KISAH BENAR SEORANG ISTERI: SUAMI NAKAL
Oleh: Shah (anakranting.com)
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah
bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada
Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu …solat. Tiba-tiba, si dia
bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana
dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni,
pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah
aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik
mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan .
Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj.
Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas,
Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna
kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur . Enjoylah aku dengan laptop ni.
Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau
sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan
laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?
“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz
60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak,
tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang
juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm
refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang
dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan
ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan
pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi
dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar
track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah
menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah.
Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia
bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin
kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat
itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari
isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah
makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan
aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!
Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau
ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya
mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum
ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau
jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia
ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah
dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir
itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila
mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom
Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula
ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut
dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di
sebelahnya.
Cepat sungguh si
Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga
tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang
buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam
sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”
Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti
masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga
Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai
bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak
terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak
reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di
tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat
terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.”
Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk
dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu
Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah
senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan
isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan
ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..”
komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak
rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.”
“okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman
langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib
itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata.
Tapi sedaya upaya dia cuba
luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu
senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama
dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.”
Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam
Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama
dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia
nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus
jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan
seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau
tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama
tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam
tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu.
Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang
Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah
ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah
lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung.
“tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu.
Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang
pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan
rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak
sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak
call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari
tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.
“..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang
pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah
mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar
esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak
apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah
sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan
lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga
pukul dua tiga pagi, solat tahajud..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu
beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright,
next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman
lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai
membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun
keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan
Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?”
Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman
memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman
dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman
telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata
Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat
selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.
“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman
menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman
yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan
sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron
baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu
cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di
atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah
senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi
melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh,
ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia .
“best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah
aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman
turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam
untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di
sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar.
Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita
membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan
perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di
bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan
lagu.
Demi cinta kita
aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari
lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas
dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba
mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun
dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah
Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.”
Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman
teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk
menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan
Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi
dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata.
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman
pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya
bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir
Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa
tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada
Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku
itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu
berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang
padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt
berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung
labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“superb! Romantic!” “kan
Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu.
Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang
perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?”
“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya
sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.
“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off
laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai
berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah
sudah lena tidur.
Mungkin penat
sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas
meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan
sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan
iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi
merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak
sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agam hari dia
tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni
akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja
pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato
Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..”
“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua
bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da
duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus
keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…
tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada
apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap
Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini
datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil
briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya
itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat
kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah
masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan
tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.
Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah
balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun
berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi
dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan ?!”
herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak
bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan
kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap
macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik
tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak
akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah,
tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya
pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu
Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman
yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu
hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam
je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya.
Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button
hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan
di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai..
sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak
ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui
kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara
lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong
lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air
matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang
menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang
tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang, cuba
tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi
tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu
terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan
senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”
Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH……
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai
Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2)
Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang
JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan
sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang
TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan
ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.”
“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman
senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib
ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz
nak pergi toilet sekejap.
Kamu bacalah buku
ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.
Tangannya menyelak muka surat
pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin
pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan
ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api
neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai
tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa
dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak
mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula
berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya.
Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi
dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? –
Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia
tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still
tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. –
Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka
rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. –
Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH.
– Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon
ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu
buka email kamu. Abi ada
hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas.
Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya.
Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah
air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah.
Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat
memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia
hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi.
Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya
lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan.
Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.”
Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat
nasihat abinya itu.
Mujur alongnya ada conference dekat Seoul ,Korea .
Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU
permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.”
Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah
senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang
tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.”
“thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa
kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi
kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman.
Syahirah senyum. “saya hanya
pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks
lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil
syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang
banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum
kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan
bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu
derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari
langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar
pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di
restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk.
Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut
tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak
tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang
duduk di kerusi itu. Syahirah
ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi
toilet jap.”
Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba
berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan
pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah,
semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman
di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak
bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…”
Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat
qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman.
Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari
itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah
mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman
dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk
ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan
pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik
Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di
cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”
Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch
rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang
mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman
mendengar pinggan pecah. Terus
dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan
bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu.
Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan.
Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat
di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi
malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan
kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk
ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah
yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan
pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota
polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan
Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di
disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar
rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak
suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman
bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang
abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan
orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh
adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba
meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah
alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba
dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata
Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya
Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..”
Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi,
macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri
saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran
bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air
mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah
ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran
terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu.
Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba
tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal
yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..”
kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di
penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah,
KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca
ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari
banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari
hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari
KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji
Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata
Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.”
Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman
ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian
sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur
Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti
di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di
depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah
bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya
tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.
“maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak
survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air
matanya cuba
di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji
Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya
Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.
“lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone
pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi
pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?”
Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu
kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya
itu. Buku itu di letak di
sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun
setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir
5 bulan dia cuba
kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka
menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya
dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut
ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk
membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.
Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal
bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di
cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya
pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi
dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan
masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di
pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk
masjid. Setelah itu dia
melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan
solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki
separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir
ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.
“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu
lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk
Aiman baca matanya sudah mahu terlelap.
Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak.
Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa
tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya
Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring
ke kanan. Mata cuba
di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun.
Dia menghampiri Syahirah yang senyum
memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan
Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya
senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya
sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan
pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal.
Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan
je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi
mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur.
Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh
orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi.
Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU.
Al-Fatihah.
Assalammualaikum
– alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup
ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama
dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran
yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam
keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi
ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di
iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat
kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba
yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua’lam…
Amat menyentuh hati. terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete