arissaadelia.blogspot.my
"Mak, macam mana keadaan Arrys?"
"Macam mana boleh kena denggi berdarah ni?"
bertalu-talu soalan keluar dari mulut Razif Iqram.
Dia cemas. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Keadaan di
luar unit rawatan rapi itu sedikit huru-hara. Masing-masing menunggu dengan
penuh harapan. Ada juga yang menangis kehilangan orang yang tersayang.
"Arrys dah demam tiga hari dah, dia tak bagi tahu...pergi
klinik sorang-sorang dia je. Bila mak sampai rumah dia hari tu, nampak teruk
sangat sampai muntah darah. Muka pucat lesi. Itu yang suruh Allyn terus hantar
dia ke hospital. Sampai aje dia pitam, terus masuk emergency room..doktor
kata dia kena denggi berdarah," Puan Rohayu teresak-esak.
Razif mengeluh kesal. Badannya tersandar di dinding
hospital. Pintu bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) masih tertutup rapat. Tiada
seorang pun dibenarkan masuk buat masa ini. Hatinya melonjak mahu melihat wajah
kesayangannya selama ini. Wajah yang sudah lama ditinggalkan. Dia amat merindui
wajah itu.
"Mak! Macam mana dengan Kak Ngah?" Adryana dan
Afiq tiba sambil meluru mendapatkan Puan Rohayu. Mereka berpelukan sambil
airmata berjujuran.
"Eh, kau buat apa kat sini?" Berang Afiq melihat
Razif turut berada di situ. Leher Razif dicekaknya.
"Err..Afiq..tolong..Abang nak tengok Kak Ngah la Fiq.
Please...dah lama..."
"Dah lama apa? Dah lama kau tak menyusahkan hidup dia?
Eh, cukup-cukup la kau nak sakitkan hati dia. Jangan nak tambah beban dia lagi.
Baik kau berambus dari sini sebelum aku belasah kau cukup-cukup!"
"Fiq...Mak yang call Abang Razif kau ni. Jangan biadap
macam ni, hormat sikit."
"Mak, orang macam ni kita nak hormat?" Mata Afiq
berkaca-kaca. Dia yang bersama Arrysa sepanjang lelaki itu tiada. Dia yang
tengok semua penderitaan yang ditanggung oleh kakaknya disebabkan lelaki itu.
Perlu ke dia hormat lagi?
"Mak..jangan termakan dengan kata-kata dia, jangan
terbeli dengan wang ringgit dia..Fiq tak boleh lupa apa yang dia dah buat pada
Kak Ngah dulu. Fiq benci lelaki tak bertanggungjawab macam dia ni!!!" Satu
penumbuk hinggap ke muka Razif, bekas abang iparnya suatu ketika dulu. Puas!
Razif tidak membalas. Darah pekat mengalir di celah
bibirnya. Dia faham marah Afiq padanya.
"Eh Razif! Manusia pegang pada janji, lembu pegang pada
talinya. Kau ni...kau ni...bukan manusia bukan lembu, tahu tak! Cakap tak
serupa bikin!!! Empat tahun...empat tahun baru kau nak muncul, buat
apa!!!" berapi-api marah Afiq. Tak ada panggilan abang lagi buatnya.
Hormat hilang terus.
"Sudah! Tak usah bertengkar kat sini. Malu orang
tengok, Fiq. Kak Ngah kamu tengah sakit tu..nak bertumbuk ke apa, pergi kat
luar sana!"Puan Rohayu mencelah. Kalau dibiarkan jadi kes besar pula kat
situ.
"Mak, maafkan Razif...maafkan Razif! Benar kata Afiq,
saya memang lelaki yang tak bertanggungjawab. Saya tinggalkan Arrys masa dia
mengandung enam bulan. Saya tak berada di sisinya di saat dia amat perlukan
saya..." Air mata deras mengalir dari kelopak mata Razif.
Puan Rohayu makin sebak. Sedih mengingatkan apa yang dilalui
anaknya. Adryana memeluk bahunya erat. Walaupun marah dan kecewa dengan
tindakan Razif sebelum ini, tidak tergamak pula mahu memarahinya ketika ini.
Syukurlah Razif sudah sedar kesilapannya dulu.
"Waris Arrysa Izreen Maleeq! Ibu, ayah atau suami boleh
masuk sebentar!" Laungan seorang jururawat mengejutkan mereka. Semua
berpaling dan meluru ke arah jururawat itu.
"Saya..su..." kata-kata Razif terhenti di situ.
Arrysa bukan lagi isterinya, mana mungkin dia boleh mengakui hubungan itu lagi.
Afiq menjeling tajam. Nak rasa penumbuk lagi ke dia ni?
"Saya ibunya..ni bekas suami anak saya..boleh benarkan
dia masuk?" ujar Puan Rohayu pula memohon pertimbangan.
Jururawat itu diam seketika kemudian mengangguk. Pintu bilik
ICU tertutup semula.
~~~~~~~~~~~
"Mama, jom la main masak-masak!" rengek Nellysa
lagi. Langkahnya mengikuti ke mana sahaja mamanya pergi. Ke dapur, ke ruang
tamu semula dan ke bilik. Ayat itu sudah diulang berkali-kali. Muncung itiknya
yang comel itu pun dah kelihatan. Hentakan kaki je belum lagi.
"Sayang...mama tak larat lar...cuba rasa ni, panas tak
dahi mama?" Tangan kecil Nellysa diraih dan dibawa ke dahinya.
"A'ah..Panas lar mama...mama sakit ke?" Terkejut
benar Nellysa. Tangannya bergerak memeriksa seluruh badan Arrysa.
"Hurmm...mama demam la sayang..." lemah suara
Arrysa. Tekak rasa perit yang amat. Nak telan air liur sendiri pun sakit.
Bibirnya juga sudah kering.
"Okay...mama tidur dulu. Bangun nanti mama sihat lar
kan? Baru kita main masak-masak eh?" Arrysa tersenyum. Anak kecil itu
manalah tahu apa erti sebenarnya sakit. Dia mengangguk perlahan.
"Yeayyy!" Nellysa terus berlari ke dapur. Ambil
coklat lar tu, fikir Arrysa.
Dia cuba melelapkan matanya. Terasa urat sendi
berdenyut-denyut. Lemah segala anggota badan. Dua kali sudah panadol ditelannya
namun kepala masih terasa berpusing-pusing. Tekanan pada bola mata tak mampu
ditahan. Beberapa kali juga dia muntah-muntah. Perut pun terasa sakit. Nasi
lemak dan kuih yang dikirim pada Pak Mat jiran sebelah rumah pagi tadi juga tak
disentuh. Tak ada selera langsung nak makan. Sudah lama dia tak demam teruk
macam ni. Selalunya dengan panadol Acti-Fast pun dia sudah okay balik. Kali ni
tidak.
"Mama..." Arrysa membuka matanya perlahan bila terasa sejuk dahinya.
"Mama..." Arrysa membuka matanya perlahan bila terasa sejuk dahinya.
"Nelly letak benda ni kat dahi mama ya. Biar mama sihat
cepat eh," katanya sambil menempelCool Fever Pad ke dahi Arrysa.
"Kan hari tu mama letak benda ni kat dahi Nelly kan..kan..masa
Nelly demam tu,"keletahnya buat Arrysa sebak.
"Thank you sayang...baiknya anak mama ni," Kolam
airmatanya pecah. Rupanya ini yang diambil dari peti ais di dapur tadi.
Tersentuh betul jiwanya. Ingin dipeluk dan dicium malaikat kecilnya itu semahunya
tapi terasa lemah tak berdaya.
"Mama tidur ya. Nelly main sebelah mama ni je.."
katanya lagi sambil tersenyum. Pipi mamanya dicium. Airmata yang mengalir dilap
perlahan-lahan..Ya Allah, rintih Arrysa.
~~~~~~~~~~~
"Angah...mak datang ni. Dengar tak suara mak,
Angah..." Puan Rohayu berbisik ke telinga anaknya sambil memegang erat
jemari yang kaku itu. Perasaannya tertahan-tahan. Tidak sanggup melihat wayar
berselirat di badan anaknya. Luluh hatinya melihat tubuh yang terbujur di atas
katil itu.
