“Angah, belikan Acik ice-cream.” Wajah
penuh pengharapan di tayang kepada abangnya. Lengan lelaki itu yang besar
dipeluk. Intro untuk memujuk.
“Alah, kita tunggu Pak Ali datang. Nanti
Angah suruh dia singgah 7E.” Wajah adik kesayangannya ditatap. Dia malas mahu
berebut dengan entah berapa belas orang pelajar yang ‘mengerumuni’ seorang
penjual ice-cream bermoto. Hendak menapak lagi satu hal. Dengan tubuh dia yang
besar, langkah setapak sahaja sudah tercungap-cungap.
“Acik nak sekarang. Cakap kemain kata
sayang Acik. Ini…mintak tolong beli ice-cream pun tak nak.” Muncungnya sudah
panjang sedepa. Seorang pelajar perempuan yang melintas sambil menikmati
ice-cream cornetto membuatkan dia menelan liur. Sedapnya…
“Apa tutup mata orang ni?” Tangan abangnya
di tepis. Malas mahu melayan.
“Merajuk ke? Baru cadang nak pergi beli.
Tak jadilah kalau macam itu gayanya.” Dia ketawa kemudian bila adiknya memandang
dengan wajah berseri-seri. Macamlah tak pernah makan!
“Mana ada merajuk. Pergilah beli cepat. Acik
pergi tunggu di tempat biasa. Kejap lagi Angah datang tau.”
“Tahu tuan puteri. Patik minta izin
berundur dahulu.” Pantas dia berlalu. Walaupun berat hati, dia terpaksa
merelakan diri mendekati pak cik ice-cream. Permintaan adik kesayangan harus
ditunaikan segera.
Senyuman mengiringi langkah abang
kesayangannya. Tahu, permintaannya tidak akan di tolak oleh lelaki berumur
tujuh belas tahun itu. Perbezaan umur hanya setahun menyebabkan hubungan mereka
menjadi akrab.
………………
Dua batang ice-cream cornetto digenggam
erat. Lagu I’m in love dinyanyikan perlahan. Dengan riang kakinya dibawa
mendekati port menunggu, jika Pak Ali, driver keluarganya terlambat menjemput
mereka. Dari jauh kelibat adiknya sudah kelihatan. Sedang kusyuk melihat
sesuatu.
“Acik!” Dia menjerit memanggil si adik yang
tiba-tiba sahaja berlari menuju ke arah jalan. Kalut dia mengikut langkah
adiknya. Kenapa? Dia tertanya sendiri.
“Shrekkkkk!!!” Bunyi kenderaan berkeriut di
jalan. Sebelum dentuman kuat kedengaran. Kakinya terasa lembut seperti
agar-agar secara tiba-tiba. Dia ingin menjerit memangil, tetapi seluruh tubuh
seakan menjadi lumpuh dengan tiba-tiba. Ice-cream di tangan melurut jatuh.
“Acik,,,,acik,,,” Suaranya hampir tidak
kedengaran. Dengan langkah yang semakin memberat, dia memaksa kaki mendekati
sekujur tubuh yang sudah basah bermandi darah. Orang ramai mula mengerumuni
tempat nahas.
Tubuh gadis yang sedang memangku adik
kesayangannya ditolak kasar. Direbut tubuh itu. Lutut yang bergesel kuat dengan
jalan sudah tidak terasa sakitnya.
“Acik..bangun Acik…Jangan takutkan angah.
Air mata sudah mula menuruni lekuk pipi. Pipi adiknya ditepuk-tepuk bagi
menyedarkan gadis itu kembali. Malangnya langsung tiada tindak balas.
Tangisannya sudah bertukar menjadi raungan. Terus tubuh itu di peluk erat.
“Biar saya tolong buat cpr.” Gadis tadi
cuba lagi ‘merebut’ adiknya membuatkan kesedihannya bercampur dengan amarah.
“Kau jangan dekat dengan adik aku.” Tubuh
gadis yang berada di hadapannya di tolak kasar. Wajah itu di pandang dengan
renungan tajam. Menghantar isyarat yang dia tak sudi menerima bantuan dari
gadis tersebut.
………………………
“Lisa cakap dengan abang, anak siapa dalam
perut tu?” Suaranya di kawal. Gadafi mengeluh resah. Sabarnya bila-bila masa sahaja akan berterbangan.
Dia geram memandang Larissa yang hanya tahu menangis. Berpuluh kali di tanya
sejak mereka balik dari klinik tadi, sepatah kata pun tidak terkeluar dari
bibir itu.
“Anak Lisa.”
Ringkas dia berkata. Air mata yang mengalir sedaya upaya di tahan. Namun
semakin di sekat semakin murah ianya keluar. Dia mahu jadi wanita kuat, yang tahan
menerima apa sahaja cabaran.
“Abang tahu anak
Lisa, tapi abang nak tahu sapa bapak anak dalam perut tu.” Suara Gadafi
meninggi. Terasa ada tangan yang lembut membelai belakangnya bagaikan menyuruh
dia bersabar.
“Lisa dah penat.
Lisa nak rehat.” Tanpa menjawab soalan abangnya dia pantas melangkah menuju ke
bilik. Kaki yang terasa longlai di seret sekuat mungkin.
“Abang belum
habis cakap lagikan?” Kuat Gadafi menempik. Pantang jika soalannya tidak
dijawab. Apa susah sangat ke mahu berterus terang. Dia
hanya mahu tahu siapa gerangan yang membuat onar bersama adiknya. Dia mahu
lelaki itu bertangungjawab atas ketelanjuran yang telah dilakukan.
“Abang.. biar
Lisa rehat dulu. Nanti kita bincang.” Suryani menarik lembut tangan suaminya
yang ingin melangkah mengejar jejak Larissa. Cukuplah dengan apa yang sudah
terjadi hari ini. Dia sendiri sudah tidak lagi mampu menerima tekanan. Apatah
lagi kalau jawapan Larissa boleh membuatkan mereka menerima tamparan melebihi
takat mampu mereka.
Gadafi terduduk
di atas sofa. Wajahnya dipekup dengan kedua tapak
tangan. Dia kecewa, sungguh kecewa. Langsung dia tidak menyangka adik yang
selama ini ditatang bagai minyak yang penuh sangup membuat onar di belakangnya.
Apa tidak cukupkah dengan ilmu agama yang dia terapkan selama ini?
Wajah isteri yang merenungnya penuh kasih
ditatap sekilas sebelum wajahnya disembamkan ke bahu Suriyani. Tanpa segan dia
menangis dibahu wanita itu. Wanita yang telah bertahun hidup dengannya. Sanggup
bersama saat susah senang dan saat ini Suriyani masih gagah berdiri bersamanya.
Menghulurkan bahu pada saat dia memerlukan.
“Abang jangan sedih. Nanti Yani cakap
dengan Lisa ya?” Dia paut erat tubuh itu dalam pelukkannya. Dia tahu suaminya
kecewa. Bertahun menunggu berita gembira untuk dianugerahi cahaya mata,
akhirnya keinginan yang satu itu menjadi milik mereka. Bertapa bahagia perasaan
mereka saat dikhabarkan oleh doctor yang dia sedang berbadan dua, tetapi
kegembiraan itu sementara sahaja sebelum Larissa yang turut menemani mereka ke
klinik rebah tidak sedarkan diri. Lebih mengejutkan adik iparnya itu turut
hamil, sama sepertinya.
………………………….
Larissa menangis teresak. wajah lelaki yang
sedang ketawa sinis di sisinya dipandang penuh benci. Kalau dia punya kekuatan
sudah dibunuhnya lelaki itu. Tanpa tahu salahnya dia menjadi mangsa kerakusan
nafsu lelaki itu.
“Kau nak aku bertanggungjawab? heyy…
tolonglah. kau tu layak jadi penyedap aku je.” Zafiq Haqweem ketawa geli hati
bila Larissa memintanya bertanggungjawab ke atas apa yang dia lakukan. Matanya
nakal menyorot tubuh Larissa yang hanya dibaluti selimut tebal hotel. Dia benci
memandang wajah itu. Sakit hati bila mengenangkan kenangan dulu. Kenangan yang
menyebabkan dendamnya terhadap Larissa mengunung tinggi.
Dia tahu Larissa bekerja part time di
hotel sebagai Housekeeping.Kesempatan itu diambil dengan sebaiknya. Nampak
sahaja Larissa pantas dia berpura-pura mengalami migrain. Gadis yang bodoh itu
pulak beria-ia ingin membantu menghantar dia ke dalam bilik. tutup sahaja pintu
segalanya berubah.
“Kau memang jahanam Zafiq. Apa salah aku
dekat kau?” Larissa masih menangis. Dia benar-benar takut. Tidak menyangka
niatnya ingin menolong lelaki itu mengundang padah. Lelaki yang dikenali kerana
merupakan antara pelajar yang terkenal di universitinya. Terkenal dengan
lagaknya yang angkuh, kaya dan kacak. Pakej lengkap yang kononnya menjadi
rebutan.
“Kau memang tak salah Lisa. Tapi abang kau yang salah. Dia rampas Yani dari
abang aku dan kau pembayar hutang dia pada keluarga aku.” Zafiq tersenyum penuh
bangga. Dia puas. Terasa beban yang di pikul selama ini terlerai dari bahunya.
Memandang wajah Gadafi membuatkan dia sakit hati. Tetapi sukar dia ingin
membalas dendam kepada lelaki itu, dan sebagai pertukarannya Larissa yang
menjadi mangsa kerana dia tahu gadis itu umpama nyawa seorang lelaki bernama
Gadafi. Dendamnya terhadap Larissa juga sudah berkurangan. Dia puas.
“Abang kau yang salah. dia yang tinggalkan
kak Yani dulu.” Larissa menjerit kuat. Kenapa silap orang lain dia yang mesti
menjadi korban? Dia tahu kisah percintaan kak Yani sebelum bertemu abangnya.
Kisah yang menyentuh hati bila Kak Yani ditinggalkan semasa majlis akad nikah
bakal berlangsung dengan alasan yang sangat menguris hati. Zarif sudah bertemu
dengan wanita lain, wanita yang lebih dicintai berbanding dengan Suriyani.
Abangnya yang merupakan sahabat Zarif pula
sanggup menganti tempat Zarif semata-mata ingin menjaga maruah wanita itu dan
keluarganya. Ternyata tindakan abangnya tepat. Suriyani memang seorang isteri
dan kakak yang baik.
Saat Gadafi dan Suriyani mula menyulam
bahagia Zarif datang kembali menuntut haknya ke atas Suriyani. Hak yang
langsung tidak pernah wujud. Bila di tolak berkali-kali lelaki itu menjadi
murung dan terpaksa mendapatkan rawatan psikitrik. Tetapi dia yakin Zarif jadi
seperti itu bukanlah semata-mata kerana Suriyani. Pasti ada sebab lain.
“Abang kau yang rampas Yani dari abang aku.
tapi sekarang aku tak kisah. Kau dah bayar semua hutang tu pada keluarga aku.”
Zafiq ketawa besar. Pantas dia bangun. Dia memandang sekilas Larissa yang
memalingkan wajah dari memandang tubuhnya. Pakaian yang bertaburan di lantai
kembali di sarung ke tubuh sasanya.
“Ni bayaran atas layanan tip top kau
tadi.” beberapa keping not seratus ditarik dan dibaling ke arah Larissa yang
masih menangis.
“Kalau kau berani report polis, aku akan
pastikan abang kau dengan Yani tu tak akan lama hidup dalam dunia ni. Hafal
dalam kepala otak kau apa yang aku kata.” Wajahnya di tunduk. Sebuah kucupan
ingin diberikan di pipi Larissa. Tetapi yang dia dapat hanyalah sebuah tamparan
kuat yang menyapa pipinya. Zafiq hanya tersengih. Tamparan itu langsung tidak
menjadi kudis. Dia sudah dapat ‘barang’ yang lebih berharga dari Larissa dan
dia tak mahu berkira dengan perkara yang kecil seperti itu.
“Kau akan dapat balasan nanti Zafiq.” Larissa
menjerit kuat. Tangisannya bertukar menjadi raungan bila Zafiq melangkah keluar
dari bilik hotel. Saat dak ketika itu, dia tahu awan hitam akan mula berarak
dalam kehidupannya. Dan semua itu berpunca dari lelaki yang bernama Zafiq
Haqweem.
……………………….
“Kita report polis ye?” Hidayah turut
menangis memandang wajah Larissa yang suram. Sebagai sahabat dia hanya mampu
memujuk. Selebihnya terserah ke atas si empunya badan. Dia tiada hak memaksa
bila Larissa sendiri tidak sudi melaporkan kesalahan lelaki jahanam itu kepada
polis.
“Aku tak nak. Kau kenalkan Zafiq tu macam
mana? Dia sangup buat apa saja asal hasrat dia tercapai.” Larissa pantas
menolak. Dia tidak mahu abang dan kakak iparnya di apa-apakan. Hanya mereka
berdua yang menjadi nadi hidupnya selama ini. Jika terjadi sesuatu ke atas
orang kesayangannya itu, sungguh, dia tidak tahu bagaimana harus meneruskan
hidup.
“Habis itu, kau nak biarkan macam itu saja?
Dulu lagi masa dia rogol kau aku dah suruh kau buat report polis, tapi kau tak
nak. Sekarang kau dah mengandung. Abang Gadafi dengan Kak Yani dah sibuk
bersoal jawab dengan aku, tanya siapa yang rosakkan kau. Aku dah tak sangup nak
berbohong Lisa. Cuba kau terus terang dengan abang kau, mana tahu dia boleh
tolong.” Hidayah cuba memujuk. Dia benar-benar terperanjat bila Larissa
memberitahu yang dia mengandung. Kejutan demi kejutan dari sahabatnya sehinga
dia sendiri jika di tempat Larissa, belum tentu mampu menanggung beban seberat
itu.
“Aku tak boleh Hidayah. Aku tak sampai hati
nak cakap yang aku jadi macam ni disebabkan dendam Zafiq kepada dia dengan Kak
Yani. Kau pun tahu kan..aku ada abang Gadafi je di dunia ni.” Larissa terasa
sebak. Dia tak sangup membiarkan abangnya menanggung rasa bersalah.
