Title: Cinta Cappucino
Author: Eiryz Eilyz
Rif kelihatan segak dengan berbaju melayu warna putih, sedondon dengannya. Dia mengerling sedikit ke arahku. Mungkin gementar. Aku menunduk memandang lantai mendengar apa yang diperkatakan oleh Tok Kadi tentang tanggungjawab suami isteri selepas kahwin.
Author: Eiryz Eilyz
CINTA COFFEE
Aku meneliti jam dipergelangan tangan. Baru pukul 5 pagi. Awal lagi la. Aku menarik gebar dan menyelimuti seluruh badanku yang kesejukan. Aircond telah dipadam. Mata cuba ku pejamkan. Namun hampa. Mataku terkebil-kebil dalam kegelapan. Sudah 2 malam aku gelisah begini. Nak kata putus cinta, sorang pun tak lekat dengan aku. Nak kata angau, prince charming belum menonjolkan dirinya.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhh………………..!!”
Aku lantas menutup mulutku. Tak ku sangka aku boleh menjerit kuat macam tu. Tak lama selepas tu, kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu.
“Fenn!Fenn! Bukak pintu ni sayang,” kedengaran suara memanggil dari luar. Aku lantas berlari menuju ke arah pintu bilik. Hanya sedikit yang ku buka. Aku menjengulkan kepala keluar sambil tersengih. Kelihatan Along, Angah, Daddy dan Mummy berada dimuka pintu. Semuanya menunjukkan reaksi cemas.
“Kenapa? Kenapa?” Along bertanya kalut.
“Ada orang masuk bilik ker?” tanya Angah pulak.
“Mana-mana? Mai sini Daddy belasah,” Daddy pulak yang bersuara. Mummy hanya diam tapi aku tahu dari raut wajah Mummy, dia juga cemas. Aku masih lagi tersengih. Tiba-tiba belum sempat aku berkata apa-apa Along dan Angah meluru masuk ke dalam bilik. Aku yang berada di pintu terdorong ke belakang. Kepalaku terhantuk di pintu bilik dan jatuh terduduk.
“Adoiii,” aku mengaduh sambil tanganku masih menggosok dahiku yang sudah benjol dan kemerahan.
“Apala Along ngan Angah ni! Main serbu plak,” protesku. Mumy lantas menarikku bangun. Tangannya menggosok dahiku yang benjol sedikit itu. Along dan Angah masih lagi mencari-cari dalam bilikku. Serius aku cakap, macam CSI pun ada. Along sebagai Jonathan Togo dan Angah sebagai Adam Rodriguez. Mummy dan Daddy plak sebagai David Caruso dan Emily Procter. Aku tersengih mengenangkan gambaran wayang mindaku.
Kuk!
“Adoi!” sapa plak yang telah melukukan diriku yang comel ini. Kelihatan angah menjegilkan matanya. Aku menarik muka masam. Tanganku menggosok kepalaku.
“Mana orang jahat?” tanya angah dengan mukanya sengaja didekatkan dengan mukaku.
“Bila masa plak adik cakap ada orang jahat?” tanyaku pula, selamba. Tiba-tiba terasa rambut tocangku ditarik.
“Auch. Mummy, tengok along buli adik,” aduku yang masih berada dalam pelukan mummy.
“Habis lau takde orang jahat, kenapa adik jerit tadi?” tanya daddy pula. Aku hanya tersengih.
“Adik tensyen. Tak boleh tido. Tiba-tiba terlepas la suara yang lunak lagi sedap nih hehehehe. Jangan mare hah…….,” aku menjelaskan perkara yang sebenar.
“Adik!!” jerit along dan angah sambil mengejarku. Aku apa lagi mencicit lari keluar dari bilik menuju ke tangga. Habis satu rumah kami tawaf. Mummy dan daddy hanya menggeleng ketawa melihat kami.
“Anak-anak kita tak pernah besar kan sayang,” ujar daddy lembut sambil tangannya memeluk bahu mummy.
“Ye abang. Saya bahagia sangat,” ujar mummy lembut. Mereka terus menuju ke bilik untuk mandi dan bersolat subuh.
“Ok ok…along angah sorry la. Adik tak sengaja. Giler ke apa nak jerit macam tu,” aku memberhentikan larian di atas sofa yang terdapat diruang tamu. Along dan angah masing-masing berada di kiri dan kananku. Mereka juga kelihatan letih mengejarku tadi.
“Apsal nak tensyen plak?” tanya angah. Tangannya membelai rambutku, tanda kasih. Aku dengan malas melentok kepala di bahu along. Manja ke ngada-ngada? Eleh…korang jeles!
“Minggu depan kan dah nak pindah. Adik sedih la. Along ngan angah tak sedih ke?” tanyaku. Along dan angah berpandangan. Senyuman nakal menghiasi bibir mereka.
“Adik sedih nak tinggal pakwe kat sini yer!” tanya Along. Aku dengan lantas mengangkat kepalaku dari bahunya.
“Mana ada? Adik mana ada pakwe lah!” beritahuku jujur. Kepalaku ringan saja digeleng laju. Angah dan along hanya tersengih.
“Eleh macam la along ngan angah percaya, kan along kan !” sakat angah pula. Nampaknya mereka 2 orang ni dah berpakat. Belum sempat aku membalas apa-apa kedengaran suara mummy dari tingkat atas.
“Along, angah, adik! Buat apa kat bawah tu. Dah solat ke belum?”
“Belum mummy,” jeritku. Lantas aku berlari ke atas atas sambil menjelirkan lidah.
“Adik, jemaah! Bilik Along,” ajak Along.
“Orait,” aku segera menyahut ajakan along. Sudah menjadi kebiasaan aku berjemaah dengan kedua-dua orang abangku itu.
*******************************************************************************
“Mummy…tak pindah tak boleh ker?” tanyaku. Bibirku sengaja dimuncungkan. Memohon simpati mummy la kononnya.
“Sayang jangan macam ni! Daddy ngan mummy kan kerja dengan orang, kenala ikut arahan. Alah, setakat KL dengan Penang , tak jauh mana la,” pujuk mummy sambil melipat baju dan dimasukkan ke dalam bagasi yang aku kira jika aku masuk ke dalam itu pun boleh muat.
“Adik tau la. Tapi kat sini ramai kawan adik. Kat sana nanti adik nak kawan dengan sapa?” tanyaku. Kepalaku segera kulabuhkan ke atas paha mummy.
“Kawan boleh dicari. Lagipun along dan angah kan ada kat sini. Bila-bila masa adik boleh datang,” pujuk mummy. Tangannya membelai rambutku yang panjang dan ditocang tinggi itu.
“Apsal along dan angah tak ikut kita mummy?” aku bertanya. Bodohnya soalan! Kutuk hatiku.
“Along dan angah-kan study kat UKM..,” beritahu mummy. Jawapan itu telah aku ketahui. Along dan angah sedang menyambung pengajian dalam bidang Master. Pengajian mereka yang berbaki setahun menyebabkan mereka tidak boleh berpindah. Aku juga berkelulusan UKM. Kiranya kami adik beradik ni memang anak didik UKM la.
“Nanti bila stay kat sana mesti adik boring. Along ngan angah takder,” rajukku lagi. Kepalaku angkat dari peha ibu dan bangun berlalu ke bilikku. Mummy hanya memandangku sayu. Bukan dia tidak tahu rajukku, tetapi dia membiarkan aku melayan perasaanku.
Aku menghempaskan badanku di atas katil. Telefon bimbit diambil dan kawan baiknya dihubungi. Setelah deringan yang panjang disebelah sana , kedengaran suara menjawab telefon.
“Jumpa aku kat Lot 10 pukul 11 pagi,” beritahunya. Gerangan di sebelah sana hanya mengiyakan. Aku lantas bangun menuju ke bilik mandi. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Abang-abangnya pagi-pagi lagi sudah ke kuliah.
Setelah menyarungkan jeans dan t-shirt bodyglove, aku mengambil beg sandangku yang berwarna ungu, warna kegemaranku, hadiah dari along. Perlahan pintu bilik ditarik dan dengan pantas menuju ke bilik mummy.
“Mummy, adik nak keluar kejap. Pergi jumpa kawan,” beritahu aku. Mummy yang masih lagi melipat baju, mengangkat kepalanya.
“Jumpa sapa?” tanya mummy lembut. Dia berjalan menuju ke meja solek dan mengambil sesuatu di dalam beg tangannya.
“Jumpa Shamimi la. Dia jerla BFF adik mummy,” beritahu aku sambil melabuhkan punggung di birai katil.
“BFF?” tanya mummy tidak faham dengan istilahku.
“Best Friend Forever la mummy,” beritahuku sambil tersengih. Hilang sudah rajukku yang bermukim di hati. Mummy melabuhkan punggung di sebelahku. Ditangannya terdapat beberapa keeping not rm50. Disuakan kepadaku. Aku tersengih. Faham-faham jer mummy aku nih!
“Thank you mummy!” ucapku sambil menghadiahkan satu ciuman di pipi mummy.
“Jangan balik lambat. Hati-hati. Bawak motor elok-elok. Jangan boros,” pesan Mummy.
“Orait madam!” aku dengan segera berdiri tegak dan mengangkat tangan seperti memberi tabik kepada orang atasan. Setelah mencium tangan mummy dan menghadiahi ciuman di kiri kanan pipi orang yang paling kusayangi, aku segera menuju ke motosikalku yang terdapat dilaman rumah.
************************************************************************
“Woi makcik..apsal lambat! Dah berjanggut aku tunggu kau?” marah aku. Aku cukup pantang orang tidak menepati masa. Mulala nak angin satu badan.
“Mana janggut kau…aku tak nampak pun?” Shamimi bertanya. Dia dengan selamba mengambil di hadapan aku di sambarnya Mocha Frappuccino yang berada dihadapanku. Aku menjegilkan mata. Mahu aku luku saja budak ni! Selamba ja minum air aku. Aku bayar tu.
“Weii agak-agak la. habis air aku tu!” aku dengan pantas menarik balik gelas coffee yang berada dihadapannya. Tengok dah abis dah. Shamimi mencebik.
“Kedekut!” kutuk Shamimi.
“Kedekut tak kedekut. Kau tengok jam dah pukul berapa?” marah aku. Bengang pun dah ada ni.
“Ops..kejap yer?” aku memandang Shamimi dengan pandangan hairan. Dia dengan selamba berlalu ke kaunter. 5 minit kemudian dia kembali dengan 2 gelas Coffee Latte. Satu disuakan ke hadapanku.
“Apa ni rasuah ke?” tanyaku. Namun, aku menyambut jugak gelas itu.
“Hehehe….bayar tebusan,” selamba dia menjawab. “Jom arr…takkan nak melepak kat tempat ni plak.” Ajak Shamimi. Dia sudah bangun meninggalkan meja. Aku terkocoh-kocoh bangun dan mengekorinya.
“Apsal kau lambat?” tanya aku.
“Nih!” beri Shamimi kepada aku. Tiket apa plak ni? Macam tiket wayang la.
“Aku sampai awal lagi…tapi terus gi beli tiket ni. Kau kan nak tengok cerita ni kan ,” Selamba saja Shamimi menjawab. Aku tersengih.
“Mie..sorry!” aku mengedipkan mataku berkali-kali. Tanganku ku letakkan ke pipiku lagak membuat gaya minah gedik gitu. Shamimi yang melihat lakuku, tersenyum sumbing.
“Tak payahla kau nak pujuk aku. Show lagi 15 minit. Kau belanja aku popcorn yang paling besar tau,” sengih Shamimi. Dia dengan pantas menolak aku terus ke kaunter popcorn yang terletak bersebelahan dengan kaunter tiket wayang. Tanpa sedar tolakannya itu menyebabkan aku terlanggar seseorang. Coffee Latte yang berada ditanganku, tercurah ke bajunya. Aku tergamam. Shamimi pun terdiam. Dengan pantas tisu yang berada dipoket, aku keluarkan. Shamimi juga begitu. Kalut dia menolong membersihkan baju pemuda yang bermandikan kopi itu.
“Sorry encik…sorry…sorry,” ujarku kalut. Pemuda itu tergamam. Nasib baik kopi tu dah suam-suam kuku, lau tak, berbungkus la aku.
“Mana awak letak mata ni hah. Buta ke?” herdik pemuda itu. Tangannya dengan segera menepis tangan aku dan Shamimi. Dikeluarkan sapu tangan dari poket belakang dan mengelapnya.
“Kan kitorang dah mintak maaf. Kitorang bukan sengaja pun,” terang aku. Shamimi mengangguk-angguk menyetujui kata-kataku.
“Sengaja tak sengaja..ni sapa nak tanggungjawab!” amboi marahnya. Kembang kempis hidungku menahan aroma Coffee Latte yang tercurah dibajunya. Beberapa orang sedang memandang drama samarinda yang tak berapa nak jadi nih. Malunya!
“Kitorang dah minta maaf kan . Tak boleh cakap elok-elok ke?” marah aku pula. Tak boleh cakap elok-elok ke…ingat aku ni apa…teddy bear dia apa….!! Hangin..
‘Uik..dia marah aku balik. Dahla suke-suki siram aku dengan coffee dia. Nasib baik tak panas. Tak boleh jadi nih!’
“Bayar gantirugi!” pemuda itu berkata. Tidak mahu mengalah. Aku dan Shamimi menjegilkan mata. Dia ni memang nak kena dengan aku. Setakat baju t-shirt 3 lai 10 hinggit pun nak kena bayar gantirugi ke! Memang sah jenis yang ambil kesempatan ni!
“Ok. Jap!” aku mengalah. Shamimi kelihatan cuak bila aku tiba-tiba mengalah. Dia memang sudah masak dengan perangai aku. Aku menyeluk sliding bag yang aku silang di bahuku. Dua keping kepala agong aku keluarkan. Aku suakan kepanya. Dia kelihatan teragak-agak untuk mengambilnya.
“Ambikla!” Aku kemudian menyambar jemarinya dan meletakkan duit di atas tapak tangannya. Dia kelihatan terkejut dengan tindakan aku itu.
“Tak payahla banyak sangat!” ujarnya perlahan. Sebenarnya terkejut dengan tindakan aku. Aku agakla.
‘Minah ni sengaja nak malukan aku ke? Dahla orang dok tengok aku jer ni! Tak pasal-pasal jatuh standart aku kat Lot 10 ni’
“Sebenarnya untuk gantirugi ni sekali!” ujarku seraya air Coffee yang berbaki dalam cawan aku dengan selamba menyiram ke badannya. Tidak tinggal satu titik pun. Siap ketuk-ketuk lagi atas bahunya. Pemuda itu tergamam. Shamimi terlopong. Beberapa orang yang melihat adegan samarinda hanya tersenyum dan berlalu.
“Ini barula nama sengaja. Ada faham!” ujarku sambil berlalu. Shamimi terkedek-kedek mengekoriku. Tidak berani menegur. Dia sedia maklum aku tengah berangin. Silap hari bulan boleh ada tornado kat Malaysia nih!! Ish…ish…
************************************************************************
“Adik!” panggil Angah. Aku yang tengah mengkusyukkan diri dengan membelai kucing siam hidung penyet segera memalingkan muka. Kelihatan angah hanya berseluar pendek paras lutut dan bert-shirt PDI berwarna merah menyerlahkan lagi kulitnya yang agak keputihan itu.
“Nak apa?” tanyaku. Pasha yang sedang enak tidur di atas riba aku, diambil dan diletakkan di atas ribanya. Kami berada di atas buaian yang terletak di tepi rumah. Kelihatan anak ikan emas yang berada di dalam kolam ditepi buaian berenang-renang dengan bebasnya. Aku terleka sekejap melihat ikan-ikan emas milik daddy.
“Adik…,”hampir tuli telingaku mendengar jeritan Angah. Aku dengan segera memalingkan wajah, memandang ke arahnya sambil tersengih.
“Berangan…….,” marah Angah. Alamak, angah merajuk. Aku bab pujuk-pujuk memujuk ni..fail terus. Lau masuk exam, aku orang pertama yang tempah grad F.
“Tengok tu…dan lagi tu!” aku hanya tersengih memandangnya. Pasha sudah tiada di atas ribanya.
“Apa ngah?” tanyaku sambil memandang ke arahnya. 180 darjah badanku ku pusingkan ke arahnya. Concentrate beb!
“Hujung minggu ni ikut angah,” ajak Angah.
“Pergi mana?” tanya ku laju. Angah tak pernah-pernah ajak aku keluar. Tetiba saja ajak aku. Ni mesti ada apa-apa yang gempak lagi melotup ni!
“Party!” beritahunya perlahan. Aku mengjungkit kening. Sedaya upaya menahan senyuman dan mungkin juga ketawa yang telah menampakkan bunga-bunganya. Itu saja. Aku ingatkan nak ajak aku pergi berperang ke apa ke? Fuhhh….suspen saja!
“Apsal ajak adik plak! Ajak la orang lain,” tolakku. Saja jual mahal. Aku tahu, angah bukan jenis yang suka bercintan bin bercintun. ‘No woman, no cry’ katanya. Yelah sangat. Macam la tak tahu dia tengah mengayat kawan baik aku si Shamimi tu!
“Ala …adik ni..bukan tak tahu..angahkan takder kawan pompuan. Semua lelaki. Takkan la ajak si Shamsul tu plak,” pujuk angah.
“Alah, adik tengok lau si Shamsul tu pakai skirt lepas tu letak rambut palsu, make up sikit, Fasha Sandha pun boleh kalah tau,” aku bagi idea. Apa punya idea da… bukan nak menyenangkan, lagi menyusahkan. Angah kelihatan mengerutkan dahinya. Mengalahkan Profesor Chin kat UKM dulu aku nengoknya bila ada sebarang masalah yang menghuni kepalanya yang kekurangan rambut itu. Kesian Prof itu dikutuk oleh aku!
“Adik ni biar betul! Habis tu abang nak panggil apa si Sham tu. Sammy….mummy,” angah menjegilkan matanya. Aku dah terkekek ketawa.
“Panggil jer nyah,” beritahu aku sambil melakukan aksi maknyah. “Tak kuasa mak!” siap ada dialog lagi tu! Pecah ketawa kami berdua.
“Adik, boleh ler!” pujuk angah sambil menyapukan air mata yang keluar.
“Jeans Levi’s selai,” aku pula berkata sambil mengjungkit kening berkali-kali.
“Bundle!” tawar Angah. Cehh…apa barang bundle!
“Tak jadi la!” kataku sambil berlalu ke dalam rumah. Bukan aku tidak tahu abang aku yang sorang ni! Ego tinggi melangit. Taknak kalah dengan kawan-kawannya. Nasib baikla ego yang tinggi melebihi gunung Everest itu tidak diusung balik umah. Lau tak, maunya kena ganyang dengan mummy plus dengan aku sekali.
“Yerla..yelah!” jerit angah dari luar. Aku yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah, terus menjenguk kepala. Ibu jari ditengahkan sambil tersengih.
“Esok teman adik g beli baju ek,” ajakku. Sekali-sekali pau angah pun ok gak hehehe!
“Baju apa?” tanya angah, pelik.
“Angah nak adik pakai t-shirt dengan jeans ke g party?” tanya aku. Angah menggaru kepalanya.
“Nak kena sponser jugak ke?” tanya Angah kemudiannya. Aku selambanya mengangguk laju.
“No fon Min?” pintanya lagi. Aik..main tawar menawar pulak ni! Memang sah angah aku tengah angau dengan kawan aku yang sorang tu.
“Lepas beli, adik bagi,” beritahu aku sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Alah, no fon saja, bukan luak pun.
**************************************************************************
“Ramainya orang!” tengur aku apabila melangkah masuk ke perkarangan dewan. Dewan yang sederhana besar itu kelihatan sempit.
