Setiap kisah dan cerita ini adalah hasil nukilan penulis sendiri dan koleksi cerpen yang terdapat di dalam simpanan yang ditulis oleh penulis lain. Setiap cerita adalah hak milik penulis dan sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Cerpen ini aadlah untuk koleksi simpanan dan bahan bacaan sahaja.

Monday 6 February 2012

TEMAN, LELAKI, SUAMI...~NNA-TEMAN HIDUP~


(sumber:  TemanHidup@yahoogroups.com)
Oleh : NNA
“Saya terima nikahnya Nur Anis Athirah binti Ibrahim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai..” dengan sekali lafaz Athirah telah menjadi milik Mohammad Imran bin Dato Zukifli.
Im menyarungkan cincin ‘tangkap muat’yang dibeli last minute itu di jari manis Thira .
__________
2 Bulan sebelum…
Thira ,please… help me. Saya janji ni kali terakhir saya mintak tolong awak”rayu Imran.
“Im, saya memang nak tolong awak tapi awak dah ada Anna Tasha. Saya taknak nanti wujud salah faham antara kami”terang Thira kepada kawan baiknya merangkap bos ditempat kerjanya.
Thira , saya bukannya suruh awak jadi girlfriend saya betul-betul. Cuma berlakon je. Awakkan tahu yang mama saya tak suka perempuan seksi macam Anna. Lagipun saya tak suka perempuan yang ngada-ngada macam Keera. Awak je yang mampu tarik perhatian mama saya.”Im berharap Thira setuju menjadi ‘teman wanitanya’ agar tidak dipaksa mamanya untuk berkahwin dengan Keera anak Dato Haslan.
“Ngada-ngada konon. Macamlah saya tak tahu yang Anna pun spesis sama dengan Keera. Awak je yang memilih sangat nakkan perempuan seksisss..”sengaja Thira menekan perkataan ‘seksi’ kerana dia tahu taste Imran.
Thira , please.. Kalau awak tolong saya, saya bagi bonus 10% kat awak”Im cuba memancing Thira .
“No. Saya tak terima rasuah.”tegas Thira .
“Takpe lah. Siapelah saya bagi awak… Dulu kate bestfriend, sekarang …”terpancar raut wajah setengah sen Im. Merajuklah katakan.
“Ishk, budak ni! Kuat sangat merajuk. Yelah, saya tolong.. Tapi ‘up’kan bonus jadi 15% dan bagi saya cuti seminggu!”tadi kata tak terima rasuah. Sekarang ni siap minta ‘up’kan bonus dan mintak cuti.
“Thanks Thira .. kalau awak tolong saya, bukan setakat seminggu cuti malah cuti selama-lamanya saya sanggup bagi”
“Ewah-ewah, ada udang disebalik batu nampaknya. Tak sabar-sabar ke nak cari secretary baru? ” Im tersenyum.
………………
Di rumah Dato Zukifli.
“Assalamualaikum… ” Im memberi salam.
“Waalaikumussalam” Datin Noras menjawab sambil memerhati anaknya.
” Semalam Im kata nak bawa girlfriend. Mana girlfriend? Tak nampak batang hidung pun?”soal Datin Noras.
“Ma.. Girlfriend Im ada kat dalam kereta. Dia cakap nak betulkan makeup sebelum jumpa bakal mak mertua”sebenarnya Im yang menyuruh Thira memakai makeup sedikit sebelum berjumpa dengan mamanya. Dia ingin Thira nampak lebih berseri apabila bertemu dengan mamanya.
“Assalamualaikum aunty..” Thira memberi salam. Sudah hampir 4 bulan dia tidak bertemu dengan kawan ibunya itu.
“Waalaikumussalam.. Thira ! Thira ni girlfriand Im?”Datin Noras sedikit terkejut.
“Yelah mama. Takkan lah tiang rumah ni girlfriend Im”Im tahu bahawa mamanya sudah lama berkenan Thira menjadi menantunya kerana sifat Thira yang hormat orang tua dan baik hati bukan sahaja menarik perhatian mamanya, malah ramai lagi mak mertua diluar sana .
“Alhamdulillah.. Impian mama sudah tercapai akhirnya.”Datin Noras memeluk Thira dengan erat.
……….
Semasa didalam kereta Im, Thira teringat peristiwa selepas selesai makan malam, apabila dia meminta izin untuk pulang.
“Aunty, terima kasih sebab sudi sediakan makan malah yang sedap tu. Masakan aunty memang the BEST” Thira menunjukkan ibu jari tangannya.
“Isyk budak ni. Berapa kali dah beritahu. Panggil mama. Jangan panggil aunty.Nanti mama cepat-cepat hantar rombongan meminang Thira biar Thira biasa panggil nama mama” Datin Noras memeluk Thira sekali lagi. Sungguh tinggi harapan Datin Noras untuk menjadikan Thira menantunya.
“Im, macam mana ni. Mama awak macam betul-betul nak jadikan saya menantu dia.” Thira gelisah.
“Awak jangan risau. Nanti pandai-pandailah saya pujuk mama saya. Tadi awak kata nak pergi ambil fail kat pejabatkan.”
“Ha’ah”Im memberi signal kekanan sebelum membuat pusingan U untuk pergi ke officenya.
………
Keesokkan harinya selepas Thira pulang dari tempat kerja, dia memarkir kereta garage rumahnya. Thira memasuki rumahnya.
Thira …”panggil Pn Salwa.
” Ye, ibu…” Thira menyalami ibunya.
“Tadi rombongan Datin Noras datang. Dia datang meminang Thira .”jelas Pn Salwa.
“What!” Thira hampir tersedak. Takkan secepat itu.
“Aisy.. Anak dara minum air elok-elok”pesan Pn Salwa.
“Jadi ibu cakap apa? Ibu terima pinangan tu?”
“Mestilah. Datin Noras sendiri bagitahu ibu yang semalam Thira datang rumahnya dan berborak pasal ni.”terang Pn Salwa.
“Tapi Ibu.. Thira masih belum sedia lagi. Lagipun Thira dan Im ni Cuma kawan.Thira tak setuju!”bantah Thira .
“Belum sedia apanya. Umur Thira sekarang dah masuk 27. Sampai bila Thira nak jadi anak dara ni. Ibu tak kisah. Walau apapun alasan Thira ibu takkan batalkan perkahwinan ni.”tegas Pn Salwa. Pn Salwa tahu yang sebenarnya Thira sudah lama menyimpan perasaan terhadap Imran.Inilah masanya untuk dia beraksi sebagai cupid puteri bongsunya itu.
“Tapi ibu…..” Pn Salwa menutup telinganya dan segera meninggalkan Thira sendirian di dapur.
_____________
Akhirnya walau berjuta alasan dan cara Thira dan Im gunakan, mereka terpaksa bernikah juga.
Selepas selesai majlis akad nikah, Im dan Thira berbincang.
Thira , saya betul-betul mintak maaf dkat awak. Saya tak sangka bila suruh awak menyamar girlfriend saya, mama saya betul-betul pinang awak”Im sedar bahawa jeratnya untuk menipu mama dan papanya sekarang memakan dirinya.
“It’s ok. Dah jodoh takkan lari kemana.” Thira sudah pasrah. Dia pasti tuhan sudah menetapkan Im sebagai jodohnya setelah melaksanakan solat istikharah sebanyak tiga kali. Keputusannya tetap sama.
“Ermm.. Awak tahukan kita masih belum sedia untuk berumah tanggakan. So, its better for us to remain as friend. Saya takkan paksa awak untuk laksanakan tanggungjawab awak sebagai isteri saya. Saya pun takkan sentuh awak dan saya harap semasa tempoh kita berkahwin ini, at least pretend to be my wife in front of our parents.”Imran cuba membina tembok bagi mengelakkan dia jatuh cinta terhadap Thira .
“Saya takde masalah. Tapi untuk pengetahuan awak, sebagai seorang isteri kepada Encik Imran, saya tetap akan menunaikan tanggungjawab saya kepada awak walaupun awak tak mintak okey..”
“Okey” Im kagum dengan sikap Thira . “So sepanjang kita berkahwin, kita akan tinggal dirumah mama saya. Ada masalah?”soal Im.
“Tiada masalah”
________
Kini perkahwinan Im dan Thira sudah memasuki 4 bulan. Hubungan Im dan Thia masih rapat malah lebih rapat daripada sebelum ni.
Thira , siape Azim?”soal Im sambil melihat senarai kenalan dalam telefon Thira .
“Azim? Kenapa? Ada masalah ker?”sesuka hati je Im semak telefon Thira . Im nampaknya sekarang semakin rapat dengan Thira . Sejak kebelakangan ini Im suka membaca mesej yang diterima dan dihantar Thira . Im juga sekarang senang mengekori Thira, terutamanya apabila Thira ada temujanji dengan client.
“Takde masalah. Cepatlah. Beritahu siapa Azim”gesa Im. Sejak dua menjak ini, Thira sering mesej dengan lelaki bernama Azim. Hidup Im seakan-akan tidak tenteram.
“Azim tu ‘boy friend’ baru Thira”dengan selamba Thira memberitahu Im. Saja menduga Im.
“What? Are you serious?” Tiba-tiba dada Im terasa sakit.
“Betul lah.. Saya serious. Azim tu ‘boy friend’ saya. Buat apa saya nak tipu awak”sekarang ni bukan setakat dada, malah jantung,hati dan limpa pun sakit.
“Tapi saya ni kan suami awak. Saya pakwe awak. Takkan lah awak nak cari pakwe lain.”Im mula meninggikan suaranya.
“Aik.. Bila masa saya cakap Azim tu pakwe saya. Saya cakap Azim tu ‘Boy friend’ saya. Dengan makna lain, Azim tu kawan lelaki saya. PAHAM… Kenapa awak nak jealous. Bukan ke awak sendiri yang cakap kite ni kawan.”Thira cuba menduga Im. Dia perlu tahu perasaan Im terhadapnya.
“Jealous. Sape kata jealous. Saya tak jealous pun. Saya… saya ada meeting dengan client. Saya pergi dulu”Im cuba melarikan diri. Thira hanya mampu tergelak apabila melihat Im pergi dengan keadaan tak keruan.
______
Petang itu Thira pulang awal dari tempat kerja. Selepas selesai solat, dia menonton televisyen di ruang tamu. Sedang enak menonton cerita Merlin , Dato Zukifli turut join sekali.
Thira ,papa nak berborak sikit boleh?”soal Dato Zukifli. Thira segera perlahankan suara tv.
“Ye pa. Papa nak berborak pasal apa?”
“Papa nak tanya sikit pasal Thira dan Im”Dato Zukifli mengutarakan topiknya.
“Emm.. Papa nak tanya pasal apa?” Thira takut kalau rahsia dia dan Im terbongkar.
“Macam mana hubungan Thira dengan Im? Okey?”soal Dato Zukifli.
Thira dengan Im akey je pa. Kami takde masalah apa-apa pun pa.”terang Thira .
“Sebenarnya Thira, papa dah tahu hubungan Im dan Thira . Papa tahu Im anggap Thira macam kawan je. Tapi, tolong bagi sedikit masa biar Im jatuh cinta kat Thira . Papa tahu Thira sayangkan Im kan …”
“Pa.. Sebenarnya memang Thira suka Im sejak kami sekolah menengah lagi. Tapi bila Thira dapat tahu yang Thira akan kahwin dengan Im 6 bulan lalu, Thira jadi takut pa. Thira takut sebab Im tak pernah anggap Thira lebih dari kawan. Jadi Thira buat solat istikharah sebelum majlis akad nikah kami dan Thira dah dapat jawapannya…. Sekarang ni, Thira isteri Im. Sebagai seorang isteri, Thira sanggup tunggu cinta Im walaupun terpaksa tunggu 10 tahun. Sejak Thira sah menjadi isteri Im, Thira berazam akan mencintai Im sepenuhnya. Tak terdetik walau sedikitpun dalam hati Thira untuk mengkhianati Im. Thira sering berdoa pa, Thira berdoa agar Im dapat menerima cinta Thira . Thira memang sayangkan Im.” Thira mengalirkan airmatanya.
“Terima kasih Thira . Terima kasih kerana cintakan putera papa. Papa memang bangga dapat menantu macam Thira
Im terkejut dengan pengakuan Thira . Dari tadi dia berada di beranda berhampiran ruang tamu. Jiwanya bercelaru. Dia seakan-akan tak dapat berfikir apa-apa.
‘Betul ke Thira sukakan aku. Ataupun dia hanya berpura-pura didepan papa. Thira … kenapelah kau suka buat dada aku sakit’,Im memukul dadanya dengan perlahan.
______
Imran duduk termenung di atas katilnya sambil memegang buku motivasi. Dia sedang memikirkan perkara yang berlaku petang tadi.
“HAAAH!!” Thia cuba memeranjatkan Im dengan menunjukkan tangan seperti ingin mencekik Im.
“Huh…”Im sedikit terperanjat dan terpegang tangan Thira .
Buat kali pertama pada saat itu, Im memerhati wajah Thira dengan teliti. Matanya yang berwarna coklat, hidungnya yang mancung dan bibirnya yang merah jambu…. Hampir-hampir sahaja Im ingin mencium bibir Thira .
“Astaghfirullahalazim!!”,Im secara tidak sengaja telah menolak Thira jatuh ke bawah.
“Ouch… Sakitnye…” Thira menggosok belakangnya.
“Ops.. Sorry.. Saya tak sengaja.”Im segera membantu Thira untuk bangun. Apabila tangan mereka bersentuhan, jantung Im berdegup dengan kencang. Sentuhan itu ibarat kejutan elektrik bagi
Im. Sekali lagi Im tidak sengaja menolak Thira .
“Im!!!” Thira menjerit. Geram dengan sikap Im yang tiba-tiba aneh itu.
“Sorry! Awak bangunlah sendiri. Saya ada kerja nak buat” dengan segera Im mengambil laptopnya dan beredar ke bilik bacaan.
‘Budak ni kan . Nasib baik aku bukan The Rock, kalau tak dah lama aku smackdown kau.’ Thira sedikit
marah.
Malam itu, Im sengaja tidur di bilik bacaan.
‘Kenape dengan aku ni. Nasib baik tak kiss dia. Tapi.. kalau aku kiss pun tak dosa. Diakan isteri aku. Tapi
kan aku sendiri beritahu dia yang kami ni kawan je. Tapi … syurga isterikan dibawah tapak kaki suami so tak salah ler kalau aku nak kiss isteri aku sendiri. Tapi …. arghhhh!!! Kenapa aku asyik fikirkan pasal kiss je….’Im buntu dengan perasaannya.Akhirnya dia tertidur dibilik bacaan pada pukul 4 pagi.
—————————
Sejak hari itu, Im sering menjauhkan diri daripada Thira . Dia juga sering pulang lewat semata-mata untuk mengelakkan daripada bertembung dengan Thira . Pada waktu pagi pula, Im sudah pergi ke pejabat seawal 6.40 pagi.
Perubahan pada diri Im membuatkan Thira terasa hati. Dia perasan Im ingin menjauhkan diri daripadanya. Semasa di office Im juga sering mengurungkan dirinya didalam bilik.
‘Kenapa Im nak elakkan diri dari aku. Mungkin dia still marah sebab aku peranjatkan dia hari tu. Tapi sebelum ni waktu aku buat, dia tak marah pun. Nampaknya aku kena tanya dia.’ Thira rasa bersalah.
Pada malam itu, Im pulang pada pukul 11 malam. Apabila Im memasuki biliknya, Thira sedang menonton televisyen sambil memeluk bantal .
“Awak tak tidur lagi?”tanya Im apabila melihat Thira yang kelihatan mengantuk itu.
“Tak ngantuk lagi. Hmm.. Im..” Thira menutup televisyen dan berdiri memandang Im sambil memeluk bantalnya.
“Ye.. ..”Im memandang Thira hanya untuk beberapa saat kemudian memandang ke tempat lain.
Ada apa?”,apabila nampak Thira yang memakai baju tidur dan berseluar pendek hati Im semakin tidak tenteram. Jantungnya berdegup kencang. Dup,Dap,Dup,Dap. Sepanjang minggu dia cuba menghilangkan perasaan ini, tetapi usahanya gagal apabila melihat penampilan Thira yang kelihatan seksi itu(sebenarnya pakaian Thira tidak seksi sangat berbanding girlfriend Im yang lepas).
“Saya nak tanya sikit boleh?”
“Tanya apa?”
“Kenapa sejak kebelakangan ini, awak seakan-akan nak menjauhi saya. Saya ada buat salah kat awak ke?”soal Thira .
“Saya tak menjauhi awak. Cuma awakkan tahu saya sekarang tengah busy nak uruskan masalah kat office. Banyak benda yang saya perlu buat.”hakikatnya Im memang sengaja menjauhi Thira .
“Tapi kenapa awak…”belum sempat Thira menghabiskan ayatnya.
“Boleh awak sambung lain kali. Saya penat dan ngantuk ni. Lain kali jelah awak sambung ayat awak tu.”,Im mengambil tualanya dan memasuki tandas meninggalkan Thira dibilik seorang.
Thira membaringkan badannya diatas katil. Tiba-tiba air matanya mengalir ke pipi. Hanya satu perkataan yang menggambarkan perasaannya iaitu K.E.C.E.W.A. Sepanjang mereka berkawan, tak pernah Im melayannya seperti itu.
Thira kenapa kau nak kecewa. Dia berhak buat macam tu. Dia cuma anggap kau sebagai kawan je. Suka hati dialah nak balik lewat. Kau jangan nak berharap sangat dengan Im. Dia tak pernah anggap kau lebih daripada kawan. Please wake up!Sedar siapa diri kau. Kau tak layak untuk dia. Taste dia bukan kau. Sedar sikit.’ Thira tersedar dari mimpinya. Mungkin benar mimpinya. Im hanya kawan tak lebih dari itu.
—————-
Keesokkan harinya.
+ Sayang.. Malam ni temankan I pergi majlis amal Dato’ Khairul. -Anna Tasha-
Im sedikit rimas apabila Anna memanggilnya sayang. Anna bukannya tidak tahu yang dia sudah berkahwin. Im segera membalas mesej Anna.
+ Sorry, I akan pergi dengan Thira malam ni. U cari teman lain ya. -Imran-
Im sudah berjanji dengan papanya untuk membawa Thira bersama malam nanti. Dia terpaksa akur dengan permintaan papanya kerana Dato’ Khairul merupakan teman baik papanya.
—————–
Semasa di majlis amal tersebut, Im dan Thira kelihatan seperti pasangan secocok. Mereka telah berjaya menarik perhatian orang ramai di majlis tersebut. Anna Tasha yang memerhati pasangan tersebut berasa amat cemburu. Dia tersenyum apabila memikirkan rancangan menarik untuk memisahkan pasangan tersebut.
“Sayang, jumpa I depan ladies. Urgent! -Anna Tasha-
Selepas membaca mesej tersebut Im segera mendapatkan Anna.
“U nak apa Anna?”soal Im.
“Im, U sayang I kan ? Kita couple balik ye”Anna memegang lengan Im.
“Anna, hal kita dah lepas. I sekarang dah kawin. U must forget me. Banyak lelaki lain selain I.”terang Im.
Apabila Anna melihat kelibat Thia, dia sudah tersenyum. Sekarang masanya untuk dia menjalankan rancangannya.
“At least give me a hug for the last time.”Anna menghulurkan tangannya.
“Sure..”Im memberikan satu pelukan kepada Anna sebagai tanda perpisahan.
Langkah Thira terhenti apabila melihat Im dan Anna berpelukan. Hatinya hancur apabila melihat pasangan berpelukan itu. Tiba-tiba Anna memberikan ciuman di bibir Im.
“This for leaving me!”Anna berbisik di telinga Im kemudian tersenyum sambil memandang Thira .
Im dapat melihat air mata Thira mengalir kemudian meninggalkan mereka berdua.
“Anna! You are insane”marah Im seterusnya mengejar Thira . Anna hanya mampu tersenyum dengan kemenangannya.
Thira ….. tunggu. Tunggu saya”Im mengejar Thira sampai ke tempat memarkir kereta.
“Awak nak apa!”emosi Thira sedikit terganggu.
“Tunggu dulu. Let me explain..”Im memegang tangan Thira .
“Awak tak perlu nak explain kat saya sebab saya LANGSUNG tak kisah pasal awak. Suka hati awak lah nak buat apa. Awak bukan sesiapa pada saya!” Thira meninggikan suaranya.
“Habis tu, kalau saya bukan sesiapa untuk awak kenapa awak menangis?”genggaman Im semakin kuat.
“Lepas lah Im. Sakit tahu… Saya nak balik.”Thira cuba melepaskan genggaman Im.
“Tolong jawab pertanyaan saya boleh tak!”suara Im bergema.
“Pertanyaan apa?” Thira menyoal Im balik.
“Kalau saya bukan sesiapa bagi awak kenapa awak MENANGIS???”sengaja Im menekan perkataan menangis.
“Sebab seorang isteri takkan sanggup tengok suaminya berpelukan dan berciuman dengan perempuan lain.” Thira menangis. Dia berasa geram dengan Im yang berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Kenapa seorang isteri tak sanggup tengok suami berpelukan dan berciuman dengan perempuan lain?”sengaja ditanyakan soalan itu untuk mengetahui isi hati isterinya.
“Idiot! Because I LOVE YOU. Saya sayang awak Im. Saya cintakan awak. Do you hear me!”akhirnya Thira meluahkan isihatinya kepada Im. Dia ingin Im tahu perasaannya.
“I’m sorry Thira . Saya tak boleh cinta dan sayang awak…”
“I know…” Thira melepaskan genggaman Im. Dia ingin pulang. Hancur hatinya apabila cintanya ditolah.
“Nur Anis Athirah binti Ibrahim… boleh tak awak dengar apa yang saya nak cakap sampai habis. Jangan suka memotong ayat orang lain bila bercakap.”Im memegang pipi Thira dan memandang tepat ke muka Thira .
“Saya tak boleh sayang dan cinta awak sebagai kawan sebab saya cinta dan sayang awak sebagai isteri saya. Sebagai teman sehidup dan semati saya. Saya harap awak boleh terima saya dengan seadanya sebagai suami awak sebab I LOVE YOU VERY MUCH…”Im mengucup bibir Thira .
Disebabkan terlampau terkejut, Thira pengsan. Mukanya merah. Im hanya tersenyum dan membawa Thira pulang ke rumah. Meskipun sikap Anna sebentar tadi tidak boleh dimaafkan, hakikatnya disebabkan Anna, Im dan Thira dapat meluahkan perasaan masing-masing.
Semasa didalam kereta,
‘Nanti balik aku nak bagi alasan apa kat mama dan papa kalau dia tanya kenapa Thira pengsan. Takkan nak cakap sebab aku kiss dia. Oh tidak. Thira please wake up. MALUU….’
_______________
2 bulan kemudian…
“Sayang… cepatlah…”Im menarik tangan isterinya menuju ke bilik hotel. Buat kali pertama Im dan Thira pergi honeymoon di Cameron Highland .
“Ye.. sabarlah. Banyak barang nak bawa ni. Abang tolonglah angkat juga..” Thira sudah letih berjalan seharian.
“Isyk budak ni..”Im mengambil semua barang ditangan Thira .
Mereka memasuki bilik hotel. Thira terkejut apabila melihat teddy bear yang memegang kertas.
“WILL YOU MARRY ME”
“Wait.. bukanke kita dah kahwin. Abang nak kawin dengan siapa pulak ni?”soal Thira . Takkan Im nak kahwin lain. Kalau berani cubalah..
“Abang nak kawin dengan sayang lah. Kan mula-mula kita kawin kerna terpaksa. So.. sekarang ni dengan bangga dan rela hati saya nak tanya Pn Thira . Sudi tak sayang jadi teman hati abang buat selama-lamanya?”Im menunjukkan cincin yang telah siap ditempahnya bagi menggantikan cincin yang ‘tangkap muat’ itu.
“Yes…” Thira memeluk suaminya.
Im mendukung Thira ke katil dan membisikkan sesuatu kepada Thira .
“Get ready.. Abang nak anak ramai tau…” Thira tersenyum.
THE END…

3 comments :

  1. Best!! Keep up da good work... :) newbie in blogging.. Mohon tunjuk ajar ^_^
    anasyaiera.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Best!!teruskan buat cerpen mcm nie lg..semoga berjaya

    ReplyDelete
  3. This is my first time read this and i love this cerpen

    ReplyDelete