Setiap kisah dan cerita ini adalah hasil nukilan penulis sendiri dan koleksi cerpen yang terdapat di dalam simpanan yang ditulis oleh penulis lain. Setiap cerita adalah hak milik penulis dan sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Cerpen ini aadlah untuk koleksi simpanan dan bahan bacaan sahaja.

Tuesday 27 May 2014

Sucinya Cinta ~EiryzEilyz~

'Saya suke awak!'

Ayat itu bagaikan radio buruk yang berbunyi di dalam kepalanya berulang-ulang kali. Amni mengalih badannya ke sisi kanan. Bantal peluk didakap erat. Mata cuba dipejamnya.

'Kita kahwin!'

Amni tidak jadi melelapkan mata. Peristiwa petang tadi menerjah layar fikirannya.

'Amni, Amri cari kau.' beritahu Sue, kawan baiknya.
'Sebab?' tanya Amni sepatah. Sue mengjungkit bahu.
'Kat mana?' tanya Amni kemudiannya. Matanya masih memasukkan lebihan cup cake ke dalam beg kertas untuk dibawa pulang.
'Tempat biasa katanya,' beritahu Sue. Dia mengelap meja yang digunakan untuk mengbungkus tempahan cupcake daripada Haneyz Bakery, milik kakaknya.
'Okey.' tanpa perasaan Amni menjawab.
'Kau nak aku hantar?' tanya Sue, ingin kepastian. Dia sedia maklum, skuter kesayangan kawan baiknya rosak dan telah dihantar ke bengkel petang kelmarin.
'Sudah semestinya! Takkan kau taknak jumpa buah hati kau kot hehehe,' sakat Amni. Sue tersenyum manis.
'Eleh, macamla aku tak tahu.' sakat Amni lagi.

*****************************************************************************

'Kenalkan ni kawan aku, Irman. Irman, ni la Amni Arisha yang kau nak kenal sangat tu!' Amri berkata mesra. Amni mengjongket kening tanda tidak memahami. Dia rasa dia tidak salah dengar kan!
'Hai, apa khabar?' tangan disua, sebagai tanda salam perkenalan.
'Bukan muhrim. NO salam-salam,' Amni berterus-terang. Irman terkaku. Sue menyendol pinggangnya, Amri hanya tersengih. Irman menarik balik tangannya. Mukanya kelihatan memerah.
'Oh, maaf,' Fuh, direct terus! Telah Irman dalam hati.
'Awak Chinese ke?' Amni bertanya tanpa dapat ditahan-tahan. Irman tercengang. Amri menepuk dahi.
'Err...kita pergi makan eh! Aku belanja, Abang Irman bayar,' Amri bertindak sebagai penyelamat keadaan. Sungguh. Suasana kelihatan begitu canggung.
'Okey. Jumpa kedai hujung simpang tu.' ucap Amni sambil berlalu. Tangannya menarik tangan Sue yang masih lagi tersengih dapat berjumpa dengan si buah hati.

'Sorry la Abang Irman, Amni tu memang macam tu. Kayu sikit,' pujuk Amri. Risau jika Irman terasa hati dengan sikap Amni yang tidak makan saman.
'Takpe Am, abang faham. Sikap tu membuatkan abang lagi suke dia,' Irman berkata dengan penuh yakin. Amri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nampaknya Irman memang sudah angau dengan Amni.

'Saya suke awak.'
Hampir tersembur air sirap selasih yang sedang diminumnya.
'Kita kahwin.'
Brrrrrrrrrrusssshhhhhhhhh
Ha..kali ni memang dia menyembur habis air yang sedang diminumnya. Memang terkena tepat dimuka Irman. Dia kelihatan terkejut. Tidak menyangka sebegitu drastik reaksi gadis yang disayangi dalam diam itu.
Amri dan Sue juga begitu. Mereka memandang tepat kepada Irman.
'Saya nak balik,' Amni pamit tanpa maaf. Sue hanya memandang motosikalnya yang ditunggang Amni sehingga hilang dari pandangan sebelum dia tersedar sesuatu. Pantas dia menoleh ke arah Amri.
'Abang hantar Sue balik nanti,' beritahu Amri seakan memahami reaksi Sue.

