Aku merenung sayu suamiku yang sedang nyenyak tidur di sofa ruang tamu rumah kami.Hari minggu begini suamiku hanya melepak di rumah, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini.Kami memang jarang keluar bersama sejak kahwin.Entah di mana salahnya perhubungan kami.Aku sudah cuba sedaya upaya menjadi seorang isteri yang baik namun hubungan kami semakin lama semakin hambar.
Perkahwinan kami sudah berinjak ke usia sepuluh tahun namun rezeki tak pernah memihak pada kami.Lapan bulan selepas kahwin aku pernah mengandung tapi aku keguguran dan selepas keguguran pertama nasib tetap tak menyebelahi aku.Keguguran demi keguguran membuatkan aku jadi trauma untuk mengandung lagi.Akhirnya aku yang kesepian sendiri bila suamiku yang memang agak pendiam ini semakin pendiam hari demi hari.
Entah di mana nak ku mulakan kisahku ini.Aku hanya seorang penulis separuh masa.Aku menulis hanya untuk menghilangkan rasa kebosananku saban hari di rumah.Nak kerja encik suami tak izinkan,katanya dia masih mampu menyara kami berdua.Sebagai isteri yang mendengar kata ku turutkan juga kemahuannya.
Berada di rumah sepanjang hari kadang-kadang menjadikan aku separuh gila.Selesai melakukan tugas harian aku akan mula bermenung panjang.Masa aku banyak dihabiskan dengan bermenung dan berangan-angan kosong.
Suatu hari aku meminta izin dari suamiku untuk keluar berjalan-jalan ke bandar.Alhamdullilah,.aku mendapat keizinannya.Dari satu mall ke satu mall aku redah namun tiada satu barang pun yang aku beli.Aku hanya menghabiskan masa meronda dan memerhatikan gelagat orang sekeliling.
Perasaan aku mula bercampur baur bila terpandang sepasang suami isteri yang sedang bergelak ketawa mengagah anak kecil mereka.Tanpa ku sedari air mataku sudah mula bergenang.Beratnya menanggung beban perasaan ini.Dalam keriuhan orang lain bergelak ketawa,aku hanya bersendirian melawan perasaan sebak yang mula mengasak .
Langkah ku teruskan juga biar pun sekali sekala rasanya bagaikan nak tersadung.Rasa berat kaki melangkah melawan arus perasaan yang sedang bergelora di dalam dada.Sebak yang ku rasa terpaksa ku lawan.
Dari jauh Popular Book Store seakan melambai-lambai ke arahku.Ku ukirkan senyuman di dalam hati.Aku sudah bertemu dengan syurga idamanku.Kakiku terus laju mengatur langkah.Seolah ada 'bahagia' yang sedang menantiku di depan sana.Serasakan seorang putera impian sedang menantiku dengan megah di dalam Popular Book Store tersebut.Wah!,.betapa terujanya aku.
Melangkah masuk ke Popular Book Store menjadikan aku orang paling bahagia dalam dunia.Gedung ilmu dengan pelbagai cerita.Rak buku motivasi, yang pertama aku tuju.HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ motivator kesukaanku.Dua buah buku motivasi DR Tuah kini dalam genggamanku.Membina Imaginasi Cemerlang dan Membina Hati Bahagia,dua buah buku DR Tuah yang sudah lama aku idamkan.
Selepas mengenggam kemas buku DR Tuah aku tuju pula rak novel.Juling mata aku seketika.Kalau boleh semua aku nak rembat tapi bajet ciput, terpaksa juga aku pilih sinopsis yang ku rasakan paling menarik minatku.
Dua buah buku DR Tuah dan tiga buah novel sudah selamat menjadi hak milikku.Keluar dari gedung ilmu aku cari pula gedung pakaian.Dah lama tak membeli baju baru.Memandangkan sekarang bulan Ramadhan,apa salahnya kalau aku shoping baju raya sekali.Aku berkira-kira di dalam hati.
Petang baru aku pulang ke rumah setelah letih meronda sakan.Tak lupa aku singgah sekejap di pasar ramadhan yang berdekatan dengan rumah kami.Hari ini memang aku tak berniat untuk memasak.Lagi pun setiap kali Ramadhan suamiku akan berbuka puasa di masjid berdekatan rumah kami.Aku termanggu seorang di rumah.Berbuka seorang diri.Time solat pula kami memang tak pernah berjemaah,bukan sebab suamiku tak boleh menjadi imam dalam solat tapi suamiku lebih selesa ke masjid.
Aku patut berbangga sebenarnya kerana dikurniakan suami sebaik dia.Mohd Faiz Hafizi itulah suamiku.Tapi Faiz terlalu pendiam dan pemalu.Masa santainya banyak dihabiskan di masjid dan tempat kerja.Kalau tak ke masjid dia akan melepak di rumah ibubapanya.Faiz anak tunggal sedangkan aku pula anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim.
Aku bukan tak mahu ikut serta bersama Faiz ke masjid atau ke rumah ibubapanya tapi Faiz yang tak pernah mengajak.Dalam baiknya Faiz sebagai seorang suami kadang-kadang ada banyak kurangnya.Aku bukan nak mendabik dada untuk mengatakan aku sempurna.Tidak sama sekali.Apa yang ku tahu tanggungjawab menjadi seorang suami ni memang berat.Suami merupakan pemimpin dalam rumahtangga.Wajib membimbing anak-anak dan isteri.Tapi Faiz tak pernah ambil tahu hal aku.
Kadang kala terdetik rasa cemburu dalam hatiku pada orang lain.Di rumah ini walau ada Faiz di sebelah aku tetap kesunyian.Faiz hanya akan menonton tv,kalau tidak membaca Quran dan berzikir.Rumah kami terlalu sunyi dengan dialog.Kalau ada sesi komunikasi pun boleh dikira patah perkataannya dengan jari.Inilah kehidupan seorang aku yang bernama Nur Farhah Ilyia.Yang baiknya tentang Faiz dia tak pernah mempergunakan aku sebagai isterinya sesuka hati.Kalau nak makan Faiz ambil sendiri.Nak minum Faiz bancuh sendiri.Entahlah!,.kadang-kadang aku terfikir juga,apa fungsi aku sebagai isteri Faiz.Semua kerja di rumah pun kalau boleh dia nak lakukan.
Perkara yang buat aku paling terasa sebagai seorang isteri kepada Mohd Faiz Hafizi ni ialah dia paling jarang menyentuh aku.Nak sentuh tangan aku sehari sekali pun payah sangat kot.Kalau aku yang tak mulakan dulu jangan harap Faiz akan memanjakan aku.Aku terpaksa menjadi pengoda pada suami sendiri.Aku pernah terbaca satu status yang telah di update oleh rakan facebook aku yang berbunyi begini;
RAHSIA UNTUK PASANGAN MENGHARGAI KITA,..
Adakah anda nak dihargai,.kalau saya,.nak la!!!,.lebih2 lg dihargai suami yg tersyg tapi masalahnya kalau kita tak berusaha sendiri apa yg kita nak tu takkan kita dpt,.
Kalau nak tengok couple skrg ni selamba badak ja dok bermesraan depan awan walau mereka belum nikah tp kita yg dah halal pula yg terlebih malu,..
Sebagai isteri kita nak dimanjai,..betul tak?,.tp bukan semua orang mampu memahami keinginan kita termasuk pasangan sendiri,.jom kita buang perasaan malu kita pada pasangan sendiri,..sebelum dia pergi kerja selain cium tangan apa kata berikan juga hug n kiss,.pasangan kita milik kita,.HAK kita,.nak malu apa???,.bisikkan juga kata2 cinta dan syg di telinganya,.buat hari2,.pasti suami akan rasa terharu n teringat2 kita selalu,..kalau tak berkesan jugak campakkan ja dia ke dalam lombong terbiar,..hahaha,.
Aku pernah juga mencuba seperti apa yang disarankan tapi tak lama.Mungkin sebab aku tak ikhlas kerana aku berharap suamiku juga akan berbuat perkara yang sama padaku.Aku ego dalam melawan perasaan.Untuk apa aku terus menagih kasih pada suami yang langsung tak menghargai kewujudanku.Akhirnya aku semakin malas untuk mengoda suami sendiri.Aku cuba berjinak dengan dunia penulisan.Aku selalu imaginasikan kehidupan yang cukup indah.Duniaku dikelilingi dengan hero-hero yang gentleman dan romantik.Heroinnya aku bayangkan diri aku yang kelakar dan periang.Bijak menjawab dan petah berkata-kata.Dalam diam aku dah berjaya menamatkan beberapa buah cerpen dan sedang mencuba untuk menulis novel pula.
Aku dan Faiz semakin renggang.Faiz sibuk dengan aktivitinya.Aku pula semakin sibuk dengan ego dan penulisanku.Hari-hari aku imaginasikan kebahagiaan walau hakikatnya hati aku remuk dan terlalu parah di dalam.Aku bukan mendambakan sangat perhatian yang keterlaluan dari Faiz tapi sebagai isteri aku berharap ungkapan sayang dan belaian kasih dari Faiz tapi nampaknya Faiz terlalu kedekut dengan ungkapan dan belaian kasih sayang.Pernah aku terfikir adakah Faiz bukan lelaki tulen namun dugaanku meleset sama sekali.Kalau aku mengoda, lancar saja Faiz menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang suami.Apakah ini? Huargghhh,.aku terus dilambung dilema perasaan.Berdosakah aku kalau aku teruskan ego ini?
Bahagia hanya sekadar imaginasi.Benarkah? Aku hanya mampu mengimaginasikan bahagia hanya dalam cerita.Penuh dengan gelak tawa dan gurau senda.Hanya kadang kala aku bercerita tentang rasa duka dan kecewa.Aku sedar semua ini adalah ujian dari Allah untukku tapi sampai bila aku harus bertahan? Dalam perhubungan kita mesti harus memberi dan menerima dan aku sudah letih untuk terus memberi.Mungkin kerana aku masih keliru.Ya!,.aku akui aku bertuah memiliki Faiz sebagai suami kerana melebihkan agama dari segalanya tapi Islam itu suci dan indah.Aku pernah membaca beberapa hadis dan surah Al-QURAN yang membicarakan tentang peranan suami dalam Islam.
Surah Al Baqarah [2] : [255]
.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
PENGENALAN
Mencintai isteri yang dimaksudkan di sini adalah perasaan rasa kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Seorang suami yang bertanggungjawab dan cinta kepada isterinya tidak akan mengabaikan isterinya baik dari segi kehidupan di dunia mahupun perjalanan menuju ke akhirat.
Suami adalah pemimpin kepada keluarganya dan isteri pula adalah penasihat terbaik bagi suaminya. Selain itu isteri juga memberikan ketenangan dan tempat mengadu kasih, mengadu masalah, bermanja-manja dan keperluan-keperluan emosi lain oleh suami.
Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah.” [1410] Sahih Muslim
Oleh kerana besar dan pentingnya peranan isteri kepada suami, maka menjadi tanggungjawab suami agar menjaga pula perasaan dan emosi isteri agar masing-masing dapat menjalankan kewajipan masing-masing dan seterusnya dapat membina keluarga Islam yang cemerlang; dan seterusnya membentuk generasi masyarakat Islam yang hebat.
Terjemahan : Surah Ar-Ruum [30] : 21
21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Di antara pengajaran yang dapat kita ambil dari ayat di atas;
(a). Isteri-isteri dari jenis kita sendiri, bererti Allah Subhana wa Ta’ala tidak menjadikan isteri kepada anak Adam lain dari golongan manusia seperti orang yang mendakwa berkahwin dengan binatang, jin dan sebagainya.
(b). Menjadikan manusia berasa tenteram dari gangguan perbuatan zina dan kemungkaran yang lain.
(c). Diberikan kepada manusia nikmat yang besar, iaitu nikmat berkasih sayang dan menyintai antara lelaki dan wanita dimana kedua-duanya memerlukan perasaan itu; untuk memberikan kasih sayang dan saling cinta menyintai. (Tafsir Ibn Katsir)
PERBINCANGAN
1. Keutamaan Mencintai Isteri
Di antara akhlak manusia yang paling baik adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya. Mencintai isteri juga adalah mengikuti sunnah Rasulullah saw. Sesetengah orang menganggap mengikuti sunnah Rasulullah saw itu dengan memakai jubah, serban, bercelak dan lainnya.
Tetapi, sebenarnya berbuat baik kepada isteri juga adalah sunnah. Malah ia lebih utama untuk diikuti kerana ia membabitkan kewajipan seorang suami dan hak isteri.
Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” [1162] Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi
............................................
Dua puluh tujuh ramadhan,aku didatangi ibu mertuaku dengan sekeping kertas ditangan.Ayah mertuaku dan Faiz turut ada bersama.Wajah ibu mertuaku yang kelihatan serius tanpa segaris senyuman membuatkan aku menjadi musykil.
''Lia!,.mak nak Lia tandatangan surat ni,.'' kertas yang dihulurkan padaku disambut dengan dahi yang berkerut seribu.Aku baca isi kandungannya di dalam hati.Serasakan bagaikan ada batu yang menghempap ke kepalaku.Nafasku jadi semput tiba-tiba.Dadaku sakit yang teramat.Aku pandang ibu mertuaku,Faiz dan juga ayah mertuaku silih berganti.
''Apa semua ni?'' soalan ku tujukan untuk Faiz tapi Faiz hanya menundukkan wajahnya tanpa suara.
''Apa salah Lia mak?'' wajah mak mertuaku ku pandang.Mengharapkan jawapan yang tak aku perolehi dari Faiz.
''Kami nak cucu Lia.Faiz satu-satunya anak kami.Lia tahu itukan?'' aku raup wajahku.Sepatutnya aku sudah boleh agak semua ini pasti akan berlaku juga.
''Lia sedar mak.Lia tak mampu untuk berikan mak dan ayah cucu.Lia juga nak mak tahu abang Faiz juga takkan mampu berlaku adil,.'' aku hentikan kata-kataku dan menghela nafas yang semakin sesak.Sedangkan Lia ni pun selalu diabaikan mana mungkin abang Faiz mampu beristeri dua.Aku sambung dialogku di dalam hati.
''Macam ni la mak.Tak payahlah susah payah buang waktu kita semua untuk Lia tandatangan surat ni.Lia izinkan abang Faiz kahwin lain.Kahwinlah sepuluh orang sekali pun kalau dia dah mampu sangat.Lia tak kisah pun tapi dengan syarat lepaskan Lia!'' aku lafazkan kalimat kejam yang berunsur sindiran itu.Kali pertama aku lihat Faiz merenung tajam diriku.
''Lia! Bergegar tiang arash Lia!,.kan bagus kalau Lia tandatangan saja surat tu.Lia tak teringin ke memegang payung emas di akhirat nanti,'' mendengar saja suara Faiz bibir aku spontan mengukirkan senyuman.Walau pun senyumanku hambar dan sinis.
''Takkan dapat payung emas tu kalau Lia tak ikhlas!,.untuk apa abang nak simpan Lia lagi kalau Lia memang dah tak mampu nak bagi zuriat untuk abang.Lia pun tak sanggup tengok abang senget,'' penuh sinis ungkapanku.Saat ini dadaku hanya dipenuhi dengan bara-bara derita dan air mata hanya laju mencurah di dalam hati.
''Bebanyak Istighfar Lia!,.,'' ayah mertuaku yang diam sejak tadi pula bersuara.Aku mencebik dalam diam.Dalam hati aku mengutuk Faiz.Aku takut Faiz akan lebih mengabaikan aku.Tidak!,.aku tak ingin diduakan.Selama ini pun aku sering kesepian walau ada Faiz di sebelah.Apatah lagi kalau Faiz berkakwin dua.
''Tak!,.Lia nekad dengan keputusan Lia!,.lepaskan Lia dan biarkan Lia hidup bahagia dengan cara Lia,'' sekali lagi aku suarakan jawapanku.Ibu mertuaku dan Faiz sudah saling bermain mata.
''Okeylah,.kalau itu jawapan Lia.Nur Farhah Ilyia binti Abdullah dengan ini aku ceraikan kau dengan talak satu,'' aku terus berjeda lama.Semudah itukah? Faiz terus bangun dan berlalu keluar selepas melafaskan kalimah kejam itu.Aku terus kelu lidah tanpa suara.Serasakan aku sekarang bukan berpijak di bumi nyata.
''Nanti Lia datang tau!,.raya ketiga Faiz akan bernikah dengan ustazah Nur Jannah,..'' terasa bahuku diusap lembut.Aku panggungkan kepala dan memandang wajah emak mertuaku.Emak mertuaku menganggukkan kepalanya.Aku pula sudah mula menconggak dalam hati.Hari ini sudah dua puluh tujuh ramadhan.Bermakna lagi seminggu saja lagi mereka bakal di ijab kabulkan.
...................................
Tanpa sedar dua tahun sudah berlalu selepas terlafaznya cerai dari bibir Faiz.Selepas permohonan cerai difailkan dan selepas habis edah aku membawa diri ke Kuala Lumpur.Sepanjang menunggu habis edah Faiz masih mengizinkan aku untuk terus tinggal di rumah kami.Ingat lagi aku seminggu selepas raya Faiz membawa isteri barunya berjumpa dengan aku di rumah itu.
''Abang izinkan Lia tinggal di rumah ni hingga habis edah.Abang tahu Lia belum ada tempat tinggal.Abang akan bawa isteri abang tinggal di rumah mak tapi selepas ni abang akan ambil balik rumah ni,'' kata-kata Faiz membuatkan hatiku remuk redam tapi aku tetap berwajah tenang di hadapan mereka.Wajah Faiz dan Nur Jannah pun nampak berseri.Faiz tak habis-habis mengukirkan senyuman disamping isteri barunya.Nampak sangat mesra dan serasi.
''Kak Lia,.terima kasih kerana kembalikan abang Faiz kepada Nur,.'' Nur Jannah mengungkapkan kata padaku sambil tersenyum manis.Di depanku mereka saling berpegangan tangan.Faiz meletakkan tangannya dibahu Nur Jannah sambil mengusapnya.Sekarang di depan mataku Faiz bukan seorang lelaki yang aku kenal sepuluh tahun yang lalu.Wataknya berubah sama sekali di sisi wanita bernama Nur Jannah ini.
''Apa maksud Nur?'' aku inginkan jawapannya.Sungguh aku keliru dengan ungkapannya itu.Mereka saling berpandangan.Faiz menganggukkan kepalanya pada Nur Jannah.Aku anggap saja anggukan Faiz itu sebagai izin untuk Nur Jannah bercerita kepadaku.
''Sebenarnya,.abang Faiz dengan Nur pernah berkahwin dulu dan kami dah ada sepasang anak kembar.Tapi kami terpaksa bercerai sebab masa tu ayah Nur tak restui perkahwinan kami dan Nur dipaksa sambung belajar di Mesir.Anak-anak, Nur bawa sekali,.'' panjang lebar Nur Jannah bercerita.Tahulah aku kenapa Faiz terlalu dingin dengan aku.Rupanya hatinya dan sepasang permata hatinya telah dilarikan ke Mesir.
Aku seka air mataku yang mengalir tiba-tiba.Mengingati kenangan dua tahun yang lalu membuatkan hatiku tersayat pilu.Kini ramadhan datang lagi.
''Lia!,.kenapa ni?,.ni buat kerja ke berangan?'' aku ditegur majikanku Puan Lydia.Selepas membawa diri ke Kuala Lumpur aku membuat pelbagai kerja.Sebulan di sini aku bekerja di sebuah kedai buku,tapi aku cepat bosan walau pun sebelum ini bukulah syurgaku.Selepas itu aku bekerja pula di kedai bunga dan bertahan setahun lebih di situ hinggalah aku bertemu dengan Puan Lydia.
''Lia!,.nak minta tolong sikit boleh?'' aku mendongak memandang Puan Lydia.Pertolongan apa yang harus aku berikan? Selalunya tak pernah pula dia tanya aku kalau nak suruh aku buat kerja.
''In Sya Allah Puan,kalau Lia rasa Lia mampu Lia buatlah,'' aku menjawab jujur.
''Bibik di rumah orang tua saya nak minta cuti sebulan puasa ni,nak balik kampung.Boleh tak awak gantikan sekejap untuk sebulan ni ja.Please?'' aku dah melopong mendengar permintaan Puan Lydia.Nak suruh aku jadi orang gaji pulak ke? Aku dah mula terbayang kerja yang harus aku buat sebagai orang gaji.Huargghhh,.aku tak sanggup!
''Lia!,.'' aku dah mula resah.Puan Lydia merenung aku penuh mengharap.
''Puan,.Lia,.Lia,tak pandai sangat kot bab masak memasak ni.Kalau setakat masakan kampung tu boleh la sikit-sikit.Tu pun resepi Lia,resepi campak-campak ja,'' aku berterus terang ja dengan Puan Lydia.Memang aku jarang masak pun.
''Alahh,.bab masak memasak ni Lia jangan bimbanglah.Keluarga saya makan ja apa yang ada cuma adik bongsu saya tu ja yang mengada-ngada sikit.Boleh la Lia? Sebulan ja.Nanti saya bagi bonus untuk awak.Double,.boleh?'' aku dah macam nak mengaru ja kepala aku ni,walau pun aku bertudung.
''Habis,.kerja Lia di butik ni macam mana pulak? Kan banyak tempahan untuk raya ni Puan,'' aku masih berusaha untuk mencari alasan.Pekerja di butik ni bukannya aku sorang ja.Ya,.aku sedar,aku tak mahir mengunting.Aku cuma pembantu ja dalam butik ni.Menjahit manik dan menjahit tulang belut di leher baju kurung.Kadang-kadang aku diarahkan untuk mengemas butik dan mencuci toilet.
''Lia jangan bimbang pasal butik ni.Tahulah saya macam mana nak settle.Apa yang penting sekarang,Lia setuju ke tidak?'' aku mengeluh perlahan.Tanpa sedar kepalaku angguk.Puan Lydia terus lebarkan senyuman.Sedetik kemudian aku lihat Puan Lydia sudah menghubungi seseorang melalui HPnya.
''Okey!,.petang nanti Lia kemas baju dan ikut saya balik ke rumah orang tua saya,'' mendengar saja arahan Puan Lydia aku dah melopong sekali lagi.
''Hah!'' Puan Lydia ketawa kecil melihat wajahku.
''Tutup mulut tu Lia! Masuk lalatkan! Batal pula puasa Lia nanti,'' aku pantas menutup mulutku.Terdengar ketawa dari yang lain di belakangku.Aku menoleh dan menjeling tajam pada rakan-rakanku yang lain.
''Hati-hati dengan adik Puan Lydia yang handsome tu!'' Amirah menghampiriku dan berbisik di telingaku.Amirah ni pereka fesyen di butik ini.
''Kenapa? Gangster ke?'' aku menyoal Amirah.
''Siapa gangster?'' Amirah yang disoal tidak menjawab Puan Lydia pulak yang menyoal aku balik.
''Taklah Puan!,.Amirah ni filem 'bini-biniku gangster' pun tak pernah tengok.Ketinggalan zaman,'' aku sengaja kenakan Amirah balik sambil tanganku terus menyambung menjahit manik.
''Uitt!,.dah lama hidup?'' aku tergelak kecil mendengar suara Amirah.Puan Lydia sudah memandang aku dan Amirah silih berganti.Aku tundukkan wajah dan fokuskan minda pada manik di tangan.Amirah terus pegang gunting dan buat seolah tiada apa yang berlaku.Puan Lydia gelengkan kepala berkali-kali sambil berjalan menuju ke sudut kiri butik yang menempatkan almari baju-baju yang sudah siap dijahit.
Bila Puan Lydia beredar aku panggung kepala dan memandang Amirah.Aku sengeh pada Amirah sambil jungkitkan kening.Amirah tunjuk penumbuk.
''Kak Lia!,.tak apa.Ada stawberry ada pencake,ada hari pasti akan ku ungkit,'' Amirah buat peribahasa sendiri.Si lembut Aieyz dah mula gawang-gawangkan tangan pada kami berdua.
''Hey!,.kenapa dengan you all ni?'' aku tergelak.Amirah jelirkan lidah pada Aieyz si kaki penyibuk.
''Kura-kura dalam perahu,penyu dalam sampan,.akak akan pura-pura buat tak tahu macam orang tak ada perasaan,.haha,.'' aku balas balik peribahasa Amirah.Bila melihat kelibat Puan Lydia masing-masing terus diam membisu.
................................
Aku mula bekerja di rumah Puan Syarifah Akhirah ibu kepada Puan Lydia a.k.a Syarifah Lydiawaty Annessa.Fuyyoo nama!,.
Hari pertama bangun seawal tiga pagi untuk menyiapkan makanan untuk sahur.Sungguh! otak aku hampir gelong untuk berfikir apa yang harus aku masak.Kali pertama aku masak tanpa sebarang persiapan.Kalau ikut anak tekak aku buat nasi goreng pun aku bedal semacam ja.Aku memang blurr tahap tak tau nak cakap.Kalau masak ikut suka nantikan tak dimakannya orang dalam rumah ni membazir pulak.Hadoi!,.
Perkara pertama yang aku buat tentulah selongkar peti ais.Yang namanya peti ais di rumah orang kaya memang sentiasa full.Ada ikan siakap,bawal,udang,daging dan ayam juga beberapa jenis sayur.Sambil menyelongkar aku perah otak.Akhirnya aku pilih tiga menu untuk aku masak.Sayur kailan goreng bersama udang.Ikan bawal masa tiga rasa dan ayam masak paprik.Selesai masak aku hidang di atas meja dan tinggalkan.Untuk aku,aku buat versi layan diri ja.Masukkan nasi dan campur lauk pauk yang aku berkenan.Masuk dalam bilik,kunci pintu dan layan diri sendiri dalam bilik.Amekaw!,.buruk punya perangai orang gaji baru.Kalau tengok umur dah tiga puluh satu tahun pun.Memandangkan dah jadi single mingle perangai pun tak semenggah.
Aku makan senyap-senyap dalam bilik.Yolah!,.sorang-sorang ja takkan nak berbual pula.Lepas makan aku tuju bilik air dan ambil wudhuk.Usai solat sunat tahajjud aku baca Al-Quran sementara nak masuk waktu subuh.Bila lagikan nak cari pahala berganda.Dalam bulan Ramadhan ni la nak berebut pun.Orang dalam rumah ni aku tak tahulah nak bangun sahur pukul berapa.Biorlah kat tuan-tuan,puan-puan dan encik-encik semua nak bangun pukul berapa pun.Yang penting aku dah masak dan aku dah hidangkan pun.
Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu bilik aku di ketuk.Aku yang sedang membaca Al-Quran terhenti.Aku pandang jam di dinding bilikku,baru pukul 4.45 pagi.Dengan malas aku bangun menuju pintu dengan diri yang masih bertelekung.Almaklumlah selepas solat sunat tahajjud tadi mana aku buang telekung lagi.Dah nama pun nak tunggu solat subuh pula nanti.
''Ada apa encik?'' seorang lelaki berseluar pendek dan bersinglet membelakangi aku.Aku buka pintu sikit ja.Pastu jenguk ja kepala sikit.
''Makkk!!,.'' selepas lelaki itu berpusing mengadap aku dia terus menjerit.Terkejut jugak aku.Aku perhatikan lelaki di depan aku ni.Masih muda lagi.Mungkin berumur 20-an gitu.
''Awak solat apa time ni? Buat terkejut orang ja la!,.ummi panggil makan sahur sekali!'' huh!,.muka boleh tahan handsome macam Arizz Lufiaz kumpulan fourteen tu tapi,suara mak oii!!,.macam orang tak berbudi bahasa pulak.
''Takpalah,.nantilah kak Lia makan.Sahur lewat sikit tak apa! Ambik berkat!'' aku beralasan.Malu pulak nak mengaku aku dah makan.Nampak sangat lawan tokey.Hehe,.
''Ikut suka awaklah!,.'' lelaki itu berlalu pergi.Aku tutup pintu dan terus menuju ke arah sejadah,duduk dan menyambung kembali membaca Quran.Baru sebaris aku membaca pintu bilikku diketuk lagi.
''Lia!,.jomlah kita makan sekali!'' alamak! itu macam suara Puan Syarifah Akhirah.Aku hentikan bacaan sekali lagi.Pintu bilik aku buka luas sambil sengeh pada Puan Syarifah Akhirah.Semacam saja Puan Syarifah Akhirah memandang aku.
''Dah lewat ni Lia!,.tak nak makan sahur ke? Kan habis pulak waktu imsak ni!'' lembut suara Puan Syarifah Akhirah membuatkan aku diserbu satu perasaan aneh.Aku rasa terharu dan dihargai pula.Siapa cakap 'Bahagia Hanya Sekadar Imaginasi'? Tak semena-mena aku cubit pipi aku sendiri.Ouchh!!!,.ni bukannya imaginasi tapi reality.
''Lia!'' aku tersentak.Hadoi!,.malunya.
''Errr,.Puan! Sebenarnyakan,Lia nak minta maaf ,.sebab lepas bangun tadi Lia terus masak jadi tak sempat nak buat solat Tahajjud, jadi lepas masak Lia terus sahur sebab tak tahu Puan sekeluarga nak bangun pukul berapa.Maafkan Lia Puan!'' aku gigit bibir sambil menunduk memandang lantai.Malunya aku pada Puan Syarifah Akhirah.
''Laa,.dah makan rupanya.Tadi Efy cakap Lia nak makan lewat sikit.Nak ambik berkat,'' dusshh!!,.aku rasa muka aku ni macam terkena penumbuk sulung ja.Terus aku tersengeh sambil tersipu-sipu.Puan Syarifah Akhirah terus berlalu sambil mengelengkan kepala.Aku? Macam nak gantung diri ja.Hampeh!,.uwaa,.malunya!!!
.................................
Usai solat subuh aku on laptop.Dah lama aku tak online dan menulis.Sejak aku datang bekerja di Kuala Lumpur ni aku langsung tak berkesempatan untuk berimaginasi lagi.Kalau sepuluh tahun dulu aku hanya menghulur tangan setiap bulan kepada Faiz tapi sekarang aku kena pandai-pandai berjimat untuk hidup.
Dalam zaman sekarang ni rm50 pun dah macam tak ada harga,lebih-lebih lagi hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni.Bekerja di butik memerlukan penampilan yang menarik jadi aku perlu juga berbelanja membeli pakaian yang cantik.Walau pun kebiasaannya aku hanya mengenakan baju kurung dengan tudung fesyen terkini.
Selain pakaian, wajah dan kulit juga nak kena ambil berat.Nak kena juga ambil produk penjagaan diri luar dan dalam.Bila difikirkan balik,mungkin inilah hikmahnya kenapa Allah tak kurniakan zuriat untuk aku.Allah Maha Mengetahui.Allah tahu jodoh aku dengan Faiz tak panjang.Kalau ada anak tentu kesian anak aku terpisah dengan salah seorang dari kami,.Hurmm,.kenapa aku harus memandang ke belakang lagi?Aku harus positif untuk terus melangkah ke hadapan.
Aku login facebook yang dah berhabuk tu.Hehe,.dah lama tak onlinekan? Tentulah berhabuk dan bersawang.MUTIARA KIRANA nick name untuk facebook aku juga nama pena dalam dunia penulisanku.Sebenarnya selepas menulis novel pertama aku terus senyap dan menyepi.Banyak sangat masalah yang melanda membuat aku langsung tiada mood untuk mengadap skrin laptop ini.
Notification yang berlambak tu aku klik.Kebanyakannya post rakan-rakan facebook di dalam group yang mereka add aku.Ada hampir 40 group nama Mutiara Kirana ini telah join hasil add rakan-rakan facebook.Selain 4 group yang aku sendiri menjadi adminnya.Friends request hanya 25 orang.Almaklumlah Mutiara Kirana ni bukannya selebriti.Aku buka halaman utama pula untuk mengetahui perkembangan semasa rakan-rakan facebook yang lain.
Tangan aku terhenti pada satu post rakan facebook yang telah memuat naik gambar-gambar terbaru anak-anak dan isterinya.Faiz Hafizi nampak begitu bahagia di samping isteri yang bertudung labuh,sepasang kembar yang berusia 11 or 12 tahun dan seorang baby perempuan yang comel.Mirip wajah Faiz.Perasaan aku???
Ya Allah kau bahagiakanlah dia bersama keluarganya.Kau jadikanlah aku seorang hamba yang tabah menghadapi semua rintangan hidup ini dan kau jauhkanlah aku dari perasaan hasad dan dengki.Amin.
Aku berdoa tulus dalam hati.Aku tahu ketika Faiz masih menjadi suamiku,Faiz langsung tak pernah memuat naik apa-apa gambar atau mengupdate apa-apa status.Hanya aku yang selalu tag luahan hati aku untuk dia namun langsung dia tak pernah respon,apatah lagi nak like.Ahh,.semua itu dah berlalu.Biarlah terus berlalu ditelan waktu.Kalau Faiz boleh memuat naik gambar bersama keluarga bahagianya,aku pun banyak juga gambar untuk di muat naik.
Aku mulakan operasiku memindah gambarku yang terbaru dari HP ke laptop.Gambar yang disnap ketika majlis berbuka puasa di sebuah hotel baru-baru ini.Gambar aku bersama Puan Lydia,Amirah,Aieyz dan Irdiana aku muat naik tanpa mengedit sedikit pun.Gambar ori gitu.Yang namanya makan di hotel tentunya pakaian kami up to date.Tentu sekali pakaian dari butik DE LYDIA ANEESSA.Sepuluh minit selepas gambar aku di muat naik aku menerima satu mesej dari inbox.
~faiz hafizi_mengancam lia sekarang? ada di mana?~
Aku terus pangkah mesej tersebut.Malas nak layan.Aku teruskan dengan misiku memuat naik gambar-gambar ke dalam facebookku.Masuk notification, gambar-gambar aku telah dilike oleh rakan-rakan facebook.Biarkanlah!,.nak like,.like ja.Ada aku kesah.Aku bermonolog dalam hati.
~faiz hafizi_lia sombong skrgkan!~
Faiz PM aku lagi.Aku mendengus kasar.Terus aku balas mesejnya.
~mutiara kirana_kau siapa? aku kenal kau ke? sori wrong person!!!~
Aku send ayat kureng bahasa tu.Amekaw!,.ini Nur Farhah Ilyia yang baru la.Beberapa minit kemudian mesej dari Faiz masuk lagi ke inboxku.Panjang berjela pengakuan bertulisnya itu.Entah apa motif Faiz.
~faiz hafizi_lia,.abang benar2 menyesal lepaskan lia dulu.jannah tak macam lia yg pandai mengoda abang,lebih2 lg skrg kami ada baby baru..abang rindukan lia dan belaian dari lia..kita sambung balik lia,.plez lia,.abang rindu lia sgt2~
Faiz Hafizi memang takkan pernah menghargai orang di sisi.Panjang lagi ayat yang diluahkannya.Kononnya Isterinya ustazah Nur Jannah itu beku dan sebagainya.Aku sakit hati membaca mesejnya itu.Agaknya dulu bagaimanalah aku dikutuknya.
~mutiara kirana_eh encik faiz hafizi!,.awk sedar tak awk tu orang masjid,.solat,zikir dan sebagainya,.free ja pahala awk tu melayang sbb membuka aib isteri sendiri..ingat sama isteri awk tu sorang ustazah,.berilmu,dihormati dan bermaruah,.jagalah maruah isteri tu sama!!!``~
Aku balas balik mesej Faiz.Jujur dan ikhlas dari hati aku.Lepas send aku ronda laman utama lagi.Dalam facebook ni macam-macam pengakuan tanpa suara yang aku jumpa.Banyak juga ilmu yang bermanfaat,tak kurang juga status sindir menyindir.Alahai!
~ faiz hafizi_abg tak sealim yg disangka lia..dulu ayah jannah reject abg kerana abg ni mat rempit yg hanya tahu berlumba haram dan malas bekerja..ayah jannah menjadi imam di masjid yg abg selalu pergi..sepuluh tahun abg cuba ambil hati ayah jannah dan cuba buktikan pada org tua tu bahawa mat rempit pun mampu berubah,.lia tak tahu mcm mana sakitnya hati abg selepas kena reject..abg bernekad untuk dapatkan juga jannah dengan apa cara sekali pun tapi skrg hati abg hanya ada pada lia..plezz lia kembali pada abg~
Aku beristighfar dalam hati membaca mesej dari Faiz yang baru masuk ke inboxku.Ya Allah! siapa sebenarnya bekas suamiku ini.Sekarang aku bersyukur sangat kerana jodohku bersama Faiz tidak panjang.Aku klik nama Faiz Hafizi dan senarai hitamkan namanya dari rakan facebook aku.Maafkan aku Faiz Hafizi! Biarlah kenangan ketika kita bersama menjadi sejarah untuk selamanya.Lupakanlah aku kerana aku pun tak pernah mengingati lagi kenangan pahit yang sentiasa sepi hidup di sisimu.
.........................
''Kak Lia!,.masak apa petang ni? Kak Lia pandai masak spagetti tak? Masakkan Efy spagetti lasagna!'' aku beristighfar dalam hati kerana terkejut dengan teguran klon Arizz Lufiaz ni.
''Sejujurnya akak tak pernah masak.Tak berani pulak nak cakap pandai ke tak.Tapi resepinya memang akak langsung tak tahu!'' aku sengeh pada encik Efy.Nama betul jangan tanya.Aku belum sempat lagi berkenalan dengan seluruh isi rumah.
''Alah akak! encik googlekan ada,akak tanya ja la resepi kat encik google tu!'' saranan yang ternyata bijak dan paling bernas.Aku? Sengeh lagi.Senangnya ngko cakap.Dalam google tu tak payah cakaplah.Klik ja resepi apa pun,nasib baik memang la ada tapi yang nak memasak ni la belum tentu jadi.Aku merungut dalam hati.
''Nantilah!,.malam karang kalau tak ada kerja apa-apa akak datelah dengan encik google tu.Lagi pun mesti barang nak masak tu tak adakan?'' aku main hentam jawab ja sebab nak lepas diri.
''Baru minggu lepas ummi buat spagetti tu.Akak try tanya ummi bahan-bahannya ada lagi tak,'' hah,.sudah! Apa lagi ayat aku nak buat ni.Rasanya aku memang tak bersedia nak masak spagetti mehti tu hari ni.Hadoi,.idea cepat datang! Aku seru idea untuk buat ayat mengelak.
''Errr,.macam ni la encik Efy.Bagi akak pergi bertapa dulu.Nak memasak ni pun nak kena menuntut ilmu jugak tau, kecualilah kalau nak masak meggi.Sempoi!'' sehabis aku bercakap aku dah dengar encik Efy ni tergelak.Aku pandang saja dia yang dah mula menarik kerusi dan mula melabuhkan punggungnya.
''Ada-ada ja la kak Lia ni.Efy nak tanya sikit boleh?'' aku berhentikan kerja aku seketika.Bawang yang sedang dibersihkan aku tinggalkan di dalam singki.Aku fokuskan pandangan aku pada encik Efy.Tak senang aku nak buat kerja kalau ada orang sedang memerhati.
''Okey! yang namanya sikit tu boleh ja tapi lepas tu boleh tinggalkan kak Lia di dapur ni!,.akak takut kalau asyik nak menjawab soalan ja nanti,nak masukkan garam akak masukkan gula.Nak masukkan gula dah termasukkan garam.Lain pula yang jadi masakan akak tu nanti,'' aku bersuara tegas.Encik Efy dah tersenyum lebar.
''Menghalau nampak!,.''
''Tau tak apa!'' aku bersuara perlahan lebih untuk diri sendiri.
''Kak Lia dah lama kerja dengan kak Lydia?'' soalan pertama yang sikit.Lapan perkataan.Okey!,.kita tunggu dan dengar.
''Baru enam bulan!'' aku jawab acuh tak acuh.
''Dah berkahwin ke belum?'' encik Efy lebarkan senyuman lagi selepas menyoal.Aku menghela nafas sebelum menjawab dengan tenang.
''Pernah berkahwin sepuluh tahun dan dah bercerai dua tahun lepas,..'' aku jawab selengkap-lengkapnya.Encik Efy pula tunjuk wajah terkejut.Aku yang sedang bersandar di peti ais sudah berkira-kira untuk menghalau encik Efy untuk kali kedua bila dia mengajukan soalan yang seterusnya.
''Kak Lia tak tipukan?'' aku mengeleng.Encik Epy masih tak berpuas hati dan aku terus disoal.
''Kak Lia kahwin muda erkk??'' aku mengangguk dan mengangkat tinggi kedua belah tanganku.
''Dah!!!,.tadi cakap nak tanya sikit ja.Dipersilakan encik Efy tinggalkan dapur ni.Akak tak reti la nak masak sambil berbual ni.Please leave me alone MR Efy!'' citt,.speaking la konon.Entah betul ke tidak grammarnya tu.Almaklumlah sekolah setakat SPM ja,tu pun BI gagal.Hehe,.
''Alaa,.okey takpa!,.malam nanti lepas tarawikh kita to be continue ya kak Lia!,.err,.kak Lia!,.'' sambil bersuara encik Efy bangun dan ingin berlalu tapi dia berhenti dan memandang tepat ke wajahku sebelum melangkah.
''Terima kasih ya!,.sedap la ayam masak paprik sahur pagi tadi,cuma,.bulan posa kalau boleh jangan menipu.Hilang pahala puasa dan semua amalan.Kalau dah makan cakap ja dah makan,.'' gulp!!!,.nasib baik wajah aku bukan yang jenis pakai blusher bila termalu.Kalau tak tentu wajah aku dah berubah warna.Encik Efy tersenyum dengan ayatnya sendiri.Aku gigit bibir sambil menjeling encik Efy yang sudah melangkah meninggalkan dapur.Terkono jugak den!,.
.........................
Kali pertama aku mengikut keluarga Puan Syarifah Akhirah bersolat tarawikh di masjid berdekatan dengan taman perumahan mereka.Aku yang bekerja sebagai pembantu rumah sementara ni memang ada rasa sikit terharu dengan layanan yang diberikan.Berbuka puasa petang tadi pun aku diajak berbuka bersama.
Puan Syarifah Akhirah pun turut membantu aku memasak selepas solat asar dan mengajar aku beberapa resepi kegemaran keluarganya.Anak Puan Syarifah cuma tiga orang.Puan Lydia anak yang sulung.Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.Aku sudah tahu sejak minggu pertama kerja lagi kerana anak dan suami Puan Lydia selalu datang ke butik.
Anak kedua Puan Syarifah Akhirah seorang duda yang berusia tiga puluh lima tahun.Mempunyai seorang anak yang tinggal bersama dengan bekas isterinya.Punca penceraian aku tak berminat nak tahu.Sekarang tinggal di Terengganu.Menurut Puan Syarifah Akhirah, Syed Luqman Aniq akan pulang sebulan atau dua bulan sekali ke rumah mereka.
Syed Lutfy Adry atau encik Efy klon Arizz Lufias berusia dua puluh lima tahun.Baru putus tunang sebulan yang lepas.Puncanya cik tunang kuat cemburu.Menjadi arkitek di Syarikak walidnya sendiri Syed Muzaffar Shah.
Fuhh!!,.yang namanya penulis seperti aku otak memang gred A kalau bab menghafal identiti orang ni walau hanya mendengar sekali lalu.Tapi kalau time blurr tu jangan cakap la,macam orang dungu ja.Langsung tak tau apa-apa.
''Kak Lia!,.nak ke mana tu?,.siang tadikan dah janji,malam ni nak to be continue,.'' balik ke rumah selepas solat tarawikh aku berjalan laju masuk ke bilik tapi sebaik mendengar suara encik Efy aku berhenti spontan dan berpaling.Otak mula mengimbas balik perbualan di dapur siang tadi.Bila ingatan kembali berfungsi aku ukirkan senyuman dan menunjukkan beg galas yang berisi telekung pada encik Efy.
''Kejap!,.kak Lia simpan telekung dulu,.'' aku berkata lalu meneruskan langkah yang terhalang tadi menuju ke bilik.Masuk ke bilik baru aku perasan jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.Aku terfikir sejenak.Rasanya tak manis kalau kami berbual lewat malam begini.Puan Syarifah Akhirah dan Tuan Syed tentu sudah masuk tidur.
Aku capai pen dan menulis no HP aku berserta nick name facebook aku dan keluar semula ke ruang tamu.Benar dugaanku.Hanya ada encik Efy seorang saja di ruang tamu rumah agam itu.Aku menghampiri encik Efy dan menghulurkan kertas yang aku tulis no HP dan nick name facebook aku tadi.
''Nah!,.ada dua pilihan sama ada nak chat dalam HP atau fb.Kak Lia nak online kejap tapi pukul 12,00 kak Lia dah nak tidur,.'' kertas bertukar tangan.Tanpa sempat mendengar apa-apa aku terus beredar dan berjalan laju masuk ke bilik semula.
Selepas mengunci pintu bilik aku buang tudung dan mengambil laptop lalu menuju ke katil.Aku onkan laptop sambil merebahkan badan.Bantal dicapai seraya meniarap mengadap skrin laptop.Selepas selesai memangkah segala mak nenek mesej yang tak perlu aku terus refresh.Ahh,.terlupa pulak nak ambil broadband,macam mana nak aktif internet.Aku bangun semula untuk mengambil broadband yang aku simpan dalam laci almari.
Kalau dalam facebook setiap kali line beku aku akan buat status tentang broandband dengan mengubah namanya dari broadband kepada berukband atau gorilaband.Ingat lagi aku bila seorang rakan facebook aku memberi komen.
~kenapa tak guna gajahband ja?~
Lalu aku reply komen dia tu.Sambil tersenyum aku enter jawapan aku.
~mana boleh dik!,.sebab gajahband bukan adik beradik berukband,.hehe,. ;)~
Hadoi!,.entah ke mana pulak aku dah melalut ni.
Selepas mengaktifkan broadband aku pun mula login facebook.Tengok pada senarai rakan yang add,kosong saja.Maknanya encik Efy belum add aku.HP pun tiada sebarang mesej yang masuk.Aku klik pada notification.Ermm,.macam biasa penuh dengan post rakan-rakan dalam group.Game request,tag picture dan liking poking semua ada.Sebenarnya aku sudah lama tertanya-tanya apa fungsi cuit mencuit ni???,.
~putera cool_mutiara kirana!,.cantik nama n sungguh unik,.seunik orangnya~
Putera Cool PM aku.Aku tak segera reply.Mata aku tertumpu jam di dinding.Pantas sungguh masa berlalu.Jarum jam sudah menunjukkan waktu yang sudah berganjak ke pukul 11.45.Aku masih berfikir sama ada nak melayan atau tidak Putera Cool ini.Dalam aku memikir Putera Cool PM aku lagi.Kali ini dia masukkan bersama blog cerpen aku ke dalam inbox.
~putera cool_htpp//:mutiarakirana.blogspot.com,.ini blog kak lia ke?~
Aku dah mula mengaru kepala.Haih!,.siapa pulak Putera cool ni? Akhirnya aku reply jugak mesej Putera Cool ni.
~mutiara kirana_Siapa ni?~
~putera cool_anak raja cool~
~mutiara kirana_citt!! perahsantan,.dah la..nak tidur~
~putera cool_alaa,.kejap la,banyak efy nak tanya ni~
~mutiara kirana_encik efy????,.what the cool??,..hahaha,.ni sejak bila encik efy jadi rakan fb akak ni?~
~putera cool_ntah!,.bila efy search nama kak lia memang dah friend pun~
~mutiara kirana_nampaknya kak lia glamer jugak la sbb dah berkawan dengan anak raja cool :p~
Macam biasa aku akan jadi samseng dalam inbox.Terus terlupa dengan siapa aku berchatting.Konon nak tidur pukul 12 semuanya auta belaka.Kami berjaga hingga pukul 3.00 pagi.Macam-macam yang kami berbual.Terbuka semua kisah silam dia dan aku.
Aku sambung memasak selepas logout dan apa yang aku tak sangka encik Efy turun menemani aku memasak.Kami sambung berbual.Pemuda handsome yang ku sangka tak berbudi bahasa pada kali pertama berjumpa rupanya seorang yang sangat peramah dan ceria.Walau pun kami baru kenal tapi kami dah macam bestfriend forever.Hehe,.tak keterlaluan sangatkan statement aku ni???
..................
Masa terus pantas beredar,dalam tak sedar sekarang dah 15 ramadhan.Aku dan encik Efy semakin ngam.Puan Lydia pula menyuruh aku memanggil dia kakak Lydia.Puan Syarifah Akhirah pula selepas tahu aku hanya sebatang kara dan dibesarkan di rumah anak yatim terus menyuruh aku memanggilnya ummi dan memanggil Tuan Syed walid. Aku bukan lagi orang gaji sementara di rumah ini tapi aku telah di ikhtiraf sebagai anak angkat di rumah ini.
Benarkah bahagia hanya sekadar imaginasi? Aku keliru sekarang kerana aku merasakan kebahagiaan yang bukan sedikit di rumah ini.Perantau yang sebatang kara tiba-tiba mendapat sebuah keluarga ternama di Kuala Lumpur ini.Betapa bertuahnya aku bila Allah mengambil yang mungkin tak berharga untuk terus berada di sisiku dan menghadiahkan aku dengan keluarga yang sungguh bermakna buat diriku.
Percaturan hidup ini memang sukar nak didugakan? Kadang-kadang kita berada di bawah dan dilenyek orang sesuka hati.Tapi ada kalanya harga diri kita akan diangkat dan kita akan di sanjung.Ketika ini janganlah kita mendabik dada dengan menghentam orang lain pula.
Sedang asyik aku mengelamun dan menganalisis nasib diri HP aku sudah menyanyi lagu kumpulan Brothers,Doa Perpisahan menandakan ada panggilan masuk.Aku pantas mendapatkan HPku.Tertera di skrin HP nama kak Lina kerani di rumah Teratak Cinta Kasih.Aku dengan kak Lina memang dah macam adik beradik kerana kami membesar di Teratak Cinta Kasih bersama.Aku tekan butang hijau sambil melebarkan senyuman.
''Akak!,.rindunya Lia kat akak!,.'' selepas saling berbalas salam dan bertanya khabar aku terus menyuarakan rasa hati.Memang aku rindu sangat pun pada seluruh warga Teratak Cinta Kasih tapi nak pulang ke sana aku tak berani kerana jaraknya dari rumah Faiz hanya 1KM.
''Akak pun!,.rindu sangat-sangat kat Lia tapi Lia tu la menyombong sekarangkan,bukannya nak calling-calling akak,.'' aku tergelak perlahan mendengar suara rajuk kak Lina.Alah,.kak Lina tu berlakon ja lebih!,.
''Akak jangan nak acting sangat erkk,.lebih baik akak cakap kenapa akak call Lia ni.Tentu ada sebabkan?'' aku bersuara sambil ketawa kecil.Terdengar kak Lina berdehem di hujung talian.
''Lia!,.kalau akak cakap Lia jangan terkejut ya!,.'' kak Lina bersuara serius.Aku terkesan dari nada suaranya.Ketawaku mati serta merta.Hatiku mendebar menunggu bicara kak Lina yang seterusnya.
''Akak baru dapat tahu dari ibu ,sejak Lia tinggal di sini ada seorang lelaki yang selalu mendermakan wang yang banyak setiap bulan.Baru-baru ni lelaki tu mendapat tahu Lia sudah bercerai dengan Faiz dan dia tampil buat kali pertama di sini untuk mencari Lia.
Lia!,.orang tu cakap dia ayah kandung Lia.Lia nak tahu tak,.selama ni selain mendermakan wang untuk Teratak Cinta Kasih dia juga memberi Faiz wang setiap bulan dengan harapan Lia akan bahagia bila mendapat keluarga sendiri,'' aku terus terkelu lidah mendengar cerita kak Lina.Cerita dongeng apakah ini?
''Lia!,.Lia okey?'' kak Lina bersuara gusar.Aku mengangguk dalam tak sedar.
''Lia okey kak! Teruskan!'' aku memberi jaminan.Dalam hati sudah bergolak sakan.
''Orang tu cakap,dia menyesal kerana percayakan Faiz.Selama ni dia yang upah Faiz untuk mengambil Lia sebagai isteri kerana setiap kali dia datang untuk mengintip Lia di sini dia akan terjumpa dengan Faiz,berzikir dan membaca Quran di masjid,'' aku menghela nafas panjang.Mutiara jernih sudah mula mengalir di pipi.
''Akak!,.itu semua lakonan Faiz saja kak.Faiz beritahu Lia baru-baru ni ketika kami berchatting dalam fb.Dia cuma nak ambil hati ayah Nur Jannah yang merupakan imam masjid tu,.'' aku ceritakan pula apa yang aku tahu.
''Maksud Lia Pak Wahid tu?,.Lia tahu tak Pak Wahid sekarang di I.C.U kerana kemalangan.Ada orang cakap Pak Wahid sengaja dilanggar,.'' aku beristighfar di dalam hati.
''Kak!,. apa jadi pada orang yang mengaku ayah Lia tu.Siapa nama dia?'' aku bertanya tidak sabar.Kalau tak, kak Lina mesti akan lari dari topik asal.Dah lama kot aku kenal kak Lina.
''Lia!,.Lia bertuah tau!,.ayah Lia tu bukan calang-calang orangnya.Dia seorang usahawan yang berjaya Lia.Baru-baru ni ibu ada tunjukkan gambar dia pada akak dalam sebuah majalah ni,tapi akak lupalah nama dia,yang pasti bukan Abdullah,.'' air mataku semakin laju mengalir.Ini bermakna aku ni anak tak sah taraf,anak luar nikah,anak haram dan sewaktu dengannya.Aku dah mula teresak.Pedihnya rasa hati ini.
''Maksud akak Lia ni anak luar nikah? Patutlah Lia dicampak ke rumah anak-anak yatim tu,.'' aku serkap jarang dalam sendu yang kian bermaharajalela.Hujung talian sepi tanpa bicara.Mungkin kak Lina tak menyangka aku akan menyoal dia begitu.
''Akak!,.'' aku memanggil kak Lina bila dia masih membisu.
''Erkk,.Lia,.jangan berfikir yang tidak-tidak dulu Lia.Belum ada bukti sahih.Tapi,.walau apa pun akak nak Lia berfikiran positif.Ingat Lia!,.setiap kelahiran di dunia ini adalah suci dari dosa.Kita sama saja di sisi Allah.Yang membezakan kita hanyalan amalan kita Lia.Kalau betul pun Lia anak luar nikah,yang berdosa adalah ibubapa Lia.Lia tetap suci sayang!,.'' kak Lina cuma mententeramkan aku dengan ceramah motivasinya.Aku dan kak Lina berkongsi minat yang sama,suka membaca semua jenis bahan bacaan.Tak hairanlah kalau kami mampu untuk saling menasihati.
Aku menarik nafas panjang sebelum bersuara lagi.Kepala aku sekarang memang serabut habis dengan berita yang baru aku terima ini.
''Entahlah kak!,.apa-apa pun terima kasih kerana bercerita pada Lia semua ni,.'' perbualan aku dengan kak Lina tamat selepas kami saling berbalas salam.Seolah hidup ini baru bermula untuk diriku.Pengkhabaran yang baru aku terima memang benar-benar menganggu emosiku.Aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan meringankan beban di kepala.Di bawah pili shower aku lepaskan tangis sepuas-puasnya.
Kadang kala tangisan itu juga mampu membasuh duka.Menangislah kalau tangisan itu boleh menenangkan jiwa.Lepaskanlah rasa duka dan beban itu.Dalam bahagia aku diuji dengan berita yang menikam lumat jiwa ini.
Ya Allah!,.ujian ini terlalu berat.Berikan aku kekuatan untuk menempuhi semuanya ini.Aku berdoa di dalam hati.Selepas berkurung lama di bilik air aku keluar setelah merasakan hatiku tenang sedikit dari tadi.Ku ambil wudhuk dan mula membaca Al-Quran dengan suara yang masih serak.Moga kebahagiaan menjadi milikku lagi selepas ini.
.................................
''Lia!,.kenapa mata Lia bengkak? Lia nangis ke?'' Puan Syarifah Akhirah menyoal aku ketika kami memasak bersama petang itu.Aku dalam persimpangan dilema sama ada nak berterus terang atau sebaliknya.
''Ermm,.Lia,.Lia terlebih tidur kot ummi.Semalam Lia tidur lewat,jadi siang ni Lia buat overtime,.'' aku teragak-agak untuk berdalih.Aku senyum walau hambar dan wajah Puan Syarifah Akhirah langsung tak berani ku pandang.Aku berjalan menuju ke singki dan berpura-pura sibuk mencari barang.Nampak sangat aku sedang tak keruan.
''Lia!,.ummi ni dah enam puluh dua tahun hidup.Ummi dah dapat membezakan sesuatu tu dengan baik.Dari air muka Lia pun ummi dah tahu.Lia ada masalah ke?,. cuba cerita kat ummi.Mana tahu ummi boleh tolong,.'' Puan Syarifah Akhirah menghampiriku sambil memimpin aku hingga ke meja makan.Aku didudukkan di kerusi.Tangan aku dielus perlahan.Terasa kasih sayang seorang ibu.
''Lia,.Lia,.tak tahulah ummi,.'' aku masih berat hati untuk bercerita perihal yang sebenar.Adakah mereka akan terus menerima aku di rumah ini? Akan jijikkah mereka dengan aku kelak? Aku tertanya-tanya di dalam hati.
''Lia,.kalau Lia anggap ummi ni seperti ibu Lia ceritalah tapi kalau sebaliknya terpulanglah pada Lia,.'' Puan Syarifah Akhirah masih memujukku.Pandai betul dia bermain dengan psikologi membuatkan aku benar-benar rasa bersalah.
''Lia,.'' aku benar-benar tidak berani untuk berterus terang.
''Luahkan saja Lia.Tak perlu dipendam,.'' bahuku digosok perlahan.Aku panggung kepala dan memandang wajah Puan Syarifah Akhirah.Ada ketenangan diwajah itu.Aku menundukkan wajah kembali sambil memejamkan mata menahan mutiara jernih yang hampir mengalir.Mengambil nafas dan mula bersuara.
''Lia baru tahu,.Lia ni mungkin anak luar nikah ummi,.'' senafas aku melafazkan ungkapan itu disertai dengan deruan air mata yang mengalir menyapa pipiku.Terasa tubuhku dirangkul kemas dan dahiku dikucup.Semakin laju air mataku yang mengalir dan mula mengeluarkan suara esakan.
''Bersabar Lia!,.Lia tak bersalah dalam hal ni.Janganlah Lia rasa rendah diri.Siapa pun kita Allah dah tentukan semuanya sejak azali lagi.Allah itu Maha Mengetahui Lia,.'' tenang ummi bersuara dan tenang juga hatiku mendengar ungkapan ummi.Sesungguhnya orang yang beriman itu sentiasa berfikir positif dalam semua perkara.Melihat kejadian Allah dengan mata hati bukan dengan perasaan.
''Dah!,.jangan menangis lagi.Lia kena Redha dan ikhlas menerima semua ketentuan Ilahi.Yang penting sekarang Lia jaga hati dan jaga Iman agar tak tergelincir dari landasan Islam.Tangislah pada dosa-dosa silam bukan menangis pada siapa diri kita.Itu maknanya Lia tak terima ketentuan takdir,.'' bijak Puan Syarifah Akhirah mengungkap kata bicara hingga aku turut tergoda dengan kata-katanya.Hatiku mengucap syukur berkali-kali kerana mempertemukan aku dengan keluarga ini.
''Aikk!!,.Efy terlepas sesuatu ke? Kenapa ni?'' aku terkejut tatkala mendengar suara encik Efy.Puan Syarifah Akhirah melepaskan rangkulannya dan menghadiahkan senyuman untuk encik Efy.Aku menyeka air mata yang masih bersisa dan cuba menyembunyikan wajah dari renungan encik Efy dengan menoleh ke arah lain.
''Efy!,.awal balik hari ni?'' aku dengar Puan Syarifah Akhirah menyoal encik Efy.Aku bangun untuk membawa diri ke bilik air tapi langkahku dihalang.
''Efy ingat nak ajak kak Lia pergi pasar ramadhan sebab tu Efy balik awal.Kenapa ni?'' sambil menjawab pertanyaan Puan Syarifah Akhirah,encik Efy menyoal aku sambil kedua tangannya mendepang di hadapanku menghalang aku dari berlalu.
''Kak Lia nak ke bilik air Efy!,.tepilah,.'' suaraku serak.Wajahku masih menunduk.Malu dilihat encik Efy dalam keadaan aku yang begitu.Dengan mata yang bengkak dan wajah yang sembab.
''Efy!,.jangan diganggu kak Lia tu,.'' Puan Syarifah Akhirah bersuara menyelamatkan keadaan.Aku terus meloloskan diri dari kepungan encik Efy tanpa menoleh ke belakang lagi.
Masuk ke bilik air aku terus membasuh muka.Ku renung wajahku di depan cermin.Hodoh sungguh!,.hanya itu perkataan yang mampu aku gambarkan bila merenung wajahku sendiri di cermin.Tiada seri lagi.
............................................
Malamnya aku berkurung di dalam bilik.Ketika berbuka puasa tadi pun aku banyak diam dari bercakap cuma sekali sekala aku tersenyum walau kelihatan hambar bila di usik encik Efy.Kebetulan dalam emosi yang tidak stabil ini pula 'Allah Bagi Cuti' untukku.Segala kebiasaan yang biasa aku lakukan terpaksa aku hentikan.
Bila bersendirian di rumah aku menguncikan diri di dalam bilik.Buka internet dan mula log masuk ke blog yang sudah lama tidak ku update entry terbaru.Rasanya malam ini aku harus meluahkan segalanya agar jiwa ini kembali tenang.Aku mulakan dengan bicara bisuku.
BAHAGIA HANYA SEKADAR IMAGINASI?
Adakah bahagia itu hanya sekadar imaginasi semata? Dalam dunia reality ini bahagia yang datang hanyalah sementara.Sedang diulit dengan rasa bahagia pasti derita akan menceroboh masuk lantas mencantas seulas senyuman yang baru bertunas.
Air mata,.ianya hadir tanpa undangan dan salam.Kehadirannya membikin resah dan gundah.Membuat jiwa kian parah.Menjadikan hati seakan mati untuk terus merentasi dunia reality ini.Aku harus bagaimana lagi?,.selain hanya berserah dan terima ketentuan ILAHI.
Ya Allah,.tiada apa yang mahu ku pinta lagi,andai diri ini terus diuji maka kau perkuatkanlah jiwa ini.Perkuatkanlah Keimanan dan Ketaqwaanku terhadapMU.Kuatkanlah juga semangatku untuk terus merentasi setiap halangan berduri yang berada dilaluan hidupku.
Ya Allah,.aku tak berdaya tanpa bantuanMU.Dunia dan isinya ini sangat kejam dalam merobek hati manusia sepertiku namun aku sedar dalam kejamnya dunia ini kau pasti menghantar pelindung untukku.Pelindung yang akan mempertahankan aku dari kekejaman dunia ini.Yang akan memberikan aku semangat dikala aku dilanda musibah.Yang membantu aku untuk bangun dikala aku jatuh.
Kebahagiaan itu pasti ada untukku walau ianya masih samar.Aku masih teraba dalam kelam mencari erti bahagia yang sebenar.Mencari cahaya kebahagiaan itu terlalu sukar kerana jalannya yang terlalu berliku.Aku sedar kalau aku tersalah langkah pasti pencarian ini akan berakhir di jalan mati.Atau mungkin bakal jatuh ke dalam jurang yang paling dalam.
Bahagia!,.di mana kau sedang berada? Akan ku tunggu kau tiba hingga hujung nyawa.Aku pasti kau sedang menantiku di mana-mana.Adakah seorang putera impian yang akan membawaku ke sana? Ahh,.hari ini persoalan ini mungkin takkan terjawab lagi.Biarlah ku terus menanti walau pun hingga nafasku terhenti.
MUTIARAkirana_Aku Tetap Aku.
Aku terus terbitkan entry terbaru itu tanpa keraguan.Biarlah luahan hatiku itu dikongsi untuk seluruh dunia.Semoga apa yang ku kongsi dijadikan ikhtibar untuk mereka yang senasib dengan diriku.Aku tahu bukan aku seorang yang sedang mencari bahagia.Semua orang nak bahagia cuma Allah sedang menguji tahap kesabaran kita untuk diberi bonus untuk Akhirat kelak.Yang kuat semangat dan terus tabah dan sabar pasti bonusnya akan berlipat kali ganda.
Selepas menerbitkan entry aku log keluar dan login facebook pula.Masuk saja ke facebook sudah tertera perkataan merah di sudut kirinya.Ketiga-tiganya berwarna merah.Aku pilih yang tengah terlebih dahulu.Mungkin ada mesej penting.Siapa tahu!
Mesej pertama dari Emelia sepupu kepada Faiz Hafizi bekas suamiku.Panjang berjela mesejnya.Mataku terbuntang bila membaca baris demi baris.Langsung tak ku duga,langsung tak ku sangka begitu jalan ceritanya.
~emelia sempoi_as salam kak lia..apa khabar? harap kak lia sihat walau di mana pun kak lia berada sekarang,.kak lia emy ada ceta yang nak dikongsi bersama kak lia ni,.dah lama kot emy nak bagitau kak lia tp emy tak berani kerana takut dengan mak long,.kak lia tahu tak sebenarnya mak long tu mewarisi saka dan abg faiz diguna-gunakan supaya abg faiz tak tidur dengan kak lia kerana mak long tak nak keturunannya nanti lahir dari anak luar nikah,..
maafkan emy kak,bukan emy nak menuduh akak ni anak luar nikah tp ada seorang lelaki yg selalu datang berjumpa mak long yang cakap macam tu,.mak long menerima kak lia sebagai menantunya kerana duit,.mak long cakap orang tu bagi dia rm50 ribu kalau mereka sanggup ambil kak lia sebagai menantu dan selepas abg faiz nikah dengan kak lia abg faiz akan terima wang rm5 ribu setiap bulan,.dan kak lia perlu tahu kak lia keguguran sebab mak long,.mak long yang menghantar sakanya pada kak lia,.emy tak tahu macam mana mak long buat tapi,.. kak lia sekarang mak long sedang nazak,.pak long pula kahwin lain lepas mencuri duit simpanan mak long,.
abang faiz dah macam orang sasau lepas kak jannah bawa anak-anak ke mesir sekali lagi tapi yang menghairankan emy abang faiz asyik meracau menyebut-nyebut nama kak lia,.kak,.kalau boleh ampunkanlah segala dosa abang faiz dan mak long,.mereka terseksa kak,.kesian mereka,.mak long dah tinggal kulit dengan tulang ja kak,.hari2 menjerit dan melolong minta ampun,.kadang2 bersemangat saja bangun makan dan menghabiskan berpinggan nasi,.entahlah kak lia,.kami sudah puas berubat tapi mak long masih macam tu,.kalau boleh kak lia baliklah,sekali pun cukuplah kak lia,.emy merayu,.plezz,.~
Aku terkedu selepas membaca hingga akhir mesej.Macam cerita filem pula.Allah Maha Mengetahui segalanya.Aku sendiri sedang keliru sekarang ni sama ada nak menangis atau ketawa.Nak bersorak gembira atau bersimpati.Kalau ada pun perasaan marah aku sekarang hanya pada lelaki itu.Lelaki yang telah mencampakkan aku ke rumah anak-anak yatim dan tergamak pula memberi ganjaran pada Faiz supaya mengambil aku sebagai isteri.Betapa terhinanya ku rasa tapi layakkah aku untuk marah sedangkan Allah pun Maha Pengampun.
Aku beristighfar di dalam hati.Mahu atau tidak aku terpaksa juga menerima ketentuan takdir ini.Allah menguji aku mungkin bersebab.Aku malas nak menyesakkan minda sendiri dengan memikirkan yang bukan-bukan.Semua benda dah berlalu.Moga Allah ampunkan dosa Faiz dan bekas ibu mertuaku itu.Siapa aku untuk terus menyimpan dendam.Aku kosongkan minda dari segala masalah dengan banyak mengingati Allah.Hanya DIA tempat mengadu yang sebaik-baiknya.
Aku buka pula mesej kedua.Mesej dari Putera Cool.
~putera cool_kak lia kenapa? efy tanya ummi tapi ummi suruh tanya kak lia sendiri,.please kak lia,jangan biar efy tertanya-tanya tau,.efy syg kak lia,.nanti kita chat lagi selepas efy balik tarawikh k!~
Aku terharu membaca mesej dari encik Efy.Sejak kami rapat dia memang selalu mengambil berat akan diriku.Di rumah ini memang aku rasa dihargai.Aku copy mesej dari Emelia dan pastekan ke dalam inbox encik Efy.Tiada apa yang harus aku rahsiakan.Biarlah semua orang tahu dan menerima diriku ini seadanya.Aku terus logout dan offkan laptop.Aku ingin lelapkan mata dan lupakan semua berita yang baru ku terima ini.
........................................
Sayup-sayup aku terdengar lagu doa perpisahan dendangan kumpulan Brothers.Aku terkebil-kebil sendiri.Mataku tenyeh berulang kali.Minda cuba menganalisis apa yang aku dengar.Bila minda kembali berfungsi baru mataku terbuka luas.Itu bunyi nada dering HP aku.Siapa pulak la yang nak calling malam-malam ni.Aku bangun dari katil dan menuju ke arah meja di sudut kanan bilikku.Sebaik HPku berada di dalam tangan ku belek nama pemanggil.Tertera nama encik Efy di skrin HP.Aku send mesej bila tiada panggilan balas.
~kenapa efy?~
Beberapa detik kemudian lagu Doa Perpisahan berbunyi lagi.Aku jawab panggilan sambil mula melangkah ke katil semula.Dalam masa yang sama sengugut pula mula menyerang.Ku tekan perut yang mula terasa sakit.
''Kak Lia tak online malam ni?'' soalan pertama dari encik Efy.Aku berdehem sebelum menjawab.Suara orang bangun tidur tentulah seksi.Tak pasal-pasal pulak encik Efy ni tergoda pula karang.
''Kak Lia dah tidur pun tadi Efy.Ada apa Efy?'' kami berbalas soalan.Aku mula rebahkan badan dan mengkerekotkan kaki.Tak tahan beb!,.inilah dugaannya menjadi seorang perempuan.
''Efy dah baca mesej kak lia tapi macam tak kena ja.Efy tak fahamlah.Sebenarnya mesej tu untuk siapa?'' dalam diam aku tersenyum.Mengingati kebodohan sendiri.Mesej Emelia tadi aku copy sebijik-sebijik.Langsung aku tak edit apa-apa.
''Oh!,.itu mesej untuk kak Lia.Dari sepupu abang Faiz,bekas suami kak Lia.Akak main copy ja tadi.Akak malas nak taip yang baru.Mengantuk sangat!'' aku mengaku yang sejujurnya.
''Akak baru bangun tidurlah ni? Patutlah seksi suara akak.Seksa Efy yang mendengarnya,.'' aku mendengar encik Efy ketawa.Cehh!!,.sempat lagi tu.
''Kak Lia nak balik kampung ke? Nak Efy temankan?'' erkk,.aku terkelu.Perlukah aku balik semula dan biarkan parut luka di hatiku berdarah kembali? Aku bertanya diri sendiri.
''Kak Lia!,.takkan dah tidur balik kot?'' encik Efy bersuara lagi bila aku terus membisu.Aku merangka ayat dalam minda sebelum menyusun kata.
''Akak belum bersedia untuk membiarkan luka lama itu berdarah kembali Efy.Biarlah Allah yang tentukan takdir mereka.Akak dah lama maafkan mereka,..'' aku bersuara pasrah.Kalau aku pulang pun aku bukannya mampu buat apa-apa.Itu yang aku fikir.
''Kak Lia!,.kalau ikut mesej yang akak dah COPY kat Efy tu,suami akak diguna-gunakan supaya dia tak tidur dengan akak tapi macam mana akak boleh keguguran pula?'' erkk,.soalan encik Efy yang ini benar-benar membuatkan nafasku semput untuk menjawab.Takkan aku nak bagitau dia aku yang mengoda Faiz sepanjang perkahwinan kami.Kadang-kadang kalau terlalu jujur sangat pun mungkin akan menjerut leher sendiri.
''Efy!,.Efy percayakan Allah itu Maha berkuasa atas segalanya? Allah akan mengizinkan orang untuk menganiaya kita untuk menguji kita supaya kita menjadi lebih kuat tapi andai sebaliknya buatlah apa pun takkan terjadi apa-apa pada kita andai Allah tak mengizinkannya,.'' aku ambil jalan mudah dengan menjelaskan tentang kekuasaan Allah pada Efy.Nasib baiklah minda aku masih berfungsi walau baru bangun tidur.
''Dahlah!,.akak nak sambung tidur!'' perutku yang semakin mencengkam membuatkan aku tiada mod untuk terus berbual dengan encik Efy.
''Nur Farhah Ilyia!!,.I LOVE YOU,.WILL YOU MARRY ME???'' sebelum aku sempat mematikan talian encik Efy sudah memberikan kejutan yang paling aku tak sangka.
''Encik Syed Lutfy Adry tolong jangan nak buat LAWAK ANTARA BENUA malam-malam ni!!!,.'' aku terus off HPku.Malam itu aku tidak dapat tidur dengan nyenyak.Aku diganggu dengan pelbagai mimpi.Ahh,.hidup ini terlalu banyak cobaannya.Kadang-kadang aku juga terlalu letih untuk menepis segala cobaan yang datang.Minda aku terlalu sarat dengan beban.Kuatkan jiwaku Ya Allah!!!
............................................
20 Ramadhan
Aku dan encik Efy tak bertegur sapa sejak lamaran spontannya itu.Ummi hairan dengan sikap dingin kami berdua.Aku bagi warning dekat encik Efy,kalau dia nak aku bercakap dengan dia macam biasa tarik balik lamaran dia tu.Tapi encik Efy dengan aku memang sama-sama degil.Kami rela biar tak bertegur sapa.
Hari ini semua anak dan cucu Puan Syarifah Akhirah berkumpul.Puan Lydia bersama suami dan anak-anaknya datang berbuka puasa di rumah ini.Begitu juga dengan encik Syed Luqman Aniq.Anak kedua Puan Syarifah Akhirah yang ini pulang dari Terengganu selepas asar tadi.Kali pertama aku bertentang mata dengan encik Aniq memang ada sedikit getar di dalam dada.Entahlah kenapa? Encik Aniq juga asyik merenung aku semacam ja.Ketika kami menyiapkan makanan untuk berbuka encik Aniq dan encik Efy ikut turun menyibuk di dapur.
Pukul 6.00 petang Amirah,Aieyz dan Irdiana datang untuk berbuka bersama kami atas jemputan Puan Lydia.Terkejut besar mereka bila mendengar aku memanggil ummi pada Puan Syarifah Akhirah dan kakak pada Puan Lydia.Mereka benar-benar menyangka aku dilayan seperti orang gaji di rumah ini.
''Lia!,.makan banyak sikit! Abang tak naklah bakal isteri abang ni kurus sangat,.'' mendengar encik Aniq bersuara aku dan encik Efy serentak tersedak.Semua orang yang berada di meja makan memandang aku dan encik Aniq silih berganti.Aku? Rasa macam nak jadi halimunan ja.
''Hai Aniq! merisik tak,bertunang tak,.tau-tau bakal isteri.Apa cerita ni?'' Puan Lydia menyoal encik Aniq.Wajah Amirah yang duduk di sebelah aku berubah masam.Bukan aku tak perasan gelagat Amirah yang memerhatikan encik Aniq sejak tadi.Irdiana pula asyik tunduk tersipu-sipu dan sekali sekala mencuri pandang pada encik Efy.
''Love at first sight kak!,.macam mana ummi,walid,.boleh bagi green light??'' hadoii!!,.kenapalah anak-anak Puan Syarifah Akhirah dan Syed Muzaffar Shah ni suka sangat buat jantung aku nyaris terhenti.
''Kenapa tanya ummi dengan walid? Tanyalah tuan punya badan,.'' Puan Syarifah Akhirah bersuara.Semua mata memandang ke arahku.Aku terus kaku.Terasa semua makanan yang masuk ke mulut semuanya ku rasa sudah tidak enak ditekakku.
''Apa hal pun,kita makan dulu.Kamu ni Aniq!,.dah tak reti nak bersabar? Kalau ya pun dah berkenan,janganlah nak gelojoh sangat.Depan rezeki pun sempat lagi kamu nak melamar?'' Tuan Syed bersuara mendamaikan suasana.Aku pandang encik Efy yang hanya menguis-nguis spagetti kesukaannya di dalam pinggan sejak tadi.Begitu juga dengan Amirah di sebelahku.
''Betul tu!,.makan dulu.Apa-apa pun lepas solat tarawikh nanti kita bincang lain.Maghrib nanti kita solat jemaah bersama.Aniq jadi Imam!'' erkk,.mendengar Puan Syarifah Akhirah berkata begitu wajah aku berubah lagi.Semakin mengelabah aku kerana 'cuti' aku belum habis.Orang sahur aku sahur.Orang berbuka pun aku join sekali.Almaklumlah,.takut rahsia terbongkar.
Bila semua orang selesai makan dan bergegas mengambil wudhuk,aku masih di dapur.Mengemas meja makan dan membasuh semua pinggan mangkuk.Anak Puan Lydia yang bongsu Mohd Darwish datang memanggil aku di dapur ketika aku sedang sibuk mengelap pinggan.
''Mak cik Lia!,.nenek suruh mak cik Lia tinggal dulu buat kerja tu.Nenek panggil solat sama-sama,'' aku terasa bagai tercekik tulang saat ini.Mahu atau tidak terpaksa juga aku mengaku keadaanku.
''Err,.Wish tolong cakap kat nenek.Mak cik Lia tengah kena perintah darurat sekarang.Lagi dua hari In Sya Allah akan dibebaskan,.'' aku sengeh senget pada Darwish.Malu kot,nak mengaku macam tu.Walau pun aku tengok Darwish macam sedang keliru dengan jawapan aku tu tapi aku bernasib baik kerana Darwish yang baru berusia tujuh tahun itu tidak banyak soal.Darwish berlari semula ke bilik solat di tingkat dua.Aku sambung mengemas dapur hingga selesai.
....................................
''Kak Lia!,.'' ketika aku baru selesai mengemas dan baru ingin melangkah ke ruang tamu encik Efy datang menegurku.Wajahnya nampak muram.Aku pura-pura tenang.
''Kak Lia nak terima lamaran abang Aniq?'' aku mendengus kasar.Soalan apa ni? Entah-entah Syed Luqman Aniq tu sekadar nak bergurau ja tadi.
''Efy ingat akak ni apa? Akak sedar dirilah akak ni siapa! Akak langsung tak layak untuk encik Efy atau encik Aniq tu,.'' aku bersuara agak keras.Entah kenapa seolah aku rasa aku ingin di permainkan oleh kedua adik beradik ni.
''Kenapa tak layak? Abang manusia,Lia pun manusia jugak! Kalau Lia tak sempurna,abang pun tak sempurna!'' encik Aniq yang entah bila sudah terconggak di ruangan dapur menyampuk perbualan kami.
''Sebab saya tak percaya dengan 'LOVE at FIRST SIGHT' encik Aniq tu!'' aku jawab tegas dan ada sedikit nada sindiran, bila aku kuatkan ayat love at first sight.
''Lia tak berlaku adil dengan abang tau! Dengan orang lain Lia boleh anggap macam keluarga.Kenapa dengan abang Lia berencik pulakk? Ini tidak adil!!,.'' lahhh,.dia pi kaleh kot tu pulak.Encik Efy yang berwajah monyok pada asalnya terus tergelak bila mendengar encik Aniq berkata begitu.Encik Aniq siap tepuk meja lagi.Dah tu dia tiru dialog filem Tiga Abdul tu.
''Adik beradik sama ja.Suka sangat buat lawak antara benua!,.'' aku berkata perlahan sambil berlalu ke ruang tamu.Amirah,Ayieyz dan Irdiana akan pulang selepas solat maghrib.Kalau dua beradik ni dah selesai solat maknanya yang lain pun dah selesai.
Aku menghantar kawan-kawan sekerja aku ni hingga ke pintu kereta.Selepas bibik balik bekerja semula nanti tentu aku akan sambung bekerja di butik lagi.Amirah macam masih marah dengan aku.Mungkin dia sudah lama menyimpan perasaan pada encik Aniq tup-tup encik Aniq pula buat lawak melamar aku depan mereka semua.
''Syoklah kak Lia!,.nanti bila dah jadi adik ipar Puan Lydia tentu tak kerja di butik lagikan.Tentu encik Aniq akan bawa kak Lia bersama dia ke Terengganu,'' penuh sinis Amirah bersuara.Aku hanya ukirkan senyuman.Aku tahu mereka tentu sangat kecil hati dengan aku kerana aku baru enam bulan bekerja dengan Puan Lydia tapi mendapat layanan istimewa di rumah ini.Sedangkan mereka sudah bertahun bekerja tapi tidak pula diangkat sebagai ahli keluarga seperti aku.
''Encik Aniq tak serius pun melamar kak Lia tadi.Dia bergurau saja tu! Lagi pun kak Lia baru ja jumpa encik Aniq tu petang tadi.Tak mungkinlah dia akan suka akak secepat itu!'' aku menerangkan keadaan sebenar.Aieyz dan Irdiana hanya menjadi pemerhati.
''Tapi encik Aniq tu macam serius saja.Haa,.tadi masa Darwish bagi tahu kak Lia tengah darurat muka dia macam frust saja sebab kak Lia tak ada sekali berjemaah.Tengoklah lepas solat tadi pun terus dia tuju ke dapur cari kak Lia,.'' adoii Amirah ni,kenapa perlu diungkit tentang darurat pula di depan si Aieyz ni.Melebar saja senyuman Aieyz ni.
''Dah,.dahh!!,.korang ni,bulan-bulan puasa ni pun nak berebut jantan ke? Jom balik! nanti terlepas pulak aku nak gi tarawikh.Korang tak apa la boleh darurat,.'' aku dan Amirah serentak membulatkan mata kepada Aiesy.Mulut langsung tak berinsuran.Bila masa pula kami berebut jantan.
''Banyaklah kau!!,.berebut jantan la sangat!.Alahh,.tak dapat encik Aniq,encik Lutfykan masih ada,.'' Amirah bersuara sambil menampar kuat bahu Aieyz.Melatah seketika Aieyz sebab terkejut.
''Ehemmm,.encik Lutfy aku dah cop haa,..'' Irdiana menyampuk sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya di depan Amirah.Amirah menjeling.Aku dan Aieyz lepaskan tawa.
Mereka berangkat pulang selepas kami saling berbalas salam.Aku masih berdiri tegak di pintu pagar.Memerhatikan kereta mereka hilang dari pandangan.Sebaik aku berpusing untuk melangkah masuk ke rumah encik Aniq sudah tersenyum di belakang aku.
''Abang dah dengar tadi Lia.Untuk pengetahuan Lia abang tak bergurau dengan apa yang abang cakap tadi.Abang serius untuk ambil Lia jadi isteri,.'' aku tergamam di situ.Takkan semudah itu? Kenapa orang lelaki ni suka sangat bertindak ikut suka hati sendiri ja.
''Abang tak paksa Lia.Abang bagi Lia masa tiga hari untuk berfikir.Kalau Lia setuju malam 27 Ramadhan ni lepas tarawikh kita nikah!'' hahh!!,.secepat itu? Apa yang ada dalam fikiran encik Aniq ni?
''Kalau Lia tak setuju?'' aku bersuara tegas.Dalam hati ni jangan cakaplah.Memang bengang sangat.Ingat soal nikah ni mudah!
''Samalah!,. malam 27 Ramadhan ni kita nikah!'' encik Aniq bersuara selamba sambil lebarkan senyuman.Aku terus menonog masuk ke rumah.Kalau lagi lama aku melayan encik Aniq mesti fikiran aku makin serabut.Argghhh,..
.....................................................
Tahap kebenggangan aku dah jatuh ke tahap 90%.Mana taknya kalau si adik dan si abang dah berjaya buat aku jadi serba salah.Dengan encik Efy aku memang tiada perasaan pada dia.Aku anggap dia macam adik ja pun.Dengan encik Aniq pula,payah nak cakap.Aku baru kenal dia tak sampai 24 jam lagi pun.Wujudkah cinta pandang pertama ni? Aku cuma takut pisang akan berbuah dua kali.Bagaimana kalau isteri encik Aniq tiba-tiba nak rujuk balik? Banyak persoalan yang sedang berligar dalam kepala aku sekarang ni.Kalau aku tahu bakal terjebak dalam situasi begini tentu aku takkan terima permintaan Puan Lydia supaya menjadi orang gaji sementara di rumah ini.
Aku ingin menganggap semua ini sebagai kehendak takdir tapi dalam masa yang sama aku juga berperang dengan hati aku sendiri.Layakkah aku untuk berdampingan dengan mereka.Mereka keturunan Syed sedangkan aku? Entah aku ni anak siapa? Keturunan apa? Kalau aku nak ambil mudah,senang saja nak cakap.Yang namanya manusia semuanya sama saja di sisi Allah.Yang membezakan kita hanyalah amalan.
Aku melihat jam di dinding bilikku.Dalam aku asyik berperang dengan diri sendiri jarum jam terus berputar.Dalam setengah jam lagi mungkin keluarga ini akan pulang dari masjid.Puan Lydia sekeluarga mungkin akan tidur di sini malam ini.Bila mengingati kata-kata Puan Syarifah Akhirah di meja makan tadi aku jadi kecut perut.Benarkah mereka akan bincangkan isu tadi selepas tarawikh nanti?Huargghh,..sekali lagi aku jadi serabut.
Detik demi detik buat jantung aku semakin kuat berdebar.Aku pejamkan mata dan cuba bayangkan wajah Faiz,encik Efy dan encik Aniq.Bila bayangan wajah Faiz menjelma perasaan aku langsung tiada rasa.Payah nak diungkap dengan kata-kata kerana aku tak pandai untuk membenci.Bila wajah Efy yang hadir mungkin ada sedikit ketenangan di hatiku kerana selama 20 hari di rumah ini dia yang selalu menjadi teman berbualku.
Aku cuba mengimaginasikan pula wajah encik Aniq.Renungannya dan senyumannya,.entah mengapa bibirku menguntum senyum tanpa sedar.Seorang lelaki yang paling direct pertama kali ku jumpa.Wajahnya yang pan asian lebih mirip pada wajah Tuan Syed.Bertubuh tinggi dan berhidung mancung.Mata dia yang membuat aku terpukau.Erkk,.terpukau??,.
''Lia! kak Lydia ni,.dah tidur ke?'' aku yang sedang melamun tersentak bila mendengar namaku diseru dari luar bilik disertai dengan ketukan di pintu.Aku bangun lalu mencapai tudung yang aku sangkutkan di penyidai bersama telekung.Sebelum aku buka pintu tudung aku sarungkan terlebih dahulu.
''Ada apa kak Lydia?'' aku menyoal sambil jantungku berlari laju.Tak tahu kenapa aku menjadi resah semacam saja ketika ini.
''Jom! semua tunggu Lia kat depan,.'' Puan Lydia senyum padaku sambil lenganku dipaut.
''Hah!,.tunggu Lia? Untuk apa?'' aku pura-pura dungu.Puan Lydia tidak menjawab pertanyaanku malahan aku terus dipimpin hingga ke ruang tamu.
Sampai ke ruang tamu, lima pasang mata sudah memandang ke arahku.Aku menjadi kaku tiba-tiba.Ummi melambai aku dan menepuk sofa di sebelahnya.Puan Lydia duduk di sebelah suaminya.Tuan Syed duduk di sebelah encik Aniq yang bertentangan dengan aku dan Puan Syarifah Akhirah.Encik Efy sedang duduk di depan tv sambil bermain dengan I-phone 5 miliknya.
Aku melangkah perlahan ke arah Puan Syarifah Akhirah.Sebaik aku duduk Puan Syarifah Akhirah sudah memegang tanganku.Aku mendonggakkan wajah dan memandang Puan Syarifah Akhirah.
''Lia!,.ummi dan walid nak jadikan Lia sebagai anak menantu kami.Itu pun kalau Lia tak keberatan.Kami takkan paksa Lia kalau Lia tak mahu tapi anak ummi yang dah 3 tahun menduda tu dah tak sabar nak jadi suami,.'' kata-kata Puan Syarifah Akhirah disambut dengan ketawa oleh Tuan Syed,Puan Lydia dan suaminya.Encik Aniq berdehem beberapa kali.Encik Efy langsung tak berkutik.Entah apa yang ditaip dalam I-phonenya itu.
''Ummi tahukan Lia ni siapa? Lia,...''
''Lia siapa? Alien ke? Datang dari Planet mana? Marikh? Pluto?,.'' aku belum habis cakap encik Aniq dah menyampuk.Aku kebam bibir.Geram sangat.
''Ikut suka ummilah.Lia ikut ja cakap ummi,'' aku bersuara perlahan.Geram punya pasal aku terus buat keputusan mendadak.Ummi tahu siapa aku.Biar takdir yang tentukan nasib aku selepas ini.
Encik Aniq dah meraup mukanya.Entah doa apa yang di aminkan.Encik Efy berhenti menaip dan merenung tepat ke arahku.Aku terkesima di situ.Maafkan kak Lia Efy.Efy terlalu muda untuk akak.Aku berdialog di dalam hati.
''Kalau macam tu ini cincin tanda dari ummi.Esok Lia keluar pergi beli yang baru dengan Aniq,'' sambil bersuara Puan Syarifah Akhirah menyarungkan cincin miliknya ke jari manisku.Selepas itu dia merangkul aku dan mengucup kedua belah pipiku.Puan Lydia juga menghampiriku dan berbuat perkara yang sama.Air mataku sudah mengalir tanpa sedar.Air mata bahagia dan terharu.
''Uitt!!,.macam best ja! Efy nak buat jugak boleh?'' encik Efy yang bersuara tiba-tiba mengundang semua mata memandang ke arahnya.
''Buat apa? Apa yang best?'' suami Puan Lydia yang lebih banyak menjadi penonton menyoal encik Efy.Macam tadi semua tumpuan ditujukan ke arah encik Efy.
''Tu,.macam ummi dengan kak Lydia buat kat kak Lia tu.Macam best ja,.'' encik Efy menjawab sambil tersengeh.Aku ketap bibir lagi.Tuan Syed spontan tergelak bila encik Aniq tunjuk penumbuk kat encik Efy dan encik Efy angkat kedua belah tangannya tanda menyerah kalah.
Malam tu rumah mewah Tuan Syed riuh dengan gelak tawa.Kami turut berbincang tentang persiapan yang akan diadakan seminggu lagi.Rasa macam mimpi pun ada.Dari hanya pekerja kedai butik kepada orang gaji sementara.Diambil pula menjadi anak angkat dan bakal jadi anak menantu.Sungguh aku tak percaya.Semua ini terjadi dalam hidupku.Imaginasikah atau reality???
...........................................................
21 Ramadhan
Aku diajak encik Aniq untuk keluar bershopping membeli keperluan untuk majlis akad nikah kami nanti.Tak banyak yang kami beli,cuma dua pasang kasut untuk aku dan encik Aniq.Sepasang baju melayu berwana putih dan sepasang baju kurung moden juga berwarna putih.Songkok dan tudung.Kemudian encik Aniq membawa aku ke kedai Habib Jewel.Kami menempah sepasang cincin.
Menurut encik Aniq malam 27 ramadhan nanti kami hanya akan diakad nikahkan tanpa sebarang majlis.Lepas raya baru kami akan diraikan.Aku pun tak banyak cakap.Biarlah mereka yang atur semuanya.Aku sudah nekad untuk mengunci mulut dan mengangguk saja tanpa sebarang bantahan.
Selesai bershopping kami menuju pula ke Pejabat Agama untuk membuat temujanji bersama tok kadi dan mengisi beberapa borang pernikahan.Entah bagaimana kami dipanggil masuk untuk sesi kaunseling dan soal jawab.Encik Aniq yang banyak disoal kerana dia yang bakal jadi pemimpin dalam rumahtangga kelak.Sebelum pulang kami diingatkan agar keluar berteman selagi belum sah menjadi suami isteri.Lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini.Aku dan encik Aniq hanya mengangguk sambil tersenyum.Kan dah kena sedas.Dapat ceramah Free lagi.
''Nak pergi mana lagi? Lia ada lagi nak beli apa-apa?'' aku hanya mengeleng dengan pertanyaan encik Aniq.
''Lia takut dengan abang ke? Sejak kita keluar tadi Lia hanya geleng dan angguk ja setiap kali abang tanya?'' encik Aniq soal aku.Macam rajuk ja suaranya aku dengar.
''Liakan alien dari planet Marikh.Kalau cakap banyak pun bukannya encik Aniq nak faham,.'' aku menjawab sambil cuba sembunyi senyum.
''Lia!!!,.nasib baik Lia bukan jadi isteri abang lagi,kalau tak,.tahulah abang nak buat apa kat Lia,.'' encik Aniq bersuara separuh mengugut.Mungkin geram dengan ayat sindiran aku tadi.Aku mencebik.
''Lagi satu! kenapa berencik pula dengan abang ni? Berapa kali abang nak ingatkan? Dengan Efy dan Kak Lydia tu boleh pula Lia panggil elok-elok,.'' aku kerut dahi sambil kaleh dan memandang encik Aniq.
''Elok dah la tu! Encik Aniq!,.ker nak suruh Lia panggil abang Tuan Syed Luqman Aniq terus,.'' aku sindir encik Aniq lagi.Sengaja nak cari gaduh sambil menguji kesabaran my husband to be ni.Encik Aniq boleh pula tersenyum dengan sindiran aku tu.
''Boleh pun panggil abang.Bukannya payah sangat pun!'' aku kerut dahi sekali lagi sambil minda mengimbas balik ayat-ayat aku tadi.
''Bila masa pulak??'' aku menafikannya.Encik Aniq tak membalas bahkan hanya senyuman yang diberi sambil mengubah topik.
''Betul Lia tak nak singgah mana-mana ni? Abang nak singgah masjid depan tu kejap.Nak solat zohor.Lia masih darurat lagikan? Esok last!!,. nampaknya malam 27 ni Lia dah dibebaskan.Jangan cuba-cuba nak lari ya!,.'' encik Aniq tergelak sambil memberhentikan kereta di depan masjid.Aku kebam bibir.Mengigil dengar ayat ugutan dia tu.
Bila kereta berhenti aku turut keluar dari kereta.Dari jauh aku sudah nampak kedai buku tempat aku bekerja kali pertama aku datang ke Kuala Lumpur dulu.Kalau aku nak cari buku kedai inilah yang aku tuju sebelum ini.Kalau aku berjalan kaki ni memanglah berpeluh juga tengahari macam ni.Exercise sikit tak apa kot? Aku berkira-kira dalam hati.
''Lia nak pergi kedai depan tu.Nanti abang cari Lia di situ ya!'' aku cuba lembutkan lidah dengan memanggil abang pada encik Aniq.
''Laa,.tadi abang tanya kenapa tak cakap? Kalau tak, tadi boleh abang hantar!'' encik Aniq bersuara tegas.Aku mengeleng.
''Alah! Lia bukannya anak manja pun,nak kena hantar bagai.Lagi pun Liakan alien! Boleh guna kuasa ghaib.Zuppp!,. sekali langkah ja terus sampai,.'' aku berloyar buruk sambil memandang encik Aniq dan menjungketkan kening beberapa kali.
''Liaaaa!!,.'' encik Aniq menbuntangkan matanya.Geram barangkali.Aku hanya tergelak kecil sambil terus melangkah meninggalkan encik Aniq.Nasib kaulah encik Aniq oii,.siapa yang suruh kau mula kenakan aku dulu.
...............................................
Aku ralit membelek beberapa buah novel di rak bila bos lama aku encik Mahadi menghampiri aku.Aku hanya menoleh sekilas dan membelek kembali buku yang ada di tanganku.
''Lia!,long time no see!,.'' cehh!!,.ada hati nak cakap omputih dengan aku.Mentang-mentanglah aku ni sekolah tak tinggi.Sebenarnya aku berhenti kerja dulu pun sebab inilah.Encik Mahadi ni tengok muka ja macam orang melayu tapi speaking 24 jam.Mana aku faham.
''How are you Lia?'' aku buat tak peduli lagi.Aku capai dua buah buku yang aku berkenan.Terus pergi kaunter dan bayar harga buku.
''Dua buah ja kak Lia? Selalunya 5-6 buah jugak kak Lia borong,.'' Asri penjaga kaunter menegur aku.Aku hanya tersengeh.Malas nak cakap banyak bulan-bulan puasa ni.Selepas membayar aku terus keluar tapi sempat juga aku mendengar encik Mahadi melaung.
''Heart-heart on the road Lia!,.'' hahaha,.bila dengar ayat ni memang aku gelak berdekah-dekah dalam hati.Encik Mahadi ni kadang-kadang memang sengal sikit.Perosak bahasa! Tu belum buat ayat BI versi BM lagi.Kalau dalam FB dia selalu PM aku macam ni tau.
~mahadi macho_hawau yu lia,.bekpes or nod ergen(how are you lia,breakfast or not again)~
Kalau time boring tu aku layankan ja mod sengal dia tu.Aku memang tak terror sangat BI ni tapi aku faham la maksud yang ingin disampaikan tu.Walau pun aku tahu BI dia tu memang lintang pukang.Ahh,.lantak kau la encik Mahadi oii!,.ai dun khe! (I don't care)hihi,.
Aku keluar saja dari kedai buku encik Aniq dah terpacak tepi kereta tunggu aku.Bila aku sampai di tepi kereta ,dia dah siap buka pintu kereta untuk aku.Ek eleh,.nak tunjuk gentleman la konon.Jangan-jangan bodek sebelum dapat saja ni?
''Lia beli buku apa?'' encik Aniq menyoal aku sambil tangannya mengambil beg plastik yang aku pegang.
''Lahh,.novel ja Lia! Buat apa la baca novel ni Lia? Novel ni melalaikan.Lia tahu tak semua cerita dalam novel ni hanyalah imaginasi penulis ja.Tak ada faedahlah baca novel semua ni.Orang yang suka baca novel dan suka tulis novel ni semuanya kuat berangan.Apa yang mereka tulis tu sebenarnya langsung tak wujud pun di dunia reality ni.Dah! tunggu dalam kereta ni kejap.Abang pergi beli buku yang paling bermanfaat untuk Lia baca,''
Huh!,.ni mesti nak balas dendam sebab dapat ceramah free di pejabat agama tadi.Tak pasal-pasal aku kena dengar ceramah free dia pula.Hey cik abang!,.Your future wife ni pun seorang penulis jugak tau.Walau pun menulis bila ada masa ja.Novel ni pun ada juga manfaat dan pengajarannya.Aku masih berdialog dalam hati walau pun encik Aniq dah lama menghilang di dalam kedai buku.
Beberapa minit kemudian encik Aniq keluar dengan wajah cemberut.
''Pekerja kedai tu macam orang sengal ja.Nama saja kerja kedai buku,.'' aku dengar encik Aniq merungut selepas masuk ke dalam kereta.Beg plastik di tangannya diserahkan padaku.
''Kenapa pulak?'' aku tanya sambil tersengeh.Tangan aku pula lincah membelek buku yang encik Aniq beli.Dah dapat agak mesti buku agama.'Panduan Isteri Solehah dan 'Panduan solat-solat sunat'.
''Yalah!,.bila abang nak keluar tadi ada pulak dia cakap macam ni kat abang ' teng kayu ser plez kambing ergen' (thank you sir!,.please coming again)'' aku spontan tergelak besar.Itu mesti kerja encik Mahadi.
''Habis,.abang jawab apa?'' dalam dok gelak tu sempat lagi aku bertanya balas.
''Dah dia cakap 'kambing' abang tanya la balik.Lembu dengan kerbau tak ada ke?'' hahaha,.sekali lagi aku tergelak.Beringut badan aku.Siap keluar air mata lagi.
''2 kali 5 ja abang dengan encik Mahadi tu.Sama-sama sengal!,.'' dalam ketawa yang masih bersisa aku bersuara.Encik Aniq pandang aku semacam ja.Takkan marah kot! Relax ar bro!!!
''Mana Lia tau nama dia Mahadi?'' encik Aniq tanya aku sambil mula menghidupkan kereta.Aku tarik tali pinggang keledar sambil menstabilkan kedudukan aku.
''First time Lia datang KL ni Lia kerja sini, tapi sebulan ja la Lia bertahan pun.Tak sanggup Lia nak kerja lama-lama.Takut berjangkit dengan encik Mahadi tu.Tak pasal-pasal Lia jadi perosak bahasa sama,'' aku menceritakan sejarah aku ketika bekerja di kedai tu pada encik Aniq juga bagaimana aku menukar kerja lain selepas itu.Kami berbual panjang selepas itu.Apa yang aku cerita kat encik Efy semuanya aku cerita kat encik Aniq kecuali pasal menulis separuh masa aku.Yang ini langsung aku tak sentuh.
Kami sampai di rumah sekitar jam 4.00 petang.Selepas berehat sekejap dan membersihkan diri aku keluar ke dapur dan menolong ummi memasak.Heh! ummi tu!,.mana lari dah Puan Syarifah Akhirah tu? Hehe,.
..........................................
22 Ramadhan
Abang Aniq aku kena balik semula ke Terengganu.Katanya dia akan balik semula ke Kuala Lumpur pada 26 Ramadhan.Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni.Baru dua hari kot aku kenal dengan encik Aniq ni.Mungkinkah akan ada rindu di hati? Ermm,.aku pun belum pasti.
Bila tiada encik Aniq,encik Efy mula nak rapat dengan aku balik.Aku layan macam biasa ja.
''Kak Lia bahagia?'' Efy tanya aku ketika dia dan aku sedang berbual di laman depan.Aku pandang wajah Efy yang agak serius ketika ini.
''Alhamdullilah!,.bahagia sangat!! Kenapa Efy tanya?'' aku jawab selamba sedangkan aku sendiri pun tak pasti dengan perasaan aku sekarang.
''Kak Lia sayang abang Aniq?'' Efy renung wajahku.Aku senyum sebelum menjawab,
''Efy percaya pada takdir tak?'' eh,.ini bukan jawapan yang Efy nak.Aku cuma nak mendengar jawapan Efy sebelum menjawab soalannya.
''Apa maksud kak Lia?'' aku senyum lagi sambil tu aku merangka jawapannya di dalam minda.Aku dah kecewakan Efy jadi jawapanku nanti biarlah mampu merawat hatinya pula.
''Allah dah tetapkan hidup kita ni sejak azali lagi Efy,cuma kadang-kadang Allah sengaja nak menduga kesabaran kita.Sebelum kita berjumpa dengan orang yang bertepatan Allah akan temukan kita dengan orang yang salah dulu supaya kita akan lebih menghargai bila kita pernah merasa kehilangan.
Contohnya kita ada seseorang ni,bercinta dengan dia tapi kita tak hargai dia,tiba-tiba Allah cabut nyawanya.Bila dia dah tiada baru kita akan terasa dia begitu berharga untuk kita.
Macam Efy dengan kak Lia.Okey!,kak Lia kenal Efy dulu tapi Efy terfikir tak kenapa kak Lia terima abang Aniq bukannya Efy?'' aku pandang wajah Efy.Efy mengeleng.Aku tersenyum lagi.Ingatan aku sekarang hanya pada lagu kumpulan Brother Doa perpisahan.
Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di Atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kau tetap pergi jua
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba MU
Mencari Hidayah daripada MU
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba MU
Di atas perpisahan ini
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu
Tanpa sedar aku menyanyikan lagu Doa Perpisahan ini.Sejak dua tahun yang lalu lagu ini yang menjadi halwa telingaku setiap hari sampai aku dah hafal liriknya.
''Sejak akak tahu status akak sebagai anak luar nikah akak tak pernah harap ada orang akan menyukai akak tapi akak terkejut sangat bila ummi tetap terima akak dan Efy boleh pulak buat lawak dengan melamar akak,'' aku hentikan bicaraku seketika.Efy masih setia menjadi pendengar.
''Bila akak berjumpa dengan abang Aniq untuk kali pertama memang akak akui akak rasai sesuatu di sini,..'' aku pegang dadaku dan memandang sekilas pada Efy.Ada sebak yang mula bertandang di dada.
''Akak tak tahu apa perasaan tu tapi setiap kali abang Aniq pandang akak,akak akan jadi mengelabah.Akak tak suka perasaan yang baru akak rasa tu kerana akak sedar siapa diri akak ni.Akak memang tak layak langsung untuk dia.Tapi bila abang Aniq buat statement macam tu masa di meja makan tu akak rasa akak hanya bermimpi,.'' aku ambil nafas seketika.Bila Efy langsung tak menyampuk aku terus bercerita tentang perasaanku itu.
''Tapi bila akak teringatkan tentang lamaran Efy akak jadi serba salah.Akak memang selesa dengan Efy.Tengoklah macam sekarang ni,rasanya dengan abang Aniq pun akak tak berani nak luah macam ni,.'' aku pandang Efy sambil tergelak kecil.
''Kak Lia cintakan abang Aniq?'' soalan Efy buatkan aku tersenyum lebar.Perlahan kepalaku angguk mengiakan perasaanku.
''In Sya Allah!,.sepenuh hati akak!'' Efy hulurkan I-phonenya padaku sehabis aku membuat pengakuan itu.
''Abang Aniq ditalian,.'' aku membuntangkan mata.Efy sudah lepaskan tawanya.I-Phone bertukar tangan.Aku tengok skrin I-phone.Memang ada panggilan masuk.Aku lekapkannya ke telinga.
''Ehem,.'' aku sengaja berdehem.
''Sedap Lia menyanyi! Terima kasih sayang.I love you too!,.bersabar ya! Tiga hari lagi abang balik,.'' aku dah rasa macam nak sekeh saja Efy.Berkomplot rupanya mereka.
''Efffffyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!,.'' Efy dah berlari laju masuk ke rumah.Kenapalah aku boleh meluahkan perasaan aku kat dia tanpa sedar ada orang lain yang turut mendengar luahan hatiku itu.Macam manalah aku nak berdepan dengan Aniq nanti.Kena bersiap sedia dari sekarang.
Ermm,.sekarang baru aku terfikir balik.Sebenarnya Efy ni serius ke tidak dengan aku ni? Nantilah! suatu hari nanti akan ku dapatkan juga jawapannya.
..............................................
27 Ramadhan
Malam 27 Ramadhan yang di tunggu.Selepas solat tarawikh tadi pernikahan kami telah berlangsung seperti yang dirancang.Sekarang aku Nur Farhah Ilyia binti Abdullah sudah sah menjadi isteri kepada Syed Luqman Aniq Bin Syed Muzaffar Syah.
Ibu dan kak Lina turut hadir meraikan majlis pernikahan kami.Malam ini ibu yang merupakan pengetua di rumah anak-anak yatim Teratak Cinta Kasih bukan hanya datang bersama kak Lina tapi bersama keluarga baruku.
Sebetulnya mereka datang sebelum waktu berbuka puasa lagi.Segala rahsia sudah terungkap.Menurut ibu lelaki yang mengaku ayah kandungku pada awalnya bukanlah ayah kandungku.Sungguh aku keliru pada mulanya.Aku terus bersabar dan mendengar cerita ibu hingga habis.
Ibu aku adalah adik kepada Dato Mansor.Ibu kandung aku telah diperkosa oleh perompak yang memasuki rumah mereka hingga ibu aku mengandung.Oleh itu ibu aku mengalami penyakit kemurungan.Dia meninggal ketika melahirkan aku.Keluarga Dato Mansor telah membuang aku di depan masjid kerana tidak dapat menerima kematian anak perempuan tunggal mereka.
Dato Mansor yang ketika itu berada di Luar Negeri telah pulang demi mendengar berita kematian adik kesayangannya.Setelah mengetahui tentang kewujudanku dia telah menyiasat di mana aku berada.Setelah pasti aku yang dicari ditemui dia mula memantau aku dari jauh.Untuk membawa aku pulang memang sesuatu yang mustahil kerana wajahku memang mirip wajah ibuku.
Selepas kedua ibubapa Dato Mansor meninggal barulah Dato Mansor tampil di hadapan Faiz Hafizi untuk membuat tawaran supaya aku dijadikan isteri.Niatnya baik kerana menyangka Faiz seorang lelaki yang beriman.Memang Dato Mansor menyesali kesilapannya setelah mengetahui hal yang sebenar.
Alhamdullilah setelah menemui keluarga Dato Mansor mereka pun menerima aku dengan baik.Datin Shaida isteri Dato Mansor telah membuat tawaran dengan rela hatinya untuk sponsor bunga ketika majlis kahwin kami selepas raya nanti.Kebetulan juga Datin Shaida adalah pemilik kedai bunga.Aku pernah bekerja di kedainya selepas aku behenti kerja di kedai buku encik Mahadi.Datin Shaida memang seorang bos yang baik.
''Lia!,.menung apa tu?'' aku dongakkan wajah dan mengukirkan senyuman.Selepas menghantar keluarga Dato Mansor pulang tadi aku berehat di laman depan rumah sambil memandang langit malam yang disinari bintang-bintang yang berkerlipan.
''Dah!,.jangan nak banyak melamun pulak! Jom masuk tidur!,.malam ni malam 27 Ramadhan kita bangun buat Qiamullai bersama malam ni.Lia tidur di bilik abangkan malam ni?'' Aniq senyum padaku.Aku kerut dahi sambil buat wajah hairan.
''Kenapa pulak?'' aku sengaja bertanya begitu sekadar menguji my hubby darling ni.Hehe,.
''Apa yang kenapa?'' ishh,.dia boleh tanya aku balik.
''Kenapa Lia kena tidur bilik abang pulak? Ibu dengan kak Linakan tidur sini malam ni.Bagi peluanglah Lia nak bermanja dengan ibu,.'' Aniq geleng kepala dengan permintaanku.Mula la tu nak tunjuk kuasa dia.
''Habis!,.abang nak bermanja dengan siapa pulak? Lia dah bebaskan dari perintah darurat? Jangan cuba nak lari dari abang! Lagi pun pagi esok abangkan kena pulang semula ke Terengganu.Malam raya baru abang balik ke sini balik,.'' Aniq terus pegang tangan aku dan mengajak aku masuk ke rumah.
Bila masuk ke rumah sudah tiada sesiapa di ruang tamu.Mungkin semuanya sudah masuk ke bilik masing-masing.Ibu dan kak Lina tidur di bilik tamu.Aku sudah berjanji dengan mereka untuk balik kampung bersama mereka esok dan Aniq sudah memberi izin.Bermakna esok aku bakal pulang ke Johor dan Aniq akan pulang ke Terengganu.Tapi aku pergi tak lama kot.Dalam planning nak balik dua hari ja sedangkan Aniq akan pulang semula ke sini malam raya.Bakal menanggung rindu la aku nanti.
''Sayang abang ni fikir apa lagi ni?'' dalam tak sedar kami dah sampai ke bilik Aniq.Aku berdebar tiba-tiba.Hadoi!,.first night bersama love at first sight.Ngee,.terlebih sudah!
''Lia nak tanya sikit boleh?'' kami sudah membaringkan tubuh ke katil.Aku cuba menghilangkan debaran dengan mengajak Aniq berbual.
''Banyak pun boleh!'' amboih,.bagi green light nampak? Kang tak terjawab pulak soalan aku nanti.
''Hari tu ketika Lia buat sesi luahan perasaan tu abang memang dah pakat ke dengan Efy?'' aku tengok Aniq dah lebarkan senyum.Perlahan ditariknya aku ke dalam pelukannya dan menghadiahkan kucupan di dahiku.
''Yupp!,.yang sebenarnyakan,.abang dah jatuh hati kat Lia sejak Lia kerja di kedai bunga lagi ,sebab itulah abang suruh kak Lydia ambil Lia kerja di butik dia.Malam tu lakonan semata-mata dan Lia kena tahu apa yang pernah Lia bagi tahu Efy semua abang tahu.Lia nak tahu tak Putera Cool tu abang bukannya Efy.Abang memang pakat dengan Efy dalam semua hal,.'' dari senyum, Aniq dah pulun gelak bila tengok wajah cemberut aku.Aku tolak dadanya ingin protes.Tapi semakin kejap pula rangkulan Aniq.Hiesy!,.komplot terbesar yang berlaku dalam hidupku.Pandai pula mereka berlakon.
''Cop,cop,.yang kes Efy lamar Lia tu macam mana pulak?'' Aniq tergelak dengan soalan aku yang ini.Ceria semacam saja Aniq malam ni.
''Lia memang betul-betul baru bangun tidur ke malam tu? Abang yang lamar Lia malam tu bukannya Efy.Abang memang dah lama jadi friend Lia dalam FB.Kawan-kawan Lia di butik tu semuanya dah kena rasuah dengan abang.Amirah tu dah bertunang pun dengan kawan baik abang,.'' haih!,.nampaknya malam ni 1001 rahsia sudah terungkap.Macam tu rupanya kisah sebenar.Aku langsung tak boleh nak percaya.Kalau aku jadikam novel kisah ni agaknya boleh laris tak di pasaran?
''Kejap! Lia masih confused dengan satu perkara.Kalau abang yang chatting dengan Lia sampai pukul 3.00 pagi malam tu,macam mana pulak Efy boleh teman Lia masak selepas tu?'' aku memang keliru sikit bab ni.Efy tu bukan macam orang bangun tidur pun malam tu.Macam orang tak cukup tidur tu ada la.
''Lia ingat Lia sorang ja pandai COPY & PASTE?'' Aniq tanya aku sambil menguap.Matanya pun dah layu semacam ja.
''Ooo,.maknanya malam tu Efy pun berjaga sampai ke pagi jugaklah?''
''Tau takpa!,.dahlah.Abang dah ngantok sangat ni.First night kita tunda lepas raya ja,'' dalam mata yang sudah pejam boleh lagi dia nak buat ayat macam tu.Dalam sekejapan Aniq dah hanyut dibuai mimpi.Sebelum aku turut terlelap sempat aku mencuri mencium pipinya.
Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku kebahagiaan ini.Siapa kata Bahagia Hanya Sekadar Imaginasi? Cer ceta!,.Cer ceta!!,.
...............................................
Takbir raya yang berkumandang memberi damai di hatiku walau pun setiap kali takbir bergema terasa sebak di sanubari.Tahun ini kali pertama aku menyambut hari raya bersama keluarga sebenar.Bersama suami yang mencintaiku.Keluarga mertua yang ikhlas menerimaku seadanya.Paling bermakna untuk hari raya kali ini bila diperkenalkan dengan keluarga kandungku.
Bekas ibu mertuaku telah pergi mengadap Ilahi pada malam 27 Ramadhan.Berita yang aku terima ketika aku mengikut ibu dan kak Lina balik ke kampung sebelum ini.Aku sempat menziarahi pusaranya sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.Faiz Hafizi bekas suamiku itu disahkan sebagai pesakit mental bila Faiz Hafizi meronda satu kampung dan bersalam dengan orang berulangkali untuk meminta maaf.Walau pun dia tidak mencederakan orang dia tetap dihantar ke hospital sakit jiwa kerana ada kalanya dia akan mengamuk.
Isterinya Nur Jannah telah menjadi rakan Facebook aku sekarang.Melalui Nur Jannah aku mendapat tahu cerita sebenar.Percintaan mereka tak direstui Pak Wahid ayah Nur Jannah kerana Faiz pernah berlaku kurang ajar dengan Pak Wahid dan Nur Jannah meninggalkan Faiz dan lari ke Mesir bila mendapat tahu Faizlah dalang di sebalik kemalangan yang menimpa ayahnya.
Semua kejadian yang berlaku membuatkan fikiranku lebih matang.Sesungguhnya semua perkara yang berlaku mesti bersebab.Allah menimpakan kita dengan sesuatu musibah untuk memberi kita sesuatu yang lebih manis dan lebih bermakna.Allah menguji kita dengan memberi orang yang salah pada kita untuk memberi kita pengajaran agar kita menghargai orang di sisi kita.Aku menghela nafas perlahan.Bersyukurku pada Mu Ya Allah kerana memberiku kebahagiaan ini.
''Lia!,.dah siap ke belum? Jomlah!,.semua dah tunggu di bawah untuk pergi solat sunat hari raya,'' aku menoleh pada Aniq yang sudah berada di belakangku.Aku hulurkan kedua tanganku kepadanya.Tanganku bersambut dan ku bawa tangannya ke bibirku.
''Abang!,.Lia minta ampun dan maaf! Terima kasih juga kerana abang sudi menyanyangi dan mencintai Lia,'' ku luahkan rasa hati.Dalam bahagia aku sebak dengan rahmatnya Ilahi.Aniq menyeka air mataku dengan hujung jarinya.Kedua pipiku di pegang dan kucupan kasihnya singgah didahiku.
''Sayang isteri abang ni! Jangan sedih-sedih lagi.In Sya Allah selagi abang bernafas ,sayang abang pada Lia takkan pernah pudar.Itu janji abang,.'' Aniq memimpin tangan aku untuk turun ke bawah selepas melafaskan janjinya itu.Moga dialah penemanku di dunia dan akhirat.
***TAMAT***
http://szaza.blogspot.com/
No comments :
Post a Comment