“Dah nama pun party kan ,” perlahan saja suara Angah. Dia kelihatan segak dengan sut tuxedo dan bold tie. Hensem jugak angah aku ni rupanya. Aku pun apa kurangnya, dah la cantik, comel pulak tu! Huhuhu….masuk bakul angkat sendiri!!
Semalam dekat RM1000 duit angah melayang angkara aku. Bukan setakat gaun malam aku beli, siap dengan kasut dan beg tangan lagi. Terketar-ketar aku tengok tangan angah mengeluarkan duit semalam. Memang aku pukui angah betui2 semalam. Tapi kesian jugak sebenarnya. Takpe-takpe…cancel levi’s.
“Hi bro..lawa awek! Mana kau rembat!” selamba badak jer mamat ni. Ingat aku ni kacang panjang jual tepi jalan ka pakai nak rembat-rembat. Angah tersengih.
“Adala…,” angah menjawab perlahan. Memang aku akui tidak ramai yang mengenali kami adik beradik. Wajah aku dan angah serta along memang berlainan. Along dan angah mengikut kulit ibu yang putih kemerahan memandangkan sebelah ibu mengalir darah cina, belah oyang. Manakala aku banyak mengikut belah daddy, melayu tulen. Maklumla, perempuan melayu terakhir la katakan. Ceh, puji diri sendiri! Perempuan melayu ke, kasar semacam saja. Kerek lebih! Kutuk hatiku tiba-tiba. Aku tersengih sendiri.
“Taknak kenalkan ke?” tiba-tiba seseorang berkata mengejutkan aku dari lamunan. Aku mengangkat wajah memandang ke arah insan yang berada dihadapanku. Boleh tahan! Tapi macam pernah jumpa jer!!
“Bukan macam tu bro. Kenalkan Felisya Natasha,” angah ni memandai jer sebut nama penuh aku. Tangan yang disuakan oleh kawan angah aku sambut.
“Rif.” Sebutnya mengenalkan diri. Aik, takkan satu suku kata jer kot. Aku mengjungkit kening. Sememangnya aku berusaha untuk mengusir perasaan gugup aku.
“Hayyan Rifqi.” Ujarnya seakan-akan faham dengan gelagatku.
“Kita pernah jumpa ke?” tanya Rif . Aku mengjungkit bahu.
“Ntah! Tak tahu.” Tapi aku semamngnya macam pernah jumpa dengan mamat ni. Alahai, kepala otak aku ni bukan boleh pakai sangat. Dah bersawang sejak aku pegang title penganggur terhormat ni!
“Jom.”Ajak Angah. Rif dengan selamba menarik kerusi untuk aku. Terasa diriku cukup berharga. Aiseh, macam iklan Loreal la plak.
Kami berada di tengah-tengah dewan. Setiap satu meja ditempatkan 4 orang. Aku, angah, Rif dan pasangannya. Aku pun taktau sapa nama budak perempuan nih. Gedik semacam ja. Dari tadi asyik pandang Angah saja. Tiba-tiba angah menarik tangan aku. Aik, apa kes ni!
“I lupa nak kenalkan u dengan girlfriend I. Natasya. Sayang, ni Marsha, kawan I, partner Rif ,” Kata-kata dari angah membuatkan aku hampir tersedak dengan hanya menelan air liur sendiri. Kelihatan air muka perempuan itu kelat. Aku memandang angah dengan seribu persoalan. Aku dikatakan girlfriend dia. Akai takdak ka?! Dalam keterpaksaan aku menyuakan tangan untuk bersalam dengan Marsha. Aku tahu, angah mesti ada penjelasan yang tersendiri.
Tiba-tiba perempuan itu berdiri. Tangan aku tidak dipedulikan. Mukanya kelat. Muncungnya sedepa. Boleh sangkut penyangkut baju. Aku telan air liur. Takkan nak westling kat sini kot. Aku no hal. Blaus ni pun longgar saja. Lau nak lari, laju saja boleh pergi. Tapi aku takut minah ni la pulak takut tersangkut kain yang ketat tu. Kebaya pendek memang sesuai dengan tubuhnya yang kecil molek. Bahagian badannya hanya ditutupi dengan tube dan tersarung baju kebaya pendek yang kelihatan agak jarang.
“You memang saja nak sakitkan hati I. ” ujarnya sambil berlalu dari situ.
“You pun satu Nuq. Dah tau di Marsha tu syok kat kau, kau bawak awek tu kenapa? Angin la. ” ujar Rif . Aku makin keliru. Segera aku memandang ke arah Angah. Mohon penjelasan. Namun, angah hanya menjungkitkan bahunya. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
Baru aku mahu membuka mulut ingin bertanya, angah bangun. Mahu ke meja makanan katanya. Ditinggalkan aku dengan Rif yang tak berapa aku kenal ni.
“Dah lama kenal dengan Nuq?” tanya Rif tiba-tiba.
“Nuq??!” aku bertanya kembali. “Eh, Nuq. Dah…dah lama kenal. Sejak kecik lagi,” nasib baik tidak terkantoi. Angah ni pun satu, lau nak ajak main drama sembilu pun bagitau la dulu. Ni skrip apapun takdak.
“Lama tu! Kenal dari family ke?” tanyanya lagi. Macam sesi interview pulak!
“Yer. Saya dengan a…eh Nuq memang kenal dari kecil. Family kitorang memang dah kenal lama. Sejak mummy dan daddy kahwin lagi,” terang aku. Cayok Fenn cayok. Kalau ada anugerah pelakon terbaik malam ni, mesti aku menang punya.
Angah datang membawa 2 pinggan berisi makanan. Di atas pentas ada orang yang menyampaikan lagu.
“Kat aku takda ke?” tanya Rif tidak malu.
“Banyak cantik muka kau…nak makan pergi ambik sendiri,” ujar Angah. Aku hanya tersenyum.
“Berkira…,” kutuk Rif sambil berlalu ke meja makanan. Kesempatan itu aku ambil untuk bertanya kepada angah.
“Apa ni ngah…! Adik tak kira…angah kena bagitau jugak,” ugutku perlahan.
“Nanti balik, angah bagitau la,” pujuk angah.
“Janji!”
“Ye janji!”
“Ni apa ni dah berjanji-janji ni!” tegur Rif . Dipinggannya terdapat makanan.
‘Amboi…macam tak makan seminggu’. Kutuk aku dalam hati.
“Tak ada apa-apa la. Tu baju apsal?” tanya angah. Sengaja menukar topic perbualan.
“Ada budak langgar tadi. Habis basah baju aku. Nasib baik dah suam-suam kuku coffee tu, lau tak, berbungkus aku,” terang Rif .
‘Coffee..langgar. Alamak..patutla macam pernah nampak!’ aku melarikan wajah ke arah lain. Mintak-mintak dia tak cam aku. Doa aku dalam hati. Terbayang difikiran aku bagaimana aku mandikan mamat tu dengan coffee latte. Mahal tu!! Tersengih aku tanpa menyedari ada mata yang memandang.
“Ni apsal tersengih-sengih ni! Berangan lagi la tu!” tegur angah. Aku malu sendiri apabila menyedari Rif juga mendengar.
“Ala angah..kacau la…adik baru nak feeling,” kataku sambil memaut lengannya. Tanpa sengaja aku telah membocorkan rahsia.
“Angah…adik!” Rif bertanya dengan riak terperanjat. Mulutnya terbuka, tidak percaya. Aku menutup mulut.
‘Alamak! Mintak-minta angah tidak mengamuk,’ doaku dalam hati.
Aku dan angah berpandangan. Aku dengan segera membuat muka kesian. Huh…tau pulak takut!
“Sorry!” kataku sambil menunduk. Tidak berani menentang mata angah yang tajam.
“Any explaination?” Tanya Rif . Sudu dan garpu yang berada ditangannya diletakkan. Wajahnya memandang wajah angah dan wajahku silih berganti.
“I hope you tak bagitahu sesiapa tentang hal ni!” ujar angah perlahan. “She is my sister,” terang angah langsung membuatkan pemuda itu terlopong.
“Wait...wait…u fall in love with your sister? You mean you to…...” bicara Rif tergantung di situ. Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah aku dan angah. Kami berdua berpandangan. Namun, hanya seketika apabila ketawa menyapa kala itu.
“Hei...i need explaination?” marah Rif .
“That not what you are thinking before…we are sibling…brother and sister. Not less, not more. I tak sangka you boleh fikir sampai macam tu sekali,” terang Angah. Baki ketawanya masih kedengaran. Aku hanya tersenyum mengiyakan penerangan Angah. Lagak burung belatuk pun ada jugak.
“So korang ni…” bicara Rif tergantung disitu. Aku dan angah mengangguk-angguk tanda memahami apa yang ingin diperkatakannya walaupun ayatnya tidak dihabiskan. Aku tak silap pandang apabila dia kelihatan melepaskan nafas lega. Kenapa?
***************************************************************************
“Hello!” aku menjawab telefon tanpa melihat gerangan yang menelefon.
“Hi awak! Dah tido?” tanya pemanggil dihujung talian. Aik, sapa plak ni? Aku melihat skrin telefon.
“Sapa ni?” tanyaku apabila nama pemanggil tiada dalam buku telefon bimbitku.
“Takkan tak kenal!” tanyanya. Sengaja ingin mengusik atau ingin memanjangkan perbualan.
“Maaf yer..saya tak layan orang yang saya tak kenal. Bye,” aku terus mematikan talian telefon. Sebal aku jika ada yang main-main macam tu. Dahla tengah sedih ni. Beg yang sudah dikemaskan diletakkan dipinggir meja. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku memandang skrin telefonku. Nombor ni lagi!
“Nak apa?” tanyaku geram.
“Amboi garangnya. Sampai hati letak macam tu ja tadi,” eh, nak merajuk lak. Tak kuasa aku!
“Jangan memain ek. Sapa ni?” tanyaku. Kesabaran ku dah ditahap sifar. Geram apabila dipermainkan.
“Rif !” beritahu pemanggil.
“Rif ? Rif mana ni?” tanya ku. Sesungguhnya aku tidak mengenali lelaki yang bernama Rif .
