Setiap kisah dan cerita ini adalah hasil nukilan penulis sendiri dan koleksi cerpen yang terdapat di dalam simpanan yang ditulis oleh penulis lain. Setiap cerita adalah hak milik penulis dan sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Cerpen ini aadlah untuk koleksi simpanan dan bahan bacaan sahaja.

Friday, 29 July 2011

AKU BUKAN CINDERELLA!!


HARI INI AKU ADA DATE. SERBA-SERBI BARU. TAKKAN NAK PERGI DATING NAK PAKAI BAJU YANG SELALU AKU PAKAI KOT! BAJU T-SHIRT, JEANS DAN SPORT SHOES. MUKA NI TOKSAH DOK CERITA LA. NASIB BAIK AKU PAKAI JUGAK TONER DAN PELEMBAP MUKA.  NAK MAKE-UP, HA MACAM NI LA…BILA ADA DATE. AGAK-AGAKLA. AKU TAULA YANG AKU NI WARTAWAN GOSIP, TAPI TAK SEMESTINYA AKU NI KENA PAKAI SELEKEH GITU. TAPI ENTAHLAH, AKU LEBIH SUKA MACAM NI, SIMPLE TAPI KEMAS. NAK KATA MENARIK TU, MMM…ADA KOT, SIKIT-SIKIT!

UNTUK DATING HARI INI DAH BANYAK DUIT AKU MELABUR. BEDAK RM150.00-KALAU PAKAI TAK CANTIK LAGI AKU PUN TAKTAU LA; LIPSTIC RM200.00 – MAU DAPAT BIBIR MACAM ANGELINA JOLIE; EYE SHADOW RM300.00-MUNGKIN BOLEH DAPAT MATA MACAM LADY GAGA; DRESS MALAM RM 2000.00-KELAS GITU, MACAM NAK JALAN KAT RED CARPET PLAK; HANDBAG RM 800.00-FUYOO KALAH MAK DATIN TAPI KECIK. BAIK BAWAK BAG-PACK AKU LAGI BOLEH BAWAK BANYAK BARANG. TAPI TAKKAN KOT, PAKAI BUKAN MAIN RAK, TETIBA NAK BAWAK BAG-PACK. APA KELAS. SILAP HARI BULAN, ADA MASALAH MENTAL ORANG CAKAP KAT AKU.

AKU KE TEMPAT DUDUK BELAKANG UNTUK SALIN BAJU. DAN….OPS STOP! TAKKAN NAK PAKAI KASUT SPORT NI PLAK KOT. AKU TERUS MENUKAR KASUT. HA…BARU GLAMOUR HABIS AKU MALAM NI. BUT, JANGAN DITANYA BERAPA HARGA KASUT NI OK!

AKU BERJALAN PANTAS MENUJU KE LIFT. ALMAKLUMLA, HARI INI ADALAH ANIVERSARY KAMI YANG KE 7 KAMI BERKAWAN. FUYOOO…LAMA GILER! AKU MEMBETULKAN BAJU DAN MELANGKAH DENGAN TENANG MENUJU KE RESTOREN SELERA KAMPUNG YANG MENJADI KEGEMARAN KAMI. DIA SEDANG BERADA DI MEJA DITEPI TINGKAP YANG MENAMPAKKAN SUASANA MALAM.

AKU AGAK HAIRAN. KENAPA TIADA BUNGA ATAU LILIN ATAS MEJA MACAM SELALU. NAMUN, SENYUMAN MANIS TETAP AKU HADIAHKAN KEPADANYA. DIA SEPERTI BIASA, KACAK WALAUPUN HANYA MASIH DENGAN PAKAIAN KERJANYA. KEMEJA LENGAN PANJANG YANG DILIPAT SEHINGGA KE SIKU DAN SLACK HITAM. RAMBUTNYA YANG IKAL, AGAK KUSUT. AKU AGAK HAIRAN DENGAN PENAMPILANNYA PADA MALAM ITU.

SORRY. LAMBAT SIKIT! UJARKU. DIA HANYA TERSENYUM DAN BANGUN MENARIK KERUSI UNTUK AKU DUDUK.

TAKPER! I PUN BARU SAMPAI. BERITAHUNYA. YOU LOOK SO BEAUTIFUL TONIGHT. SAMBUNGNYA LAGI. AKU HANYA TERSENYUM DAN TERTUNDUK MALU.

MAKAN! AJAKNYA. AKU HANYA TERSENYUM DAN MENGANGGUK. KEBETULAN PERUT AKU DAH BERBUNYI LAGU KERONCONG BERGENDANG HINDU. AKU MENYUDU NASI GORENG KAMPUNG YANG BERADA DIHADAPANKU. DIA MEMANG BEGITU, SUDAH TAHU KEGEMARANKU.

I NAK CAKAP SIKIT DENGAN YOU! SUARANYA TIBA-TIBA SETELAH HAMPIR LIMA MINIT KAMI MEMBISU. AKU MENGANGKAT MUKA DAN MEMANDANG WAJAHNYA. WAJAHNYA KELIHATAN KERUH. AKU MENGERUTKAN DAHI. AIR BARLI SUAM YANG BERADA DISEBELAH KANANKU, KU SEDUT PANTAS.

YOU NAK CAKAP APA? TANYAKU TIDAK SABAR. MUNGKIN DIA NAK MELAMAR AKU! UIIII…..SERONOKNYA! AKU SUDAH MELOMPAT KEGEMBIRAAN DI DALAM HATI.

KITA BREAK! PERKATAAN ITU BAGAIKAN HALILINTAR MELINTAS DIHADAPANKU. SENYUMAN AKU MATI. AKU TERKEDU TIDAK TAHU NAK CAKAP APA. AKU KIRA AKU SILAP DENGAR.

APA YOU CAKAP TADI! I TAK JELAS! AKU MENYURUH DIA MENGULANGI PERCAKAPANNYA.

I NAK KITA BREAK! BERPISAH! AKU DAH TAK BOLEH BERFIKIR. TANGAN AKU MENGGELETAR. MATAKU MULA BERKACA. AKU MAHU BERTANYA KENAPA TETAPI TIDAK MAMPU. HANYA BIBIRKU YANG BERGETAR-GETAR.

KENAPA? APA SALAH I? TANYA AKU BERTUBI-TUBI. ADA AIR MATA YANG MENGALIR DIPIPI.

I DAH JUMPA ORANG LAIN. BERITAHUNYA. AKU SUDAH TIDAK TERKATA APA-APA. JUMPA ORANG LAIN! AYAT ITU BAGAIKAN LAVA YANG SEDANG MEMBAKAR TUBUH AKU. SAKITNYA BUKAN KEPALANG.

TAPI KENAPA? APA YANG YOU TIDAK PUAS HATI DENGAN I. I ADA BUAT SALAH DENGAN YOU KE? YOU BAGITAHU I APA YANG PERLU I LAKUKAN! I AKAN BUAT! AKU SUDAH MENCAPAI TANGANNYA. NADAKU SUDAH SEPARUH MERAYU.

AKU TERKEDU APABILA DIA MENARIK TANGANNYA. ESAKKANKU SERTA MERTA TERHENTI APABILA DIA BANGUN TIBA-TIBA.

KITA BREAK! THAT ALL. YOU JANGAN CALL I LAGI! UCAPNYA SAMBIL BERLALU. AKU TERDIAM TANPA KATA. BEBERAPA ORANG YANG BERADA DISITU TERTOLEH-TOLEH MEMANDANG AKU. AKU MALU. AKU TERUS BERLARI KELUAR DARI SITU. TIDAK SANGGUP BERADA DI SITU LAMA-LAMA. AKU RASAKAN SEMUA ORANG YANG BERADA DI RESTOREN ITU SEDANG BERTEPUK TANGAN, BERSORAK GEMBIRA DENGAN PERPISAHAN INI.

SAMPAI SAHAJA DI KERETA AKU SEKALI LAGI TERPERANJAT APABILA MELIHAT KERETA AKU DIKUNCI TAYARNYA. YA ALLAH! APA DUGAAN YANG KAU BERIKAN KEPADA AKU LAGI. AKU KIRA, HARI INI ADALAH HARI MALANG AKU. MACAM MANA LA AKU TAK NAMPAK SIGN BOARD ‘NO ENTRY’ YANG DILETAKKAN DISITU. MUNGKIN TADI AKU NAK CEPAT KOT!

AKU SEGERA MENUJU KE GUARD POST UNTUK MEMAKLUMKAN HAL BERKENAAN. APA YANG BERADA DALAM PEMIKIRAN AKU ADALAH AKU NAK BALIK RUMAH DAN BERENANG.

SEMENTARA MENUNGGU PAKCIK GUARD MEMBUKA KUNCI YANG DIKUNCI DI TAYAR KERETA AKU, AKU TERMENUNG DI TEPI KERETA. AKU MEMANDANG KE KAKI AKU. MESTI TIADA SIAPA YANG PERCAYA. KASUT AKU BERHARGA RM700. BATU MARIKH KOT YANG MEREKA LETAK DI ATAS KASUT AKU NI. SEBAB TU HARGA DIA PUN BOLEH TAHAN.

NAMUN, EXPRESI DAN KEDUKAAN HATI AKU, TIADA HARGANYA YANG BOLEH DIBAYAR. AKU MEMBELOK KE JALAN BESAR APABILA SELESAI MEMBAYAR HARGA TIKET TEMPAT LETAK KERETA DAN SAMAN SALAH TEMPAT LETAK KERETA. TERBANG LAGI DUIT AKU RM100.00.

AKU MEMBELOK KERETA KE APARTMENT AKU. TIADA LAGI KASUT HIGH HEEL YANG TERSARUNG DI KAKI AKU APABILA AKU KELUAR DARI KERETA. PERLAHAN AKU MELANGKAH TENANG KE TEPI KOLAN RENANG. SUNYI. AKU MENGERLING JAM GUESS YANG TERDAPAT DI TANGAN KIRI AKU. SEKALI LAGI AKU JADI SAYU. JAM TANGAN INI HADIAH DARIPADANYA PADA HARI JADI AKU YANG KE 25.

SUDAH PUKUL 2 PAGI. PATUTLA TAKDA ORANG. FIKIR AKU DALAM HATI. AKU MEMBUANG SELIPAR DI TEPI KOLAM. PERLAHAN-LAHAN AKU MENCECAHKAN KAKI KE DALAM AIR. TIDAK AKU PEDULIKAN DRESSES PUTIH YANG HARGANYA MENCECAH RIBUAN RINGGIT ITU.

PERLAHAN AKU MENGUAK AIR. DINGIN SAJA. PERLAHAN SAJA AKU MENYELAM HINGGA KE DASAR DENGAN HARAPAN AKU DAPAT MEMBUANG SEMUA MASALAH YANG MENYESAK KE DALAM FIKIRAN AKU INI.

SUNYI. ITULAH YANG AKU RASAKAN. TENANG SAJA. LAPANG FIKIRAN AKU. TIBA-TIBA AKU RASAKAN AIR BERGELODAK. DAN SEKETIKA KEMUDIAN SESEORANG MEMAUT PINGGANG AKU DAN MENGHERET AKU KE ATAS PERMUKAAN AIR. AKU YANG TERPERANJAT, MERONTA-RONTA MINTA DILEPASKAN. AKU SEDIKIT KELEMASAN. AIR KOLAM DAH BERAPA GELEN AKU TELAN.

SAMPAI SAJA DIPERMUKAAN AIR, ADA TANGAN SASA YANG MEMEGANG LEHER AKU DAN MENGHERET AKU KE TEPI KOLAM. DENGAN SENANG SAJA TUBUH AKU DITOLAK NAIK KE PERMUKAAN JUBIN YANG AGAK KASAR ITU.

KAU GILA KE NAK BUNUH DIRI. AKU TERKEDU. DIA CAKAP DENGAN AKU KE? AKU BERMONOLOG DALAM HATI. AKU TERBATUK-BATUK KECIL APABILA ADA AIR YANG AKU TELAN SEMASA BERUSAHA MELEPASKAN DIRI TADI.

KALAU YER PUN ADA MASALAH, JANGAN AMBIK KEPUTUSAN MUDAH. SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA. JANGAN IKUTKAN HATI. MATI JADINYA. MASUK NERAKA TAHU TAK? JERKAH LELAKI ITU LAGI.

YA ALLAH! TAK TERLINTAS DIFIKIRAN AKU NAK BUAT BENDA HARAM ITU. AKU MASIH LAGI ADA PEGANGAN AGAMA. DIDIKAN YANG PARENT AKU BERIKAN MASIH LAGI AKU PEGANG KUKUH DAN TERSEMAT DIDADA.

DIA BERTINGGUNG DIHADAPANKU. AKU MASIH LAGI TERBATUK-BATUK. BERUSAHA UNTUK MEMBUANG SISA AIR KOLAM YANG MASIH BERADA DIDALAM PERUTKU. TANGANNYA SEGERA MENEPUK-NEPUK BELAKANG BADANKU. MUNGKIN UNTUK MENOLONG.

BILA SAYA CAKAP SAYA NAK BUNUH DIRI! UCAPKU. MASIH LAGI MENUNDUKKAN DIRI. RAMBUTKU YANG PANJANG, MASIH LAGI TERURAI DIHADAPAN. TANGAN YANG SEDANG MENEPUK BELAKANGKU TERHENTI.

TADI SAYA….! BICARANYA TERHENTI BILA AKU MENYUAK RAMBUT KE BELAKANG. RIMAS PUN ADA. ESOK AKU NAK PERGI POTONG.

APA! AWAK INGAT SAYA NI BODOH, TAK TAHU HUKUM HAKAM AGAMA. ORANG BERENANG DENGAN BUNUH DIRI PUN TAKTAU NAK BEZA KE? GILA KE APA! AKU MENYERGAHNYA. DIA TERKEJUT LANTAS BERDIRI DAN MEMBELAKANGKAN AKU. MASIH LAGI TERKEDU. HUDUH SANGAT KE AKU DENGAN KEADAAN MACAM NI. AKU MENELITI PAKAIANKU.

ALAMAK! AKU SEGERA MEMELUK TUBUHKU. TIDAK AKU SANGKA DRESS YANG AKU PAKAI TELAH MENAMPAKKAN SUSUK TUBUH AKU. MESTI LELAKI ITU TELAH MELIHATNYA. AKU MENGGIGIT BIBIR.

NAH! PAKAI! SUA PEMUDA ITU. DITANGANNYA TERDAPAT KEMEJA BERWARNA BIRU MILIKNYA. WALAUPUN BASAH TAPI MAMPU UNTUK MENUTUP TUBUHKU YANG TERDEDAH.