"Mak tahu Angah kuat...kuatkan semangat ya..redha dan
berserah pada Allah," Nafas anaknya berbunyi kuat. Dia tahu anaknya dengar
setiap butir bicaranya. Airmata yang turun deras diseka cepat-cepat tidak mahu
sampai menitis ke muka anaknya pula. Ditabahkan hati juga untuk memberi
semangat pada Arrysa.
"Arrys..." jari- jemari itu digengam erat.
"Arrys...ini abang...abang nak mintak maaf...maafkan
abang Arrys. Maafkan abang atas segalanya...Abang berdosa pada
Arrys...please..don't leave me..please Arrys..I need you back!" Razif tak
dapat menahan perasannya. Dia tak sanggup melihat keadaan Arrysa begitu.
"Ya Allah...Berikan kesempatan untuk aku menebus dosaku
padanya..Pleaseeee...." Razif menangis semahunya. Kata-kata doktor tadi
membuatkan dia lebih takut untuk menghadapi kehilangan wanita itu.
"Puan Arrysa sedang melalui fasa paling kritikal dalam
tempoh 48 jam. Dalam tempoh tu apa saja boleh jadi. Darah Puan Arrysa dah mula
bocor dan keluar dari pembuluh darah. Denggi berdarah boleh menjadi lebih teruk
dan amat bahaya apabila ke tahap “dengue (haemorrhagic) shock Syndrome”
(DSS)….di mana dia boleh kena sawan, darah menjadi cair dan pendarahan tidak
dapat dihentikan. Kita doa dan harapkan keajaiban berlaku. Kuatkan semangat dan
bersabar ya, kami akan cuba sedaya upaya namun kita serahkan segalanya pada
Yang Maha Berkuasa."
Puan Rohayu turut teresak-esak di belakangnya. Apa yang dinamakan kekuatan mula terasa hilang.
Puan Rohayu turut teresak-esak di belakangnya. Apa yang dinamakan kekuatan mula terasa hilang.
Airmata Arrysa meleleh ke pipi. Walaupun matanya tak mampu
dibuka, mulutnya tak terdaya bersuara namun dia dapat mendengar tangisan
mereka. Dan suara itu..suara yang amat ditunggu-tunggu selama ini, suara Adam
yang dirindui..suara Adam yang suatu ketika dulu sentiasa menyeru Hawanya.
Kenapa baru sekarang dia datang? Hatinya merintih.
Kenapa baru sekarang dia datang? Hatinya merintih.
~~~~~~~~~~~~~~~
Dia tak pernah lupa detik itu. Saat ijab dan kabul. Satu nota ringkas tertampal di cermin meja soleknya. Besar ikon smiley yang dilukis. Cute!
"PESANAN UNTUK LANGIT :
Boleh pinjamkan aku ruang legarmu itu seluas-luasnya,
Untuk aku coretkan wajah comel dia,
Dan aku janji
Seluruh senyum ini hanya milikmu. ~ RI "
Baru dia mahu tersenyum bahagia, tiba-tiba smileynya diconteng! Nota itu dikoyakkan!
Dia tak pernah lupa detik itu. Saat ijab dan kabul. Satu nota ringkas tertampal di cermin meja soleknya. Besar ikon smiley yang dilukis. Cute!
"PESANAN UNTUK LANGIT :
Boleh pinjamkan aku ruang legarmu itu seluas-luasnya,
Untuk aku coretkan wajah comel dia,
Dan aku janji
Seluruh senyum ini hanya milikmu. ~ RI "
Baru dia mahu tersenyum bahagia, tiba-tiba smileynya diconteng! Nota itu dikoyakkan!
"Abang, kenapa buat Arrys macam ni? Sampai hati
abang..." Arrysa terjelepuk ke lantai sebaik sahaja lafaz cerai talak satu
hinggap ke telinganya.
"Aku dah tak boleh hidup dengan kau lagi. Aku dah ada
perempuan lain!" kasar jawapan Razif tanpa menghiraukan keadaan isterinya
yang sudah sarat mengandung enam bulan.
Arrysa tak mampu menahan airmatanya lagi. Sepuluh tahun
perkenalan mereka sejak di bangku sekolah sampai ke universiti dan usia
perkahwinan yang masih setahun jagung berakhir begitu sahaja. Razif langsung
tidak memikirkan keadaan dirinya dan bayi yang bakal dilahirkan.
"Kenapa abang...kenapa?? What's wrong with me? Why you do this to me? Don't you think about us?" tersekat-sekat suara Arrysa sambil memegang perutnya.
"Kalau kau tak mahu beban dengan anak itu nanti, gugurkan saja! Aku tak perduli!"
"Wh..What??Abanggg!!!"
"Kenapa abang...kenapa?? What's wrong with me? Why you do this to me? Don't you think about us?" tersekat-sekat suara Arrysa sambil memegang perutnya.
"Kalau kau tak mahu beban dengan anak itu nanti, gugurkan saja! Aku tak perduli!"
"Wh..What??Abanggg!!!"
Razif terus masuk ke perut kereta dan meninggalkan Arrysa
yang masih teresak-esak. Itulah kali terakhir dia melihat wajah lelaki itu.
Tidak menduga sampai begitu sekali Razif boleh memutuskan ikatan dan pertalian
darah yang bakal wujud.
"Kusangka nanas di tengah padang,
Rupanya pandan yang berduri,
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari."
"Kusangka nanas di tengah padang,
Rupanya pandan yang berduri,
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari."
"Iriss! Iriss! Be strong..Ingat Nelly..Nelly needs her
mom back!" Satu suara berbisik ke telinganya. Suara Haris? Ya, hanya Haris
yang memangilnya Iriss.
"And I need you too, my Iriss. Don't leave us,
please.." suara itu bergema lagi.
Mimpikah aku? Arrysa terpinga-pinga.
"Angah sabar ya. Doa dalam hati banyak-banyak. Ingat Allah..Allah..kuatkan semangat ya. Mak tahu anak mak kuat..anak mak sabar..sabarlah ya. Redha dengan ujian ini," suara mak, Allyn, Adryana dan Afiq berselang seli. Cuma suara Along tak kedengaran.
Seketika keadaan sunyi sepi. Gelap. Dia tercari-cari di mana
cahaya akan muncul di sebalik kegelapan itu.
~~~~~~~~~~~~~~
"Mama, bangunnn!"
Tiba-tiba Arrysa terjaga. Suara Nellysa mengejutkannya.
Jantungnya berdegup kencang. Terasa ibarat mati hidup semula. Alhamdulillah,
dia belum sampai ke penghujung nafasnya. Allah masih bagi peluang untuknya.
Tidak ke kamu sedar akan kebesaranNya? Badannya tak terdaya untuk bergerak.
Terasa kaku. Sejuk yang amat dirasakan. Tak ada ke selimut lagi tebal? Direnung
tangannya..banyak kesan lebam. Ya, mereka telah mengambil darahku setiap masa
untuk diuji tetapi segala macam ujian ini lebih besar datangnya dari Yang Maha
Kuasa. Tompok-tompok merah kelihatan di sekitar lengan. Berparut ke nanti?
Tik! Tik! Tiiikkkkkkkkkkk!
Arrysa terkejut. Terasa nak pitam. Dia menoleh ke arah jasad
di atas katil tidak jauh di sebelahnya. Ya Allah, dia sudah kembali kepadaMu?
Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un.. serentak mutiara itu gugur lagi. Darah
merah mengalir ke atas cadar hospital yang putih bersih itu.
Allah...Allah..darah? Airmataku?
"Ya Allah...ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya aku
hanya insan kerdil lagi hina di sisiMu. Aku rasa sakit Ya Allah! Nafasku rasa
sempit, tulang temulang rasa dipulas dan tercabut. Is this a reminder to me? Or
is this the end of my life? Alangkah perit rasa kesakitan ini Ya Rabbi, tidak
terjangkau akalku kesakitan Sakaratul MautMu. Tiada daya dan upaya melainkan
hanya padaMu tempat aku bergantung Ya Allah.." Suasana subuh itu hening
sekali.
~~~~~~~~~~~~
"The platlets are still going down...yesterday 80,
today only 61. The lowest counted at 30," Arrysa berdebar mendengar
perbualan doktor-doktor itu. Platlet darah siapa? Aku?
"If haemotocrit falls, give blood transfusion 10ml and then give crystalloid IV fluids at the rate of 10ml/kg..In case of severe bleeding, give fresh blood transfusion about 20ml/kg for two hours. Then crystalloid at 10ml/kg/hr or a short time (30-60 minutes) and later reduce the speed," kedengaran doktor pakar itu memberi cadangan apa yang patut dilakukan.