Pengorbanan lelaki itu sudah cukup besar
untuk menjaga dan membesarkan dia. Sedari umur 11 tahun lagi dia sudah
kehilangan ibu bapa. Hanya kepada neneknya mereka menumpang kasih. Tetapi
kudrat wanita yang sudah dimamah usia, apalah yang mampu dilakukan sangat.
Gadafi yang berumur 16 tahun ketika itu bertindak sebagai penjaga dia. Bekerja
sambil belajar. Bahkan lelaki itu langsung tidak pernah menikmati zaman remaja
kerana sibuk mencari rezeki bagi membesar dan menyekolahkannya.
Disebabkan itulah dia ingin bekerja.
Larangan Gadafi tidak di pedulikan. Dia mahu rasai sendiri kesusahan mencari
duit poket tanpa mengharapkan bantuan abangnya. Ternyata tindakannya tidak
mengendahkan larangan Gadafi mengundang padah. Sekarang dia sendiri harus
bertangungjawab di atas setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya.
“Sekarang kau nak buat mcam mana? kau nak
gugurkan ke kau nak teruskan juga kandungan kau ni? Kita ada lagi dua bulan je
Lisa nak tamatkan pengajian.” Hidayah mengeluh resah. Terbayang wajah tampan
Zafiq membuatkan dia hampir menjerit. Sakitnya hati hanya Allah yang tahu. Di
dalam hati dia mahu Larissa menjaga anak itu. Dia tidak mahu kandungan itu
digugurkan. Tetapi berat mulutnya ingin meluahkan semua itu.
“Aku nak teruskan. Lagi dua bulan kandungan
aku baru masuk bulan keempat. Aku rasa tak ada siapa perasan. Lagipun kau
tengoklah badan aku besar mana.” Larissa tersenyum. Berusaha menenangkan hati
sendiri. Dia takut sebenarnya tapi hendak mengugurkan kandungan tidak sesekali.
Anaknya tak bersalah, dia yang salah sebab terlalu bodoh. Terpedaya dengan
lakonan seorang lelaki.
“Kau tak nak jumpa Zafiq? Minta dia
bertangungjawab.” Hidayah memberi cadangan. Wajah Larissa yang suram direnung
penuh kasihan. Nampak sedikit cengkung. Larissa mempunyai wajah yang cantik
sebenarnya, badan gadis itu juga tidaklah besar seperti yang di katakan Cuma
agak berisi tetapi bukan gemuk. Hanya Larissa yang tiada keyakinan diri.
……………………………
Zafiq tersengih. Dia merenung wajah Larissa
dengan pandangan mengoda. Liur di telan sedikit bila membayangkan tubuh montok
itu yang pernah menjadi santapannya empat bulan dulu.
“Aku ada hal nak cakap dengan kau.” Larissa
berkata lemah. Matanya dilarikan ke arah lain. Tidak sangup memandang wajah
Zafiq. Semangat yang dikumpul berbulan dahulu bagaikan terbang melayang.
Perutnya yang mula membuncit disentuh seperti ingin mencari kekuatan. Hari ini
merupakan hari terakhir dia dia university. Baru beberapa belas minit dia
menyudahkan kertas exam terakhir.
“Kenapa? rindu aku ke?” Zafiq bertanya
nakal. Di hatinya langsung tidak terdetik rasa kesal. Saban hari dia melihat
wajah itu. Hanya Larissa yang tidak perasan. Sesekali timbul niat nakal ingin
mengulangi lagi perbuatannya tetapi pantas otak rasionalnya menegah.
“Boleh kita cakap kat tempat lain tak?” Dia
tidak selesa bila mana berpuluh pasang mata bagaikan mencuri memandang ke
arahnya dan Zafiq. Argh..lelaki itu jejaka rebutan. Tentu sahaja ada
mata-mata yang memandang mereka dengan pandangan pelik bila dia budak yang di
ketegorikan sebagai nerd tiba-tiba mengendeng di sebelah lelaki
terhangat dipasaran.
“Nak cakap apa sayang? ” Bila mereka berada
jauh dari penuntut lain Zafiq mula beraksi nakal. Seronok membangkitkan rasa
marah Larissa. Tangannya cuba memegang pipi Larissa yang nampak menembam dan
sedikit kemerahan. Tetapi dia tertawa bila mana gadis itu pantas menjarakkan
tubuh mereka. Dipandang wajah yang mencerlun tajam merenungnya. Liur ditelan
sedikit.
“Aku nak kau bertanggungjawab.” Dengan
sedikit tegas Larissa berkata. Demi kandungannya dan maruah yang masih sedikit
bersisa dia berharap Zafiq sudi bertanggungjawab atas kandungannya. Dia takut
sebenarnya menghadapi pandangan masyarakat.
“Wooo…Ni apa kes nak bertangungjawab
segala?” Zafiq bertanya sinis. Dia mahu bertanggungjawab? Kirim salam sajalah.
“Aku dah mengandung anak kau. Aku nak kau
bertangungjawab.” Semakin tegas Larissa berkata. Malunya sudah tidak tergambar.
Tetapi dia tetap ingin mencuba nasib. Wajah Zafiq yang kaku memandangnya
direnung dengan pandangan memohon simpati. Lama lelaki itu mendiamkan diri.
Mungkin terperanjat mendengar kata-katanya.
“Apa kau merepek ni? Entah anak siapa dalam
perut tu, sesuka hati kau nak aku jadi pak sangup. Sorry ok. Lagipun aku
bukan orang pertama sentuh kau kan? sudah berapa banyak jantan kau usung. Bila
perut dah berisi mula nak cari mangsa. Aku bukan bodoh lah.” Zafiq sedikit
membentak. Dia gelabah sebenarnya. Mustahil dengan sekali sentuhan Larissa
boleh hamil. Sengaja dia menuduh sedangkan dia tahu hakikat sebenar. Larissa
masih suci bila mana kegadisannya dia ragut. Peluh jantan mula merinik di dahi.
Tidak, dia tidak mahukan anak haram. Larissa tak layak mengandungkan zuriatnya.
‘Panggg’ Berombak dada Larissa bila
tamparan keras ‘dihadiahkan’ kepada Zafiq. Air matanya mula menuruni lekuk
pipinya. Hanya Allah tahu bertapa dia rasa terhina.
“Kau jangan hina aku Zafiq. Kau tu lebih
teruk dari binatang. Aku takkan lupa apa yang kau buat kat aku Zafiq. Takkan.”
Dia pantas memejamkan mata bila Zafiq mengangkat tangan tinggi seperti ingin
membalas tamparannya.
“Aku takkan kotorkan tangan aku pegang
keturunan hina macam kau. Anak dalam perut kau tu bukan anak aku. Kau cari
orang lain jadi pak sangup.” Zafiq berbisik di telinga Larissa yang masih
terpejam bagaikan menanti tamparannya. Pantas di berlalu. Ditanamkan didalam
fikirannya, apa yang berlaku hanyalah mimpi. Dia tidak mahu hatinya menjadi
lembut. Larissa memang patut dapat apa yang di lakukannya beberapa bulan sudah
dan kandungan itu, dia akan fikirkan caranya nanti untuk menghalang anak haram
itu menjengah dunia.
“Zafiq….Zafiqqq….. Larissa menjerit
memanggil lelaki itu sebelum tubuhnya melolot jatuh melutut. Tangisannya
terhembur lagi buat sekian kali.
……………………………………..
“Nak makan?” Suriyani bertanya lembut. Dia
tersenyum memandang Larissa yang nampak begitu pucat. Bersyukur kandungannya
tidak mengalami sebarang masalah. Bahkan dia juga terlepas dari morning
sickness. Cuma Larissa yang sedikit teruji. Alahan adik iparnya begitu teruk.
Kadang-kala Larissa hanya mampu berbaring dan perlu dibantu jika ingin
bergerak.
“Tak nak kak Yani. Abang mana?” Larissa
bertanya lembut. Mengingatkan Gadafi dia terasa ingin menangis. Hubungan mereka
sejak dia disahkan mengandung tidak pernah baik. Cakap lelaki itu sentiasa
sinis. Bahkan lelaki itu juga bagaikan tidak sudi lagi memandang wajahnya.
Sungguh, dia rindukan kenangan dulu, kenangan saat dia masih menjadi adik
kesayangan lelaki itu.
“Abang keluar beli barang sikit. Jadi tak
Hidayah datang?” Perut Larissa yang agak besar di renung. Entah siapa bapak
kepada kandungan itu. Semakin ditanya semakin diam adik iparnya. Sudahnya
mereka sudah malas bertanya.
“Assalamualaikum”
“Panjang umur dia kak.” Dengan langkah
perlahan dia mengatur langkah menuju ke pintu. Kandungan yang bila-bila masa
akan menjengah dunia sesekali di usap penuh kasih. Walaupun anaknya bukanlah
anak ‘lambang cinta’ antara lelaki dan perempuan begelar suami isteri, tetapi
dia tetap sayangkan anak itu. Dia akan pastikan anaknya mendapat kasih sayang
yang mengcukupi.
“Dah jom duduk. Ni aku ada bawak pulut
mangga untuk kau dengan Kak Yani.” Hidayah mengangkat plastik yang dipegangnya.
Tangan Larissa dipaut. Perlahan-lahan dia memimpin Larissa menuju ke dapur.
Sebelum itu sempat dia mengunci kembali pintu yang dibuka.
“Kak Yani sihat?” Tersenyum hidayah
memandang Suriyani. Perut Suriyani juga sama besar dengan Larissa.
“Sihat. Lisa ni je yang tak berapa nak
sihat. Alahan dia sampai sekarang ada lagi.”
“La iye ke?” Kau masuk baring
jelah Lisa. Jom aku papah kau. Patut aku tengok kau semacam je. Tangan kau
aku pegang tadi pun rasa panas. Kau demam ke?” Hidayah bertanya risau. Bila
melihat gelengan Larissa hanya mampu mengeluh.
“Lisa demam ke? Kenapa tak cakap?” Suriyani
pantas meletakkan tangannya ke dahi Larissa. Memang panas. Jam didinding di
pandang. Sekejap lagi suaminya pasti pulang. Dia tahu dalam rajuk dan marah
lelaki itu, kebajikan Larissa tetap tidak diabaikan. Apa yang dia dapat, itulah
juga Larissa dapat. Mungkin kerana ego seorang lelaki suaminya masih berkeras.
Sudah puas di pujuk, tetapi rajuknya bagaikan sukar disembuh.
“Panas ni. Kejap lagi abang balik kita
pergi ambil ubat”
“Tak apa kak Yani. Lisa demam sikit je ni.
Kejap lagi ok lah.” Larissa tersenyum. Dia tidak mahu mereka risau. Sudah tidak
sangup menyusahkan Suriyani dan Gadafi. Kesudian abangnya membenarkan dia terus
tinggal bersama mereka sudah cukup baik. Dia sudah tidak mampu meminta lebih.
Selepas dia selamat melahirkan dia mahu mencari kerja dan membesarkan anaknya
sendiri.
“Panas lah Lisa. Biar aku hantar kau jelah
pergi Klinik.” Hidayah berkata risau.
“Aku rehat ok lah ni. Dah, jom papah aku
masuk bilik.” Larissa tersenyum memandang Hidayah yang membuat muka. Tanda
tidak berpuas hati.
“Lisa masuk bilik dulu ye Kak Yani.”
Perlahan-lahan dia mula mengatur langkah menuju ke bilik.
……………………………………….
“Sampai bila nak jadi macam ni Lisa? Kau
tak nak cerita kat abang Gadafi ke?” Biarlah dia mengulang kata yang sama
berpuluh kali sekalipun. Mana tahu hati Larissa terbuka untuk memberitahu
Gadafi. Dia kasihankan Larissa. Sudahlah kehormatan di ragut dengan cara yang
hina, Abang sendiri pula melancarkan mogok tidak mahu berbicara. Tentu sahaja
tekanan yang di terima sangat sukar di hadapi.
“Aku tak nak dia rasa bersalah. Aku dah cakap
dekat kau kan?” Larissa berkata lemah. Wajah Hidayah direnung. Senyuman ikhlas
diberikan. Dia tahu Hidayah berniat baik. Cuma dia yang tidak bersedia. Suatu
hari nanti pasti kebenaran akan terbongkar juga.
“Aku tahu. Tapi tak kan kau nak lepaskan jantan
tu macam itu je?” Hidayah bertanya sedikit geram. nadanya meninggi.Tidak
berpuas hati dengan sikap Larissa.
“Isyy kau ni. Dengar dek Kak
Yani kang.” Larissa menjegilkan matanya. Geram dengan Hidayah. Sudah
diberi amaran masih tetap mengulang perkara yang sama.
“Biarlah kak Yani dengar. Nanti biar dia
bagitahu abang Gadafi yang adik dia ni kena rogol dek Zafiq yang
konon-kononya nak balas dendan demi siapa tu… abang dia nama apa? Zarif ke? Ha
betullahkan Zarif? Dah gila pun nak susahkan orang lagi... “ Semakin tinggi
nada suara Hidayah. Geram dengan sikap beralah Larissa.
“Hidayah!!!” Sedikit terjerit suara
Larissa. Geram dengan sikap Hidayah. Semakin di tegur semakin sengaja nak
menyakitkan hati dia.
“Aku tak faham kau ni. Kalau orang lain kena
rogol sudah sibuk nak buat laporan. Apasal kau tak nak? Apa yang kau takutkan
sangat? sebab dia nak orang kaya? macam tu? abang Gadafi pun kaya jugakkan
sekarang ni?” Semakin keras suara Hidayah. dia tak tahu apa yang di takutkan
sangat dengan ugutan Zafiq. Entah mengapa kadang-kala akal negatifnya seakan
mahu menuduh yang Larissa lakukan perbuatan terkutuk dengan Zafiq adalah kerana
suka sama suka.
“Kaya mana sangatlah abang aku. Dia baru
nak bina perniagaan sendiri. Itu pun belum stabil. Aku takut nanti keluarga
Zafiq buat macam-macam nak hancurkan hidup abang dengan kak Yani.” Selama ini
itulah yang bermain di fikirannya. Kalau soal maruah sudah di ambil enteng oleh
keluarga itu, apalah sangat kalau ingin menghancurkan perniagaan abangnya. Dia
tidak boleh pentingkan diri. Selama ini sudah banyak kesusahan yang terpaksa
dilalui oleh Gadafi. Cukuplah setakat itu. Dia takkan mampu menerima jika abang
kesayangannya itu di uji lagi.