LAIN KALI FIKIR DULU SEBELUM AMBIL TINDAKAN! UJARNYA SAMBIL BERLALU. AKU INGIN MEMBALAS KATA-KATANYA NAMUN DIA TELAH PERGI JAUH. PERLAHAN AKU BERLALU MENUJU KE LIFT YANG AKAN MEMBAWA AKU KE TINGKAT 16, RUMAHKU.

~~~~~*****************~~~~~

AKU MENOLAK PINTU PEJABAT MAJALAH PANAS!, MAJALAH GOSIP YANG PALING LARIS DAN POPULAR. SEMALAM AKU MC. DEMAM. MUNGKIN KERANA PERISTIWA MALAM ITU. RAMBUT YANG PANJANG AKU POTONG PENDEK, MACAM NASHA AZIZ. AKU MELETAKKAN BEG DI ATAS MEJA DAN TERUS KE PANTRY. JUS EPAL YANG DICAMPUR DENGAN LIMAU KASTURI DAN ROTI BAKAR MENJADI SARAPANKU PAGI ITU. NAMUN, HANYA SEPARUH SAJA YANG LUAK APABILA FIKIRAN AKU MELAYANG TERINGATKAN DIA.

ROTI YANG MASIH BERBAKI AKU BUANG KE DALAM TONG SAMPAH. JUS YANG MASIH BERBAKI DI DALAM MUG AKU BAWA KE MEJA AKU.

HAI, QASEH! IMEJ BARU NAMPAK?! TEGUR KHAIRUL ATAU KHAI, PEMUDA LEMBUT YANG SAMA-SAMA BEKERJA DI OFIS AKU NI.

UBAH ANGIN! BALASKU RINGKAS. AKU MELABUHKAN TUBUHKU DI KERUSI. KHAI MASIH LAGI BERTENGGEK DI ATAS MEJA AKU.

YOU! YOU NAK TAHU TAK, APA YANG I NAMPAK SEMALAM……..! KHAI MEMBUKA CERITA. TANGANNYA YANG DIANGKAT SEPARUH IKUT TERAWANG-AWANG MENGIKUT GERAK-GERINYA SEMASA BERCERITA.

TAK TAHU! UJARKU SAMBIL TERSENGIH. LAYAN MAKNYAH NI PUN OK GAK. TAKLA AKU TERINGAT SANGAT KAT BOYFREND AKU TU. EH, EXBF LA!

YOU NI…I NAK CERITA LER NI..SEMALAM KAN I NAMPAK ZACK DENGAN SORANG PEREMPUAN YOU. BERITAHUNYA.

ZACK MANA NI? TANYAKU DENGAN NADA KURANG PASTI. ZEK ZAIDI KA?

ISH YOU NI! PELAKON TOP PUN YOU TAK TAHU! APA LA! NAMA SAJA BEKERJA DENGAN MAJALAH GOSIP, TAPI BAB ARTIS HAMPEH! KUTUK KHAI TERANG-TERANGAN. AMBOI LASERNYA MENGALAHKAN POMPUAN! SESUAI SANGATLA DENGAN STATUSNYA YANG PEGANG KOLUM LIDAH BERAPI DALAM MAJALAH PANAS NI.

ALA….AKU MANA LA TAU YANG MANA! ZACK KAN RAMAI…ZEK ZAIDI KA, ZAKARIA KA, ZAKERI KA! AKU MEMBELA DIRI. PERLAHAN BADAN AKU SANDARKAN KE KERUSI. MEMANDANG KE ARAH KHAI, TEPAT.

ISH YOU NI, ZACK YANG PELAKON MENANG ANUGERAH PELAKON LELAKI POPULAR TU! BERITAHU KHAI PENUH SEMANGAT.

OOOOOOO……….PELAKON YANG PERASAN BAGUS TU KE? KATAKU SEKALIGUS MENGUTUK PELAKON POPULAR TU!

ISH YOU NI..SAMPAI HATI YOU CAKAP MACAM TU. DIA HENSEM TAU, COMEL, CUET. YOU APA ADA! GARANG NAK MAMPUS! KATA KHAI. AKU HANYA TERSENGIH.

APA YANG YOU NAK BAGITAU I TADI! TANYAKU. NAK JUGAK TAHU APA YANG DIKECOHKAN OLEH MAKNYAH NI!

OWH…I NAMPAK DIA KELUAR DENGAN DATIN SHERRY. SIAP PEGANG-PEGANG TANGAN LAGI TAU.

EH! BUKAN KE DATIN SHERRY NI WIFE DATUK SUFIAN! TANYAKU INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN.

YER BETUL LA TU! TAK SANGKA I TAU….. KATA KHAI SAMBIL MENUNJUKKAN KEKECEWAANNYA. AKU HANYA TERSENGIH.

KENAPA? YOU JELES EK! TANYAKU SAMBIL MENCUCUK PINGGANGNYA DENGAN PEN YANG BERADA DITANGANKU.

AWW…..OPOCOT MAK! ISH YOU NI…SUKA BUAT I TERKEJUT TAU! MALAS LA NAK LAYAN YOU. KATANYA LAGI SAMBIL BERLALU MELENGGANG KE TEMPATNYA. AKU HANYA MEMERHATI SAMBIL MENGGELENG KEPALA. HAI, KHAI, BILA LA KAU NAK BERUBAH! KATA-KATA ITU HANYA BERGEMA DI DALAM HATI SAJA.

QASEH, PUAN LINA NAK JUMPA YOU! BERITAHU KAK DAYAH YANG BERADA DISEBELAH TEMPAT MEJA AKU. HANYA SUARA KEDENGARAN. AKU MENJENGUK KE MEJANYA YANG TERHALANG DENGAN BOARD.

CEH, TENGAH MAKAN MANGGA RUPANYA MINAH NIH! TAULA DAH MEMBOYOT, TAPI TAKKAN TIAP MASA NAK MAKAN BENDA ALAH TU! KUTUK AKU, TAPI HANYA BERGEMA DALAM HATI SAHAJA. PANJANG LANGKAH AKU MENUJU KE BILIK PUAN LINA, EDITOR MAJALAH PANAS!.

PINTU AKU KETUK PERLAHAN. KEDENGARAN SUARA YANG MENYURUH AKU MASUK. SELEPAS MEMBACA BISMILLAH, PERLAHAN KAKI KU ATUR MASUK KE DALAM BILIK YANG SERBA SERBI BERWARNA UNGU ITU. MEMANG UNGUHOLIC BETULLAH BOS AKU YANG SORANG NIH.

PUAN NAK JUMPA SAYA. TEGUR AKU APABILA PUAN LINA MASIH LAGI MENATAP ARTIKEL YANG BERADA DIHADAPANNYA.

YER. DUDUKLAH! ARAHNYA. ARTIKEL YANG BERADA DIHADAPANNYA DIKEMAS DAN DIMASUKKAN KE DALAM SAMPUL SURAT YANG KEMUDIANNYA DILETAKKAN KE DALAM SEBUAH KOTAK YANG BERADA DI ATAS MEJANYA.

MALAM ESOK YOU FREE TAK? TANYA PUAN LINA SAMBIL MATANYA MENATAP WAJAHKU.

FREE. ITUPUN KALAU INFORMER SAYA TAK INFORM NEWS APA-APA LA. TERANG AKU.

MMM…IKUT SAYA KE MAJLIS MAKAN MALAM. BOLEH TENGOK NEWS BARU ESOK. AKU BERFIKIR SEKETIKA. AKU SEDIA MAKLUM MENGENAI DINNER MALAM ESOK. BANYAK ARTIS YANG HADIR UNTUK MEMPROMOSI MAJALAH HUMOR YANG DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT PENERBITAN HELANG JAYA.

MM INSYA ALLAH…SAYA TAK JANJI LA. RASALNYA TAKDER HAL. BERITAHUKU. WALAUPUN AKU MALAS UNTUK KELUAR, TAPI AKU RASAKAN AKU PERLU SIBUKKAN DIRI DENGAN KERJA UNTUK LUPAKAN DIA.

KALAU MACAM TU AWAK TEMANKAN SAYA YER! AJAK PUAN LINA. AKU SEMEMANGNYA RAPAT DENGAN BOS AKU YANG SORANG NI. PERLAHAN KEPALA YANG TIDAK GATAL AKU GARU.

MMM BOLEH KOT! AKU MEMBERI KATA PUTUS YANG TIDAK PASTI.

KALAU MACAM TU, NI TIKET MASUK. TEMA MERAH TAU! BERITAHU PUAN LINA AKHIRNYA. AKU HANYA MENGANGGUK. ALAMAK, NAK KENA SHOPING BAJU LAGI KE? AKU MENGELUH DALAM HATI. AKU MEMINTA DIRI UNTUK KELUAR.

DAYAH! AKU NAK KELUAR KEJAP. CARI BERITA! BERITAHU AKU KEPADA DAYAH YANG MASIH RALIT MENGGIGIT MEMPELAM MUDA. TIADA KERUTAN MENGHIASI WAJAHNYA. TAK MASAM KER?

OIT...PUAN LINA APSAL CARI KAU TADI? TANYA DAYAH. MULUTNYA PENUH MENYUNYAH MEMPELAM MUDA. AKU MENGAMBIL SEPOTONG DAN MENCUBA UNTUK MENGGIGIT. NAMUN, BARU SAJA AKU MENGGIGIT, TERUS SAJA AKU MENUTUP MULUT. MAK OII, MASAM NAK MAMPUS!

APSAL? TANYA KAK DAYAH SAMBIL TERSENGIH.

MASAM LA KAK! AKU MEMBERITAHU. KOTAK TISU YANG BERADA DIHADAPANKU, AKU TARIK. TISU KU TEKAP DIMULUTKU.

DAH TAU MASAM, MAKAN BUAT APA. EH KAK DAYAH NI, BEBEL PLAK!

PUAN AJAK GI DINNER MALAM ESOK! HELANG JAYA PUNYA! BERITAHU AKU.

HA..ELOK LER TU! KAU TU JER YANG SORANG BUJANG TRANG TANG-TANG. UJAR KAK DAYAH. AKU MENCEBIK.

ASYIK AKU SAJA YANG KENA TOLAK KE SANA SINI. MANA ACI! RUNGUT AKU.

LAU TAKNAK KENA TOLAK SANA SINI, KAU AJAK HISYAM KAHWIN CEPAT-CEPAT. AKU TERKEDU. TAK MUNGKIN AKU MENGAJAK DIA KAHWIN. DIA KAN DAH JADI EX AKU HUHUHU!

NANTILAH. OKEYLAH KAK, SAYA GI DULU. BYE.

******************************

AKU BERJALAN DARI SATU KEDAI KE SATU KEDAI. TIDAK TAHU APA LAGI YANG PERLU AKU CARI. DALAM KEADAAN MELAYAN PERASAAN, AKU MEMASUKI SEBUAH KEDAI YANG MENJUAL PELBAGAI JENIS GAUN MALAM.

MISS, CAN I HELP YOU? TEGUS SEORANG JURUJUAL WANITA.

I WANT ONE DRESS IN RED COLOUR. BUT PLEASE NOT TO MUCH SEXSY AND ITS MAKE ME MORE COMFORTABLE. BERITAHUKU KEPADA SALESGIRL ITU. DIA TERUS MEMBAWA AKU KE ARAH RAK PAKAIAN. PELBAGAI JENIS PAKAIAN YANG DITUNJUKKAN KEPADAKU. AKHIRNYA AKU MENGAMBIL SEHELAI DREE LABUH PARAS LUTUT YANG BERWARNA MERAH HATI DAN DIHIAS DENGAN LABUCI DIBAHAGIAN DADA. AKU AKAN PADANKAN DENGAN SELENDANG BERWARNA PUTIH NANTI. FIKIR HATI AKU.

AKU HULURKAN KAD KREDIT AKU KEPADA SALESGIRL TADI. ADUH…POKAI AKU BULAN NI. RUNGUT AKU.

THANKS. PLEASE COME AGAIN. UCAP SALESGIRL ITU APABILA AKU HENDAK MENGUNDUR DIRI. AKU HANYA TERSENYUM.

SAMPAI SAHAJA DIPINTU KELUAR, TELEFON AKU BERBUNYI. AKU TERUS MENYELONGKAR BAGPACK AKU, BARU SAHAJA AKU INGIN MENJAWAB PANGGILAN TELEFON, AKU TERLANGGAR SESEORANG. AKU LANGGAR ORANG KE ORANG LANGGAR AKU??

ADUH! AKU JATUH TERDUDUK. TELEFON AKU BERKECAI. AKU SEGERA MENGUTIP TELEFON AKU YANG SUDAH TERPISAH. BATERI, RANGKA, CASING DI MERATA-RATA. ORANG YANG AKU LANGGAR ITU MENGUTIP BATERI DAN MEMBERI KEPADA AKU.

SORRY. SORRY. UCAPKU TERUS MENGAMBIL BATERI YANG TERLETAK DITANGANNYA.

MAK OOI…BESARNYA TANGAN. KUTUK AKU DALAM HATI. AKU TERUS MENDONGAK KE MUKANYA. DIA BERDIRI BETUL-BETUL DIHADAPANKU.

AWAK LAGI! UCAP PEMUDA ITU SEAKAN TIDAK PERCAYA. AKU HANYA TERMANGGU.

KITA KENAL KE? TANYA KU PULA. MASIH LAGI KALUT MEMASANG HANDPHONE AKU YANG BERKECAI ITU.

AWAK NI TAK INGAT KE ATAU BUAT-BUAT TAK INGAT? TANYA PEMUDA ITU LAGI. ITUPUN SELEPAS BEBERAPA MINIT MEMERHATI AKU TERKIAL-KIAL MEMASANG KOMPONEN HANDPHONE AKU ITU.

AKU TERKEJUT TATKALA PEMUDA ITU MERAMPAS TELEFON AKU DAN TERUS MEMASANG SATU PERSATU.

OOO….MACAM TU KE PASANGNYA! AKU BERSUARA PERLAHAN. AKU MENYAMBUT HANDPHONE AKU ITU DAN TERUS MENEKAN KAYPAD.

OFIS LER! KATAKU LAGI. TANPA MEMPEDULIKAN PEMUDA ITU YANG MASIH LAGI BERDIRI DIHADAPANKU.

THANKS YER! UCAPKU SAMBIL BERLALU MENINGGALKAN DIA TERCENGANG-CENGANG.

PEREMPUAN MACAM NI PUN ADA KE? RUNGUT PEMUDA ITU PERLAHAN. TIBA-TIBA HANDPHONENYA BERBUNYI. DIA MELIHAT KE SKRIN TELEFONNYA.

MAMA! PANGGILAN ITU SEGERA DIJAWAB.

****************************

AKU MENGEMASKAN PAKAIANKU. TERLETAK ELOK DIBADANKU. MUAT-MUAT AJER. ENTAH KENAPA HATI AKU BERDEBAR-DEBAR. TENGAH HARI TADI PUAN LINA ADA CALL. DIA BAGITAU YANG DIA TIDAK DAPAT DATANG MALAM NI, TAPI DIA DAH HANTAR SESEORANG UNTUK MENEMANI AKU. SIAPA? AKU PUN TIDAK SEMPAT UNTUK BERTANYA BANYAK BILA MENDENGAR TONE SUARANYA YANG CEMAS ITU.

TELEFON BIMBITKU BERBUNYI. TERTERA NOMBOR YANG TIDAK AKU KENALI. AKU TERUS MENJAWAB.

TURUN.

HANYA ITU YANG AKU DENGAR SEBELUM TALIAN DIMATIKAN. AKU MEMANDANG TELEFON BIMBIT AKU DENGAN GERAM. DENGAN PANTAS BEG TANGAN AKU AMBIL DAN LANTAS MENUJU KE LIFT SETELAH PINTU RUMAH AKU KUNCI.

AKU BERDIRI DI HADAPAN PONDOK PENGAWAL. MATA AKU MELIAR KE ARAH JALAN TANPA SEDARI ADA SESEORANG BERJALAN MENUJU KE ARAH AKU.

HAI! SAPA SATU SUARA MEMBUATKAN AKU TERKEJUT DAN TERUS BERPALING KE ARAH SUARA TERSEBUT. AKU MENURUT DADA PERLAHAN-LAHAN.

SORRY. UCAPNYA LAGI. MUNGKIN TIDAK SANGKA AKU BOLEH TERKEJUT DENGAN SAPAANNYA.

TAKPER…TAKPER! UCAPKU SETELAH PERASAAANKU REDA.

AWAK LAGI! GILIRAN PEMUDA ITU PULA YANG TERKEJUT. AKU SEDIKIT TERMANGGU.

AWAK KENAL SAYA KE? TANYA AKU KALUT. RASANYA BELUM PERNAH AKU JUMPA PEMUDA INI. JAUH SEKALI MENGENALINYA.

WAJAH PEMUDA INI NAMPAK BIASA TAPI MEMPUNYAI TARIKAN YANG SENDIRI. RAMBUTNYA YANG LURUS DAN AGAK PANJANG TAMPAK KEMAS APABILA DISIKAT KE ATAS DAN DIIKAT DIBELAKANG. MATANYA YANG BUNDAR NAMPAK MENARIK DENGAN ALIS KENING YANG AGAK TEBAL. DUA ULAS BIBIRNYA YANG KEMERAH-MERAHAN TAMPAK BASAH.

AWAK KAN YANG NAK BUNUH DIRI KAT KOLAM TU? TANYANYA TIBA-TIBA. AKU MENGERUTKAN DAHI. BILA MASA PLAK AKU NAK BUAT BENDA YANG DILAKNAT ALLAH TU!

BILA MASA PLAK! AWAK JANGAN NAK BUAT CERITA LA. KENAL PUN TAK, TETIBA CAKAP SAYA NAK BUNUH DIRI PLAK! KATAKU. MATAKU TERUS MELILAU KE ARAH JALAN. MEMOHON AGAR PEMUDA YANG DIHANTAR OLEH PUAN LINA, TIBA.

TAK KISAH LA. AWAK TUNGGU SAPA? TANYA PEMUDA ITU. EH! SIBUK PLAK MAMAT NI! CEBIK AKU DALAM HATI.

KAWAN! TADI SURUH TURUN, TAPI SEKARANG BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK! MALAUN BETUL LA MAMAT NI! RUNGUT AKU TANPA MENGHIRAUKAN PEMUDA ITU YANG MASIH BERADA DISEBELAH AKU.

AWAK? PANGGIL PEMUDA ITU. AKU YANG SEDIKIT MEMBELAKANGKANNYA HANYA BUAT TIDAK TAHU. MALAS NAK LAYAN SEBENARNYA.

AWAK! PANGGILNYA LAGI. BAHUKU DICUIT LEMBUT.

APA! SERGAH AKU. DAHLA TENGAH BENGANG.

KERETA KAT SANA! TUNJUK PEMUDA ITU. AKU MENGERUTKAN DAHI. TANDA TIDAK FAHAM.

YERLA KERETA, TAKKAN KAPAL TERBANG PLAK! BALASKU SAMBIL SEKALI LAGI MEMBELAKANGKANNYA. DIA MENJUNGKITKAN BAHU.

TIBA-TIBA TELEFON BIMBIT AKU MENJERIT NYARING. HA…BARU TAHU NAK TELEFON AKU MAMAT NI!

HELLO! AKU MENJAWAB AGAK KASAR! BIAR LAH. SAKIT KAKI AKU NI DOK BERDIRI KAT SINI LAMA-LAMA.

AWAK TAKNAK PERGI KE? AIK, DIA TANYA AKU PLAK? AKU DAH NAIK KEMATU DUDUK DI SINI DIA TAK TAHU. KUTUK AKU DALAM HATI.

SAYA TENGAH TUNGGU AWAK LER NI! KAT MANA? TANYA AKU TIDAK SABAR.

BELAKANG AWAK!

HAH! AKU TERKEJUT SERAYA BERPALING KE BALAKANG. KELIHATAN PEMUDA TADI TERSENYUM KE ARAH AKU. AKU DAPAT RASAKAN DARAH MENYERBU KE MUKA KU. PERLAHAN AKU MENUNDUK. MALU BEB!

SHOW WE! TANYANYA. AKU HANYA MENGANGGUKKAN KEPALA. TIDAK BERANI MENGANGKAT MUKA.

PERLAHAN AKU MEMASUKI KERETA DAN MENUTUP PERLAHAN. TALI PINGGANG AKU KENAKAN. MASIH DIAM. DIA DENGAN TENANG MEMANDU KERETA BMW 3 SIRIES NYA. DARI EKOR MATA, DAPAT AKU LIHAT PAKAIANNYA. AKU MENGIGIT BIBIR. APSAL LA AKU TAK PERASAN DIA MEMAKAI KOT DENGAN KEMEJA MERAH DIDALAM. AKU MEMBUANG PANDANG KE LUAR. TIDAK BERANI UNTUK MEMANDANG WAJAHNYA ATAU MEMULAKAN BICARA.

SO, DAH LAMA KERJA DENGAN MUMMY? TANYA PEMUDA ITU.

HAH! AKU TERMANGGU. SEBETULNYA AKU TIDAK TAHU APA YANG PEMUDA ITU CAKAP.

SAYA TANYA, DAH LAMA KERJA DENGAN MUMMY! PEMUDA ITU MENGULANGI PERTANYAANNYA.

MUMMY! AKU BLUR. BILA MASA PLAK AKU KERJA DENGAN MAK DIA.

PUAN LINA. SHE IS MY MOM! TERANGNYA.

OOWH….! PANJANG PULAK JAWAPANKU. AKU HANYA TERSENGIH. RUPANYA MAMAT BANYAK BUNYI NI ANAK PUAN LINA. TAK MACAM IBUNYA. BANYAK DIAM DARI CAKAP.

BARU LAGI. ADALA DALAM 3 TAHUN. JAWABKU SAMBIL LEWA.

3 TAHUN CAKAP BARU. DASYAT AWAK NI! HABIS ITU LAU LAMA, BERAPA TAHUN? 30 TAHUN? EH DIA NI, BANYAK CAKAP PLAK!

TAU TAKPER! AKU JAWAB SAMBIL TERSENYUM. PEMUDA ITU KETAWA.

AWAK NI PENUH DENGAN SENSE OF HUMOR LA! PENDAPAT ITU HANYA BERLALU DIHUJUNG TELINGA AKU SAJA. PUJIAN ATAU PERLIAN! ITUPUN AKU TAK TAHU. LANTAKLA DIA NAK FIKIR APA PUN.

KAMI TURUN DI HOTEL SHANGRI-LA. SELEPAS MEMAKIR KERETA, SECARA BERIRINGAN AKU BERJALAN DENGAN PEMUDA YANG TIDAK AKU KETAHUI NAMANYA ITU.

GIVE ME YOUR INVITATION CARD. PINTANYA. AKU TERUS MEMBERI KEPADANYA. SELEPAS MENUNJUKKAN INVITATION CARD, KAMI MELANGKAH MASUK KE DEWAN YANG MULA DIPENUHI DENGAN ORANG. RAMAI JUGAK AKU TENGOK ARTIS DATANG.

TIBA-TIBA AKU RASAKAN PINGGANG AKU DIPAUT LEMBUT. AKU TERKEDU. KENA SAWAN APA MAMAT NI. TETIBA SAJA PEGANG-PEGANG AKU. AKU CUBA UNTUK MENGELAK TAPI PAUTAN KEMAS DIPINGGANG AKU MEMBUATKAN AKU MAKIN RAPAT DENGAN DIRINYA.

AWAK? KATAKU GERAM SAMBIL MEMANDANG KE WAJAHNYA. KELIHATAN DIA MERENUNG AKU. TAJAM. MULUTKU YANG INGIN BERKATA-KATA SEAKAN TERKUNCI APABILA MERENUNG SEPASANG MATA COKLATNYA.

DINZLEY! SAPA SESEORANG MEMBUATKAN KAMI MENGALIHKAN PANDANGAN KE ARAH SUARA ITU. KELIHATAN SEORANG PEREMPUAN YANG MEMAKAI DRESS KETAT YANG TERBUKA DIBAHAGIAN DADA BERWARNA MERAH MENYALA. SAKIT MATA AKU DEK KERANA KESILAUAN BAJUNYA ITU. AKU SEGERA MEMALINGKAN WAJAH KE ARAH LAIN NAMUN MASIH LAGI DISISI PEMUDA ITU.

HAI NERINA! JAWAB PEMUDA ITU, MALAS. OWH! NAMA MAMAT NI DINZLEY RUPANYA. AKU BERMONOLOG DALAM HATI.

SAPA NI? TANYA NERINA. RIAK WAJAHNYA MENUNJUKKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI APABILA AKU BERADA DI SISI DINZLEY.

MM TAKPELAH. YOU ALL BERBUAL LA. I NAK PERGI KE DEPAN SEKEJAP. AKU MOHON UNTUK MEMINTA DIRI. SEBENARNYA INGIN LARI DARI RENUNGAN TAJAM PEREMPUAN ITU DAN RANGKULAN DINZLEY.

SAYANG…! AKU TERKEDU. TIDAK JADI UNTUK BERGERAK. AIR LIUR YANG AKU TELAN TIDAK TERASA APA-APA. DAPAT AKU LIHAT RIAK MUKA NERINA BERUBAH.

SORRY NERINA. FIANCEE I NI MANJA SIKIT. SO, EXCUSE ME. DINZLEY MENARIK AKU PERGI DARI SITU. AKU DAPAT LIHAT, NERINA MENJELING AKU DENGAN MARAH.

ALAMAK! MATI AKU. DAHLA MUSUH YANG ADA PUN TAK LARAT AKU NAK TEPIS, NI TAMBAH PULA DENGAN PEREMPUAN YANG BERNAMA NERINA. TAPI, MACAM PERNAH TENGOK JA PEREMPUAN TU!

SORRY! KATA-KATA DARI DINZLEY MEMBUATKAN AKU TERSEDAR KE DUNIA NYATA. DIA SUDAH MELEPASKAN TANGANNYA DARI PINGGANG AKU.

WHAT GOING ON? WHAT ARE YOU TRYING TO DO? I DON’T KNOW YOU, EVEN YOUR NAME, ACTUALLY, I BARU TAHU YANG NAMA YOU, DINZLEY, RIGHT! AKU MENJEGILKAN MATA KEARAHNYA. MEMINTA PENJELASAN. TADI, AKU HAMPIR PITAM APABILA DIA MEMPERKENALKAN AKU SEBAGAI TUNANGNYA. JATUH SAHAM AKU!!

DIA HANYA TERSENYUM SAMBIL MENYUAKAN SEGELAS JUS OREN KEPADAKU. AKU HANYA MENGAMBIL DAN MEMINUM SEKALIGUS. TIDAK PEDULI SEBENARNYA. BIARLAH DIA MELIHAT AKU SEBAGAI SEORANG YANG GELOJOH. PEDULI APA!

HELLO! I WANT YOUR EXPLAINATION. AKU MELAMBAI KE WAJAHNYA APABILA DIA KELIHATAN LEKA DENGAN PERSEMBAHAN PENTAS YANG DISAMPAIKAN OLEH ANA RAFALI.

DIA DENGAN PANTAS MENYAMBAR TANGANKU. AKU SEKALI LAGI TERKEDU. KENA SAWAN APA MAMAT NI? AKU DENGAN SEGERA MENARIK TANGAN KE SISI. AKU MEMERHATI SEKELILING. BORING PUN ADA. MATAKU TERTANCAP KEPADA SESUSUK TUBUH YANG AMAT AKU KENAL.

HISYAM! AKU BERSUARA PERLAHAN. DIA BERSAMA DENGAN SESEORANG YANG AKU KIRA AMATLAH MESRA. AKU MENGETAP BIBIR. BERUSAHA UNTUK MENAHAN AIR MATA YANG SUDAH BERGENANG DITUBIR MATA.

LAGU YANG RANCAK SUDAH BERTUKAR MENJADI SENTIMENTAL. BEBERAPA ORANG KE RUANG DEPAN UNTUK MENARI DENGAN PASANGAN MASING-MASING. AKU YANG MASIH TIDAK LEPAS MEMANDANG KE ARAH HISYAM, TERKEDU APABILA MELIHAT PASANGANNYA MENARIK TANGANNYA KE RUANG DEPAN. UNTUK SAMA-SAMA MENARI. AKU RASAKAN HATI AKU BAGAIKAN DIRAMAS-RAMAS APABILA MELIHAT HISYAM MEMELUK MESRA PINGGANG PEREMPUAN ITU DAN PEREMPUAN ITU MEMAUT MESRA TENGKUK HISYAM.

I PERGI LADY’S SEKEJAP. PINTAKU KEPADA DINZLEY SAMBIL BERLALU TANPA MELIHAT KE WAJAHNYA.

AIR MATA YANG AKU TAHAN, MENGALIR DERAS DIPIPIKU TANPA DAPAT DITAHAN LAGI. SEGALA RASA PERIT AKU LUAHKAN DENGAN TANGISAN.

SETELAH HAMPIR 15 MINIT AKU MENANGIS. AKU MENUJU KE CERMIN. FIGURA MENUNJUKKAN MATA AKU BENGKAK DAN MERAH. HIDUNGKU JUGA BEGITU. PANTAS SAJA AKU MENUTUP CELA DIWAJAHKU DENGAN BEDAK. RAMBUT AKU BETULKAN. AKU YAKIN, DENGAN SUASANA YANG KELAM, TIDAK SEORANG PUN AKAN PERASAN WAJAH AKU YANG SEMBAB.

AKU MELANGKAH DENGAN YAKIN MENUJU KE BALL ROOM. TETAPI LANGKAH AKU TERHENTI APABILA ADA TANGAN YANG MEMAGUT LENGANKU. AKU TERKEJUT.

DINZLEY! AKU TERGAMAM. TAJAM MATANYA MERENUNG WAJAH AKU. AKU SEGERA MELARIKAN WAJAH KE ARAH LAIN. TIDAK MAHU DIA MELIHAT MATAKU YANG SEMBAB.

MENANGIS? TANYA DINZLEY. AKU SEGERA MENGGELENG KEPALA. MENIDAKKAN REALITI. TERDENGAR KELUHAN BERAT KELUAR DARI BIBIRNYA.

MARI! AJAKNYA. TANGANNYA MASIH LAGI MEMEGANG LENGANKU. SEDIKIT MEMAKSA AKU MENGEKORINYA. AKU YANG MASIH LAGI TERMANGGU HANYA MENGEKORI.

SAMPAI SAHAJA DI MEJA KAMI, DIA MENGAMBIL HANDBAG AKU DAN LETAKKAN DI MEJA. TANGANNYA TELAH BERTUKAR, DARI MEMEGANG LENGAN KE MENGGENGGAM KEMAS JEMARIKU. PERLAHAN DIHERET AKU KE DEPAN. AKU MULA CUAK.

KAMI BERADA DI TENGAH DEWAN TARIAN. AKU TIDAK TAHU UNTUK BERBUAT APA-APA. BUKAN AKU TIDAK TAHU MENARI NAMUN, DALAM KEADAAN MACAM NI, AKU TIADA MOOD UNTUK MENARI.

PERLAHAN DINZLEY MENARIK AKU KE SISINYA. TANGAN KIRIKU SEGERA DILETAKKAN DIDADANYA SEMENTARA TANGAN KANANNYA KEMAS MEMELUK PINGGANKU. TANGAN KANAN AKU DAN TANGAN KIRINYA BERTAUT KEMAS. AKU SEGERA MEMANDANG WAJAHNYA. MENCARI PENGERTIAN. DIA HANYA TERSENYUM. AKU TERPAKU. KELIHATAN TERSUNGGING LESUNG PIPIT DI KEDUA-DUA BELAH PIPINYA MENYERLAHKAN LAGI KETAMPANANNYA. PERLAHAN BADANKU BERGERAK MENGIKUT GERAK BADANNYA. TIDAK TAHU YANG KAMI MENDAPAT PERHATIAN. RENTAK KAMI SERASI. HABIS SAJA MUZIK, TEPUKAN GAMAT DIBERIKAN KEPADA KAMI. AKU TERKEDU. MALU PUN ADA.

KELIHATAN DIHUJUNG DEWAN, HISYAM YANG MELIHAT AKU DENGAN PANDANGAN YANG TIDAK AKU MENGERTI. MARAH KAH DIA? CEMBURU KAH DIA? TAPI KENAPA PERLU ADA PERASAAN ITU, PADAHAL BUKAN AKU YANG PINTA PERPISAHAN INI. AKU HANYA MENUNDUK APABILA DINZLEY MEMBAWA AKU KE MEJA MAKAN. BINGUNG SEBENARNYA.

**************************

KENAPA DIAM SAJA? TEGUR DINZLEY APABILA AKU HANYA DIAM SAJA SEPANJANG PERJALANAN BALIK KE APARTMENT. AKU MEMANDANG KE ARAHNYA, SEKILAS.

SAJA. JAWAB KU SEPATAH.

TIBA-TIBA KEDENGARAN KETAWA KECIL BERBUNGA DI KEDUA ULAS BIBIRNYA. AKU SEGERA BERPALING KE ARAHNYA.

KENAPA? TANYA KU, INGIN TAHU.

DARI AWAL SAMPAI LA I HANTAR YOU BALIK, I SENDIRI PUN TIDAK TAHU NAMA YOU! TERANGNYA. AKU TURUT KETAWA. TIDAK KUSANGKA, RUPANYA KAMI BELUM BERKENALAN. KAMI TELAH SAMPAI KE PARKIR KERETA DI TINGKAT BAWAH APARTMENT.

MILO? AKU TERKEJUT. PINTU KERETA AKU TUTUP PERLAHAN. KENING AKU KERUTKAN TANDA TIDAK MEMAHAMI DENGAN KATANYA ITU.

ADA MESIN AIR KAT SITU. I CUMA NAK TANYA YOU IF YOU WANNA JOIN ME AT POOL. AJAKNYA.

OWH! MM WHY NOT? AKU MEMBERIKAN KATA PUTUS.

OK. YOU TUNGGU KAT POOL TAU. KATANYA SAMBIL BERLALU KE CAFÉ YANG TERDAPAT DI SITU.

AKU BERSANDAR DI ATAS BEACH CHAIR YANG BERWARNA PUTIH.PERLAHAN MATA AKU PEJAM. HANYA UNTUK REHAT. BUKAN UNTUK TIDUR. TIBA-TIBA HIDUNGKU MENGESAN AROMA MILO. BAUNYA YANG HARUM MEMBUATKAN AKU MEMBUKA MATA. AKU BERPALING KE SISI. DINZLEY KELIHATAN BERBARING DI SEBELAH BEACH CHAIR AKU.

AKU BERDEHEM! DIA KELIHATAN BERPALING KE ARAH AKU.

SORRY. UCAPKU PERLAHAN. LAMA KE AKU LELAP TADI. RASANYA TIDAK SAMPAI 5 MINIT.

KENAPA? TANYANYA. DIA BANGUN DAN DUDUK BERSANTAI. KOTNYA TELAH DITANGGAL DAN DISANGKUT DI ATAS KEPALA BEACH CHAIR.

MYB I TERLELAP TADI. BERITAHUKU.

TAKLAH. I BARU SAMPAI. TERANGNYA.

OWH! HANYA ITU SAJA YANG MAMPU AKU JAWAB. LANTAS DENGAN PERLAHAN AKU MENYISIP MILO YANG MASIH BERASAP ITU.

AWAK TAKNAK KENALKAN DIRI KE? AKU HANYA TERSENYUM.

PENTING KE? DUGA AKU.

MESTILA. DAH 3 KALI KITA JUMPA TAU. YOU CUMA CAKAP SORRY, THANK YOU…SORRY…THANK YOU! KATANYA PULA. AKU HANYA TERGELAK KECIL. COMEL PUN ADA! COMEL???!!! ERK……

3 KALI KE? SENGAJA AKU MENGUJI KESABARAN DINZLEY. HEHEHE..SAJA NAK BAGI DIA GELABAH SIKIT!

YOU……..! AKU TERGELAK LEPAS. TAK SABAR! KUTUK AKU DALAM HATI.

OK….OK! AKU BANGUN BERDIRI. HAI, NICE TO MEET YOU! NAMA SAYA QASEH QALEYDA BINTI QHALID. BEKERJA SEBAGAI WARTAWAN UNTUK MAJALAH PANAS! BOSS I MESTILAH MUMMY YOU. JANGAN YOU CAKAP TAK KENAL PLAK!! UMUR DAH 25 TAHUN. ASAL DARI KEDAH. STUDY SAMPAI DEGREE KAT UiTM. AKU MEMPERKENALKAN DIRI SAMBIL TANGAN DIHULURKAN. DINZLEY SEGERA MENYAMBUT TANGANKU. KEMAS JABATAN TANGANNYA.

NICE TO MEET YOU TOO! PANDAI YOU KENALKAN DIRI YER. KEMAS, PADAT DAN YANG PENTING BANYAK MAKLUMAT! UCAPNYA APABILA JABATAN TANGAN TERLERAI.

ITULAH GUNANYA ILMU KEWARTAWANAN. TAPI, ITU PUJIAN KE PERLIAN! TANPA SEGAN SILU AKU BERTANYA.

WHAT DO YOU THINK! DUGA DINZLEY. AKU HANYA TERSENGIH SAMBIL MENJUNGKIT BAHU.

YOU PULAK! MACAM MANA? TANYA AKU LAGI. APA YANG AKU TAHU, DIA HANYA ANAK BOS AKU DAN NAMA DIA DINZLEY. SIKIT KAN MAKLUMAT TENTANG DIRINYA YANG AKU TAHU! NAK BUAT CERITA PUN, TENTU-TENTU BOS AKU REJECTS AWAL-AWAL. EH, JANGAN CARI NAHAS, ANAK BOS AKU NI!

BUKAN KE AWAK DAH KENAL SAYA! DIA BERTANYA.

SAYA HANYA TAHU NAMA AWAK, DINZLEY. LAIN-LAIN ZERO, KOSONG! TERANG AKU.

MALAM TU KENAPA? MATI-MATI SAYA INGAT AWAK NAK BUNUH DIRI. AIK. MAMAT NI NAK UBAH TOPIK KE. TAPI BILA TERDENGAR PERKATAAN BUNUH DIRI, TERASA MACAM AKU NAK BUNUH ORANG PUN ADA NI!

GILA KE NAK BUNUH DIRI. ITULA AWAK. MENYELAM DENGAN BUNUH DIRI PUN TAKTAU BEZA. MENYELAM TU SATU CARA UNTUK MENENANGKAN PERASAAN YANG TENGAH SERABUT. TERANG AKU LAMBAT-LAMBAT.

APSAL PLAK NAK SERABUT? TANYA DINZLEY. APA AKU NAK JAWAB NI. TAKKAN NAK BERTERUS TERANG PLAK.

I BREAK MALAM TU! TU YANG TAK INGAT DUNIA TU! TAPI NTAH, TIBA-TIBA SAJA ADA ORANG TU INGAT I NI BUNUH DIRI. SIAP MARAH-MARAH LAGI. TERANG AKU. SIAP DENGAN PERLIAN LAGI.

SORRY. I INGAT YOU BUNUH DIRI. YERLA..TENGOK YOU MENYELAM PAKAI DRESS PUTIH MACAM TU. ORANG NAK MENYELAM, KENA LA PAKAI SWIMMING SUIT. NI TAK…..! AKU HANYA TERSENGIH APABILA MENDENGAR DIA BERKATA BEGITU.

TAPI SERIOUSLY CAKAP, YOU MEMANG SEKSI MALAM TU! MUKAKU TERASA PANAS.MUNGKIN DIA MAKSUDKAN YANG BAJUKU YANG JARANG MALAM TU.

GATAL! UCAPKU SEPATAH SAMBIL BANGUN DAN BERLARI UNTUK BEREDAR DARI SITU. INGIN LARI DARI SITU APABILA AKU RASAKAN MUKANYA SUDAH MEMERAH. PERASAAN MALU MENYERBU HINGGA AKU INGIN MENYOROK RASANYA. DIA TIDAK TERKATA APA-APA APABILA AKU BEREDAR.
*******************************************

HOW DINNER? I DENGAR ADA ORANG TU MENARI TAK INGAT DUNIA! AIK, BOS AKU NI, PASANG MATA-MATA KE? SERBA SERBI TAHU. MAYBE DINZLEY YANG BAGITAU KOT!

HEHEHE….SIKIT-SIKIT SAJA PUAN. DIORANG YANG MELEBIH-LEBIH! AKU MERENDAH DIRI WALAUPUN MEMANG AKU SEORANG YANG RENDAH PUN. HUHUHU…..

JANGAN SAMPAI ADA ORANG CEMBURU SUDAH LA. I TAKNAK NANTI JADI KES LAIN PULAK! BERITAHU PUAN LINA SAMBIL MATANYA TERTANCAP KEPADA HELAIAN KERTAS YANG MENIMBUN DI ATAS MEJANYA. DIA SEBENARNYA SEDIA MAKLUM, AKU DAN HISYAM ADALAH PASANGAN KEKASIH. HISYAM MERUPAKAN SEORANG WARTAWAN DARI AKHBAR HARIAN METRO. JADI TIDAK MUSTAHIL PUAN LINA MENGENALI BEKAS KEKASIH AKU ITU.

SAPA PUAN? TANYA KU. BERPURA-PURA.

HAI, BOYFRIEND SENDIRI PUN TAK TAHU. I DAPAT TAHU DIA PUN ADA DI SITU SEMALAM. TAK APA KE DIA NAMPAK YOU DENGAN MY SON?! TANYA PUAN LINA. SESEKALI DIA MENGERLING KE ARAH AKU.

ACCUALLY KAMI DAH BREAK. LAST WEEK. BERITAHU AKU PERLAHAN. PERASAAN SEBAK MULA MENGHUNI HATI. PUAN LINA TERUS MENDOGAK KEPALA. MEMANDANG SERAUT WAJAH AKU YANG BERUBAH KERUH. DIA BANGUN PERLAHAN DAN TERUS MELABUHKAN PUNGGUNG DI KERUSI YANG TERDAPAT DISEBELAH AKU. KEDUA BELAH TANGAN AKU DIGENGAM KEMAS.

SABAR OK! TAK SEMUA YANG KITA RANCANG AKAN MENJADI KENYATAAN. TAPI ATAS SEBAB APA DIA BREAK DENGAN YOU? TANYA PUAN LINA.

DIA CAKAP DIA DAH JUMPA ORANG LAIN. BERITAHU AKU JUJUR. SEMEMANGNYA AKU DAN PUAN LINA BAGAIKAN IBU DAN ANAK. MUDAH SAJA AKU MENCERITAKAN RAHSIA HATI KEPADA DIA. WALHAL DIA HANYALAH BOS AKU YANG LANGSUNG TIADA KAITAN PERSAUDARAAN.

DIA CAKAP MACAM TU DENGAN YOU. YOU JANGAN RISAU. MASIH ADA LAGI LELAKI LAIN YANG LEBIH BAIK, YANG LEBIH HANDSOME, KACAK, TINGGI DAN KAYA YANG BOLEH YOU TACKLE NANTI. BIARKAN DIA. JANGAN PEDULIKAN DIA LAGI. UCAPNYA LAGI. PERLAHAN DITARIKNYA AKU KE DALAM PELUKANNYA. AIR MATA YANG KU CUBA TAHAN, MEREMBAS KELUAR AKHIRNYA. TERESAK-ESAK AKU DALAM PELUKAN WANITA ITU.

SHH…….SABAR OK! JANGAN FIKIR SANGAT. PERLAHAN-LAHAN DIA MENGGOSOK BELAKANG AKU. SUPAYA AKU BERTENANG.

PELUKAN AKU LEPASKAN. PERASAAN AKU SEDIKIT LEGA. AIR MATA YANG MASIH BERSISA, AKU KESAT DENGAN TISU YANG DIHULURKAN OLEH PUAN LINA.

YOU OK KE? ATAU YOU NAK BERCUTI! TANYA PUAN LINA. AKU HANYA TERSENYUM NIPIS.

LEBIH BAIK I SIBUKKAN DIRI DENGAN KERJA DARI I PERGI HOLIDAY SORANG-SORANG. TAKLA FIKIR SANGAT BENDA NI! BERITAHU AKU KEPADA PUAN LINA. PUAN LINA HANYA MENGANGGUK-ANGGUK TANDA MEMAHAMI.

MALAM NI, YOU PERGI MANA? TANYA PUAN LINA. AKU LANTAS MENGGELENG KEPALA.

DINNER KAT RUMAH I. ANAK BUJANG I TU NAK MAKAN MASAKAN I PULAK! KATANYA BORING ASYIK MAKAN KAT HOTEL SAJA. AJAK PUAN LINA.

TAK MENGGANGGU KE? TANYA AKU. BUKAN APA…TAKNAK DI KATAKAN MENYIBUK PULAK.

TAKLAH! DIA YANG SURUH AJAK YOU! RAMAI LAGI SEDAP KATANYA. BERITAHU PUAN LINA.

ERMMM KALAU MACAM TU OK LAH! AKU MEMBERI PERSETUJUAN.

NANTI KITA PERGI BELI BARANG SAMA-SAMA YER! AJAK PUAN LINA LAGI. AKU HANYA MENGANGGUK.

******************************************

PUAN NAK MASAK APA? TANYA AKU APABILA MENGIKUTINYA MEMBELI BARANG DI TESCO SEUSAI BALIK KERJA.

NTAHLA. ANYTHING BUT NOT HOTEL PUNYA MAKANAN. KAMPUNG LAGI BAGUS. BERITAHU PUAN LINA. DIA MASIH LAGI TIDAK BERGANJAK DARI SISI KERETANYA. AKU HAIRAN. DIA TUNGGU SESEORANG KE?

PUAN TUNGGU SAPA? TANYA AKU? INGIN TAHU.

DINZLEY! DIA CAKAP NAK JUMPA KITA KAT SINI. BERITAHU PUAN LINA. AKU TURUT MENGANGGUK. PERLAHAN BADAN AKU SANDARKAN KE KERETA PUAN LINA.

PUAN TAK TINGGAL SEKALI KE DENGAN DINZLEY? TANYA AKU INGIN TAHU. APA YANG AKU TAHU RUMAH DINZLEY SAMA APARTMENT DENGAN RUMAH AKU. PUAN LINA DI BUKIT DAMANSARA.

TAK! DIA LEBIH SELESA TINGGAL SENDIRI. BERDIKARI KATANYA. TERANG PUAN LINA. PATUTLA AKU TAK PERNAH NAMPAK LELAKI ITU SEMASA BERTANDANG KE RUMAH PUAN LINA.

DIA SEBENARNYA BARU BALIK DARI US. HAMPIR 10 TAHUN DI SANA! URUSKAN FAMILY BISNESS KAT SANA. TERANG PUAN LINA LAGI. SEDIKIT SEBANYAK MENAMBAHKAN PENGETAHUAN AKU TENTANG DIRI LELAKI MISTERI ITU.

DIA TU SEBENARNYA….

AMBOI! RANCAK BERBUAL! KUTUK DINZLEY LER TU? SATU SUARA MENGEJUTKAN KAMI DAN SEKALIGUS MEMBUATKAN BICARA PUAN LINA TERHENTI.

ISH MANA ADA! TAK KUTUK PUN, MENGATA JER LEBIH! JAWAB AKU. GERAM SEBENARNYA APABILA TIDAK DAPAT MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG LELAKI ITU. ENTAH KENAPA AKU LEBIH BERMINAT UNTUK MENGETAHUI TENTANG LELAKI INI!!!

AMBOI…PEKERJA MUMMY NI…LASER! KUTUK DINZLEY. CEH! MENGADU KAT MAK DIA PLAK! SAH ANAK MAK!!

APSAL LAMBAT! CAKAP PUKUL 5..SEKARANG DAH 5.30 DAH! TANYA PUAN LINA.

JAMMED. BERITAHUNYA LEMBUT. TANGAN WANITA ITU DIRAIH DAN DICIUM PENUH HORMAT. PIPI KANAN WANITA ITU JUGA TURUT DICIUMNYA.

BELILA ROTI! KATAKU SAMBIL BERLALU MENOLAK TROLI. DINZLEY DAN PUAN LINA HANYA MENGEKORI DARI BELAKANG. KEDENGARAN KETAWA HALUS.

GARANG LA PEKERJA MUMMY NI! KUTUK DINZLEY. AKU HANYA MENCEBIK.

DINZLEY NAK MAKAN APA? TANYA PUAN LINA SAMBIL MEMILIH UDANG SEGAR. AKU JUGA TURUT MEMBANTU. CUMA LELAKI ITU SAJA YANG MEMERHATI.

MM…APAPUN TAK APA. TAPI MUMMY CAKAP TOMYAM PEKERJA MUMMY NI SEDAP! BERITAHU DINZLEY. AIK! AKU PLAK DIJAJA.

KALAU NAK MAKAN TOMYAM PEKERJA MAMA NI, KENALAH MINTA IZIN DARI TUAN PUNYA BADAN DULU. MENDENGAR SAJA AYAT PUAN LINA AKU SUDAH KE SINKI UNTUK MEMBASUH TANGAN. PUAN LINA SUDAH MENUJU KE TEMPAT PENIMBANG UNTUK MENIMBANG BARANG YANG SUDAH DIPILIH.

SEUSAI MEMBASUH TANGAN, AKU MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMBELI SEDIKIT BARANG KEPERLUANKU. AKU BERPISAH SEBENTAR DARIPADA DUA BERANAK ITU. BAKUL YANG AKU AMBIL DARI TEMPAT YANG DISEDIAKAN TADI, AKU KELEK KEMAS DI TANGANKU. SARAT DENGAN BARANG-BARANG.

BOLEH AWAK MASAK UNTUK SAYA! AKU TERSENTAK. BUNGKUSAN MAKARONI YANG AKU BELEK TADI TERUS JATUH DARI PEGANGANKU. PERLAHAN AKU MENGGOSOK DADA. INGIN MEREDAKAN PERASAAN BERDEBAR. CUKUP 3 KALI DIA BUAT AKU MACAM NI, AKU KENA GI JUMPA DOKTOR. WAT PREASURE BLOOD TEST!

MASAK APA? SAYA BUKAN PANDAI MASAK PUN. SAJA JA MUMMY AWAK TU! AKU BERKATA SAMBIL BUNGKUSAN MACARONI DI MASUKKAN KE DALAM BAKUL. AGAK LENGUH JUGAK MEMBAWA BEBAN YANG BANYAK NI. TIDAK SANGKA BARANG YANG KU SANGKA SEDIKIT, KALAU DIMASUKKAN KE DALAM TROLI PUN BOLEH PENUH.

MUMMY AWAK MANA? TANYAKU APABILA TIDAK KELIHATAN PUAN LINA DISISI LELAKI ITU.

DAH BALIK! AKU TERKEDU. HABIS! MACAM MANA AKU NAK BALIK! DATANG TADI PUN DENGAN PUAN LINA! AHH…NAIK TEKSI JA LA! AKU MEMBUAT KEPUTUSAN.

MUMMY SURUH TEMANKAN YOU! DIA CAKAP LEPAS BELI BARANG, MUMMY SURUH BAWA YOU DATANG RUMAH! KATANYA YOU DAH SETUJU NAK DINNER SEKALI. TERANG DINZLEY. AKU MEMANDANG KE ARAHNYA.

MM TAKPERLA. CAKAP KAT PUAN, I TAK JADI! ADA HAL. LAIN KALI. BERITAHU AKU AKHIRNYA. AKU SEBENARNYA SEGAN DENGAN DINZLEY. DIA SEAKAN TAHU APA YANG SEDANG BERSARANG DI DALAM HATI AKU.

HABIS TU NAK BALIK DENGAN APA? TANYA DINZLEY. ADUH! APSAL LA MAMAT NI MENYIBUK SANGAT.

NAIK TEKSI. BERITAHUKU PERLAHAN. TANGAN YANG LENGUH MEMBAWA BAKUL YANG SARAT AKU URUT PERLAHAN.

I HANTAR. AKU SEKALI LAGI MEMANDANG TEPAT KE ARAHNYA. WAJAH YANG SENTIASA TENANG ITU HANYA MEMPAMERKAN SEBUAH SENYUMAN.

ERR…AKU BERUSAHA UNTUK MENCARI ALASAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI LELAKI ITU. SEJAK SEMALAM, AKU DAPAT RASAKAN PERASAAN KU SUDAH LAIN. TAKKAN AKU JATUH CINTA KOT. TAKKAN SECEPAT ITU. GILA AHH!

AWAK? TANGAN LELAKI ITU BERGAWANG KE MUKAKU YANG TENGAH MENGELAMUN. AKU TERSENTAK DARI MERENUNG WAJAHNYA.

HENSEM SANGAT KE SAYA SAMPAI AWAK TENGOK SAYA TAK BERKELIP MATA? UJAR DINZLEY. AKU MENCEBIK.

DAHLA. MALAS NAK LAYAN! KATAKU SAMBIL BERLALU. BAKUL YANG BERAT ITU AKU ANGKAT DAN LETAKKAN DI ATAS KAUNTER. DINZLEY MASIH LAGI BERDIRI DI SISI AKU. TUNGGU APAPUN AKU TAK TAHU.

AKU MENGAMATI HARGA YANG TERTERA DI SKRIN. NAMUN, BELUM SEMPAT AKU HULURKAN DUIT, DINZLEY TERLEBIH DAHULU MENGHULURKAN KAD KREDITNYA. AKU TERMANGGU-MANGGU.

NANTI SAYA BAYAR BALIK. BERITAHUKU. NAMUN BELUM SEMPAT AKU MENGAMBIL BUNGKUSAN PLASTIK, DIA TERLEBIH DAHULU MENCAPAI.

EH AWAK! TAKPERLA. SAYA BOLEH BAWAK SENDIRI. AKU CUBA UNTUK MENGAMBIL KEMBALI BARANG-BARANG AKU ITU. DIA SECARA TIBA-TIBA BERHENTI BERJALAN DAN AKU SECARA TIDAK SENGAJA MEMELUKNYA DARI BELAKANG.

OPS. SORRY. KATAKU PERLAHAN. PELUKAN DI LENGANNYA AKU LEPASKAN. MATANYA TERTANCAP KEPADA SESEORANG YANG HANYA BEBERAPA ELA BERADA DIHADAPAN. AKU MENGALIHKAN PANDANGAN KE HADAPAN.

HISYAM. AKU BERSUARA PERLAHAN.

BOLEH I CAKAP DENGAN YOU? HISYAM BERSUARA. AKU MEMANDANG TEPAT KE ARAHNYA.

APA YANG YOU NAK CAKAPKAN! TANYA AKU. MASIH LAGI DISEBELAH DINZLEY.

I MEAN KITA BERDUA. BERITAHU HISYAM. MATANYA SEDIKIT MENGERLING KE ARAH DINZLEY. AKU MEMANDANG DINZLEY SEKETIKA.

I TUNGGU YOU KAT KERETA. DINZLEY MEMBERIKAN KATA PUTUS. AKU HANYA DIAM.

APA YANG YOU NAK CAKAP? AKU BERTANYA. MEMANDANG TEPAT KE ARAHNYA. TIADA SENYUMAN MENGHIASI BIBIRNYA SEPERTI SELALU.

CEPAT YOU CARI PENGGANTI I. ATAU YOU MEMANG ADA AFFAIR DENGAN DIA SEMASA KITA COUPLE LAGI? TANYANYA SINIS. AKU TERKEDU. APSAL PLAK DENGAN MAMAT NI? CEMBURU KE? KALAU IYER PUN CEMBURU, ATAS HAK APA?!

KENAPA YOU NAK SIBUK PASAL HAL I! KITA KAN DAH TAKADA APA-APA. BALAS AKU.

YER MEMANG KITA DAH TAK ADA APA-APA. TAPI, SEKURANG-KURANGNYA YOU BIARLAH LAMA SIKIT. BARU NAK CARI PENGGANTI. AIK! NI APA KES NAK ATUR HIDUP AKU NI! DAH DIA YANG MINTA PUTUS, NI TENTUKAN BILA AKU BOLEH COUPLE ATAU TAK?

YOU APA HAL TIBA-TIBA NAK ATURKAN HIDUP I! KITA KAN DAH TAK ADA APA-APA. APSAL YOU MASIH LAGI NAK GANGGU HIDUP I. YOU JUGAK YANG MINTA I JANGAN CARI YOU LAGI. SO APA YANG TIDAK KENA LAGI NI! SINIS AKU BERTANYA KEPADANYA. NASIB BAIKLAH KAMI BERADA DI LUAR TESCO.

TAPI YOU MACAM TAK SEDIH SAJA I TINGGALKAN YOU! MACAM….MACAM YOU HAPPY SAJA! TUDUH HISYAM. MASIH BELUM PUAS UNTUK MENYAKITKAN HATI AKU.

YOU ADA CHECK KE I KECEWA KE TAK! MENANGIS KE TAK? MAKAN MINUM APATAH LAGI! TAKDER KAN! SEMALAMAN I FIKIR, APA SALAH I KAT YOU. APA SILAP YANG DAH I LAKUKAN SEHINGGAKAN YOU NAK BERPISAH DENGAN I. I FIKIR APA YANG DAH I LAKUKAN SEHINGGAKAN I YOU TINGGALKAN MACAM TAK ADA HARGA DIRI. TAPI YOU TAK PERNAH NAK TERANGKAN APA SEBENARNYA. ALIH-ALIH MALAM TU YOU PERGI DINNER DENGAN ORANG LAIN. SAPA YANG MERAIKAN PERPISAHAN. I ATAU YOU? AKU BERCAKAP DENGAN LANTANG. TIDAK PEDULI ADA MATA YANG MEMERHATI. AKU SEDIKIT HAIRAN KENAPA AKU BOLEH MELUAHKAN SEMUA YANG TERBUKU DI HATI. AIR MATA TIDAK SEDIKITPUN MAHU KELUAR. MALAH AKU RASA PUAS. PUAS SANGAT-SANGAT.

HABIS! MALAM TU YOU PERGI DINNER DENGAN JANTAN LAIN TAK APA PULAK! MENGATA ORANG PULAK! HISYAM NAMPAKNYA TIDAK MAHU MENGALAH.

HE IS MY BOSS SONS. ACCTUALLY THAT NIGHT I AND PUAN LINA PERGI SEKALI, BUT LAST MINUTE, SHE TELL ME SHE CAN’T. SO SHE BRING ME HER SON. UNTIL NOW I DON’T KNOW WHO’S PUAN LINA SON’S. I JUST KNOW HIS NAME. THAT ALL. AKU MENERANGKAN PERKARA SEBENAR.

BANYAK ALASAN YOU. DENGAR SINI…. HISYAM SEGERA MENGHAMPIRI AKU. TANGAN AKU SEGERA DIGENGAM KUAT. AKU SEDIKIT TERKEJUT DENGAN PERLAKUAN KASARNYA ITU.

I TAKKAN MUDAH LEPASKAN YOU. I TAKKAN MUDAH BIARKAN YOU BAHAGIA. UGUT HISYAM SEPARUH BERBISIK DITELINGAKU. JIKA MINGGU LEPAS AKU AKAN MENJERIT KESERONOKAN MENDENGAR KATA-KATANYA, TAPI KINI AKU MERASA MELUAT DENGAN BICARA HISYAM. AKU BERUSAHA MELEPASKAN GENGAMAN TANGANNYA YANG SEDIKIT KUAT ITU.

APA NI! LEPASLA. AKU CUBA MERONTA. PERIT TANGAN DICENGKAM TANGAN HISYAM CUBA AKU LERAIKAN.

ADA MASALAH KE? TANYA DINZLEY YANG TIBA-TIBA BERADA DIBELAKANG AKU. CENGKAMAN TANGANKU MENDADAK DILEPASKAN. AKU SEGERA MENGHINDARKAN DIRI KE BELAKANG DINZLEY. TAJAM RENUNGAN HISYAM KE ARAH KAMI BERDUA SEBELUM BERLALU.

JOM. AJAK DINZLEY SAMBIL BERLALU KE KERETA. AKU HANYA MENGEKOR DARI BELAKANG.

**********************************************
AKU MEMANDANG DINZLEY YANG RALIT MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUTNYA. TERMASUK KALI INI 3 KALI DIA MENAMBAH NASI. SEDANGKAN AKU, SEPINGGAN SAJA SUDAH MEMBUATKAN AKU KEKENYANGAN WALAUPUN HANYA SEPARUH PINGGAN YANG LUAK. HANYA UNTUK MENEMANI LELAKI ITU MENYUDAHI MAKAN MALAMNYA. PUAN LINA AWAL-AWAL LAGI NAIK KE RUANG TAMU.

APSAL TAK MAKAN? TANYA DINZLEY, HAIRAN APABILA MELIHAT AKU HANYA BERMAIN DENGAN NASI YANG BERADA DI DALAM PINGGAN KU.

DAH KENYANG. BERITAHU AKU.

JANGAN FIKIR SANGAT. SAKIT BADAN DAN OTAK SAJA. MAKAN. GESA DINZLEY. MASAK LEMAK CILI API DISUDUKAN KE PINGGAN KU. AKU TERKEDU. PERLAHAN-LAHAN AKU MENERUSKAN SUAPAN YANG TERHENTI. CUBA MENELAN NASI YANG TERASA TERSEKAT DIKERONGKONG DENGAN BANTUAN AIR.