“Takkan dah lupa kot. Baru minggu lepas kita jumpa!” hah, sudah! Bila masa aku keluar date plak dengan mamat nama Rif ni.
“Awak ni la. Pelupa! Berapa ramai lelaki yang awak kenal selain dari saya?” tanya Rif geram. Ish orang tua ni, dahla telepon aku memalam ni, marah aku plak!
“Sebab ramai la saya tak ingat awak,” terang aku.
“Huh…awak ni playgirl ka!” rasa macam nak bertumbuk pun ada bila dengar perkataan ‘playgirl’ tu.
“Hei, sedara…cakap boleh sebarang cakap, silap cakap, lebam biji mata tu,” aku bagi amaran. Apa dia ingat aku takut ke?
“Eleh, tangan tak besar mana nak tumbuk orang konon. Dahla..lagi 5 minit aku sampai.” Sunyi. Talian dimatikan.
‘Eh, dia tau rumah aku ker?’ kataku dalam hati.
Aku melemparkan handphone ke atas katil. Tuala di ampaian ku ambil. Rasa rimas dengan badan melekit. Perbualan dalam telefon sebentar tadi aku anggap sebagai gurauan semata-mata.
Tok! Tok!
Ketukan dipintu membuatkan konsentrasiku terganggu. Aku membukakan sedikit pintu bilik air.
“Apsal?” tanyaku sambil menenyeh mata yang dimasuki syampo.
“Turun. Ada orang nak jumpa.” Beritahu along.
“Sapa?” tanyaku lagi. Mataku sudah pedih. “Jap lagi adik turun. Mandi.” Beritahuku tanpa menunggu jawapan along. Aku menutup pintu bilik air. Rambut yang bersyampo segera aku bilas. Tidak sabar untuk mengetahui siapa gerangan yang sedang menunggu ku di bawah. Nak kata Shamimi datang tak mugkin kerana kawan baik aku tu, keluar date dengan angah. Tersengih aku bila mengenangkan shamimi bakal menjadi kakak iparku. Mau gamat satu rumah.
Trax suit warna pink aku sarungkan bersama dengan baju-T warna hitam. Rambut yang panjang aku biarkan terlepas bebas. Hanya getah pengikat rambut sahaja yang berada dipergelangan tanganku. Toner SKII aku oleskan ke wajah dengan tisu muka. Terasa segar bila air itu meresap ke dalam kulit wajahku. Ketukan dipintu menyedarkan aku.
“Lambat nyer..tido ke?” tanya along. Aku hanya tersengih.
“Sapa angah?” tanya aku tidak sabar. Aku masih berada dihadapan pintu bilik.
“Rif . Kawan angah. Along dah bagitau angah takder, tapi dia cakap dia nak jumpa adik, bukan angah,” terang along. Aku menggaru kepala. Cuba mengingati.
“Ni mesti penyakit nyanyuk datang balik ni?” kutuk Along. Dia memang sedia maklum aku ni jenis yang pelupa jika perkara itu aku anggap tidak penting. Aku hanya tersengih. “Dahla..pergi turun, kesian pulak along tengok dia tercongok sorang-sorang kat bawah tu,” gesa along. Aku segera mengekori along turun ke bawah.
Kelihatan diruang tamu seorang pemuda yang hanya berbaju-T berwarna Hitam dan berseluar pendek warna kelabu. Aku tidak dapat mengecamnya kerana dia membelakangkan aku. Along hilang di dapur.
“Hai,” aku menyapa. Dia kelihatan terperanjat dan bangun dari membelakangkan aku. Aku perhati raut wajahnya, cuba mengingati. Ada bayangan kabur disitu.
“Kita kenal ke?” tanyaku kemudiannya. Penat nak ingat dimana aku pernah jumpa dengan lelaki ini.
“Awak tak kenal saya ke?” tanya Rif . Dia kelihatan hairan.
“Mungkin!” kataku sudahnya.
“Party…awak dengan angah!” terangnya. Aku cuba mengingat.
‘Party…angah….! Ya Allah, mamat sengal ni rupanya’. Kutuk aku dalam hati.
“Ohhh…” hanya itu yang mampu aku keluarkan.
“Ohhh..!” ajuk Rif . Mukanya seakan tidak percaya dengan gelagat aku.
“Maafla. Saya ni susah sikit nak ingat orang yang tidak berapa penting,” beritahu aku jujur. Badan aku henyakkan ke sofa yang boleh menempatkan 2 orang itu. Rif berada disisi kiri ku di sofa yang boleh menempatkan seorang sahaja. Aku mengangkat kaki, duduk bersila di atas sofa. Remote control yang berada di atas meja kopi aku capai. Saluran cartoon network menjadi pilihanku. Terkekek aku ketawa melihat gelagak spongebob dan patric.
‘Ish budak ni, layan karton pulak!’ Kutuk Rif dalam hati. ‘Comel.’ Pujinya pula apabila melihat gadis itu ketawa.
“Adik..”tegur Along. Aku mendongak memandang along yang berada ditepi aku. Ditangannya terdapat 2 biji mug. Aroma coffee memenuhi ruang tamu itu. Dia melabuhkan punggung disisi aku. Sebiji mug disuakan kepada Rif .
“Adik punya!” tanyaku, manja.
“Kat dapur.” Beritahu along.
“Ala ….” Protesku.
“Dah jangan malas. Along dah siap bancuh. Bawak sekali pizza tu. Along dah bakar,” arahan along aku ikut. Lepas mandi, lapar pulak. Terkedek-kedek aku berlari ke dapur.
“Sorry la Rif . Adik aku tu memori dia lemah sikit,” terang along. Dia memang kenal rapat dengan Hayyan Rifqi, kawan angah.
“Kenapa jadi macam tu?” tanya Rif ingin tahu. Along kelihatan serba salah untuk menerangkan keadaan sebenar.
“Sembang apa tu, serius semacam ja,” tegur aku. Di tangan kanan aku terdapat sepinggan pizza yang masih panas dan di tangan kiri terdapat sebiji mug yang masih berasap.
“Tak ada apala. Sembang kosong,” beritahu Along. Pizza yang terdapat ditanganku dicapai dan diletakkan di atas meja. aku melabuhkan punggung disisi along. Badan ku sandarkan dibahu along. Manja. Sekeping pizza aku suakan ke mulut. Ermmm…nikmatnya.
“Sorry la Rif . Adik aku ni manja sikit. Dia bukan malu pun,” kutuk along sambil tersengih. Tangannya mengusap kepalaku. Aku menarik muncung.
“Ala bukan orang lain pun, kawan along ngan angah ja kan . Lain la kalau mak mentua ker, prince charming adik datang ke, gerenti adik bertukar menjadi puteri gunung ledang,” ujarku. Along ketawa. Rif hanya tersenyum. Dia tidak lepas memandang ke wajah aku yang masih lagi menatap kaca televisyen dihadapanku. Cerita spongebob tadi dah habis dan diganti dengan cerita Ben 10.
“Apsal kau datang? Tak pernah-pernah kau datang!” tanya along. Rif kelihatan tergagap-gagap untuk berbicara.
“Aku….aku…,” ish masa bila pulak aku terkena penyakit gagap ni. Along mengerutkan dahinya.
“Aku nak ajak adik kau keluar?” terlepas jugak tujuannya datang ke rumah aku ni. Along menjungkitkan keningnya. Macam the rock pun ada. The rock is cooking, yeah yeah!!
Aku berpaling 180 darjah ke arahnya. Tidak percaya pun ada. Walaupun samar-samar, aku yakin, aku kenal dengan lelaki ini.
“Kau nak keluar dengan adik aku ni?” tanya Along sambil jari telunjuknya disuakan ke arah aku. Ingin kepastian mungkin. Aku memandang muka along. Tangannya melingkari bahu aku. Rif kelihatan menganggukkan kepalanya.
“Berapa ramai adik kau ada selain dari Nuq?” tanya Rif kembali. Geram barangkali.
“Kau kena tanya sendiri la dengan adik aku ni!” usul Along. Tangannya menepuk paha aku perlahan.
“Boleh ke?” tanya Rif . Matanya memandang aku. Ahh sudah, nak ke taknak ni!
“Along…!” aku memanggil along. Along hanya tersenyum.
“Pergila. Along kenal Rif . Takkan diapa-apakan adik. Lau dia buat tak senonoh dengan adik, adik bagitau along, biar along belasah Rif ni,” ujar along sambil tersengih. Aku turut tersenyum.
‘Alah, keluar minum je bukan buat apapun. Along pun dah bagi green light,’ gesa hatiku. Aku mengangguk.
“Jap ek, nak salin baju.” Beritahu aku sambil berlalu ke tingkat atas.
“Aku tak tahu apa motif kau, tapi aku harap yang baik. Aku percayakan kau sebab kau kawan baik adik aku. Jadi aku harap, kau jaga dia dengan baik,” along memberi amaran.
“Insya Allah Naz, aku tahu. Aku betul-betul ikhlas,” terang Rif . Hatinya lega apabila Ferish Nazwan membenarkan dia keluar dengan aku. Dia memang sedia maklum abang sulung kepada Ferish Nuqman dan Felisya Natasya, tegas orangnya. Mungkin statusnya sebagai abang membuatkan sikap seorang pelindung wujud dalam dirinya.
“Ok dah. Jom la,” ajak aku. Tangan along aku salam dan tangannya aku cium. Aku juga menghadiahi pipi kanannya dengan ciuman dan along menghadiahi aku dengan satu kucupan di dahi sebagai tanda kasih sayang adik beradik. Rif yang memandang terkesima. Terkesan dihatinya dengan ikatan kasih sayang yang ditunjukkan oleh aku dan along.
“Jangan balik lambat. Esok awal pagi dah nak bertolak,” nasihat Along. Aku hanya mengangguk. Rif juga begitu.
************************************************************************
“Saya minta maaf. Saya ni susah sikit nak ingat orang,” bicaraku apabila kami melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di sebuah restoren. Ramai pulak malam ni. Ada bola ker? Fikirku apabila melihat keadaan sekeliling.
“Taka pa? Tapi saya hairan, ada jugak perempuan tak ingat kat saya!” beritahu Rif . Matanya tajam merenung aku.
“Yerker! Apsal plak? Dorang selalu ingat kat awak ker?” tanyaku. Kelihatan seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“Anei, bagi kopi besau punya gelas. Makan bagi mee goreng, pedas hah…..” beritahuku kepada seorang lelaki india . Dia kelihatan menggeleng-geleng kepala. Geleng kerana faham atau geleng kerana tak ada pun aku tak tahu.
“Tadi kan dah minum kopi. Ni minum lagi!” tanya Rif . Matanya memandang aku. Aku hanya tersengih.
“Ala ..nak jugak!” aku mula merengek. Aku bukan boleh dengan kopi ni…hantu!
“Tak boleh! Anei, cancel kopi, bagi milo panas gelas besau 2. mau tarik tinggi-tinggi ha…bagi banyak buih!” aik…suka-sukinya order kat aku. Nak kopi………….!
“Makan..?” tanya pelayan itu.
“Bagi mee goreng sama macam dia, tapi takmau pedas!” aku menarik muka masam. Ni mesti along ada bagitau apa-apa ni!
“Along ada pesan apa-apa kat awak ker?” tanya aku, geram. Dia hanya menjungkit bahu. Aku mengetap bibir. Aku hanya mendiamkan diri. Bola sepak yang ditayangkan di layer skrin menjadi tumpuan aku. Kebetulan pasukan kegemaran aku berlawan pada malam itu. Sesekali aku melihat Rif dihujung mata. Dia kelihatan gelisah. Sekejap dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sekejap dia membelek telefon bimbitnya. Rasakan!
“Awak!” akhirnya dia bersuara. Mungkin dah boring. Mee goreng dihadapannya tidak luak. Begitu juga dengan mee goreng aku. Terleka sebenarnya melihat perlawanan bola sepak. Tidak sedar bilamana pelayan menghantar pesanan. Aku buat tidak peduli.
“Awak?” dia mencuit lenganku.
“Apa!” tanyaku geram. Mataku sengaja aku jegilkan kepadanya. Dia kelihatan gugup. Aku menahan ketawa dalam hati. Ceh, ingatkan berani sangat!
“Makan. Nanti sejuk,” ajaknya. Aku memandang mee goreng dihadapan. Segera aku mengadapnya. Sememangnya aku berkedudukan mengiring apabila menyaksikan perlawanan bola tadi. Aku mengangguk. Perlahan sudu ku ambil dan kusuap ke dalam mulut.
‘Aik, apsal tak pedas?’ aku terus memandang ke arah mee aku. Aku tengok Rif . Selepas sesuap, dia berubah wajah. Pantas diambil air milo yang sudah suam dihirupnya rakus.
“Pedas.” Beritahunya. Tanganya segera mengipas-ngipas kea rah mukanya yang sudah kemerah-merahan.
“Hish apala awak ni..pedas macam tu pun tak tahan!” omelku. Pinggan mee aku tukar dengan pinggan mee dia. Dia memandang hairan. Matanya menyorot ke arah aku meminta penjelasan.
“Ni mee awak punya..mee goreng kanak-kanak. Ni saya punya.” Beritahuku. “Tak cayer, try la,” suruhku pula. Dia dengan perlahan menyudu mee ke dalam mulut. Secara mendadak, mukanya yang kehairanan tadi, bertukar manis.
“Apa plak awak cakap mee ni mee goreng budak-budak. Dah awak tu yang suka makan pedas. Sampai macam tu sekali,” bebel Rif . Mee didalam pinggannya sudah luak separuh.
“Suke ati saya la. Ada aku kisah!” balasku tidak mahu kalah. Belum sempat dia membalas, kedengaran ada suara menegur kami.
“Owh…dating ek?” tegur satu suara. Aku memanggung muka memandang gerangan yang menyergah aku. Macam kenal suara!
“Waalaikumsalam Cik Shamimi. Amboii…lawa bahasa!” sekali aku memerli. Muka gadis itu bertukar kelat. Tiada lagi senyuman diwajahnya.
“Kau ni….” Marah Shamimi. Cubitan hinggap di lenganku. Siapa lagi lau bukan daripada angah.
“Adoi….! Angah ni…” marahku.
“Elok sangat la perangai macam tu!” marah angah. Kerusi di sebelah Rif ditarik dan didukinya. Berhadapan denganku. Shamimi berada dikananku dan dikiriku pula Rif yang hanya mendiamkan diri.
“Yerla….Adik salah. Mintak maaf yer kakngah!” kataku sambil mengenyitkan mata kea rah angah. Muka Shamimi sedah merona kemerah-merahan. Dia tertunduk malu. Angah hanya tersengih.
“Kau buat apa kat sini!” tanya angah kepada Rif . Rif memandang aku dan angah silih berganti.
“Aku keluar makan la,” beritahu Rif . Baki mee yang tinggal separuh didalam pinggannya dikuis dengan garpu.
“Bila masa plak kau pandai keluar makan macam ni Rif . Dengan adik aku plak tu,” Angah mula bersoal jawab. Aku Nampak suasana tidak selesa di antara angah dan Rif ,
“Adik yang ajak Rif keluar. Along pun tau. Lagipun malam ni kan ada bola. Tu yang ajak Rif teman tu,” aku bersuara bagi pihak Rif . Angah mengerutkan dahi.
“Kau suka bola sepak ke Rif ! Setahu aku kau ni kaki bangku,” peril angah.
“Teman je kan . Tak reti main bola tak bermakna aku tak tengok,” terang Rif . Pinggan mee ditolak kehadapan. Seleranya mati. Aku dan Shamimi saling berpandangan. Apa kena dengan Angah ni! Tak pernah-pernah nak tanya soalan macam ni. Aku batuk kecil. Memberi amaran kepada angah.
“Adik nak balik pukul berapa ni? Esok kan nak balik Penang ,” tanya Angah. Aku tersengih.
“Jap lagi la. baru separuh pertama,” aku beritahu angah.
“Fenn. Jom pi ladys,” ajak Shamimi. Aku mengangguk. Kami berlalu meninggalkan mereka.
“Aku minta maaf.” angah bersuara perlahan. Rif mengangkat mukanya memandang angah.
“Tak apa Nuq, aku faham. Kalau aku pun marah jugak kalau adik aku keluar dengan lelaki lewat-lewat malam macam ni, Nak pulak, bekas playboy macam aku ni,” Rif bersuara. Agak jauh hati dengan sikap angah.
“Maaf Rif . Aku tak bermaksud apa-apa. Aku sayangkan adik aku tu. Dia bukan macam orang lain, dia sakit Rif . Aku takmau orang kecewakan dia,” terang angah. Rif mengerutkan dahi. Tanda tidak faham.
“Apa maksud kau?” tanya Rif tidak sabar.
“Adik aku tu hidap penyakit amnesia atau hilang ingatan sementara. Kadang-kadang perkara yang berlaku beberapa hari lalu pun dia lupa,” terang Angah. Rif terlopong.
“Macam mana boleh jadi macam tu?” Tanya Rif tidak sabar.
“Kemalangan. Masa dia berumur 13 tahun. Hampir 6 bulan dia koma,” beritahu angah. Rif mengangguk faham.
“Aku berjanji bukan kepada kau dan family kau, tapi aku juga berjanji kepada diri aku sendiri, aku akan jaga Fenn baik-baik. Kau jangan risau,” Rif menanam nekad. Angah tersenyum senang.
“Kau ni betul-betul ke suka kat adik aku tu?” tanya angah. Nadanya sudah bertukar dari nada serius kepada nada mengusik.
“Ntahla. Aku pun tak tahu,” jujur Rif . Angah membeliakkan mata.
“Kau jangan main-main Rif . Adik aku tu,” ugut angah.
“Alah kau ni..kenapa? aku nak kawan dengan dia pun tak boleh ke?” tanya Rif kemudiannya.
“ Bukan tak boleh tapi aku takut. Kau tu bukan boleh harap. Ayat lebih!” kutuk angah disulam dengan ketawa. Rif ikut ketawa.
*******************************************************************
“Adik!” Rif memanggil aku ke? Aku memandang dia yang berada disebelah aku.
“Awak panggil saya ke?” tanya aku kembali. Aku tidak jadi membuka pintu kereta. Rif mengalihkan badannya kea rah aku.
“Yerla. Mana ada sapa lagi dalam kereta ni! Kita 2 ja kan ,” ujarnya. Eh mamat ni..wat lawak ker? Tak kelakar pun.
“Apahal?” tanya ku kasar. Tangan aku silangkan didada. Kelihatan dia menggaru kepalanya.
“Takkan nak panggil awak adik pulak kot,” tanyanya. Matanya dilirikkan kea rah ku. Aku pulak yang menggaru kepala.
“Ikutla. Lau itu yang awak nak panggil,”ujar ku acuh tak acuh. Dia mendengus perlahan. Geram barangkali.
“Awak….!”
“Yerla, yerla…panggil jer Fenn. Puas hati.” Ujar ku dengan cepat tatkala memandang jam dashboard.
’10.55. Lagi 5 minit bas nak bertolak.’ Aku mula kelam kabut. Beg sandang yang berada dihujung kaki, aku angkat dan letak diriba.
“Okla ..saya nak pergi dah ni!” Beritahuku. Rif masih lagi merenungku tajam.
‘Ah..pedulikan!” jerit aku dalam hati. Namun tatkala aku mahu menarik pemegang untuk membuka pintu, pintu dikunci dari dalam. Aku melarikan wajah memandang ke arahnya. Dia kelihatan tenang. Badannya sudah dikalihkan. Berhadapan dengan stereng kereta.
“Awak..dah lewat ni? Nanti terlepas bas!” aku menjerit perlahan. Tak faham aku dengan mamat ni. Kalau bukan sebab along dan angah ada hal, takla aku menumpang mamat ni pergi stesyen bas. Abang-abang aku pulak bukan harap aku naik teksi.
“Awak….” Aku menjerit kepadanya. Geram sebenarnya. Lengannya aku pukul. Dia tersentak. Berangan ke?
“Saya hantar awak balik!” ujarnya seraya menghidupkan enjin kereta.
“Hah.” Aku kehairanan.
“Bas pun dah lepas. Saya hantar,” beritahunya lagi.
“Hah.” Aku bagaikan tidak mendengar kata-kata yang diucapkan itu.
“Hah…Hah…! Saya hantar awak balik ok. Tak payah nak terkejut,” Rif meninggikan suara. Aku kerut kening.
“Tapi….” Bicaraku tersekat tatkala melihat bas Tranasional berlalu. Bas aku tu? Satu keluhan dilepaskan. Hangin betulla dengan mamat ni!
“Tak payahla. Saya boleh naik bas lain,” beritahuku. Kereta sudah keluar dari parking.
“Jangan nak ngengada!” marah Rif . Aik, sekarang ni aku yang tengah bengang ke atau dia. Tak faham aku!
“Awak nak hantar saya kat mana ni?” tanyaku tiba-tiba apabila melihat dia melengcong ke lebuhraya utara selatan.
“Penang !” beritahunya.
“Hah!” aku terkejut. Biar betul mamat ni. Takkan nak hantar aku balik penang pulak kot. Semalam dia minpi apa ek!
“Dari tadi dok hah..hah…hah…! lagi sekali saya dengar ‘hah’ tu, saya cium mulut awak tu!” ugut Rif . Aku dengan segera menutup mulut dan menggeleng-geleng kepala. Dia hanya tergelak kecil melihat gelagat aku.
“Tau pun takut. Buatla lagi,” aku dengan pantas mengeleng kepala. Mamat ni bukan boleh harap, buatnya dia betul-betul cium aku, aku pelengkung mamat ni! Dia ingat aku ni sapa, anak ayam….silap orang la wei!
Aku melepaskan pandangan ke luar tingkap apabila telefon bimbit aku berbunyi. Aku meneliti nama pemanggil.
‘Along.’ Aku mengetap bibir. Butang hijau aku tekan dan telefon aku letakkan di telinga.
“Assalamualaikum, along,”
“Waalaikumsalam. Adik dah naik bas?” tanya Along disebelah sana .
“Adik tak jadi naik bas. Rif hantar balik,” terang aku. Aku melarikan pandangan kea rah Rif .
“Bagi telefon kat Rif . Along nak cakap,” arah along. Nadanya sudah berubah serius. Aku menyuakan telefon kepada Rif yang sedang memandu. Dia menyuakan telinga kepadaku. Aku memahami. Segera telefon bombitku aku letakkan ditelinganya.
“Hello Naz!”
“Mana kau nak bawa lari adik aku Rif . Kau biar betul!” hambur along. Aku pun boleh mendengar suaranya. Kuat giler along cakap.
“Mana pulak aku bawak lari. Adik kau yang nak ikut aku!” aku menjegilkan mata. Rif kelihatan mengukirkan senyuman.
“Kau jangan buat hal, lebam bijik mata tu!” ugut along. Aku tahu dia memang tengah risaukan aku.
“Korang adik-beradik ni memang ganas la. asyik nak belasah orang saja. Tadi tuan puteri kesayangan kau ni terlepas bas, aku pun kebetulan dah lama tak balik kampung, so aku bawak skali la,” terang Rif . Lagi sekali aku menjegilkan mata. Bila masa pulak aku terlepas bas, dia yang tak bagi aku turun. Mulutku terkumat-kamit menghamun Rif dalam hati. Benci betul!
“Erm takpela macam tu. Ok la. nanti dah sampai kau pesan kat adik aku suruh call aku atau Nuq. Aku ada hal ni! Bye assalamualaikum!”
Setelah Rif menjawab salam. Telefon aku masukkan ke dalam poket seluar jean. Tak faham aku dengan lelaki ini. Tetiba buat keputusan. Dah tu pulak, cakap aku yang terlepas bas, padahal dia yang menyebabkan aku terlepas bas tadi. Aku mendengus perlahan tidak sedar ada mata yang mengerling perlakuanku.
“Marah?” tanyanya. Tumpuannya masih lagi di hadapan. Begitu berhati-hati. Aku hanya mendiamkan diri. Malas menjawab pertanyaannya. Aku menyandarkan kepala di kerusi. Mukaku hadapkan ke luar. Taklama kemudian aku hanyut dalam duniaku.
“La..tidur!” rungut Rif . Namun dia tersenyum.
***************************************************************************
“Awak?” panggil Rif . Aku masih lagi nyenyak tidur.
‘Dah sampai ker?’ Telah hatiku. ‘Eh kat mana ni?’ Aku bertanya. Tapi hanya bergema dalam hati sahaja. Mataku meliar sekeliling. Ada sawah! Cantiknya! Aku terus menuju ke depan. Terbentang sawah padi yang galak berbuah.
“Hello, Nuq. Aku dah sampai. Selamat sekali dengan tuan puteri korang la,” beritahu Rif .
Aku hanya mendengar namun malas untuk menyampuk. Perlahan aku berlari menuju ke kereta. Beg camera yang kuletakkan disit belakang aku keluarkan. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik, aku mula memfokuskan ke hadapan.
Snap! Snap! Dan Snap lagi!
Aku pun tidak tahu sudah berapa banyak filem aku habis sehinggalah Rif tiba-tiba memberi arahan supaya tidak aku bergerak.
“Apsal?” tanyaku cemas. Dia meletakkan hujung jari hantu belah kanan bertemu dengan ibu jari belah kiri dan ibujari belah kanan bertemu dengan jari hantu belah kiri. Bentuknya seakan bentul 4 segi. Ditala ke arahku dan dibawa selari menuju ke orang-orang yang berada tidak jauh dari ku. Tiba-tiba dia mengangkat ibu jarinya sambil berkata.
“Sebijik sama!” ujarnya. Aku yang mendengar, segera mengejarnya. Dia yang berseluar pendek terus sahaja menanggal kasut dan terus meranduk air di tali air.
“Mana aci!” jeritku di atas tebing.
“Apa plak. Suka hati la,” katanya. Aku tak puas hati. Kamera aku letakkan di atas tebing. Aku lipat kaki seluar jeans sehingga paras lutut. Perlahan aku randuk air yang hanya paras lutut saja. Dia melihat aku menjungkit keningnya. Aku memandangnya dengan rencana nakal. Hanya beberapa langkah dihadapannya, air aku kuak dengan tangan dan curah ke arahnya. Dia tergamam dengan tindakanku. Aku terkekeh ketawa.
“Padan muka?” kataku.
“Apa ni..habis basah!” marahnya. Namun belum sempat aku berbuat apa-apa, dia memercikkan air kepadaku. Aku dengan segera berlari keluar dari air. Namun, belum sempat aku keluar, Rif terlebih dahulu menarik tanganku dan tak semena-mena, kami berdua terjatuh ke dalam air.
“Ya Allah, budak berdua ni, ibu ingat kerbau saja berkubang. Dah naik, lau tak dua-dua ibu tibai.” Sergah seorang wanita yang sebaya mummy. Aku kira ini mesti emak Rif . Kami hanya tersengih. Perlahan-lahan keluar dari tali air.
***************************************************************************
Aku mengeringkan rambut dengan tuala tatkala melangkah ke dapur. Rambut yang separas pinggang itu aku biarkan terlepas bebas. Perlahan kaki ku ayunkan ke dapur namun belum sempat aku sampai kedengaran emak Rif berbual dengan Rif .
“Sapa budak perempuan yang hang bawak balik tu? Lawa betui?” tanya ibu Rif . Aku tersenyum bangga walaupun butir bicara wanita sebaya mummy itu kurang aku fahami.
“Adik kawan ibu. Dia nak balik mai, tapi terlepas bas. Tu yang Rif hantaq tu,” ceh, tipu lagi!
“La..ibu ingat bakai menantu ibu. Ish hang ni, umuq dah 26 takkan takdak sapa lagi.” Ujar ibu rif.
“Ibu ni nak mula la tu. Rif takmau lagi la ibu.” Rif kelihatan serba salah.
“Ha..ni awat dok kat sini nih.” Tegur satu suara membuatkan aku membuat lipat 360 darjah. Kelihatan seorang lelaki sebaya daddy yang berbaju melayu dan berkain pelikat dan songkok putih dikepalanya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sebenarnya aku tidak tahu menjawab bagaimana memandangkan aku tidak berapa memahami butir bicaranya.
“Jom p minum.” Ajak lelaki itu lagi. Aku mengangguk kepala.
“Ha..dah siap mandi dah. Mai sini, dok sini!” ibu rif menarik tanganku. Aku hanya menurut walaupun butir bicaranya tidak berapa aku faham.
“Hang dah lohoq?” tanya lelaki itu yang aku kira ayah kepada Rif .
“Dah ayah!” beritahu Rif .
“Baguih. Semayang kena jaga. Jangan tinggai!” pesannya lagi. Rif kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Err..pakcik, lo…lohoq tu apa?” tanyaku bodoh. Tak semena-mena lelaki itu ketawa. Disulam dengan ketawa Rif dan ibu Rif . Aku tercengang.
“Lohoq tu, Zohor,” terang rif. Aku mengangguk tanda memahami.
“Hampa belum makan kan , nih ibu dah masak asam pedas ikan puyu dengan ubi kayu. Macam tau-tau ja orang jauh nak balik,” terang ibu rif. Dibukanya tudung saji yang berada diatas meja.
“La macam tau-tau ja, rif nak makan asam pedas ibu.” Beritahu rif. Aku mengerutkan dahi. Tidak pernah aku makan asam pedas dengan ubi kayu sebelum ni.
“Anak mesti tak pernah makan kan . Maaf la, kami ni bukan orang senang, makanan kampung saja,” aku hanya tersengih.
“Saya tak kisah makcik, tolak kayu, batu, tiang telefon ngan tiang lektrik saja saya tak makan. Lain saya bedal,” kataku sambil tersengih. Sekali lagi ayah rif ketawa besar.
“Baguih, senang nak bela. Pandai hang cari,” kata ayah rif sambil menepuk bahu rif. Rif hanya tersengih, aku yang tidak mengerti apa-apa hanya tersenyum. “Dahla, makanla. Ayah nak ke kebun sekejap.” Beritahu ayah rif sambil berlalu.
Tiba-tiba rif menyuakan pinggannya kepadaku. Aku hairan.
“Nak apa?” tanyaku.
“Tu..” dia menjuihkan bibirnya ke mangkuk nasi.
“Ambik ler sendiri,” aku beritahu. Malas sebenarnya.
“Awak…” panggilnya perlahan. Aku mengalihkan kepada memandang ke arahnya. Apa kena dengan mamat ni? Namun, memandangkan aku berada di rumahnya, dan ibunya turut berada di situ, aku sendukkan juga nasi ke pinggannya.
“Awak taknak makan ke?” tanyanya apabila aku tidak menyenduk nasi ke pingganku. Aku menggeleng kepala. Bukan nak tunjuk berlagak, tetapi aku belum merasa lapar.
“Diet ek?” tanya nya lagi. Aku dengan laju, mengangguk kepala. Biarla orag nak kaa apa pun.
“Tak payah nak menggatal nak diet. Badan dah elok dah,” marahnya. Dia meletakkan nasi ke dalam pinggan dihadapanku. Asam pedas disudunya ke dalam pingganku. Ikan puyu goreng di masukkan sekali. Aku tidak terkata apa-apa.
“Ni namanya pucuk ubi. Ni pucuk paku!” terang Rif . Aku mengangguk faham.
“Sedap ke?” aku bertanya. “Pahit tak?” tanyaku lagi.
“Nak tau sedap ke tak kena makan. Barula tau pahit ke manis ke?” beritahunya. Pucuk paku diambil dan dicicah dengan sambal dan diletakkan ke dalam pingganku. Aku memandang kelakuannya.
“Err…” aku tak terkata apa-apa.
“Meh sini...” ujarnya seraya menjemput nasi bersama-sama dengan pucuk paku dan menyuakan kemulutku. Aku teragak-agak untuk membuka mulut. Gugup sebenarnya dengan kelakuannya. Akhirnya aku membuka mulutku perlahan-lahan. Dan dia menyuapkan nasi kedalam mulutku. Mataku tidak lepas memandang ke arahnya. Seketika kemudian dia terkesan dengan ketelanjurannya.
“Maaf!” ujarnya perlahan. Suapannya sudah tidak selaju tadi. Aku lihat dia gugup. Tangannya kelihatan terketar.
“Sedap yer pucuk paku ni. Nak makan lagi la,” ujarku. Sekadar ingin mengubah suasana menjadi mesra. Pucuk aku yang berada dihadapanku aku ambil dan dicicah sedikit dengan sambal, dijemput dengan nasi. Perlahan aku menyuap ke dalam mulut. Rif tidak terkata apa-apa.dia hanya tersenyum. Mungkin dia fikir aku tidak kisah dengan semua itu. Padahal, akulah manusia yang paling gemuruh di alam semesta ini.
Selesai makan, aku mengemas apa yang patut. Rif menghilangkan diri. Ke kebun katanya mengikut abahnya. Aku membasuh pinggan dan cawan. Kelihatan ibu Rif sedang melenyet ubi kayu yang telah direbus tadi. Aku hanya memandang leka. Perlahan aku duduk bersimpuh disisinya.
“Ubi ni nak buat apa makcik?” tanyaku.
“Makcik nak buat kuih orang kampung ja,” beritahunya. Dijemputnya ubi kayu yang siap dilenyet dan disuakan ke mulutku. “Rasalah!” katanya lagi. Perlahan bibir aku buka. Ibu dan anak sama sahaja. Suka membuatkan aku tergamam.
“Sedap?” kataku. Ibu Rif hanya tersenyum.
“Nanti bila makcik dah siap masak, kita pergi hantar kat Rif dan abahnya ye?” beritahu ibu Rif . Aku hanya mengangguk.
Aku hanya menjadi pemerhati melihat kelincahan ibu Rif menyediakan minum petang. Leka sebenarnya. Ubi kayu yang telah siap di lenyek digaul dengan sedikit tepung gandum dan dimasukkan inti kelapa muda yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Kemudian diuli menjadi bulat. Aku perhatikan bentuknya seperti cucur badak. Kemudian ubi tadi yang telah siap dicelup dengan tepung beras yang telah dibancuh dan digoreng. Aku turut juga membantu tapi tidaklah secekap ibu Rif . Akhirnya aku hanya menjadi pemerhati sahaja.
“Dah siap. Jom kita sembahyang Asar dulu. Lepaih tu baru kita p?” ibu Rif memberi arahan. Aku hanya mengangguk.
Aku menyorong basikal BMX apabila sampai di tepi sebuah dusun yang lebat berbunga. Ibu Rif juga menyorong basikal mini dihadapanku. Di dalam raganya penuh dengan bekalan untuk minum petang. Kelihatan dari jauh, Rif dan abah Rif sedang membersihkan semak samun. Rif melambai kearahku. Aku membalasnya. Aku dan ibu Rif menuju ke sebuah pondok yang terdapat di situ. Rif dan abahnya juga menuju ke situ.
“Buat apa la bawak budak ni ke sini. Nyamuk kan banyak,” tegur abah Rif .
“Tak pakcik, Saya yang nak ikut.” Beritahuku. Rif kelihatan menghampiriku. Dia nampak keletihan dengan peluh membasahi mukanya.
“Biar kena dera sikit. Manja sangat!” kutuk Rif . Aku mencebik ke arahnya.
“Eleh, jeles!”
“Nak gi sungai tak?” ajak Rif tiba-tiba.
“Ada ke sungai kat sini?” tanyaku.
“Ada …kat belakang tu hah! Cantik….” Beritahu Rif . Aku sudah teruja. Maklumla, aku ni bukannya ada kampung. “Kejap ek!” ujar Rif sambil berlalu ke sebatang pokok pisang. Daun pisang dicantasnya cekap. Daun bisang itu dibawanya ke pondok. Diambil beberapa biji kuih dan diletaknya di atas daun pisang yang telah diambil daunnya sahaja.
“Jom.”ajaknya. Aku mengekori dari belakang setelah meminta izin dari abah dan ibu Rif .
Kelihatan dari kejauhan air yang mengalir jernih. Aku berlari-lari anak menuju ke gigi air. Sandal telah aku buang. Perlahan-lahan aku memasukkan kaki ke dalam air. Sejuknya bukan kepalang. Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi. Rif sedang bertenggek di atas batu.
‘Mummy!’
“Hello mummy?”
“Hello sayang, sayang kat mana ni? Tadi mummy call along, along cakap sayang dah sampai. Tapi sampai sekarang belum sampai lagi. Sayang kat mana ni?” tanya ibu penuh risau. Alamak, aku lupa call mummy la.
“Err mummy…sorry………..! Adik kat rumah Rif , kawan along ngan angah. Ampun…” aku mula merengek. Ada air mata yang mengalir dipipi bila mengenangkan aku telah membuatkan orang yang paling aku sayang risau. Rif yang memandang aku, mengjungkitkan keningnya. Aku keluar dari air dan melabuhkan punggungku di atas batu.
“Kenapa tak bagitau mummy. Mummy risau tau. Daddy pun risau jugak. Kami ambil emergency leave harini. Adik tau tak apa kesalahan adik!” mummy mula meradang.aku akui kali ini aku silap. Kelekaan membuatkan aku melakukan satu kesalahan yang tidak dapat aku tebus. Esakanku mula kedengaran.
“Mummy..adik minta ampun. Adik janji, adik balik terus. Mummy janganla marah!” pujukku. Air mata mengalir laju tanpa sempat aku menyekanya. Rif sudah berada dihadapanku.
“Dah! Balik. Mummy dan daddy tunggu kat rumah.” Mummy meletakkan telefon. Aku terkilan. Tiada lagi kata sayang di akhir perbualan. Mungkin mummy terlampau risau.
“Saya nak balik!” beritahuku sambil menyarungkan sandal di kaki. Mataku masih lagi mengalir air mata. Aku amat sedih sekarang ni. Kalau along dan angah ada, merekalah yang memujukku. Tiba-tiba Rif menarik tanganku dan membawa aku ke dalam pelukannya.
“Shh…dah! Jangan menangis.” Aku menyembamkan wajahku ke dadanya. Dia membelai rambutku. Aku memeluknya erat bagaikan mahu membuang segala tekanan yang sedang aku alami sekarang.
***************************************************************************
Aku mengunci mulutku rapat. Perasaan malu dan segan bercampur baur. Aku tak sangka aku boleh berada dalam pelukannya secepat itu. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Baru ku ketahui Rif tidak mengetahui rumahku. Sebab itu jugalah dia membawa aku terus ke rumahnya.
“Fenn..awak ok?” tanya Rif apabila kereta Toyota Harrier Hibrid-nya menaiki jambatan menuju ke seberang pulau. Aku hanya mengangguk namun masih tidak memandang ke arahnya.
“Saya minta maaf. Saya tak berniat pun nak buat macam tu,” terangnya. Alamak dia mengungkit kisah petang tadi la. aku masih buat tidak tahu. Aku harap dia tidak mengungkit lagi.
“Fenn, saya cakap dengan awak ni?” tegur Rif apabila melihat aku masih mendiamkan diri. Nadanya sedikit ditinggikan.
“Ye, saya tahu. Dahla lupakan,” aku juga turur meninggikan suara. Malas untuk mengungkit cerita yang bagiku ingin dilupakan. Dia tiba-tiba berhenti dilorong kecemasan. Lampu kecemasan segera diberikan. Aku hairan dengan sikapnya. Dia berpaling ke arah ku.
“Awak ingat saya nak lupakan dengan apa yang dah berlaku.” Dia bersuara keras. Aku tercengang. Matanya menusuk tajam kemataku dan menembus hingga ke ruang paling dalam dihatiku. Aku menelan liur. Aku lihat dia melepaskan nafas yang bagaikan tersekat didadanya.
“Sejak pertama kali kita jumpa, tidur saya tak pernah nyenak.” Terangnya. Keretanya meluncur perlahan di atas jambatan. Aku memandang ke arahnya. Masih belum sesuai aku berbicara balas.
“Mungkin awak dah lupa. Tapi saya masih ingat bagaimana awak mencurahkan coffee ke arah saya di Lot 10. Sejak itu, saya sering cari awak. Nak memulangkan duit yang awak bagi. Saya tahu saya yang salah…” terangnya. Aku buntu. Jadi dia masih ingat aku. Aduh…malunya aku.
“Jadi masa party malam tu awak dah cam saya la yer?” tanyaku. Dia mengangguk. Aku menepuk dahi. Bodoh betula aku ni. Dia bukan nyanyuk macam aku. Apala kau? Marah hatiku. Rif ketawa kecil.
“Kenapa?Awak ingat saya tak cam awak ke?” tanyanya. Aku menggigit bibir. “Awak tahu tak betapa kecewanya saya apabila Nuq memperkenalkan awak sebagai awek dia. Awak pula saya tengok macam tak cam saya. Sebab tula saya sanggup membasahkan baju saya dengan kopi malam tu, nak bagi awak ingat,” terangnya dengan panjang lebar.
“Takkan sampai macam tu sekali,” tanyaku bagai tidak percaya. Rif tiba-tiba menarik jemariku dan menggenggamnya erat. Aku terkesima dengan lakunya.
“Tapi saya rasa gembira sangat malam tu! Awak tahu kenapa?” tanya aku pulak. Mana la aku tahu. Dah tahu aku ni susah nak ingat lagi mau tanya ka? Laju saja aku menggeleng.
“Sebab awak bukan milik sesiapa. Lega saya..,” beritahunya.
Mukaku tiba-tiba berasa panas. Segera aku memalingkan wajah ke luar. Malu untuk bertentang mata dengannya. Entah kenapa hatiku bersorak gembira. Adakah kerana aku juga menyukainya. Memang aku akui, aku berasa senang dengannya walaupun baru 2, 3 kali aku berjumpa dengannya.
“Kita kahwin!” kata-kata dari Rif membuatkan aku tersentak. Jika tadi aku tersipu malu, tapi kini membuatkan aku terlopong. Tidak percaya dengan apa yang aku dengar.
“Apa awak cakap?” tanya ku bagaikan aku tidak mendengar apa yang diucapnya tadi. Dia menoleh kearahku sekilas.
“Kita kahwin. Saya taknak kita bergelumang dengan dosa. Saya nak awak jadi isteri saya yang sah.” Beritahunya.
“Bila pulak kita nak bergelumang dengan dosa!” tanyaku pula. Aku lihat dia memberhentikan kereta di sebuah pantai. Batu Feringhi. Dia keluar dari kereta dan duduk di atas sebuah kerusi batu yang terdapat disitu. Aku turut keluar dan duduk tidak jauh darinya. Sebenarnya berbeza kerusi dengannya walaupun kerusi kami sebelah menyebelah.
“Nak lari dari saya?” tanyanya sambil melabuhkan punggung disebelahku. Cukup rapat. Aku menginjak untuk merenggangkan sedikit kedudukan kami. Namun, pautan dibahuku menghalang aku dari berbuat demikian.
“Awak tahu tak, sebab tula saya bawak awak jumpa family saya. Nak tengok penerimaan mereka.” Beritahunya jujur, pandangannya masih lagi dihadapan. Entah apa yang direnungnya pun aku tak tahu.
“Kenapa tiba-tiba?” tanya aku akhirnya.
“Sebab saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak!” beritahunya jujur. Dia memandang aku. Aku terus menunduk.
“Jadi isteri saya. Saya taknak kita macam ni. Saya nak awak halal untuk saya!” aku sudah terkesima. Hai hati, macam mana dengan kau. Mahu terima atau tidak. Aduh…apsalla aku kena hadapi benda macam ni?
“Awak kena bincang dengan family saya!” beritahuku perlahan.
“Saya tahu, tapi sebelum tu saya kena tahu perasaan awak kat saya!” aku terkedu. Gila! Takkan aku nak bagitau kat mamat ni yang aku suka dia kot. Tapi aku akui hatiku senang bila berada dengannya. Aku selalui gembira bila berbual dengannya. Walaupun aku akui yang aku masih lagi baru mengenalinya, aku bagaikan mengenali dia bertahun-tahun.
“Awak tak nyesal ke kahwin dengan saya! Saya tak normal.” Beritahuku perkara yang sebenar. Aku tahu kedudukanku. Keluargaku tidak pernah merahsiakan apa-apa daripadaku. Itu membuatkan aku tidak merasakan apa-apa kekurangan yang satu itu. Tapi, aku takut untuk berkawan hanya disebabkan perkara itu. Tidak ramai yang menerimanya.
“Saya tahu. Itu membuatkan saya sayang awak lebih dari segalanya.” Terangnya. Aku terkedu. Tidak tahu bagaimana ingin menolak. Tiba-tiba dia bangun dan melutut dihadapanku. Jemari aku diraihnya ke dalam jemarinya.
“Be my wife!” pintanya aku terkedu. Dijarinya terdapat sebentuk cincin belah rotan yang unik.
“Amanah ibu untuk bakal menantunya.” Terangnya. Aku dapat rasakan ada air mata kegembiraan yang mengalir dipipiku. Perlahan bibirku mengukir senyuman dan mengangguk beberapa kali.
“Thanks sayang.” Ucapnya sambil menyarungkan cincin ke jari manis ku. Satu ciuman hinggap di tanganku.
***************************************************************************
Aku memandang jemariku yang dilukis dengan inai. Wajahku juga siap di make-up dengan mak andam. Tersarung dibadanku sepasang kurung moden yang ditempah khas untukku. Shamimi setia menjadi pengapit. Aku meletakkan tanganku di dada. Cuba mengurangkan debaran yang menghuni kala ini.
“Takut?” tanya Shamimi. Aku menganggukkan kepala. Tidak percaya dengan apa yang berlaku sebenarnya. Tiada pertunangan, hanya diteruskan dengan majlis pernikahan. Permintaan dari pihak lelaki dan aku. Mummy dan daddy hanya menyetujui.
Jika diikutkan aku tidak mahu majlis yang besar, hanya ringkas dan mendahului dengan perkara yang wajib sahaja. Namun, mummy dan daddy tidak menyetujuinya. Tiada majlis pertunangan boleh diterima tetapi jika mahu majlis akad nikah sahaja, mereka sama sekali tidak menyetujuinya. Maklumla, anak gadis seorang. Aku ler tu hehehe…
Selepas upacara merisik, pihak lelaki menetapkan majlis 3 bulan selepas itu. Tidak mahu tunggu lama. Baru ku tahu, Rif merupakan graduan yang sedang belajar di Amerika Syarikat. Selepas kahwin, aku juga diangkutnya disana. Baru cerah sikit kot. Hehehe….
“Berangan…” aku menyeringai apabila ada cubitan singgah dibahuku. Angahh berada dihadapanku. Entah bila dia masuk pun aku tidak tahu.
“Sakitla angah!”
“Sikit je pun. Dah nak kahwin pun, masih nak manja-manja lagi ke?” usik along pula.
“Ala …biarla.” Aku tidak mahu mengalah. Along menggosok kepalaku. Satu kecupan hinggap didahiku. Angah juga begitu.
“Tak sangka puteri angah dan along dah nak kahwin. Lepas ni tak dapat la main kejar-kejar,” ujar angah. Aku tiba-tiba diserang sayu.
“Hei…kenapa ni! Jangan la sedih, nanti tak cantik,” usik along pulak. Aku mengetap bibir. Ada air mata yang bertakung di tubir mataku.
“Adik tetap adik along dan angah sampai bila-bila! Kalau ada apa-apa, jangan segan bagitau kami tau,” pesan along. Aku mengangguk kepala.
“Pengantin lelaki dah sampai,” beritahu mummy dimuka pintu. Aku mengangkat muka memandang ke arah orang yang paling aku sayang. Along dan angah segera keluar. Memberi ruang kepada aku, mummy dan daddy yang masuk ke bilik aku.
“Cantiknya anak mummy.” Puji mummy. Daddy menganggukkan kepala.
“Terima kasih mummy untuk segalanya,” ucapku sambil mencium tangannya. Mummy menghadiahi kucupan didahiku. Daddy juga begitu.
“Dah, jangan nangis. Buruk daddy tengok.” Kata daddy untuk menceriakan aku.
“Ala , daddy ni….” Aku merengek.
“Dah..dah! Mi, tolong bawak Fenn ke depan nanti.” Beritahu mummy. Dia dengan segera keluar dan disusuli dengan daddy. Shamimi membetulkan make-up ku yang cair akibat air mata.
“Bawak pengantin perempuan,” kedengaran suara dari luar. Aku menahan debar didada. Perlahan aku diiringi oleh Shamimi keluar dan duduk di atas bantal yang terletak tidak berapa jauh dari Rif .
“Aku terima nikahnya Felisya Natasya Binti Hamidi dengan mas kahwin RM80 tunai!” aku mengucapkan syukur apabila dengan sekali nafas sahaja, Rif sah menjadi suamiku.
Aku mendapat ciuman daripada Shamimi. Mummy yang berada disebelahku memberikan ciuman di pipi kiri dan kananku. Rif datang mendekatiku untuk upacara menbatalkan air sembahyang. Sebentuk cincin emas putih berbatu satu menghiasi jari manisku. Aku menyarungkan cincin suasa tanpa batu dijemarinya.
“Terima kasih sebab sudi menjadi suri hidup abang,” bisik Rif perlahan. Aku menunduk malu apabila dia membahasakan dirinya abang.
“Terima kasih juga sebab terima Fenn,” balasku sambil tanganya ku gengam erat. Aku harap cinta yang disemai selepas kahwin, adalah cinta dari syurga. Berbahagia dan berkekalan hingga syurga. Amin…
(bersambung)
30 May 2011: 1200