******************************************************************************
'Deringan telefon mengganggu lena Amni. Tangannya mencapai telefon bimbit cap ayam yang berada di atas meja. Mulutnya menganga luas, menguap, sambil tangannya menekan button hijau tanpa melihat terlebih dahulu nama pemanggil.
'haho,'
'Assalamualaikum,' mulut yang ternganga luas segera ditutup. Dia lantas melarikan telefon ditelinganya sambil matanya melihat skrin handphone. Nombor telefon yang tidak dikenali. Dia meletakkan kembali telefon ditelinganya.
'Waalaikumsalam.' jawabnya perlahan.
'Sape ni?' tanyanya lagi tanpa menunggu bicara lanjut sipemanggil.
'Petang ni saya bawa family saya jumpa family awak eh,' sipemanggil tidak menjawab pertanyaan Amni sebaliknya memberikan kenyataan yang membuatkan Amni melempar handphone ke lantai. Dia lantas menyelubung seluruh tubuhnya dengan kain selimut. Tubuhnya menggeletar.

Amri, kau memang nak kena dengan aku! Jerit Amni dalam hati.

*******************************************************************************
'Bang Nod, Am mana?' tanya Amni sambil menongkat skuter pinknya.
'Ntah. Katanya nak jumpa buah hati tengah ari ni!' beritahu Anuar, pemilik bengkel kereta, Anuar Auto Sdn Bhd.
'Buah hati penamanya. Sue kan pergi kursus kat Perak,' serkap Amni. Dia tahu Amri ada didalam bengkel kereta itu. Dia faham sangat dengan gelagat Abang Anuar kalau menipu.
'Err.....,'Anuar tergagap sebentar. Dia melepaskan keluhan sambil jarinya menunjuk ke dalam bilik menyimpan peralatan. Amni segera menapak ke sana.

'Mohd Amri Bin Amran Bin Amsar, apa yang kau dah buat.' sergah Amni siap memanggil nama penuh Amri sekali dengan bapa dan datuknya. Amri menelan liur yang terasa kelat. Dia yang bersembunyi di dalam bilik menyimpan peralatan terpaksa berdepan dengan Amni.

'Apa yang dah aku buat?' tanya Amri sengaja buat tidak mengerti.
'Kau jangan nak buat tak tahu yer,' Amni menyerang balas. Mukanya merah. Amri menelan liur.
'Buat tak tahu ape? Aku tak faham.' Amri masih lagi membela dirinya.
'Yang kau pergi beri no telefon aku kat budak cina tu buat apa?' tanya Amni tanpa dapat ditahan-tahan.
'Bukan budak cina okey. Dia orang melayu jugak,' beritahu Amri tegas. Tahu sangat dengan perangai perkauman Amni gara-gara peristiwa 5 tahun lepas.
'So, jadi betulla kau yang bagi,' tanya Amni geram.
'Kalau aku bagi kenapa? Dah dia mati-mati suke kan kau, aku bagi jerla. Yang kau nak sentap apsal,' Amri tiba-tiba naik angin.
'Masalahnya, kau bagi no fon aku. NO TELEFON AKU!' Amni tidak mahu mengalah.
'Habis tu, takkan kau nak aku bagi no fon apek jual nombor depan tu,' kata Amri tidak mahu mengalah. Nada suaranya sedikit tinggi. Amni terdiam. Ini kali pertama Amri meninggikan suara. Mukanya merah seperti memendam perasaan yang teramat sangat. Amri mengeluh perlahan.
'Ikut aku,' Amri bangun perlahan. Tangannya mencapai pergelangan tangan Amni. Nasib baik berlapik.