NAMUN,BELUM PUN SEMPAT MASUK KE SUAPAN KE TIGA, TERASA ADA TOLAKAN DI KERONGKONG AKU. AKU SEGERA MENUTUP MULUT. MEMEJAM MATA SEDIKIT. CUBA MENAHAN RASA MUAL YANG MULA MENGHUNI PERUTKU.

AKU SEGERA BANGUN DAN BERLARI KE BILIK AIR YANG BERHAMPIRAN. SEGALA ISI PERUT AKU MUNTAHKAN KE DALAM LUBANG TANDAS. PERIT TERASA DI TEKAK. AIR MATAKU JUGA IKUT SAMA KELUAR.

AKU TERASA ADA TANGAN YANG MENEPUK BELAKANG AKU PERLAHAN-LAHAN. BAHU AKU DIPAUT DAN DIBAWA KE SINKI. DISURUH AKU BERKUMUR. AKU TAHU. ITU SUARA DINZLEY.

DIA MENYUAKAN SEHELAI TUALA KECIL KEPADAKU SEUSAI BERKUMUR. CUMA SENYUMAN NIPIS PENGGANTI UCAPAN TERIMA KASIH.

KENAPA NI? TANYA PUAN LINA, CEMAS.

MUNTAH. TAK SIHAT AGAKNYA. BERITAHU DINZLEY. TANGANNYA MASIH LAGI MEMELUK BAHU AKU.

SAYA OKEY. BERITAHUKU. CUBA UNTUK MENOLAK BADAN DINZLEY YANG SEDANG MEMELUK AKU. CUBA MELANGKAH KE HADAPAN. NAMUN, BELUM SEMPAT AKU MELANGKAH, PANDANGAN AKU KELAM. AKU JATUH DI DALAM RANGKULAN DINZLEY.

**********************************************
AKU MEMBUKA MATA PERLAHAN-LAHAN. CAHAYA LAMPU MENYILAUKAN PANDANGANKU. AKU MEMEJAM SEMULA MATA. HIDUNGKU MULA MENGESAN BAU YANG KURANG ENAK. BAU HOSPITAL!

AKU TERLOMPAT BANGUN. MEMERHATI SEKELILING. SERBA-SERBI PUTIH. ADA BUNGA ROSE PUTIH DI SISI ATAS MEJA DI SISI KATIL.

AKU TERMANGGU SEBENTAR. MACAM MANA AKU BOLEH BERADA DI HOSPITAL. TIBA-TIBA PINTU BILIK DITOLAK SESEORANG. AKU TERUS BERPALING KE ARAH PINTU.

HAI. DAH BANGUN! TEGUR DINZLEY. DIA SANTAI DENGAN T-TSHIRT BERKOLAR DAN SELUAR PENDEK PARAS LUTUT. DITANGANNYA TERDAPAT BUNGA ROSE BERWARNA PUTIH. BARU AKU KETAHUI SIAPA YANG MEMBAWA BUNGA KESUKAANKU INI.

DAH BERAPA LAMA I KAT SINI? TANYA AKU. HANYA MEMERHATI DIA YANG SEDANG MENUKAR BUNGA ROSE PUTIH KE DALAM PASU.

2 HARI. BERITAHU DINZLEY. AKU MEMBELIAKKAN MATA. TANDA TIDAK PERCAYA.

TIPULA. PROTES AKU.

BETULLA. BERITAHUNYA SAMBIL MELABUHKAN PUNGGUNG KE KERUSI.

TAK CAYALAH! KATA KU LAGI.

TERPULANG.

AKU DUDUK BERSILA. GELAS YANG BERADA DI ATAS MEJA AKU CAPAI. NAMUN, BELUM SEMPAT AKU MENCAPAI BOTOL AIR, DINZLEY TERLEBIH DAHULU MENGAMBIL BOTOL AIR ITU. DI TUANG KE DALAM GELAS DAN DISUAKAN KE MULUTKU.

I BUKAN SAKIT TANGAN LA. PROTES AKU. GELAS YANG BERADA DI TANGANNYA AKU AMBIL. DIA MENJUNGKIT BAHU.

I NAK BALIK. BERITAHU AKU APABILA MELETAKKAN GELAS DI ATAS MEJA DI TEPI KATIL. DINZLEY MENJUNGKIT KENINGNYA.

YOU DAH SIHAT KE? TANYA DINZLEY.

I NAMPAK MACAM DAH NAK MATI KE? TANYA AKU GERAM. ADA KE PATUT AKU YANG SIHAT NI DITANYA SIHAT KE TAK!!

TAKLA MACAM NAK MATI…TAPI MACAM SEPARUH MATI. BIDAS DINZLEY. AKU MENGIGIT BIBIR.

BILA KALI TERAKHIR YOU MAKAN? I MEAN, YOU MAKAN DENGAN BETUL? TANYA DINZLEY. AKU CUBA BERFIKIR SEJENAK. MEMANG AKU AKUI. SEJAK BERPISAH DENGAN HISHAM, MAKAN MINUM AKU TIDAK MENENTU. AKU SENDIRI PUN TIDAK INGAT BILA AKU MAKAN NASI, MAKANAN RUJI SEJAK AKU KECIL LAGI. AKHIRNYA, AKU MENGGELENG KEPALA.

THAT WHY YOU BOLEH PENGSAN. YOU TAHU TAK, BADAN YOU TU DAH HIDRAT. KURANG AIR..I THINK SEJAK MALAM TU I BERANI JAMIN, YOU TAK SENTUH PUN MAKANAN. AKU MASIH MENUNDUK. TIDAK BERANI MENIDAKKAN KEBENARAN. JEMARI TANGAN KU, KU GENGAM KEMAS. AIR MATA MULA BERGENANG DI TUBIR MATA.

YOU JANGAN MACAM NI! I TAK SUKA DAN TAKNAK YOU SAKIT, MENDERITA GARA-GARA SEORANG LELAKI YANG BUKAN SUAMI YOU. YOU KENA TABAH. YOU INGAT I TAK DENGAR APA YANG PAKWE YOU CAKAP HARI TU. I DENGAR, QASEH! I BELUM PEKAK LAGI UNTUK MENGATAKAN DIA UGUT YOU. I TAK RASA DIA SESUAI DENGAN YOU. DIA HIPOKRIT. LELAKI TAK GUNA. HAMBUR DINZLEY. AKU SUDAH MENGALIRKAN AIR MATA. TIDAK MAMPU UNTUK MENYEKAT.

QASEH…QASEH……! DIZLEY MENYERU NAMAKU PERLAHAN-LAHAN SAMBIL MENGELENG KEPALA. PERLAHAN AKU DI TARIK KE DALAM PELUKANYA. AKU DIAM DISITU. PERTAMA KALI SETELAH SEKIAN LAMA AKU RASA AMAT SELAMAT. JIWA KU TENANG.

DAH JANGAN MENANGIS. BURUK! DINZLEY CUMA MENGUBAH SUASANA. AKU YANG SEDANG MENGESAT AIR MATA, TERGELAK KECIL.

I NAK BALIK. BERITAHUKU. AKU TIDAK BETAH UNTUK TINGGAL DI HOSPITAL LAGI.

YOU BETUL-BETUL DAH SIHAT KE NI? TANYA DINZLEY KE SEKIAN KALI. AKU MENGANGGUK LAJU.

OK. NANTI I BINCANG DENGAN DOKTOR. BERITAHU DINZLEY SAMBIL BERLALU.
********************************************
KETUKAN DI PINTU MEMBUATKAN AKU TERKOCOH-KOCOH MENGHAMPIRI PINTU. ROTI BAKAR YANG DISAPUKAN JEM NENAS YANG MASIH DITANGAN AKU SUAKAN KE MULUT KERANA SEBELAH TANGAN LAGI MEMEGANG MUG YANG BERISI MILO PANAS.

PINTU DIBUKA. DINZLEY TERKEJUT MELIHAT AKU YANG TIDAK BERSEDIA DENGAN KEDATANGANNYA ITU.

MORNING. UJARNYA SAMBIL MENGAMBIL ROTI YANG BERADA DIMULUTKU. SELAMBA SAJA DISUAKAN KE MULUTNYA.

HEI ROTI I TU! MARAH AKU.

YER KER! MM MILO. THANKS. UJARNYA SAMBIL MENGAMBIL MUG YANG BERISI MILO PANAS DITANGANKU. SELAMBA SAJA DISUAKAN KE MULUTNYA. AKU SUDAH TIDAK TERKATA APA-APA APABILA MELIHAT SARAPAN AKU DIRAMPAS OLEH DINZLEY. DIA DENGAN SELAMBA MELABUHKAN PUNGGUNG DI ATAS SOFA YANG BERWARNA HITAM YANG TERDAPAT DIRUANG TAMU.

AKU MENGHENYAKKAN DIRIKU DI ATAS SOFA DIHADAPANNYA. MUKAKU SENGAJA AKU MASAMKAN. GERAM SEBENARNYA.

DAH MAKAN. TANYA DINZLEY. AIR MILO AKU DAH HABIS DI MINUM.

MAKAN APA! I PUNYA BREAKFAST YOU DAH KEBAS. PROTES AKU. AKU PUN KADANG-KADANG HAIRAN DENGAN DINZLEY. DIA BERLAGAK SELAMBA DALAM SEMUA KEADAAN. TIDAK BERPERASAANKAH DIA.

BREAKFAST YOU KE? I INGAT YOU BUAT UNTUK I. BERITAHUNYA TANPA PERASAAN BERSALAH. AKU HANYA MENCEBIK.

TAK KUASA I. DAHLA. I NAK PERGI KERJA NI! BERITAHUKU SAMBIL BANGUN.

JOM. DIA JUGA TURUT BANGUN. AKU MENGERUTKAN DAHI.

AWAK NAK PERGI MANA? TANYA AKU INGIN TAHU.

HANTAR AWAK! BERITAHUNYA.

TAK PAYAH. I BOLEH PERGI SENDIRI. BERITAHUKU. BAGPACK AKU GALAS.

MAKAN? TANYANYA. DINZLEY DAN AKU SAMA-SAMA SUDAH BERADA DI HADAPAN PINTU LIFT.

DAH KENYANG. BERITAHUKU MALAS.

KENYANG APA. BREAKFAST YOU I DAH MAKAN. DAH, JANGAN NGENGADA…IKUT I PERGI BREAKFAST. AKU SUDAH TERKEDU. ALASAN TIDAK MUNGKIN TERCIPTA APABILA DINZLEY SUDAH BERTEGAS.

KAMI SAMPAI DITEMPAT LETAK KERETA. AKU TERUS MENUJU KE KERETA AKU YANG AKU PARKIR TIDAK JAUH DARINYA.

QASEH. SINI…I HANTAR. DINZLEY MENUNJUKKAN KEPADA KERETANYA BMW-NYA.

TAKPER. I BAWAK KERETA I SENDIRI. YOU BAGITAU JER YOU NAK BREAKFAST KAT MANA. TOLAK AKU. KUNCI KERETA SUDAH BERADA DI TANGAN. DINZLEY BERJALAN KE ARAH AKU.

I SAID I HANTAR. BERITAHUNYA PERLAHAN DI TELINGA AKU. KUNCI KERETA YANG BERADA DI TANGAN AKU, DIRAMPAS DAN DIMASUKKAN KE DALAM POKET SELUARNYA. TANGAN AKU DITARIK DAN MENUJU KE KERETANYA. AKU MAKIN HAIRAN DENGAN SIKAPNYA.

KAMI BERHENTI DISEBUAH KEDAI YANG AGAK RAMAI DENGAN ORANG. SELEPAS MEMESAN MAKANAN, DIA MENCAPAI SURAT KHABAR. KUSYUK MEMBACA BERITA. AKU TERMANGGU SAMBIL MEMANDANG SEKELILING. GELISAH SEBENARNYA.

YOU. MINTA KUNCI KERETA I. PINTA AKU.

BUAT APA? TANYANYA ACUH TAK ACUH.

KUNCI KERETA I, APA LAGI I NAK BUAT. SIMPAN LA. UJAR AKU GERAM.

YOU DATANG DENGAN I KAN, YOU BUKAN DATANG DENGAN KERETA YOU. DINZLEY MULA MEMBUATKAN AKU GERAM.

I TAHULA. TAPI I NAK PERGI BANYAK TEMPAT NANTI. TAKKAN NAK SURUH YOU HANTAR KOT. BERITAHUKU GERAM.

TAKPE. I FREE HARI NI. YOU CAKAP JA YOU NAK PERGI MANA. I BOLEH HANTAR. JAWAB DINZLEY. MATANYA MASIH LAGI TERLEKAP DI DADA AKHBAR.

I TAK SUKA SUSAHKAN ORANG LA. TEGAS AKU.

I SUKA SUSAHKAN DIRI I UNTUK ORANG. JAWAB DINZLEY. BELUM SEMPAT AKU MEMBALAS KATA-KATANYA, PELAYAN MENGHANTAR MAKANAN. AKU MENDENGUS PERLAHAN.

TAK BAIK MENGELUH DEPAN REZEKI. TEGUR DINZLEY. AKU MENJELINGNYA, GERAM.

DIK, BAGI MILO SUAM LAGI 2 GELAS DAN ROTI CANAI 3 BIJI YER. PINTA AKU KEPADA PELAYAN. DIA HANYA MENGANGGUK DAN BERLALU. DINZLEY MEMANDANG AKU DENGAN PERASAAN KURANG PERCAYA.

AWAK BIAR BETUL!! TEGUR DINZLEY. AKU HANYA MENJUNGKITKAN BAHU. MALAS LAYAN SEBENARNYA. KALAU MELAYAN PUN, BUAT SAKIT HATI SAJA. BAIK AKU MELANTAK SAJA. DAH ALANG-ALANG ORANG NAK BELANJA, BIAR AKU MAKAN BANYAK SIKIT. PECAH TRADISI AKU HARI INI.

DINZLEY HANYA MEMANDANG AKU DENGAN PERASAAN KURANG PERCAYA. PINGGAN YANG BERISI ROTI TELUR DAH HABIS AKU BEDAL AKU TOLAK KE TEPI. AKU TARIK PINGGAN ROTI CANAI YANG KEDUA. MILO SUDAH 2 GELAS AKU MINUM. BIARLAH DIA NAK FIKIR AKU APAPUN, AKU SUDAH TIDAK PEDULI.

JOM. AKU MENGAJAKNYA APABILA AIR MILO YANG BERSISA AKU HABISKAN. DIA MASIH MEMANDANG AKU DENGAN HAIRAN.

SETELAH MENJELASKAN BIL, DIA TERKOCOH-KOCOH MENDAPATKAN AKU YANG SEDANG BERSANDAR DI HADAPAN PINTU KERETA.

SEBAIK SAJA MASUK KE DALAM KERETA, DIA MENCAPAI TANGAN AKU. DAHI AKU DIRABANYA. AKU YANG TIDAK BERSEDIA DENGAN TINDAKANNYA ITU, TERGAMAM. DINZLEY, BOLEH TAK KAU JANGAN BUAT AKU BERDEBAR-DEBAR MACAM NI!! JERIT AKU DALAM HATI.

HEY, APANI? MARAH AKU SAMBIL MENGELAK TANGAN DINZLEY YANG MASIH LAGI BERADA DI DAHI AKU.

AWAK SIHAT KAN? TANYA DINZLEY. AKU MENGANGGUK.

TAP…BELUM PUN SEMPAT DINZLEY BERKATA-KATA, AKU SUDAH MENYANGKAL KATA-KATANYA. I DAH LEWAT PERGI KERJA LA. YOU JUGAK YANG BERJANJI NAK HANTAR I KAN. KATA AKU.

YER…YER… DINZLEY TERUS MENGHIDUPKAN KERETA. KERETANYA MEMBELAH ANGIN MENUJU DESTINASI.

**********************************************
QASEH, ADA ORANG NAK JUMPA YOU. KAT LOBY. BERITAHU KAK DAYAH.

SAPA? TANYA AKU.

ENTAH. DIA CAKAP NAMA DIA NERINA. BERITAHU KAK DAYAH.

MM OKEYLAH. NANTI QASEH GI TENGOK. BERITAHUKU. ARTIKEL YANG SUDAH SIAP DIEDIT AKU TERUS MASUKKAN KE DALAM TRAY. PERLAHAN AKU MENUJU KE ARAH LOBY.

HAI. AKU MENYAPA SEORANG GADIS YANG SEDANG MEMBELAKANGKAN AKU. DIA MENOLEH. AKU MEMEBRIKAN SENYUMAN. MACAM PERNAH TENGOK.

HELLO, I NERINA. DIA MEMPERKENALKAN DIRI. AKU MENYAMBUT HULUSAN TANGANNYA.
QASEH. BERITAHUKU, SEPATAH. DIA TERSENYUM SINIS.

OWH..INI LA PEREMPUAN YANG DINZLEY GILAKAN. I TENGOK TAK ADA APA YANG SPECIAL PUN. BIASA SAJA. NERINA MULA MENGELUARKAN KATA SINIS. AKU MENGERUTKAN DAHI. NAK APA MINAH NI?

ERR…APA MAKSUD CIK NERINA. ADA APA-APA YANG BOLEH SAYA BANTU! AKU CUBA BERBAHASA SEBAIK MUNGKIN.

YOU NAK TAHU MAKSUD I….NERINA KETAWA SINIS. HEY POMPUAN, AKU TAKNAK KAU KACAU DINZLEY LAGI. PEREMPUAN MACAM YOU NI TAK LAYAK UNTUK DINZLEY. DAHLA KOLOT, TAK PANDAI BERGAYA PULAK TU. KAMPUNG. KUTUK NERINA. AKU SUDAH CUAK. SUARA NERINA YANG AGAK KUAT ITU MENGUNDANG BEBERAPA PEKERJA MENGINTAI INGIN TAHU APA YANG BERLAKU. AKU TURUT MEMANDANG SEKELILING.

MAAF CIK NERINA. SAYA TAK FAHAM. KALAU PASAL DINZLEY, SAYA MEMANG TAK ADA APA-APA HUBUNGAN DENGAN DIA. SAYA DAN DIA HANYA SEBAGAI KAWAN. AKU CUBA MENERANGKAN PERKARA YANG SEBENAR.

PANG! AKU TERKEDU. PERIT DIPIPI MULA TERASA. BEBERAPA PEKERJA YANG BERADA DI SITU TURUT TERKEJUT. ADA DARAH MERAH YANG MENGALIR DI TEPI BIBIR. SAKIT.

I WARN YOU. DON’T EVER YOU DEKAT DENGAN DINZLEY. HIS MINE. TAK ADA SAPA YANG BOLEH DEKAT DENGAN DIA. YOU INGAT TU! KALAU YOU BERANI-BERANI DEKAT DENGAN DIA, JANGAN MENYESAL! UJAR NERINA. JARI TELUNJUKNYA DIDEKATKAN DENGAN MUKA AKU YANG MASIH LAGI TERKEDU. TIDAK MAMPU BERKATA APA-APA. BAYANGAN NERINA SUDAH TIDAK KELIHATAN. AKU MASIH BERDIRI DI SITU.

QASEH! PANGGIL KAK DAYAH. TANGANNYA MENYENTUH LEMBUT BAHUKU. AKU MEMANDANGNYA TANPA PERASAAN.

AKU TERUS BERLARI MENDAPATKAN BEGPACK AKU. DENGAN LANGKAH PANTAS AKU KELUAR DARI SITU DENGAN PERASAAN SEBAK DI DADA. TIDAK AKU SANGKA AKU AKAN DIMALUKAN DENGAN SEBEGITU. TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU DITAMPAR DIHADAPAN ORANG. MALU YANG KU RASAKAN, MEMBUATKAN AKU INGIN LARI JAUH DARI SITU.

AKU MENAHAN TEKSI. DENGAN PANTAS AKU MEMBERITAHU DRIVER TEKSI DESTINASI AKU. AKU INGIN BALIK KE RUMAH. MENGEMAS MANA YANG PATUT. AKU INGIN LARI DARI LELAKI ITU. CUKUPLAH SEKALI AKU BERKAWAN DENGAN LELAKI ITU, DAN AKU DIMALUKAN DENGAN SEBEGITU SEKALI.

TELEFON BIMBIT AKU CAPAI. NOMBOR TELEFON RUMAH MAKSU AKU YANG BERADA DI KEDAH AKU HUBUNGI.

MAKSU. MALAM NI QASEH SAMPAI. CUTI. BERITAHU AKU.

APSAL TIBA-TIBA? TANYA MAKSU, ADIK ABAH AKU YANG MASIH BUJANG DAN TINGGAL DI ALOR STAR.

CUTI LA MAKSU. NAK REHAT KEPALA OTAK. BERITAHU AKU. BOHONG SUNAT.

OKEY. MAKSU TUNGGU. BERITAHU MAKSU. AKU MEMANG SUKA TINGGAL DENGAN MAKSU AKU YANG SORANG NI. DIA TIDAK BANYAK SOAL. ASALKAN TIDAK MELAMPAUI BATAS-BATAS PERGAULAN.

MAKSU AKU BEKERJA SEBAGAI PENSYARAH DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. UMUR SUDAH MENGINJAK KE 35 TAHUN TETAPI MASIH SENDIRI. SUDAH PUAS NENEK AKU MEMPERKENALKAN PEMUDA UNTUK DIJADIKAN JODOH BUAT MAKSU AKU TU. TAPI DITOLAK MENTAH-MENTAH. AKU PUN SEBENARNYA TIDAK TAHU APA YANG SEBENARNYA MEMBUATKAN JODOH MAKSU AKU NI BERAT SANGAT. MUNGKIN ADA CERITA DI SEBALIK SEMUA YANG TERJADI.
***********************************************
APSAL TIBA-TIBA SAJA. TANYA MAKSU. AKU HANYA TERSENGIH. BEG PAKAIAN AKU KELUARKAN.

SAJA. BERITAHU AKU. NAK CUTI DENGAN MAKSU PUN KENA MINTA PERMISSION DULU KE? TANYA AKU. TANGAN HALUS ITU AKU SALAM.

NI KENAPA? TANYA MAKSU SAMBIL MEMBELEK MUKAKU YANG SUDAH MENAMPAKKAN WARNA KEBIRU-BIRUAN. BIBIR PULA BENGKAK.

ADUH! SAKITLA MAKSU. AKU MENGELAKKAN TANGANNYA YANG MEMEGANG PIPIKU.

JATUHLA. ENTAH SUDAH BERAPA BANYAK BOHONG YANG TERPAKSA AKU BUAT UNTUK MENGELAK ORANG MENYOAL AKU.

DAH AMBIL UBAT. TANYA MAKSU.

DAH. TAK ADA APALA MAKSU. ESOK-ESOK BAIKLA. BERITAHU AKU. AKU SUDAH MELABUHKAN PUNGGUNG DI ATAS SOFA YANG BERWARNA MERAH ITU.

BERAPA LAMA CUTI. TANYA MAKSU SAMBIL MELABUHKAN PUNGGUNG DIHADAPAN AKU.

SEMINGGU KOT. JAWAB AKU ENDAH TAK ENDAH. KEPALA SUDAH KU LABUHKAN KE SOFA ITU. CUBA MEMEJAM MATA. BUKAN APA. UNTUK MENGELAK DARI DISOAL MACAM-MACAM OLEH MAKSU.

DAH MAKAN? TANYA MAKSU.

AKU HANYA MENGANGGUKKAN KEPALA WALAUPUN MATA TERPEJAM.

MAKSU ADA MASAK KETAM GORENG BEREMPAH. NAK MAKAN AMBIK SENDIRI. BERITAHU MAKSU. DIA MASIH LEKA DENGAN LAPTOPNYA. SERTA MERTA MATA AKU TERBUKA APABILA MENDENGAR HIDANGAN KEGEMARAN KU ITU.

AKU TERUS BANGUN DAN MENONONG KE DAPUR. FUHH..MAKSU MEMANG SAYANG KAT AKU. ADA KETAM GORENG BEREMPAH, SOTONG GORENG TEPUNG DAN KAILAN IKAN MASIN. SELERA AKU SEGERA BANGKIT.

PINGGAN AKU AMBIL DAN MELONGGOKKAN SEMUA LAUK KE ATAS NASI. NASIB BAIK PINGGAN NI BESAR. DENGAN SEGELAS AIR, AKU MENONONG MENUJU KE RUANG TAMU.

INGAT DAH MAKAN TADI. PERLI MAKSU.

HEHEHE..MANA BOLEH TOLAK MASAKAN MAKSU. DAH MAKAN PUN TERASA LAPAR LAGI. BERTUAH LA SAPA YANG DAPAT MAKSU NI. KATAKU SAMBIL MENYUAP NASI KE MULUT.

APSAL LA YANG HANG TAMBUN DALAM PINGGAN MACAM TU. ERMM DARI DULU TAK UBAH-UBAH. BEBEL MAKSU APABILA MELIHAT PINGGAN AKU YANG AKU LUNGGUK DENGAN LAUK DAN NASI SEKALIGUS DALAM PINGGAN YANG SAMA.

HEHHE..DAH BIASA MAKSU. ADOI! AKU MEMEGANG BIBIR AKU YANG BENGKAK. KECUAIAN AKU MENYUAP MAKANAN MENYEBABKAN AKU TERSENTUH BIBIR AKU YANG PECAH ITU.

MAKAN ELOK-ELOK. KAN DAH SAKIT. BERITAHU MAKSU. AKU HANYA TERSENGIH.

SEUSAI MAKAN, AKU DIPANGGIL MAKSU KE DEPAN. NIAT HATI INGIN BERBARING DI ATAS KATIL SETELAH GUDANG AKU PENUH DIISI TERPAKSA AKU BATALKAN.

KENAPA MAKSU? TANYA AKU. DI HADAPANNYA TERDAPAT KOTAK FIRST AID.

MEH SINI NAK LETAK UBAT. MAKSU SUDA MENARIK TANGAN AKU SUPAYA DUDUK DI SISINYA.

PERLAHAN KAPAS YANG SUDAH DILETAKKAN IODIN DITEKAP KE BIBIR AKU YANG PECAH. PERIT AKU RASAKAN SAMA PERIT DENGAN HATI AKU YANG SAKIT. BERGENANG AIR MATA DI TUBIR MATAKU.

SAKIT SANGAT KE?  TANYA MAKSU, RISAU. TANGANNYA YANG SEDANG MENUAM PIPI AKU DENGAN BEG TUAM, AKU CAPAI.

TERIMA KASIH MAKSU SEBAB SAYANG QASEH. AIR MATA AKU MENGALIR PERLAHAN. PERLAHAN BADAN MAKSU AKU PELUK. BEBAN YANG MENGHUNI HATI AKU, AKU RASAKAN BERAT SEKALI. NAMUN, UNTUK MEMBERITAHU KEPADA ORANG YANG PALING AKU SAYANG INI, AKU RASAKAN TIDAK MAMPU.

KENAPA NI? QASEH ADA MASALAH KE? TANYA MAKSU, HAIRAN DENGAN KEADAAN AKU YANG PELIK. KALAU ADA MASALAH, CUBA CERITA KAT MAKSU! PELUKAN AKU HURAIKAN. PERLAHAN AKU GELENGKAN KEPALA.

BELUM TIBA MASANYA. BERITAHU AKU PERLAHAN.

SAYANG, KALAU QASEH RASA NAK LUAHKAN, TELINGA MAKSU NI SUDI MENDENGAR. BERITAHU MAKSU. TANGAN AKU DIGENGAM ERAT. AKU HANYA MENGANGGUK.

DAH PERGI TIDO.

***********************************************

TELEFON BIMBIT YANG BERADA DI ATAS MEJA DITEPI KATIL MENJERIT NYARING. AKU MENCAPAI DAN TANPA MEMANDANG SKRIN, BUTTON HIJAU AKU TEKAN.

HELLO.

QASEH! YOU KAT MANA? OFIS TAK DATANG, HANDPHONE YOU OFF. SATU SUARA YANG SEDIKIT MENJERIT MEMBUATKAN AKU MENJAUHKAN TELEFON JAUH DARI TELINGA.

AKU MEMANDANG SKRIN TELEFON. DINZLEY.

APA YOU NAK? TANYA AKU MALAS. MATA AKU TERKEBIL-KEBIL DALAM KEPEKATAN MALAM.

I NAK TAHU YOU KAT MANA SEKARANG? TANYA DINZLEY. DIA KEDENGARAN TERTEKAN.

KAMPUNG LA. REHAT. BERITAHU AKU MALAS.

KEDAH? TANYA DINZLEY.

DAH TAHU BUAT APA TANYA! JAWAB AKU MALAS.

KEDAH KAT MANA? TANYA DINZLEY. AHH…ESOK AKU DAH NAK BLAH PERGI PENANG, KALAU DIA TAHU PUN, DIA BUKAN BOLEH BUAT APA! DIA KAN KAT KL! AKU BERFIKIR SEJENAK. SEBOLEHNYA AKU TIDAK MAHU BERJUMPA DENGAN DINZLEY. LELAKI YANG BANYAK MEMBUATKAN HIDUP AKU TAK MENENTU.

HELLO…HELLO. QASEH…ARE YOU THERE? ATAU YOU DAH TIDO BALIK?! TANYA DINZLEY. DARI NADANYA YANG SEDIKIT CEMAS, AKU DAPAT RASA YANG DIA AGAK RISAUKAN AKU.

I KAT ALOR STAR. BERITAHU AKU AKHIRNYA. BUKANNYA DIA ADA PINTU KEMANA-MANA MACAM DORAEMON PUN KALAU TIBA-TIBA NAK MUNCUL KAT SINI. KALAU YER PUN DIA NAK DATANG SINI, BILA DIA DAH SAMPAI, MUNGKIN AKU DAH ADA KAT TEMPAT LAIN.

ALOR STAR TU BESAR LA DEAR. JAWABNYA PULA. NADA SUARANYA SUDAH BERANSUR TENANG.

NO 143, LORONG 4, TAMAN GUNUNG BONGSU. PUAS HATI. AKU TERGELAK DALAM HATI. BILA LELAKI ITU MENCARI AKU DI SINI ESOK, AKU MUNGKIN SUDAH BERLEPAS KE PENANG. PANJANG SENYUMAN AKU DALAM GELAP.

KELUAR. SAYA KAT DEPAN. SENYUMAN AKU TIBA-TIBA MATI. DIA NI BUAT LAWAK KE?

KAT MANA? SAYA KAT KEDAH LA. AWAK INGAT SAYA KAT KL KE? AKU TERGELAK KECIL.

I TAK CAKAP PUN I KAT KL. CEPATLA KELUAR SEBELUM I BUAT BISING KAT SINI. AKU TERUS MELOMPAT DARI KATIL. TERUS MENYELAK LANGSIR TINGKAP BILIK. KELIHATAN DINZLEY BERADA DIHADAPAN RUMAH. DIA MELAMBAI TANGAN KE ARAH AKU. AKU MEMANDANG DENGAN PERASAAN KURANG PERCAYA. MENYESAL PUN ADA.

TERUS AKU MENCAPAI SWEATER DAN MENYARUNGKAN KE TUBUHKU YANG BERBALUT DENGAN PIJAMA DAN SELUAR PENDEK PARAS LUTUT.

HANDPHONE AKU MASUKKAN KE DALAM POKET SWEARTER. PINTU BILIK AKU TOLAK PERLAHAN. TIDAK MAHU MAK SU AKU TERSEDAR.

SETELAH MENUTUP PINTU RUMAH, AKU TERUS MENDAPATKAN DINZLEY YANG BERADA DI LUAR PAGAR.

AWAK NAK APA? KAN DAH TENGAH MALAM NI? MARAH AKU. TAPI DALAM NADA PERLAHAN.

BUKAK PINTU PAGAR NI DULU. GESA DINZLEY SAMBIL MENGOCAK PINTU PAGAR. BUNYI BERGEMERINCING PINTU PAGAR MEMBUATKAN AKU CEPAT-CEPAT MEMBUKA PINTU PAGAR. TIDAK MAHU MAKSU AKU MENYEDARI KEHADIRAN DINZLEY DI AWAL PAGI INI.

AKU TERKEJUT TATKALA DINZLEY MENARIK AKU KE DALAM PELUKANNYA. TERKEDU DENGAN TINGKAH LAKUNYA. AKU DENGAN SEGERA MERONTA UNTUK MELEPASKAN RANGKULANNYA YANG AKU RASAKAN KETERLALUAN.

INI BUKAN KL! HERDIK AKU. BAJU SEJUK AKU BETULKAN.

SORRY. I REALY MISS YOU. THAT WHY I TAK BOLEH TAHAN DIRI I. BERITAHUNYA JUJUR. AKU MEMANDANGNYA HAIRAN. WALAUPUN CAHAYA LAMPU JALAN TIDAK SECERAH MANA, TETAPI AKU DAPAT LIHAT WAJAH DINZLEY YANG AGAK KUSUT.

YOU NI KENAPA? TANYA AKU. SUASANA PAGI YANG SEDIKIT SEJUK MEMBUATKAN AKU MEMELUK TUBUH.

YOU TANYA I KENAPA? I SENDIRI NAK TANYA YOU KENAPA? BIDAS DINZLEY.

KENAPA DENGAN I? TANYA AKU KEMBALI. SENGAJA MENDERA LELAKI ITU WALAUPUN HATI AKU SAKIT MELIHAT DIA DALAM KEADAAN YANG SEDEMIKIAN. TAJAM RENUNGAN DINZLEY KEPADA AKU.

QASEH, PLEASE. WE NEED TO TALK. CAN WE TALK AT OTHER PLACES, YANG LEBIH SELESA. BERITAHU DINZLEY AKHIRNYA. MALAM INI AKU HARUS MEMBUAT PERHITUNGAN DENGAN DINZLEY. KALAU TAK, KERJA KEMANA, AKU PUNYA HIDUP PUN KEMANA! TEGAS AKU DALAM HATI.

BAIKLAH. UJAR AKU TERUS BERLALU DAN MASUK KE KERETANYA.
**********************************************
KENAPA YOU LARI QASEH. I ADA BUAT SALAH PADA YOU KE? TANYA DINZLEY. AKU HANYA MENUNDUK SAMBIL MENGACAU MILO PANAS. HUD SWETER SENGAJA AKU KENAKAN. TIDAK MAHU DINZLEY PERASAN SEBARANG PERUBAHAN DI WAJAH AKU. WALAUPUN KESAN LEBAM SUDAH HILANG, BENGKAK DIBIBIRKU MASIH BELUM MAHU SURUT SEPENUHNYA.

YOU TAK SALAH. TAK ADA SAPA YANG SALAH. I SAJA AMBIK CUTI EMERGENCY. BERITAHU AKU. MASIH MENUNDUK. SEDIKIT MENGIRING DARIPADA BERHADAPAN DENGAN DINZLEY. MENYEMBUNYIKAN LEBAM DI BIBIR. WALAUPUN KEADAAN DI KEDAI MAKAN DI TEPI PANTAI ITU AGAK SURAM, AKU PASTI DINZLEY PASTI AKAN PERASAN PERUBAHAN ITU.

BOLEH TAK KALAU YOU CAKAP PADANG I. BENCI SANGAT KE YOU DEKAT I. SUARA DINZLEY TIBA-TIBA TINGGI. AKU MENGGIGIT BIBIR PERLAHAN. MATA AKU PEJAM PERLAHAN. TENANG SAJA AKU MEMBUKA HUD KEPALA DAN MEMANDANG KE ARAHNYA, TAJAM. DINZLEY SEAKAN TERKEJUT MELIHAT WAJAH AKU.

APA YANG DAH BERLAKU? DINZLEY MENGUBAH TEMPAT DAN DUDUK DI SEBELAH AKU. TANGANNYA TERUS MEMAUT DAGUKU. MENELITI BENGKAK YANG SEMAKIN SURUT, NAMUN MASIH BOLEH NAMPAK DENGAN JELAS KEBIRU-BIRUAN.

AKU MENOLAK LEMBUT TANGAN DINZLEY YANG MASIH BERADA DI BIBIR AKU. TIDAK SELESA KERANA ADA YANG MEMERHATI.

I’M OKEY. SIKIT JER NI. BERITAHU AKU.

SIKIT APA SAMPAI LEBAM-LEBAM MACAM NI! SIAPA YANG BUAT YOU MACAM NI? TANYA DINZLEY, SENGAJA MENGUJI KEJUJURAN AKU.

I JATUH. BOHONG AKU.

QASEH, YOU NAK TIPU I PUN AGAK-AGAK LA. YOU INGAT I TAK TAHU. MY MOM DAH BAGITAU I APA YANG TERJADI. KENAPA YOU MASIH NAK PROTECT PEREMPUAN TU LAGI. MARAH DINZLEY YANG AGAK KESAL DENGAN SIKAP AKU. AKU MENUNDUK. KESAL KERANA TERLUPA YANG AKU BEKERJA DENGAN IBU DINZLEY.

I DAH OKEY. YOU TAK PAYAH RISAU. LAGI SATU, I RASA LEPAS NI YOU TAK PAYAH LA CARI I. HIDUP I DAH CUKUP BERSERABUT. I TAKNAK TAMBAH LAGI KESERABUTAN HIDUP I NI. CUKUPLA MUSUH I YANG ADA. I TAKNAK TAMBAH MUSUH LAGI. AKU BERTERUS TERANG.

ANGGAP SAJA KITA TAK PERNAH BERJUMPA. I TAHU NERINA LOVE YOU SO MUCH. LAGIPUN DIA CANTIK, SESUAI DENGAN YOU. KATAKU PERLAHAN. WALAUPUN HATI AKU SAKIT UNTUK MENYATAKANNYA, NAMUN AKU GAGAHKAN JUA. 2 HARI AKU DISINI AKU MULA MEMAHAMI DENGAN PERASAAN AKU. AKU SUDAH MULA MERINDUI LELAKI ITU. BILA DIA MUNCUL, SEDIKIT SEBANYAK RASA RINDU ITU TERUBAT.

APA YANG YOU MEREPEK NI QASEH. YOU TAK ADA HAK UNTUK TENTUKAN APA YANG I MAHU. DINZLEY DIAM SEBENTAR. NAFAS DIHEMBUS PERLAHAN BAGAIKAN MENENAGKAN JIWANYA YANG TENGAH KACAU.

QASEH, I LOVE YOU, I REALLY LOVE YOU! AKU TERSENTAK DENGAN PENGAKUAN DINZLEY. WAJAHNYA AKU TATAP. MENCARI KEJUJURAN DI SERAUT WAJAH TENANGNYA.

I…I.AKU KAKU UNTUK BERKATA-KATA. ADA AIR MATA YANG BERGENANG DI TUBIR MATA. JARI TELUNJUKKANYA LEKAT DIBIBIR AKU. TIDAK MEMBENARKAN AKU UNTUK BERKATA-KATA.

WILL YOU MARRY ME! BE MY SOUL, MY FRIEND, MY MON TO MY CHILD AND ALWAYS IN MY SIDE TAK KIRA MASA SUDAH ATAU SENANG! AKU SUDAH TIDAK BERKATA APA-APA APABILA DINZLEY BERLUTUT DIHADAPAN AKU. DITANGANNYA TERDAPAT SEBENTUK CINCIN BERMATA SATU YANG TERLETAK CANTIK DI DALAM KOTAK BALDU MERAH.

I….I….! AKU TIDAK TAHU BERKATA APA-APA. AKU PANDANG MATANYA YANG BERSINAR. PENUH DENGAN PENGHARAPAN. ADA CAHAYA CINTA DISITU. AKU PERLAHAN MENGUKIR SENYUM. YAKIN DENGAN PERASAAN AKU. AKU MENGANGGUK PERLAHAN.

THANKS SAYANG. CINCIN BERMATA SATU ITU DISARUNGKAN KE JARI MANIS AKU. SATU CIUMAN SINGGAH DI JEMARI AKU. AKU HANYA TERSENYUM.

TIBA-TIBA SATU TEPUKAN KEDENGARAN. KAMI TERSEDAR KE ALAM REALITI. TERLUPA DI MANA KAMI BERADA. RAMAI SEBENARNYA YANG MEMANDANG KAMI. AKU HANYA TERSENYUM MALU. DINZLEY HANYA MENGGOSOK BELAKANG KEPALANYA SAMBIL TERSENGIH.

*******************************************

AKU MENGEMASKAN PINGGAN MANGKUK YANG SUDAH DIBASUH. BARU SEKEJAP TADI ROMBONGAN PIHAK LELAKI TELAH BERANGKAT PULANG. MERIAH. ITU SAJA YANG BOLEH AKU GAMBARKAN SUASANA DI RUMAH AKU KETIKA INI. SEMUA AHLI KELUARGA AKU ADA UNTUK MERAIKAN MAJLIS PERTUNANGAN AKU.

PADA AWALNYA MAJLIS YANG DIRANCANG RINGKAS SAHAJA. HANYA UPACARA MENYARUNG CINCIN DAN MAJLIS MAKAN SAHAJA. NAMUN, MAK SU AKU YANG BERIYA-IYA UNTUK MEMBUAT MAJLIS BESAR-BESARAN. MENGALAHKAN MAJLIS KAHWIN.

QASEH, TELEFON. DAH 3 MISSCALL. BERITAHU ROHANA, ANAK SAUDARA AKU. AKU YANG SEDANG MENYUSUN PINGGAN MENGHENTIKAN SEKETIKA KERJA AKU.

SAPA? TANYA AKU SAMBIL MENGELAP TANGAN. DIA MENGJUNGKITKAN BAHU, TANDA TIDAK TAHU. AKU TERUS MENUJU KE ARAH BILIK. ROHANA MUNGKIN MEMINJAM BILIK AKU UNTUK SEMBAHYANG.

AKU MENEKAN KEYPAD TELEFON BIMBIT AKU. TERTERA NAMA DINZLEY DI SKRIN. AKU TERSENYUM. BUTTON HIJAU AKU TEKAN. UNTUK MENGHUBUNGI DINZLEY YANG SELAMAT MENJADI TUNANGANKU.

HELLO! SAPA AKU?

SAYANG PERGI MANA? RISAU TAU BY KAT SINI? AKU TERKEDU SEKETIKA. TIDAK MENGJANGKA SEBENARNYA PANGGILANNYA BERUBAH.

ERR…TAK KEMANA? TOLONG MAK KAT DAPUR. BERITAHU AKU. PIPI AKU TELAH MEMERAH SEOLAH DINZLEY BERADA DIHADAPANKU.

BY INGAT SAYANG KAT MANA? TAKUT SAYANG LARI. MENYESAL SEBAB TUNANG DENGAN BY. MUKA KU BERTAMBAH MERAH.

KENAPA PLAK NAK NYESAL? TANYA AKU. AKU SUDAH MENELENTANG DI ATAS KATIL YANG DIRIAS INDAH.

MANALA TAHU KAN….DINZLEY NAMPAKNYA GEMAR MENDERA PERASAAN KU.

JANGAN NAK MENGARUTLAH. ADA APA CALL I NI? TANYA AKU. MUNGKIN PENTING. MANA LA TAU.

BY NAK BAGITAU, BY KENA BERANGKAT KE US 2 BULAN LAGI. BY NAK SAYANG IKUT! PINTA DINZLEY.

KERJA? TANYA AKU WALAUPUN AKU TAK SANGGUP DITINGGALKAN KESEORANGAN.

CUTILA. MESTI MUMMY BAGI. LAGIPUN, KALAU BOLEH BY NAK SAYANG RESIGN KERJA KAT SITU,” TERANG DINZLEY. AKU TERDIAM. KEWARTAWANAN MERUPAKAN MINAT AKU.

TAPI KITA BELUM KAHWIN LAGI. MANA BOLEH MAIN IKUT MACAM TU SAJA! TERANG AKU APA YANG TERLINTAS DIFIKIRAN AKU.

TU YANG BY NAK DISCUSS DENGAN SAYANG DULU. BERITAHU DINZLEY. AKU HANYA TERDIAM MENANTI BICARA SELANJUTNYA.

KITA CEPATKAN PERKAHWINAN KITA. DINZLEY BERTERUS TERANG.

HAH! CEPATKAN! AKU TERKEDU.

YER. MACAM MANA? TANYA DINZLEY. AKU TERDIAM. MEMIKIRKAN BAIK BURUK CADANGANNYA.

TAK TAHU. AKU AKHIRNYA BERKATA PERLAHAN.

JAP LAGI BY SAMPAI. BY AKAN BINCANG DENGAN FAMILY SAYANG. BERITAHU DINZLEY AKHIRNYA. AKU HANYA MENGIYAKAN.

*********************************************
AKU TERIMA NIKAHNYA QASEH QALEYDA BINTI QHALID DENGAN MAS KAHWINNYA RM80 RINGGIT TUNAI.

DENGAN SEKALI LAFAZ, CARL DINZLEY SAH MENJADI SUAMIKU. SUNGGUH AKU TIDAK MENYANGKA, PERTEMUAN YANG TIDAK DIJANGKA MEMBUATKAN JODOH ANTARA KAMI ADA.

DINZLEY MENGHAMPIRI AKU UNTUK UPARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG. SEBENTUK CINCIN EMAS PUTIH BERSAMA DENGAN SEBUTIR PERMATA DISARUNGKAN KE JARI MANIS AKU. AKU JUGA MENYARUNGKAN SEBENTUK CINCIN SUASA KE JARINYA. PERLAHAN TANGANNYA AKU CIUM. DIA MENGHADIAHI CIUMAN DIDAHIKU.

TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI ISTERI BY. BISIKNYA DITELINGAKU. AKU HANYA TERSENYUM MALU.

KERLIPAN CAHAYA DARI KAMERA TIDAK HENTI-HENTI. DARI SATU AKSI KE SATU AKSI MEREKA SURUH KAMI LAKUKAN. MEMANG PENAT. NAMUN, AKU TETAP GEMBIRA. SEMOGA SULAMAN KASIH SAYANG DAN CINTA KAMI AKAN BERKEKALAN HINGGAN SYURGA. AMIN.

No comments :

Post a Comment