Dahulu…
Jumaat
“Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama…”
Rancak aku mengalunkan sekali lagu yang sedang berkumandang di radio. Mak dengan ayah hanya mampu tersenyum melihatkan kelaku aku. Seronoknya balik raya! Kat kampung ramai kawan. Pak Ngah, Mak Lang, Mak Usu yang belajar dekat
“Kita singgah rehat dekat Pagoh sekejap boleh ya, Lisa?” soalan ayah mematikan nyanyian aku. Aku termangu seketika. Apa yang ayah tanya tadi?
“Apa dia ayah? Lisa tak dengar.”
Ayah menggeleng perlahan. “Ayah kata, kita berehat sekejap dekat Pagoh. Mak Long kata dia pun bergerak malam ni daripada rumah dia. Boleh tunggu dia sekali. Kita konvoi,” panjang lebar penerangan ayah.
Aku hanya mengangguk perlahan. “Ok,” aku hanya menurut tanpa banyak soal. Bukannya aku yang bawak kereta.
Ayah kata Mak Long balik Melaka sekali? Rasanya hari tu macam terdengar dia nak balik beraya di kampung Pak Long. Aku silap dengar agaknya. Wah! Makin meriahlah aku beraya kali ini. Seronoknya! Entah kenapa, raya kali ini terasa lebih bermakna. Cewah! Bukannya apa, baru dua minggu lepas aku tamat UPSR. Mestilah beraya sakan lepas exam.
Ayah memberikan signal ke kiri setelah kereta menghampiri simpang ke hentian sebelah Pagoh. Mata aku memerhatikan lampu-lampu yang gah berdiri yang melimpahkan cahaya berwarna oren. Kemudian, aku kembali memerhatikan ke kawasan parking kenderaan. Ramainya orang hendak pulang beraya! Iyalah, esok hari Sabtu. Raya hari Ahad, semestinya ramai yang berebut nak balik raya last minit ni.
“Mak nak pergi bilik air. Lisa nak ikut?” mak bertanya sebaik sahaja kami keluar daripada perut kereta.
Aku menggeleng. “Tak apalah. Lisa ikut ayah,” balasku.
Mak mengangguk lalu bergerak pergi. Aku pula berjalan di sebelah ayah, menuju ke kedai yang menjual makanan.
“Lisa pergi duduk dulu kat meja tu. Nanti ada orang lain duduk,” arahnya. “Ayah beli air dulu. Lisa nak air apa?” soal ayah.
“Nak Horlick ais, boleh yah?” soalku dengan menayangkan muka manja.
“Nak jugak air berais malam-malam ni. Ialah…” sempat ayah membebelkan aku sebelum dia pergi. Bukannya tak tahu aku ni tak boleh minum ais. Kalau minum ais, memang mencari penyakitlah. Tak lama lepas tu mesti batuk mengokol.
Sementara menunggu ayah, aku mencari-cari mak di jalan yang aku dengan ayah lalui tadi. Kut-kut mak tercari-cari kitorang. Sebaik sahaja ternampak mak, laju tangan aku melambai, mencuba menarik perhatiannya.
“Ayah mana?” mak menyoal.
“Beli air,” aku menjawab sambil menunjukkan kedai yang ayah masuk tadi.
“Siapa punya air yang ada ais tu? Lisa ya?” mak bertanya apabila terpandangkan segelas air di atas dulang yang ditatang ayah. Aku hanya mampu menayangkan gigi dengan muka tak bersalah. Takut jugak kalau mak marahkan aku dekat sini.
“Lisa… Lisa tahu kan Lisa tak boleh minum ais? Kenapa degil sangat ni? Hrm? Dah banyak kali mak pesan. Nanti batuk, awak jugak yang susah,” bebel mak. Nasib baiklah perlahan. Kalau tak, malu je aku dekat sini.
“Tak apalah. Sekali-sekala, biarlah dia. Teringinlah tu…” tenang ayah menjawab, memenangkan aku. Aku tersenyum senang.
“Mak, Mak Long jauh lagi ke? Dia dah sampai mana tadi?” sengaja aku menukar topik perbualan. Risau jugak kalau mak membebel lagi.
“Tadi Mak Long kata dah sampai Machap. Tak lama lagi sampailah tu.”
Aku mengangguk tanda faham. Sesekali mata meliar ke arah kedai-kedai yang menjual bermacam-macam makanan ringan. Mata aku terpandangkan lolipop berwarna warni yang diletakkan diluar kedai. Nampak manis dan sedap. Aku memandang ayah yang duduk dihadapan. Kalaulah ayah boleh baca fikiran aku sekarang…
“Nah. Ambillah. Beli apa-apa untuk buat makan dalam kereta.”
Sekeping kertas berwarna merah diletakkan dihadapan aku. Mata aku membulat. Terasa nak senyum sampai ke telinga, tapi nanti mak bising pulak. Perlahan-lahan duit di atas meja aku capai dan…
“Tiga ringgit dik.”
Aku menghulurkan duit kertas yang diberi ayah tadi. Tiga ringgit? Untuk lolipop bentuk bulat yang kecik macam ni? Mahalnya! Tak apalah, duit ayah. Bukannya duit aku. Aku tersenyum senang. Plastik yang membalut lolipop aku buka dan lolipop berwarna warni tu selamat masuk di dalam mulut aku. Ah! Sedapnya! Manisnya!
“Ini bukan beli makanan untuk dalam kereta, ni beli makanan makan dekat sini ni,” tegur mak.
Aku hanya tersengih, menayangkan muka tak bersalah seperti selalu. Terperasankan Mak Long dengan Pak Long yang sudah tiba, aku menghulurkan tangan untuk bersalam keduanya.Ala … kerusi aku dah kena duduklah pulak!
Aku hanya tersengih, menayangkan muka tak bersalah seperti selalu. Terperasankan Mak Long dengan Pak Long yang sudah tiba, aku menghulurkan tangan untuk bersalam keduanya.
“Pergilah duduk dengan Abang Hafiz dekat sebelah tu,” arah mak apabila aku setia berdiri di sebelahnya.
Aku mendongakkan kepala, mencari-cari pemilik nama yang disebut mak. Abang Hafiz tengah duduk berseorang di meja sebelah ayah. Dengan malas, aku menarik kaki ke arah meja tersebut.
Sebaik sahaja duduk, aku memandang Abang Hafiz dari hujung mata. Dia tengah leka bermain dengan handset di tangan. Mesej mak we agaknya.
Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Lolipop di tangan masih setia dimakan. Sesekali tangan menyelitkan rambut yang terjuntai di telinga. Rimas! Setelah bosan melihat orang ramai, aku kembali memandang ke hadapan. Tanpa sedar, aku berbalas pandang dengan Abang Hafiz. Tapi tak lama. Abang Hafiz awal-awal sudah mengalih pandang ke tempat lain. Tak tahu hendak berborak apa, aku hanya mendiamkan diri sejak awal aku duduk di hadapan dia. Dia pula tak bertanya apa. Hatta, tentang UPSR aku pun. Huh! Bosannya bakal ustaz ni!
Sabtu
Aku berjalan-jalan di sekeliling kampung dengan menaiki basikal milik Tok Dolah. Panas terik cahaya matahari aku tak hiraukan. Inilah yang seronok balik kampung, pokok banyak, jadi tak adalah panas mana walaupun aku berjalan tengah-tengah hari buta macam ni.
Aku berjalan-jalan di sekeliling kampung dengan menaiki basikal milik Tok Dolah. Panas terik cahaya matahari aku tak hiraukan. Inilah yang seronok balik kampung, pokok banyak, jadi tak adalah panas mana walaupun aku berjalan tengah-tengah hari buta macam ni.
Sampai di jambatan sempit, aku terpandangkan cucu-cucu Nek Siah yang tengah memancing menggunakan buluh. Kata mak, mereka ni dua pupu aku. Laju aku membrek dan berhenti di situ. Basikal Tok Dolah aku baringkan di atas rumput. Daripada jauh aku menjerit memanggil mereka.
“Ayob! Yunus! Usop!” aku menjerit.
Ketiga-tiga beradik itu menoleh. Ayob meletakkan telunjuk dibibir. Melarang aku menjerit lagi.
“Larilah ikan nanti!” marahnya dengan menjerit jugak.
“Abang, kau pun jeritlah!” Yunus membebel.
Ayob memuncungkan muka. Aku tergelak apabila mendengar Yunus memarahi Ayob.
“Bila kau sampai Lisa?” Yusuf bertanya sebaik sahaja aku duduk disebelahnya.
“Malam tadi.” Jawabku pendek. Mata memerhatikan air sungai yang deras mengalir.
“Dah dapat banyak ikan ke?” soalku.
“Belum. Daripada pagi kitorang lepak dekat sini. Tapi rezeki tak ada lagi. Ikan puasa kut!” balas Ayob selamba.
“Hahaha! Banyaklah kau ikan puasa.”
Ayob turut sama tergelak mendengarkan lawak yang dibuatnya tadi.
“Kau lepak sini, mak dengan ayah kau tahu tak?” Yunus bertanya.
Aku mengangguk.
Aku mengangguk.
“Ramai dekat rumah sana ? Apa projek hari ni?” soalnya lagi.
“Biasalah. Yang perempuan kemas rumah…” balasku nak tak nak.
“Kau tak kemas pulak eh?” Ayob mencelah.
Kureng betul mamat ni sindir aku. Tak agak-agak. “Eh? Aku perempuan ke?” soalku selamba.
“Eleh! Tak mengaku perempuan. Rambut tu dah panjang mengalahkan pontianak dah aku tengok!” kutuknya.
Aku mencebik. “Aku malaslah! Dah ramai yang kemas. Aku rasa dah siap pun,” laju aku memberikan alasan. Lagipun, betul apa? Bukannya tak ada orang lain dekat rumah tu. Kalau tak ada orang, memang tak patutlah aku tinggalkan. Hahaha!
Bunyi enjin kereta yang menghampiri membuatkan aku menoleh ke arah jalan. Eh? Macam pernah nampaklah kereta ni. Aku masih lagi berusaha melihat pemandu kereta. Erk! Abang Hafiz! Muka aku berubah. Laju aku mengalih pandangan ke arah sungai. Aduh! Kantoi! Janganlah….
“Siapa?” soal Yusuf apabila melihat muka aku berubah.
“Abang Hafiz.”
“Abang Hafiz? Anak Mak Long kau kan ? Kenapa kau takut sangat? Kau gaduh dengan dia ke?” serkap Yusuf.
Aku menggeleng. Jangankan bergaduh, bercakap pun dah jarang sekali. “Tak adalah.” Risau dia cakap dengan mak ayah je aku dekat sini!
Yusuf memandang aku tak percaya. Aku buat muka bersahaja.
“Lisa, malam ni malam raya kan ?”
“Ha’ah…” aku mengangguk tanpa memikirkan apa-apa.
“Kitorang ada projek. Kau nak ikut?” soal Yusuf dengan kening sengaja dijungkitkan dua tiga kali.
Aku terdiam. Mencari-cari jawapan. Nak ikut ke tidak? Selalunya, malam-malam raya ni satu je projek diorang. Buat nakal, main mercun dekat-dekat rumah orang. Selalu sangat Tok Dolah membebelkan perangai diorang ni setiap kali raya. Memandang muka Yusuf dengan riak nakal tu, aku bagaikan tergoda untuk mengikut sekali.
Aku terdiam. Mencari-cari jawapan. Nak ikut ke tidak? Selalunya, malam-malam raya ni satu je projek diorang. Buat nakal, main mercun dekat-dekat rumah orang. Selalu sangat Tok Dolah membebelkan perangai diorang ni setiap kali raya. Memandang muka Yusuf dengan riak nakal tu, aku bagaikan tergoda untuk mengikut sekali.
Tanpa menunggu lama aku menjerit.
“NAK!!!”
Wah! Inilah baru namanya raya!
“Lisa? Kamu daripada mana ni?” Mak menyoal sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.
Terpandangkan muka serius mak, aku hanya menyayangkan gigi. Tersengih.
“Kamu berjemur ya? Kan tengah panas ni. Kamu merayap ke mana?”
Soalan yang tadi pun masih belum terjawab, mak dah menyoal aku dengan soalan lain.
“Lisa saja jalan keliling kampung tadi. Lama tak balik mak. Lisa jumpa Nek Siah sekejap. Lepas tu keluar dengan cucu-cucu dia.”
“Cucu dia yang mana? Kan ramai cucu dia. Jangan cakap kamu ikut si budak bertiga tu buat perkara yang pelik-pelik ya?” mak mengugut. Aku memuncung. Bukannya jahat sangat budak bertiga tu. Dah nama lagu lelaki, nakal sikit-sikit itu adatlah. Mak ni semenjak kecil dia tak bagi aku bermain dengan budak bertiga tu kalau balik rumah. Tak faham aku.
“Daripada kamu duduk merayap dekat luar, lagi baik kalau kamu tolong mak kemas rumah Tok ni, Lisa.” Mak menyambung bebelannya.
Aku terkulat-kulat berdiri di hadapan pintu masuk. Mata menjeling ke arah jam yang tergantung. Empat setengah. Memang padanlah mak membebel berjela.
“Hah! Tak payah nak berdiri dekat situ lama-lama. Pergi solat. Dah pukul berapa dah ni?”
Aku berjalan malas menuju kebilik. “Lisa cutilah mak. Kan Lisa dah cakap pagi tadi,” perlahan aku membalas. Malu oh kalau ada lelaki yang dengar!
Mak mengangguk. “Ialah. Dah, pergi ke dapur. Tengok apa yang boleh ditolong. Awak tu perempuan,
“Iye… iye…!” aku hanya menurut.
Malas mahu bertekak. Kaki diatur ke arah dapur. Terpandangkan mak leka dengan kerjanya, aku berpusing menuju ke bilik. Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam bilik, katil yang sudah dikemas bagaikan memanggil-manggil untuk aku tidur. Letih dan penat!
“Lisa…. Lisa? Bangun, sayang!” lembut suara ayah mengejut.
Aku terpisat-pisat bangun daripada tidur. “Kenapa, yah?” soalku sambil tangan menutup mulut menahan kuap.
“Bangunlah. Dah lima suku dah ni. Semalam Lisa kata nak berjalan pergi bazar?” soal ayah lembut.
Laju aku bangun. Ayah pula yang terkejut melihat aku.
“Nak gerak sekarang ke?” soalku sebaik sahaja mata terasa segar.
Ayah mengangguk. “Pergilah basuh muka dulu. Ayah tunggu di ruang tamu.”
Aku hanya mengangguk.
“Ayah! Jom!!” semangat aku memanggil ayah. Padahal, tak adalah jauh mana bilik dengan ruang tamu.
Ayah hanya menggeleng melihatkan tingkah aku.
“Kita berdua je? Orang lain tak ikut?” aku bertanya apabila hanya ayah seorang yang menunggu di atas sofa.
Ayah menggeleng. Melihatkan gelengan ayah, aku sedikit blur. Habis tu, siapa lagi yang ikut?
“Tu. Abang Hafiz ikut sekali. Dia tolong ambilkan order orang dapur,” jelas ayah.
Aku tergamamMelihat Abang Hafiz yang sudah duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Melihatkan cara mak dengan ayah, rasanya Abang Hafiz tak mengadu yang aku melepak dengan budak bertiga tadi. Kalau dia mengadu, mesti mak orang pertaman yang marah. Nasib baik!
“Lisa?”
“Hrm?” aku menoleh ke arah Abang Hafiz yang berjalan di sebelah. Eh? Mana ayah? Mataku melilau-lilau mencari. Ceh! Ayah tengah leka melihat kuih muih di gerai yang aku lalu tadi.
“Lisa tak terfikir ke nak pakai tudung terus?”
Aku memandang Abang Hafiz sedikit pelik. Pelik dengan soalan yang keluar daripada mulutnya secara tiba-tiba tu.
“Nanti-nantilah. Panas,” balasku selamba. Mak dengan ayah tak pernah bising, tiba-tiba ustaz to be ni dah tegur. Aku mencebik.
“Abang rasa, Lisa dah capai umur untuk wajib menutup aurat, kan ?”
Aku menelan air liur. Cis! Dia tahu? Dia dengar ke tadi? Muka aku panas sekejap.
“Lagipun Lisa, panas dekat dunia ni… sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan panas dekat neraka tau,” sempat dia menasihati aku semasa kami berjalan.
Aku menghela nafas perlahan. Tak pasal-pasal dapat tazkirah petang-petang ni. Kalau aku tahu tadi, baik aku tidur terus dalam bilik.
“Abang tak rasa… abang bolehlah cakap. Cuba abang jadi perempuan, baru abang tahu panas ke tak,” rungutku.
“Susah betul jadi perempuan ni tahu? Itu tak boleh, ini tak boleh. Menyusahkan.”
Aku menjeling Abang Hafiz di sebelah. Eh? Dia senyum aku cakap macam tu? Mesti dia malas nak layan budak baru lepas UPSR macam aku. Hahaha! Bagus! Tak kuasa aku nak mendengar dia ajar agama Islam dekat bazar Ramadhan ni.
“Lisa pernah dengar kisah macam mana Allah ciptakan Syurga dan Neraka tak?”
Aku termangu-mangu apabila Abang Hafiz menukar soalan.
Aku termangu-mangu apabila Abang Hafiz menukar soalan.
“Tak. Macam mana cerita dia?” entah kenapa, aku teringin untuk tahu.
“Masa Allah ciptakan Syurga kan , Allah suruh malaikat Jibril pergi tengok. Lepas tu, Jibril jumpa Allah balik dan dia cakap, ‘Ya Allah, jikalau manusia melihat Syurga, pasti mereka berebut-rebut untuk masuk.’ Lepas tu Allah buat challenge untuk manusia tempuh untuk dapat hadiah Syurga ni dan suruh Jibril tengok balik. Lisa agak-agak apa Jibril jawab?”
Aku hanya menjongketkan bahu.
Abang Hafiz tidak meneruskan ceritanya. Dia berhenti dan membeli sedikit makanan di gerai sebelah. Aku jadi tak sabar. Sebaik sahaja dia selesai membeli, aku bertanya cerita selanjutnya. Abang Hafiz memandang aku dengan senyuman.
“Lisa tahu tak jawapan dia?” soalnya lagi.
Hai dia ni… “Tak taulah. Abang cerita ajelah,” kataku sedikit geram. Bak bercerita tapi sangkut-sangkut. Buat orang geram je!
“Jibril pun cakap, ‘Ya Allah, jika manusia melihat challenge ni, mesti tak ada yang sanggup tempuh.’ Lepas tu, Allah ciptakan Neraka. Dan macam Syurga tadi, Allah suruh Jibril tengok. Lepas tu Jibril pun cakap, ‘Ya Allah, jikalau manusia melihat Neraka, pasti mereka takut untuk masuk.’ Dan Allah pun buat ujian untuk manusia dan kembali menyuruh Jibril melihat. Dan Jibril pun berkata, ‘Ya Allah, kalau manusia melihat ujian ni, mesti manusia ramai yang masuk neraka.’ Lisa tahu sebab apa?”
Sekali lagi dia bertanya. Aku menggeleng.
“Sebab, ujian untuk masuk Neraka ni menarik Lisa. Semua perkara yang nafsu kita suka, semua membuatkan kita bakal menjadi penghuni neraka. Lisa nampak tak?”
Heh? Nampak apa? Aku tayang muka blur.
Abang Hafiz tergelak. “Tak fahamlah tu,” komennya.
Aku tersenyum tawar. Malu!
“Untuk mendapatkan Syurga, kita kena bersusah payah, Lisa. Dan tak ramai manusia yang nak hidup susah. Tapi, bila melakukan maksiat, ia senang. Sebab itulah ramai yang ke neraka! Jadi Lisa, buat perkara yang diperintahkan Allah memang susah. Pakai tudung, memang susah. Tapi, Lisa mesti nak Syurga Allah kan ?”
Aku tergamam dengan apa yang di katakan oleh Abang Hafiz. Tak sangka cerita panjang lebarnya hanya untuk ‘memujuk’ aku.
“Nanti-nantilah,” balasku malas.
“Lagi satu…”
Aku menoleh apabila Abang Hafiz kembali bersuara.
“Lisa cakap Lisa susah jadi perempuan?”
Aku diam tak berkutik. “Bersangka baik kepada Allah, Lisa. Lisa pernah terfikir tak Allah jadikan Lisa perempuan sebab nak bagi Lisa senang masuk Syurga?”
“Hah? Apa kena mengena?”
“Lisa, jadi perempuanlah yang paling beruntung Lisa. Selagi Lisa ikut perintah Allah, cakap mak ayah, senang Lisa masuk Syurga. Tapi Lisa kena ingat satu perkara!”
Mata aku terkebil-kebil menunggu sambungannya.
“Senang masuk Syurga, senang juga masuk Neraka, Lisa. Allah itukan Adil? Lisa hanya perlu pilih je. Abang rasa Lisa bukan setakat dah mumayyiz, tetapi dah baligh dah. Akal Lisa dah boleh fikir apa yang baik, apa yang buruk.”
Dan perjalanan kami di bazar Ramadhan tamat sebaik sahaja celoteh Abang Hafiz tamat. Tak sangka petang ni tiba-tiba dia banyak cakap!
Aku terjeling-jeling jam yang tergantung di dinding ruang tamu. Kemudian, aku kembali memandang ayah dengan pak cik-pak cik ku yang lain di luar rumah. Ada yang tengah mengacau dodol, ada yang tengah membakar lemang. Aku berjalan ke arah dapur. Mak tengah sibuk mengacau rendang di atas dapur. Aku berdiri di pintu dapur seketika. Nak cakap dengan mak ke… cakap dengan ayah? Akhirnya, aku melangkah kembali ke ruang tamu. Selipar berwarna hitam aku sarungkan ke kaki.
“Ayah!”
Ayah menoleh apabila terdengar aku memanggil. Sebenarnya bukan ayah seorang je, Abang Hafiz yang tengah duk membelek buluh lemang di sebelah turut menoleh sama. Aku buat-buat seperti Abang Hafiz tidak wujud di sebelah. Mana tidaknya, masa di bazar… bermacam-macam cerita dia keluar. Sampai rumah, mulut dia terus berzip sampai sekarang. Macam masa mula-mula jumpa semalam. Aku mencebik. Tak faham aku! Huh! Tanpa menunggu lama, terus aku meminta kebenaran daripada ayah untuk keluar.
“Nak pergi mana?”
Err… “Saja. Jalan-jalan kampung. Malam-malam macam ni, mesti meriah.” Aku menjawab separuh jujur. Kalau jujur sepenuhnya, memang tak adanyalah ayah nak bagi aku keluar dengan budak bertiga tu.
“Pergilah. Jangan buat pelik-pelik,” pesan ayah.
Aku dah tersenyum sampai ke telinga. Yezza! Ayah memang sporting. Kalau mak? Tinggal harapan sahajalah hajat aku tadi. Tanpa berlengah, aku mencapai basikat Tok Dolah yang tersandar di tepi dinding rumah. Laju aku mengayuh basikal ke tempat yang kami janji untuk berjumpa tadi.
“Kenapa bawak basikal?” tegur Yusuf.
Aku hanya tersengih. “Aku malaslah nak berjalan. Korang jalan ajelah bertiga. Aku naik basikal,” ujarku.
Ayob membuat muka. “Daripada siang tadi kau dengan malas kau,” sempat Ayob mengutuk.
“Bisinglah kau!” malu jugak bila kena sindir dua tiga kali. Habis? Takkanlah aku nak berjalan kaki sampai kesini. Takut aku!
“Jomlah. Kita pergi dekat kebun nenek aku dekat hujung kampung. Projek baik punya…” ajak Yunus.
Aku sedikit teruja. “Meriam ke?”
“Eh! Mestilah. Tak mainlah mercun kecik-kecik ni. Tapi kalau kau nak, aku ada je!” kata Yusuf. Tangannya menyeluk ke dalam poket baju melayu lalu menunjukkan aku beberapa kotak mercun mancis.
“Lisa, aku pun ada jugak.” Ayob menunjukkan beberapa papan mercun papan dan akhirnya 2 buah mercun air bomb. Wah! Air bomb yang best ni. Best tengok orang main, aku mana reti main mercun! Ini first time ni tengok orang main depan mata ni.
“Jauh lagi ke kebunnya Ayob?” aku bertanya. Tak sabar rasanya nak menggegarkan kampung dengan bunyi meriam dan mercun walaupun bukan aku yang main.
“Dah tak jauh lagi. Hah! Itu dia.”
Yunus sudah berlari mendapatkan meriam yang tersimpan di suatu tempat. Tak lama dengan itu, Kampung Geliga sudah bergegar dengan bunyi meriam. Dah macam perang Jepun dah aku rasa. Kemudian aku tergelak sendiri. Macamlah aku ada masa zaman tu. Hahaha!
Selepas bermain meriam, kami berjalan kembali ke kampung. Ayob menyalakan mercun papan. Aku hanya ketawa gembira. Seronok menikmati malam-malam raya dengan bunyi mercun di sekeliling kampung walaupun surau di kampung tengah melaungkan takbir raya.
Aku tidak lagi membonceng basikal. Langkah diatur bersama-sama iga beradik ni. Dua tiga kali juga aku dioffer untuk menyalakan sendiri mercun, tapi aku mengelak. Takut aku!
“Lisa! Berhenti!” suara Yusuf yang tiba-tiba menjerit mengejutkan aku. Laju aku menoleh ke arah mereka bertiga yang sedikit ke belakang.
“Apa?”
“Kebelakang. Sekarang!” gesa Yusuf lagi.
Aku tiba-tiba menjadi kalut. Kenapa ni? Tidak sempat aku berundur, terdengar letupan di kaki. Aku terkejut!
“Itulah. Ayah dah pesan tadi jangan buat menda pelik-pelik. Pergi jugak ikut budak bertiga ni main mercun! Lisa tu perempuan. Bukannya lelaki! Janganlah nak tunjuk hero sangat!” bebel Abang Hafiz sesama dia sedang melihat tapak kaki aku yang sedikit melecur. Ayob, Yusuf dan Yunus hanya memerhatikan di sebelah. Nasib baiklah mercun mancis tu tak betul-betul meletup dekat kaki. Ada nanti esok aku beraya di hospital.
“Ok tak ni? Boleh jalan tak? Kalau tak, abang bawak.”
Hah? “Bawak?!” sedikit terjerit aku bertanya.
“Bawak naik basikal lah. Takkan abang nak dukung Lisa pulak.” Balasnya tak berperasaan. Kaki aku masih dibeleknya.
Oh! Isk. Memalukan diri je. Fikir jauh sangat! Nasib baiklah Abang Hafiz ada masa kaki aku terkena mercun. Kata dia, ayah yang suruh tengok-tengokkan aku. Risau aku buat benda pelik-pelik agaknya. Hrm… nampaknya, ayah pun tak berapa percaya sangat aku ni. Nakal sangat agaknya!
“Insya Allah tak ada apa ni. Cuma sakit sikitlah nak berjalan.” Kata Abang Hafiz menyedapkan hati aku.
“Ayob, Yunus, Usop. Abang bawak Lisa balik dulu. Kamu bertiga jangan seronok sangat main. Ada hilang tangan, hilang kaki nanti.”
Ayob, Yunus dan Yusuf hanya mengangguk. “Baiklah, abang!”
“Lisa, jom. Kita balik.”
Aku mengangguk lalu mengambil tempat di tempat pembonceng. Sementara Abang Hafiz mengayuh basikal, aku teragak-agak ingin memanggil dia.
“Abang!”
“Hrm…?”
“Sorry. Terima kasih jugak sebab tolong.”
“Hrm… tak apa. Ayah yang minta tolong tadi,” balasnya perlahan. Basikal masih setia di kayuh menuju ke rumah.
“Abang?”
“Ye, Lisa. Ada apa?”
“Jangan beritahu mak dengan ayah eh? Cakap ajelah Lisa terjatuh basikal…” pintaku sedikit merayu. Takut juga kalau ayah naik angin.
“Lisa nak ajar abang bohong ke?”
Aku terkelu. “Bukanlah macam tu…”
“Kalau diorang tanya, abang carita ajelah yang betul. Apa masalahnya?” selamba Abang Hafiz berkata.
Aku sudah serba tak kena. Mati aku kena dengan ayah ni. “Tolonglah abang. Nanti Lisa kena marah. Abang bukan tak tahu mak Lisa garangnya macam mana. Nanti kalau ayah marah jugak, macam mana? Kesianlah kat Lisa…” rayuku lagi.
Abang Hafiz tak memberikan apa-apa reaksi. Rumah Tok Dolah semakin kami hampiri.
“Apa yang abang dapat kalau abang tolong Lisa? Hrm?”
Aku menyeluk-nyeluk kocek seluar. Sebiji gula-gula yang aku dapat daripada kereta ayah tadi aku keluarkan.
“Abang dapat ni.”
Gula-gula Choclairs aku hulurkan ke arah dia. Abang Hafiz memberhentikan kayuhannya. Gula-gula yang masih ditangan aku dia pandang.
“Choclairs?” soalnya seakan tidak percaya.
“Ni gula-gula favourite Lisa. Kalau abang saggup tolong, Lisa pun sanggup bagi,” bohongku. Walhal gula-gula ni pada aku biasa-biasa sahaja.
Teragak-agak Abang Hafiz mengambil. Gula-gula bertukar tangan. “Ok.”
Aku tersenyum senang. “Hee… abang ambil rasuah!”
Spontan Abang Hafiz memandang muka aku. Matanya dibulatkan.
“Ok ok. Lisa gurau je. Janganlah serius sangat abang ni. Lisa bagi ikhlaslah,” aku tarik kembali kata-kataku. Memang serius bakal ustaz ni. Tak best! Tapi, aku tetap nak tergelak apabila teringatkan muka dia yang berubah seratus peratus bila aku cakap tentang rasuah. Ialah! Kan aku tengah bribe dia supaya tak kantoikan aku. Hahaha!
Ahad
Aku menyalami tangan Tok Dolah dengan Nek Yah. Kemudian, aku melutut di hadapan mak dengan ayah untuk bersalam dan memohon maaf. Kaki yang sedikit sakit aku tahan. Nasib baiklah mak dengan ayah malam tadi tak bertanya lebih-lebih.
Aku menyalami tangan Tok Dolah dengan Nek Yah. Kemudian, aku melutut di hadapan mak dengan ayah untuk bersalam dan memohon maaf. Kaki yang sedikit sakit aku tahan. Nasib baiklah mak dengan ayah malam tadi tak bertanya lebih-lebih.
“Lisa mintak maaf, ayah. Halalkan makan minum Lisa…” terasa sayu pula di pagi raya ni.
Ayah mengangguk sambil tangannya kepala aku yang kini bertudung. Entah bila Abang Hafiz meletakkan tudung ni sekali dengan baju raya aku di dalam plastik. Bagi mengelakkan hadiah ini tak digunakan, aku mengambil keputusan untuk memakainya. Biarlah pada umur 12 tahun ini, aku mula memakai tudung.
Ayah mengangguk sambil tangannya kepala aku yang kini bertudung. Entah bila Abang Hafiz meletakkan tudung ni sekali dengan baju raya aku di dalam plastik. Bagi mengelakkan hadiah ini tak digunakan, aku mengambil keputusan untuk memakainya. Biarlah pada umur 12 tahun ini, aku mula memakai tudung.
Aku menuju ke arah mak. Perkara yang sama aku lakukan. Mak tak menunggu lama, tubuh aku di tarik dan kedua belah pipi aku mak cium.
“Mak maafkan. Mak sayang Lisa. Marah mak, bukan sebab mak tak sayang… tapi mak nak Lisa jadi anak yang baik. Yang solehah, mendengar kata…”
Tiba-tiba aku terasa sebak mendengarkan kata-kata mak.
“Kalau mak tak sayang, tak ada mak bela kamu daripada kecil, Lisa. Ni kaki ni. Kalau mak tahu kamu nak main mercun, tak ada mak benarkan ayah kamu bagi kamu keluar. Tapi itulah…” mak tidak menyambung kata-katanya.
Aku menjeling ke arah Abang Hafiz dari hujung mata. Kureng! Dia kantoikan aku. Argh!!!
“Lepas ni, jangan buat benda pelik-pelik lagi. Tanya mak dengan ayah dulu. Jadi anak yang mendengar kata. Kalau Lisa teringin jugak nak main mercun, sabarlah. Tunggu kat Syurga nanti. Kan apa sahaja yang kita nak kita dapat?”
Erk! Aku hanya menundukkan kepala. Terasa tangan ayah turut mengusap belakang aku. Anak tunggal, aku terasa sangat disayangi!
Kini
Bunyi mercun di luar rumah mengingatkan aku kepada kenangan lama. Sahur-sahur orang main mercun? Pelik benar! Mata terpandangkan tiga biji gula-gula Choclairs di atas meja milik Abang Hafiz. Satu persatu kenangan menerpa minda.
Bunyi mercun di luar rumah mengingatkan aku kepada kenangan lama. Sahur-sahur orang main mercun? Pelik benar! Mata terpandangkan tiga biji gula-gula Choclairs di atas meja milik Abang Hafiz. Satu persatu kenangan menerpa minda.
“Hah!” aku sedikit terjerit. Aku dah ingat. Aku dah ingat! Tapi…. betul ke assumption aku ni?
“Kenapa Lisa menjerit, Lisa?” Abang Hafiz menyoal daripada dalam bilik.
Aku mencapai 3 biji Choclairs tadi dan berjalan menuju ke bilik. Abang Hafiz memandang aku. Lembut pandangannya.
“Lisa dah ingat peristiwa apa yang buat abang suka gula-gula ni,” kataku. Tanganku menunjukkan apa yang berada di tangan.
Wajah Abang Hafiz hanya bersahaja. “Kenapa?”
Aku tersenyum nakal. “Abang suka lepas tahu ni gula-gula favourite Lisa
Aku ternampak muka Abang Hafiz sedikit memerah. Aku terpaku. Kali pertama Abang Hafiz malu dengan aku.
“Mana ada!” Dia menafikan.
Aku mencebikkan bibir. “Iyalah. Tak nak mengaku sudah. Tapikan… ada benda yang Lisa nak mengaku dengan abang, ni.”
Abang Hafiz terhenti mengemas beg dia. Petang ni kami akan pulang ke kampung Tok Dolah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebab itulah dia kemas baju awal, takut tidak sempat untuk berkemas selepas sekolah nanti.
“Apa dia?” soalnya perlahan.
Aku tersengih. “Sebenarnya, gula-gula ni bukannya favourite Lisa pun…” kataku.
Muka Abang Hafiz sedikit berubah. Nah! Betulkan peristiwa tu yang buat dia suka gula-gula ni.
“Jadi Lisa bohong abang?”
“Hrm… Lebih kurang.” Balasku tak bersalah. “Tapi kira fair and square lah sebab abang kantoikan dengan mak dengan ayah yang Lisa pergi memancing dengan main mercun. Oklah tu kan ?”
Abang Hafiz menggeleng. Tanganku dicapai dan tanpa sedar, dia menghampiri.
“Tak kisahlah Lisa tipu ke tak. Yang pasti abang suka gula-gula ni.” Sebiji gula-gula bertukar tangan.
“Dan memang betul, peristiwa tu yang buat abang suka gula-gula ni. Lagi-lagi orang yang bagi…” terasa badan aku erat dipeluk Abang Hafiz. Muka aku memanas. Laju aku menolak dia, melepaskan diri.
“Sudah-sudah. Pergi siapkan kemas. Nanti dah nak Subuh. Esok ada kelas pulak tu,” kataku. Sengaja mengelakkan diri daripada dia. Serentak dengan itu, aku melangkah keluar. Bibir mengukir senyum. Masih awal lagi. Sebiji gula-gula Choclairs aku masukkan ke dalam mulut. Manis. Semanis pembelinya. Bibir masih tidak berhenti tersenyum. Ah sudah! Apa kena dengan aku ni?!
No comments :
Post a Comment