Arrysa hanya berserah padaNya. Hanya kalimah Allah..Allah.. yang mampu diucapkan buat masa ini. Cuba bertahan dengan sisa kekuatan yang dia sendiri tidak tahu masih ada lagi ke tidak. Jika hayatnya sampai setakat ini, dia redha dengan ketentuanNya itu.
Dua hari berada di Unit Rawatan Rapi dan segala usaha telah dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan, akhirnya Arrysa dipindahkan ke wad untuk pemantauan. Demam telah reda sedikit dan ruam bintik-bintik merah penuh muncul di tangan dan kakinya. Sampel darah masih diambil setiap hari untuk menguji jumlah leukosit dan platlet dalam darah. Kedua- dua belah tangannya lebam kesan suntikan jarum. Kalau dulu tengok jarum suntikan aje dia dah kecut perut, sekarang dia dah lali dengan itu semua. Sekumpulan doktor pakar itu juga masih berulang alik ke katilnya bagi memastikan keadaan Arrysa benar-benar stabil.
~~~~~~~~~~~
"If haemotocrit falls, give blood transfusion 10ml and then give crystalloid IV fluids at the rate of 10ml/kg..In case of severe bleeding, give fresh blood transfusion about 20ml/kg for two hours. Then crystalloid at 10ml/kg/hr or a short time (30-60 minutes) and later reduce the speed," kedengaran doktor pakar itu memberi cadangan apa yang patut dilakukan.
Arrysa hanya berserah padaNya. Hanya kalimah Allah..Allah.. yang mampu diucapkan buat masa ini. Cuba bertahan dengan sisa kekuatan yang dia sendiri tidak tahu masih ada lagi ke tidak. Jika hayatnya sampai setakat ini, dia redha dengan ketentuanNya itu.
Dua hari berada di Unit Rawatan Rapi dan segala usaha telah dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan, akhirnya Arrysa dipindahkan ke wad untuk pemantauan. Demam telah reda sedikit dan ruam bintik-bintik merah penuh muncul di tangan dan kakinya. Sampel darah masih diambil setiap hari untuk menguji jumlah leukosit dan platlet dalam darah. Kedua- dua belah tangannya lebam kesan suntikan jarum. Kalau dulu tengok jarum suntikan aje dia dah kecut perut, sekarang dia dah lali dengan itu semua. Sekumpulan doktor pakar itu juga masih berulang alik ke katilnya bagi memastikan keadaan Arrysa benar-benar stabil.
~~~~~~~~~~~
"Mama!!!"
"Nellly!! Come to mama, meh." Rindunya dia pada malaikat kecilnya itu.
"Mama dah sihat? Eh, mama tak demam dah..Tok Wan! Acik! Mama tak demam dah!" Ceria sekali suaranya. Kalau boleh satu dunia dia nak bagitahu.
"Ermm...sikit lagi mama sihat lar. Mama rindu nak hug hug, mmuah mmuahh, main dengan Nelly..tidur dengan Nelly. Nelly tidur dengan Tok Wan ya? Nakal tak ni?"
"Tak nakal pun. Tok Wan tu tidur bunyi kuat. Krohhh krohhh!"
Semua yang ada tergelak melihat keletahnya.
"Shuuhh...jangan bagi tahu orang..nanti Tok Wan merajuk, macam mana?"
"Okay...shuuuhhhhh!" Dia pun buat juga. Tergelak Arrysa dan maknya.
Cukup sepuluh hari berkampung di hospital dan melalui saat-saat genting yang mencemaskan semua orang. Alhamdulillah, hari ini Arrysa dibenarkan untuk discaj walaupun catatan platletnya masih kurang tapi sudah agak stabil kata doktor. Dia masih perlu berehat dan melakukan rawatan susulan selepas ini.
"Arrys..." satu suara di muka pintu memanggilnya. Arrysa menoleh. Dia?
"Arrys..." setapak langkah maju ke hadapan.
"NO! Stop there!" Arrysa memberi arahan. Dia tak bersedia. Fikiran masih buntu.
"Mak, Angah tak kenal dia mak. Suruh dia pergi, mak!" Arrysa memalingkan kepalanya. Luka lama berdarah semula rasanya. Kenapa dia harus muncul semula dalam hidupnya?
"Arrys...please...abang nak minta maaf dengan Arrys. Abang tahu abang banyak dosa dengan Arrys. Berilah peluang untuk abang tebus semua kesalahan abang, sayang." Razif bersungguh-sungguh melafazkannya.
"Sayang? Who?" Pedih hati Arrysa mendengarnya.
"Mama, siapa uncle ni?" suara Nellysa mencelah tiba-tiba. Dia dari tadi tercengang melihat aksi mereka berdua. Kenapa mamanya dan lelaki itu menangis? Kenapa semua orang sedih.
"Nellysa, come here my lil munchkin..ni papa sayang...your papa.."
"Nelly! Mari sini dekat mama." Si kecil itu teragak-agak. Papa? Namun langkahnya terus menuju ke arah mamanya.
"Don't you dare to take my little angle from me!" Arrysa memberi amaran.
"Arrys...sampai bila Nelly tak tahu siapa papa dia. Dia kan anak abang juga..."
"Don't you remember? Or shall I remind you again? You don't want her, in fact you you did nothing to make sure she lives on this earth!"
"Arrys...abang perlukan Arrys, Nelly dalam hidup abang..please..give me one more chance!"
"Go! Pleaseeee...gooo!" lemah sahaja Arrysa menuturkannya. Nelly dipeluknya sekuat mungkin walaupun tenaga masih terbatas. Baru nak rasa aman dan tenang bila boleh keluar hospital tapi dikejutkan pula dengan drama begini.
"Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu?"
Sebaik sahaja kelibat Razif Iqram hilang dari pandangan, Puan Rohayu menghampirinya.
"Maafkan mak, Angah. Mak yang izinkan Razif datang ke sini. Dia kata dia dah sedar semua kesilapan dia dulu. Perempuan yang dia gila-gilakan dulu hanya nak kikis hartanya aje. Maafkanlah dia, Angah. Lagipun Nelly perlukan papa dia juga,"ujar Puan Rohayu sambil mengelap sisa airmatanya.
How i wish it was that easy...
Tiada sepatah kata pun terucap di bibir Arrysa hanya airmata sahaja berlinangan ke pipi. Demi Nellysa? Aku pula bagaimana? Kenapa cepat benar hati ini memaafkan walaupun hakikat sukar untuk melupakan apa yang telah berlaku.
"Mak, Angah boleh maafkan dia..tapi Angah tak kan pernah lupa..never...sebelum Nelly lahir, Angah anggap dia.. 'my other half"..belahan jiwa Angah, mak. Tapi dia pergi...dia tak nak Nelly or even me, mak. Mak tak ingat tu ke?"
I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most
I learned to live half alive
And now you want me one more time
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?
~THE END~
Assalamualaikumm...slm kenalan dari kita zanna jb..maaf ganggu sis..saya da baca jalan citer ni.erm...sejujurnya di sini saya nak luahkan juga apa yg saya rasa bila lps bca citer sis ni,,memang akan sakit hati yang teramat pada lelaki yg jnis x brtanggungjawab,malah suruh sis gugurkan ank dlm kandungan..memang lelaki jnis cm tu x spatutnya dilahirkan kat bumi ni,maaf la kalau apa yang saya coment ni buat sis tersinggung hati..minx maaf sgt...satu hal lagi..lpas sis da melahirkan anak..wlupon sakit nak melahirkan tu bertarung dengan nyawa sndiri,,lps tu kna dmam denggi bdarah,,,bohongla kalau saya kata snang nak maafkn lelaki jnis cmtu..memang susah nak maafkan sb kita ingt apa yg dia da buat kt kita kan...saya bca citer ni pon saya tkut juga nak kawin,.tkut sgt..apa pon saya kagum sis tabah wlupon hati tu memang sakit sngat..saya harap bsbrla bnyak2 k...anyway,,slmt bpuasa wlupon lambat wish...saya mnx maaf sgt kalau kata saya atau luahan ni mmbuatkan sis trsinggung,,
ReplyDeleteKarna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
Makasih gan atas infonya,saya juga punya info lain tentang Manchester City Dilarang Oleh UEFA
ReplyDelete