“Sesekali tu Lisa, tolonglah ada sikap
pentingkan diri sendiri sikit. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku rasa
kalau abang kau tahu dia takkan biar Zafiq aniaya kau.” Kenapa sukar Larissa
mahu faham? Dia hanya mahukan yang terbaik untuk sahabatnya.
“Betul ke apa yang Hidayah cakap Lisa?”
Suriyani menyoal dengan nada hiba. Bergetar tangannya yang memegang pinggan
berisi pulut mangga. Rasa di dalam hatinya sudah bercampur baur. Kenapa begitu
jalan cerita hidup Larissa? Rasa besalah membuak didalam diri. Dialah punca
pada masalah keluarga itu. Dialah punca Larissa dianiaya, dan dialah juga punca
Larissa ‘kehilangan’ Gadafi. Semuanya berpunca dari dia. Hanya dia!
“Tak kak Yani. Ini salah faham je.” Larissa
cuba menafikan. Pucat wajahnya memandang Suriyani yang entah sejak bila
mendengar perbualan mereka. Wajahnya bertambah pucat bagaikan tidak berdarah
bila memandang kelibat Gadafi yang nampak memerah wajahnya. Tanda sedang diamuk
nafsu amarah.
“Abang nak Lisa cerita perkara betul sekarang.” Gadafi menjerkah kuat. Dia
bukan marah kepada Larissa. Tetapi marahnya lebih kepada diri sendiri. Tidak
menyangka adiknya terpaksa melalui semua itu di sebabkan dia.
“Tak bukan macam tu. Abang dengan Kak Yani dah salah faham.” Larissa cuba
menafikan. Sedih dia memandang wajah Suriyani dan Gadafi.
“Kau tak nak cerita biar aku cerita.”
Hidayah mula marah bila Larissa tidak sudah mahu menafikan.
………………………………………
“Abang kita balik rumah. Lisa tak nak
kecoh.” Larissa merayu. Wajah tegang abang dan kak iparnya direnung. Kecut
perut bila Gadafi memandu terlalu laju. Tadi selepas mendengar cerita Hidayah
sekali lagi lelaki itu mengamuk. Bila Abang dan Kak Yani ingin ke rumah Zafiq
dia sempat meloloskan diri ke dalam kereta. Dia tidak mahu abangnya merayu
kepada Zafiq. Yakin lelaki itu akan menafikan anak dalam perutnya bukan
anaknya.
“Abang tak faham kenapa dia buat macam tu.
Abang dengan Zarif dah berbaik. Apa motif adik dia? Kenapa Lisa tak cakap dekat
abang dari dulu?” Gadafi benar-benar runsing. Hatinya menjadi walang. Tamparan
yang diterima lebih teruk dari saat dia mengetahui Larissa mengandung. Dia dan
Suriyani dijadikan punca kepada segala musibah yang menimpa Larissa. Dia
benar-benar tidak dapat menerima tindakan Zafiq ke atas adiknya. Hairan, Zafiq
bukannya tidak tahu, permusuhan antara dia dan Zarif sudah lama terlerai. Apa
motif lelaki itu?
“Abang tolonglah. Lisa tak nak pergi sana.”
Larissa masih merayu.
“Abanggggg” Suriyani menjerit kuat bila di
hadapan mereka secara mengejut muncul kereta lain…Selepas itu semuanya menjadi
kelam.
……………………………………………..
Beberapa tahun kemudian
Air mata yang mengalir dia biarkan menuruni lekuk pipinya. Batu nisan yang
tertulis nama Gadafi Bin Ariff, Wan Suriyani Binti Wan Ahmad dan Maryam Suhana
dipandang sekilas sebelum dia meneruskan langkah. Tangan kecil yang setia
menemaninya di tarik lembut.
Gadafi meninggal selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Terdapat pendarahan
di dalam kepalanya akibat kemalangan itu. Sejam selepas kematian Gadafi dia
dikejutkan pula dengan keadaan Suriyani yang kritikal. Selepas beberapa jam
berperang dengan kondisi yang membimbangkan, Suriyani mengikut langkah Gadafi.
Saat itu dia rasakan dunianya sudah benar-benar musnah. Mujurlah imannya masih
ada. Dia kembali berserah diri kepada Allah bila dirasakan dia semakin
menjauhkan diri dari sang pencipta. Ternyata apa yang berlaku ada hikmahnya.
Dia kehilangan Gadafi dan Suriyani, tetapi dia di berikan anugerah yang tidak
ternilai harganya.
“Ibu lepas ni kita nak pergi mana?” Larissa tersenyum mendengar pertanyaan si
kecil. Semakin hari semakin petah berkata-kata. Satu-satunya anugerah dan
hadiah terbesar yang pernah terjadi dalam kehidupannya.
“Kita pergi beraya ke rumah Acik Dayah. Hari tu Ajam cakap nak makan sate kan?
Acik cakap dia buat untuk Ajam.” Larissa ketawa kecil bila Ikram Syahmi
terlompat tanda suka dapat menikmati hidangan kegemarannya.
“Yea…yea…makan sate. Nantikan ibu, Ajam nak
makan banyak-banyak.” Ikram Syahmi yang dipangil Ajam tersengih kegembiraan. Di
matanya sudah terbayang kesedapan makanan itu.
…………………..
“Lisa sihat?” Zarif merenung Larissa. Tubuh
itu nampak semakin kurus.
“Sihat. Alahan teruk lagi ke?” Larissa bertanya sambil tersenyum. Dia terasa
ingin ketawa melihat Zarif yang berbungkus dari kaki sampai kepala. Yang
kelihatan hanyalah wajah itu sahaja. Sudah seperti mumia.
“Teruk jugak la. Tengok la ni. Orang sibuk beraya, abang dah berbungkus macam
kuih. Pening kepala dari tadi.” Tangan di keluarkan dari selimut. Dipicit-picit
kepala yang terasa berdenyut. Mualnya datang lagi. Pantas dia berlari ke bilik
air.
“Teruk jugak alahan suami engkau ye? Kau aku tengok relaks je.” Larissa menegur
Hidayah yang sedang melangkah dengan membawa bekas berisi sate. Perut Hidayah
belum nampak membuncit. Kandungan itu belum pun memcecah tiga bulan.
“Bagus jugak tu. Lepas ni tak der lah dia nak aku beranak kerap.”
Hidayah ketawa. Bersyukur sepanjang ke hamilannya dia tidak mengalami alahan
yang teruk. Hanya sesekali sahaja dia terasa mual.
“Kau tak balik rumah mertua kau ke?” Larissa bertanya perlahan. Hairan juga
bila Hidayah memberitahu yang dia hanya beraya di rumah sendiri. Ibu bapa
Hidayah sekarang sedang menunakan haji.
“Tak. Mama dengan Papa raya dengan si jahanam tu dekat New York. Mama ada ajak
kami raya dengan dia kat sana, tapi mujur laki aku tu tengah tak sihat. Kalau
tak, tak tahu macam mana aku nak hadap jantan pengecut tu.” Wajah dia terasa
membahang. Terasa panas secara tiba-tiba. Geram bila memikirkan tentang Zafiq.
Dia langsung tidak menyangka bertemu jodoh dengan Zarif. Segalanya bermula bila
dia dikenalkan kepada suaminya oleh Larissa. Selepas kematian Gadafi dan
Suriyani, Zarif bagaikan bertindak menjadi pelindung kepada Larissa. Dia yang
pada mulanya menunjukkan aksi meluat terhadap Zarif mula tertawan dengan sikap
lelaki itu yang melayan Ajam dengan penuh kasih sayang. Mengenali keluarga
Zarif ternyata apa yang difikirkan oleh Larissa dan dia selama ini meleset.
Ahli keluarga itu begitu bersopan dan mesra dengan sesiapa sahaja. Entah dari
mana turunnya gen kejahatan dalam diri Zafiq.
“Kau ni dengar dekat abang Zarif nanti kan payah.” Larissa mengeleng kepala.
Hidayah cakapnya dari dulu tidak berlapik. Main cakap ikut sedap mulut sahaja.
“Biarlah. Kalau ikut hati nak saja aku bagitahu suami aku tu pasal adik dia.
Kau tu je, sibuk nak halang.” Geram dia dengan sikap Larissa. Dari dulu tahunya
hanya mengalah. Baik sangat sampaikan kepala sendiri dipijak. Dalam masa yang
sama dia kagum dengan didikan Gadafi. Ternyata arwah berjaya membentuk peribadi
yang mengagumkan pada Larissa.
“Dah lama benda tu berlalu Dayah. buat apa nak ungkit?” Dia sendiri kalau boleh
tidak mahu lagi memikirkan kenangan yang lepas. Kalau boleh dimusnahkan terus,
lagi dia suka.
“Lama atau baru bukan masalahnya. Masalahnya, kau tu pasrah sangat. Kalau aku,
sampai ke lubang cacing aku suruh jahanam tu bertangungjawab.” Hidayah tidak
puas hati.
“Apa yang jahanam yang?” Zarif yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan Larissa
dan Hidayah.
“Tak ada siapalah. Hidayah ni, bukan Abang Zarif tak tahu.” Larissa
tersenyum. Gementar hatinya membalas pandangan Zarif. Mintak-mintaklah
lelaki itu tidak mendengar kata-kata Hidayah tadi. Cukuplah dengan apa yang
terjadi selama ini. Dia sudah tidak sangup menghadapinya lagi.
……………………………………..
Pelembab bibir dioles di bibir. Wajahnya yang nampak sedikit letih, ditepuk
berkali-kali sambil dia berselawat. Petua yang selalu diamalkan bila seri di
wajahnya terasa memudar.
Setelah berpuas hati dia mencapai file di sebelah tempat duduk penumpang.
Bersedia untuk mula melangkah. Hari ini dia harus membentangkan kertas kerja
bagi merebut satu tander. Tidak putus dia berdoa semoga kontrak itu menjadi
miliknya. Dia sudah benar-benar terdesak. Syarikat peninggalan Gadafi sedang
menghadapi masalah. Dia tidak mahu kerananya syarikat itu terus jatuh bankrupt.
Sepanjang perjalanannya doa tidak putus dititipkan. Berharap proposal yang
susah payah disiapkan bersama beberapa orang kakitangan syarikat akan berjaya
menarik perhatian syarikat ZH Holding. Syarikat yang gah dipersada antarabangsa
dan dia sedar jika dia dapat menarik perhatian syarikat itu, syarikatnya akan
terselamat dari berterusan menangung hutang.
Semuanya berpunca dari kesilapan dia yang terlalu mempercayai pembantu Gadafi.
Dia ingatkan Farami lelaki yang baik ternyata dia tersilap lagi menilai orang.
Urusan syarikat diserahkan kepada Farami saat dia masih dalam ‘suasana
berkabung.’ Dalam diam lelaki itu mula menjadi pembelot. Dan dia, tanpa
bimbingan dan pengalaman, manalah dia mampu untuk mentadbir syarikat dengan
baik. Hanya dengan kemunculan Zarif, barulah dia mula bertatih kembali. Tetapi
hutang yang perlu di tangung oleh syarikatnya masih besar. Sekarang peluang
sudah tersedia dan dia tidak boleh melepaskan peluang itu dengan mudah.
………………………….
“…………….pagi tadi.” Larissa bagaikan mahu pitam. Salah dia kah? Kenapa dia tidak
diberitahu perebutan tander diubah waktu? Dugaan demi dugaan yang datang dalam
kehidupannya. Sayup sahaja suara itu kedengaran. Dia benar-benar sudah letih.
Saat ini dia hanya mahu menangis. Usahanya selama beberapa hari ini ternyata
sia-sia.
“Ya Allah, cik…cik..bangun cik.” Kata-kata itu bagaikan di angin lalu sahaja.
Dia sudah benar tidak berdaya.
………………………..
“Lama sangat dah encik. Saya ada hal dengan suami saya petang nanti. Kita
hantar dia pergi hospital ajelah.”
“It’s
ok. You can go now.”
“But..”
“Saya
boleh tengokkan dia. Awak tak percayakan saya ke?”
“Kalau dah macam itu, saya pergi dulu lah ye.”
Larissa cuba membuka mata. Cahaya lampu yang terang menyuluh matanya membuatkan
dia menjadi silau. Terpejam celik dia cuba menyesuaikan diri. Sayup sahaja
perbualan itu menyapa telinganya.
“Hai..
sleeping partner. How you feel?”
Kata-kata yang sinis masuk ke dalam telinganya membuatkan dia pantas bangun.
Sleeping partner? Liur ditelan. Dia di mana sekarang? Pandangannya di bawa
menjelajah sekeliling, sebelum matanya terus terpaku pada seraut wajah. Kacak.
Tetapi dia hampir pitam kembali dek penangan wajah kacak itu.
“Kakk..kauuu…” Suaranya tersekat. Tidak sangka akan bertemu kembali dengan
lelaki yang kalau boleh seumur hidup ini dia tidak mahu berjumpa.
“Yup,aku lah sayang. Tak kan kau dah lupa?” Zafiq ketawa nakal. Wajah itu masih
seperti dahulu. Bahkan semakin cantik. Sorotan matanya menjelajah ke tubuh
genit Larissa. Dia hanya ketawa kecil bila wanita itu menyilangkan tangan ke
dada. Jelas riak ketakutan terpeta di wajah itu.
“Kalau kau tutup pun tak ada maknanya lah Lisa. Aku tetap penah tengok.” Sekali
lagi ketawanya bergema.
“Come
here. Sit with me.” Pahanya di tepuk-tepuk. Berniat ingin mengusik wanita
yang jelas semakin mengelabah.
“Kau memang jahanam.” Larissa menjerit mendengar kata-kata Zafiq. Ya Allah
semakin menjadi-jadi di rasakan perangai biadap lelaki itu. Bertahun tidak
berjumpa ternyata lelaki itu masih Zafiq yang sama. Yang membezakan lelaki itu
hanyalah wajah yang nampak semakin matang dan kacak, juga tubuh yang nampak
lebih sasa dibaluti baju kemeja biru muda. Tetapi itu semua tak berguna jika
perangai lelaki itu masih seperti syaitan.
Beg tangannya di cari. Mujurlah ianya di letakkan di atas meja. Tidak sudi dia
ingin berlamaan di bilik lelaki itu.
“Kau nak pergi mana? Ini…?” Zafiq menayang file ditangannya. Senyuman masih
tidak putus dari bibirnya.
Laju Larissa menapak ke arah lelaki itu. File yang di pegang oleh Zafiq ingin
di sambar. Selepas itu dia hanya mahu segera pulang.
“Apa aku dapat kalau aku serahkan projek ni kepada engkau? File dilarikan dari
gapaian tangan Larissa. Dia masih belum puas bermain-main dengan wanita itu.
“Huh?” Terkebil-kebil Larissa memandang wajah Zafiq yang bertukar serius secara
tiba-tiba. Apa yang dia boleh bagi? Tak ada!
“Think
about that. I try to help you. Kalau kau dah ada jawapan kau tahu apa nak
buat kan?”
………………………..
“Minumlah dulu.” Air di hidangkan kepada Hidayah.
“Kejap lagi lah. Kau tak kisah ke aku tumpang rumah kau?” Hidayah bertanya. Apa
yang di perolehi sebagai jawapan hanyalah jelingan tajam dari Larissa.
“Kau jangan nak mengada-ngada…Abang Zarif outstation berapa lama?”
Wajah Hidayah yang nampak sedikit menembam direnung. Menanti jawapan dari bibir
itu.
“Seminggu. Kau tahu dia suruh aku balik tinggal rumah keluarga dia. Isy..Tak
mahulah aku.”
“Lah kenapa pulak? Kecil hati dia nanti.” Pelik Larissa dengan sikap Hidayah.
Mahu dikatakan bermasalah dengan keluarga Zarif, mustahil di rasakan. Tidak
pernah cerita yang tidak elok menyapa telinganya.
“Kalau ada mama dengan papa saja aku tak kisah. Dia tak suruh pun aku pergi.
Masalahnya sekarang jantan tu pun ada di sana.” Dia memang tidak boleh kalau
bertemu dengan Zafiq. Takut kesabaran yang di kumpul beterbangan. Dia bukan
seperti Larissa. Lembik!
“Hem…” Malas Larissa mahu mengulas. Takut bebelan Hidayah menjadi panjang
berjela.
“Ha, aku terlupa. Suami aku suruh tanya, syarikat kau macam mana sekarang?”
“Okey lah.”
“Macam tak okey saja pun. Kalau tak okey engkau cakap. Nanti aku mintak tolong
suami aku. Ha..hari itu bukan kau ada ‘kejar’ kontrak ke? Apa cerita?” Minuman
yang dihidangkan oleh Larissa dicapai.
“Aku dapat.”
“Wah, tahniah-tahniah. Tapi apasal kau masam semacam aje pun. Orang kalau dah
dapat projek riban-riban ni mesti gembira. Kau terbalik pulak.” Ada yang tak
kena. Memandang wajah Larissa yang jelas tidak senang dengan perbualan mereka
sekarang jelas ada perkara yang telah berlaku.
“Kau tak cakap pun Zafiq dah balik sini.” Lemah Larissa berkata.
“Lah..pasai itu ke kau nak sentap? Aku malas nak kecoh. Kalau aku bagi tahu kau
pun apa yang kau boleh buat? Sakit hati adalah.”
“Hem..”
“Jangan marah la beb.” Hidayah memujuk. Dia sendiri pelik dengan tingkah
Larissa. Tak pernah-pernah Zafiq menjadi isu selama ini.
“Aku bukan marah engkaulah. Cuma, kau tau tak siapa yang bakal jadi ‘boss
besar’ projek tu?” Perkataan boss besar di tekan sedikit. Malang-malang.
“Kau jangan cakap yang….” Melihat angukkan Larissa saja sudah cukup untuk
mematikan terus kata-katanya. Sabar sajalah. Tetapi dalam benci dia harus
mengakui yang adik iparnya itu memang dikurniakan otak yang bergeliga. Ketika
orang lain bersaing di bumi sendiri, dia pula terus memulakan perniagaan di
luar negara. Dan ‘lebih malang’ lelaki itu sangat berjaya.
“ZH holding. Zafiq Haqweem. Apasallah aku langsung tak terfikir.” Larissa
mengeleng kepala mengingatkan kebodohan diri sendiri. Dia tak terfikir langsung
mengenai kemungkinan itu, sedangkan sebagai ahli perniagaan dia sepatutnya
lebih peka. Dia tahu lelaki itu ‘jutawan muda’ kerana sering menjadi topik
perbualan dimajalah bisnes, malangnya disebabkan kebencian yang mengunung
tinggi dia terlupa mengambil tahu nama syarikat lelaki itu. Sekarang?
“Yang kau pergi sign tu kenapa?”
“Aku kalau tak terdesak, tak adanya aku nak bekerjasama dengan dia. Kau sendiri
tahu kan syarikat aku macam mana sekarang? Tunggu masa nak rebah terus je. Lagi
pula, itu sajalah peninggalan abang aku. Tak kan aku nak hancurkan?” Tangan di
letakkan di dahi. Sejak dari hari ‘perjumpaan semula’ antara dia dan Zafiq, dia
tak pernah sihat. Sakit, kerana terlalu memikirkan sangat perihal lelaki itu.
“Kan aku dah bagitahu, kalau kau ada masalah jangan malu cakap dekat aku.
Sekarang macam mana? Sudah macam kau serah diri dekat mulut buayalah.”
“Dah banyak sangat kau dengan abang Zarif bantu aku. Aku sampai dah malu dekat
korang berdua.” Lemah Larissa berkata. Wajah Hidayah di pandang bagi memohon
sebuah pengertian.
“Ya Allah Lisa, apa kau nak malukan? Kita bukan baru berkawan sehari dua tahu.
Dah lebih sepuluh tahun aku kenal kau. Lain kali jangan malu bagi tahu aku.”
Terus dia bangun dan duduk sebelah sahabat baiknya. Bahu wanita itu di peluk
erat.
“Apa syarat perjanjian?” Hidayah bertanya setelah lama mendiamkan diri.
“Biasa-biasa saja. Tak ada yang pelik.” Dia mahu menangis. Ucapan maaf bergema
di dalam hati. Dia tidak mahu menjadi seorang pendusta, tetapi dia yakin jika
syarat itu diberitahu kepada Hidayah,segalanya akan menjadi huru-hara.
“Baguslah kalau macam tu..Dah jangan fikirkan sangat. Kita nak masak apa makan
tengah hari nanti?” Suasana ceria cuba Hidayah wujudkan. Dia tidak mahu
mengusutkan lagi Larissa. Cukuplah apa yang berlaku hari ini.
…………………………
“Aku tak nak!” Larisa membentak kasar. Pautan tangan Zafiq yang
kuat mencengkam lengannya sedaya upaya cuba dirungkaikan. Semakin dia meronta
semakin kukuh gengaman tangan sasa itu, membuatkan dia bertambah geram. Dia
tidak suka di pegang sesuka hati. Dia bukannya anak kucing yang boleh di belai
apabila mahu. Ditendang apabila sudah jemu.
Beberapa pasang mata yang memandang tidak dipedulikan. Kesangupannya untuk
menghadiri majlis anjuran syarikat Zafiq juga sudah besar rahmat. Tetapi lelaki
itu bagaikan tidak jemu-jemu cuba membangkitkan amarahnya.
“Kau
nak aku batalkan kontrak ke?” Zafiq mengugut. Dia bukanlah jenis yang bermain
dengan kata-kata. Terlibat dalam perniagaan membuatkan dia menjadi bertambah
‘kejam.’ Musuh mahupun kawan tidak akan di pandang. Mereka akan menghingap
kepada orang lain untuk mencapai tujuan. Setelah puas, dimusnahkan dan
‘sahabat’ baru akan di cari bagi meneruskan kelangsungan.
Dia tidak percaya dengan perniagaan bersih. Baginya, siapa yang cepat dia yang
dapat. Buruk atau baik cara yang perlu di lakukan dia tidak akan peduli. Yang
dimahukan hanyalah keuntungan.
“Kau
tak boleh nak batalkan sesuka hati. Perjanjian kita dah tandatangan” Larissa
tidak mahu mengalah. Apa, dengan memberikan kepadanya peluang perniagaan lelaki
itu boleh membuat sesuka hati? Jangan mimpi!!!. Walaupun dia gementar
berhadapan dengan Zafiq tetapi dia bukan lagi anak gadis yang lemah. Dia tidak
akan membiarkan lelaki itu menindasnya sesuka hati.
“You
know me sweetheart…Aku mampu buat lebih dari itu. Syarikat kau bukan stabil
sangat. Aku boleh buatkan kau jatuh tak bangun-bangun, kau dan anak ‘haram’ kau
tu akan hidup merempat” Zafiq sengaja mengungut. Senyuman sinis tersadai di
bibirnya bila rontaan Larissa mati secara tiba-tiba. Membuntang mata itu
merenungnya.
Zafiq terpana. Tanpa amaran pipinya menjadi habuan tangan mulus itu. Pedih,
tetapi tidak sepedih hatinya yang sedang menahan rasa amarah yang membara.
“Kau jangan berani nak sebuat pasal anak aku Zafiq. Kau siapa?” Larissa mula menengking.
Entah mengapa perkataan ‘anak haram’ terngiang-ngiang’ di telinganya. Air mata
yang terasa mula ingin menodai pipi sedaya upaya ditahan dari mengalir.
“Aku siapa?.....Kau lupa ke Larissa siapa bapak anak haram kau tu?” Sinis
kata-kata itu meluncur keluar. Tanpa di sedari dia mula mengakui anak yang
pernah di nafikan kewujudannya itu sebagai anaknya.
“Jadi sekarang ni, kau nak bagi tahu akulah, yang anak itu anak kau?” Larissa
tersenyum dalam sendu. Benarlah apa yang di kata, lidah tidak bertulang.
Kadang-kala gigi yang membantu akan cuba mengigit lidah walaupun sudah lama
bersahabat baik.
Zafiq terpana. Dia terperangkap dengan kata-kata sendiri. Akalnya cuba merangka
ayat bagi mematahkan serangan itu. Malang, otaknya bagaikan sudah lumpuh tidak
berfungsi.
“Sekali lagi kau sebut perkataan anak haram, aku tak akan maafkan kau.” Kakinya
terus melangkah masuk ke dalam dewan. Dia sudah malas mahu memikirkan tentang
lelaki itu.
…………………
“Mana ajam dapat kereta ni?” Larissa bertanya. Hairan, setahunya tidak pernah
dia membelikan anaknya kereta control yang jika di lihat dia tahu harganya
mencecah ratusan ringgit. Hendak dikatakan Hidayah, mustahil. Sudah seminggu
mereka tidak bertemu dek kerana kesibukkan masing-masing.
“Daddy yang kasi.” Ajam meneruskan permainannya yang tergendala. Gembira dia
bila di hadiahkan permainan yang selama ini diidamkan.
Entah mengapa mendengar sahaja jawapan Ajam, jantung Larissa bagaikan ingin
meletup. Di fikirannya seraup wajah terus menyapa tanpa dialu.
“Dekat mana Ajam jumpa daddy tu?” Suaranya sedaya upaya dikawal. Dia tidak mahu
meninggikan suara tanpa usul periksa.
“Tadi daddy jumpa Ajam di sekolah. Masa itulah daddy kasi.”
“Ajam, berapa kali ibu cakap jangan jumpa orang yang kita tak kenal? Apa yang
ibu bagi tahu?” Suaranya naik satu oktaf. Dia tidak perlu menengking.Anak itu
sudah cukup takut kalau dia hanya menguatkan suara. Niat hati bukanlah untuk
menakutkan, cuma dia mahu anaknya tahu menghormati dia sebagai seorang ibu.
“Kena lari jauh-jauh, jangan dekat.” Terus mati niatnya ingin ‘bergembira’
dengan permainan baru. Mulutnya mula tercebik-cebik. Air mata kemudiannya mula
menodai pipi si kecil. Terkebil-kebil wajah itu memandang Larissa.
“Dah tu , kenapa buat juga?” Bukan dia tak kasihan. Cuma dia tidak mahu terlalu
memanjakan anaknya. Entah siapalah daddy yang di maksudkan. Kalau benarlah apa yang
ada di fikirannya sekarang, entah apalah motif lelaki itu.
Larissa mengeluh kemudiannya bila tangisan Ajam semakin kuat kedengaran.
…………………….
“Dia cakap dia suami Lisa. Itu yang Kak Yan bagi dia jumpa. Tapi Kak Yan ada
masa diorang jumpa.” Izyan resah. Tidak mahu di cop sebagai pengasuh yang yang
mengabaikan tangungjawab. Tetapi lelaki itu hadir dengan pakej yang boleh di
percayai. Memang dia tak pernah bertemu suami Larissa, tetapi lelaki itu tahu
segalanya tentang Ajam. Jadi, dia rasakan mustahil dia ditipu.
“Siapa nama dia?” Larissa masih bersoal jawab dengan Izyan, pengasuh di tadika
anaknya.
“Kak Yan tak ingat. Syafiq…Rafik…macam tulah kot bunyinya.” Dia cuba mengingati
nama lelaki yang tiba-tiba muncul memperkenalkan diri sebagai ayah kepada Ajam.
“Zafiq.” Terus nama itu terpancul dari bibir Larissa.
“Ha, betullah tu. Zafiq. Segak budaknya. Padanlah dengan Lisa.” Izyan mengeluh
lega. Mujurlah Larissa mengenali lelaki itu.
“Kalau dia datang lagi, Kak Yan jangan bagi dia jumpa Ajam.” Dia tahu dia harus
bersemuka dengan Zafiq. Entah apalah rancangan lelaki itu mendekati anaknya.
………………….
“Apa niat kau jumpa anak aku?” Tanpa mengetuk pintu, terus Larissa meredah
masuk. Dia tidak mempedulikan setiausaha Zafiq yang setia menghalang. Wanita
sama yang dijumpai semasa hari dia tidak sedarkan diri.
Zafiq memanggungkan wajah. Terus terhenti kerja yang sedang disiapkan. Isyarat
tangan dihantar kepada setaiusahanya. Wanita itu mengangukkan kepala dan
melangkah keluar.
“Why?” Sepatah
sahaja ayat yang di ucapkan, sebelum dia duduk bersandar di kerusi dan mula
memeluk tubuh.
“Apa yang kau nak Zafiq? Tolonglah jangan kacau anak aku.” Bagaimana lagi yang
harus dia lakukan bagi ‘memahamkan’ seorang lelaki bernama Zafiq Haqweem?
Menjadi kudiskah kalau tidak mengangu kehidupan mereka anak-beranak?
“Aku nak kan engkau.” Tanpa perasaan jawapan itu meluncur keluar. Benar, dia
inginkan Larissa. Tiada cinta, juga tiada rasa debar, yang pasti dia
benar-benar mahu wanita itu menjadi miliknya. Dia tidak peduli sama ada menjadi
perempuan simpanan atau isteri. Baginya semua itu tidak membawa sebarang
perubahan.
“Kau dah gila ke Zafiq? Tolong cuci otak kau. Aku tak mungkin jadi hak engkau.
Dulu masa aku merayu mintak kau bertangungjawab, ada kau fikir? Sekarang kenapa
kau nak susahkan hidup aku?”
“So, apa
susahnya? Anggap saja aku nak bertangungjawab.” Terus dia bangun mendekati
Larissa yang sedang berdiri di hadapannya.
“Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu?” Kenapa tingkah lelaki itu
semakin hari semakin menakutkan? Apa sebenarnya salah yang telah dia lakukan?
Besar sangatkah dosanya?
“Sebab baru sekarang aku rasa nak bertangungjawab.” Mudah sahaja kata-kata itu
meluncur dari bibirnya. Cara baik atau cara jahat, dia tidak peduli. Apa yang
pasti, Larissa pasti akan menjadi miliknya.
“Kau dah gila!” Larissa pantas ingin berlalu. Sudah tidak kuasa mahu melayan
kegilaan Zafiq. Entah syaitan apa yang telah merasuk lelaki itu. Sejak
‘reunion’ antara mereka terjadi, hidupnya sudah tidak aman. Ada sahaja kelibat
lelaki itu di mana-mana.
“Memang aku dah gila!..Aku gilakan kau.” Tangan Larissa ditarik kuat sebelum
tubuh itu terhumban ke arahnya.
Larissa kaku. Hampir putus nafasnya. Puas dia meronta ingin melepaskan diri
tetapi pautan lelaki itu di rasakan begitu kuat membelit tubuhnya.
“Lepaskan aku…lepaskan aku lah bo….” Bicaranya terus terhenti bila bibir lelaki
itu mendarat tanpa amaran di bibirnya. Saat dia ingin menolak wajah itu pintu
bilik terbuka secara tiba-tiba.
“Ya Allah, Zafiq Haqweem, apa kena dengan kamu ni?” Melengking suara seorang
wanita menampar pendengaran Larissa. Saat itu juga, tautan bibir mereka
dileraikan oleh lelaki itu.
…………………..
“Sakit kepala mama dengan perangai kamu. Tak pernah mama ajar kamu berperangai
macam itu.” Datin Zaharah mengurut dadanya yang terasa berdegup lebih laju
daripada biasa. Jijik dia mengenang kembali aksi lepas laku anaknya dan gadis
yang sedang menundukkan wajah di hadapannya sekarang.
“Kamu pulak, tak reti nak jaga maruah diri?” Amarahnya sudah meleret kepada
Larissa yang tertunduk dari tadi.
“Bukan salah saya.”Larissa cuba mempertahankan diri.
“Habis itu bibir kamu ada magnet ke, yang boleh melekat macam itu saja?” Panas
hati dengan perangai anaknya dan wanita muda itu. Si wanita ada juga rasa
malunya, yang anak terunanya pula, hanya mempamerkan wajah tidak bersalah.
Salah mendidikkah dia? Semakin hari dia rasakan dia semakin kehilangan anaknya
yang dulu. Zafiq yang baik hati, Zafiq yang sayangkan keluarga dan Zafiq yang
tahu menghormati dia sebagai seorang ibu. Sungguh, dia rindukan Zafiq yang
dulu.
“Sudahlah mama. Pada mama bising-bising, baik mama nikahkan kami saja. Kan
senang.” Tie yang terasa menjerut leher dirungkaikan. Kalau mama bersetuju
mudahlah kerjanya. Tidak perlulah segala ‘jurus’ di keluarkan.
Terpana Larissa mendengar kata-kata Zafiq. Dia tidak sudi! Dia tidakhingin!
“Saya tak nak. Saya nak balik.” Larissa semakin tertekan. Zafiq memang keparat!
Langsung tidak berguna!
“Ingat bila kamu balik, selesai semua masalah?” Datin Zahrah tidak berpuas
hati. Sakit memikirkan bertapa pemuda pemudi sekarang sudah melupakan agama
hanya kerana nafsu merajai hati. Lebih menyakitkan bila anak terunannya
termasuk ke dalam golongan itu.
“Saya tak nak berkahwin dengan anak datin. Saya mintak diri dulu.” Dia bangun
dan ingin bersalaman dengan Datin Zahrah. Cukuplah apa yang terjadi hari ini.
Dia sudah tidak larat menerima apa-apa tekanan lagi.
“Sayang jangan balik. Kita selesai semua ini hari ni jugak.” Suaranya di
lunakkan. Nampaknya mama mempermudahkan agendanya. Tangan Larissa di
tarik untuk duduk semula.
“Tolonglah Zafiq, kau jangan nak rumitkan lagi keadaan.” Melengking suaranya
memarahi lelaki itu. Bersayang segala, huh..dasar pelakon murahan.
“Kamu berdua diamlah!… Siapa nama kamu?” Tegas Datin Zahrah bertanya. Dia sudah
tiada mood ingin berlembut apabila melihat gelagat anaknya dan wanita
itu. Tidak segan silu bersayang-sayang walaupun sudah melakukan kesalahan.
“Larissa.” Lambat Larissa menjawab.
“Bagi tahu keluarga kamu, esok kami hantar rombongan meminang.”
“Hah?”
Larissa kaku. Zafiq mula tersenyum lebar. Tahulah nasib kau nanti Larissa!
………………….
“Kau what?” Hidayah terjerit kuat. Salah dengar atau dia sedang
berfantasi?
“Kahwin.” Lambat Larissa menjawab.
“Kau gila ke apa?” Dia benar-benar tidak berpuas hati. Dia suka kalau Larissa
berkahwin, sekurang-kurangnya wanita itu dan Ajam akan ada pelindung. Tetapi
Zafiq? Uhh…
“Apa kes ni? Cerita dekat aku. Kau buat perjanjian apa dulu dengan dia Lisa?”
Hidayah tidak berpuas hati.
“Aku…em aku bagi saham syarikat lima belas peratus dekat dia.” Dia tahu Hidayah
pasti mengamuk, tetapi dia benar-benar tiada pilihan. Hanya lelaki itu
harapannya. Dia sudah puas mendaki syarikat dan bank, malangnya tiada yang sudi
membantu. Walaupun tawaran lelaki itu menjerut leher, sekurang-kurangnnya dia
mencuba.
“Ya Allah Lisa, apa lagi kau rahsiakan dari aku?”
Malas ingin terus berbohong Larissa terus menceritakan semua yang terjadi
antara dia dan Zafiq. Mungkin Hidayah dapat membantu dia melepaskan diri dari
ikatan yang cuba dibina.
“Aku rasa ada baiknya kau terima cadangan mama. Sekurang-kurangnya kau ada
tempat bergantung. Mama dengan papa tak akan biar dia buat macam-macam pada
kau. Lagi pula inilah peluang kau nak tuntut lelaki tu bertangungjawab. Baik
ada dari tiada langsung.”
“Kau pun tahu kenyataannya kan? Dah tiada apa untuk dia bertanggungjawab. Lagi
pulak aku dapat rasa dia ada agenda lain.” Sungguh, nalurinya kuat mengatakan
lelaki itu tidak ikhlas. Cuma dia masih belum mengetahui apa sebenarnya yang di
cari oleh Zafiq. Semakin hari dia semakin yakin, segalanya bukan hanya berkisar
mengenai cinta tiga segi ahli keluarga mereka tetapi sesuatu yang lebih rumit.
Sesuatu yang sukar di rungkaikan.
“Kalau kita tak buka mulut, tak adanya dia nak tahu. Sekali sekala kita kena
ajar dia Larissa sayang.” Hidayah mula tersenyum.
………………
Baju pengantin yang tersarung kemas di tubuh mula di tanggalkan.Badannya
benar-benar teras melekit. Setelah menanggalkan pakaian, dia membalut tubuh
dengan tuala dan berlalu masuk ke dalam bilik air yang terletak di satu sudut
bilik. Dalam pada masa yang sama dia tidak lupa membawa pakaiannya bersama.
Zafiq melangkah masuk. Tanjak dibaling kasar ke satu sudut. Baju melayunya di
tanggalkan. Dia benci terpaksa berpura-pura bahagia di hadapan orang. Sakit
hatinya melayan kerenah Larissa. Mengada-ngada. Ada saja di suruh itu ini di
hadapan tetamu. Hendak dibangkang habis-habisan dia tidak mampu. Maruahnya
sebagai ahli perniagaan berjaya harus dijaga.
Tubuhnya yang terasa lesu, di humban ke atas katil. Letih fizikal juga letih
mental. Kalau di ikutkan perancangannya, dia hanya mahukan majlis akad nikah di
pejabat agama. Tetapi mama terlalu beria-ia ingin mengadakan majlis
besar-besaran. Itu ini diatur tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu.
Lebih menyakitkan hati, ‘anak haram’ itu tidak sudah-sudah mahu menempel. Nanti
pasti seronok mulut-mulut puaka bergosip. Tadi saja dia sudah mendengar ‘berita
sensasi’ mengenai Ajam. Macam-macam spekulasi dan tomahan dilempar. Dasar busy
body. Dalam bengang dia tertidur kerana keletihan.
……………….
Larissa teragak-agak. Tubuh lelaki itu didekati. Dari petang sudah berganjak ke
isyak, tetapi tiada tanda Zafiq akan bangun. Tadi dia sudah cuba membangunkan
lelaki itu, malangnya langsung tiada reaksi. Dasar tidur mati!
“Zafiq,,,Zafiq,,,bangunlah. Zafiq…” Tubuh suaminya di cuit berkali-kali.
Malangnya seperti tadi masih tiada reaksi. Cuma dada itu yang turun naik sahaja
mengesahkan yang dia masih hidup. Tidur seperti orang sudah mati. Langsung tak
ingat dunia.
“Jangan kacaulah.”
Larissa mengelengkan kepala. Letih bagaikan dia seorang sahaja yang bersanding.
Mengada-ngada.
“Bangulah. Lama sangat dah kau tidur.” Larissa bagaikan mahu menjerit bila
Zafiq menarik bantal dan menutup wajah. Tanda tidak mahu dia meneruskan
leteran.
“Zafiq, Kau jangan mengada-ngada. Bangunlah cepat. Sembahyang pun belum… Wei!
Bangunlah.” Tangannya menampar kuat dada lelaki itu.
“Kau boleh diam tak?” Dalam mata yang masih terpejam, Zafiq berkata. Dia tiada
mood ingin mendengar segala macam leteran.
“Aku nak diam macam mana? Kau tu mandi pun belum. Sembahyang dah berapa waktu
kau tinggal? Bangunlah,,” Semakin kuat dia menampar dada lelaki itu. Panas hati
dengan gelagat Zafiq. Dia bukan apa, tidak mahu menjadi bahan usikkan keluarga
lelaki itu lagi. Naik kebas wajah bila kelibat Zafiq tidak kelihatan.
Macam-macam telahan nakal di keluarkan.
“Reti diam tak?”
Larissa kaku. Terpana dek kerana tidak menyangka tindakan Zafiq. Kalut dia cuba
melepaskan diri dari pelukkan erat lelaki itu.
“Baik kau duduk diam-diam kalau kau tak nak aku buat lebih teruk dari
ini.” Zafiq mula mengungut. Dia tiada masa ingin beramah mesra. Sakit kepala
mendengar ‘leteran’ Larissa.
Terus dia kaku. Takut membayangkan segala macam kemungkinan. Bila dia yakin
Zafiq kembali tidur. Pantas dia ingin bangun. Sudah tidak betah berada dalam
keadaan yang boleh menyebabkan berlaku segala kemungkinan.
“Kan aku suruh kau duduk diam-diam.”
Larissa menelan liur. Ingatkan dah tidur. Tangan lelaki itu di rasakan semakin
erat membelit pingangnya. Tubuhnya terasa bagaikan mahu lumpuh bila tangan
lelaki itu mula menyentuh wajahnya.
……………………….
“Aku nak keluar Zafiq.” Larissa menunduk. Balas dendam? Angan-angan yang
dikarang mengunung tinggi bersama Hidayah langsung tidak berguna. Betul-betul
sekadar angan-angan. Zafiq benar-benar mengamalkan dasar yang di ketengahkan
Hitler. Kuku Besi! Dia langsung tiada kebebasan bersuara. Semuanya hanya
mengenai lelaki itu.
“Siapa izinkan?” Zafiq melangkah mendekati isterinya. Wajah itu di renung
tajam. Tidak suka dengan tindakkan Larissa.
“Kan aku dah mintak izin kau. Aku nak jumpa Hidayah kejap aja.” Sedaya upaya
dia mengumpulkan semangat ingin memandang wajah itu.
“Nak bercerita pasal rumah tangga kita? Seronok jaja hal suami dekat orang
luar? Hem..” Dia tidak suka Larissa mendekati Hidayah. Kakak iparnya itu ibarat
duri dalam daging. Sentiasa mengajar isterinnya melakukan perkara yang dia
benci.
“Aku tak pernah cerita pasal kita dekat orang luar.” Larissa cuba
mempertahankan diri. Seburuk-buruk Zafiq, tidaklah dia sangup mengaibkan lelaki
itu. Hanya perkara yang tak penting sahaja dia kongsikan dengan Hidayah. Itupun
apabila di desak berkali-kali.
“Aku tak izinkan kau keluar. Selangkah kau keluar kau tahulah nasib kau nanti.
Kalau jadi sesuatu pada anak kau, jangan nak salahkan aku.” Terus dia berlalu
menuju ke bilik. Dalam pada itu senyuman sinis tersadai di bibirnya bila
jeritan Larissa kuat bergema tanda tidak berpuas hati terhadap dia.
Larissa membalingkan beg tanganya di atas sofa. Terus dia menghumbankan tubuh.