*******************************************************************************
'Sekarang kau cakap kat aku, kenapa kau benci sangat Irman?' tanya Amri siap bercekap pinggang bagai.
'Yang kau bela sangat mamat tu apsal?' tanya Amni tak puas hati.
'Sebab dia kawan aku,' balas Amri geram.
'Aku bukan kawan baik kau ke?' tanya Amni, tidak mahu mengalah.
'Aish..susah betulla nak cakap dengan kau ni,' Amri berkata geram. Rambutnya yang sedia kusut, ditarik-tarik. Sudah gaya nak meroyan. Amni menarik nafas perlahan. Sebenarnya untuk menenangkan diri sendiri.
'Aku tak benci dia Am. Sebenarnya tak terlintas langsung di dalam hati aku ni nak membencinya. Tapi, aku takut. Takut sejarah lama akan berulang. Kau kan tahu siapa aku dulu. Aku tak layak untuk dirinya.' Amni meluahkan rasa yang terbuku dihatinya.

'Tapi, kau tak bagi dia peluang. Kau tak beri peluang untuk diri kau sendiri.' Amri berkata perlahan.
'Peluang untuk apa? Untuk disakiti lagi, untuk dijadikan tempat melampiaskan nafsu semata-mata,' hambur Amni. Air mata yang sedari tadi ditahan, mengalir bagaikan empangan pecah. Amri hilang kata-kata.
'Aku takut Am. Macamna dia tahu status aku dulu. Macamna kalau dia tahu aku pernah melahirkan zuriat yang sehingga kini aku tidak tahu dimana? Macamna kalau dia tahu aku ni pernah berkahwin? Aku seorang janda, Am! JANDA!' Amni mengongoi perlahan. Lututnya terasa lemah. Dia melereh ke bawah perlahan. Kakinya tidak mampu lagi menampung beban yang selama ini dia pendam seorang.

'Kenapa dengan status awak sebagai JANDA awak tidak layak untuk bahagia ke?' Amni terkesima. Bukan suara Amri yang berkata dihadapannya.
'Kenapa jika awak pernah melahirkan zuriat, awak hanya boleh derita saja ke?' Amni hilang kata-kata. Wajah insan yang berada dihadannya ditatap tanpa perasaan.
'Sebelum saya ajak awak nikah, saya dah tahu semunya tentang diri awak. Amri dah menceritakan segalanya. Saya terima awak seadanya sebab saya sayang awak kerana Allah. Saya ajak awak nikah sebab saya nak awak bahagia bersama saya,' Amni terkedu. Amri juga terdiam.
'Saya harap awak fikir dalam-dalam perasaan awak sebab saya tahu, jauh di sudut hati awak, awak juga mempunyai perasaan terhadap saya.' Irman menyeluk poket seluar dan mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna merah.
'Esok, jika awak memakai cincin ni, bermakna awak terima saya. Jika tak, awak simpanla dan saya takkan ganggu awak lagi. Esok saya tunggu awak di depan Haneyz Bakery,' Irman berlalu pergi sejurus meletakkan kotak baldu berwarna merah ditangan Amni. Amni menelan liur yang terasa payau. Air matanya kering begitu saja. Terkejut dengan pengakuan Irman sebentar tadi.
********************************************************************************
Keesokan harinya Amni sengaja tidak ke HB. Perasaan malu masih lagi menyelebungi dirinya. Mahu saja dia menempah nama ke planet marikh sekarang. Jauh dari semua orang dan yang paling utama, jauh dari Irman.

*******************************************************************************
'Tak sangka aku, aku yang bercinta bagai nak rak, kau yang bertunang dulu,' Sue mencubit pipi kawan baiknya. Tidak disangka, baliknya dari kursus membuat kek di Perak tempoh hari, dia terlepas 'drama' air mata kawan baiknya.
'Aku pun tak sangka aku boleh terima apek tu,' Amni berkata perlahan. Kesenggangan pada petang itu diisi dengan berjoging ditaman dihadapan rumah sewa mereka.
'Dia tahu 'perkara' itu?' tanya Sue perlahan. Matanya mencerlun kepada Amni. Amni mengangguk. Sebelum dia bersetuju menerima peminangan Irman, dia telah bertemu 4 mata untuk berbincang. Barulah dia tahu sebenarnya, Irman sudah lama mengikuti perkembangan dirinya sejak dia masih menuntut di sekolah menengah lagi.
'Dia 'stalker' kau?' jerit Sue risau.
'Maybe, but pada mulanya aku pun fikir macam tu. Tapi, selepas dengar penjelasan dia, aku boleh accept, so, as you know, now i'm getting married with my stalker,' Amni ketawa perlahan. Lucu dengan kata-katanya sendiri.
'Aku doakan kau bahagia,' Ucap Sue sambil tersengih.
'Thanks my friends,' Amni tersenyum bahagia.
'Tu, apek kau dah datang,' kata Sue sambil jarinya menuding ke arah 2 jejaka yang sedang berlari perlahan ke arah mereka.
'Amboi, sedap jer panggil tunang aku apek yer.' marah Amni. Tapi, marah-marah sayang je. Dia tahu Sue hanya bergurau.
'Bela nampak.......' protes Sue.
'Mestila,' akui Amni. Tapi kedua-dua sahabat baik tu hanya ketawa. Ternyata bahagia kian menghampiri. Amin. 

Sunday 11 May 2014

Seuntai Doa Buat Sahabat ~Mohd Kasim~

Ibu, rasanya semua dah siap kemas, InsyaAllah, bolehlah kita berangkat sekarang. Ayah pun dah tunggu dalam kereta tu”. Beritahu Rafiq pada orang tuanya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang dilekatkan di sudut bacaan, ditinggalkan sahaja, agar dapat memberi manfaat kepada penghuni yang baru.

Ditatapinya buat kali terakhir. Bilik A-32; bilik yang menyimpan seribu satu kenangan. Diuji dengan pelbagai dugaan semata-mata untuk menjadi seorang daie, untuk meneruskan amanah dan perjuangan Baginda. Namun, dia sedar. Hidayah milik Allah. Dia hanya mampu melakukan yang terdaya, dalam usaha mentarbiah ahli-ahli biliknya.

Lidahnya basah dengan dakwah. Namun, mungkin sahaja dia yang bersalah. Mungkin sahaja method dakwahnya tidak berkesan. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam dirinya. Hanya doa yang akan mengiringi mereka selepas ini. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.
Sudah 3 tahun Raqib menghuni bilik tersebut. Perasaan sayu bertandang di lubuk hatinya. Sedih. Kini, dia terpaksa meninggalkan bilik itu, kerana sudah tamat pengajian. Mungkin juga untuk selama-lamanya.

* Bertamu Sebuah Memori *

“Ayah, boleh tak, singgah surau? Raqib nak letak buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Dah lama rasanya buku ini bersama Raqib”. Pinta Raqib pada ayahnya.

Semoga ianya mampu membuka hati sesiapa sahaja yang membacanya, agar tidak pernah jemu dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dan islah sesama manusia. Tidak kira non-muslim atau muslim. Semoga bermanfaat. Itulah niat dan keikhlasan hatinya.

Dia teringat pesan Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda, “Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (hadis riwayat Tabrani)

Ayah tersenyum. Manis senyumannya. Dia memperlahankan kereta lalu membelok ke kiri menuju ke surau Al-Falah.

Raqib merenung sudut kiri di hadapan surau tersebut. Butir-butir kristal mula memenuhi kelopak matanya. Namun, ditahan juga, bak empangan yang menakung tadahan. Fikirannya mula terbang melewati episod-episod perjuangan bersama sahabat-sahabatnya. Di situlah tempat Raqib menjalinkan ukhwah bersama-sama sahabatnya. Banyak masanya dihabiskan di situ.

Semuanya terjalin kerana Allah. Daripada usrah, halaqoh, tazkirah, sehinggalah Majlis Ilmu, dan pelbagai lagi proses tarbiah dilakukan. Berat sekali hatinya untuk meninggalkan surau tersebut. Semuanya syabab yang dahagakan ilmu, yang sering meniti dibibir-bibir mereka dengan kalimah memuji kebesaran Rab.

Terlintas kata-kata gurunya sewaktu pengajian dulu.

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”(At-Taubah 9:18)

Sering sahaja mereka mengingatkan antara satu sama lain, tentang kelebihan solat berjemaah. Tidak dilupakan juga untuk mengejut sahabat-sahabat ke surau, terutamanya waktu Subuh. Zikir-zikir mengingati Allah juga tidak ketinggalan untuk mereka lafazkan sesama mereka. Solat dhuha, Solat tahajud. Semuanya dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, serta bimbingan sahabat-sahabat yang sentiasa memperingat antara satu sama lain. Penghayatan akidah juga ditekankan, agar hubungan mantap dengan Rab. Namun, segalanya hanya tinggal memori.

“Ya Allah, berilah kekuatan kepada sahabat-sahabatku, agar mereka sentiasa mampu mengingatiMu. Mungkin sahaja di sini, terdapat rakan-rakan yang mampu mengingatkan kami, satu sama lain. Namun, aku sedar, dugaan diluar lebih besar cabarannya. Teguhkan iman kami, supaya sentiasa berada dalam rahmat-Mu.” Bisiknya di dalamm hati.

Rafiq merenung jauh. Pandangannya melintasi perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan syuhada di dalam mengembangkan syiar Islam. Janggutnya mula dibasahi air mata yang bercucuran.

Raqib begitu risau akan sahabat-sahabat seperjuangannya. Mampukah mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, ketika mereka berada di dunia yang nyata, yang sudah semestinya penuh dengan pancaroba?

* Segalanya Berbeza *

“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.

Raqib mengerutkan dahinya. Istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Tidak dinafikan, di mana-mana sahaja surau, pasti hanya akan dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja. Adakah surau hanya menjadi tempat-tempat bagi hambaNya yang sudah berusia sahaja?

Segala bisikan syaitan tidak diendahkan. Raqib sentiasa perlu bermujahadah. Mungkin sahaja dia menjadi orang asing di dalam rumah Allah itu, kerana hanya dia sahaja anak muda didalamnya.

Sama juga keadaannya ketika waktu Subuh. Mampukah sahabat-sahabatku bermujahadah untuk berjemaah di surau? Mampukah mereka bangun tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi, semata-mata untuk melakukan tahajud seperti dahulu? Mampukah mereka meluangkan sedikit sahaja masa untuk melakukan solat Dhuha, seperti juga di kolej dahulu?

Raqib sentiasa husnuzzon dengan sahabat-sahabatnya. Dia tawaduk, menadah tangan mengharapkan rahmat Allah. Hari-hari yang dilalui penuh dengan muhasabah.

“Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan.”

“Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa”. Panjang munajatnya memohon kepada Allah.

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” (Az-Zukhruf 43:67)
“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.

Rafiq menarik nafas perlahan. Kedengaran hembusan kecil dari mulutnya. Kemudian istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.


Terima Kasih Kerana Meninggalkanku ~Aina Amidin~


“Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”

Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.

Kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. Ya Allah.. bantulah aku..

*******************************************************************************

“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.

“Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.

“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”. Mendatar suara amir.

“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.

“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah”. 

“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”. 

Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..

“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”Air mataku kembali berguguran.

“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.

“Ish, tahulah. Mestilah Allah”

“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Amir lagi.

“Of course lah pencipta kita, Allah”

“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?”

“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”

“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.

“sedar dah..”

“Ape yang kau sedar?”

“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”

“lagi?” soal amir lagi..

“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada Amir.

“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”

“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”

” Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”

Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.

“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Amir senyum.

“Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!

“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”

“InsyaAllah..”

*******************************************************************************

Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta