##Tinta penulis asal bolehla melayari blog beliau di
SINI
''Abang,.awat yang monyok ja tu?'' aku
bertanya suamiku yang baru masuk ke rumah. Wajahnya mendung seakan awan yang
bakal menurunkan hujan. Dia juga seolah orang yang keletihan yang teramat
sangat.
''Gaji dapat dakgi?'' aku bertanya lagi. Dia
hanya tersenyum hambar dan menghampiriku yang sedang melayan anak kami yang
berumur 12 tahun. Anak kami yang ke tiga ini dilahirkan sebagai anak
'istimewa'. Aku sedang menyuapkan dia makan. Kadang-kadang gelagatnya
menghiburkan hatiku. Dialah penawarku saat aku dilanda kerungsingan memikirkan
gelagat anak-anak yang lain. Allah kurniakan kami dengan empat orang anak
lelaki dan dua anak perempuan. Anak sulungku Nur Aina sudah berusia 17 tahun.
Sudah boleh membantuku dalam urusan mengemas dan memasak namun perlu disuruh
terlebih dahulu. Bak kata orang macam paku dengan pemukul. Tak ketuk takkan
masuk. Nur Aimi, anak 'istimewa' kami anak yang ke tiga. Mohamad Aiman anak
yang ke dua kini sudah berusia 13 tahun dan sedang belajar di sekolah tahfiz.
Mohamad Amran anak yang ke empat,Mohammad Aizat anak yang ke lima dan Mohamad
Airie anak bongsu kami yang baru berusia enam tahun.
''Tak dapat lagi letew!'' dengan yakinnya aku
berkata sambil tanganku terus menyuapkan Aimi makan. Suamiku Ahmad merebahkan
tubuhnya di sebelah Aimi dan memejamkan matanya. Bibirnya langsung tak menyahut
pertanyaanku. Hanya dengusan nafas yang kedengaran dari suaranya.
''Hari ni dah 7 hari bulankan? Pasai pa la
bos abang ni selalu macam ni? Depa orang senang, takdak masalah duit tapi
tergamak depa no, buat kat kita macam ni?'' aku mula membebel lagi. Ini bukan
kali pertama bos suami aku ni culas dalam membayar gaji suamiku. Paling lama
seminggu dia lambat membayar. Sakitnya hati tak terkata bila kami kekeringan
duit langsung untuk membeli makanan dan sebagainya.
''Encik Azman pi shopping di Langkawi dengan
keluarga dia petang kemarin. Habih semua pi. Dengar kata minggu depan baru balik
kot!'' aku sudah ternganga mulut mendengar kata-kata suamiku. Seminggu lagi?
Duit kami dah tak banyak yang tinggal. Duit dalam bank pun dah habis kami ambil
setiap kali tak dapat gaji tepat pada masanya. Orang macam kami memang tak
mampu nak menyimpan banyak-banyak. Baru mula nak menyimpan, anak-anak masuk
hospital. Anak-anak nak bayar yuran dan sebagainya. Selebihnya digunakan untuk
membeli makanan bila gaji tak dapat-dapat.
''Jenuhlah kita kali ni. Ubat Aimi pun dah
nak habih, kemarin Aiman mesej suruh bank in duit, nak beli buku apa ntah,.''
aku berkata sayu. Terbayang wajah Aiman di ruangan mata. Anak ke duaku ini
memang lain dari anak-anakku yang lain. Dia anak yang paling mendengar kata.
Aiman yang pandai mengambil hatiku. Kalau dia ada di rumah dia akan membantuku
tanpa disuruh. Walau pun dia lelaki tapi dia pandai berdikari. Sejak umurnya
sepuluh tahun, dia sudah belajar membasuh pakaian sendiri. Kasut sekolahnya tak
payah di suruh. Hari terakhir persekolahan dia sudah membasuhnya. Kalau hari
dia rajin, kasut sekolah adik-adiknya akan dibasuh juga. Sejuk perut aku
sebagai ibu. Aiman paling tak banyak kerenah. Ah! Rindunya aku pada Aiman!
sihatkah dia? Baik-baikkah dia di sana? Tiba-tiba hatiku menjadi semakin sayu
bila mengingati Aiman.
''Tak taulah! Siang malam kena reja. Tak ada
cuti,tak ada EPF,tak ada SOCSO,tak ada jaminan masa depan. Gaji pula asyik
lambat ja. Nak cari kerja lain macam tak patut pula. Mereka dah banyak memberi,
takkan abang nak lari macam tu ja?'' aku terangguk-angguk macam burung belatuk.
Benar sangat apa yang suamiku katakan. Sudah berbelas tahun suamiku bekerja
dengan encik Azman.
Kami tinggal di rumah ini selepas Aina
dilahirkan. Sudah tujuh belas tahun kami tinggal di rumah perberian bos suamiku
ini. Ketika kami masuk dulu,kami hanya cuci kaki ja. Semua perabot hingga
peralatan memasak sudah lengkap di rumah ini. Ada dua buah katil dengan tilam
tebal. Peti ais yang masih baru. Perabot serba lengkap.
Dapur,periuk,belanga,pinggan-mangkuk semuanya lengkap.Malahan ada peti tv juga.
Ya Allah! Besarnya rahmat yang Engkau anugerahkan untuk kemudahan kami di dunia
ini. Dua tahun lepas encik Azman memberi pula sebuah motor untuk suamiku, dan
Aina mengunakannya untuk berulang alik ke sekolah.
Nikmat ini semua pemberian Allah untuk kami
sekeluarga, namun segalanya itu takkan kekal lama. Yang baru akan tetap kusam
dan tak diperlukan lagi. Semua peralatan yang diberi semakin lama semakin buruk
dan rosak, lebih-lebih lagi rumah kami sering ditengelami air laut setiap kali
air pasang besar.
Kami terpaksa membeli perabot baru yang lebih murah,
setakat yang kami mampu. Beberapa tahun di rumah ini kami hidup dengan selesa
hinggalah selepas tsunami tahun 2004 rumah kami terkena ribut. Tsunami tak
mematahkan semangat kami walau ada rasa trauma di dalam hati. Kami masih
menetap di rumah ini dalam keadaan yang banyak kekurangan berbanding sebelum
ini.
Pertama kali bumbung rumah kami diterbangkan ribut seminggu
selepas dilanda tsunami, encik Azman yang membantu kami mengupah tukang rumah
membaikinya. Walau pun begitu bumbung rumah yang telah dibaiki semakin teruk
selepas itu. Rumah kami mulai bocor. Entah di mana silapnya? Aku tak mahu
berfikiran negatif. Aku anggap saja semua ini dugaan dari Allah untuk kami.
.....................................................................................
Deringan telefon bimbit suamiku yang sedang dicas
berbunyi kuat. Aku membiarkan saja ia berlagu tanpa memberi sebarang respon.
Pada fikiranku kemungkinan panggilan daripada peraih ikan yang ingin bertanya
tentang harga ikan atau sebagainya. Aku terus fokus pada rancangan di tv yang
sedang aku tonton. Aimi yang sedang nyenyak tidur di sebelahku sesekali aku
perhatikan juga.
‘’Makk! Ada orang call ayah tu!’’ Aina melaung dari dalam biliknya
yang berada di hadapan ruang tamu. Aku hanya memandang sekilas pada telefon di
belakangku tanpa sebarang niat untuk bangun dan menjawab panggilan.
‘’Hang keluar angkat sat! Mak segan nak jawab!’’ aku menjawab
malas.
Aina keluar dari bilik dengan wajah sebal. Dia menuju ke
arah telefon bimbit suamiku dan menjawabnya. Aku tak pedulikan tindakannya. Aku
terus fokus pada tv di hadapanku.
‘’Mak! Ada orang nak cakap dengan ayah!’’ Aina bersuara.
Aku menoleh sekilas lalu.
‘’Memang la! Henpon ayahkan?’’ aku berbasa-basi tanpa
memandang wajah Aina.
‘’Mak,.Aiman kemalangan! Dia kena langgar dengan lori masa
nak lintas jalan depan sekolah dia!,.’’ Aina bersuara lagi. Aku tersentak dan
menoleh pantas. Aku bangun dan menghampiri Aina. Telefon bimbit suamiku
bertukar tangan.
’’Assalamualaikum! Sapa ni?’’ getar suaraku melawan rasa.
‘’Waalaikumusalam puan,.saya guru kelas Muhammad Aiman Bin
Ahmad. Puan ni ibu kepada Aiman ka?’’ terdengar suara di hujung talian. Aku
mengangguk lemah tanpa sedar perlakuanku takkan dapat dilihat oleh orang di
sebelah sana.
‘’Ya!,.Aiman pasai pa cikgu?’’ aku bertanya lagi walau Aina sudah
memberitahu tentang Aiman tadi. Aku ingin mendengar sendiri keadaan Aiman.
‘’Harap puan banyakkan bersabar ya! Maafkan kami
puan,.Aiman dilanggar lori ketika melintas jalan di depan sekolah. Jenazahnya
sudah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar,.’’ Suara di hujung
talian kedengaran lagi. Jenazah? Apa maksudnya? Adakah Aiman,..Ya Allah! Aku
ingin meraung saat ini, namun aku tak mampu bersuara. Hanya air mata yang
mewakili perasaanku.
‘’Maksud cikgu?’’ aku masih menyoal.
‘’Puan,.Aiman meninggal di tempat kejadian. Maafkan kami
puan!’’ sebak suara di hujung talian namun aku di sini sudah kelu lidah untuk
berkata-kata. Hanya air mataku yang terus mencurah laju. Terbayang saat akhir
aku bertemu Aiman ketika dia pulang bercuti seminggu yang lalu dan suara Aiman
yang menelifonku semalam masih terngiang-ngiang di telingaku.
‘’Mak,.nanti Aiman balik cuti lagi, Aiman nak makan laksa
puas-puas. Laksa di kantin sekolah bukan tak sedap tapi yang mak masak lagi
sedap! Nanti Aiman nak ajak ayah pi berkelah di Pulau Bunting. Kita pi sekali
naa mak? Aiman tak sabaq nak balik rumah.’’
Ya Allah! Kau dah ambil kembali anak kesayanganku Aiman. Dialah
satu-satunya anakku yang paling mendengar cakap dan rajin membantuku walau
tanpa disuruh.
Ya Allah! Berikan aku kekuatan jiwa untuk menerima kenyataan ini dengan
hati yang Redha. Bantu aku Ya Allah!
Aku terus merintih sambil berdoa di dalam hati agar Allah
beri aku kekuatan. Lututku sudah longlai untuk bangun. Aku memandang Aina di
sisiku dengan air mata yang masih mengalir laju. Aku tak mampu untuk berkata-kata.
‘’Pasai pa ni?’’ terdengar suara orang bertanya. Aku
menoleh lemah.
‘’Aiman kemalangan ayah! Kena langgar dengan lori. Cikgu
dia telefon.’’ Aina memberitahu suamiku.
‘’Tak dak apa kot? Kena sikit ja kot?’’ Suamiku Ahmad masih
tersenyum. Air mataku semakin galak mengalir.
‘’Aiman dah tak dak bang! Cikgu dia bagitau Imah,.Aiman
mati di tempat kejadian,.’’ Aku bersuara dalam esak tangis yang semakin
menjadi-jadi. Senyuman suamiku mati tiba-tiba. Aina turut kaku di sebelahku dan
perlahan-lahan mengesat air matanya.
‘’Takkan kot? Hampa silap dengar kot?’’ suamiku menafikan
kenyataanku. Aku tahu Aiman baik dengan semua orang dalam rumah ini. Dia juga
paling rapat dengan suamiku dan Aina. Dia selalu mengikut suamiku ke masjid
setiap kali dia pulang ke rumah. Setiap kali juga Aiman yang akan menjadi Iman
ketika kami solat berjemaah di rumah.
‘’Abang pi cari reta,.kita pi tengok Aiman. Aina tolong kemas apa
yang patut na? Mak dah kemas dah tadi. Adik-adik hang kecah balik. Ni Aimi mak
tinggal kat hang. Hang tengok dia sat. Jangan bagi dia keluar rumah. Satgi dia
pi tepi sungai pulak. Ayaq sungai tengah pasang la ni,. Jomlah abang kita
bersiap!’’ aku paksakan diri bersuara pada suamiku dan Aina. Suamiku Ahmad
masih kaku berdiri seolah tidak dapat menerima kenyataan kami sudah kehilangan
Aiman. Aina juga turut diam. Yang kedengaran hanya esak tangisnya.
................................................................
‘’Aimi hilang mak! Aina tinggai dia sat ja. Aina pi bilik
ayaq. Bila keluar, tengok Aimi dah tak dak. Kami dah cari Aimi keliling rumah
tak jumpa. Lang Semah cakap tadi dia tengok Aimi dok tepi sungai tapi,.’’ Aku
kaku lagi bila menerima perkhabaran dari Aina. Kami masih di hospital Alor
Setar untuk menunggu bedah siasat Aiman selesai.
‘’Aina! Hang jangan kalut sangat. Pi minta tolong sapa-sapa pi
cari Aimi sat. Kan mak dah pesan. Kalau nak tinggai dia kena suruh sapa-sapa
tunggu sat atau pun kunci pintu tu. Hang tak kunci pintu ka? Am dengan Ijat balik
dakgi? Pagi tadi depa kata nak pi Pulau Bunting. Adik Aerie hang pun tengok
sama kot dia balik rumah. Tadi dia balik kecah rumah sat, dia pi pulak rumah
mak ngah hang,.’’ Aku pura-pura bersuara tenang. Masalah nak membawa balik
jenazah Aiman pun belum selesai lagi, Aimi pulak yang hilang. Kalau aku
mengelabah saat ini takut darah tinggi aku datang semula. Kesian pula suami aku
nanti.
‘’Orang kunci dah pintu tadi. Adik Aerie yang balik buka. Lepas
tu dia hilang macam tu ja.’’ Aku dengar suara Aina yang sudah tertahan-tahan di
hujung talian. Aku mengeluh lemah. Kepala aku berserabut dengan masalah
anak-anak. Aina adakalanya menjadi seorang anak yang patuh tapi adakalanya
langsung tak boleh menerima teguranku. Adakalanya aku juga letih untuk menjaga hati
semua orang.
‘’Pi cari di rumah tok tengok kot dia ada di sana.’’ Aku mengarah
Aina lagi. Apa lagi yang mampu aku buat. Kami belum boleh membawa jenazah Aiman
pulang selagi semua urusan belum selesai. Aku hanya mampu berdoa agar
anak-anakku dalam lindungan Allah.
‘’Satgi tok marah!’’ Aina bersuara lagi.
‘’Pi cari dulu. Kalau tok marah tahan dulu telinga.
Kalau jadi apa-apa kat Aimi macam mana?’’ aku bersuara sambil beristighfar
dalam hati. Ya Allah! Tolong lindungi Aimi anakku. Aku tak sengaja Ya Allah!
Aku sekadar nak mengertak Aina agar pergi mencari Aimi. Bukan aku bermaksud nak
mendoakan sesuatu terjadi terjadi kepada Aimi. Aku kesal dengan kelancaran
lidahku.
Wajah Aimi pula bermain dalam ingatanku. Aku cuba
menahan air mata dari terus gugur. Aku cuba menjadi seorang ibu yang tabah.
Suamiku Ahmad yang sibuk berurusan dengan pihak hospital belum aku maklumi
dengan kehilangan Aimi. Aku tak mahu dia turut resah sepertiku. Aku tahu
suamiku lebih cepat mengelabah bila berkaitan dengan anak-anak. Selama ini dia
yang lebih memanjakan anak-anak berbanding aku.
Sikap kami memang berbeza. Suamiku tak betah dan tak pandai untuk
marah-marah terutama dengan anak-anak. Seringkali dia menurut apa saja kemahuan
anak-anak walau dia tak mampu. Dia sanggup berhabis demi anak-anak. Aku pula
lebih tegas kerana, bagi aku anak-anak tak perlu terlalu dimanjakan takut
mereka semakin melampau. Mungkin cara aku salah? Aku tak pasti tapi setakat ini
anak-anak kami lebih berdisplin. Cuma,.adakalanya saja mereka menjadi degil.
.............................................................
Kami sampai di rumah pada pukul 3.00 petang. Halaman rumah
kami sudah penuh dengan orang-orang kampung. Mungkin mereka sudah diberitahu
dengan ketiadaan Aiman. Mereka mungkin sedang menanti jenazah Aiman dibawa
pulang. Aku dan suami turun dari van jenazah dengan wajah sugul. Orang-orang
kampung dan saudara mara membantu menurunkan jenazah Aiman dari van jenazah.
‘’Makkk! Aimiiii!!’’ Aina menangis sambil datang kepada
kami. Aku panik dan terus kaku. Ingatanku kembali kepada Aimi dan apa yang
diberitahu Aina kepadaku tadi. Apa telah terjadi dengan Aimi? Mindaku diserbu
dengan perbagai persoalan.
‘’Aimi lemas mak! Pak lang dah bawa Aimi pi
hospital. Pak lang baru call cakap Aimi dah tak dak!’’
Ya Allah! Lututku terus longlai. Aku sudah tak mampu berdiri
lagi. Aimi anakku! Air mataku yang belum kering sepenuhnya akibat kehilangan
Aiman kembali bersambung dengan perkhabaran terbaru Aina. Ya Allah! Atas dosa
apa hingga kami diuji begini? Anak-anak kami yang kau pinjamkan diambil seorang
demi seorang. Mereka berdua penawar hati kami dikala hati kami rawan.
Mereka penguat semangat kami saat kami jatuh tersungkur dengan cobaan dunia
ini.
‘’Abang,.Aimi bang!’’ aku menangis dan terus menangis. Aku paut
lengan suamiku yang turut kaku di sebelahku.
‘’Hampa biaq! Orang bawa pi sekali tadi. Jangan dok
tinggai!! Dah tau budak tu tak cerdik. O.K.U,.yang hampa pi tinggai buat apa??
Haa,.tengok apa dah jadi. Yang abang belum kebumi lagi. Adik pulak jatuh
sungai!’’ entah siapa yang bersuara. Dalam ramai-ramai yang bertandang , masih
ada yang bersuara sumbang ‘sudi’ memberi ‘çeramah FREE’.
Aku malas untuk mencari suara siapa itu. Fikiran aku masih
kusut dengan kehilangan anak-anakku. Tiada masa untuk aku ambil peduli dengan
penilaian orang lain terhadap kami. Aku cuba pura-pura menjadi kuat dan terus
memaut lengan suamiku untuk masuk ke rumah.
‘’Sabaqlah Imah,Mad,.dah habuan hampa. Nak buat macam
mana. Allah lebih sayang depa dari kita. Tak pa la anak-anak hampa tunggu hampa
kat pintu syurga.’’ Jiran sebelah rumah kami kak Senah pula memujuk.
Dalam situasi begini kesabaran memang paling penting.
Kekuatan dalaman juga adalah aspek utama yang harus kami ada. Hanya Allah yang
tahu perasaan kami ketika ini. Walau kami nampak kuat tapi sebenarnya aku
sendiri hampir tumbang dengan ujian ini. Demi anak-anak yang lain aku pura-pura
menjadi tabah.
..............................................................
Tubuh dua orang anak kesayanganku terbujur kaku di
depanku saat ini. Kami meminta jenazah keduanya segera dikebumikan. Walau
bagaimana pun kami meminta agar dikebumikan selepas Amran dan Aizat pulang.
Kami sudah meminta pertolongan orang-orang kampung untuk mencari Amran dan
Aizat di Pulau Bunting.
Entah ke mana kedua orang anak-anakku itu pergi. Amran dan
Aizat memang kaki pancing. Kalau musim bulan penuh mereka akan memancing ketam
menyalin dan dijual kepada pemborong cina di Pekan Sungai Yan. Kalau air pasang
penuh pula mereka akan memancing ketam batu dan dijual. Kadang-kadang mereka
mengikut rakan-rakan yang lebih tua untuk memancing di Pulau Bunting. Bukan
kami tak pernah melarang tapi yang namanya anak-anak ni,yang dilarang itulah
yang selalu mereka buat.
‘’Hampa biaq!! Aku dah kata dah,.jangan dok bagi
depa pi mengail. Awat! Hampa tak cukup duit ka,.sampai suruh anak-anak hampa
buat reja?’’ aku dengar suara riuh rendah di luar rumah. Suamiku masuk ke rumah
dalam keadaan tergopoh-gapah. Hati aku merusuh di dalam. Apa pula yang sedang
berlaku? Beberapa orang kampung sudah berbisik-bisik sesama sendiri.
‘’Mad!,.polis suruh hang pi buat report dulu.’’ Aku dengar
ada suara berkata kepada suamiku. Aku tercengang. Report apa pula? Aimi jatuh
sungai tadi mereka belum report lagi ka? Atau nak report perihal pemandu lori
yang langgar Aiman?
‘’Awat pulak kak Nah?’’ aku bertanya penuh keraguan kepada
kakak iparku yang sudah mula menangis. Tadi kami sudah menangis berjemaah
dengan kehilangan Aiman dan Aimi. Takkan belum habis lagi kesedihan mereka
sedangkan aku sudah lama mengesat kering air mataku walau dalam hati masih ada
sisa kesedihan itu.
‘’Abang! Awat pulak? Abang nak pi mana?’’ kak Nah yang ditanya
hanya diam membisu. Aku bertanya pula suamiku yang terkocoh –kacah untuk keluar
dari rumah. Suamiku langsung tidak menoleh ke arahku. Aku rasa hatiku sakit
diperlakukan seperti itu. Dalam situasi sekarang, hatiku terlalu sensitif.
Sudahlah kehilangan kedua orang anak sekaligus. Suami pula seolah tidak
mengendahkan pertanyaanku. Dia marahkan akukah? Tapi kenapa?
‘’Sabaqlah Imah oii,..habuan hang la,..Allah sayang
anak-anak hang.’’ Emak saudara suamiku tiba-tiba datang memelukku sambil
menghamburkan tangis. Aku keliru saat ini. Kenapa mereka nak buat hati dan
jiwaku terus tersentak? Kenapa mereka yang beria-ia menangisi pemergian
anak-anakku?
‘’Allah sayang depa mak lang! Takpa,.Imah redha,.Imah ada
lagi empat orang anak. Imah akan cuba bersabar dengan ujian ni mak lang. In sya
Allah!’’ aku bersuara tenang. Cuba mengukirkan senyuman walau pun terasa begitu
hambar.
‘’Empat orang apa Imah oii,.tu Amran dengan Ijat jatuh
jambatan Pulau Bunting pulak dah. Awat yang hang biar depa pi? Tak tau hidup ka
mati tu. Aku tak bagi Mad pi tadi,.takut dia terjun laut sama nak cari
anak-anak dia tapi dia ketegaq nak pi jugak!’’ mendengar raungan mak lang, aku
sudah terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. Apa maksud mak lang ni? Kenapa
dia nak merapu sampai macam ni? Tidak! Takkan Allah nak rampas Amran dan Aizat
jugak?!
‘’Apa yang mak lang dok merapu sangat ni?’’ aku
menyuarakan apa yang aku rasa. Kak Nah kakak iparku pula yang meluru dan
memeluk aku. Kemudian sanak saudara yang lain juga sudah meluru ke arah kami.
Sekali lagi mereka menangis berjemaah.
.........................................................
Di depan jenazah Aiman dan Aimi aku rebah dan tidak
sedarkan diri selepas itu. Aku kalah dengan ujian kali ini. Dugaan ini terlalu
berat untuk ku tanggung namun aku juga tiada pilihan untuk menolak suratan
takdir.
Kelmarin kami kebumikan Aiman dan Aimi, hari ini pula mayat
Amran dan Aizat ditemui. Luluh hatiku melihat jenazah anak-anakku. Terasakan
kehidupan ini sudah tiada ertinya lagi. Empat orang anakku yang paling
mendengar cakap dan selalu memberi aku bahagia kini sudah diambil kembali
dariku. Suamiku juga walau nampak berwajah tenang tapi aku tahu hatinya juga
hancur dengan kehilangan anak-anak kami.
‘’Kita buat tahlil di surau sajalah malam ni. Minta tolong
Long Dan buat apa yang patut. Abang bagi ja la duit kat Long. Imah letih sangat
la abang. Imah rasa macam nak tidur ja macam tak nak bangun-bangun lagi
dah,..’’ aku bersuara malas.
Aku tiada mod untuk melakukan sebarang kerja rumah. Aku
biarkan saja saudara mara yang melakukan semua kerja. Sesekali aku arahkan Aina
membantu mereka.
‘’Jangan cakap sebarangan Imah! Kita ada agama!!’’ tegas
suara suamiku. Aku terkejut kerana suamiku tidak pernah berlaku tegas sebelum
ini.
‘’Apa kena mengena dengan agama pulak. Imah letihlah
abang!’’ aku membentak keras. Entahlah! Hari ini jiwaku walang. Hati aku perit.
Bila suamiku berkata begitu aku rasa tercabar seolah aku ni manusia yang tak
reti nak bersyukur. Salahkah kalau aku nak berkeluh kesah?
‘’Sabaqlah! Kita ada lagi Aina dengan Aerie. Jangan biarkan depa
terabai kerana Aiman,Aimi,Am dan Ijat dah tak dak,.’’ Suamiku memintas
kata-kataku. Aku mendengus keras mendengar kata-katanya itu. Aina? Airie?
Mereka selalu buat aku menangis. Tak seperti empat orang anak-anakku yang lain.
Aina baik cuma dia langsung tak boleh ditegur. Setiap kali
aku menegur kesalahannya, dia akan membentak dan merajuk. Selepas itu
berhari-hari dia akan mogok suara denganku. Airie pula tak betah tinggal di
rumah, mungkin dia kecil hati denganku kerana aku lebih memberi perhatian
terhadap Aimi. Aku tak pasti dengan perasaan dan kehendak hatinya. Dengan
mereka berdua air mataku lebih banyak mengalir. Inilah ujian Allah untukku saat
ini. Yang selalu memberi aku kebahagiaan sudah diambil kembali. Allah
tinggalkan untukku anak-anak yang banyak memberi cabaran untukku. Aku tak tahu
sejauh mana aku mampu bertahan!?
‘’Tak sama bang!’’ aku menjawab perlahan.
‘’Awak ni,.dengar Aina nanti tentu dia kecik hati!’’
suamiku membalas sambil meninjau keadaan sekeliling. Risau agaknya kalau Aina
ada berdekatan.
‘’Dahlah! Malas nak cakap dengan abang ni. Asyik
nak menangkan anak-anak ja. Kalau anak-anak buat salah, bukannya abang nak
tegur. Imah pun dah letih nak menegur terutama Aina tu.
Pantang ditegur sikit,.muncungnya mengalahkan muncung cerek. Dah
tu merajuk, dengan Imah pun tak mau nak bercakap. Tak reti nak minta maaf pulak
tu. Aiman tu mana penah buat benda yang tak betoi. Aimi,.O.K.U dia pun dia
dengar cakap,.’’ Air mataku sudah mula gugur sehabis aku meluahkan suara
hatiku. Suamiku mendengus keras.
‘’Dahlah! Dengan anak-anak pun nak kecik hati.
Ingatkan anak-anak yang tak cerdik,.rupanya mak budak lagi tak cerdik. Kita
cuma ada Aina dengan Aerie ja la ni,.jagalah hati depa sama!’’
‘’Habih,.hati Imah ni sapa nak jaga?’’ aku membidas pantas.
Suamiku tidak membalas kata-kataku, malahan dia
terus berlalu meninggalkan aku terkebil-kebil seorang diri. Teruk sangat ka aku
ni? Aku bersoal jawab di dalam hati.
...........................................................
Hari-hari yang paling membosankan hidup aku sudah bermula.
Tiada lagi Aimi untuk aku suapkan makanan. Tiada lagi Aiman untuk membantuku.
Tiada lagi Amran dan Aizat yang sentiasa meriuhkan rumah ini. Yang tinggal
hanyalah aku yang sering kesepian.
Suamiku walau bekerja di sebelah rumah, dia lebih pendiam
sejak akhir-akhir ini. Dia hanya masuk ke rumah bila nak mandi,makan,bersolat
dan tidur. Di sebelah malam pula dia selalu sibukkan dirinya di masjid.
Aina pula sedang sibuk belajar untuk mengambil SPM hujung
tahun ini. Sesekali dia akan pergi tidur di rumah ibu mertuaku. Airie? Sebelum
ini pun dia memang jarang balik ke rumah, apatah lagi sekarang. Sesekali ja dia
balik bila memerlukan sesuatu.
Aku hanya bertemankan radio dan tv saja sekarang ni. Aku juga
sudah tiada mod untuk keluar bermasyarakat. Aku letih mendengar ucapan simpati
mereka terhadapku. Orang kata ‘berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang
memikul’. Mungkinkah simpati mereka hanya di depanku saja? Di belakangku
mungkin lain pula bunyinya? Atau,..adakah aku yang berfikiran negatif?
Dengarlah Sayang!
Seorang aku yang sering kesepian,
Bertemankan resah dan gundah,
Tiada siapa yang memahami,
Coretan rasa yang terpatri di hati,
Robek dimamah duka dan kecewa,
Ingin melangkah pergi!
Namun kakiku telah dikunci mati,.
Tak berdaya melangkah!
Lantaran punya status sebagai isteri,
Dengarlah sayang rintihan hati ini!
Bisakah kau mengerti?
Betapa robek hati ini,
Dalam diammu aku dilukai,.
Seolah aku ini hanyalah ilusi,
Bagimu mungkin aku tak wujud lagi,.
Mungkinkah sudah ada benci!
Dengarlah sayang luahan hati ini,
Rasa kesepian ini seakan melumatkan jiwa ini,
Aku ingin lari!
Dari sengsara ini,
Tapi aku tak pasti,
Ke mana harus ku pergi,
Adakah insan lain akan menerima diri ini,
Dengarlah sayang suara hati yang terpendam,
Bagai rajuk yang begitu panjang,
Namun nak ku luahkan bagai terhalang,
Ibarat tertelan racun lalang,
Sakitnya bagai tercekik tulang,
Jiwaku walang!
Aku terkesima mendengar sebuah puisi dalam satu rancangan
radio. Puisi itu seolah kata hatiku saat ini. Aku sunyi. Aku sepi dan hatiku
seolah dirobek. Aku ingin pergi dan lari dari rasa kesepian ini tapi aku tak
pasti ke mana harus ku tuju? Sebagai isteri haruskah aku tinggalkan rumah ini
dan pergi membawa sekeping hati yang terluka? Sebagai ibu, haruskah aku
tinggalkan rumah ini dan menganggap aku sudah tidak punya siapa-siapa lagi?
.......................................................
SEBULAN KEMUDIAN,...
Kesabaranku robek jua akhirnya. Sebulan lebih aku memendam
duka kehilangan anak-anakku dan rasa kecewa kerana diriku seolah tidak
dipedulikan lagi. Nanar hatiku melawan perasaan dengan kerenah suami dan
anak-anak yang cuma tinggal dua orang ini. Hari-hari aku ‘makan hati berulamkan
jantung’.
Akhirnya hari ini aku selamat berada di daerah orang. Aku
membuat keputusan terdesak ini bila merasakan diriku sebagai seorang isteri dan
sebagai seorang ibu sudah tidak dihargai lagi. Adakah aku terlalu mengikut kata
hati? Aku keliru dengan suara hatiku. Yang pastinya kesabaranku yang semakin
menipis hari demi hari kini sudah terkoyak rabak. Aku tak kuat untuk terus
memendam rasa.
Aku belum pasti lagi ke mana hala tujuku. Adakah aku harus ke
rumah adik beradik? Kalau boleh aku tak mahu menyusahkan sesiapa. Aku hanya
menurut gerak hati dan mengikut langkah kakiku. Kini aku tersadai di hentian
bas ini.
‘’Assalamualaikum!’’ seseorang menyapaku dengan memberi salam.
Aku menoleh dan cuba mengukirkan senyuman.
‘’Waalaikumusalam!’’ aku jawab lemah.
‘’Mak cik tak nak balik ke? Dah lewat ni. Kami pun nak
tutup kedai dah,.’’ Dia menyoal soalan yang aku sendiri tiada jawapannya. Ke
mana harusku pulang? Sedangkan aku sudah berada jauh dari kampung.
‘’Mak cik baru sampai, tak tau nak ke mana? Ada masjid tak
dekat-dekat sini?’’ aku menjawab dan menyoal sekaligus.
‘’Masjid dua kilometer dari sini. Macam ni la mak cik, apa
kata mak cik ikut ja saya balik ke rumah malam ni?’’ orang itu mengajukan lagi
soalan yang buat aku penasaran untuk menjawab. Ya! Kerana dia seorang lelaki
yang ku rasakan mungkin umurnya sebaya atau muda sedikit dariku.
‘’Tak pa la, lagi pun mak cik bukannya kenal pun encik ni sapa!’’
aku mengeleng sambil menolak pelawaannya.
‘’Kawasan ni ramai warga asing. Mak cik tak takut ke, kena
rompak atau kena rogol ke? Atau pun lebih teruk lagi kalau mereka rompak, rogol
dan lepas tu mereka bunuh mak cik’’ serius orang itu bersuara. Bulu tengkukku
sudah mula meremang.
‘’Err,.takkan kot?’’ aku menyoal ragu.
‘’Malang tak berbau mak cik!’’ ujar orang itu sambil
mengangkat bahu. Mungkin maksudnya terpulang samada aku nak percaya atau pun
tidak? Tapi,.selamatkah kalau aku ikut dia pulang?
‘’Sebab malang tak berbaulah, mak cik tak berani ikut
encik balik!’’ tenang aku berkata, sedangkan dalam hati aku bergetar sejuta
rasa. Walau pun dia panggil aku mak cik tapi aku tetap seorang wanita dan dia
tetap orang lelaki.
Bila aku cakap macam tu aku lihat bibirnya mengukirkan senyuman.
Dia mengangkat bahu sekali lagi dan ingin berlalu pergi. Aku memerhatikan dia
menghampiri keretanya, kemudian dia berpusing kembali.
‘’Esok saya orang pertama yang akan beli surat khabar,
mana tahu ada berita sensasi seorang wanita degil kena bunuh di sini?’’ dia
melaung kuat. Ciss! Kurang asam. Kalau nak tinggalkan aku pun, doakanlah yang
baik-baik!
‘’Tunggu! Mak cik ikut!’’ aku terkejut demi
mendengar suaraku sendiri. Aku terdengar lelaki itu ketawa dan membuka pintu
kereta di sebelah pemandu. Aku bergegas bangun dan menghampirinya. \
Sebaik aku meloloskan tubuhku dalam perut kereta, lelaki
itu menutup pintu kereta dan mula berjalan ke sebelah sana dan turut meloloskan
dirinya di tempat pemandu. Aku diam kaku di sebelahnya. Bila melihat dia
mengenakan tali pinggang keledar, aku turut berbuat perkara yang sama.
‘’Mak cik dari mana sebenarnya ni?’’ dia bertanya sambil
mula menghidupkan enjin kereta.
‘’Kedah!’’ sepatah aku menjawab.
‘’Jauh tu! Datang sini nak cari siapa?’’ aku mengeleng.
Hati mula berkira sama ada untuk jujur atau sebaliknya.
‘’Tak tahu?’’ dia bertanya lagi.
‘’Err,.nak cari kerja!’’ itu saja yang mampu aku
jawab.
‘’Nak kerja dengan saya?’’ dia ajukan lagi soalan.
Aku menoleh pantas ke arahnya. Berminat dengan tawaran yang diberikan.
‘’Kerja apa?’’ aku soal dia pula.
‘’Terpulang! Sama ada jadi pembantu kedai atau pembantu
rumah,.’’ Aku menjatuhkan kepala berkali-kali sambil minda mula berfikir. Mana
yang lebih menarik di antara kedua tawaran kerja itu?
‘’Pembantu kedai tu termasuk memasak ka?’’ aku lontarkan
lagi soalan. Kalau bab masak aku paling malas nak memasak dan aku tidaklah
pandai mana untuk memasak. Lingkup bisnes orang nanti.
‘’Tak! Kami dah ada chef!’’ aku mengangguk lagi. Kalau bukan
memasak tentu membasuh pinggan mangkuk? Huh! Maunya patah pinggan aku kalau
asyik mengadap pinggan mangkuk setiap hari.
‘’Kalau pembantu rumah pula kerja apa?’’ aku lihat dia sudah
tersenyum dengan soalanku yang ini.
‘’Tolong ibu saya jaga anak-anak saya yang nakal, mengemas rumah
dan memasak!’’ dia jawab spontan dan menoleh ke arahku. Aku menarik nafas
perlahan. Anak-anak? Tiba-tiba aku terbayangkan wajah anak-anakku. Wajah
Aina,Airie dan empat wajah arwah anak-anakku. Lantas air mataku bergenang tanpa
sedarku. Aku rindukan mereka semua!
‘’Kenapa?’’ dia menyoalku dengan wajah pelik.
‘’Kenapa tolong ibu encik? Kenapa bukan isteri? Sepatutnya
isteri yang jaga anak-anakkan?’’ aku bertanya dia sambil bertanya diri sendiri
di dalam hati. Aku pun apa kurangnya, seorang isteri yang lari dari rumah,
tinggalkan suami dan anak-anak.
‘’Jom turun! Kita dah sampai!,.’’ soalan aku tidak berjawab. Dia
mematikan enjin kereta dan mula menanggalkan tali pinggang keledar dan
melangkah keluar. Aku memandang sekeliling perumahan itu. Hanya rumah teres
setingkat biasa.
‘’Kenapa? Nak tidur dalam kereta pulak ke?’’ dia membuka pintu
kereta dan menyoal lagi. Aku geleng dan mula melangkah keluar. Dia memberi aku
laluan dan menekan alarm kereta selepas pintu kereta di tutup.
........................................................
Seminggu aku bekerja di rumah ini sebagai pembantu
rumah encik Amiruddin. Ibunya yang lumpuh dan tiga orang anak lelakinya yang
lasak perlu aku jaga. Menurut Puan Zakiah iaitu emak kepada Encik Amiruddin,
isteri encik Amiruddin sudah tiga tahun menghilangkan diri.
Aku terkesan dan terdera perasaanku bila mengetahui
isteri encik Amiruddin lari dari rumah kerana tidak sanggup menjaga ibunya yang
sedang koma ketika itu. Apatah lagi terpaksa menguruskan rumah tangga dan tiga
orang anak mereka yang masih kecil ketika itu.
Encik Amiruddin juga seorang yang berkira soal wang
ringgit. Walau pun kedai makannya maju dan berjaya tapi encik Amiruddin tidak
suka berbelanja besar. Dia hanya membeli sebuah rumah teres sederhana untuk
keluarganya sedangkan dia mampu membeli rumah yang lebih baik. Menurut Puan
Zakiah,.anaknya encik Amiruddin menyimpan wang demi masa depan anak-anaknya dan
encik Amiruddin juga tidak suka berhutang. Semua perabot di rumahnya adalah
barang terpakai yang dibeli dengan harga murah.
Aku rasa terpukul mendengar cerita Puan Zakiah. Aku juga
seorang isteri yang lari dari rumah. Cuma bezanya aku lari dari rumah bukan
kerana tidak sanggup menjaga ibu mertua yang lumpuh atau tidak sanggup hidup
dalam serba kekurangan.
Aku sudah biasa hidup susah. Aku lari dari rumah kerana terlalu
tertekan bila terasa diri aku diabaikan. Aku mengaku, aku terlalu ikutkan
perasaan. Suami aku seorang yang baik. Ya! Dia memang tak mampu nak beri aku
kesenangan tapi bukan itu masalah utamanya!
Entahlah! Kadang-kadang aku sendiri tidak faham dengan
diriku. Apa mahuku sebenarnya? Aku cuma kehilangan anak dan dengan teganya aku
buang suami dan dua orang lagi anak-anakku yang mungkin masih memerlukan aku?!
Kadang-kadang aku jadi keliru dengan kehidupan ini.
‘’Rohimah!!!’’ aku tersedar dari igauanku di siang
hari dengan laungan suara itu.
‘’Siapa ni??’’ suaranya masih lantang. Surat khabar
di tangan dibaling ke wajahku. Kelu lidahku dan bergetar tubuhku.
Aku tunduk dan mengutip surat khabar yang berselerakan di
lantai. Aku membuka helaian demi helaian namun aku tak pasti apa yang aku cari.
‘’Ini!!!,.gambar siapa ni??’’ semakin kuat suaranya. Mengigil
juga tubuhku bila surat khabar itu ditonyoh kasar ke wajahku. Aku ingin
menangis kerana sepanjang aku hidup berumah tangga bersama suamiku aku tidak
pernah diherdik sekasar ini.
Aku meneliti gambar yang terpampang di depan mata.
Pedih mataku bila melihat gambarku dan membaca tajuknya. Aku baca isi
kandungannya di dalam hati. Air mataku gugur tanpa sedarku. Sakitnya hati
membaca kandungan ceritanya seolah hatiku ini sedang ditikam lumat.
LARI DARI RUMAH
Yan, Kedah,. Seorang suri rumah yang hilang seminggu yang lalu dirayu pulang.
Menurut suaminya Ahmad Bin Bahar andainya isterinya Rohimah Bt Saidin tidak
pulang selepas seminggu selepas berita ini disiarkan maka akan jatuh talak tiga
ke atasnya kerana sudah menjadi isteri nusyuk. Rohimah yang kononnya ingin
berziarah ke rumah saudara mara untuk menghilangkan tekanan telah menghilangkan
diri tanpa dapat dikesan oleh ahli keluarganya.
Tanpa menghabiskan bacaanku, air mataku berguguran
lagi. Sakitnya tak dapat aku bayangkan. Kenapa suami yang aku kenali dengan
sikap yang pendiam dan penyayang itu tergamak memalukan aku sebegini rupa?
Tidakkah mereka sedar dengan menyiarkan gambar dan nama penuhku mereka sedang
mengaibkan aku? Aku juga punya harga diri. Takkan semudah itu talak digugurkan?
Baru seminggu aku menghilangkan diri, takkan mereka tidak boleh memahami
diriku? Aku pasti bila sampai waktunya nanti hatiku akan sejuk kembali dan akan
pulang ke pangkuan mereka. Kenapa aku langsung tidak diberi peluang?
‘’Kau boleh bungkus kain baju kau dan nyah dari rumah ini!
Aku tak suka simpan isteri nusyuk macam kau dalam rumah ini! BERAMBUS!!’’
kejamnya kata-kata yang keluar dari mulut encik Amiruddin. Tidak layakkah aku
diberi peluang??
‘’Encik Amir,takkan,...’’
‘’Keluar!!!!’’
Mengigil tubuhku mendengar tengkingan itu. Air mata yang
laju berjuraian, aku kesat rakus. Lelaki semuanya sama! Suara hatiku bertempik
di dalam. Dalam sakit hati aku menyimpan dendam buat insan bergelar lelaki. Aku
perlu kuat kerana inilah pilihanku! Hatiku memujuk diriku.
......................................................
Sekali lagi aku berkelana di jalanan. Semua kedai di kaki
lima aku masuki untuk memohon pekerjaan. Bila tiada kerja kosong, aku memasuki
pula butik-butik besar. Mana tahu kalau rezeki memihak padaku namun pencarianku
hampa.
Bila kaki sudah letih melangkah aku singgah untuk makan di
sebuah gerai makan. Baki wang yang ada dalam beg tanganku cuma rm50 saja. Aku
gelisah, kalau hari ini aku tak dapat kerja, nak balik Kedah pun aku tak mampu.
Wang sekarang nilainya rendah tapi harga barang semakin tinggi. Rm50 hanya
boleh makan tiga kali saja di bandar besar seperti ini. Itu pun terpaksa makan
ala kadar.
‘’Aku dengar kata Datin Robiah sedang cari pembantu untuk
jaga anak dia. Dah dapat ke?’’ suara seseorang di belakangku menarik minatku.
‘’Huh! Anak dia tu panas baran! Berapa orang dah pembantu
rumah mereka lari. Tak sanggup nak uruskan dia. Lumpuh dengan sihat sama ja.
Harapkan muka ja kacak tapi perangai,.hurmm,.hampeh!!’’ aku memasang telinga
mendengar perbualan mereka. Macam ada peluang ja aku nak mencelah.
‘’Tapi anak dia tu cutekan? Geram aku tengok,.tapi tu la,..’’ aku
menoleh ke belakang melihat tiga orang wanita anggun yang sedang makan di meja
belakangku. Siapa mereka ini dan kenapa mereka singgah makan di gerai seperti
ini?
Aku cepat-cepat habiskan makananku. Aku perlu rebut peluang
ini. Kalau hari ini aku tak dapat kerja, esok aku pasti akan jadi rakyat yang
kebuluran di Negara sendiri. Ahh,..mudahan rezeki masih memihak kepadaku.
‘’Assalamualaikum! Tumpang tanya boleh?’’ sebagai orang
Islam salam mesti didahulukan. Aku cuba menjadi seramah mungkin. Tiga wanita
anggun di depanku memandang aku atas dan bawah silih berganti.
‘’Hmm,.nak tanya apa?’’ bila aku cuba menjadi ramah,
wanita di depanku ini pula berwajah cemberut bila menyoalku kembali. Lantak koranglah!
‘’Tadi saya dengar, ada orang nak cari pembantu rumah,
boleh saya mohon bekerja?,.’’ Aku mengubah nada suaraku. Tidak mahu diketawakan
bila bercakap dalam loghat Kedah aku yang pekat di tengah bandar besar ini.
‘’Kerja? Pembantu rumah? Siapa yang cakap?’’ aku terkesima
dengan soalan salah seorang dari mereka. Dia tersenyum sinis kepadaku. Hampeh
betul! Mereka ni sengaja nak mainkan aku ke?
‘’Laa,..tadi rumah Datin Robiah?’’ soalanku ajukan lagi.
‘’Kau? Nak jaga anak Datin Robiah tu?’’’wanita itu
mencebik.
‘’Kenapa? Anak dia tu raksaksa ka?’’ aku cuba berseloroh.
Membuntang mata mereka bertiga.
‘’Kau call jer la Datin bagitau kau dah dapat orang yang dia nak
tu. Aku gerenti mesti tak sampai sejam mak cik ni give-up,.’’ Dengan yakinnya
wanita berblaus merah jambu dan seluar slack hitam di tepiku bersuara.
‘’Aku takut bukan mak cik ni yang give-up tapi anak Datin
tu yang reject dia karang. Kau bukan tak tahu taste encik Danial tu?’’ mereka
terus berbual sesama mereka seolah aku ni halimunan. Aku tak kisah apa pun
mereka nak kutuk aku, tapi aku harap aku akan dapat kerja ni.
‘’Call aje la,.kerja kau pun selesai. Bukan senang
nak handle peel Datin tu. Aku pun kadang-kadang macam nak berhenti kerja ja.
Tak tahan dengan mulut Datin yang macam laser tu. Patutlah anak dia tu perangai
macam tu. Like mother like son!’’ mereka ketawa ceria. Amboih! Kalau bab
mengutuk orang, sukanya mereka!
.....................................................
Aku pandang encik Danial di atas kerusi roda dengan wajah
pegun. Aku sangkakan anak Datin yang aku perlu jaga tu baby lagi, rupanya
usianya dah 35 tahun tapi wajahnya macam orang yang baru berusia 25 tahun. Dia
amalkan petua awet muda kot?
‘’Saya nak kena keluar negara seminggu, jadi saya harap
semuanya awak akan selesaikan dengan sempurna. Sediakan makan minum Danial,
mengemas rumah dan tolong dia mandi,.’’ Aku terlopong seketika mendengar
penjelasan Datin. Aku perhatikan wajah encik Danial yang beku tu. Wajahnya
langsung tak beriak.
‘’Encik Danial bukannya baby Datin nak kena mandikan dia?’’
aku mencelah laju.
‘’Habis tu? Awak nak suruh saya yang mandikan?’’ Datin
Robiah menyoal aku kembali.
‘’Bukan macam tu Datin. Bukan mahram saya. Kalau suami saya
lain la.’’ Aku jawab dengan berani sambil menjeling encik Danial sepintas lalu.
Wajahnya masih beku tak beriak.
‘’Awak nak suruh saya nikahkan awak dengan Danial pulak
ke?’’ soal Datin lagi. Aku pandang wajah Datin. Pening aku nak bagi jawapan.
Takkan Datin tak faham dengan aurat ni?
‘’Dak aih!,.aurat ni Datin bukan boleh dibuat main! Lagi
pun,..’’ aku tak tahu macam mana nak jelaskan status aku. Kalau aku bagitau aku
ni isteri orang yang lari dari rumah,kena halau pulak karang?
‘’Jangan banyak bagi alasan! Saya dah ambil awak bekerja,
lagi pun saya dah tak ada masa NAK CARI PEKERJA BARU. Kalau awak nak tarik
diri, tunggu saya balik seminggu lagi!’’ Datin Robiah berkata tegas. Aku
terlopong lagi. Mudahnya Datin ni buat keputusan. Tak tahu ke semuanya ini
adalah dosa? Siapa yang tanggung dosa tu? Dah pastilah aku! Padan muka aku! Tak
ada penyakit cari penyakit!!
...........................................................................
‘’Keluar!!’’ tengkingan pertama yang aku terima dari
encik Danial. Tak payah cakap banyak, aku hanya menurut perintah.
Aku menuju ke ruang tamu dan mula mengemas. Hari ini
hari pertama aku mula bekerja dan Datin baru keluar dari rumah untuk ke KLIA.
Seminggu aku akan ditinggalkan berdua di rumah ini. Nasib baik encik Danial tu
lumpuh, kalau tidak,tentu bakal ada pencegah maksiat yang akan menyerbu rumah
ini. Haih! Minta dijauhkan Allah! Aku tak rela untuk terus diuji lagi.
‘’Mak cik! Buat sarapan untuk aku. Aku lapar!’’
suara di belakangku buat aku menoleh spontan. Aku terkaku seketika melihat
encik Danial sedang berdiri tegak dan merenung tajam ke arahku. Mana kerusi
roda dia?
‘’Hah?’’ ayat blurr plus blank aku pun terus keluar.
‘’Kau pekak ke mak cik? Aku nak makan sarapan!
Faham? Nanti siap,panggil aku dalam bilik,..’’ encik Danial berlalu pergi.
Kakinya melangkah laju masuk ke bilik. Fius mindaku seolah terkeluar dan hilang
entah ke mana menyaksikan ‘panorama’di depan mata.
Dalam keadaan separuh biol, aku menuju ke dapur. Otakku
berputar ligat berfikir tentang apa yang aku lihat sebentar tadi. Tiba-tiba
bulu tengkukku meremang. Aku mula terfikirkan yang bukan-bukan. Kalau encik
Danial tak lumpuh seperti apa yang aku fikir,.ini maknanya,...arghhhhh,..kami sedang
bersekedudukankahhh????????????
Aku keliru! Adakah ini dikira dosa? Ya Allah! Apa yang
sedang berlaku ni? Kenapa aku ditinggalkan berdua dengan lelaki yang BUKAN
MAHRAM aku ni? Apa yang harus aku buat? Keluar dari rumah ini? Tapi,.ke mana
hala tujuku? Wang yang ada padaku cuma tinggal seciput. Nak makan pun tak
lepas.
‘’Aku lupa nak bagitau. Kawan aku nak datang sekejap lagi.
Nanti kau tolong buka pintu dan suruh dia terus masuk dalam bilik aku. Kami ada
projek sikit nak buat. Kau jangan gatal nak ganggu kami! Sarapan tu buat
lebih,untuk dua orang makan. Faham?’’ aku terkejut mendengar suara yang
tiba-tiba menerjah gegendang telingaku. Aku terus kaku dan memasang telinga
mendengar arahannya. Minda aku blur lagi. Kawan nak datang? Masuk bilik? Nak
buat projek?? Apakah?
‘’Baik tuan!,.err,.kawan tuan tu lelaki ka perempuan?
Macam mana muka dia? Kang silap orang pulak saya bagi masuk?’’ aku soal dia
dengan penuh keraguan. Takut silap soal kena tengking pulak.
‘’Mak cik ingat aku ni apa? Lelaki!,.ada misai,.kulit hitam
manis, hidung tinggi, rambut kerinting tapi BUKAN NEGRO! Faham? Satu lagi,.tak
payah nak bertuan-tuan sangat! Aku bukannya tua mana pun. Panggil aku Danny
atau kalau mak cik nak hormat aku lebih sikit,..boleh panggil aku bos Danny
atau encik Danny! Faham?’’ aku angguk lagi. Encik Danial berlalu lagi. Aku
skodeng dia dari jauh. Bukan kata lumpuh, capek pun tak. Gaya dia jalan macam
model adalah. Huh! Konpirasi apakah ini??
...............................................................
Aku mulakan kerjaku menyiapkan sarapan untuk encik Danial
dan kawannya itu. Aku keluarkan roti sandwich. Empat biji telur, setin kecil
sardin, segengam cabai kering, lima biji cili padi, dua ulas bawang merah.
Aku kisar dulu cabai kering kemudian aku tumis bawang dan
masukkan sardin dan sedikit jus asam jawa. Sesuaikan rasanya dan biarkan cabai
masak. Selepas sardin siap aku lenyekkan dan sapukan di atas roti sandwich.
Cili padi aku cincang kecil dan tabur di atas roti yang telah disapu sardin
tadi.
Aku pukul empat biji telur di dalam bekas. Selepas roti
ditangkupkan aku rejam ke dalam telur yang telah dipukul dan sebatikan di
kedua-dua bahagian. Panaskan kuali dan masukkan sesudu minyak zaitun. Goreng
roti telur tadi dan masak hingga garing. Bila masak ke semuanya aku potong
menjadi enam bahagian. Taraaaa,.siap, sandwich sardin ‘bertelur’aku!
Aku hidangkan sarapan tadi dan siapkan pula dua gelas jus fresh
oren. Ehemm,.air segera yang aku keluarkan dalam peti ais. Sesuailah kalau
dimakan dengan sandwich sardin ‘bertelur’plus berapi aku,.kikihh
Aku tinggalkan makanan yang aku hidang di atas meja makan di
dapur dan aku bergegas ke bilik encik Danial untuk memanggilnya makan. Sebaik
aku menapak beberapa langkah, dia sudah munculkan diri. Macam tau-tau saja aku
nak pergi cari dia.
‘’Dah siap?’’ aku angguk laju mendengar soalannya.
Encik Danial melangkah ke meja makan dan aku
mengikutnya perlahan. Dalam hati berdebar sangat kerana ini kali pertama aku
memasak di rumah ini. Itu pun dengan resepi hentam kromo aku. Pssttt,..aku
sengaja masukkan cili padi tu sebab dia tengking aku tadi. Padam muka dia! Dan
padam muka aku kalau dia reject sandwich tu dan suruh aku masak lain.Huhuhu,..
‘’Mak cik masak apa ni?’’ encik Danial soal aku sambil
belek sandwich sardin ciptaan aku tu.
‘’Ini resepi terbaru saya encik Danial. Namanya sadwich sardin
‘bertelur’,.’’ Aku menjawab sambil tundukkan wajah. Sabar menunggu respon encik
Danial seterusnya. Bila suasana terus sepi, aku panggungkan kepala dan melihat
tindakan encik Danial seterusnya. Dia ambil sepotong dan masukkan semuanya ke
dalam mulut. Dia terus diam sambil mengunyah.
‘’Hmm,.nama ja sandwich bertelur tapi saya ni dah nak berasap
kepala,.’’ Ayat yang keluar setelah selesai dia menelan. Aku menundukkan wajah
kembali. Tubuh dah mengigil takut kena marah.
‘’But,.i like it!’’ aku tercengang sebentar. Dia cakap apa?
Bahasa apa dia guna tu? Nak kata loghat Kedah,.rasanya bukan. Loghat Kelantan
lagilah bukan.
‘’Apa encik?’’ aku soal dia balik. Kononnya aku tak
dengar, padahal tak faham.
‘’Mak cik ni pekak badak ke?’’ encik Danial soal aku
kembali.
‘’Laa,.apa kena mengena dengan badak pulak? Kesian
kat badak tu encik,.dia tak ada kena mengena pun dalam ini cerita,.kenapa dia
pulak yang pekak?’’ lurus bendul pulak aku ni. Aku tengok wajah encik Danial
dah bertukar merah.
‘’Bodoh macam keldai!!’’ dia tengking aku.
‘’Keldai pulak yang kena? Mak cik tau mak cik ni
bodoh,.tapi jangan salahkan keldai pulak! Kesian dia,..’’ tenang aku menjawab.
‘’Arghhhhh,.’’ Encik Danial terpekik sambil
membuntangkan matanya kepadaku. Seluruh wajahnya sudah bertukar menjadi merah.
Nasib baik tak bertukar jadi hijau, kalau bertukar jadi hijau, dah sah
keturunan hulk.
‘’Awat encik Danial? Pedas sangat ke sandwich mak
cik ni?’’ aku menjadi kalut tiba-tiba. Tak pasal-pasal terpekik macam orang
sasau. Macam orang tension ja!
‘’Pergi buat kerja awaklah! Orang nak makan pun tak senang!’’
akhirnya dia halau aku dan menarik kerusi lantas terus makan tanpa pandang aku
lagi.
Bila dah kena halau, aku pun tak tunggu lagi. Aku berlalu pergi
dari ruang dapur dan menuju ke ruang tamu, menyambung kerja aku yang belum
bermula pun tadi. Sebentar kemudian tetamu yang ditunggu encik Danial pun tiba.
Aku menyuruhnya ke ruangan dapur.
Bila aku selesai mengemas aku menuju ke bilik air pula. Aku
dengar suara kawan encik Danila gelak terbahak-bahak ketika aku melewati ruang
dapur. Entah apa yang seronok sangat tu? Aku cuba memasang telinga di sebalik
dinding.
‘’Hahaha,..kelakar giler orang gaji kau.’’ Habis gelak,
ayat itu yang diungkapkannya.
‘’Banyak kau punya kelakar! Sakit jiwa aku layan
dia. Ayat dia macam bodoh-bodoh alang tapi macam nak kenakan aku pun ada jugak.
Ni sandwich ni,.nama pun dah tak menahan. Kau tau apa dia bagi nama resepi dia
ni?’’ aku intai mereka berdua. Aku nampak kawan encik Danial mengangguk laju
sambil mengunyah sandwich.
‘’Sandwich sardin bertelur,..’’ encil Danial bersuara.
Tersembur air yang baru diteguk oleh kawannya, dan kawan encik Danial sambung
gelak. Ishhh,..lawak sangat ka nama resepi baru aku tu? Aku malas nak sekodeng
lagi. Kena tangkap dengan encik Danial karang, naya ja. Aku meneruskan niatku
dan berlalu ke bilik air.
...........................................................
Seminggu berlalu dengan begitu lambat sekali
ku rasakan. Ini semua gara-gara encik Danial dan kawannya itu. Nama kawan dia
tu Sandy, Aku pun pelik bin ajaib. Tengok muka memang melayu tulin tapi nama
entah apa-apa. Dia panggil encik Danial dengan nama Danny, dia pulak encik
Danial panggil Sandy. Macam ni dah kot perangai orang bandar, suka guna nama
glamour? Err,..glamour ke nama tu?
Selepas aku kenakan mereka dengan roti sandwich
bertelur tu, mereka pulak buat keputusan untuk kenakan aku. Agaknyalah sebab
selepas kejadian tu mereka dera aku cukup-cukup. Bukan dera fizikal pun, tapi
mereka dera batin aku ni. Ada ke patut mereka suruh aku ikut arahan mereka
makan produk yang baru mereka hasilkan.
Alkisahnya aku ni macam barang exprimen mereka la, untuk
produk kecantikan mereka yang terbaru. Encik Danial dan kawan-kawan dia membuka
sebuah syarikat kosmestik dan sekarang mereka sedang berusaha mengeluarkan
produk baru yang mampu mengubah wajah seseorang muda sepuluh tahun dari usia
sebenar. Aku yang dah masuk ke usia 40-an ni mereka nak ubah hingga wajah aku
nampak baru berusia 30-an. Huh! Agak-agaklah!!
Yang paling tak menahan tu mereka berdua paksa aku berdiet. Aku
cuma dibenarkan makan tiga kali sehari ja. Itu pun makan buah-buahan dan sayur
yang direbus. Waktu pagi pula sarapan aku hanya oat campur susu rendah lemak.
Mereka dah bawa aku untuk test darah. Doktor cakap darah aku banyak kolestrol
dan toksin sebab tu aku nampak lebih tua dari usia sebenar. Mereka kata wajah
aku macam wanita berumur 60 tahun. Huhuhu,..kejam!
‘’Mak cik tahu tak kenapa aku tak membantah bila mama nak
ambil mak cik sebagai pembantu aku?’’ soalan encik Danial kepadaku selepas dia
meminta aku menjadi ‘barang experimen’ mereka. Aku hanya mengeleng saja sebab
aku tak boleh baca pun apa yang dia fikir. Aku bukan ada kuasa psikik pun. Huh!
‘’Sebab,.antara ramai-ramai pembantu yang mama cari mak
cik sorang ja paling hodoh dan paling tua,.’’ aku nyaris mengalirkan air mata
bila dia cakap macam tu. Kalau nak direct pun agak-agaklah. Orang gaji pun ada
hati dan perasaan jugak!
‘’Alhamdullilah! Mak cik bersyukur dengan apa yang mak cik
punya. Biarlah hodoh rupa. Kalau cantik rupa, akhlak hodoh tak guna jugak,.’’
Tetiba ja aku buat ayat sentap tu. Encik Danial sudah merenung tajam ke arahku.
Sebaliknya kawan encik Danial, dia mengangkat ibu jarinya padaku.
‘’Dengar saja,.kalau tak jawab tak boleh ke?’’
encik Danial marah aku. Aku buat aksi zip mulut dan terus diam. Encik Sandy
gelak berlambak. Suka la tu aku kena marah?
‘’Pergi masak!! Nasi goreng kampung dua,.mak cik jangan nak
cuba curi-curi makan. Aku dah pasang CCTV di dapur tu. Curi makan nanti aku
pasang CCTV sampai ke bilik air,.’’ Aku terus kaku mendengar ugutan encik
Danial. Betul ke ada CCTV di dapur atau dia sekadar gertak aku ja?
Aku angguk dan terus berlalu. Senang hati aku sebab mulut
dah kena zip jadi aku tak payah buat dialog lagi. Tapikan,.hati aku belum kena
zipkan? Yeahoo,.aku boleh membebel dalam hati! Entah apa hati aku dok melalut.
Ini semua encik Danial dan kawannya yang punya pasal! Semuanya tak boleh. Nasib
baik mereka tak dengar suara hati aku ni!
....................................................
ENAM BULAN KEMUDIAN,..
Hati aku sudah sejuk dari rasa dendam dan kemarahan.
Aku tiba-tiba rasa rindu pada kampung halaman. Aku ingin pulang! Sepanjang enam
bulan ni Datin Robiah tak pernah bayar gaji aku. Dia cakap aku makan FREE di
rumahnya. Menginap dan guna air Free di rumahnya jadi semuanya kira tolak gaji
yang sepatutnya dia bayar untuk aku. Hampeh! Orang kaya kedekut binti haji
Tangkai Jering rupanya.
Nasib baik encik Danial dan kawan-kawannya nak bayar aku.
Dalam diam tanpa pengetahuan Datin Robiah mereka bayar aku sebulan seribu
ringgit. Rupanya selama ini encik Danial tipu Datin Robiah dan berpura-pura
menjadi lumpuh kerana selalu dikongkong oleh Datin Robiah.
Encik Danial dan kawan-kawannya buka syarikat kosmestik tu
pun tanpa pengetahuan Datin Robiah. Kalau Datin Robiah ada di rumah, encik
Danial jadi orang paling baik dalam dunia. Bak kata pepatah pijak semut pun tak
mati. Suara dia pun payah nak dengar. Datin soal dia,..boleh pulak dia buat
derk. Aku soal dia pula kadang-kadang dia jeling aku. Kadang-kadang dia
beliakkan mata padaku, tapi lebih banyak dia berwajah beku bila ada Datin di
depannya ketika aku yang menyoal.
‘’Encik Danial nak mandi sekarang?’’ aku soal dia dengan selamba,
suatu hari di depan Datin. Selalunya dia akan beliakkan matanya kepadaku dan
aku pula buat muka beku kepadanya.
‘’Encik Danial nak makan? Nak mak cik suapkan?’’ soalan ni
selalunya aku kena jeling dengan dia.
‘’Datin! Encik Danial ni baikkan? Tak jemu ka dia atas
kerusi roda tu? Kesian encik Danialkan? Agaknya boleh sembuh tak penyakit yang
macam ni? Saya penah dengar orang cakap kalau lumpuh macam ni, kalau bawa pi
urut boleh sembuh,.’’ Aku cuba tunjuk pandai suatu hari. Bila Datin pandang encik
Danial. Dia tayang wajah beku. Bila Datin kalih arah lain, dia tunjuk penumbuk
kat aku. Aku tayang wajah selamba ja!
‘’Mak cik nak cuti berapa minggu? Nanti aku boleh minta tolong
Sandy atau Sheril hantarkan!’’ suara di sebelahku mematikan lamunanku. Sekarang
ni Datin sedang bercuti di Eropah jadi encik Danial kembali berkuasa dalam
rumah ni. Dia nak bercuti di Langkawi jadi aku ambil kesempatan mohon cuti.
‘’Sheril tu lelaki atau perempuan encik Danial?’’ soalan
dia berbalas soalan dariku. Encik Danial ni ada empat orang kawan tapi yang dua
orang ni memang nama pelik sikit. Sheril tu kadang-kadang datang dengan gaya
perempuan. Kadang-kadang dia pakai baju lelaki dan nampak macam lelaki tulin.
Nak soal banyak aku tak berani.
‘’Jangan banyak tanya boleh?’’ hadoi! Kena lagi.
‘’Bila mak cik nak balik ni?’’ dia soal aku lagi.
‘’Malam ni!’’ aku terus jawab tapi dalam minda dok fikir,
di mana aku nak landing nanti. Nak terus balik Yan atau singgah di rumah
saudara mara dulu? Aku pun pening untuk buat keputusan.
‘’Kita balik sekali naik flight. Kami nak turun di Alor
setar. Mak cik nak balik mana? Nanti boleh balik KL sekali, takut pecah pulak
rahsia kami nanti,..’’ aku tergaman lama di depan encik Danial. Maksud dia nak
suruh aku naik kapal terbang ka? Aku gayat!
‘’Naik kapal terbang ka? Tak mau! Mak cik takut!!’’ laju
aku membalas.
‘’Tak ada impian nak pergi haji ke?’’ aku angguk laju.
Kalau pergi Haji, aku teringin sangat.
‘’Nak pergi dengan apa? Naik bas? Teksi?’’ dia tanya aku
dengan senyuman sinis. Aku geleng kepala dan otakku terus mencerna
ayat-ayatnya. Hampeh! Dia perli aku rupanya!
‘’Dah!!,.Jangan banyak songeh. Nanti aku suruh Sheril ambil tiket
flight untuk mak cik sekali.’’ Aku terlopong selepas di tinggalkan. Bila
tersedar aku terus bangun untuk ke bilik dan mengemas beg pakaian. Jantung aku
berdetup kuat. Apa pula penerimaan orang kampung nanti? Tentu aku akan dikutuk
teruk? Atau tak payah balik Yan dulu. Mungkin aku harus singgah dulu rumah kak Fatin
untuk korek info mengenai suamiku dan anak-anak?
...........................................................
Kali pertama aku naik kapal terbang rasa
macam perut aku melambung-lambung. Jantung aku bagai nak terkeluar. Hati aku
asyik dupdap, dupdap ketakutan. Encik Danial pula pergi bersama empat kawan
orangnya. Sheril mengayakan pakaian wanita pulak kali ni. Encik Danial pula
siap bertopi dan memakai misai dan jambang palsu. Rambutnya pun diwarnakan
menjadi perang.
Sandy pula seolah mak nyah. Sebelum ni aku tengok
elok ja dia bercakap tapi sekarang dah jadi lembik macam sotong. Sandy asyik
berkepit dengan Alvin, macam couple pulak dan Sheril berkepit dengan encik
Danial. Aku tak faham betul dengan perangai mereka berlima ni. Adakah mereka
sedang menyamar dari dikenali oleh orang-orang Datin Robiah?
Seorang lagi kawan encik Danial bernama Mirza tapi aku
dengar encik Danial panggil dia Mir dan Sandy panggil Za. Aku pernah tersasul
dengan memanggil namanya encik Zaza,.hihi
‘’Kenapa ni mak cik? Muka dah macam mayat hidup,..’’ encik
Danial menyoal aku. Kebetulan aku duduk di sebelahnya. Sheril di sebelah
kirinya.
Aku geleng kepala perlahan. Bila kapal terbang mula
meluncur naik tadi perut aku mual. Rasa macam nak muntah. Kepala aku macam
kembang semacam ja. Akukan gayat, jadi ini merupakan pengalaman paling ngeri
dalam hidup aku.
‘’Mak cik! Aku tanya ni,.kenapa diam? Mak cik dah jadi
bisu ke?’’’ encik Danial menyoal lagi. Aku malas betul nak bersuara jadi aku
buat aksi zip mulut. Lepas tu aku sandarkan badan dan pejamkan mata. Pura-pura
tidur agar encik Danial takkan paksa aku bercakap.
‘’Kata nak pergi Mekah,.KLIA dengan Alor Setar tu sekejap
ja sampai. Takkan takut sampai pucat muka?’’ dia bersuara lagi. Aku pura-pura
mengeluarkan suara dengkuran. Ah! Lantak kau la nak fikir apa pun, yang penting
kau tak kacau aku!
Aku dengar suara dia ketawa disusuli suara Sheril. Mereka
berbual rancak selepas itu, Aku cuba memasang telinga walau kepalaku masih
pening. Aku teringin sangat nak tahu rahsia mereka.
‘’Sampai bila kau nak berlakon macam ni? Aku pun nak
kahwin. Kalau kau tak mau kahwin itu HAK kau,.’’ Itu suara Sheril. Aku kenal
walau dia bersuara kasar macam lelaki. Sheril boleh meniru suara orang. Aku pernah
dengar dia meniru suara seorang pelakon dan Sheril juga boleh menyanyi dengan
baik walau lagu itu lagu artis perempuan.
‘’Alah,.selesai projek kita ni,.kita stoplah.’’ Suara
encik Danial.
‘’Mak aku dah bising tau! Kalau tunang aku tau aku pakai
macam ni, maunya dia putuskan pertunangan kami,.’’ Aku dengar encik Danial
ketawa.
‘’Susah apa,.mak cik sebelah kita ni kan ada. Tunang kau
lari, kau ajaklah mak cik ni kahwin!’’ sekali lagi aku dengar encik Danial
ketawa. Aku rasa kerusi sebelah aku ni dah bergegar.
‘’Kau ajalah yang ambil mak cik tu. Memang sesuailah
dengan kau!’’ aku buka sikit mata untuk melihat reaksi encik Danial.
‘’Oii mak cik,.pura-pura tidur ke?’’ terkejut aku
bila encik Danial terlihat gelagat aku. Aku mengalihkan wajahku pantas ke arah
lain dan pura-pura berdengkur kembali. Aku terasa bahu aku dicuit kasar. Jangan
layan! Jangan layan! Aku berbisik dalam hati.
‘’Tak baik tau mak cik jadi kura-kura dalam perahu!’’
suara encik Danial berbisik perlahan. Aku membuka mata dan berganjak sedikit.
Minda sudah mula mencerna ayat-ayatnya tadi dan bibirku sudah tidak sabar untuk
berkata-kata.
‘’Awat encik Danial suka sangat salahkan haiwan yang tak
berdosa? Nak cakap mak cik pekak, badak yang kena. Nak kata mak cik bodoh,
keldai yang dapat nama. Ni nak tuduh mak cik berpura-pura, kura-kura pulak yang
kena?’’ selamba ja aku bersuara. Terbeliak mata encik Danial.
‘’Diam!’’ sepatah katanya terus membuatkan aku
tersandar kembali dan beralih ke arah lain, tapi telingaku masih dapat
mendengar Sheril yang sedang mengekek ketawa.
‘’Suka?!’’ Sheril pun kena marah.
Aku dah malas nak pasang telinga lagi. Aku terus
pejam mata dan terlelap. Bila aku sedar, kami dah sampai Alor Setar. Hati aku
berlagu sedih lagi. Takut, semuanya ada. Plan aku sekarang nak tuju ke rumah
kak Fatin di Batu Enam, Simpang Empat, Alor Setar. Mana tahu aku boleh dapat
maklumat dari kak Fatin. Lantaklah kalau dia bakal smash aku dengan ayat-ayat
power lagi pedih pun. Dah memang salah aku! Terima sajalah kenyataan!!
...............................................................
‘’Ya Allah,.adik Imah oii,.hang lari pi mana? Hang
tau dak adik Mad dok cari hang merata ceruk? Tapi,..tu la orang laki,.lama mana
sangat depa nak cari,..’’ selepas kami berbalas pelukan kak Fatin terus buat
ayat sentap tapi selepas itu nada suaranya berubah sedih.
‘’Awat kak? Takkan laki Imah nikah lain dah? Baru enam
bulan kot Imah takdak!’’ aku serkap jarang. Kak Fatin terus duduk atas sofa
sambil tarik tangan aku untuk duduk sebelah dia.
‘’Hang lambat seminggu ja. Adik Mad baru seminggu kawen
dengan Chaq,..’’ aku terus terkedu. Serkap jarang aku mengena rupanya.
‘’Chaq mana?’’ aku inginkan kepastian. Otak aku tak
dapat menangkap lagi maksud kak Fatin.
‘’Chaq kita la,.Chaq mana lagi. Adik beradik kita anak mak
ngah sorang ja kita pangge Chaq pun!’’ aku terbayang wajah sepupu aku tu. Dah
empat tahun dia jadi ibu tunggal anak empat. Aku tahu, dia memang dah lama dok
berkenan kat suami aku tu. Masa kami kahwin, dia selalu puji laki aku tu
hensem.
‘’Hang buat lawak dengan aku ka kak?’’ aku tak mahu terima
kenyataan ini. Chaq jadi madu aku? Oh! Tidakkk!!
‘’Chaq kata adik Mad dah cerai hang dengan talak
tiga,..betoi ka? Aku tak pecaya adik Mad sanggup bagi talak tiga kat hang,..’’
aku terdiam lagi. Isi kandungan surat khabar yang aku baca dulu terimbas
kembali dalam mindaku. Air mataku bergenang tanpa sedarku. Dadaku jadi sebak
tiba-tiba. Aku dah bukan isteri dia lagi? Jatuhkah talak itu? Mudah sangatkah
melafazkan talak? Hatiku berteka-teki.
‘’Aku pun tak tau la kak, apa status aku la
ni?’’ aku sebak dan air mata meluncur tanpa pintaku. Perlahan kak Fatin
mengusap bahuku.
‘’Yang hang gatai lari dari rumah, sapa suruh? Adik
Mad tu dah cukup baik sangat dah,.hang nak apa lagi?’’ aku menarik nafas dalam.
Kak fatin pun tak faham perasaan aku rupanya. Macam dia tak tau betapa aku
tertekan selepas kehilangan empat orang anakku itu.
‘’Hang tak mau pi jumpa depa ka? Tanya status hang.
Berdosa besar hang dok buat reja macam ni. Dah jatuh nusyuk dah. Kita jadi bini
orang ni, keluar rumah selangkah tanpa izin laki pun dah berdosa sangat dah,.’’
Aku mengeluh lagi. Nak menyesal pun dah tak guna. Masa aku ambil keputusan nak
lari hari tu, mana aku terfikir akan alami situasi macam ni. Langsung tak
fikir! Aku Cuma ingat masa tu, aku nak lepas diri dari tekanan saja. Tak tahu
pula, lagi berat dugaan yang terpaksa aku hadapi.
‘’Hang rehat dulu, petang ni, aku teman hang pi rumah
Chaq. Bukannya jauh mana pun. Adik Mad mai dok sini lepas kawen dengan Chaq.
Aina dengan Aierie tak mau ikut. Adik Mad pun la ni dok tolong Chaq jaga kedai
dia,.’’ Aku pandang kak Fatin dengan perasaan tak percaya.
‘’Habih tu Aina dengan Aerie dok dengan sapa kak?’’
pertanyaanku buat kak Fatin melepaskan nafas yang panjang.
‘’Aina dok dengan mertua hang. Aerie, Kak Wan nak bela,.’’
Jawapan kak Fatin buat aku menjatuhkan kepala berkali-kali. Air mata aku gugur
lagi. Semuanya salah aku! Kerana aku, keluarga aku berpecah belah. Kami semua
terpisah. Ya Allah! Apa yang harus aku buat? Ampunkanlah dosaku Ya Allah!
...................................................
‘’Imah nak tebus talak bang! Abang pun dah nikah dengan
Chaq. Abang cakap ja berapa Imah kena bayar?’’ seolah aku ni berduit sangat
mendengar ayat yang telah aku tuturkan. Sejak aku datang tadi bekas suamiku ini
berwajah muram. Chaq pula dah macam cacing kepanasan. Asyik menjeling kami
berdua silih berganti. Kak Fatin pula cakap tak nak masuk campur.
‘’Alang-alang nak bayar rm10,000 la. Baru berbaloi, lagi pun
bukan salah abang Mad, hang yang gatai lari dari rumah. Tak reti nak hargai
langsung pemberian Allah!’’ Chaq bersuara kasar. Saja nak menempah nahas Chaq
ni. Aku cabai mulut dia tu, baru dia tau. Aku membebel dalam hati.
‘’Habih! Yang dia dah bagi talak tiga kat aku teruih tu apa?’’
aku membela diri.
‘’Abang tak ada niat pun. Depa suruh, depa kata untuk
gertak Imah ja, suruh Imah balik. Abang ikut ja cakap depa!’’ aku mendengus
kasar mendengar jawapan bekas suamiku ini.
‘’Huh! Dengar sangat cakap orang! Macam tu la perangai
abangkan? Dengan Imah ni semua tak boleh. Tak boleh ka bersabar sikit? Kot ya
pun nak bagi talak, tunggulah cukup setahun ka,.ni bukan setakat bagi talak
tiga, baru enam bulan dah nikah lain,..’’ aku bersuara sinis. Hati aku usah
cakaplah. Berapi-api di dalam, lebih-lebih lagi bila tengok Chaq asyik
menghimpit bekas suamiku ini. Macam nak menunjuk ja, dia dah berjaya ambil
bekas suami aku tu. Huh!,.perangai macam budak-budak tak cukup sedet!
‘’Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tanggunglah
sendiri!’’ Chaq mencelah lagi.
‘’Tak boleh kurang sikit ka? Seribu sudahlah, lagi pun aku
bukannya ada duit sebanyak tu. Aku baru reja enam bulan ja pun. Aku pun nak
guna duit jugak!’’ aku cuba meminta mereka bertolak ansur. Ingat lagi aku
ketika ayah aku bercerai dengan mak tiri aku dulu. Mak tiri aku cuma perlu
bayar rm1,000 ja kat ayah aku.
‘’Takdak sepuluh ribu, aku nak suruh abang Mad gantung
hang tak bertali!’’ kepala aku sudah berasap mendengar ayat Chaq.
‘’Tengkorok hang! Sejak bila hang belajar jadi batu api ni?
Takpa! Takpa!,..hang ingat aku ni lekeh sangat?’’ keegoanku mula terusik. Chaq
seolah nak menghina aku. Itu yang aku rasa saat ni. Tak apa, aku ada encik
Danial! Setakat bekas suami aku ni, apalah sangat! Hatiku berkata bongkak.
Sakit hati punya pasal.
‘’Tak payah bayarlah! Abang halalkan,.nanti kita pi
pejabat agama selesaikan hal ni. Semakin lama tertangguh, semakin banyak dosa
yang kita kena tanggung!’’ bekas suamiku menjawab tenang. Chaq dah mencebik tak
puas hati. Aku urut dada kerana tak perlu bayar.
‘’Mana boleh! Wajib bayar!! Kecualilah kalau dia minta
cerai taklik. Tapi cerai taklik, kalau abang yang bersalah. Ni salah dia! Dia
yang nak bercerai!’’ lantang suara Chaq. Aku mengetap bibir. Geram!
‘’Kalau ikut hukum,.sepatutnya aku dah kena cerai taklik
sebab abang Mad dah tulih dalam surat habaq hari tu,..kalau aku tak balik
seminggu dari berita itu disiarkan akan jatuh talak tiga,..jadi,..’’ aku tak
meneruskan percakapanku sebab aku pun sedang keliru. Aku pun bukan pandai
sangat bab hukum ni.
‘’Tapi abang tak ada niat pun nak jatuhkan talak!’’ suamiku
mencelah. Aku pandang kak Fatin. Dia angkat bahu. Aku pandang Chaq. Dia
menjeling tajam. Hiesyyy!!,.
‘’Hampa pi pejabat agamalah! Tanya orang yang
lebih arif. Kalau dok bertengkaq di sini sampai bila pun tak selesai!’’ kak
Fatin bersuara akhirnya. Aku pula sudah nekad, kalau perlu aku bayar, aku akan
pinjam duit dari encik Danial. Aku sanggup jadi hamba abdi encik Danial dan
kawan-kawannya selepas ini dari aku digantung tak bertali.
‘’Aku harap hang kena tebus talak. Jangan lupa
haaa,..sedia sepuluh ribu!’’ Chaq sengaja mencari pasal dengan aku. Dia berkata
sambil melebarkan senyuman. Ek eleh,.nak istihar dia dah menang letew? Macam
aku tak tahu!
...........................................................
Éncik Danial telefon aku hari kami mengambil
keputusan untuk ke pejabat agama. Kami terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana
mereka mendapat tahu Datin Robiah akan pulang keesokan harinya. Aku minta cuti
aku ditambah tapi dia tak mengizinkannya takut rahsia mereka bakal terbongkar
sebelum waktunya.
Dia datang untuk berjumpa aku di rumah kak Fatin. Aku tiada
pilihan melainkan menceritakan masalah aku kepadanya. Akhirnya encik Danial
beralah dan mengizinkan aku menambah cuti dengan syarat dia turut serta. Aku
pula yang ditimpa perasaan serba salah. Aku takut sangat kalau orang salah
faham dengan kami.
‘’Mak cik jangan cuba nak halau aku balik! Aku rasa lagi selamat
aku ikut mak cik daripada aku balik ke Kuala Lumpur tanpa mak cik. Nanti mama
tu akan syak yang bukan-bukan pula,.’’ Macam tahu-tahu saja suara hati aku yang
tak senang dengan kehadirannya.
‘’Encik Danial ni sesekali pentingkan diri juga naa? Encik ada
terfikir tak apa keluarga mak cik akan fikir kalau encik Danial ikut saja ke
mana mak cik pergi?’’ aku tuduh dia dan soal dia sekaligus. Wajah encik Danial
berubah riak.
‘’Biarlah! Apa aku peduli, apa yang orang lain fikir!’’
mudahnya dia berkata-kata.
‘’Encik Danial baliklah dulu. Cakap ja kat Datin, mak cik
ambik cuti,.’’ Aku cuba memujuk. Encik Danial mengeleng pantas.
‘’Mak cik tu barang experimen kami tau! Ni,.aku tak ada
ni,mak cik makan sebarangan tak?’’ aku mengelabah mendengar soalannya. Jujurnya
aku melantak semacam saja di rumah kak Fatin. Lepas gian kata orang. Aku makan
laksa, nasi berlaukkan rendang ayam, ulam dan sambal belacan, semuanya aku
bedal.
‘’Errr,..’’’aku tersengeh. Dia membeliakkan matanya padaku.
‘’Makan apa??’’ encik Danial kuatkan suara.
‘’Alahh,..makan sikit ja.’’ Aku cuba mencari helah.
‘’Senaraikan!!’’ dia mengarah kasar.
‘’Err,.nasi,laksa,rendang ayam,ulam,kuih-muih,.’’
‘’Banyakkk tuuu,..gaji bulan depan potong 100%!’’ aku belum
habis senaraikan makanan yang aku makan, encik Danial sudah mencelah. Terkelu
lidahku seketika. Baru bercadang nak pinjam duit dari dia, gaji dah kena
potong. Huhuhu,..
‘’Encikkk,..kalau mak cik kena bayar kat suami mak cik
nanti boleh pinjam duit sikit tak? Contohnya kalau kena bayar rm10,000 mak cik
nak pinjam rm5,000,.lepas tu lima bulan tak bayar gaji pun tak apa. Encik kira
potong gaji la. Boleh?’’ aku soal dia dalam rasa gementar. Maunya dia melenting
nanti.
‘’Kenapa pulak kena bayar? Nak cerai, cerai
ajalah!’’ dia pandang aku tak berkedip. Aku pun serba salah sebab keputusannya
belum lagi kami dapat.
‘’Mak cik cakap kalau,..sebab belum pasti lagi macam
mana,..’’
‘’Mak cik ingat lima ribu tu macam lima ringgit?’’ aku
geleng kepala. Memanglahkan,.siapa yang nak percaya dengan perempuan tua yang hodoh
lagi miskin macam aku ni? Lima ribu tu bukannya sikit.
‘’Macam ni la mak cik. Aku boleh tolong mak cik dengan
syarat balik KL nanti mak cik pulak tolong aku!’’ dia buat tawaran itu padaku.
Agaknya apa pertolongan yang perlu aku beri lagi? Sebelum ni pun mereka main
paksa ja aku makan produk kesihatan dan kecantikan mereka tu.
‘’Tolong apa?’’ aku soalnya penuh kesangsian.
‘’Belum tau lagi. Tunggulah sampai masanya nanti aku
bagitau,..’’
...........................................................
Hari pertama kami pergi pejabat agama
proses perceraian kami masih belum selesai sebab terjadi kes yang tak diduga.
Encik Danial berkeras nak ikut sekali dan Chaq juga tak mahu berenggang dengan
abang Mad dia tu. Menyampah aku tengok! Masalahnya bermula bila aku merayu
denda yang terpaksa aku bayar dikurangkan. Aku terpaksa membayar denda kerana
aku yang bersalah meninggalkan suami manakala menurut ustaz yang mengendalikan
kes kami, bekas suamiku tak bersalah kerana dia memang tak berniat untuk
melepaskan talak, sementelah lagi semua itu bukan kerja dia. Adik beradik dia
yang menyiarkan berita itu.
Bila rayuanku diterima Chaq pula campur tangan,
katanya kalau abang Mad dia tu berlembut dengan aku, dia akan minta cerai. Bila
bekas suami aku tu cuba berbincang tiba-tiba dia jadi histeria dan mengamuk.
‘’Ceraikan Chaq! Ceraikan Chaq! Ceraikan Chaq!’’ Chaq
menjerit-jerit agar dirinya diceraikan. Kesian aku tengok bekas suami aku yang
terpingga-pingga bila isteri barunya meroyan dalam pejabat agama. Kes kami pun
baru nak bermula, dia gatai nak buat pasal pulak.
Akhirnya kes kami ditangguhkan dan kami dinasihatkan agar
balik berbincang terlebih dahulu. Kami diminta untuk tampil semula minggu
depan.
Encik Danial mengajak aku balik ke Kuala Lumpur dan
berjanji akan menemani aku datang semula ke Kedah untuk menyelesaikan kes kami.
Aku mushkil dengan kebaikkan encik Danial ni, namun aku tiada pilihan. Kami
pulang menaiki kapal terbang dan bergegas ke salon untuk mengubah imej encik
Danial semula sebaik kami mendarat di KLIA.
Bila malam menjelang baru Datin Robiah sampai di rumah.
Aku yang terlalu penat berlari ke sana sini memohon bantuan encik Sandy agar
membungkuskan makanan untuk makan malam Datin dan encik Danial. Nasib baiklah
encik Sandy ni memahami keadaan aku dan membantu aku membeli makanan. Namun
begitu, aku melopong bila bekas makanan di buka.
‘’Apa ni?’’ aku menyoal resah.
‘’Sushi!’’ dia jawab selamba.
‘’Hah??’’ aku macam nak meraung ja.
‘’Kenapa?’’ dia tanya sambil buat muka pelik.
‘’Mak cik nak demam!’’ aku bawa makanan masuk dan mula
menyelongkar peti ais. Hampeh! Yang tinggal cuma makanan ringan dalam peti ais.
‘’Awak masak apa malam ni Imah?’’ aku mula mengelabah
mendengar suara Datin.
‘’Belum masak Datin! Barang dapur dah habis,.’’ Aku
berterus terang.
‘’Kenapa tak pergi beli?’’ Soalan terus diajukan.
‘’Errr,..tadi encik Danial ajak keluar ambil angin. Dia
cakap dia boring duduk di rumah ja, sebab tu saya pergi temankan dia. Lupa
pulak barang dapur dah habis’’ aku tayang gigi sehabis berkata-kata. Sengaja
aku kaitkan nama encik Danial. Baru padam muka dia!
‘’Betul ni? Alhamdullillah! Macam mana awak buat sampai
Danial dah nak keluar rumah ni? Sebelum ni dia malu nak keluar dari rumah ni
dalam keadaan dia macam tu,..’’ Datin Robiah nampak teruja dengan kenyataan
aku.
‘’Ooo,.saya berleter dekat dia hari-hari,..saya cakap kat
encik Danial, dunia ni luas, rugi kalau asyik memerap dalam rumah ja,..’’ aku
main auta ja.
‘’Datin lapar ka? Ni ada sushi, tadi encik Sandy bawa,..’’
aku tunjukkan sushi yang masih dalam bekas kepada Datin. Mungkin dia
betul-betul lapar. Mana tahukan?
‘’Sandy mana?’’ Datin menyoal.Dahinya berkerut sikit,
mungkin sedang mengimbas wajah encik Sandy.
‘’Kawan encik Danial la,..yang hitam-hitam manis tu,..’’
Datin terdiam. Wajahnya nampak pelik.
‘’Mak cik! Tadi ada tak kawan Sheril datang bawa
sushi yang aku pesan tu?’’ encik Danial datang ke dapur sambil memusing sendiri
tayar kerusi rodanya.
‘’Siapa Sandy tu Danial? Mama kenal ke?’’ soalan diajukan
pula pada encik Danial. Aku sudah mula mengelabah.
‘’Eh,.mama tak kenal rasanya. Tu kawan Sheril. Haa,.kawan
Sheril!’’ suara encik Danial menjadi kalut. Aku lagilah kalut. Mana aku tahu
Datin tak kenal Sandy sebab Sandy tu kawan encik Danial, aku fikir tentu Datin
kenal dengan dia.
‘’Ni kenapa order sushi. Danial masih suka makan pedas lagi
ke?’’ aku perhatikan wajah encik Danial. Ingin mendengar apa jawapannya sebab
sepanjang aku masak di rumah ini, aku selalu gunakan cili padi. Masakan aku
semuanya yang pedas. Datin Robiah pula jarang makan di rumah. Kalau dia tak
keluar negara, dia asyik sibuk ja. Kalau balik rumah pun untuk berehat. Makan
selalu di luar.
‘’Sushi mana pedas mama! Biasa ajakan?’’ dia jawab soalan
Datin dengan wajah tenang. Aku tak pernah makan sushi. Mana aku tahu bagaimana
rasanya.
‘’Ni banyak wasabi?’’ Datin menyoal lagi. Aku
menjenguk ke dalam bungkusan sushi. Wasabi tu pedas ka? Aku tertanya-tanya di
dalam hati.
‘’Boleh buangkan? Atau suruh mak cik ja yang makan! Mak
cikkan suka makan pedas,..’’ dia jawab sambil pandang aku. Aku kerut dahi.
Wasabi pun aku tak pernah rasa. Aku ni anak Malaysia, bukan anak Jepun! Aku
membentak di dalam hati.
‘’Imah pernah makan sushi?’’ Datin buat muka pelik sambil
merenung aku. Aku geleng pantas.
‘’Habis tu pernah makan wasabi?’’ aku geleng lagi.
‘’Tak pernah makan? Habis tu ni boleh makan ke tidak?’’
soalan Datin yang ini, aku tiada jawapan. Tak tahu sama ada nak angguk atau
geleng.
‘’Boleh ke tak, wasabi tu mak cik kena habiskan!’’ suara
tegas encik Danial berbunyi lagi. Aku memang tak puas hati dengan perangai dia
yang ini. Nak makan pun kena paksa ka? Jangan-jangan dia sengaja nak kenakan
aku dan suruh encik Sandy belikan sushi ni? Aku mula meneka dalam hati.
‘’Baguslah awak kerja di sini Imah. Nampaknya Danial sudah
banyak berubah sejak awak bekerja di sini. Dulu Danial tak suka cakap banyak.
Sepatah ja, itu pun puas saya nak ajak berbual.’’ Ayat-ayat Datin Robiah buat
aku tersenyum sumbing. Tak cakap banyak? Sekali dia melenting boleh terbang
semangat aku ni!
‘’Kalau macam tu encik Danial la yang kena habiskan wasabi ni
sebab saya tak suka makan makanan Jepun. Selera saya makanan ori Malaysia ja.
Lagi pun,....’’ aku tak habiskan ayat aku. Saja buat ayat tergantung. Kedua
beranak yang berada di hadapanku seolah sedang menanti ayat seterusnya.
‘’Lagi pun apa?’’ encik Danial melenting lagi bila aku terus
diam.
‘’Saya tak lalu nak makan benda pelik-pelik ni,.’’ Aku jawab
dengan tenang. Err,.tenang di luar ja, dalam hati macam nak cili ja mulut encik
Danial ni. Sikit-sikit nak kuatkan suara dia. Terbang semangat aku tau!
‘’Apa yang peliknya?’’ dia soal aku lagi. Memang payah bercakap
dengan orang bandar yang suka makan makanan antarabangsa ni. Aku ni perut orang
kampung, bukan perut orang bandar. Orang bandar semua mereka nak cuba.
Tengoklah rancangan makan-makan di tv yang banyak tu. Semua makanan, hos
rancangan tu bedal semacam ja.
‘’Jom! Temankan aku makan. Sementara aku tengah baik ni,..’’ dia
senyum penuh bermakna. Datin sudah pandang kami berdua silih berganti.
‘’Encik Danial makanlah dengan Datin. Mak cik nak solat
Isyak, lepas tu nak tidur. Encik Danial tak apalah,..tak perlu solat. Encik
Danial boleh tongkat langit,..’’ aku menuturkan ayat terakhir dengan suara
perlahan sambil berlalu pergi. Aku tak berani nak menoleh langsung. Mesti wajah
Datin dengan wajah encik Danial berubah dengan kata-kata akhirku andai mereka
mendengar.
‘’Mak cik ingat,.mak cik solat,.dah boleh masuk SYURGA
la??’’ lantang suara encik Danial. Aku melangkah semakin laju. Nahaslah aku
lepas ni. Kalau encik Danial dengar tentu Datin pun dengar apa yang aku kata.
Pepatah dah tulis,.lidah itu lebih tajam dari pedang tapi sebagai manusia kita
selalu tak pandai nak menjaga lidahkan? Hurmmm,..
............................................
Aku lakukan apa yang aku kata. Solat maghrib tadi,
aku solat diakhir waktu, tu pun laju macam apa lagi, sebab asyik fikir Datin
nak balik dan rumah belum dikemas. Almaklumlah, kami baru balik bercuti.
Tergopoh-gapah pula balik. Letih badan pun masih bersisa lagi.
Selesai solat aku luangkan masa membaca Al-Quran. Sejak
balik dari kampung, hati aku nekad untuk betul-betul bertaubat dan memohon
keampunan dari Allah atas segala dosaku. Semuanya kerana aku! Keluarga aku
menderita kerana aku! Anak-anakku hidup terpisah kerana salahku.
Balik kampung baru ni, aku belum berkesempatan untuk
berjumpa dengan anak-anak. Aku ajak jugak encik Danial balik Yan tapi aku tak
berani nak bersemuka dengan orang-orang kampung. Kami tak berhenti singgah pun.
Mulai hari ni aku berjanji untuk lakukan amal ibadah dengan
sebaiknya. Aku nak bangun buat Tahajjud, aku nak lakukan solat sunat Dhuha. Aku
nak luangkan masa lebih lama di atas sejadah dengan solat-solat sunat dan
Zikrullah. Aku tahu berkemungkinan semua itu takkan dapat mensucikan dosaku
tapi aku akan berusaha melakukan segalanya dengan sebaik-baiknya, selebihnya
aku hanya perlu bertawakkal.
Aku mula membuka Al-Quran dan membaca surah Al-Waqi’ah dan
membaca juga terjemahannya. Hati menjadi sebak tiba-tiba.
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
56. Al-Waqi’ah (Hari Kiamat)
[1]Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan
(golongan yang taat).
[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam
mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang
sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang
bertatahkan permata;
[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan
mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas
yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab
menikmatinya.
[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka
pilih,
[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah
kerjakan.
[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan
tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang
lain).
[27]Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]Serta buah-buahan yang banyak,
[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa,
[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]Serta naungan dari asap hitam,
[44]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari
mengingati hukum Tuhan).
[46]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi
tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup
semula)? “
[49]Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan
orang-orang yang terkemudian,
[50]“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
[51]“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan
(kedatangan hari kiamat),
[52]Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan
tidak puas-puas”.
[56]Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari
Pembalasan itu.
[57]Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan
yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup
semula pada hari kiamat).
[58](Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani
yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang)
di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61](Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa
kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam
bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri
kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah
yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu
hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu
tanam?
[64]Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering
hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan
hairan dan menyesal,
[66](Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “
[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang
menurunkannya?
[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau
kamu bersyukur.
[71]Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara
digesek)?
[72]Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan
(bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang
memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji
nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya
bahagian-bahagian Al-Quran,-
[76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu
mengetahuinya, -
[77]Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang
mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa
terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan
nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir
mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya,
-
[85]Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak
tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu
orang-orang yang benar ?
[88]Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga
kenikmatan.
[90]Dan jika ia dari puak kanan,
[91]Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana
engkau) dari puak kanan”.
[92]Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang
menggelegak,
[94]Serta bakaran api neraka.
[95]Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Ya Allah! Betapa azabnya menjadi puak dipihak kiri
itu dan betapa beruntungnya orang-orang yang menjadi puak dipihak kanan itu. Di
manakah tempatku? Di puak pihak kanan atau puak pihak kiri? Bantulah aku Ya
Allah kerana Engkau yang lebih tahu setiap kelemahan yang ada dalam diriku ini.
Bimbinglah aku Ya Allah, dalam mencari RedhaMU.
Aku berdoa di dalam hati. Insaf dengan setiap kesalahan
yang telah aku lakukan. Aku tahu, hari-hari aku melakukan dosa dalam sedar dan
tanpa sedarku. Dalam solat pun aku sering melakukan dosa. Entah betul atau
tidak bacaan dalam solatku. Kadang-kadang hati aku merusuh juga kerana tidak
pasti dengan setiap amal ibadatku.Ya Allah! Bantulah hambaMU ini!
‘’Mak cik!!,.buat apa tu?’’ pintu bilikku terbuka
luas. Aku yang masih bertelekung hanya memandang encik Danial di depan pintu
tanpa kata. Air mata yang masih bersisa aku lap perlahan dengan telapak tangan.
‘’Kau menangis ke mak cik? Baca Quran pun menangis? Tentu
kau banyak dosakan?’’ soalan encik Danial buat aku terasa tapi aku tak mahu dia
terus-terusan mengutuk aku. Aku mesti membalas setiap percakapannya.
‘’Hari-hari mak cik buat dosa encik Danial! Setiap kali solat mak
cik buat dosa. Setiap patah kata mak cik pun mungkin ada dosa di dalamnya.
Encik Danial beruntunglah! Tak pernah buat dosa. Tak solat pun encik Danial
boleh hidup dengan tenang. Setiap kali puasa encik Danial dengan Datin akan
bercuti ke luar negera kerana tak mahu berpuasa. Untunglah encik Danial kerana
langsung tak ada dosa!’’ aku buat ayat-ayat sindiran yang maha pedas lagi
berapi tu. Wajah encik Danial bertukar merah.
‘’Orang yang paling kaya dalam dunia adalah orang yang langsung
tak punya hutang walau dalam dompet duit dia hanya ada duit syiling seposen
tapi manusia yang paling kaya di Akhirat adalah hamba Allah yang paling banyak
amalannya di atas dunia,.’’ Aku sambung berkata-kata tanpa memberi peluang
encik Danial menengkingku seperti selalu.
‘’Di atas dunia ni, orang-orang kaya boleh mendabik dada
dengan harta yang mereka ada. Boleh buli orang miskin sesuka hati. Mak cik tak
kesah kalau dibuli dan terus dibuli kerana mak cik tahu semua ini adalah
KIFARAH dari Allah untuk mak cik, untuk menyucikan dosa-dosa mak cik. Biarlah
Allah bayar cash di dunia asalkan mak cik bersabar setiap kali dibuli, In sha
Allah! Mak cik akan bahagia di Akhirat sana!’’ aku lihat bibir encik Danial
terkumat-kamit. Aku terus sambung hujahku.
‘’Harta kita di dunia ini sebenarnya hanyalah pinjaman
semata-mata. Bukan harta saja, tapi nyawa kita, keluarga kita, sahabat,rakan
taulan kita semua itu hanyalah pinjaman. Tiada yang kita punya melainkan
semuanya Allah yang punya!’’ aku terus-terusan bersuara tanpa menghiraukan
reaksi yang encik Danial tunjukkan.
‘’Duit yang ada dalam bank atau dompet encik Danial, yang
ada nama encik Danial pun bukan encik Danial yang punya, tapi sebaliknya duit
yang encik Danial sedekahkan itulah baru milik encik Danial,.’’ Kali ini encik
Danial mengerutkan dahinya. Mungkin tak faham dengan ayat aku tu agaknya?
‘’Duit sedekah itulah yang bakal menolong encik Danial di Akhirat
nanti, sedangkan duit dalam bank tu mungkin bakal lupus, bakal dicuri, mungkin
juga akan habis kerana sikap berfoya-foya encik Danial.’’ Aku teruskan lagi
berkata-kata bila melihat encik Danial langsung tak berani bersuara. Bila
‘kucing’diam, ‘tikus’pun jadi semakin berani.
‘’Dah habis dah? Kalau dah habis keluar sekarang! Aku ada
kerja untuk mak cik. Jangan gatai nak membantah!’’ Cehh!,.ingatkan dah insaf
dah. Ada hati lagi nak buli aku?! Aku bangun dan tanggalkan telekung bila encik
Danial sudah memusingkan kerusi rodanya untuk berlalu. Hmm,..aku lupa nak cakap
tadi, menipu ibu sendiri tu pun ‘bukan dosa’,.almaklumlah, encik Danialkan tak
pernah rasa dia berbuat dosa. Huhuhu,..
...............................................................
‘’Habiskan sushi tu! Membazir saja kalau tak habis.
Aku dan mama dah makan. Masih berbaki lagi tu,..’’ sebaik aku mengadap encik
Danial, dialog ini yang keluar dari bibirnya.
‘’Kalau encik Danial nak larang mak cik dari makan, makcik
mungkin akan buat tapi kalau encik Danial nak paksa mak cik makan benda yang
mak cik tak boleh makan dan tak selera nak makan,.maaflah! mak cik tetap takkan
makan. Encik Danial nak cincang lumat pun cincanglah!’’ tiba-tiba aku jadi
berani bersuara, semata-mata kerana encik Danial suruh aku makan sushi. Wajah
dan telinga encik Danial dah merah macam udang kena bakar.
‘’Mak cik dah berani melawan sekarangkan?’’ dia tengking
aku.
‘’Mana berani!’’ aku berkata sambil tersenyum
hambar.
‘’Melawan! Aku potong gaji!’’ aku tersedar satu
perkara bila encik Danial berkata begitu.
‘’Encik!,.pinjaman yang encik janji tu macam mana?
Mak cik tak kesah kalau encik tak bayar gaji terus pun, yang penting mak cik
tak mau terus tanggung dosa,.selagi kes kami tak selesai, mak cik rasa macam
sedang duduk atas bara api,..’’ entah kenapa aku buat ayat macam tu. Aku pun
tak pasti apa status aku sekarang ni. Aku keliru!
‘’Hmm,.ingatkan mak cik ni baik sangat! Kalau buat
ayat tu macam mak cik ni la paling warak dalam dunia. Rupanya mak cik ni isteri
nusyuk yang lari dari rumah,.ishh,.ishhh,..’’ encik Danial bersuara sinis. Aku
sudah tertunduk menahan sebak.
‘’Encik tak tau apa yang mak cik tanggung!’’ aku
bersuara dalam sedu. Kaki sudah bersedia untuk melangkah masuk ke bilik. Takkan
aku nak tunjuk, aku ni terlalu lemah di depan encik Danial? Tak! Aku harus
kuat!!
‘’Nak ke mana tu? Ingatkan kebal sangat. Tadi
sedap ja kutuk orang. Baru kena sikit dah nak cabut lari?’’ encik Danial ketawa
kuat. Huh! Aku yang memendam rasa sakit hati.
‘’Sekurang-kurangnya mak cik ni sedar, mak cik
banyak dosa! Encik Danial tu bila nak sedar dari mimpi yang panjang? Mungkin
encik Danial ingat, hidup ini hanya sekali, jadi boleh enjoy puas-puas.
Padahal, yang sekali tu mati,.hidup ni dua kali, sekali di dunia dan dimatikan,
kemudian dihidupkan kembali di Akhirat yang kekal abadi!’’ aku pulang paku buah
keras. Air mata, aku kesat hingga kering. Aku cuba menjadi wanita yang ego.
‘’Tak habis-habis lagi nak kutuk aku?’’ suaranya dikuatkan
kembali. Aku pun malas nak bertekak soal hukum ni. Aku bukannya terror sangat,
Cuma masa di kampung setiap pagi aku melangut tengok Tanyalah Ustaz di
tv9,.jadi aku belajar sikit-sikit dari apa yang aku dengar.
‘’Bukan nak kutuk, sekadar nak mengingatkan sesama Islam.
Kitakan saudara sesama Islam. Mak cik takut kalau mak cik tak tegur, nanti di
akhirat encik Danial dengan Datin akan sekat mak cik dan salahkan mak cik
pulak. Sekurang-kurangnya kalau mak cik tegur, kemudian encik dan Datin tak
buat mak cik dah ada jawapan untuk lepaskan diri,.’’ Aku berkata selamba. Merah
sekali lagi wajah encik Danial.
‘’Mak cik ingat,.mak cik dah baik sangat sebab mak cik solat?’’
encik Danial menyoal lagi. Aku menarik nafas sambil duduk di atas sofa. Lenguh,
sebab lama berdiri mengadap encik Boss ni.
‘’Tak! Mak cik pun banyak dosa! Mak cik tahu dan sedar mak
cik pun tak baik. Encik Danial macam mana pulak? Encik Danial rasa encik Danial
dah baik?’’ soalan aku membuatkan encik Danial membeliakkan matanya. Macam nak
terkam aku dan bagi penumbuk sulung kat aku ja. Aku menanti respon encik
Danial. Sesekali bertelagah pendapat dengan majikan sendiri ni, macam best
pulak!
‘’Kau rasa?’’ dua patah perkataan yang dikeluarkan dari bibirnya
seakan menanti jawapan maut dari aku.
‘’Mak cik tak rasa apa-apa pun! Mak cik bukannya akan rugi
apa-apa pun kalau encik Danial ni baik ka jahat. Allah bukan nak menilai
manusia dengan darjat kita atas dunia ni. Mak cik pernah dengar seorang ustaz
ni cakap, manusia akan masuk Syurga dengan Rahmat Allah, bukan dengan
amalannya. Manusia ni ramai yang riak. Hanya Allah saja yang tahu isi hatinya!
Maksudnya..orang yang solat dan melakukan banyak amalan pun belum tentu masuk
Syurga, apatah lagi yang langsung tak ada amalan. Encik Danial fikirlah
sendiri!’’ aku sudahkan ayatku dan bangun dari sofa. Lagi banyak aku bercakap,
lagi benci encik Danial kepada aku nanti. Terpulanglah, sama ada dia boleh
terima atau tidak cakapku ini.
‘’Mak cik! Aku nak pinjam Quran yang mak cik baca tadi!’’ aku
tergaman dan berhenti melangkah. Aku menoleh ke arah encik Danial. Dia pandang
sekilas kepada aku dan menoleh pantas ke arah lain. Aku tersenyum tanpa sedar.
Dalam hati mengucap syukur kepada Allah.
‘’Daripada pinjam Al-Quran mak cik,.lebih baik encik manfaatkan
apa yang encik ada. Buat apa ada komputer besar gedabak. Ada line internet laju
berdezup kalau encik Danial hanya gunakan untuk kerja-kerja dunia ja. Cuba
encik masuk you tube dan buka bab-bab agama. Semua surah ada dalam you tube
kalau encik nak baca atau belajar membaca. Terjemahannya pun ada dalam
internet.’’ Aku berkata yakin sebab bekas suami aku dan anak-anak aku pun
selalu rujuk dalam internet.
‘’Macam mana tu?’’ aku mengeleng dengan soalannya ini.
Mengeleng bukan sebab tak tahu, tapi hairan mendengar soalannya.
‘’Jangan malukan diri sendiri di depan mak cik encik
Danial!’’ kata-kataku buat wajah encik Danial berubah lagi.
........................................................................
Aku bangun bersolat Tahajud tepat pukul 3.00
pagi. Selepas bersolat aku beristighfar 100x,.aku tahu, aku banyak dosa! Aku
berdoa panjang pagi ini, mohon keampunan dari Allah.
Ya Allah! Ampunkanlah hambaMU yang lemah lagi hina ini!
Bantulah aku Ya Allah, agar aku menjadi hambaMU yang beriman dan bertaqwa.
Peliharalah akhlak dan imanku. Peliharalah hati dan mindaku dari melakukan
dosa. Peliharalah jiwaku dari sebarang maksiat. Peliharalah lidahku dari
mengeluarkan kata-kata kesat. Sesungguhnya, aku ini hambaMU yang lemah. Aku ini
hambaMU yang sering kalah.
Ya Allah! Berikanlah HidayahMu buat Datin dan encik Danial.
Berikanlah mereka kesedaran tentang kewujudanMU. Berikanlah mereka kesedaran
tentang dunia yang sementara ini. Berikan mereka kesedaran tentang azab seksa
kubur dan azab di akhirat kelak.
Ya Allah! Aku mohon kepadaMU agar kau peliharalah kedua orang
anakku walau di mana saja mereka berada. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh
dan solehah. Bukakanlah pintu hati mereka agar mereka sentiasa mengingatiMU
melebihi segalanya yang indah di dunia ini. Terangkanlah hati mereka dalam
mempelajari ilmu agamaMU. Aku merayu kepadaMU Ya Allah! Bantulah aku kerana aku
tak mampu menjadi seorang ibu yang terbaik untuk mereka.
Air mataku sudah berguguran ketika aku melafazkan doa buat
anak-anakku. Aku mengaminkan doaku dengan linangan air mata. Andai anak-anakku
tahu betapa aku terlalu menyayangi mereka namun aku tak berdaya untuk
mengungkapkannya. Aku kalah dengan keegoanku sebagai seorang ibu. Aku kalah
namun aku ingin berserah kepada Allah kerana dia lebih mengetahui dan memahami
isi hatiku ini.
Aku teruskan malamku dengan membaca Al-Quran selepas itu. Aku mencuba
membacanya dengan sebaik mungkin walau aku tak pasti betul atau salah
bacaannya. Aku mencuba seperti apa yang aku hajatkan. Semoga Allah beri aku
Hidayah dan terangkan hatiku juga. Bukan senang nak menjadi orang baik kerana
Iblis sentiasa berusaha mengoda kita kiri dan kanan, depan dan belakang.
.........................................................
Usai solat subuh, aku menuju ke ruang tamu. Dah berbulan
aku tak melepak depan tv diawal pagi macam ni. Di rumahku, selepas subuh aku
akan buka tv. Layan rancangan Bismillah di tv3, lepas tu aku tukar ke siaran
tv9,layan pula rancangan Mukadimah hingga pukul 7.00 pagi. Kemudian diikuti
dengan rancangan Tanyalah Ustaz. Selalunya kalau di rumah, sarapan pagi bukan
aku yang sediakan. Bertuahnya aku mempunyai seorang suami yang bertimbang rasa.
Sarapan pagi kami jarang dimasak, malahan suamiku akan beli
dari kedai berdekatan. Selalunya kuih muih,bihun atau mee goreng,nasi lemak dan
sebagainya. Setiap pagi aku hanya mengadap tv dan makan bersama suami di depan
tv sambil menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Bila ingat balik gelagat bekas
suamiku yang tak banyak kerenah, hatiku menjadi sayu. Manusia seperti aku
selalu tak reti nak menghargai. Dah kehilangan baru nak menyesal. Apakan daya,
masa takkan dapat diundur kembali.
Bila ingat bekas suami pasti wajah anak-anak turut
bertandang dalam ingatan. Ya Allah! Hanya engkau yang tahu betapa aku merindui
mereka semua. Moga mereka bahagia!
‘’Assalamualaikum!’’ aku baru duduk atas sofa selepas menghidupkan
tv, sudah kedengaran suara lelaki memberi salam diikuti pintu yang terbuka
luas. Aku mengurut dada kerana terkejut.
‘’Waalaikumusalam!’’ aku menjawab salam dengan suara yang
perlahan sambil mataku memandang hairan encik Danial yang sedang menutup pintu
dan melangkah ke arahku. Dia duduk di sofa bertentangan denganku. Aku masih
ralit memandangnya tak berkelip. Handsome betul encik Danial berbaju melayu dan
bersongkok. Dia dari mana agaknya? Selalunya, selagi matahari belum meninggi
jangan harap dia nak bangun.
‘’Kenapa mak cik pandang aku macam tu? Takkan dah fall in
love kat aku kot?’’ aku terkebil-kebil mendengar soalannya yang antara dengar
dan tidak itu. Tak faham pun ya jugak.
‘’Awal encik hari ni? Mai dari mana?’’ tetiba ja keluar
loghat Kedah aku.
‘’Ingat mak cik sorang ja nak masuk SYURGA? Aku pun nak
masuk syurga jugak!’’ dia kata sambil tersenyum. Manis saja senyuman dia pagi
ni. Tenang ja jiwa aku ni melihatnya.
‘’Alhamdullilah! Syukur kepada Allah yang Maha Mengetahui
segalanya!’’ aku raupkan kedua tapak tangan ke muka.
‘’Mak cik,.Terima kasih!’’ aku blurr,.tetiba ja dia ucap
terima kasih.
‘’Untuk?’’ aku soal laju.
‘’Kutuk aku semalam’’ aku tercengang. Ini kali pertama ada
orang ucap terima kasih sebab aku kutuk dia.
‘’Tak munasabah!’’ aku suarakan keraguanku. Encik
Danial tergelak.
‘’Aku cari apa yang mak cik suruh cari dalam
internet semalam. Memang banyak pengajaran yang aku dapat. Selama ni aku jahil
dalam agama. Aku menipu mama kerana tak mahu dikongkong mama.
Aku kedekut dan berkira soal wang. Aku hina orang, tengking
orang sesuka hati. Dan paling perit setiap kali aku hina dan herdik orang aku
rasa seronok. Bila mak cik kutuk aku semalam, baru aku tahu perasaan orang yang
aku selalu hina. Dulu, aku tak pernah jumpa orang yang direct macam mak cik.
Kawan-kawan aku pun tak pernah kutuk aku macam mak cik kutuk aku.
Selalunya orang yang aku jumpa hanya memuji aku. Mereka
cakap aku baik dan sebagainya. Mereka,...’’
‘’Sat,sat,.sapa kata depa selalu puji. Masa mak cik jumpa
pekerja-pekerja Datin di gerai makan hari tu, depa kutuk encik Danial kaw-kaw
punya.’’ Tengah rancak encik Danial bercerita, aku mencelah. Berubah riak wajah
dia tiba-tiba, tapi sekejap saja dia tersenyum kembali.
‘’Tulah maksud aku, mereka memuji di depan tapi mengutuk
di belakang. Mak cik pulak tak makan saman. Kutuk aku depan-depan walau aku
ugut nak potong gaji. Itu bezanya mak cik dengan mereka,..’’ kembang hati aku
mendengar kata-katanya. Suara ustazah yang sedang bercakap di tv dalam
rancangan Mukadimah tengelam terus.
‘’Encik nak minum? Mak cik buatkan,.tapi sarapan mak cik
belum siapkan lagi. Ingat encik Danial tak bangun lagi. Mak cik nak tengok
Tanyalah Ustaz!’’ aku bertanya sekadar nak mengelak dari terus berbahas isu
kutuk mengutuk tu. Aku tahu, aku keterlaluan dalam berkata-kata semalam, namun
bila penerimaannya adalah positif, itu sudah lebih memadai.
Tak sangka betulkan, ada orang kena direct macam tu baru
nak berubah? Ada juga orang kena pujuk dan kena bercakap penuh hemah. Ada juga
manusia yang langsung tak reti nak berubah, walau berbagai cara kita lakukan.
Semuanya terpulang kepada Allah kerana Hidayah itu milik Allah!
‘’Boleh jugak! Milo panas ya mak cik,..’’ dia meminta sambil
bibirnya melebarkan senyuman. Hiesy,..macam tak percaya ja melihat encik Danial
asyik tersenyum ja pagi ni.
‘’Tak payah tambah gula la naa? Tengok senyuman encik pagi
ni,..dah manis sangat dah,..’’ aku sekadar berseloroh dan disambut oleh encik
Danial dengan gelak tawanya. Alhamdulillah!
‘’Amboi! Sempat lagi mak cik nak sindir aku?!’’ dalam ketawanya
encik Danial, keluar juga ayat prasangka tu,..huhu.
‘’Alaa,..melawak ja pun,..bukannya niat nak sindir,.’’ Aku
menjawab balas sambil menuju ke ruang dapur. Dalam perjalanan ke dapur, aku
intai juga pintu bilik Datin. Agaknya Datin dah bangun ke belum? Hurmm,..
.....................................................
Pagi ni mod encik Danial berubah 100%.
Aku tak sangka encik Danial yang garang tu pun boleh berubah. Kalau aku tahu,
aku boleh jinakkan dia dengan ayat sentap, sejak mula lagi aku dah buat.
Hihihi,..
‘’Petang ni mak cik teman aku pergi shoping. Aku
nak beli hadiah untuk mama, nanti mak cik tolong pilihkan!’’ aku yang sedang
menyiram bunga di halaman menoleh pantas demi mendengar suara encik Danial.
Sejak pagi tadi encik Danial tak gunakan kerusi rodanya, walau ada Datin di
dalam rumah. Cuma, Datin ja yang belum bangun dan belum melihat perubahan encik
Danial pagi ni.
‘’Kerusi roda encik mana?’’ sengaja aku bertanya untuk
melihat reaksinya.
‘’Aku dah buang dalam Sungai Klang pagi tadi,.’’
Encik Danial menuturkan ayatnya dengan selamba. Aku merenung matanya, untuk
mencari kesahihannya.
‘’Kenapa? Tak percaya?’’ dia tiru dialog iklan yang dah
lama aku tak dengar di tv.
‘’Tak takut pecah rahsia ke atau encik Danial lupa Datin
ada di rumah pagi ni?’’ aku tanya mushkil.
‘’Aku tak mahu tipu mama lagi! Aku nak ajak mama
berhijrah. Hati kami dah terlalu kelam dengan dosa. Mungkin Allah hantar mak
cik untuk sedarkan kami. Mungkin ini hikmahnya kenapa Allah izinkan mak cik
lari dari rumah. Untuk hantar mak cik kepada kami,..’’ dia mengungkapkannya
dengan tenang. Aku terkelu seketika. Aku tahu setiap kejadian tu ada hikmahnya,
namun aku masih berharap, kalau masa dapat diputar kembali, aku nak kembali
kepada bekas suami dan anak-anakku.
‘’Kenapa mak cik diam? Semalam bukan main lagi mak
cik ajak aku berbahas?’’ dia ketawa diakhir hayatnya. Aku tersenyum hambar.
Tubuh aku ja ada di depan dia tapi hati aku dah sampai di kampung halaman,
macam mana aku nak berbahas dengan dia. Otak jem tetiba ja.
‘’Datin dah bangun ka belum? Encik tak takut Datin
terkejut ka? Mendadak sangat ni, semalam masih berkerusi roda,.macam ajaib
sangat,.tup-tup pagi ni, dah boleh jalan?’’ aku bertanya encik Danial sambil
tersenyum. Encik Danial tergelak sambil memandang ke atas balkoni banglo mewah
ini. Ketawanya mati dan wajahnya berubah. Aku turut memandang ke arah yang
sama.
‘’Assalamualaikum Mama! Good Morning,.how are you today?’’ encik
Danial menyapa Datin yang sedang memerhatikan kami dari atas balkoni. Aku kecut
perut tak semena-mena. Encik Danial buat-buat ceria, sebab ada getar dalam
suaranya. Dia pun takut Datin mengamuk agaknya?
Wajah Datin Robiah nampak tenang. Aku tak pasti apa yang
difikirkannya. Kalau aku di tempat Datin, tentu aku akan gembira melihat encik
Danial boleh berjalan. Tapi,.
‘’Agaknya mama marah tak, kalau dia tahu aku tipu
dia selama ni?’’ encik Danial menyoal aku perlahan. Aku angkat bahu, tanda aku
tak tahu. Memang tak dapat membaca riak wajah Datin.
‘’Kalau mama marah,.mak cik tolong back up aku!’’ encik
Danial bersuara lagi. Aku geleng kepala.
‘’Please!!’’ dia seakan merayuku. Masalahnya aku tak faham
apa yang dia kata dan aku geleng lagi. Berkali-kali.
‘’Tolonglah mak cik,..kali ni ja, nanti aku bagi pinjam
duit yang mak cik nak tu. Kalau tak,..aku cancel kang!’’ dia ugut aku pulak
dah.
‘’Tolong cakap melayu boleh dak? Mak cik ni bahasa omputih
ni, sepatah haram pun mak cik tak paham!’’ aku luahkan jugak kebenaran tu.
Encik Danial tersengeh.
‘’Mana ada aku speaking pun! Takkan dua tiga patah perkataan pun
mak cik tak faham?’’ aku geleng laju. Yes, no, alright tu aku tahulah! Aku
berbisik di dalam hati.
‘’Bahagian mana yang mak cik tak paham?’’ aku berfikir seketika
sebelum menjawab.
‘’Bekap tu apa dia?’’ lurus aku menjawab.
‘’Oh! Maksudnya, mak cik kena jadi peguam bela aku!’’ aku pandang
wajah encik Danial. Pening aku, sampai nak jadi peguam bela dia pulak dah?
‘’Laa,.mak cik mana penah ambik kursus undang-undang ni.
Macam mana nak jadi peguam bela pulak?’’ aku menjawab dengan suara yang
mengelabah. Tak lojik betullah permintaan encik Danial ni!
‘’Susah betullah nak cakap dengan mak cik ni!’’ encik
Danial meramas rambutnya sendiri. Mati akal agaknya nak berdepan dengan
pembantu rumah yang tak berpelajaran macam aku ni?
‘’Danial!’’ kami menoleh serentak bila mendengar suara Datin yang
melaung encik Danial di muka pintu. Aku mengelabah lagi. Encik Danial pandang
aku dengan wajah meraih simpati. Layu saja wajahnya. Aku angkat bahu. Tujuanku
untuk memberitahu encik Danial, sendiri buat! Sendiri tanggung!
‘’Mama,.’’ Perlahan suara encik Danial sambil terus
berdiri kaku. Aku sudah bersedia untuk melarikan diri.
‘’Álhamdulillah!,.akhirnya Danial nak jadi diri Danial
yang sebenar!’’ Datin menghampiri encik Danial sambil tersenyum. Diraihnya
tubuh encik Danial dalam pelukannya. Aku bergegas untuk menutup paip air dan
ingin meninggalkan mereka berdua.
‘’Imah!,.hari ini tak payah masak ya! Nanti saya belanja,
kita makan di luar.’’ Langkahku terhenti, seketika cuma aku mengangguk laju.
Aku teruskan niatku dan pergi menutup paip air dan masuk ke dalam rumah. Aku
biarkan Datin Robiah dan Encik Danial menyelesaikan masalah mereka berdua.
Akukan orang luar, mana boleh masuk campur urusan majikanku.
.........................................................
Datin Robiah menepati janjinya untuk membawa aku
makan di luar. Kami bukan pergi bertiga, malahan empat orang rakan encik Danial
dan pekerja-pekarja Datin Robiah turut diundang. Datin dan encik Danial membawa
aku ke sebuah restoran mewah yang tak pernah aku masuk sebelum ni. Yang bestnya
Datin hadiahkan aku dengan sehelai jubah yang penuh dengan labuci. Cantik
sangat, macam tak sesuai saja dipakai oleh pembantu rumah macam aku ni. Selain
tu Datin juga memberi aku sehelai selendang sutera yang lembut buatannya.
Amboih! Melawa sakanlah aku hari ni!
Sebenarnya,.aku pun terfikir juga, bila Datin nak
bawa aku ke restoran mewah ni, tentu dia akan malu kalau aku mengikut mereka
dengan berpakaian ala-ala kampung aku tu? Sebab tu aku terima pemberian Datin
dengan senang hati. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!
‘’Lama jugak kau bertahankan mak cik? Sebelum ni dua
tiga hari ja pembantu encik Danial tu bertahan!’’ seorang pekerja Datin yang
aku jumpa di gerai makan tempoh hari menyapaku. Kebetulan aku ditempatkan
bersama mereka dalam restoran ini. Akukan hanya pekerja Datin dan encik Danial,
tentulah tempat aku bersama pekerja juga.
‘’Alhamdulillah! Rezeki mak cik kot?!’’ aku menjawab
dengan tenang. Aku cuba maniskan wajah dengan senyuman, walau pun mereka macam
nak tak nak ja makan semeja dengan aku. Huhuhu,..
‘’Datin bayar gaji mak cik berapa?’’ pekerja yang lain pula
bertanya. Aku belum berkesempatan untuk berkenalan pun dengan pekerja-pekerja
Datin ni. Nak berkenalan macam mana, agaknya mereka pun tak teringin nak kenal
perempuan kampung yang tua lagi hodoh macam aku ni.
‘’Tak! Datin tak bayar. Encik Danial yang bayar,seribu
sebulan,.’’ Aku jujur dalam berkata-kata. Itulah hakikatnya. Aku tengok mereka
sudah melopong, macam tak percaya dengan kata-kataku.
‘’Betul?’’ orang pertama yang menyapaku tadi menyoal
lagi. Aku jatuhkan kepala berkali-kali.
‘’Encik Danial dengan Datin tu bermulut laser,.macam mana mak
cik boleh bertahan?’’ soalan demi soalan diajukan untuk aku. Macam aku ni orang
ternama yang kena temuduga dengan wartawan saja. Hahaha,.
‘’Err,.Kalau Datin tu mulut laser,.mak cik rasa mak cik ni
lagi bermulut laser dari Datin,.nak bukti ka?’’ aku menjawab sambil tersenyum.
Pekerja tadi mengerutkan keningnya dan saling berpandangan dengan
kawan-kawannya yang lain.
‘’Ya! Buktikan,.’’ Pekerja yang lain pula berkata.
Yang lain, mengangguk mengiakan. Mereka ni memang sengaja nak cari nahas betul?
Aku bertanya di dalam hati.
‘’Macam awak dan kawan-kawan awak ni,.rasanya
semuanya orang Islamkan?’’ mereka mengangguk serentak mendengar soalanku.
‘’Islam itu indah dan Islam itu mudah,.kenapa
dipermudahkan? Bukankah dalam Islam semua wanita kena menutup aurat? Kenapa tak
tutup aurat seperti yang disyariatkan?’’ aku bertanya selamba. Dan pastinya
wajah semua pekerja-pekerja Datin sedang berbahang dengan soalanku ini.
‘’Eh! Kubur asing-asinglah,.yang mak cik nak menyibuk sangat, kenapa?
Kami punya pasallah nak tutup aurat atau pun tak! Mak cik tak ada hak tau, nak
tegur-tegur kami! Mak cik tu siapa nak tegur kami?’’ berbahang suasana dalam
restoran yang berhawa dingin ni dengan soalan demi soalan dari pekerja Datin
kepadaku. Aku masih tersenyum dan beriak tenang. Aku dah dapat agak reaksi
begini yang bakal aku terima.
‘’Mak cik siapa? Manusia macam awak jugaklah! Cuma mak cik
tak mau la syiok sendiri,.kitakan saudara sesama Islam. Walau pun kita masih
belum saling mengenali tapi mak cik rasa,.mak cik bertanggungjawab menegur.
Mak cik cuma takut kita bertemu semula di akhirat dan
dipersalahkan oleh cik-cik semua ja. Mak cik tak rugi pun, kalau cik-cik semua
tak tutup aurat tapi cik-cik semua yang rugi dan paling rugi adalah suami-suami
cik, ayah-ayah cik dan abang-abang atau adik lelaki cik sebab dosa cik-cik
semua mereka yang tanggung!’’ selamba saja ayat-ayat yang keluar dari bibirku.
Aku tak nafikan, cara teguran aku mungkin salah dan tak kena masa. Aku cuma nak
buktikan apa yang mereka nak saja!
‘’Dahlah!! Jangan nak tunjuk alim sangat! Mak cik ingat,.mak cik
pakai tudung, mak cik baik sangatlah? Mulut busuk macam longkang!’’ huh! Berapi
ayat yang dikeluarkan dari bibir gadis yang anggun lagi menawan dengan kebaya moden
yang sendat di tepi aku ni. Muka dia tak payah tanyalah!
‘’Betullah! Bila masa mak cik mengaku, mak cik ni baik?
Yang tahu hati budi kita ni hanya Allah saja!’’ aku bersuara lagi sambil
mengalihkan pandangan aku ke arah meja Datin dan encik Danial. Kebetulan encik
Danial memandang ke arah kami dan dia melemparkan senyuman. Aku membalas
senyumannya sambil menganggukkan kepala.
..................................................
Selepas insiden tadi, pekerja-pekerja Datin tak
layan aku lagi. Mereka buat hal mereka dan berbual sesama mereka saja. Aku ni
macam makhluk asing ja. Tersingkir dan disingkirkan terus. Bila makanan
dihidangkan pula, aku macam nak menangis pulak namun aku berpura-pura selamba.
Aku memandang saja pekerja-pekerja Datin makan
dengan berselera. Mereka langsung tak pelawa aku, kalau pelawa pun memang aku
tak boleh makan makanan tu. Aku ni alah dengan makanan laut. Kalau makan ikan
pun, aku cuma makan ikan kembung dan ikan bilis saja. Ikan-ikan yang kecil saja
jadi pilihan aku.
Empat puluh tahun aku membesar di perkampungan nelayan,
aku dah magli dengan makanan laut. Lebih-lebih lagi sekarang. Makanan yang
boleh mengakibatkan gatal seperti udang, sotong dan ketam tu tak bagi pun tak
apa, memang aku tak boleh nak makan!
‘’Kenapa tengok saja? Tak makan ke?’’ encik Danial datang
ke meja kami dan menegurku. Aku mengeleng pantas sambil memerhatikan lauk pauk
di meja kami. Ikan bawal hitam masak stim, stimbot dan tom yam makanan laut
serta nasi putih. Bukan selera aku pun.
‘’Mak cik dah empat puluh tahun tinggal di kampung
nelayan encik, dah cemuih makan semua ni. Lagi pun, takkan encik Danial lupa
kot, dah hampir tujuh bulan mak cik kena dera dengan encik Danial, makan sayur
dengan buah ja?’’ aku menjawab pertanyaan encik Danial sambil memandang
wajahnya. Bibir aku ukirkan dengan senyuman.
‘’Mengada-ngada!!’’ aku dengar pekerja Datin bersuara
sambil menjeling tajam ke arahku. Ah! Jelinglah sampai juling pun. Ada aku
kesah?!
‘’Jom! Kita dating kat sana!’’ encik Danial mencuit
lenganku perlahan. Aku jungkitkan kening kepadanya. Keliru sangat dengan
tindakan encik Danial terhadapku. Aku memang tak faham bahasa omputih tapi ayat
dating tu, aku selalu sangat dengar.
‘’Bangun!’’ dia mula bertegas bila aku tidak
berganjak dari tempat duduk.
‘’Nak pi mana?’’ ragu-ragu aku menyoal. Pekerja
Datin sudah mula berbisik sesama sendiri. Aku macam nak menangis dengan
perlakuan encik Danial ni. Tak suka bila dia buat perangai prihatin macam ni.
Tentu bakal kena kutuk nanti?!
‘’Ikut sajalah!’’ dia berkata lagi sambil terus melangkah.
Aku bangun dan mengikut encik Danial dari belakang. Dia mengajak aku duduk di
meja yang jauh dari meja orang lain.
Datin yang memerhatikan gelagat kami, buat tak kisah saja.
Kawan-kawan encik Danial pula macam ramah sangat melayan Datin berbual.
Sebenarnya,.semua kawan-kawan encik Danial adalah lelaki. Hari ini baru aku
tahu, nama sebenar Sheril ialah Shahril Afandi, Sandy pula berketurunan India Muslim.
Namanya dalam kad pengenalan Shahrin Shah, Alvin pun baru masuk Islam beberapa
minggu yang lalu. Namanya Alvin Tan Abdullah. Encik Mirza tetap encik Mirza,
tak ada perubahan dalam dirinya yang aku lihat hari ini. Dia masih macam hari
pertama aku kenal dia.
‘’Nak makan apa? Order ja,..’’ aku tersenyum simpul
mendengar pelawaan encik Danial. Yess! Akhirnya, aku boleh makan apa yang aku
nak!
‘’Boleh ka?’’ Saja nak test encik Danial aku menyoal
dengan soalan cepumas tu.
‘’Order la dulu, tengok apa yang mak cik nak order!’’ aku
kerut kening mendengar jawapannya. Macam ada yang tak kena ja, ni boleh ka tak?
Riak wajahku yang ceria tadi bertukar serta merta namun aku tak mahu mengalah.
‘’Mak cik nak,.chiken cop,.lepas tu nak makan spagetti sup
pedas,.ermm,.’’ aku hilang idea,.sebenarnya makanan yang aku sebut tu seumur
hidup ni aku tak pernah makan pun lagi. Aku tengok dalam rancangan makan-makan
tu, macam sedap saja, jadi aku cuba nasib la. Mana tau kot-kot boleh rasa.
‘’Ambil kesempatan nampak? Tak payah nak mengada! Sia-sia
saja aku suruh mak cik berdiet enam bulan setengah ni. Bagi kami satu salad
buah-buahan. Dua dada ayam grill, yang satu tu tanpa perisa, satu lagi super
spicy, roti and sup cendawan pedas. Minum,.fresh orange dua!’’ encil Danial
membuat order kepada pelayan yang sedang berdiri di tepi meja kami. Encik
Danial ni memanglahkan? Tadi, dia suruh aku order, alih-alih dia yang buat
keputusan. Nasib baik aku ni pembantu rumah ja, tak boleh nak membantah. Kalau
tak, maunya aku merajuk! Hahaha,..
‘’Awat yang encik Danial baik sangat hari ni? Ada
apa-apa yang tak kena ka?’’ aku menyoal encik Danial selepas pelayan yang
mengambil order kami berlalu pergi. Encik Danial jungkitkan kening sambil
menyandar di kerusi dan berpeluk tubuh. Matanya meratah wajahku. Haih! Aku
sekeh jugak dia ni,.gelagat macam nak goda aku ja tapi,..ni kes tak masuk di
akal,.okey!
‘’Sebelum ni aku jahat sangat ke?’’ dia tanya aku kembali.
‘’Bukannya jahat! Cenge ja mengalahkan singa lepas
beranak!’’ mulut takdak insuran aku pun terus bertindak.
‘’Amboi! Tak reti nak berlapik cakap dengan bos pun? Aku
cancel makanan tadi baru tau! Macam mana hujung minggu ni, jadi balik kampung?
Aku nak ajak mama sekali, pergi cari sea food fresh!’’ aku angguk kepala dan
tersenyum bila encik Danial mengubah topik perbualan kami. Aku tak tahu, apa
yang encik Danial dah cerita kat Datin. Nampak macam ada perubahan dengan
layanan Datin kepada aku sejak pagi tadi.
‘’Nak tanya sikit boleh tak?’’ aku ajukan soalan.
Tak berani nak terus tanya takut kena ambush dengan renungan tajam orang depan
aku ni.
‘’Nak tanya apa?’’ encik Danial soal aku kembali
sambil melatakkan tangan di atas meja. Aku mula menyandarkan badan di kerusi
dan meletakkan tangan di bawah meja.
‘’Mod Datin tu macam okey saja. Dia tak marah langsung
ka?’’ encik Danial tersenyum dan meraup mukanya tiba-tiba, seolah mengaminkan
sesuatu.
‘’Tak! Helah aku tak menjadi pun. Mama dah tahu aku
tipu dia dari mula lagi. Doktor yang aku upah tu kawan mama sejak universiti.
Mama sengaja pura-pura tak tahu. Kalau mak cik nak tahu semua rancangan aku dia
tahu. Apa yang berlaku dalam rumah tu semua dalam tangan mama. Mana aku pergi
mama upah spy untuk ikut aku. Kadang-kadang mama sendiri yang ikut aku termasuk
kita balik Kedah baru-baru ni.
Mama dah selamatkan aku dari melakukan maksiat. Tak
payahlah aku cerita lebih-lebih, nanti teruk mak cik kutuk aku,..’’ dia
mengakhirinya ceritanya sambil menyandar kembali di kerusi. Wajahnya nampak
mendung, seolah sedang memikirkan sesuatu.
‘’Tak payah nak cerita aib sendiri kat orang! Lagi pun
Allah dah tutup aib kita rapat-rapat buat apa nak hebohkan? Yang penting, kalau
dah tau benda tu berdosa,.segeralah bertaubat dan jangan buat lagi!’’ aku cuba
menenangkan hatinya. Dalam hati, aku berkata sendiri,.’aku pun banyak jugak
aib!’.
‘’Kau tolong aku ya mak cik? Aku pun nak masuk Syurga
jugak’’ encik Danial berkata lagi sambil tersenyum. Matanya dikenyitkan.
Tergaman aku. Sejak bila boss aku ni jadi nakal sangat ni?
‘’Mak cik pun kureng Ilmu,.nak belajar Ilmu agama ni, encik
Danial kena cari orang yang lebih arif,.lagi pun mak cik ni bukan mahram encik
Danial pun. Bukannya boleh ajar direct macam tu! Err,.tadi encik cakap nak bawa
Datin pergi Yan sama ya? Nak cari siput apa?’’ aku pulak mencuba mengubah topik
kami.
‘’Sea food la,.udang,ketam, sotong,.’’ Encik Danial
menjawab tenang. Minda aku jadi keliru.
‘’Tadi kata nak cari siput? Apa kena mengena dengan udang,
sotong dan ketam pulak? Siput, siput la,.macam lala, siput retak seribu,
mentarang, siput biji nangka atau pun siput yang orang dah bela la ni,.siput
kemudi atau siput sudu. Kalau di pulau siput dia lagi besar, siput mata lembu
dengan siput susu dara,.’’ Aku sebut beberapa jenis siput yang aku tahu. Encik
Danial tercengang pada mulanya, kemudian dia tergelak galak. Aku yang
penasaran.
‘’Bukan S.I.P.U.T la mak cik tapi S.E.A
.F.O.O.D,.yang bermaksud makanan laut!’’ encik Danial terus ketawa. Dia siap
mengeja lagi. Wajah aku berbahang sebab dah salah faham. Tu la,.aku dah bagi
amaran, jangan cakap omputih dengan aku! Ketegaq! (degil) Aku membebel dalam
hati. Malu tak terkata!
‘’Ceh!,.sapa suruh cakap omputih! Mak cik dah habaq dah jangan
cakap bahasa orang asing tu. Belajarlah cintai bahasa sendiri! Sekarang
ni,.orang melayu ramai yang dah lupa diri! Mentang-mentanglah dah boleh kuasai
bahasa asing sampai lupa bahasa sendiri?! Tengok gambar hindustan, gambar cina
tu, kadang-kadang mak cik macam nak tabik kat depa. Walau depa ambik pelakon
asing tapi dialog tetap guna bahasa depa.
Pemimpin Cina dan Indonesia contohnya, kalau buat sidang
akhbar, walau ada ramai wartawan asing mereka tetap guna bahasa depa. Bukan
macam pemimpin kita, guna BI,..sampaikan mak cik dan pak cik, tok dan tok wan
yang dok di kampung, ternganga depan tv,.tak paham sepatah haram pun!’’ aku
cuba kawal keadaan dengan menyalahkan orang-orang yang berlagak pandai ni,.yea!
Mereka memang sebenar-benarnya sudah pandai,.tapi itulah hakikatnya zaman moden
di Malaysia hari ini!
‘’Yalah mak cik! Tak menjawab,tak boleh ke? Kadang-kadang
mak cik ni,.macam tak berapa cerdik pun ya jugak,.tapi, bila mak cik tunjuk
terror, kalah profesor!’’ encik Danial mengangkat kedua belah tangan sebagai
tanda menyerah kalah dan pamerkan senyuman. Aku pula sudah telan air liur bila
makanan yang kami order sudah diletakkan di atas meja. Nyum,nyummm,..
‘’Cakaplah apa pun encik! Yang penting kita makan dulu,..’’
aku terus terkam air jus oren dan menyedutnya perlahan. Ah! Segar rasa tekak!
Tak tunggu lama garfu dan pisau terus dicapai tapi,..
‘’Mak cik guna tanganlah! Leceh betoi makan macam
orang putih ni,.nak bergarfu dan berpisau bagai,..’’ lepas habis berkata-kata,
aku terus menyiat isi dada ayam grill milik aku dengan jari jemariku. Siat dan
masukkan ke mulut. Hmmm,..sedapnya!
‘’Ya Allah mak cik!,..’’ encik Danial sudah tergelak
melihat gelagatku sambil kepalanya digelengkan berkali-kali. Lantaklah! Ada aku
kesah!? Kihkih,..
..........................................................................
SETAHUN KEMUDIAN,..
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Al-Ikhlas
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] “Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”.
Aku baca terjemahan surah Al-Ikhlas berkali-kali.
Bersyukur sangat sebab aku dilahirkan dalam Agama Islam. Satu-satunya agama
yang mengajak kita ke arah kebenaran. Allah itu SATU! Tiada dua atau pun tiga!
“Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”. Kenapa ada banyak agama di dunia
ini?? Semuanya ini bermula sejak zaman Nabi Adam lagi.
Asalnya kejadian Nabi Adam adalah di dalam Syurga,
kemudian dijadikan Hawa sebagai peneman tapi bila Allah menyuruh Semua
kehidupan sujud kepada Nabi Adam, Iblis engkar kerana sifat sombongnya. Kata
iblis, aku dijadikan dari api sedangkan Nabi Adam dijadikan dari tanah. Selepas
itu iblis terus berusaha untuk menyesatkan Nabi Adam dan Hawa agar mereka akan
dihalau dari Syurga.
Iblis akhirnya berjaya membuatkan Nabi Adam dan Hawa
dihalau dari Syurga dengan tipu dayanya. Dan iblis juga turut dikeluarkan dari
Syurga. Sejak itu iblis terus bernekad untuk mengoda anak-anak Nabi Adam dan
Hawa. Hingga ke hari ini iblis masih menjalankan misinya.
Aku mengeluh perlahan. Dulu,.di kampung sesekali aku akan
layan filem bukan melayu. Aku sekadar mencari jawapan dari terjemahan Al-Quran
yang aku baca. Orang-orang kafir di Akhirat nanti akan menjadi bahan bakar api
neraka. Masya- Allah! Mereka yang Allah jadikan dengan rupa yang cantik dan
menawan hanya akan menjadi bahan bakar api neraka? Aku mendapat jawapannya bila
menonton filem-filem mereka yang sangat bercanggah dengan kejadian Allah.
‘’Mak cik!’’ aku yang masih bertelekung menoleh
pantas ke arah pintu bilik. Sejak akhir-akhir ini encik Danial semakin bebas
masuk keluar bilik aku. Rimas aku dengan kerenahnya. Aku tahu, aku sudah
menjadi ibu tunggal sekarang ni tapi janganlah buat aku macamlah aku ni tak
punya harga diri! Nak marah, ini rumah dia,.tapi kalau dibiarkan, nanti dia
ingat aku suka pulak dengan perangai dia yang tak semenggah ni. Aku tutup aurat
tak apalah, Kena masa dia masuk tu aku tak pakai tudung macam mana? Mungkin
salah aku, sebab kadang-kadang aku lupa nak kunci pintu, tapi takkan aku nak
kunci pintu setiap kali aku masuk ke bilik kot?
‘’Nak apa encik Danial?’’ aku menyoalnya yang nampak
pelik malam ni. Aku terus bangun berdiri bila dia semakin menghampiri. Mengigil
aku dengan senyumannya yang nampak pelik dari biasa.
‘’Kenapa ni encik Danial? Dah buang tebiat ka apa?’’ aku
macam nak mengamuk saja. Hati ni dah dupdap,dupdap ketakutan. Eh! Datin keluar
ka hingga encik Danial berani masuk ke bilik aku ni? Maghrib tadi ada ja Datin
di rumah! Aku menyoal diri sendiri di dalam hati.
‘’Saya nak awak Imah! Saya dah lama sukakan awak!’’ aku
mati akal dengan gurauan encik Danial kali ini. Minda aku tiba-tiba blurr tapi
sebentar kemudian aku perhatikan setiap sudut bilik. Mana tahu kalau bilik aku
sudah dipasang kamera tersembunyi tanpa pengetahuan aku dan encik Danial hanya
nak menguji aku?
‘’Encik Danial dok mengarut apa ni?’’ aku sudah mula
berang. Suara aku dikuatkan sikit tapi tetap ada getar yang tak mampu aku
sembunyikan.
‘’Saya serius Imah! Saya nak awak!’’ air mataku hampir
mengalir bila encik Danial menutup pintu dan menguncinya. Aku istighfar
perlahan. Aku sangkakan encik Danial sudah bertaubat dengan sifat
berfoya-foyanya sebelum ini. Tapi,..takkan aku pula bakal dijadikan mangsa. Aku
tahu wajah dan tubuh aku sudah berubah akibat mengamalkan diet dan mengambil
produk kecantikan mereka. Ini tak bermakna tubuh aku boleh digunakan sesuka
hati? Ishh,.apa yang aku fikir ni?
‘’Mengucap encik Danial! Istighfar banyak-banyak! Ingat
Allah encik Danial. Kita ni bukan mahram!! Jangan dok pikiaq nak buat benda tak
elok. Kita dok dalam satu bilik ni pun dah kira berdosa sangat dah! Mak cik tak
mahu tanggung dosa. Dosa mak cik yang lepas pun belum tentu Allah ampunkan
lagi. Inikan pula nak tambah dosa baru,..’’ aku sudah membebl kepada encik Danial.
Tubuh aku gementar.
Pintu bilik diketuk bertalu-talu dari luar diikuti suara
Datin yang melaung namaku. Aku panik! Tentu Datin akan salah faham dengan kami.
Ya Allah! Jangan KAU aibkan aku! Aku tak bersalah!
Dalam hati sedang berdoa tapi kakiku terus melangkah laju untuk memulas tombol
pintu. Encik Danial cuba menghalang. Aku terus tudingkan jari telunjuk agar dia
jangan menghampiri aku.
‘’Datin,..’’ sebaik pintu bilik terkuak, aku seru nama
Datin disusuli dengan linangan air mata di pipiku. Tubuhku gementar. Jantungku
masih berlari dengan laju. Tiba-tiba suasana gelap gelita. Ada tangan yang
memegang tubuhku dan membawa aku entah ke mana. Dari jauh, aku nampak api
lilin.
‘’Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan
kamu! Allah selamatkan mak cik Rohimah! Allah selamatkan kamu!! Susprize!!’’
suara orang ramai menyanyikan lagu membuatkan kakiku terus kaku. Mindaku
bergerak pantas untuk mencari tarikh hari ini. Ya Allah! Hari lahir aku
rupanya!
‘’Selamat hari jadi mak cik!’’ lampu dinyalakan semula.
Kek hari jadi yang telah dinyalakan lilin di atasnya disuakan kepadaku. Aku
meniup api lilin dengan linangan air mata. Terharu sangat kerana sepanjang 41
tahun aku hidup, belum pernah sekali pun hari lahir aku diraikan.
‘’Happy Birthday Imah! Ini hadiah hari jadi dari saya dan
Danial,..’’ Datin yang berada di sebelahku sudah memeluk dan mengeselkan
pipinya di pipiku, kiri dan kanan sambil menghulurkan sesuatu kepadaku.
‘’Apa ni Datin?’’ aku bertanya resah. Macam buku kecil tapi
aku pasti ini bukan buku sebab bila aku buka, ada nama dan gambarku di
dalamnya. Kemudian ada sesuatu pula terselit di dalamnya. Aku keliru!
‘’Pasport awak! Kita bertiga pergi buat umrah bulan
Ramadhan nanti. Boleh? Kalau tak boleh pun kena boleh jugak sebab saya dah
daftar nama awak sekali!’’ air mataku terus berlinangan. Ya Allah! Apakah ini?
Kenapa majikanku terlalu baik denganku? Kebaikan apakah yang telah aku lakukan?
‘’Ya Allah,..apa semua ni Datin?’’ aku menyoal sambil mengesat
perlahan air mata yang tidak mahu berhenti dari mengalir. Aku tak percaya
dengan apa yang aku terima sekarang. Aku bersyukur bila Datin dan encik Danial
tak marah-marah aku lagi tapi bila mereka mengajak aku melakukan umrah, aku
rasa ini sudah diluar jangkaanku. Payah nak jumpa majikan yang bersifat mulia
seperti ini, walau mungkin ada ramai diluar sana.
‘’Ini sekadar ucapan terima kasih kami untuk awak Imah!
Kita sama-samalah mencari Redha Allah dan membersihkan hati kita dari segala
dosa. Tanpa awak, mungkin kami masih bergelumang dosa Imah,..’’ kata-kata Datin
buat aku malu sendiri. Siapalah aku ini,.hanya insan biasa saja. Aku tak layak
pun nak terima penghargaan sebegini.
‘’Salah tu Datin! Hidayah itu MILIK ALLAH! Saya ni hanya
perantara yang dihantar Allah saja!’’ aku perbetulakan ayat-ayat Datin.
Sesungguhnya semua yang terjadi dengan izin Allah!
‘’Harap mak cik dah tak gayat lagi?’’ suara encik Danial
buat aku senyap seketika, namun kemudian, mindaku terus berkerja.
‘’Dengan izin Allah segalanya mungkin! Tak mustahil
terjadi!’’ yakin aku berkata. Semangat berkobar-kobar nak tengok Tanah Suci
Mekah sudah membara dalam jiwa.
‘’Dengan nama Allah! Sudikah kau jadi isteriku?’’
tak semena-mena encik Danial mengungkapkan ayat itu. Aku diam. Adakah ini ayat
untuk menguji hatiku?
‘’Izinkan aku menjadi mahrammu di Tanah Suci nanti?!’’ aku
terkesima lagi. Aku pandang wajah Datin. Dia menganggukkan kepala berkali-kali.
Aku hitung umur aku dengan umur encik Danial. Aku tua lima tahun darinya dan
aku ni ibu tunggal yang pernah melahirkan enam orang anak. Oh! Takkan mungkin!
‘’Aih! Jangan nak megarut sangat! Benda ni bukan boleh nak
buat main!!’’ aku malu dengan kenyataan ini. Aku anggap saja encik Danial
sedang bergurau. Siapalah aku ini!
‘’Demi Allah! Saya dah mula sukakan awak! Saya bukan
main-main Imah.’’ Encik Danial berwajah serius. Arghhh! Bila cerita ni nak
habis ni?? Aku sudah mula bengang!
‘’Kalau awak risau tentang umur kita, awak mungkin
sudah sedia maklum Rasullullah pun berkahwin dengan Saidatina Siti Khadijah
ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Saidatina Siti Khadijah sudah berusia
45 tahun. Aku dah 36 tahun dan awak baru 41,.tak jauh bezanya, bahkan awak baru
tua lima tahun ja dan aku yakin awak masih mampu beri aku zuriat,..’’ wajah aku
sudah berbahang mendengar ungkapan encik Danial yang ini. Aku cuba menghitung
lagi usia Rasullullah dengan usia Saidatina Siti Khadijah di dalam hati. Dua
puluh tahun? Tapi mereka tetap bahagia dengan izin Allah!
‘’Itu Kekasih Allah! Mana boleh dibandingkan dengan encik
Danial. Saidatina Khadijah pula satu-satunya isteri yang tak pernah dimadukan
Rasullullah. Kalau encik Danial berani berjanji, saya takkan dimadukan sampai
mati, saya sudi pertimbangkan,..’’ ceh! Tetiba aku nak jadi samseng yang
berlagak jaguh, sedangkan aku sedar, aku ni hanya orang kampung yang tak layak
untuk beri syarat pun.
‘’Alaa,..saya baru bercadang untuk madukan awak dengan
klon Dato Siti!,..’’ aku ternganga. Ada ka klon Dato Siti?
‘’Siapa?’’ soalan aku buat Datin, encik Danial dan empat orang
kawannya yang turut ada bersama kami ketika ini ketawa. Aku yang
terpinga-pinga.
‘’Tawaran saya ni,.kira awak terima la ni? Tak apa minggu
depan kita mula buat persiapan. Kita akad nikah dulu. Lepas balik umrah baru
kita bersanding. Okey tak?’’ keputusan encik Danial buat Datin menjatuhkan
kepalanya.
‘’Hah??’’ ini respon aku!
..................................................................
14 Saaban 1436 bersamaan 1Jun 2015,.
Aku selamat diijabkabulkan dengan majikanku encik Danial.
Kita hanya merancang namun Allah jua penentu segalanya. Kita pernah kehilangan
dan Allah pasti bayar kembali apa yang telah hilang itu. Mungkin, adakalanya
kita tak dapat di dunia, tapi di Akhirat pasti ada ganjarannya kalau kita
bersabar.
Sekarang,.hati aku sudah tidak sabar untuk
berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah. Datin Robiah bukan saja bagi
aku hadiah untuk pergi Umrah malahan Datin beri aku anaknya kepadaku. Hai!
Senangnya dalam hati! Kalau semua majikan, berhati murah macam ni, kan best!
Hihihi,..amacam majikan di luar saja. Apakah hadiah anda yang terindah untuk
pekerja-pekerja anda yang sudah banyak berbakti untuk syarikat anda selama ini?
Rasanya sanggupkah berkorban macam Datin Robiah ni? Peace!!
‘’Dah kemas ke pakaian yang nak bawa nanti?
Pasport jangan tertinggal pulak!’’ encik Boss aku datang menyapa, mengingatkan
aku tentang persiapan kami untuk ke Tanah Suci nanti. Aku ni kalau sudah teruja
memang mudah lupa.
‘’Okey boss! Rasanya semuanya ada!’’ aku berkata
yakin. Wajah encik boss yang semakin berseri aku perhatikan. Kembang hati aku
bila dapat bersuamikan majikan aku yang hensem ni. Tentu Chaq lagi jeles dengan
aku! Bekas suami aku tak payah tanyalah. Kalau dia cemburu pun, masa bukan
boleh diundur semula! Anak-anak aku? Hmm,.duit denda rm10,000 yang aku bayar tu
dengar kata bekas suamiku masukkan dalam akaun bank anak-anakku seorang
separuh. Mengamuk sakan Chaq sampai nak mohon cerai. Teruk betul perangai Chaq
tu! Kononnya,.sebab masa mereka nikah dulu, suami dia a.k.a bekas suami aku tu
tak bayar duit hantaran, hanya beri duit mas kahwin saja.
Semua cerita ini aku dengar dari kak Fatin. Aku
ingat bila hari kami bersanding nanti, aku nak minta izin dari encik boss nak
jemput semua saudara mara aku dan semua saudara mara bekas suami aku. Agaknya
mereka nak datang tak? Huhuhu,.tetiba hati aku berdebar-debar bila memikirkan
semua itu. Tanah Suci pun belum sampai lagi, aku sudah mula berangan atas
pelamin. Haih! Hampeh betul!
‘’Oii mak cik! Berangan ke? Abang panggil pun tak dengar!’’
aku tersenyum dengan pertanyaan encik boss. Walau pun, dia sudah tak ber’aku’
dan ber’kau’ dengan aku tapi, adakalanya dia masih memanggil mak cik kepadaku.
Aku pula,..memang tak la, kalau nak suruh aku panggil abang kat dia.
‘’Encik boss! Bukan berangan la! Teruja ja,.badan ja
kat sini tapi hati dah nampak Mekah dah ni,..’’ aku menjawab sambil mengulum
senyum. Ala,..kelentong sikit ja,..tapi betul! Aku memang dah tak sabar nak
pergi SANA!
‘’Hurmm,.menjawab saja!!’’ dia sudah menjeling
geram.
‘’Opkoslah!’’ ceh!,.aku teringin pulak nak cakap omputih.
Betoi ka salah belakang kira haa!
...............................................................
Dengarlah Sayang!
Suara hatiku yang adakalanya dilambung resah dan gelisah,
Adakalanya dilambung derita yang tak sudah!
Adakalanya diusik rindu yang membadai.
Adakalanya dilanda bahagia yang tak terkata!
Dengarlah Sayang!
Kisah suka dukaku ini,
Adakalanya aku tersalah menghitung,.
Adakalanya aku tersalah langkah,.
Adakalanya aku tersadung masalah!
Namun! Allah tahu segalanya!
Setiap perancangan,.DIAlah penentunya!