Empuk sofa tidak dapat membelai hatinya yang kepanasan. Zafiq benar-benar
melampau. Tidak sudah-sudah menjadikan Ajam sebagai bahan untuk menakutkan dia.
……………….
“Kau dah buat kerja yang aku suruh tu?” Dia bercekak pingang. Geram dengan
kelembapan orang suruhannya. Kerja senang tapi lembab nak di siapkan. Bodoh!
“Dah. Bos nak ke?” Takut-takut Ajib memandang wajah bosnya. Lelaki itu kalau
marah memang menakutkan. Dia benci tetapi dia terpaksa besabar kerana lelaki
itu kalau bab duit memang tidak berkira.
“Sekali lagi kau tanya aku soalan bodoh, kau tahulah apa aku nak buat.”
Melengking suaranya. Apa guna dia menyuruh melakukan kerja jika tidak mahukan
keputusan.
“Kejap-kejap saya ambil.” Tergagap-gagap Ajib menjawab. Terus dia berlari
menuju ke kereta.
“Nah.” Sampul di hulurkan kepada bosnya.
“Dah, kau boleh pergi.” Zafiq pantas menarik keluar kertas dari sampul. Tulisan
yang tertera di baca laju. Entah mengapa hatinya sakit secara tiba-tiba. Kertas
itu terus dikoyak. Seraut wajah terus terbayang.
“Tahulah nasib kau nanti betina.”
……………….
“Ajam nak ikut daddy tak?” Zafiq tersenyum. Sedaya upaya dia cuba mengukir
senyuman agar nampak ikhlas dimata itu.
“Nak..nak..pergi mana?”
“Kita pergi jalan-jalan.” Senyuman semakin melebar bila umpannya mengena.
“Kau nak bawa anak aku pegi mana?” Kalut Larissa bertanya. Laju kakinya
melangkah mendekati suami dan anaknya. Difikirannya sudah pelbagai
bayang-bayang buruk tergambar.
“Bawak anak aku pergi jalan-jalan. Salah ke?”
“Aku tak suka.” Larissa cuba menarik tangan anaknya dari gengaman tangan Zafiq.
“Kenapa tak suka? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?” Pautan tangannya di tangan
Ajam tidak di lepaskan. Bahkan semakin erat dia menggengam.
“Aku tak faham apa kau cakap.” Bedebar dia mendengar pertanyaan Zafiq. Lelaki
itu tahu sesuatukah?
“Tak faham atau buat-buat tak faham?” Mencerlung matanya memandang Larissa.
“Aku memang tak faham. Kau lepaskan tangan anak aku dulu.”
Ajam sudah mula menangis. Takut memandang reaksi ibu dan daddynya. Kesakitan di
tangan mula terasa akibat tarikan antara keduanya.
“Kau diamlah!” Zafiq menjerkah kuat. Sakit telinga mendengar tangisan itu.
“Kau ni kenapa?” Bila tautan tangan Zafiq berjaya dirungkaikan terus dia
mengangkat anaknya dan dipeluk erat. Di tepuk bahu itu bagi menenangkan kembali
anaknya yang jelas ketakutan melihat reaksi lepas laku Zafiq. Benar-benar tiada
akal. Anak sekecil itu juga mahu di jadikan musuh.
“Kau tu yang kenapa betina. Kau sengaja nak perangkap aku kan?”
Panas hati Larissa mendengar kata-kata Zafiq. Pelukkan di tubuh anaknya di
rungkaikan. Dan diturunkan tubuh kecil itu. Tidak mahu kata-kata kesat menjadi
madah telinga anaknya.
“Ajam masuk bilik. Nanti ibu pergi.” Tak tunggu lama terus tubuh itu berlari
masuk ke dalam bilik.
“Perangkap kau? Apa yang kau cakap ni? Dah gila ke?”
“Budak tu bukan anak aku. Entah anak haram kau dengan jantan mana.” Bergema
suaranya memekik.
“Jadi kau dah tahu? Baguslah. Aku tak suruh pun kau bertangungjawab. Kau yang
nak sangat kahwin kan? Nak salahkan aku kenapa?” Sinis Larissa berkata.
“Jadi betullah budak tu bukan anak aku?” Tangannya di gengam erat. Sakit hati
dengan kenyataan itu. Lebih sakit bila Larissa bagaikan tidak bersalah
mengakuinya.
“Memang betul. Kau nak buat apa sekarang? Ceraikan aku? Silakan. Aku pun tak
hadaplah nak jadi isteri kau.” Larissa tidak mahu kalah. Dirasakan sekaranglah
masa yang sesuai untuk dia melepaskan diri dari ikatan yang terbina. Dia sudah
jemu mengikut telunjuk Zafiq.
“Nak ceraikan kau? Kau jangan mimpilah. Aku akan buatkan hidup kau dengan anak
haram kau tu, macam dalam neraka.” Terus dia berlalu. Kunci kereta di capai.
Berdetum pintu rumah dihempas.
………………………
Larissa termenung. Dia sudah benar-benar letih fizikal dan mental melayan
kerenah Zafiq. Semakin menjadi-jadi perangai lelaki itu, setelah mengetahui
yang Ajam bukanlah anaknya, amarah lelaki itu bagaikan tiada berkesudahan. Dia
hairan, jika perkara itu dapat Zafiq siasat, kenapa kenyataan sebenar di
sebalik kisah itu tidak dapat Zafiq rungkaikan sekali?
Kenangan beberapa tahun dahulu mula terimbas difikiran. Kenangan yang
membuatkan kehidupannya bagaikan bertukar paksi. Dan tanpa disedari air mata
mula menodai pipinya.
……………………..
“Abang minta maaf Lisa. Semua ni salah
abang.” Gadafi mengucup dahi Larissa penuh kasih. Kalaulah dia tidak bertindak
terburu tentu semua ini tidak akan terjadi
“Abang tak salah. Mungkin dah takdir. Anak
Lisa tak sempat nak melihat dunia... Kak Yani macam mana?” Dia sedih. Sangat
sedih. Anak yang dibelai dengan penuh kasih sedari dalam kandungan
meninggal beberapa jam selepas dilahirkan. Hanya sekali dia sempat menyusu anak
perempuannya, tetapi itu akan tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup dia.
Tidak mungkin dia akan melupakkan seraut wajah itu.
“Dia tak sedar lagi.” Gadafi memejamkan
mata. Cuba menenangkan kembali hati yang rawan. Sudah cuba dia meyakinkan diri
semua ini qada dan qadar Allah. Cuma dia sebagai manusia tidak lepas dari
menyalahkan diri sendiri. Kalaulah dia lebih bersabar…
“Anak kami masih dalam icu. Kalau apa-apa
terjadi pada abang dengan Kak Yani, Lisa tolong jaga anak kami. Lisa kena
sayangkan dia macam abang sayangkan Lisa.” Air matanya menitis. Dia tidak
cedera, tetapi entah mengapa dirasakan dia akan meninggalkan semua orang yang
disayanginya. Tangan Larissa yang terbaring digengam erat.
“Apa abang merepek ni?”
“Please… Lisa janji dengan abang.”
Gadafi merayu lagi. Tangannya dibawa menyentuh wajah itu. Sampai nafas terakhir
sekalipun dia tidak akan melupan Larissa. Gadis itu sudah seperti nyawanya
Memang dia marahkan Larissa, tetapi marahnya hanya sebentar. Dia ingin
menghulurkan bantuan saat Larissa menghadapi masalah dalam kehamilan tetapi
egonya sebagai seorang lelaki menghalang. Kalaulah….
“Abang kenapa? Jangan takutkan Lisa.”
Tangan abangnya yang masih membelai pipinya disambar dan digengam erat. Sejuk
tangan itu menyapa sentuhannya.
“Lisa janji dengan abang.” Gadafi masih
merayu.
“Lisa janji.”
……………….
“Aku dah penat Zafiq. Sampai bila kita nak
hidup macam ni? Kalau kau tak suka, kau boleh lepaskan aku.” Larissa cuba
memujuk. Wajah suaminya yang sedang berbaring di atas katil dipandang.
“Berapa kali aku cakap, aku tak akan
lepaskan kau.” Zafiq malas melayan. Dendam dihati masih menenbal. Apa yang
Larissa rasa sekarang hanya permulaan.
“Tapi sampai bila?” Terus dia menapak
menghampiri suaminya. Lelaki itu masih ralit dengan buku di tangan.
“Sampai aku puas.” Muka surat sebelah
diselak. Dia tiada perasaan ingin berterusan berbahas. Masih banyak benda yang
boleh dia fikirkan dari meletihkan lidah bertikam urat dengan Larissa.
“Kau jangan jadi jantan dayuslah Zafiq.
Takkan kau nak ‘simpan’ aku lagi lepas kau tahu yang Ajam tu bukan anak kau?
Kau tak rasa kau bodoh ke?” Larissa cuba membangkitkan kemarahan Zafiq.
Berharap lelaki itu berang, dan melafazkan talak ke atas dia.
Zafiq pangung kepala. Jantan dayus? Buku
ditangan terus dicampak kasar. Tangan Larissa direntap membuatkan tubuh itu
hilang imbangan dan terjatuh ke atas tubuhnya. Turun naik nafas menahan rasa
amarah yang mengunung.
Larissa terkaku. Tidak menyangka tindakan
Zafiq. Kenangan ‘malam pertama’ semasa hari perkahwinan mereka mula terbayang.
Situasi yang sama dan dia tidak mahu ‘perkara’ yang sama berlaku lagi. Semangat
kembali dikumpul. Dia ingin melepaskan diri dari Zafiq. Lelaki itu benar-benar
gila!
“Lepaslah.” Terus dia meronta ingin
meloloskan diri. Takut melihat wajah Zafiq yang jelas sedang menangung api
kemarahan.
“Aku bukan jantan dayus sayang..” Tubuh
Larissa yang meronta ingin melepaskan diri di peluk semakin erat. Sakit dihati
terasa membara.
“Lepaskan aku Zafiq.” Larissa mahu
menangis. Ternyata dia silap apabila menduga lelaki itu. Tiada siapa suka
digelar dayus. Ternyata dia sudah benar-benar membangkitkan amarah seorang
lelaki.
“Dah terlambat. Aku benci kau Lisa..Aku
benci kau..”
Larissa kaku. Lelaki itu semakin rakus.
Jelas dimatanya ada air yang mengalir dikolam mata suaminya. Dan saat itu dia
mula pasrah. Entah mengapa rasa bersalah datang menimpa.
………………..
Wajahnya yang terbias dicermin di pandang.
Tiada kegembiraan yang terlihat. Dia benar-benar ingin merasa bahagia seperti
beberapa tahun dahulu. Saat dia menjadi adik kesayangan Gadafi dan saat sebelum
dia bertemu dengan Zafiq. Dia benar-benar rindukan saat itu. Semakin hari,
bahagia semakin menjauhkan diri. Dan derita semakin menghampiri kehidupan dia.
Tanda-tanda merah di leher membuatkan dia
memejamkan mata. Entah bila semua ini akan menemukan titik nokhtah. Salah
diakah bila beria-ia ingin membalas dendam terhadap lelaki itu? Siapa yang
tidak marah bila kehilangan maruah diri, dan sampai kedetik ini kejadian
‘hitam’ itu masih kemas terakam di kotak fikirannya.
Tetapi sekarang dia menyedari sesuatu. Dia
langsung tidak bahagia ingin meneruskan agenda ‘membalas dendamnya.’ Bahkan dia
semakin tersepit dalam perhubungan itu. Mama dan papa menerima dia dengan baik.
Bahkan dia dilayan sama seperti Hidayah. Kerana itu juga dia tidak mahu
meneruskan perhubungan mereka. Tidak sangup rasanya mahu mengecewakan mereka
jika perihal perkahwinan mereka terdedah, dan rahsia ‘kekejaman’ Zafiq bertahun
dahulu disingkap kembali.
Zafiq Haqweem, lelaki itu pula bagaikan
masih berada dalam dunia sendiri. Sesuatu yang pasti, dia dapat rasakan dendam
Zafiq terhadap dia bukanlah dendam biasa. Bahkan dia berani katakan semua ini
bukanlah mengenai Zarif dan Gadafi, tetapi sesuatu yang lebih rumit. Cuma apa
dan kenapa, dia masih tercari-cari jawapan yang pasti.
…………..
“Bersiap cepat. Lepas Maghrib kita pergi
rumah mama.”
Larissa hanya memandang langkah kaki lelaki
itu yang laju menapak menuju ke tingkat atas. Bercakap macam penyamun. Pergi
macam pencuri. Hem..
……………….
“Apasal aku tengok engkau semacam aja
Lisa?” Hidayah tekun menilik. Cuba mencari sesuatu yang difikirkan berubah.
“Aku biasa ajalah Hidayah. Engkau tu yang
berubah. Makin bam..bam..aku nampak.” Larissa ketawa kecil bila Hidayah
menjegilkan mata tanda tidak berpuas hati mendengar kata-katanya.
“Pandailah engkau. Eh Lisa jom lepak kat
tempat lain. Orang dah ramai ni.” Hidayah sudah mengelisah. Dia semenjak
mengandung mengalami perangai yang pelik. Mudah ‘panas’ kalau berada di kawasan
ramai orang.
“Eh, nanti apa kata orang pulak.”
Larisa mengelengkan kepala. Dia tidak mahu dicop sebagai menantu mak datin yang
belagak.
“Kejap aja. Alah…jomlah. Kejap aje.
Nanti kita datanglah sini balik.” Berkerut-kerut wajah Hidayah memujuk.
“Iyelah. Jom aku temankan kau. Tapi kejap
ajer tau.” Larissa pantas membantu Hidayah bangun.
“Kita masuk bilik aku jelah.” Hidayah
berbisik di telinga Larissa. Tidak mahu kata-katanya di dengar oleh tetamu yang
mula memenuhi ruang rumah. Dia mahu relaks sekejap. Nanti bila bacaan Yassin
akan bermula, barulah dia turun semula.
“Kau rehat dulu. Nanti aku datang balik.”
Setelah Hidayah masuk ke dalam bilik, Larissa pantas ingin berlalu. Tekaknya
terasa dahaga secara tiba-tiba.
“Kau tak nak temankan aku ke?” Tidak puas
hati nada Hidayah. Setakat hantar masuk bilik sahaja nak buat apa.
