rifqi membatu. Hanya hujung matanya yang mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam hati. Alahai, sudah merajuk pulak dah orang tua seorang ni. Sabar jelah aku dengan perangai dia ni.

"Yalah, yalah Hanis abang, okey?" pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk suami yang sedang memendam rasa.

Tanpa disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sedikit demi sedikit bibir nipisnya menguntum senyuman. Hatiku mula bersorak gembira. Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh memujuk dia.

"Coklat kat belakang tu, sayang " Rifiq bersuara tiba-tiba.

Erkk, coklat aku!! Serta-merta aku berpaling. Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak, mahunya aku makin hati berulam jantung berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali pertama aku buat coklat aku sendiri. Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu sebab aku aku sayangkan dia?

Gulp, aku menelan air liur sendiri. Aku sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke? Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan aku dengan relanya sudah pun berserah padanya, atas rasa tanggungjawab seorang isteri.

"Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho "

Aku mencebik saat mendengar setiap patah kata suamiku yang masih enak menempel di belakangku. Perasan sungguh dia!

"Sebab tulah Hanis asyik sangat tengok muka abang ni, sampaikan boleh lupa "

Alahai, bila dia nak berhenti masuk bakul angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia jauh-jauh dan biarkan aku seorang kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku kalau bukan dia yang mengajar aku, macam mana aku nak buat coklat paling best ni?

"Awa..err..abang, dah jangan perasan lagi. Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?" sampukku selamba. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.

Muncul kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan lagak serius, dia mengacau coklat di dalam periuk.

"Hmmm, dah cukup likat. Now, masukkan dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk." Sedikit tegas, dia mengarahku.

Mendengar nada suaranya yang tegas, disertakan pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang bengkak dalam hati. Ala, tak maulah suami strict macam tu, nak yang mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk tu

Isy, apa aku fikir ni? Sempat pula fikir macam-macam!

"Okay, done!" ujarku sedikit kuat. Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku sudah hampir siap. Bukan senang rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku kahwin dengan chocolaterie, tak payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je terus dapat coklat sedap! Coklat buatan Rifqi pula tu!

Rifqi tertawa kecil. Ketawakan akulah tu. Nampak sangat kut!

"Memang fanatik dengan coklat, ya?" bisiknya perlahan di hujung telinga.

Aku menjeling dan dengan selamba aku menjawab. "Taklah, Hanis minat chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau Hanis, dia suka merajuk, dia suka buat Hanis pujuk dia "

Dan makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.

*****

"Ala, nape Hanis punya coklat tak sedap macam coklat abang?" Jauh nada suaraku. Serius sedih sebab coklat aku tidak sesedap coklat Rifqi.

Lebar senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni tak sensitif langsug. Orang tengah sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Sudah tidak betulkah, suamiku sayang??

"Hmm maybe sebab abang lebih sayangkan Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab tu coklat abang untuk Hanis lebih sedap daripada coklat Hanis untuk abang." Masih dengan senyuman yang tersungging di bibir, Rifqi menjawab.

Tersirap darah panas ke wajahku. Dan serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam hati. Aku tahu dia bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan kata-katanya itu. Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku padanya, namun aku yakin akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.

Jadi kenapa dia mesti mengatakan sayang aku padanya sedikit berbanding sayangnya padaku? Lagi satu, dia sendiri pun tidak pernah mengatakan sayang jauh sekali cinta padaku.

"Hei, kenapa senyap tiba-tiba ni?" soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.

Aku hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat ini mencuka masam mengalahkan mangga hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang tengah sedih tengah terasa dengan Rifqi!

Rifqi memegang kedua bahuku sebelum menarikku agar berhadapan dengannya. Lembut dia mengangkat daguku, memaksa aku untuk menentang pandangan matanya. Aku hanya mengikut tanpa reaksi.

"Hanis terasa dengan abang ke?" Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan lunak.

Aku memuncungkan mulut.

"Abang ni nape cakap sayang Hanis kurang? Tak banyak?"

Terlepas ketawa kecil Rifqi.

"So, Hanis sayangkan abanglah ni?"

Spontan aku menampar lengannya. "Tanya lagi!"

"La..dah orang tu tak pernah cakap, abang tanyalah." Rifiq membalas.

"Eleh, abang pun sama...tak pernah cakap pun," bidasku kembali. Yalah, betul apa dia memang tak pernah pun nak meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni perempuan, isteri dia pula tu aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata manis dari mulut dia.

Rifqi tertawa lagi.

Aku mencebik. Isy, dia ni kan kenapalah suka sangat ketawakan aku saat aku marah-marah macam ni?

"Siapa bilang abang tak pernah cakap?" soalnya lembut.

Aku mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau pernah, confirm aku ingat. Melekat terus dalam otak.

"Tak ingat, ek?" tanyanya lagi. Hujung hidungku dicuit.

"Memang pun. Abang mana pernah cakap." Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada tidak puas hati.

"Isy, sayang ni nak kata dah tua, memang taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena short-term memory loss, ya?" usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung dengan tingkahku yang mula kegeraman.

"Abang ni!" Aku terjerit. Geram! Isy, sabar jelah aku dengan dia ni.

Rifqi ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku ke dalam rangkulannya.

"Coklat cinta. Tak ingat ke, sayang?" Lembut dia berbisik di hujung telingaku.

Aku tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat cinta? Macam pernah dengar je. Itu yalah, malam tu! Malam lepas aku terima pinangan dia. Malam dia tiba-tiba mematikan telefon macam tu aje.

"Hanis tahu tak..betapa malunya abang lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam tu aje. Mulut abang ni pun kenapalah boleh terlepas cakap?"

Melebar senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak suamiku seorang ini. Ingatkan tak romantik langsung.

"Oh, terlepas cakap ek? So, abang tak betul-betul maksudkan kata-kata abang tu?" soalku dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku sangat?

Rifqi tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan menolak bahuku, sedikit menjauhi tubuhnya.

"Siapa cakap? Hanis jangan berani nak cakap macam tu." Tegas sekali Rifqi menuturkan kata. Matanya tajam merenungku.

Gulp! Alamak, Rifqi macam marahlah.

"Err Hanis..Hanis "

"Hanis tahu tak, apa yang abang cakap tu betul-betul datang dari hati abang? Maybe Hanis susah nak percaya, tapi..abang memang memang " Kata-kata Rifqi terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula memicit belakang leher. Wajahnya kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku menahan tawa dalam hati. Alahai, tengah malu-malu ke cik abangku sayang? Comelnya dia.

"Memang apa?" Sengaja aku menyoal. Kening kuangkat tinggi. Nakal!

Rifqi mengecilkan matanya, menundukkan kepala hingga dahinya menyentuh dahiku. "Ini tengah sakat abang ek?"

Aku tersenyum lebar, membalas pandangan matanya yang dekat benar.

"Tak adalah tengah sakat. Hanis tanya betul ni."

"Betul nak tahu?" soal Rifqi, dengan dahi yang masih setia melekat pada dahiku. Sudah seperti kembar siam!

"Betul. 100% betul." Aku menjawab, penuh bersemangat.

Rifqi mendiamkan diri. Hanya matanya yang merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku cuba membalas. Jantungku mulalah berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok renungan maut dia.

"Abang memang jatuh hati pada Hanis, waktu pertama kali kita jumpa." Tenang, gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah telinga. Kemudian dia mengangkat kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet dapur.

Aku terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati waktu pertama kali jumpa?

"Betul?" soalku akhirnya. Perlahan.

Rifqi menggigit bibir. "Err abang tipu."

Dapat kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati pada akulah?

"Isy, janganlah terkejut macam tu sekali. Masuk lalat dalam mulut tu nanti." Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan di bibir.

"Abang ni!" Aku terjerit.

"Hei, janganlah sedih macam tu sekali. Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri abang seorang ni," sakat Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut dengan muka yang sengaja dikelatkan.

Lembut Rifqi memegang pipiku.

"Abang tak tahu bila masanya abang jatuh hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan pamphlet tu, maybe waktu Hanis pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis menjerit tiba-tiba tu "

Menyerbu rasa malu ke pipiku. Isy, part aku menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah yang dia ingat. Malulah!

"Tapi, yang pastinya waktu Hanis tengok abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati abang mula rasa lain macam. Sebab tulah, abang dengan selambanya boleh ajak Hanis kahwin. Memang terkeluar terus perkataan kahwin dari mulut abang."

Aku tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku dengan pengakuannya. Jadi keputusannya itu memang bukan kerana ibu bapanya semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.

"Abang tahu Hanis rasa terkejut, mesti rasa abang ni gila, kan?"

Pantas aku mengangguk. "Memang betul pun."

Terlopong mulut Rifqi sebelum akhirnya menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku. Kemudian dia menarik hidungku.

"Perlu ke setuju tadi?"

Aku tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi ni sesuka hati je tarik hidung aku!

"Tapi, kenapa Hanis setuju?"

Tersentak aku dengan soalannya yang tiba-tiba. Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya kerana aku mahu belajar macam mana nak buat coklat deripadanya? Ah, mustahil! Aku bukan jenis yang akan memperjudikan nasibku, menyerahkan diriku pada seorang lelaki hanya kerana sebab sebegitu.

"Kenapa?" Rifqi menyoal lagi. Lembut.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya mendekati suamiku dan mengambil tempat di sebelahnya. Sama-sama menyandar pada kabinet dapur. Perlahan aku memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke sisi bahunya.

"Eh, nak bermanja pula dia."

Tersenyum aku mendengarkan komen Rifqi. Namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mula besuara perlahan. "Entahlah, Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis boleh setuju macam tu aje, sedangkan sebelum ni kalau ada yang cakap macam tu, confirm kena penampar siam Hanis "

Jelas kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang tergelak kecil. Aku melebarkan senyum. Suamiku ini suka sangat gelakkan aku. Lucu sangat ke aku ni?

"Tapi maybe apa yang abang cakap tu buat hati Hanis macam tak mampu tolak abang," sambungku lagi.

"Apa yang abang cakap?"

Aku mengangguk. "Yang mungkin Hanis adalah jodoh yang Allah hantar pada abang. Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah abang, boleh terus diam."

Rifqi menoleh tiba-tiba.

"Oooo, masa tu ada hati jugalah nak bagi penampar siam kat abang ya?"

Aku tersengih. "Opps.."

Meledak tawa Rifqi.

"Isteri abang ni ganasnya dia!" jerit Rifqi di sebalik sisa tawanya.

Pantas aku menyiku perut Rifqi. "Abang!!"

Lagi kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah tindakanku menyikunya tiada kesan langsung. Tidak sakitkah wahai suamiku?

"Thanks tau, sebab setuju masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa abang patut buat." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

"Abang kenalah tackle Hanis. Buat macam orang lain buat tu " Aku menjawab selamba.

"Eh, tak naklah!" balas Rifqi pula.

Aku mendongak ke arahnya dengan kerutan di dahi.

"Kenapa tak nak?" Aku menyoal bersama nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat aku kenapa pula tak nak cuba mendekati aku? Mengurat aku?

Rifqi mengerling sekilas padaku dan dengan lagak penuh selamba, dia menjawab. "Tackle macam tu tak best."

"Kenapa tak best?" soalku kembali. Masih sedikit geram padanya.

Tidak semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.

"Apa yang bestnya cuba mengurat perempuan yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh buat apa-apa pun pada dia " bisik Rifqi di hujung telingaku.

Menyerbu darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan

"Abang tak boleh sentuh dia .abang tak boleh "

"Abang! Dah, jangan cakap apa-apa lagi," sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni, kalau tak dihalang, entah apa yang akan keluar dari mulut tu.

Rifqi meleraikan pelukan tiba-tiba, namun kedua-dua tangannya masih setia melekat di sisiku.

"Betul apa bang cakap ni, kan? Kalau tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam ni "

Dan perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku terkedu buat seketika sebelum akhirnya menguntum senyuman di bibirku. Alahai, sweet sungguh suamiku yang seorang ini. Manis sekali! Manis macam coklat yang biasa dia hasilkan.

Tetapi .manis lagi cintanya padaku!

*******

Kata Sara Aisha: Cinta itu adalah suatu perasaan yang unik, yang merupakan anugerah daripada Allah buat kita, manusia biasa. Dia boleh menitipkan rasa cinta itu ke dalam hati kita cuma dalam masa sesaat saja. Ya, cuma sesaat!

Dan kalau Dia mengatakan bahawa cinta itu takkan ada dalam hati, walau sepuluh tahun sekali pun kita mengenali seseorang itu, takkan mungkin kita akan jatuh cinta padanya.

Wednesday 12 December 2012

KISAH BENAR SEORANG ISTERI


KISAH BENAR SEORANG ISTERI: SUAMI NAKAL
Oleh: Shah (anakranting.com)

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu …solat.  Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.  Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajud..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agam hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap.
Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah.

Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu.

Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.”

Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”

Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu.

Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.
“lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap.

Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun.

Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.

“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua’lam…


Thursday 21 June 2012

BILA HIDAYAH MENYAPAKU


(sumber: TemanHidup@yahooogroups.com)

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.

"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)

Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?

Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.

5 tahun lepas..

"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.

"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!

"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"

Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.

Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.

Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.

"Cakaplah sayang, apa dia?"

Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.

"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"

Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"

Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.

Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.

Dan akhirnya dia mengangguk setuju...



"Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"

"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?"

" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"

Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika itu dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.

" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!"

" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!" Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.

Dia berasa dunianya gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.

"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat." Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.

Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'



Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.

Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!

Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.

"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi" (Hadis)

"Adlina, akak nak tanya ni....,'

Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"

Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?

"Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)

Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.

'Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'

Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus–putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.

'Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun ya.'


Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang, namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.

Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.

Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.

'Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi, dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '

Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu? bisik hatinya.
'Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'

Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.

' Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'

Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya Rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?

"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( Taubah: 24)

Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!

Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!

'Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.

Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:

" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."

Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.

Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.

'Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.

Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.

Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.

'Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.'

Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.

Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu.....