“Nanti aku datang balik.” Pintu bilik
Hidayah ditutup. Laju kakinya menapak. Tetapi sesuatu mencuri tumpuannya. Terus
langkah kakinya mati. Sebuah bilik yang tidak ditutup rapat dengan lampu
terpasang membuatkan dia tertarik hati. Hendak dikatakan bilik tetamu, mustahil
kerana setahunya bilik tetamu berada dibawah.
Pintu bilik ditolak perlahan. Larissa kaku.
Terpesona melihat susun atur bilik yang kemas. Semuanya bewarna biru dan pink.
Seperti bilik seorang puteri.
Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke
dalam bilik itu. Pelik. Setahunya lelaki itu hanya dua beradik. Entah bilik
siapalah ini. Anak patung beruang bewarna coklat gelap dengan ikatan reben di
leher mencuri tumpuan. Terus tangannya mencapai dan dipeluk erat. Entah mengapa
dia seakan terhidu bau yang dikenali dibadan anak patung beruang. Bau Zafiq!
Parah dirasakan bila bau itu menyebabkan dia terasa tenang. Lama dia berkeadaan
begitu. Terus terlupa yang dia menceroboh bilik ‘orang’ tanpa keizinan.
“Kau buat apa dalam bilik ni?”
Terperanjat Larissa apabila disergah secara
tiba-tiba. Terkebil-kebil dia merenung wajah Zafiq yang jelas sedang menahan
perasaan marah.
“Pintu bilik terbuka….”
“Aku tak nak dengar alasan kau. Keluar
sekarang!” Zafiq mula menjerkah. Wajah Larissa dipandang dengan pandangan
mengancam. Turun naik dadanya menahan perasaan amarah yang bila-bila masa akan
meletus.
“Iya…iya.” Tergagap Larissa menjawab. Malas
mahu berbalas kata kerana dia sedar memang salahnya. Kakinya pantas ingin
melangkah keluar. Namun sesuatu menyapa pandangannya. Membuatkan langkah
kakinya bertukar arah. Semakin jelas ‘benda’ itu terpampang, semakin membuatkan
debaran didadanya berkocak kencang.
Gambar seorang gadis sedang tersenyum
gembira dengan bahu dipeluk erat oleh seorang pemuda membuatkan dia hampir
melolot jatuh. Didalam pelukan tangan gadis itu itu, ada anak patung beruang
yang sama sedang dipegangnya. Wajah itu, tidak pernah hilang dari fikirannya.
Tidak pernah dan tak akan pernah dia melupakan wajah gadis itu.
“Kau keluar sekarang Lisa…”
Wajah Zafiq dipandang silih berganti dengan
gambar yang terbentang di hadapan mata. Sekarang dia sudah peroleh jawapan dari
mana datangnya kebencian Zafiq terhadap dia. Dan air mata perlahan-lahan mula
menodai pipinya. Anak patung ditangan terlepas dari gengaman dan melolot jatuh
di kaki.
“Zafiq…Aku…” Larissa memejamkan mata.
Berusaha mengumpul kembali semangat yang hampir hilang.
“Aku nak kau keluar Lisa..”
Langkah kakinya dibawa mendekat kepada
Zafiq yang berdiri di muka pintu. Tangan itu cuba dicapai. Malangnya hanya
tepisan kasar yang di terima.
“Aku tak tahu..”
“Kau faham ke tak? Keluar sekarang!” Zafiq
panas Hati. Tubuh Larissa di tolak kasar. Dan pintu dihempas.
Tubuhnya yang terhempas kuat di atas lantai
sudah tidak terasa sakit. Tangisannya semakin mendayu. Gadis itu, gadis yang
telah menyelamatkan nyawanya bertahun dahulu. Dia cuai apabila terburu-buru
semasa melintas jalan. Sedar-sedar sahaja tubuhnya sudah ditolak kuat. Sebagai
galang ganti gadis itu yang menerima padah. Kenangan dulu bagaikan wayang
terimbas kembali dikotak fikiran. Kenapa dia langsung tidak dapat mengenali
wajah Zafiq? Argh…terlalu banyak perubahan diwajah itu.
…………………….
“Zafira Hazwani namanya kalau tak salah
aku. Arwah dah lama meninggal disebabkan kemalangan. Yang kau tanya kenapa?”
Wajah Larissa dipandang menantikan jawapan. Pelik apabila ditanya mengenai
Zafira. Mustahil Zafiq tak pernah cerita.
“Eh tak ada apa.”
“Kau tanya aku, bukannya aku tahu sangat.
Suami aku cakap arwah rapat dengan suami engkau. Adik kesayangan katanya. Kau
tanyalah Zafiq.”
“Aku saja je tanya.” Larissa cuba
mengukirkan senyuman. Mahu bertanya kepada Zafiq? Lelaki itu sudah
mengisytiharkan perang bisu kepadanya. Kalau dulu ramah mulut itu ingin
menghemburkan sumpah seranah, sekarang hendak mendengar sepatah perkataan pun
susah.
………………
“Zafiq kita kena berbincang.” Larissa tidak
peduli. Walau apa yang terjadi, semuanya harus menemui titik nokhtah. Sudah
penat melayan ‘kebisuan’ lelaki itu. Dan seperti yang dia duga, lelaki itu
tanpa perasaan melangkah melewatinya. Gayanya seperti terburu ingin keluar dari
rumah.
“Janganlah pentingkan diri Zafiq. Semua ni
tak akan selesai kalau kau berterusan macam ini.” Tangan Zafiq disambar.
Terhenti seketika langkah kaki itu.
“Kau nak aku buat apa? Bergelak ketawa
dengan engkau macam tak ada apa yang berlaku. Macam itu?” Tanpa nada dia
bertanya.
“Kita bincang dulu. Please?” Dia rela
melayan sumpah seranah lelaki itu, tetapi dia tidak betah bila mana Zafiq
berterusan berlakon bagaikan dia tidak wujud. Mereka sekatil, tetapi jauhnya
bagaikan tiada daratan.
“Nak bincang apa lagi? Kau pun sudah tahu
kan sebab apa aku bencikan kau?” Wajah Larissa dipandang tanpa perasaan.
Terdiam Larissa mendengar kata-kata yang
muntah dari bibir Zafiq. Dia tahu kehilangan orang yang disayangi memang berat
untuk dihadapi. Tapi tahukah lelaki itu apa yang harus dia lalui hanya kerana
dendam lelaki itu yang tidak berkesudahan?
“Kita kena selesaikan hal kita hari ini
jugak Zafiq. Sampai bila kau nak seksa hidup aku?”
“Sampai hati aku puas Lisa. Kau tak tahu sakitnya
hati aku. Sebab kebodohan engkau adik aku mati.” Tak pernah sedetik waktu pun
dia melupakan kejadian ngeri tersebut. Dulu, hampir setiap malam dia terbangun
dari tidur dengan tubuh berpeluh dan air mata yang entah bila mengalir.
Kemalangan itu bagaikan bayang-bayang yang mengikut setiap langkahnya. Dia
bukan sahaja kehilangan seorang adik, bahkan seorang kawan yang selama ini
berkongsi masalah bersama. Bertahun dia mengumpulkan kembali semangat yang
menghilang.
Ketika dia kalut melakukan persediaan untuk
keluar negara, dia ternampak Larissa di university. Disebabkan dendam lama yang
masih menyala dia sangup membatalkan rancangan asal. Puas merayu kepada papa
agar membenarkan dia menyambung pelajaran di Malaysia. Sedikit demi sedikit hal
mengenai Larissa dikumpul. Lebih membuatkan dendamnya membara bila abangnya
kehilangan Suriyani. Dia begitu menyukai wanita itu. Saat abangnya memberitahu
ingin mengahwini Suriyani dialah orang yang paling gembira. Suriyani sudah
diangap seperti kakak sendiri.
Sejujurnya dia langsung tidak kisah bila
Suriyani tingalkan Zarif. Dia tahu abangnya memang tak layak untuk Suriyani,
cuma dia tak betah bila Suriyani memilih Gadaffi. Dia benci kerana lelaki itu
abang kepada gadis yang dibencinya.
Kerana kehilangan itu jugak berat badannya
menyusut dengan banyak, lebih malang dia hidup bagaikan lelaki yang tidak punya
perasaan. Hidup bagaikan tidak bernyawa, bernafas seperti tiada udara. ‘Luka’
yang kecil entah bila merebak menjadi nanah yang membusuk. Dan semuanya berpunca
dari Larissa.
“Kalau kau nak balas dendam, rasanya sudah
lama kau berjaya Zafiq. Dendam kau bukan sahaja bunuh abang dengan kak ipar
aku, tapi kau bunuh sekali dengan anak aku.” Sedikit menengking kata-kata itu
terluah dari bibir Larissa. Dendam lelaki itu telah memusnahkan seluruh
kehidupannya. Dia bukan sahaja kehilangan kehormatan diri, bahkan dia juga
kehilangan semua orang yang disayanginya.
Mencerlung tajam matanya memandang Zafiq
yang jelas terperanjat mendengar kata-katanya.
“Ajam..”
“Anak abang aku.” Belum sempat Zafiq
menyudahkan kata pantas Larissa memotong. Sudah bosan mahu bermain tarik tali.
Apa yang dia mahu, semua perkara diselesaikan secepat mungkin. Dia sudah tidak
betah menjadi isteri Zafiq. Dia sendiri sudah tidak tahu apa yang dia mahukan.
Cuma perpisahan mungkin jalan terbaik untuk mereka berdua. Apa guna bersama
jika masing-masing menyimpan dendam dan agenda sendiri.
“Kenapa aku tak tahu?” Zafiq panas hati.
Terasa dia mempamerkan kebodohan di hadapan Larissa. Memalukan!
“Sebab kau tak nak ambil tahu.” Kali ini
Larissa memberanikan diri bergerak mendekati Zafiq. Wajah kacak itu dipandang.
Dia marahkan Zafiq diatas apa yang telah lelaki itu lakukan, tetapi entah
mengapa sukar untuk dia menanam api kebencian terhadap lelaki itu.
“Lelaki ke perempuan?” Wajah diraup. Entah
mengapa hatinya menjadi runsing.
“Perempuan. Maryam Suhana. Wajah dia macam
wajah kau.” Larissa tersenyum sayu. Terbayang wajah si kecil. Dia sedih bila
terpaksa menerima pemergian anak perempuannya tetapi Allah tidak pernah kejam
terhadap hambanya. Ditarik Maryam Suhana dan diberikan pula Ikram Syahmi kepada
dia.
………………….
“Daddy. Cepatlah” Ajam melambai tangan
memangil Zafiq yang masih berlengang menuju ke arahnya. Tidak sabar mahu
bermain bola.
“Tak kena langsung. Ibu dengan daddy? Tak
pernah dibuat orang.”
“Baru unik. Kau apa tau.” Larissa
tersenyum. Senang hati melihat kemesraan antara Zafiq dan Ajam. Selepas sesi
‘meluahkan perasaan’ dahulu, hubungan mereka mula jernih. Tetapi Zafiq tetap
Zafiq, sampai sekarang masih dengan egonya yang tinggi. Jika dengan Ajam
kemesraan mudah tercipta berbeza pula jika dengannya.
“Kau bahagia?” Hidayah bertanya. Anak
kecilnya yang merengek ditepuk lembut bagi menidurkannya kembali.
“Bahagia. Kalau kau maksudkan apa yang aku
ada sekarang. Tapi kurang bahagia bila aku memiliki tapi tak menguasai.”
Senyuman masih tersadai dibibirnya. Biarlah lambat. Asalkan kebahagiaan itu
masih menjadi miliknya.
“Aku doakan yang terbaik untuk kau Lisa.
Aku hanya nak kau bahagia. Kalau ada apa yang kau perlukan jangan malu bagitahu
aku. Selagi aku boleh tolong pasti aku tolong.”
“Aku tahu. Kau jangan risau. Inshaallah
semuanya akan okey. Doakan aku.”
“Sentiasa.” Hidayah tersenyum. Gembira
apabila setelah sekian lama, Larissa sudah kembali pandai mengukirkan senyuman.
……………….
“Nak joint?” Zafiq bertanya nakal.
“Tak nak..tak nak.” Laju Larissa
mengelengkan kepala. Mandi bersama? Phew! Tawaran hebat, Tapi terima kasih
sahaja.
“Rugilah..”
Pipinya di pegang bagi menghilangkan rasa
malu yang menyerang. Semakin ‘gedik’ lelaki itu sehari dua ini. Kalau sebelum
kahwin dia memang selalu mendengar ayat kasanova, murah bermain dibibir lelaki
itu, tetapi sekarang? Huh, semakin menjadi-jadi.
“Malu?” Matanya dikenyitkan. Ketawa meletus
bila Larissa mengelengkan kepala tetapi wajah memandang ke arah lain.
“Siapa cakap?” Tak nak kalah Larissa
menjawab. Wajahnya semakin merah. Terasa membahang.
“Hek eleh, berani belakang. Kalau berani
sangat jomlah.” Zafiq belum puas mengusik.
“Lisa dah mandi. Hah..Tadi Ajam panggil.
Nak keluar…” Gelabah Larissa melarikan diri. Cakapnya sudah bertaburan. Bukan
tidak biasa melihat tubuh itu, tetapi perasaan malunya masih menebal. Kejung
tubuh kalau Zafiq beraksi nakal.
Zafiq ketawa kecil bila Larissa bagaikan
lipas kudung berlari keluar. Berdesup pergi. Tak menyempat-nyempat.
Senyuman masih tersadai dibibir saat dia
melangkah masuk kedalam bilik air. Setelah sekian lama akhirnya dia mampu
mengukirkan senyuman ikhlas. Dia sukar memaafkan Larissa, tetapi bila
mengenangkan, kerana dendamnya banyak nyawa terkorban membuatkan dia kembali
berfikir.
Dia sendiri sudah letih. Penat menyimpan
dendam. Dia juga ingin bahagia. Pernah dia terfikir ingin melepaskan Larissa
dari perhubungan mereka, tetapi bila sampai saatnya, lidahnya menjadi kelu dan
kaku. Dia tidak sangup. Tidak rela melepaskan rasa bahagia yang sesekali
bertiup di relung hatinya.
………….
“Balik cepat. Abang tunggu.”
Belum sempat Larissa membalas, suaminya
sudah meletakkan talifon. Dia hanya mampu mengelengkan kepala. Entah apa yang
dikalutkan sangat. Gambar bersaiz kecil yang diletakkan di atas meja dicapai
dan direnung dengan perasaan yang mengebu.
“Abang.” Bait perkataan itu tercetus dari
bibirnya. Semua berpunca dari Datin Zaharah. Wanita itu yang memintanya
menggunakan pangilan itu. Dia sebenarnya lebih senang memanggil suaminya nama
sahaja. Sudah terbiasa. Tetapi bila Zafiq sendiri yang membahasakan diri dengan
pangilan itu menyebabkan dia terikut. Sejujurnya dia sendiri senang mengunakan
pangilan abang, kerana dirinya terasa dekat dengan lelaki itu.
Meja pantas dikemas. Kerja yang belum
sempat diselesaikan diletakkan di satu tempat. Takut bersepah dan sukar untuk
dia mencari.
…………………
Larissa pura-pura memandang kearah lain.
Sedaya upaya dia cuba menahan tawa yang bila-bila masa sahaja akan terhambur
keluar. Apa fesyen itu?
“Cantiknya suami Lisa hari ni.” Akhirnya
dia melepaskan tawa. Tak tahan melihat lelaki itu mengenakan ‘pakaian rasmi’
yang selalu digunakannya didapur. Apron bercorak cartoon dan selipar berbulu
yang di hiasi kepala katak.
“Pujian ke apa cam gitu?” Wajah
isterinya dipandang sekilas sebelum dia meneruskan agendanya.
“Pujian lah ni. Ajam mana? Lisa tak nampak
pun dari tadi.” Hairan juga. Selalunya bila dia pulang sudah riuh wajah itu
menyambutnya. Bayang bibik yang baru diambil bekerja dengan mereka juga tidak
kelihatan.
“Abang hantar balik rumah mama. Kacau daun
nanti.” Pinggan dicapai. Sayur ‘jadian’ dimasukkan ke dalam pinggan.
“Sayur apa ni.” Berkerut dahi Larissa cuba
mengenal pasti ‘keturunan’ sayur yang sudah tidak kelihatan rupa dan warna.
“Entah. Abang main masak aja.” Selamber
ayat itu meluncur keluar. Dia sudah tidak pasti apa yang telah dimasak. Resepi
yang dijengah bagaikan langsung tidak berguna. Sudahnya apa yang terasa ingin
‘dicampak’ dia masukkan aja.
Sudu dicapai. Sedikit sayur disudu dan
dimasukkan ke dalam mulut. Berkerut dahi Larissa. Ewww…Pahitnya.
“Mana abang ambil sayur ni?”
“Dalam peti sejuklah.”
“Ini buah peria lah abang. Mana pernah
orang masak buah peria letak kicap, ayam, udang segala macam ni.” Larissa
ketawa. Itulah belagak lagi. Selera tak menahan mat salehnya. Hari-hari nak
makan makanan ‘obesi.’ Ini sampaikan buah peria pun dah tak tahu. Sabar ajelah.
“Orang tak buatlah kita buat.”
“Abang cuba rasa.” Larissa mencabar.
“Tak nak. Takut keracunan.” Zafiq ketawa
besar bila Larissa sudah bangun dan bercekak pingang.
“Pandai.. Kalau Lisa yang keracunan macam
mana?” Muncung mulutnya mendengar jenaka Zafiq.
“Abang ada. Nanti abang jagalah Lisa. Apa
susah.”
“Iyelah tu. Abang masak apa lagi nak
‘racun’ Lisa?” Terus dia menapak ke arah suaminya yang duduk di kerusi
berhadapan dengannya.
“Abang masak special punya. Lisa mesti
suka. Ada dalam periuk. Pergilah tengok.” Zafiq menanggalkan apron di tubuh.
Tugas memasaknya sudah selesai.
“Ini special?” Sebiji makhluk bernama
kerang diletakkan di tapak tangan. Kerang rebus? Aduhlah suami. Memang fail.
“Special lah tu. Nak lagi special apa kata
Lisa naik atas pergi bersiap. Nanti kita makan dekat luar ajalah.” Ini kali
pertama dan terakhir dia meringankan tangan di dapur. Satu apa pun dia tak
kenal. Kononnya nak memberikan kejutan, tapi hampeh.
………………
“Suka?” Tubuh Larissa yang sedang berbaring
di sebelahnya dipeluk erat.
“Mestilah.” Rantai leher dengan loket
berhuruf Z dan L serta corak berbentuk love diantara kedua huruf membuatkan dia
tersenyum gembira. Loket yang tergantung dileher sejak tadi dipandang tanpa
jemu. Seronok kerana menyukai maksud disebalik huruf dan bentuk.
Apa yang lebih membuatkan dia gembira
kerana, lelaki itu tidak melupai tarikh perkahwinan mereka. Biarpun ikatan yang
terjalin terjadi bukan di atas dasar cinta, tetapi dia tetap gembira bila
akhirnya dendam dan amarah didalam diri mereka dapat dihapuskan. Saling
mencintai, itu adalah bonus dalam perhubungan mereka. Itu sudah mencukupi
baginya. Dia hanya perlukan seorang suami yang ‘mahukan’ dia. Yang boleh
menerima segala kekurangan yang ada di dalam dirinya.
“Hadiah abang mana?”
“Abang nak hadiah jugak ke?” Wajah nakal
terpamer. Keningnya diangkat-angkat.
“Iyelah. Mana hadiah abang?”
“Cuba pejam mata.”
Tidak menungu sesaat matanya terus dipejam.
Senyuman merekah dibibir.
“Ini, kerana sudi terima dan memaafkan
Lisa.” Dahi suaminya dikucup lembut.
“Ini, kerana sudi membahagiakan Lisa.” Pipi
kiri suaminya pula yang menjadi mangsa.
“Ini, sebab sudi cintakan Lisa.” Pipi kanan
dicium lama.
“Yang..ayat tu sepatutnya ciumnya dekat
lain.” Bibir dimuncungkan. Matanya masih terpejam.
Ketawa Larissa mendengar kata-kata
suaminya.
“Cukup tak hadiah Lisa?” Dagunya ditongkat
didada lelaki itu.
“Cukup, tapi tak sempurna.” Zafiq belum
berpuas hati.
“Nak hadiah sempurna tak? Kalau nak abang
buka dulu mata.”
Zafiq ketawa. Kertas? Nak buat apa..
Ingatkan bila buka mata dapatlah dia hadiah yang ‘romantik.’ Ini?? eleh…
“Nak buat apa kertas ni?” Malas dia
bertanya. Tubuh Larissa yang memeluk erat tubuhnya membuatkan dia keresahan.
Ini nak goda ke apa?
“Kertas? Gambarlah. Apalah abang ni.”
“Gambar apa? Hitam ajer ni.” Gambar yang
disangkakan kertas biasa tadi dicapai. Lama merenung mencari apa makna
disebalik gambar.
“Ya Allah suami siapalah ini?” Larissa
mengelengkan kepala. Sabar ajelah. Takkan gambar itu pun tak kenal? Hidup zaman
batukah suaminya?
“Lisa rasa kita nak letak nama apa nanti?”
Hampir jatuh rahang mendengar pertanyaan
suaminya. Disangkakan suaminya lambat tangkap, tetapi sudah terkehadapan
rupanya. Dia sendiri tak terfikir sampai ke situ.
“Suka?”
“Sangat. Hadiah paling besar dan berharga
pernah abang terima selain Lisa dengan Ajam. Thank sayang.” Dahi Larissa
dikucup lama. Rasa terharu dan sebak bercampur baur didalam diri. Tidak putus
ucapan Alhamdullillah bermain dibibir.
“Abang pun hadiah terbesar dalam hidup
Lisa.” Terus bibir suaminya dikucup. Spontan. Jelas suaminya terkedu kerana
tidak menjangka tindakannya.
“Dah sempurna?” Wajahnya dijarakkan dari
Zafiq. Memandang tepat kedalam anak mata lelaki itu.
“Perfect.”
……………………..
“Ini baby yang nak makan.”
“Siapa yang mengandung sekarang?” Baby nak
makan? Hello…
“Itupun nak sentap.” Tanpa mempedulikan
isterinya, suapan yang tergendala diteruskan. Sedap pula rasa ‘roti empat segi’
dicicah air milo. Sebelum ini tengok pun tak terliur.
“Lambat lagi ke? Lisa mengantuk ni.”
Kepalanya diletakkan di atas meja. Sedaya upaya mata yang layu dicelikkan.
Pagi-pagi buta suaminya kejutkan dia dari tidur kerana lapar. Memang tak patut.
Sejak dia mengandung macam-macam permintaan daripada Zafiq. Sampaikan,
kadang-kala dia sendiri keliru siapa yang mengandung sebenarnya.
“Jangan tidur. Kejap ajer ni.” Zafiq
memandang Larissa yang sudah terpejam celik matanya.
“Lisa naik atas dulu boleh tak? Sakit
perutlah.” Perutnya tiba-tiba terasa kurang selesa di usap lembut. Terus hilang
rasa mengantuk yang melanda.
“Dah. Jom naik. Abang dah sudah makan.”
Zafiq pantas mengikut langkah isterinya yang sudah sedikit kehadapan.
“Sayang, kain basah kenapa? Tak tahan
sangat ke?” Jelas baju tidur yang dipakai Larissa nampak basah. Tak kan
terkucil kot isterinya. Ini betul-betul tak tahan ni.
“Lisa rasa ketuban dah pecah.”
Lambat-lambat dia berpaling mengadap suaminya yang laju merapati apabila
mendengar kata-katanya.
“Dah tu kita nak buat apa?” Kalut Zafiq
bertanya.
“Nak buat apa lagi. Kita pergi
hospitallah.” Ya Allah saat-saat macam ini suaminya boleh tanya soalan ‘bernas’
seperti itu? masalah.
………………..
“Terima kasih sebab lahirkan zuriat untuk
abang.” Dahi Larissa dikucup. Bayi lelaki yang berada dalam pelukkannya turut
menjadi mangsa ciumannya. Menyedut aroma yang ada. Serta merta jiwanya berasa
tenang.
“Kalaulah dulu abang bertangungjawab..”
Sunguh, sampai ke saat ini, rasa kesal kerana kehilangan anak perempuannya
masih terasa.
“Jangan kenang perkara lama. Lisa dah cukup
bahagia sekarang. Lisa nak abang pun bahagia, sama macam yang Lisa rasa
sekarang.” Pinggang suaminya dipeluk erat. Sebuah senyuman dihadiahkan buat
suaminya.
“Abang menyesal buat perkara bodoh dahulu.”
Kalaulah dulu dia yakin dengan kuasa tuhan yang mengatur setiap apa yang
terjadi, tentu dia tidak perlu menanggung perasaan bersalah terhadap Larissa.
Dia kehilangan seorang adik, tetapi Larissa lebih teruk, kehilangan ibu dan
ayah sedari kecil. Kemudian Gadafi dan Suriyani. Bahkan anak mereka turut
menjadi korban dek kerana perasaan dendamnya.
“Lisa tahu. Tapi sekarang Lisa dah dapat
suami yang baik, yang penyayang, yang cintakan Lisa, yang busuk..” Dia cuba
membeli kembali hati suaminya. Cukuplah adanya Zafiq untuk dia, dia tidak mahu
lelaki itu hidup didalam kenangan silam lagi.
“Semua abang terima, kecuali part yang last
tu. Wohh..tolong sikit. Wangi lah.”
“Eh bukan ke?”
“Mestilah tak.”
Jarinya telunjuknya bergerak-gerak
menghantar isyarat supaya Zafiq mendekat.
“Kenapa?”
“Nak ciumlah wangi ke tak.” Larissa ketawa
bila Zafiq laju mendekatkan wajah ke arahnya. Pipi anaknya yang sedang enak
tidur dalam rangkulan Zafiq dicuit sebelum diambil dan diletakkan di
sebelahnya. Kemudian tangannya dibawa menyentuh kedua pipi suaminya.
“Nak tahu satu rahsia tak?” Perlahan
Larissa bertanya.
“Apa?”
“I love you.”
“I know.”
“Lah..tak romantiklah abang ni. Cakaplah I
love you to ke.” Terus wajah suaminya dilepaskan. Baru nak beromantika dah
potong stim. Hapalah..
“Abang cintakan Lisa lebih dari Lisa
cintakan abang. Kalau Lisa nak suruh abang ukur sebesar dan seluas mana cinta
abang untuk Lisa memang abang tak mampu. Tapi abang akan buktikan melalui kasih
sayang abang untuk Lisa dan anak-anak. Kalau nyawa abang sekalipun sebagai
galang ganti untuk kebahagian Lisa, abang sangup tukar.”
“Lisa mintak maaf.” Air matanya menitis
perlahan mendengan kata-kata suaminya. Terharu. Tidak menyangka lelaki itu
boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu. Bahagia? Dia bukan sahaja bahagia,
tetapi sangat bahagia, dan tidak pernah putus doa dititipkan agar mereka akan
bahagia dan bersama selagi hayat dikandung badan.
“Jangan menangis.” Jari-jemari kasarnya
dibawa menyapu air mata isteri. Dengan penuh kasih tubuh itu dipeluk erat.
Pergilah duka semalam agar aku bisa
tersenyum bersamanya. Cukuplah adanya dia untuk aku….Kerana sesunguhnya aku
amat mencintai dia……
Sampai mati pun engkau takkan ku lepaskan
Akan ku jaga seumur hidupku
Beribu puisi yang ku untaikan untukmu
Ingin ku selalu memiliki kamu
Jangan pernah kau sakiti aku lagi
Cobalah untuk lengkapi hidupku
Ku ingin menjaga dirimu
Tak akan pernah ku sakiti kamu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
Kehilanganmu Berat Bagiku : Kangen Band
Assalamualaikum... haii tuan blog.. saya suka cerita ni...
ReplyDeleteBest.. moral of the story is jangan berdendam kerana one day dendam tu akan makan diri kita...
waalaikumsalam. saya hanya mengumpul koleksi cerpen sahaja untuk dijadikan koleksi. Pujian hanya untuk orang yang mencoretkannya. Terima KAsih kerana sudi singgah di sini.
DeleteTq dear sudi tempek karya sy yg x seberapa ni..really appreciated.. :)
Deleteteruskan usaha anda untuk berkarya
Deletehttp://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-siapkah-anda-dengan-hubungan.html
ReplyDeleteTaipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong